APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, July 30, 2012

single ?

ASSALAMUALAIKUM

*hambik kain buruk bersama ajax fabuloso then lap lap blog yang dah berhabuk , then baca Yaasin bagi Ju-On keluar daripada blog ni* fulamak cerita aku over je kan mengalahkan dah lama aku tak hadap menatang ni . but actually lama juga . kau hengat senang nak dapat idea nak update blog . kalau senang aku cakap sampai korang naik muntah dah baca luahan sanubari aku kat blog ni macam korang baca buku sejarah form 4 , ewah . so macam mana rindu aku ? aummm teruja aku dengar ! *dengan tak semena mena aku kena rejam guna tong gas beberapa biji* melihatkan tajuk entry kali ni , single ? cambest je kan bunyi dia cam gatal miang je kan . memang best kot...... sesaja je kan sambil baring baring golek atas katil macam kambing bakar dapat lak idea aku nak buat entry camni . tapi aku tak hadkan yang single je boleh baca ke , 18 tahun ke atas ke kan , tapi yang couple pun boleh baca gak , then bila dah baca mesti korang teruja nak single kan , better kau single je weh *turn on lagu patah seribu* kau hengat ni kelakar ke Aizat ?!




SEBAB SINGLE ?
*sambil kunyah gummy bear beli kat Tesco hanya RM3.49* kalau nak cakap sebab single ni senang je and macam macam sebab kau boleh listkan and kalau masuk buku telefon tebal warna kuning tu pun masih lagi tak cukup , antara sebab utama , kau kena tinggal dengan si dia automatic kau dah jadi single takpun janda . tapi sebelum kau kena tinggal tu mesti ada sebab dia sendiri kan . contohnya tetibe kau tumbuk muka awek/pakwe kau tu secara tiba tiba , kau kentut merata rata depan muka dia ke , kalau aku pun memang dah tinggalkan kau terkontang kanting sesukahati je nak tumbuk aku tanpa sebab . but then ada jugak yang single tanpa rela kan , ewah *capai pampers mamy poko nak lap airmata* macam tetibe pakwe dia sakit ke and ada masa sebulan je lagi nak hidup , tragis je cerita , nak pindah luar negara ke , nampak tak drama dia macam Ombak Rindu ? filem sangat kan , so kau takyah percaya , kau cakap je camni "nak tinggalkan aku blah jelah , tak payah nak bohong" , settle and simple . macam aku cakap kat atas tadi jugak , kalau kau nak cakap sebab single ni memang banyak . ada orang kata single is awesome , tapi bila dah single menangis macam nak gila mati . padahal dia tinggalkan kau sebab orang lain , baik kau tak yah nangis . yang perlu kau buat panggil dia then bila dia dah datang , kau hempuk dia guna meja pejabat pos then kau blah , dia bisu ke pekak ke tu belakang cerita . yang penting apa ? hati kau puas dapat belasah dia sampai senget sebelah kepala dia . kau ada ?

KEBAIKAN SINGLE ?
bila single yes boleh elakkan daripada maksiat . tapi mata kau tu kena jugak jaga , bukan kau single then kutuk kutuk orang yang couple , dah jadi satu dosa untuk kau , lepastu kau cuci mata tengok minah salleh pakai bikini merah tepi pantai sambil kau snap snap gambar dia . dah jadi dosa lagi . tapi bila single ni wa cakap sama lu agak best lah jugak , sebab boleh kawan dengan semua orang even dengan Norlia Ghani kau nak gurau gurau manja pun takda siapa marah . takdelah kena had sana sini , bila nak berkawan jealous sana sini . oh pleaseeee *gaya minah gedik Bukit Bintang* rimas jugak kenkadang bila dah selalu macam tu kan . asal gaduh je sebab cemburu , asal gaduh je sebab tak bagi kawan dengan orang tu . aku yang dengar ni pun rimas weh , macam mintak terajang kasut lapan inci Mariah Carey je kau tahu . bila single ni gak kau tak perlu nak fikir macam macam , kau fikir tentang diri kau je , nak makan ke , nak mandi ke pun takda orang bebel melainkan mak kau sendiri . ni kalau couple mak kau lagi bebel , dengan dia lagi bebel . tak memasal nanti kau dah boleh tempah tiket masuk wad kecemasan untuk wanita bersalin sebab tak tahan kena leter . and bila single ni jugak takdelah kau akan dapat masuk wayang sesama buat wayang kau sendiri . cam dah biasa dengar je ayat muntah berdarah ni kan ? macam sekarang lah , korang tengok cerita HACKS yang korang dok nangis tengok tu kan , tapi bila single kau gi tengok sensorang je takyah nak fikir nak pujuk dia bila nangis tengok cerita tu . and aku pelik , sekarang ni semua nak main singkat singkat kan , coming soon cerita SAM pulak , bagikan je . lepasni kalau aku nak makan aku cakap camni TBAMNABBAMNK , kau paham ? bila kau buat tak memasal kena terajang dengan orang yang kau cakap tu *Tolong Belikan Aku Makanan Nanti Aku Bayar Balik , Aku Malas Nak Keluar*

