APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, September 25, 2012

jujue's cha cha street !

ASSALAMUALAIKUM




harini aku bukan nak bercerita tentang drama Ombak Rindu ke , klip 3gp ke kan . tapi aku nak ceritakan pasal kawan baik aku punya birthday . amboi kau tengok gambar aku dengan dia kat atasni kau dah fikir bukan bukan heh . dalam kepala ingat klip 3gp je ye ? hamboi kang aku hempuk sorang sorang guna pintu freezer kang pekak hang 6 bulan tanpa boleh menyuap makanan ke dalam mulut kerana jangkitan kuman pada pangkal telinga . harini punya entry banyak gambar . lantaklah korang nak hadap ke tak kan , yang penting aku nak luahkan segala galanya dalam ni . kau ada ? actually birthday Jue ni semalam . tapi sebabkan balik tu aku dah letih macam baru lepas bertinju dengan Rosnah Mat Aris , lepas mandi je aku terus tidur . dari pukul 12 malam aku tidur , sampai ke 12 tengah hari tadi . wa cakap sama lu kalah baby wa tidur . tak ingat dunia . Ibu Norry wa kejut masa Subuh , wa dah selesaikan apa yang wajib wa sambung tidur . semalam kalau korang ikut join dengan aku sekali , gerenti dengan kau sekali ikut sama aku tidur lama lama . mungkin sebab semalam happening gilaa kan sampai lupa segalanya . ambil gambar je dah 400++ , mana tak penat . dengan lari lari lari , dengan buat video miming . and that day the best day ever !




gambar kat atasni Jue . semalam memang kitaorang dah rancang surprise untuk Jue . aku cakap kat Jue yang kami hanya keluar berdua je sebab Adah tak jadi balik . padahal Adah dengan Keba naik satu kereta yang lain . so kitaorang akan buat surprise bila aku dengan Jue melintas jalan . Adah dengan Keba akan tunggu tepi jalan nak ke Mahkota Parade sambil pegang cake . siapa yang pernah pergi ke Dataran Pahlawan and Mahkota Parade tu tahulah macam mana kedudukan bangunan tu kan , menghadap antara satu sama lain . tapi the cuak moment bila aku tak perasan yang Adah dekat gila dengan kitaorang masa aku nak cari parking . aku buat buat alih Jue punya perhatian ke tempat lain . serious aku macam alamak alamak mati aku alamak alamak janganlah dia nampak . dalam hati aku macam PSY tengah menari Oppa Gangnam Style dia punya cuak tapi aku buat buat cool tanya dia macam macam . after dah pergi ke Dataran Pahlawan tanpa tujuan , aku suruh Adah , Keba and Fyqa get ready kat tepi jalan nak buat surprise . dan YES ! surprise kami menjadi sampaikan Jue menjerit tak tentu hala sebab dia tak sangka . pak cik pak cik teksi yang ada kat situ semua bangun tengok apa yang terjadi . ingat Jue nak kena ragut kot . and yes that plan berjaya ! aku lak rasa macam nak lonjak lonjak gembira sambil bawak bendera Malaysia kibar kibarkan kat tengah jalan sambil ajak pak cik pak cik teksi tu joget Oppa Gangnam Style . Op..Op..Op..Op.. Oppa Gangnam Style .


anomnomnomnomnom suap suap suap atototototooooo

bila bercakap pasal friendship ni . sebenarnya benda nilah yang paling penting dalam hidup kau . ye memang kau boleh dapat ramai kawan , senang nak dapat kawan . tapi tak semua kawan kau tu akan sentiasa bersama dengan kau saat susah ataupun senang . mungkin senang dia nak datang berkawan dengan kau , and senang jugak bila bila masa nak pergi dari hidup kau kalau dia dapat kawan lain . tulah orang cakap nak mencari seorang SAHABAT tu susah , tapi senang nak mendapat seorang KAWAN . kawan sentiasa ada bila kau gembira , tetapi sahabat akan bersama dengan kau saat kau sedih . tak semua orang boleh bersama kita saat susah and senang . tak semua juga ikhlas nak berkawan dengan kita . kadang kadang ada yang mengambil kesempatan je untuk kesenangan diri dia . ye aku bersyukur aku dikurniakan sahabat yang memahami aku . bukan je ada masa aku suka gembira and ketawa , tapi ada jugak masa aku memerlukan mereka , kecewa and sedih . 

kalau nak dikirakan friendship and dengan Adah and Jue ni , nak masuk 7 tahun kalau dengan Adah and 4 tahun kalau dengan Jue . nak kata lama sangat tu takdelah tapi kalau korang tengok kitaorang dah macam adik beradik . bertepuk tampar tumbuk sampai bisu semua tu dah biasa dah . Keba pun dah mula berjinak jinak dalam family friendship kitaorang . siapa je tak sayang kawan kawan dia kan . bohonglah kalau aku cakap senang senang je aku nak benci diorang . tak kiralah kau pernah terasa ke dengan diorang , pernah marah ke , pernah mengumpat ke , tapi benda tu semua kami let go and tak jadi penghalang pun nak terus berkawan . kadang kadang fikir gak macam manalah life lepas kahwin . mesti suami isteri masing masing jealous . memang nak keluar sama sama lagi lepas kahwin kan . harapkan raya jelah . nyenyenyenyenye *ketawa yang aku tak suka orang buat* .


the power of chopstick *turn on lagu SNSD*


abaikan kami , tengok belakang , hari isnin mall kosong takda orang


Seoul Garden time , sampai ke hangit Kimchi Soup tu kitaorang buat . lepastu sukahati tukar dgn table sebelah


the value of friendship tu susah kau nak gantikan dengan apa apa sekalipun . tak guna kau teruskan hidup kau , kau banyak duit , kau hidup mewah tapi kau sunyi . tak ada kawan kawan . tak ada apa yang kau akan dapat tapi kesedihan bila tengok orang lain semua happy bila ada kawan . nak berkawan ni tak perlu nak memilih rasanya . and tak perlu juga nak memaksa . bila orang tak nak berkawan dengan kau , tak perlu nak memaksa . benda tu akan datang sendiri . aku dengan Adah sambut birthday Jue ni pun bukan nak tunjukkan kat Jue yang kami boleh jauh jauh balik dari campus semata mata nak sambut birthday dia . tapi sebab persahabatan . tak tahu mana kuatnya friendship kami kan . yes semua orang ada kawan baik masing masing , semua orang ada rasa sayang , semua orang ada rasa ingin dihargai . so hargai kawan or persahabatan yang kau ada tu dulu baru orang akan mula menghargai kau . bukan harapkan orang lain hargai kau dulu baru kau nak hargai dia . lastly masing masing mencari life baru , kawan baru . teringat gak semalam masa surprise dia , aku tanya Jue :