KEBURUKAN SINGLE ?
bila cakap pasal keburukan single ni , entah aku sendiri pun tak tahu gak ada ke keburukan single ? tapi sebabkan kepala aku ni suka merepek golek golek tak tentu pasal kan so aku buat jugak pasal keburukan dia . macam kalau kau couple sweet sweet aummm tu kan sometimes ada juga orang akan ingatkan kau untuk buat sesuatu . macam suruh kau solat , kejut kau bangun solat semua kan , macam aku pernah tweet dulu :

BILA COUPLE : SAYANG ESOK I KEJUT YOU BANGUN SAHUR TAU , NANTI TERUS SOLAT SUBUH
BILA SINGLE : KRINGGGGGGGGGGGGGGG *bunyi jam loceng tu pun kalau kau sedar*

even kau angkat call dia pun tengah mamai , dia akan terus call kau sampai kau bangun . tapi bila jam loceng kau tutup je terus kau terlajak tidur sampai berbuka . ni koma ke tidur kan . and then kau jugak akan punctual sometimes . sometimes jelah kan , but at least ada daripada tak ada kan . tapi kadang kadang dengan couple pun boleh buat kau leka jugak dalam hidup kau sebab kau akan habiskan masa dengan dia . tapi masing masing dah besar kan , so kena pandai beza semua tu . even Azwan Ali yang dah bercouple tu pun single balik selepas baca blog aku , eh ?


tapi bila fikir balik pasal benda ni semua , even single ke couple ke tu semua ada kebaikan and keburukan masing masing even korang nak assume macam macam kan *capai mop sebab nak mop laptop yang berhabuk* kalau kau percaya kat jodoh kau sendiri , even kau tak confess kat dia , one day kalau jodoh kau dengan dia , kau akan bersama jugak dengan dia , yang pastinya cuma lambat atau cepat je . hanya Allah je tahu apa yang Dia rancangkan untuk kau . bukan kau berharap lepastu bila dia tak suka kau , kau gi bunuh diri terjun tingkat lapan belas , then mati pecah kepala jadi hantu . apa guna kan ? baik kau teruskan hidup kau je daripada kau terus kecewa sebab dia *letak mop capai penyapu pulak sapu keyboard* so tak perlu kau terlalu fikirkan semua tu . nak kata jealous tengok orang lain yang dah couple tu tak boleh juga , tu jodoh kau jauh kat depan sana tengah tunggu kau tu . diorang yang dah couple tu tak lama lagi tu clash ah tu bila masing masing dah bosan *sambil menyapu tetibe kena baling tembikai nam biji dengan pasangan yang dah couple* so bila kau berjalan kau kena ingat , even kau single , kiri kanan kau akan ada orang yang bersama kau , keluarga dan sahabat !


NOTE : single ke couple ke , yang penting kau masih boleh lagi teruskan hidup , teruskan bernafas kat bumi ni

Monday, July 23, 2012

Bazaar Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

jangan disangkakan blog buruk ni takda Aaron Aziz <----- *over buat readers rasa nak melakukan pembunuhan berdarah ke atas aku . so Bulan Puasa ! passed entry aku about wish and pengalaman aku curi curi makan right masa bulan puasa . so sekali lagi aku nak ceritakan pasal pengalaman bulan puasa juga . tahu korang cam rasa nak terajang aku , angkat , then terajang balik je kan sebab tak habis habis dengan cerita aku pasal puasa *kau hengat ni kelakar ke aizat . so far macam mana puasa ? jangan cakap ada yang makan sesorok dalam tandas awam , sekarang gak aku suruh kementerian kerja raya pasang cctv dalam jamban tu sampaikan korang nak yak yak pun aluuuuu . kau pernah dengar apa tu bazaar ? kalau tak tahu aku rasa better kau duduk serumah dengan menteri somalia sebab dia pun entah pasar malam pun tahu ke tak . ewah . so jom cerita sebelum TV plasma 18 inci lekat kat kepala korang dan aku , cambest je bunyi kan .

bila aku pergi bazaar kat campus ni , teringat pulak aku pengalaman masa kekecik pergi bazaar . aku sukakan masa kecil and pengalaman masa kecil sebab aku suka korek semua cerita kat Ibu and Ayah about kitaorang . tapi mostly aku sendiri ingat . even masa aku berak sepah sepah masa kecil pun aku ingat . yes that moment masa kecil memang susah kau nak lupakan . even conversation tu time kau 5 tahun pun tetap kau akan ingat . bagi akulah , bagi korang aku tak tahu , entah mana tahu habit korang ratah semut depan TV sambil tengok cerita Sailormoon kan . so , sambung about bazaar , excited nak pergi bazaar dengan ayah tu macamkan aku dapat jumpa Power Rangers secara LIVE . so that dengan bersikat rambut kemas selak ketepi , pakai handsome bagai , at last sampai je tempat penuh dengan asap . kata baru first time pergi bazaar and masa tu memanglah cam lurus sikit kan . orang cakap pergi longkang pun kau boleh bersiap macam nak pergi tengok konsert Daud Kilau . sampai sampai je terus tanya ayah :

AKU : AYAH , KENAPA MAK CIK TU BAKAR KEDAI DIA ?
AYAH : BUKANLAH DIA TENGAH MASAK TU *then terus dukung aku even masa tu dah 6 tahun !*

yelah kan masa kekecik and comel macam aku mestilah rerebut orang nak culik aku buat menantu kan . simpan aku dalam peti ais kasi stock tunggu sampai anak dia dah besar untuk kahwinkan dengan aku kan , so langkah keselamatan awal ayah aku ambil dengan mendukung aku sepenuh jiwa raga dia . aku lak macam orang gayat tengok kiri kanan macam macam makanan yang aku dapat tengok . semua tu memang aku nak makan sebab masuk 6 tahun aku dah belajar puasa penuh even masa tu badan aku macam jerangkung punya atok sebab puasa kan , asyik asyik lapar lapar lapar . so ayah tanya aku nak makan apa , aku cakap aku nak gula gula . ayah tanya lagi aku nak apa , aku jawab "EH NAK KEROPOK DENGAN GULA GULA DENGAN AIR DENGAN TORA *permainan famous masa kekecik*" then ayah turunkan aku sebab ayah cakap nak berbuka kena makan benda yang berkhasiat then dia belikan aku air tebu . woi manis woi khasiat kemenda ! tengok kederhakaan aku sekarang boleh kena sumpah jadi tilan Vonoo 13 inci . so aku pun cam yeah yeah yeah dapat air tebu tengok orang sebelah punya berlagak cam nak cakap , kau ada ?