"JUE , PERNAH TAK KAU SAMBUT BIRTHDAY SORANG SORANG ?"
"PERNAH , MASA FORM 3"
"SEKARANG KAU TAK AKAN SORANG SORANG , SEBAB KAMI ADA"

then Adah , Keba and Fyqa keluar daripada tempat persembunyian . kau ada tempat persembunyian ? padahal belakang kereta je kan . kalau Jue jengah sikit dah nampak dah badan diorang dok terhendap hendap belakang tu . tak pun kalau tetibe ke owner kereta tu nak balik kan , tak ke diorang kena pergi tempat lain . just harap Jue happy jelah dengan kejutan yang aku sendiri tak tahu dia terkejut ke tak . kalau terkejut aku rasa dah lama dia koma mulut berbuih dok terlantar kat hospital kan . tapi sampai harini masih sihat walafiat boleh siap pergi poco poco aku rasa . kiri kanan depan belakang ewah even semalam dah letih nak mati sebab habiskan masa jalan jalan . kalau jalan pakai kereta tak apa , ni pergi parking kereta then jalan jalan kat Jonker Walk and pantai . main lari lari kat pantai . dah macam filem Ombak Rindu kau tahu . kalah watak En Haris Ombak Rindu . lepasni aku dah boleh ambik takhta dia . dia dah boleh balik tanam kubis lepastu jual .


ni BERLAKON semata mata ala ala tourist !


Jue mintak aku belikan gula kapas , tapi aku yang makan banyak . nyonyonyonyo


sebenarnya depan belakang kiri kanan ada ramai orang perhatikan kami


THIS ! bajet macam One Direction punya video klip !




yes moment semalam tu memang susah aku nak lupakan . nanti dah tua tua boleh aku cerita kat cucu cucu aku lepastu paksa dia suruh jadi macam aku . kalau tak jadi semua harta harta aku tak akan jatuh kat tangan diorang . jahat punya atuk kan . lepastu dua hari kemudian belum sempat aku nak tukar wasiat apa semua , dia pergi racun aku . orang kata dengan kawan kau akan jadi diri kau sendiri . dengan kawan kau akan berkongsi macam macam . even makanan , minuman sekalipun . dengan kawan kawan juga kau akan merasai susah and senang . dengan kawan kawan kau akan belajar erti sabar and kepercayaan . dan dengan kawan juga kau akan merasai apa itu erti kasih sayang .




dear Nur Juliana binti Abdullah Sani ,

aku tahu birthday kau telah pun masuk expired day tapi aku tetap nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk kau . dengan umur baru ni hope kita akan lebih matang . konon kan , padahal kalau jumpa tak hingat dunia kematangan semua campak tepi . hope kau enjoy dengan usia baru ni . lepasni dah boleh menikah dah beranak pinak dah . hope jodoh kau sampai cepat . umur baru ni jugak hope kau lebih kuat . bukan bermaksud aku suruh kau pergi belajar tinju ke gusti ke apa , tapi kuat semangat . tak mudah nak fikirkan apa yang orang nak cakap buruk pasal kau ke . kalau melebih kau bagikan dia makan kasut kau yang lama lama tu . jangan suka sedih sedih . aku tahu kau senang nak menangis . even aku dengan Adah nak balik campus pun kau boleh menangis bagai kat belakang kereta sampai basah bear kat belakang tu . jangan nakal nakal nak ngorat mana mana Datuk ke kan . bukan macam tu cara nak cepat kaya , LOL ini tetibe . and Jue , AKU SAYANG KAU ! keep all our moment dalam fikiran kau . jangan lupakan aku and Adah , tak kiralah masa tu umur kau dah 80 sekalipun . mana tahu ada antara kita yang tak panjang umur kan . tapi nilai persahabatan kita tu tak akan pernah ada gantinya ! 

JUE , IF ONE DAY YOU AND ADAH ASK ME "WHY DO YOU WANT WE ALWAYS WITH YOU ?" , AND MY ANSWER WILL BE "BECAUSE YOU ARE MY FRIENDS , MY LOVE , MY SIBLINGS AND MY FAMILY , ALL I WANT IS YOU GUYS WILL ALWAYS AND ALWAYS CLOSE TO ME , WHERE ? DEEP IN MY HEART"


Saturday, September 22, 2012

NOKIA 3310

ASSALAMUALAIKUM

dah kenapa kan tajuk entry aku NOKIA 3310 . kau tahu akemenda tu ? macam kau tak pernah pegang lak handphone jenama tu . kalau budak budak sekarang boleh pegang IPad yang sebesar buku teks sekolah tu , masa zaman aku dulu mampu pegang NOKIA 3310 je . tu pun kau tahu dah kira untung and orang dah macam "WAHHH ! BILA KAU PAKAI HANDPHONE ?!" tapi sekarang bila ada IPhone 4s sekalipun orang cakap "OHH IPHONE JE" , kau hadoo ? kemain buat aku rasa nak rejam kasi leper muka dia guna tembikai . and orang kata barang lama ni lagi berkualiti kan daripada barang baru . aku percaya dengan semua tu , kau kalau baling IPad tu kat orang paling teruk pun gigi dia patah dua batang belah depan , kalau NOKIA 3310 tu kau baling , mungkin orang tu ada lagi 15% je peluang untuk hidup . nak tahu apa kebaikan 3310 ? jom baca kat bawah ni sambil merepek repek dengan aku *kunyah sirih dengan nutella*