then jalan jalan lagi , serious masa tu macam gayat nak mati aku , rasa cam diri aku tak berguna and wajib dijalankan hukuman gantung sampai koma . so aku pun tunjuk kuih sana , sini , sana sini sampailah penuh satu tangan ayah aku mintak . sebab masa kecik kecik memang masa tu bertiga je , abang aku dah besar sikit and memang dia tu pemalas bab bab nak pergi berjalan ni , adik Shyyra aku lak baby lagi , Aiman ? janin pun tak jadi lagi . so akulah yang paling rapat . and masa kecik lak aku suka makan sampaikan badan aku gebu comel handsome kau tahu ?!!!!! <---- nak tunjukkan ke-over-an comel tu . tapi dah besar ni dok jejauh dah macam papan buat tutup pintu jamban kau tahu . then masa kecik kecik sampailah ke besar ni aku punya jenis kalau aku tak suka something tu , aku akan terus terang and straight to the point . tapi kekecik lagi dahsyat mulut aku , kalau takda undang undang dalam dunia ni , memang orang dah sumbatkan seterika edisi baru dalam mulut aku . on the same day juga , at the same place which is bazaar , time tu ayah nak beli murtabak tapi masa kecil kecil aku panggil benda tu roti canai , aku tengok pak cik tu macam pengotor siap peluh peluh dia lap dengan tangan then uli , maybe ayah aku tak perasan kot . then aku tanya ayah :

AKU : AYAH NAK BELI ROTI EH ? *dia kan macam roti
AYAH : SEKEJAP , TURUN KEJAP AYAH NAK BELI
AKU : TAK NAK , PAK CIK NI KOTOR *sambil tunjuk kat pak cik tu

terus ayah aku dukung aku blah sebab orang kiri kanan pandang . how dare aku kan , terus terbatal niat sanubari ayah aku nak beli . whether dia malu ataupun dia geli . then balik gembiralah nak berbuka semua dengan kuih penuh semeja punya excited siap cop cop dengan abang aku mana satu kiuh aku and tak bagi dia makan kuih aku . tapi bila berbuka , punya laju teguk air and makan nasi , kuihnya yang aku makan , karipap sebiji je . Ibu cakap boleh simpan masa sahur . bila sahur memang tak lalu aku nak makan , harapan , at last daripada basi , bagikan entah mana kucing datang merayap entah kat depan rumah aku . yelah , moral of the story from cerita aku ni , even banyak mana pun kita beli makanan time berbuka , sikit je kita akan makan . nafsu makan tu memang tak boleh nak kawal . perut kita ni bukan boleh tetibe besar gedabak time puasa , sama je time sebelum puasa dengan masa puasa . so makan ikut yang mampu . bukan ikut perut orang . kalau ikut perut orang , dengan makcik janda jual nasi ayam rempah tu pun kau nak sebat beli sekali . and the best moment time solat tarawih dengan abang . kitaorang memang rajin ikut ayah pergi masjid sebab boleh main main , niat dah salah dah tu kan . then ikut orang sembahyang kat saf pun rajin gak . kitaorang akan main main sikit sikit , biasalah masa tu budak budak kan . kau tegur macam mana pun dia akan buat . yang bestnya time pak cik pak cik tua kerepot ni tengah sujud , kitaorang akan duduk , then tengok tengok diorang punya punggung . pastu abang akan cakap :

PAK CIK NI PAKAI SPENDER , YANG NI TAK , YANG NI PUN TAK

kau tahu dari mana kitaorang tahu dia pakai ke tak ?  okay , ni khas untuk budak budak kecik je . yang dah besar nak buat hal macam ni memang nak kena hempok dengan pintu kereta . pemikiran lucah betul kan . habis pahala bulan puasa nanti , so makruh baca blog aku masa waktu siang okay ? nanti batal puasa *tetibe* . so until here aku cerita about bazaar and dah jauh merepek . jumpa lagi for the next entry kalau aku masih diberikan nafas untuk memainkan jari aku di keyboard laptop , and ! SELAMAT BERSAHUR 

jangan lupa bisik benda ni kat family korang sebelum sahur : YUSUF TAIYOOB



tadaaaaaaaaaaaaa ! pak usop hang yang sebenar ni hah


NOTE : makan jangan sampai perut tu pecah , nanti nak raya dah takda perut nak makan ketupat

Friday, July 20, 2012

Bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

*turn off lagu raya dari Aishwarya Rai , lantaklah nama kau aku main hentam je eja* okay mat and minah rempit sekalian , so macam mana ? dah dengar dah lagu baru aku kat tiubawak.com ? apakemenda tajuk dia tu ? "AQOEH CHAIANK QMOEH CELAMANYAH" . kay mampus aku kejap lagi semua yang baca blog aku ni pergi upah pembunuh kasi bunuh aku tulis ayat kat atas tu pasal rerempit ni . Alhamdulillah single kedua akan muncul raya nanti yang bertajuk "MAKAN KETUPAT DI PAGI RAYA TERKENTUT KENTUT" dan lagu ini sudah dipasarkan dia Somalia . sebelum kau nak hempuk aku , so baik aku bagitahu korang apa yang aku nak cerita today . memandangkan esok puasa and malam ni lagi korang dah beramai ramai pergi solat sunat tarawih kan , malam ni jelah , kau tunggu 23 puasa nanti , so aku nak ceritakan pengalaman puasa aku dedulu lah . kira masa zaman kanak kanak . bohong kalau kita cakap kita takda moment time puasa kan , especially masa baru baru nak belajar puasa , kalau tak ponteng sekali dua tu maknanya kau dah membohong . aku yang En Haris Ombak Rindu ni pun pernah gak TERponteng puasa . tapi masa sebelum akil baligh lah . dah akil baligh ni nak buat hal memang kena hentak kau dengan orang ramai . so nak dengar cerita ? tak perlu kau nak dengar , pergi scroll bawah baca , kat sini bukan youtube yang boleh kau nak dengar apa yang aku cakap , okay ?

masa kecil dulu Ibu memang rajin gila buat kuih raya sebab kitaorang memang suka makan kuih raya yang Ibu buat . pagi pagilah jugak Ibu akan menghadap bahan bahan kuih tu sebab nak uli . so kitaorang adik beradik akan hadaplah Ibu uli uli benda tu padahal kalau sekarang kau hadap memang kau akan rasa benda tu satu kerja yang membosankan . so daripada lepas sahur sampailah ke matahari nak naik , kerja kerja membakar kuih pun dimulakan . amboi cara aku cakap macam nak pergi bakar mayat pastu campak dalam laut kan . tapi selalunya Ibu akan buat kuih raya masa cuti Sabtu Ahad je kan sebab weekdays selalu Ibu kerja and memang harapan nak hadap benda tu lama lama . so hari makin ke tengah hari , so bila kau dah bakar kuih tu , aroma dia punya naik mampu buat kau rasa macam kau berada di dunia kuih raya . buat perut kau lapar . even masa tu aku kecik tapi iman di dada masih mampu aku kuatkan daripada nafsu serakah ingin mencuba kuih raya itu . pehal ayat aku skema badak ni . so time Ibu nak sejukkan kuih tu sebelum susun dalam bekas , tanpa sengaja aku dah terambil 3 biji kuih tu and letak dalam poket aku . entah sukahati pokemon aku masukkan dalam poket padahal entah bersih ke tak poket aku . lepas aku rasa macam dah berjaya ambil tu terus aku keluar pergi belakang rumah . and kat belakang rumah tulah segala kerja jahat bapak setan keliling aku suruh mencuba kuih raya di bulan puasa yang sangat enak dimakan begitu sahaja tu . then tanpa pandang kiri kanan aku telan satu satu dengan gembira , leka makan satu satu satu and satu , sampailah tetibe aku rasa ada tangan yang hulur aku lagi dua biji kuih raya , bila aku toleh , MasyaAllah aku punya terkejut kalah Azwan Ali jatuh dalam lubang jamban , Ibu siap hulur aku kuih lagi dua biji . tu namanya bukan menggalakkan aku makan lagi , tapi tu namanya perli kau tahu . tapi Ibu just senyum je sebab masa tu umur pun 5 tahun lagi kan , so kau yang dah tua bangka tu ada je yang sesorok makan dalam jamban . so macam dia baru nak ajar aku berpuasa lah , dah bebesar ni kalau buat perangai macam ni mau Ibu kurung aku dalam garage tanpa boleh berak mahupun kencing . MATI !