#KEBAIKAN 1
kalau sebut je NOKIA 3310 , wa cakap sama lu semua jenama jenama handphone lagi takut sebab dia ni lagenda . kalau kasi hempuk kat muka kau belum tentu tengkorak kepala kau akan pulih balik . so kebaikan dia ni tahan lasak . tak kiralah kalau masa kau tengah dalam kecemasan ada orang nak meraba kau , kau capai handphone ni dalam handbag , terutama perempuan kan , kau kasi hempuk kat muka dia . kemek sebelah ke , patah rahang tu dia punya pasal . yang penting kau selamat and handphone tu masih dapat digunakan dengan baik . kau juga boleh cuba baling kat crush kau . konon nak usha usha kan dalam kelas . so daripada belakang kau kasi baling dia punya kepala daripada belakang dengan handphone NOKIA 3310 tu . kau jangan tanyalah kenapa kalau lepastu dia dia bunuh kau kerat 18 then buang dalam tempat jamban . so maknanya kau kena selalu buat spare handphone ni . susah nak dapat now . silap silap dah masuk muzium bersejarah . tapi dia punya kebaikan dia , kau dah bunuh 9 orang dengan handphone tu , dia masih boleh berfungsi dengan baik . cuba kau guna IPhone ke , Samsung ke , apatah lagi BlackBerry , semua tu jatuh sikit dah retak bagai . gedik je . LOL . aku BlackBerry user eh ? nomnomnomnom

#KEBAIKAN 2
kau pernah tahu apa tu batu lesung ? or lesung batu ? lantaklah memana kan . asalkan kau tahu akemenda tu . selain kegunaan dia sebagai langkah langkah keselamatan . NOKIA 3310 juga boleh dijadikan lesung batu untuk kau tumbuk bawang ke , tumbuk sambal belacan ke kan . nak cakap lunyai tak lunyai bawang tu kau kena try sendiri . and nak lebih berkesan guna NOKIA 3310i , yang aku paling cannot go bila ada "i" yang belakang dia tu . kau ingat zaman sekarang je ada IPhone , IPad , IPod je , zaman dulu lagi dah guna i ni tau . cuma kau je tak perasan . bila kau dah guna dia nak lumatkan sambal belacan tu , rasanya kau dah boleh pergi basuh handphone tu and dia masih lagi berfungsi seperti biasa . kau tak payah risau rosak punya . kalau kau tengah berjalan tu , penjenayah nampak kau tengah pegang handphone tu , melangkah kebelakang dia 7 tapak sebab takut dia akan koma selama beberapa bulan dek penangan handphone NOKIA 3310 tu kalau kau baling tepat kena kat tengkorak kepala dia . yang aku paling bengang dulu dulu bila aku tengah text text tiba tiba handphone tu terjatuh atas muka kena batang hidung aku . rasa dia memang !@#$%^&*() . kau rasa macam nak baling dia lepastu kutip balik balas text kawan kau . ye masih boleh berfugsi seperti biasa even dah dibaling berulang kali .

#KEBAIKAN 3
selain daripada kau boleh jadikan lesung apa bagai tu , handphone ni boleh jugak menghilangkan bosan kau . even dia takda BBM , WHATS APP , CAMERA , MUSIC PLAYER , dia tetap juga ada kelebihan . kau boleh cipta melody dalam tu . kau nak buat lagu sendiri boleh je . lepastu bila kau dengar hamekau music polyphonic yang berterabur . selain tu kau boleh jadikan dia puzzle . kau campak , kau pasang balik . kau campak kat dinding , kau pasang balik . gerenti benda tu boleh hilangkan masa bosan kau dan kau masih boleh menggunakan handphone tu seperti biasa . kan aku dah cakap dia bukan calang calang handphone yang kau nak pandang . cuba kau pergi campak Samsung SIII ke kan , lepastu try kau pergi pasang . menangis menanah nanah mata kau pun dia tak akan kembali menemui kau lagi . masatu rasanya kau dah boleh tanam handphone tu belakang rumah area tangki jamban dah . tak macam NOKIA 3310 , mesti kau boleh guna dia . bukan kau yang tanam dia nanti , dia yang akan buat kau tertanam kalau kena baling oleh seseorang menggunakan NOKIA 3310 . sekarang orang selalu guna ayat "HANDPHONE NOKIA 3310 KALAU BALING ANJING BOLEH MATI" , tapi try pulak kau pergi baling badak . agak agak dia mati tak ? kalau tak mati pun aku rasa jatuh peranakan dia . maknanya kau telah memandulkan seorang badak tanpa ada apa apa salah dia pada kau .

so aku dah bagitahu dah kat atasni apa kebaikan NOKIA 3310 kan . lepasni aku tahu ramai orang akan pergi serbu kedai handphone berdekatan semata mata nak beli NOKIA 3310 ni . macam macam kegunaan dia . aku rasa setiap rumah diwajibkan ada handphone ni untuk langkah langkah keselamatan keluarga anda . bila ada orang nak ganggu je , kau tayang handphone tu . pucatlah muka dia nanti even dia belum buat apa apa lagi . yang aku punya handphone lama tu entah mana dah aku campakkan . rindu kat handphone tu nak main game snake dalam handphone tu . di kesempatan ni jugak . aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada one of my bestfriend , AMAT JAMALUDIN , tweetpemesh yang dikenali ramai . harini birthday dia and hashtag #HappyBirthdayAmatJamaludin dah naik trending dah tadi No2, lepastu semakin menurun menurun and menurun . sekarang aku tak tahu lagi ada ke tak . pasal hashtag tu pun ada yang nak memekak . kang aku siku kang baru tahu . nak siku semorang tu tak dapatlah sebab siku aku ada dua je . baling dengan tembikai boleh . sorang 6 biji aku bagi . tapi takdelah nak marah siapa siapa pun . sebab siapa je aku ni nak marah korang kan . Aizat Abd je pun . so Amat ! kalau kau gigih baca menatang ni , ni ucapan birthday aku untuk kau . aku rasa naik muntah dah kau dengar aku ucapkan . ni aku tak suruh kau dengar , aku suruh kau baca je . nah kau baca :

"BILA DULU FIRST TIME KITA BERTEGUR , AKU TAHU MAYBE KITA BOLEH JADI KAWAN . FRIENDSHIP NI KEPT GROWING AND TAK ADA PENGHUJUNG . KAU SELALU DENGAR BILA AKU ADA MASALAH , KAU PUN SELALU CERITA MASALAH KAU SOMETIMES . KAU SELALU HAPPY JE EVEN SOMETIMES ADA WAKTU SEDIH YANG KAU SOROKKAN . KAU HAPPYKAN ORANG LAIN TAPI KAU SENDIRI BELUM DAPAT APA TU HAPPY . SUSAH AKU NAK LUPAKAN WAKTU WAKTU KITA KETAWA RAMAI RAMAI , KETAWA TANPA HENTI . BIARLAH ORANG NAK CAKAP KITA NI ANNOYING TAPI KITA SEMUA HAPPY DENGAN SEMUA TU . HARINI AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH SEBAB JADI KAWAN AKU SELAMA NI , TERIMA KASIH LAGI UNTUK JADI KAWAN YANG BAIK . AND TERIMA KASIH SEBAB SELALU ADA DENGAN KAMI BILA JATUH BANGUN KITA SEMUA . AMAT , SELAMAT HARI LAHIR KAU YANG KE 18 , JAGA DIRI , JANGAN NAKAL NAKAL , JANGAN TAK RETI DUDUK DIAM , JANGAN SUKA BADMOOD , JANGAN SUKA GATAL GATAL , AND JANGAN LUPA KAT AKU AND GENG KITA . SELAMAT HARI LAHIR ! SELAMAT TERUSKAN PERJALANAN BARU KAU UNTUK UMUR YANG BARU . ENJOY DENGAN APA YANG KAU ADA AND HARGAI SEBELUM ONE DAY BENDA TU AKAN PERGI TINGGALKAN KAU"

SELAMAT HARI LAHIR AMAT JAMALUDIN !


hadiah birthday amat


NOTE : kahwin nanti aku rasa nak buat NOKIA 3310 tu sebagai hantaran kahwin aku , mesti bakal isteri aku baling aku bila gaduh nanti . terlantar koma aku .



Sunday, September 16, 2012

Surat Buat Bakal Mertua

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan ibu mertua yang montel and ayah mertua yang boroi buncit...

hai ibu ayah mertua . mesti terkejut gila bapak kan bila terima surat ni . diharapkan kalau kamu berdua terkejut sampai kena asthma tu , pergilah rajinkan diri naik basikal pergi klinik kayuh berdua . anak menantu tak sempat nak datang tolong sebab anak menantu pun tak tahu lagi siapa ibu dan ayah mertua anak menantu ni . mesti handsome macam Aaron Aziz and cantik macam Yuna ye tak . kalau macam Rosnah Mat Aris atau Azwan Ali , diharap kamu berdua terus lemparkan surat ni jejauh supaya anak menantu dapat ibu dan ayah mertua yang lain . ewah ayat macam mintak penerajang kaki kanan kamu berdua je ye tak . dah nak habis dah air liur anak menantu ni bercakap tapi tak jugak sampai ke tujuan anak menantu ni kirim surat kan . ye tujuan anak menantu ni kasi surat supaya ibu and ayah mertua tahu yang anak menantu ni nak pergi merisik anak kamu berdua yang cantik macam Lisa Suruhani tu . eceh ewah nyenyenyenye *ketawa sekarang* macam dah confirm confirm je jadi menantu kan . tapi wadehell *gaya nur fitree* apa kisah , terima tak terima belakang cerita . ni sebelum saya masuk meminang ni bacalah dulu watikah adat meminang yang saya sendiri buat ni . BACA DENGAN TELITI ! *muka serious* kalau tak masing masing kena baling dengan tembikai 6 biji tanpa ada sebarang pertanyaan dari saya . saya serious ni . serious serious .

#PERTAMA : WANG BELANJA
okay mak cik pak cik , sini baca bebetul . ni yang penting ni . macam sekarang kamu berdua tengok kan semua pakat nak kenakan wang hantaran berlumba lumba dengan orang lain . kalau jiran sebelah punya anak wang hantaran dia 20K , pak cik dengan mak cik dah gelabah nak letak sampai 30K . itu bukan namanya nak meminang merisik ke apa bagai , tapi macam nak jual anak dah saya tengok . kalau 15K tu masih mampu lerr saya kan nak buat duit belanja apa semua . mak cik pak cik kena fikir gak kenkadang . kalau dah pekena duit tinggi tinggi masa nak merisik je , habis tu lepas kahwin anak mak cik nak makan apa ? pasir cicah rumput menghijau kat taman tasik astakona ? kena fikir semua tu . at least ikut kemampuan lelaki tu . kalau macam saya takpe , nak kenakan memahal takpe , saya boleh bayar dengan duit saidina . nak 5000 ? dua keping saya boleh bagi makcik pergi buat belanja beli CD Ombak Rindu yang ada Aaron Aziz dengan Maya Karin tu . so berpada pada sikit ye kalau nak letak harga tu . kalau memahal sampai ke umur 56 tahun dah pencen pun anak mak cik masih lagi menjadi "anak dara" sebab takda siapa nak kahwin dengan dia . nanti mak cik sendiri yang susah takda keturunan nak turunkan harta mak cik yang melambak tu . pak cik kenapa diam membisu ni ? mak cik queen control heh ? nyenyenyenye *ketawa trend sekarang*

#KEDUA : HANTARAN
yang kedua ni pulak . hamboi hamboi hamboi . kalau nak kahwin tu mengalahkan nak pergi merisik Mariah Carey kan dia punya dulang hantaran kemain banyak . lagipun selalunya paling banyak pun 11 dulang . mak cik pak cik tak payahlah demand sampai 21 dulang . tu macam nak buat kenduri dia punya banyak dulang tu . and agak agaklah nak bagi syarat untuk hantaran . bukan mak cik and pak cik suruh saya cari hati kuman , suruh saya cari mata lembu ke apa . mak cik pak cik ingat ni cerita fear factor ke nak benda tu semua . anak mak cik tu pulak bukannya hantu belaan ke apa nak benda merepek tu semua . so ikutlah apa yang berpatutan or logik . kang baik baik nak masuk meminang kang tetibe jadi acara gusti sebab masing masing tak setuju dengan syarat yang diberi . kalau mak cik and pak cik nak tahu , nenek saya bekas ahli tinju negara satu ketika dulu . salah cakap dia kasikan tinju . setakat ni dah 5 orang koma 9 maut atas tinjuan beliau tepat kena di celah ketiak lalu mengakibatkan mangsa jatuh terkangkang . so mak cik and pak cik agak agak kalau tak nak kena tinju tu jangan salah cakap masa nak set kan berapa wang hantaran and berapa dulang hantaran tu . tak memasal kang kena pakai polident .