kisah kedua curi curi ponteng puasa juga . dah kenapa aku kerja nak curi curi ponteng puasa je kan . so masa  ni tadika . bila balik dari sekolah mesti kau akan rasa lapar yang amat mendalam tau . rasa macam Norlia Ghani buat konsert dengan Noh Hujan dalam perut kau . pastu aku mula mula macam tahan je lagi haus dengan lapar aku ni . nak kata lapar tu tak sangat sebab yang pastinya bila bulan puasa ni kau akan selalu haus macam kau duduk kat Somalia tersadai kat tepi longkang . selalunya kalau balik tadika , atuk aku yang akan ambil and then aku pun duduklah rumah dengan nenek . nak cakap bosan tu memang bosan , sayangnya masa tu takda Twitter , kalau ada aku rasa memang aku otai kat Twitter tu berkecimpung kat sana kan . tengah tengah boring tu aku sesaja usha freezer kejap . terbukak pulak freezer tu bila dah dekat kan . aku pandang belakang , tengok nenek aku punya cantik posing tengah tidur . dalam hati aku , biarlah dia pengsan pun takpe , aku nak minum air ni . then aku pun usha usha dalam freezer tu ada pulak bekas air . aku tengok macam air kopi . masa kecik kecik kau nak tahu air kopi tu macam dah jadi kawan aku . sebab atuk aku suka minum kopi , so dia hadapkan juga aku dengan kopi . dah jadi macam orang tua aku kekecik . nasib takda kopi jantan . kalau ada mungkin aku sekarang jadi ahli gusti . *kau ingat kelakar ke aizat cite kau ni* bila dah besar ni kopi tu jadi musuh aku sampaikan kalau tengok kopi , aku rasa macam nak terajang dia siap ada pakej percuma pijakan dari aku , sebab aku tak boleh minum coffee dah . so aku pun capai bekas tu , terus bukak and minum laju laju . satu , haus punya pasal kan . kedua pulak , pasal takut tetibe nenek aku tersedar dia kasi hempuk aku guna TV plasma kang tak ke mati aku tak sempat nak raya . then bila dah teguk tu , tetibe aku rasa macam lain , muka aku terus berubah kau jangan cakaplah . macam tercekik batang pinang kau tahu . rupanya tu bukan air kopi tapi air gula merah yang nenek aku gunakan selalu untuk buat kuih . tulah , niat tu kalau dah salah , tak akan dapat benda yang betul . sejak tu pengajaran buat aku supaya tak perlu nak ponteng puasa . and yang paling aku rasa macam diri tak berguna , lepas dah ponteng tu , masa berbuka tu bajet macam aku puasa penuh je kan then suka gila bila kena puji "eh eh puasa penuh dia harini" padahal.....




and inilah antara dua moment aku ponteng puasa . kalau nak cerita pasal injured main mercun tu semua kita cerita masa nak dekat raya nanti okay ? and aku pasti mesti ramai yang ada moment masing masing masa puasa kan . so sometimes benda ni yang akan buat kau tersenyum balik bila kau ingat . kalau dah tua bangka ni kau nak cerita pasal kau ponteng puasa memang bukan mak ayah kau yang hempuk kau , dengan aku aku hempuk kau guna gitar Najwa Latep tu . so aku rasa masih tak terlambat lagi kan aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA and SALAM RAMADHAN kat korang . sebab esok kan baru nak puasa . bukan aku wish korang minggu depan . so puasa puasa nilah masa korang nak kumpul pahala , buang mana yang keruh tu kan . bukan kau pergi dok kutip dosa dosa . lepasni mesti adalah yang akan cakap pasal laparlah , nak makan itulah inilah . kalau kau dapat makan timun sebatang masa berbuka pun kau dah kira bersyukur tau daripada kau terpaksa makan tisu cicah kuah kari . jangan membazir pada bulan puasa ni . tak bagus *padahal aku yang sehari nak dekar 20 hinggit belanja untuk berbuka* so kepada yang tak sempat and lupa niat nak puasa tu , cuba kau scroll je kat bawah ni :


SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA


so kalau kau rasa rasa terlupa tu , rasa rasa macam takut kena baling tembikai nam biji tu , kau bukak je blog aku setiap malam sampai last puasa semata mata nak tahu niat puasa . macam kau tak boleh pergi google pulak kan . nak pergi google tu nak kena makan masa , kau boleh sempat nak berak empat ke nam kali baru benda tu keluar . so sebelum aku bertambah merepek , selamat bersahur pagi ni . jangan lupa kejutkan aku okay ? apa nombor aku ? hey ! i just met you , and this is crazy , but here my number 999 , so call me maybe ?