#KETIGA : RUMAH
pak cik mak cik , saya tahu yang saya nak meminang menikah ni anak kamu berdua , tapi bila dah sah jadi yang halal buat saya tu dia di atas tanggungjawab saya . pak cik dengan mak cik jangan paksa dia tinggalkan saya semata mata rumah saya kat London , rumah pak cik dengan mak cik kat Malaysia . kesian saya nanti takda siapa nak tengok tengokkan saya . kalau dia dah jadi tanggungjawab saya , kalau sekali saya terpukul dia , mak cik pak cik boleh sumpah saya jadi tong jamban pun tak kisahlah . saya tahu mana betul mana salah . pak cik mak cik jangan risau okay . sampai bila dia nak jadi matang kalau asyik nak kena duduk bawah ketiak pak cik mak cik yang berbulu ketiak panjang and masam pahit tu kan . dia kena pandai belajar berdikari . jangan risau pak cik mak cik , saya dah beli rumah dah siap siap . dalam tu katil dia punya besar kalau nak letak Jaapar Onn 10 orang pun muat . jamban dia boleh jadi tempat untuk renang berirama jugak , hall dia punya besar kalau nak ternak lembu pun masih mampu . halaman rumah lagilah jangan cakap . nak buat tempat lari 4 x 100 meter pun masih ada banyak saki baki dia . bab bab tempat tinggal ni pak cik mak cik jangan risau okay . saya siap boleh hadiahkan gigi emas sorang sebatang untuk kamu berdua . happy kan ? ada rasa macam nak lompat macam akademi fantasia tak ?

okay pak cik , mak cik saya rasa dah banyak dah saya membebel . saya tahu masih ada banyak lagi saya nak cakap sebenarnya tapi bila tengok apa yang saya tulis kat atas , saya sendiri rasa menyampah dengan diri saya . nak bersurat apa bagai kan . orang sekarang dah guna skype dah guna ooVoo je kan . mak cik sendiri selalu webcam dengan Rosmah ye tak tanya macam mana cara penjagaan rambut hingga rambut dia boleh terangkat sampai macam tu sekali ye tak . tapi kalau lepas baca ni ada yang tak hingin pun nak jadikan saya ni anak menantu dia , boleh lerr seselit kat mana mana tandas awam ke , kat public phone ke mana tahu ada janda janda anak satu ke yang nampak ni kan . bukan nak kahwin dengan janda tu tapi anak dia . dengan janda buat apa . sebelum terlupa , Ibu Ayah saya kirim salam . dia kata kalau mak cik pak cik dah terima saya jadi menantu , mereka ada syarat lain pulak macam mana nak berkahwin dengan saya . mereka nak 7 dulang hati cenggkerik , 7 dulang rambut Jennifer Lopez , 7 dulang bulu kaki Bill Gates , 7 dulang bulu mata Samy Vellu , dan 7 dulang jarum peniti Hana Tajima . so diharap sebelum menerima saya tu bebaik lah fikir dulu . kang tak memasal menyesal dengan pilihan sendiri kan . and pak cik , mak cik , maafkan saya , saya ni peminat setia Yuna , okbai !


menantumu yang cute comel,

YB Tan Sri Dato' Aizat Abd



Wednesday, September 12, 2012

1 september 2008

ASSALAMUALAIKUM

firstly nak acting baik sikitlah kan daripada aku merepek awal awal entry kan *capai tuala mandi tutup rambut , ambil kain pelekat pakai kat badan* so apa khabar semua ? di harap semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa . saya di sini mengirimkan cerita untuk anda dengan tujuan membuat anda semua happy <------ Karangan Surat Rasmi . nampak tak mood UPSR aku dah sampai . actually dalam pada aku jawab paper UPSR ni , sempat kejap aku capai laptop curik curik masuk bawah katil semata mata nak update blog . paper UPSR kali ni susah.... hekhekhek *merengek gedik bapak* , rasa nak nangis hentak kaki sambil gigit kuku je susah nak jawab... hekhekhek *sekali lagi buat perbuatan yang sama* tapi adik boleh buat abang and kakak semua . terima kasih tau doakan adik berjaya ! adik leppp chuuuu ollss *lambai lambai tuala kecik warna pink* , okay stop aku dah muntah darah nak bayangkan camne aku buat macam apa aku cakap kat atas . so today punya entry macam agak sadis tak kau baca ? bagi aku tak sadis manapun , cuma harini aku nak jenjiwang kejap . siapa tak minat jiwang tu aku harap boleh angkat kaki blah daripada sini sebelum aku heret pegang rambut kau keluar daripada blog ni . siapa yang nak baca , sila vote saya , Aaron Aziz untuk Jejaka Hangat era Millenium dia laman sesawang saya , tiubawak.com *parody youtube* .




1 SEPTEMBER 2008 ,
yes aku tahu tarikh ni dah lepas dah pun . 11 hari lalu , tapi harini baru aku get the spirit untuk write this entry . dengan masa aku yang tak menentu , dengan kerja apa semua , dengan "UPSR" aku lagi kan , so sekarang nilah masa yang aku ada untuk write entry ni . bagi korang maybe ni cerita lama , tapi bagi akulah , benda ni masih segar dalam ingatan aku . bukan tak nak melupakan tapi inilah yang sentiasa bermain kat fikiran aku . benda yang susah aku nak lupakan macam tu je . benda yang selalu muncul di anak mata aku , di dalam pandangan aku , jauh dalam hati aku . yes , dialah gadis yang pernah membuka mata aku satu ketika dulu . agak basi di mulut korang cerita ni , tapi kesegaran benda ni tak pernah layu dalam fikiran aku . Edellynn Ellyssya , nama yang sentiasa bermain di fikiran aku . nama yang tak pernah luntur dari fikiran aku . nama yang sentiasa aku rindu . mungkin kalau kau kat tempat aku kau dah lupakan semua benda tu . tapi susah kau nak lupakan bila hampir 4 tahun dah korang bersama , mengenal erti hidup , mengenal erti sabar , mengenal erti suka duka bersama . 

1 SEPTEMBER 2008 ,
kali pertama aku confess yang aku sukakan dia and kami bersama . bagi aku kisah kami tidaklah se-sweet pasangan lain tapi kebahagiaan tu boleh dirasa even kau tak rasa pun sweet dia tu . senyuman dia sentiasa menjadi kebahagiaan aku , ketawa dia sentiasa menjadi hiburan aku , gurau senda dia sentiasa membuat aku rindu . kadang kadang pernah gak tertanya boleh ke aku dengan dia akan berjumpa kembali and make the moment together again ? tapi benda tu buat aku senyum sorang sorang . mungkin tu hanya apa yang aku rasa and impikan , tak mungkin jadi kenyataan . kadang kadang tertanya jugak bila dia dah jauh tu ada ke perasaan rindu dia kat aku ? mungkin ada tapi itu hanya penyedap untuk hati aku je . semua tu dah jadi memori dah sekarang . tak dapat diulang tapi hanya dapat diingati . aku rindu setiap kata kata dia , aku rindukan saat dia buat aku selesa . mungkin bila bersama dengan orang lain aku mudah lupakan dia , tapi bila aku sendirian , aku rindukan kembali kisah kami bersama . bagi aku sekarang tak ada masalah untuk aku menjadi single . sebab bagi aku , jodoh tu ketentuan Allah . even single macam manapun aku , akan ada yang halal menjadi milik aku satu hari nanti . cuma aku tak tahu lambat atau cepat .

1 SEPTEMBER 2008 ,
bermula pada hari inilah juga aku belajar macam macam daripada dia . aku belajar menerima keburukan , aku belajar menghargai seseorang dalam hidup . mungkin rasa dia tak sama bila aku bersama dengan orang lain , sebab dialah yang banyak membuka and mengajar aku erti semua tu . setiap bait bait kata kata dia masih aku ingat . 

"JAGALAH HATI I KALAU YOU BETUL MAHUKAN , AND PULANGKAN HATI I KALAU YOU HANYA SIMPAN TANPA PERLUKANNYA"

setiap apa yang dia cakap menjadi kekuatan untuk aku teruskan hidup , untuk mencari kebahagiaan aku sendiri tanpa dia . and now , aku jadi lebih happy , jadi lebih kuat pun atas spirit dia . tak kisahlah apa pun orang nak cakap kat aku , bagi aku tu hanya pandangan orang . hidup tetap kena teruskan juga . bukan terus nak fikir and nak sedih dengan apa yang orang cakap . bagi aku dialah yang terbaik di mata aku , dialah yang pertama dia hati aku , dialah yang sentiasa ada dalam ingatan aku . mungkin dia tidak sesempurna orang lain , tapi dialah yang sempurna di mata aku .

kalau kami masih bersama , dah masuk 4 tahun relationship kami and masa kami berpisah pun dah masuk tiga tahun lebih that relationship . tapi setiap benda yang berlaku tu ada baik buruknya ye tak . Allah lebih tahu apa yang Dia rancang untuk setiap makhluknya . jodoh , ajal , pertemuan tu semua ada kat tangan Dia . jangan terlalu desperate or terlalu obses nak dapatkan something tu . and kepada yang belum baca about entry aku kenapa aku and Isya ambil keputusan untuk separate , boleh klik link ni untuk ke entry tu . KLIK : KAU BANYAK MENGAJAR AKU ERTI CINTA . maybe ada yang anggap keputusan tu macam tak matang kan , tapi kami lebih tahu apa yang kami buat . mungkin ada jodoh buat kami tapi kami sendiri pun tak tahu . setiap pertemuan tu ada perpisahan , setiap yang gembira pasti akan ada duka . and setiap yang terbaik mesti akan akan kekurangannya . cuma kita perlu bersyukur and hargai dengan apa yang kita ada sebelum benda tu hilang daripada pandangan kita . rasa rindu kat dia tu sentiasa ada , tapi just memori jelah yang sentiasa jadi peneman untuk aku lepaskan rindu kat dia . 1 SEPTEMBER akan sentiasa dalam ingatan..... YANG PERTAMA TIDAKLAH SEMPURNA , TETAPI YANG PERTAMA SENTIASA DIINGATI


NOTE : PERHATIAN ! kepada siapa yang dah termuntah baca entry ni , sila lap guna kain batik anda . 


Thursday, September 6, 2012

my rhythm of love

ASSALAMUALAIKUM

bhahahahahahahahaahahahahahahahahahahah *kena terajang dengan khatijah tan sebab ketawa tanpa henti* hai guys , harini entry tak panjang manapun , sampai sini je entry aku kali ni . okbai ! <----- aku rasa kalau aku macam ni , hari hari yang aku lalui pada harini sangat tak bermakna and aku dimohon untuk terjun daripada tingkat 16 . melihatkan pada tajuk entry aku yang agak rasa macam mintak kena baling kelapa ke durian ke dalam dua bakul , aku sendiri tertanya tanya apakemenda yang aku nak cerita pepanjang eh today pasal my rhythm of love ? takdelah gempak manapun cerita aku harini sampai kau nak bawak sekampung datang sini . aku dah pasang bom jangka kat sini , siapa baca meletop jadi macam Altantuya Sharibuu . then sebelum kau meletop , baca lelaju entry ni supaya kau boleh lari angkut sekali Rosnah Mat Aris yang aku ikat sekali kat bom tu .

my rhythm of love mengisahkan tentang seorang jejaka memiliki wajah seakan akan En Haris Ombak Rindu , nantikan di pawagam... *kena tembak sampai lunyai* actually , my rhythm of love ni tentang life baru yang aku rasa dah aku dapat . bukan bermakna aku hidup semula apa kejadah pokemon semua . tapi aku dah tinggalkan hidup lama yang penuh jalanan berliku *turn on lagu beribu sesalan* bila bercakap hidup baru , aku nak kiatkan pulak dengan senyuman baru . sometimes dalam hidup ni kau akan rasa TERminat , TERsuka , TERsayang kat someone cuma kau je tak tahu macam mana nak cakap or kau takut nak luahkan . kenkadang waa cakap sama lu , kalau luahkan then dia tak suka kita balik , malu dia kemain rasa nak masuk muka dalam lobang jamban , then malu nak bertegur . hek eleh kalau camtu baik kau takyah suka dia sebab kena reject je kau tak nak berkawan dengan dia . and ada kena mengena ke semua ni dengan entry hidup baru aku ni ?

yeahhh same goes to me , TERminat someone yang bagi aku , aku akan tersenyum dengan gelagat dia , cara dia , senyum dia and whats so ever okay *flip hair macam datuk sharipah aini* , benda tu kebiasannya orang panggil crush and pada siapa yang tak tahu apa crush tu , aku tak menyediakan perkhidmatan google translate , nak pergi cari sendiri sekarang *sambil pegang kayu besbol pandang sorang sorang*. bila dah ada crush start from that lah akan tiap malam hadap laptop sensorang tweet dear crush apa bagai semua sampai terlelap laptop hempap kepala pastu benjol . bila rasa cinta or suka tu dah membara memang camtu ye tak even nak makan , dalam pinggan pun nampak muka dia . and yeah aku pun dah TERada crush , cuma aku tak bagitahu orang je siapa yang aku suka *lari masuk bawah tilam vono ziana zain* . macam korang gak , bila cakap and luahkan , kau takut benda ni akan jadi lagi teruk . selalu bila orang tweet pasal crush , mesti ada orang akan reply :

LUAH JE KAT DIA , JANGAN TUNGGU LAMA LAMA KALAU DAH SUKA

apak ahhh , bagi korang yang beruntung sebab dia suka balik tu bolehlah senang cakap nak luahkan , bagi kita yang takut dia tak suka kita balik ni , ketar ketar usus perut rasa macam terbelit kat tulang rusuk je rasa . at last pendamkan perasaan tu sendiri and tweet pasal crush supaya dia sedar yang kita suka dia . kenkadang sebab nak jaga persahabatan yang kita ada dengan dia sebab kita lebih suka pandamkan perasaan kita kat dia . bagi akulah tak salah nak minat seseorang tapi jangan letak harapan terlalu tinggi , sebab nanti takut kita suffer and sedih bila dia takda rasa sama macam kita rasa kat dia . masa tulah mula heartbroken and dengar lagu  ramlah ram bagai apa semua . lepastu mulahlah rasa single is better apa semua . ohh masa suka semuanya indah , bila tak suka semua pandang dia macam jamban berjalan kat jom heboh ye .

dan apa motif aku tulis entry kali ni ? *sambil betulkan seluar yang dah terlondeh* sebabnya aku just nak cakap I've got crush on someone yeah crush . yeee crush . paham tak crush ? cuma siapa dia satu hari nanti akan aku cakap bila aku dah bersedia and bila sampai waktunya benda tu akan muncul juga menemukan cinta kami , ewah macam cerita ayat ayat cinta , kau ada ?!!! ada ?! sekarang ni rasa macam terlalu awal gedik bapak kalau nak cakap ye tak , entah entah bila aku cakap dia ketawa sampai esok tak henti lepastu masuk hospital gila sebab mulut koma tak boleh berhenti ketawa . kalau ada nanti one day aku masukkan gambar dia dalam blog sampai besar macam poster orang hilang yang selalu tampal kat tandas awam tu . and kepada crush , kalaulah anda baca benda ni kan , yes , you're my crush ! LOL *lari laju laju masuk tandas awam duduk atas lobang jamban sambil tutup muka*

"HOW WONDERFUL LIFE IS , NOW YOU'RE IN THE WORLD"




NOTE : lepasni dah boleh download lagu ainan tasneem aku rasa lepastu dengar ulang ulang sampai terberak


Monday, September 3, 2012

#TwtUpMerdeka VS Wedding Day

ASSALAMUALAIKUM

*bentang red carpet masuk blog sendiri sambil bukak lagu Ombak Rindu* perasan tak kadang kadang aku ni over je lebih kan ? so now free free kau boleh terajang aku . aku bagi masa harini sahaja , 1 jam dari sekarang . so siapa ada nampak aku kat mana mana dalam masa 1 jam dibenarkan terajang aku . lepastu esok kau tetibe ada dalam wad kecemasan penuh wayar jangan tanya kenapa . harini kegigihan aku dalam demam and selesema ni mengundang aku nak write new entry . tak kiralah macam mana banyak kali bersinnya aku depan screen lappy ni , yang penting usaha nak buat cerita tu ada *bukak lagu sedih* semua ni aku buat hanya untuk korang...... *then terus lari menangis kat buaian* #TwtUpMerdeka VS Wedding Day is the event yang aku pergi last week . now dah isnin kan , so aku boleh anggap minggu lepas . even dalam kebusy-an aku dengan final project , sempat gak aku panjangkan kaki aku ke sana memandangkan aku pun ada kerja sikit kat sana . what happen there ? silalah kau baca cerita kat bawah ni . siapa terpinga lagi mohon kau hentak sendiri kepala kau guna meja tadika ni *seret meja tadika hulur sorang satu*

# PERTAMA : TWTUPMERDEKA
this is first event yang aku pergi kat sana after dah deal deal dengan kengkawan kat sana . nak tak nak aku pergi jugak sebelum dah janji tak nak pergi , then kena pijak reramai . tak nak aku mati sebelum kahwin . sampai Bukit Jalil around 3 something . wa cakap lu dia punya ramai sampai panas dia buat lecak ketiak badan apa jadah semua . kalau letak ikan bebetul kat badan , dia pun boleh meneruskan hidup dengan peluh yang banyak tu . tapi dah pergi tak kan nak blah camtu . konon bajet sesenyum je semorang kat sana kan padahal muka semua dah penuh peluh . yang pakai mekap 10 inci terus cair sebab peluh . kalau sebelum ni nak kikis mekap dia guna pisau potong daging pun susah , masa kat situ sesak dah mampu buat make up dia cair . sampai sana meet up dengan semua orang . at first memanglah macam kekok tapi bila dah gilaa gilaa rasa macam kena histeria versi ke 6 je semua orang .


aku , @akbarazman and @ZarickZaqwan , memaksa keba datang juga twtup even apa sekali cara


aku , @akbarazman and @AisyatulAfifah , masa ni muka fresh lagi , mendung punya hal


aku , @ZarickZaqwan , @AisyatulAfifah and KyllaKyllot . masa ni dah start ramai orang , nak halau balik pun tak larat


muka aku yang annoying bersama fifah , zarick and @AkuLensaCahaya , mama hawttt aumm !


aku , fifah and @SaifulAdamm . pergi penuhkan perut dulu even mee dia serious buat aku rasa nak terbalikkan meja kedai tu , tapi tu rezeki aku for that day , makankan je


after dah lepak and berkumpul , then rancang nak masuk dalam based on people yang dah semkin ramai . keluar je dari foodcourt aku tengok woaaaaa macam ada perlawanan sumo ramai orang , berbagai cara berbagai perangai boleh nampak . apedehal , aku hal aku dia hal dia . kalau dia masuk campur hal aku sini aku sumbat lubang hidung dengan batang mop kasi besar sebelah lubang hidung tu . masuk je stadium terus cari place and dapat . mula mula tempat dah okay tetibe ada lain group duduk depan dengan banner bendera bagai and pastinya muka kami akan dihalang masuk TV . kau hengat ada orang ke nak hambik muka kau masuk TV , then decide pindah belah atas sikit . barulah nampak and betul betul depan camera . woahahahahahaahah ! *ketawa Rika Sumanto mak bawang merah* then bila event start , semua dah gila macam bawah ni , ambil banner belakang bagai , dengan nyanyi nyanyi , serious happening gila ! 


with @akbarazman @ZarickZaqwan @AisyatulAfifah @SyadaAmzahh @daneaameer @SyahirAmzah @SaifulAdamm @AmatJamaludin @atyka_ruslan @AisamOrange


with all of the crazy teenagers of the night @akbarazman @ZarickZaqwan @AisyatulAfifah @SyadaAmzahh @daneaameer @SyahirAmzah @SaifulAdamm @AmatJamaludin @atyka_ruslan @AisamOrange @MegatAD @omgyekemon @SyazwanAsyrafz and others


after that event kami terpaksa keluar awal sebab kesesakan and tak boleh bernafas kat dalam tu yang amat sangat . plus line takda memang mintak aku lari laju laju keluar stadium even Yuna-ku ada perform kat sana . then bila balik semua rancang nak pergi makan sama . lantaklah nak kena redah orang ramai yang begitu banyak . makan kat gerai je pun , eventhought kat gerai , but tempat macam tulah sebenarnya lagi happening . dengan lawak buah mak cik kedai tu , dengan lawak kami and serious that the best night ! *turn on lagu Fun. - Some Night*




bila tengok gambar kat atasni , kalau siapa perasan ada masuk trending haritu , sabtu around petang until pukul 10 something . actually benda ni just suka suka after cadangan Syahir yang buat hashtag tu sebab Adam tak mandi lagi nak masuk sehari dah . and sebab benda tu saja nak kacau dia dengan hashtag tu . then aku , Keba , Zarick and others saja tweet tweet benda tu and hambik semua pun turut tweet , sebab tu naik trend . mula mula aku rasa benda tu lawak gilaa tapi sebabkan orang tweet merepek aku rasa diorang annoying . tapi takpe benda tu sekejap je kan . sebab ada yang kata "what the hell of the hashtag" "hashtag apa ni ? macam bo*oh je" and apa apa . alaaaa don't emo emo , aku bagi sabun cuci pinggan percuma sorang satu okay . benda tu just for fun je . takda kene mengena bagi yang telah mati . okay ?


#KEDUA : WEDDING DAY
this is cannot go moment ever . actually theme untuk wedding cousin aku ni merah and aku ada dua baju merah . and sampai sana rupanya aku tertinggal kemeja and baju tu . yang ada hanya tshirt biasa . menggelabah aku masa tu . nasib baik sempat cuci and keringkan depan kipas baju maroon masa twtup . kalau tak memang aku tak tahu nak pakai baju apa , baju kurung mungkin . and mana tahu tetibe terserempak budak twtup , mesti akan cakap , hahahahaaha ! aizat pakai baju sama . apadehal , macam korang tak pernah pakai boxer sama pulak kan berulang kali kecuali aku . wedding day ni buat kat Kelana Jaya and Ibu Norry and family pun back to KL . niat memang nak ke wedding ni and kebetulan twtup pun masa ni . orang cakap sambil menyelam minum air , tak nak aku menyelam minum air , kalau swimming pool tu air dahlah kotor dengan mat saleh mandi bagai . aku buat pepatah aku , sambil yak yak dengar lagu . terbaik ?


THIS ! bersama orang yang susah nak bergambar dengan aku , Adik Aiman aku , Shyyra and Sis Lilia . jarang aku ada gambar dengan diorang . semuanya aku sensorang syok sendiri


actually ni wedding anak mak long aku , pengantin lelaki tu . which is unique name gabungan nama perents diorang Abdul Karim + Maimoon = Remon . cool kan ? kalau perempuan Remona . bukan Renoma okay . itu jenama seluar dalam lelaki . perempuan scarlet je . eh eh ? macam aku pernah pakai je kan . and nama pengantin lelaki tu Remon Azreem and perempuan dia aku tak tahu apa nama . aku tak suka baca kad kahwin . berasaskan tema merah putih , buat aku rasa nak kahwin . pengantin perempuan dia ada iras iras Neelofa . sikitlah , kalau tak sama abistu nak sama dengan siapa ? Norlia Ghani ? *tarik rambut Norlia Ghani masuk blog nak comparekan* and wedding ni buat kat dewan yang diuruskan sendiri oleh adik abang saudara aku ni , Sis Lilia and the wedding is awesome . serious cool and cantik for the prop and etc . sampai kau rasa macam kau nak kahwin .


8 tahun lagi aku akan jadi macam ni jugak , siapa nak jadi isteri aku pun aku tak tahu , syok sendiri


THE PENGANTIN'S . ewah macam nama filem or buku sesuka aku nak letak tajuk gambar


konon nak sweet macam Ombak Rindu ah ni  , ni aku hero dia tahu , Aaron Aziz . belajar dari aku macam mana nak jadi cam dia


entah kenapa aku sendiri tak tahu apa motif gambar ni ? -____-


after wedding ni aku terus bergegas nak balik perak sebab aku ada class esoknya . cuti pendek memag tak best and I'm hate the wedding on Sunday . kalau boleh aku nak je suruh dia buat hari sabtu . so ahad tu bolehlah rest and takdelah terkejar kejar aku nak balik . tapi nak buat macam mana , dia dah kahwin pun . tak kan aku nak suruh dia cerai lepastu kahwin balik ye tak . but conclusion kat sini , minggu lepas is the best week dengan macam macam aktiviti . 

"for twtup , hope nanti akan lepak dengan korang lagi , yang penting #GengMA poreber ! momo and stokin best gilaa main dengan korang even aku tak suka kucing aku layankan . and thanks to Syahir and Syada for the friday night . Nani thanks sebab datang even aizat paksa . Fifah and Zarick , next time lepak lagi , ambil gambar macam biasa . Keba , kau dah pun safely arrived kat Melaka , jumpa kat Melaka kita dating macam selalu hahaha , Amat , thanks lepak and guide for get the shirt and all danea , atyka , megat , mon , aiman , aimie , mimi , roy , aisam and siapa siapa yang aku lupa nak letak nama ni , aku enjoy on that day !"

"for the wedding , congrats abang ngah , stay smile and enjoy with your new life , hope you'll be the best ever husband for your wife forever in her and your heart , amin !"

and kepada yang membaca , pergi study lah ! hew hew hew *ketawa macam kucing*


NOTE : kawan ketawa tu sometimes juga adalah kawan yang sama masa kau sedih