NOTE : dengan membaca blog aku , kau dah berniat berpuasa untuk esok , so pergi terus tidur je , jangan lupa korek hidung and telinga dendalam dulu


Tuesday, July 17, 2012

Surat Patah Hati

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan crush yang telah membuang hati aku sesuka hati dia je sampai patah pecah ranap bagai ni , diharapkan awak yang comel molek macam kuali ni baca surat or warkah dahsyat saya ni *buat muka sombong*

macam biasalah awak kalau saya dah buat surat ni , orang yang baca blog saya ni pun menyampah sampai nak hempok saya guna meja kat rumah Rosnah Mat Aris . tapi kisah apa , nak baca ke tak , saya tetap gak nak hulur awak surat patah hati ni . even bunyi dia macam wohoooo apa kejadah kau aizat nak patah hati ni bagai , tapi dah nama aku suka merepek sambil kunyah karipap kentang ni kan , so kali ni apalagi merepek ah . so crush kau hadap surat ni lama lama supaya kau tahu apa yang kau buat sampai aku patah hati . ni yang buat aku nak cekik kau sampai masuk wad bersalin lima nam kali ni . sini aku listkan apa yang buat aku patah hati kat kau . sedih kau tahu , rasa macam aku ni tak dihargai even muka aku adalah jugak ala ala En Haris Ombak Rindu , tapi kau buat aku macam muka aku ni ala ala Mahatma Gandhi kan , kay takpe kau scroll bawah ni sebelum aku tumbuk perut kau kasi senak jatuh peranakan kau and hilang keturunan laki kau nanti . nampak tak punya patah hati dari cara aku taip menatang ni ?

#PERTAMA
*tukar dari kau aku kepada awak saya , mana tahu dia jatuh hati balik kat aku ke kan* awak , awak ingat lagi masa saya confess kat awak yang saya suka kat awak , awak just senyum senyum then awak hempok saya guna bakul kuih Cik Timah masa kita makan cendol suap menyuap tu ? awak kata saya tak layak nak bersama dengan awak sebab saya terlalu handsome buat awak . macam macam dah saya cuba untuk tak handsomekan diri saya , sampaikan setiap malam saya letak sambal belacan kat muka then tenyeh guna berus dawai bagi muka saya teruk , bila muka saya dah macam longkang belakang kedai mamak , saya dapat tahu yang awak dah bertemu dengan lelaki lain yang jauh lebih buruk dari muka saya sekarang , saya kembali kecewa , saya balik and telan pil kacip fatimah enam belas biji semata mata kecewa dengan awak . lapan kali saya kena buat pembedahan nak keluarkan pil tu sebab dia tersekat kat celah jantung , tapi awak tak pernah tahu semua tu , and benda tu buat hati saya sangat kecewa , sangat kecil sehingga terpaksa masukkan pam basikal dalam hati saya . disebabkan muka saya ini jugalah budak budak ingatkan saya beruk jantan kat zoo negara keluar merayap . ini baru sebab pertama , tu ada kat bawah lagi tu , pergi baca , kalau tak dalam masa 2 minit awak akan ditimpa nasib malang *ayat mintak perhatian je lebih*

#KEDUA
dahlah awak dengan jantan lain , lepastu awak goda pulak boss saya suruh buangkan saya kerja , awak cakap saya ada scandal dengan bini dia even benda tu adalah kisah benar . tapi hati siapa tak kecewa bila orang yang kita sayang , buka aib kita , tapi tak apa . saya faham , hidup ada jatuh bangunnya , sampailah one day tu awak terjatuh dalam jamban masa nak berak , saya terdengar jeritan awak and cuba bantu awak . lapan minggu awak koma dengan mulut tersenget sebab masatu muka awak tersembam dalam mangkuk tandas , setiap hari saya suap awak bubur , saya geletek laju laju tapak kaki awak supaya bagi saya bila awak geli , awak mesti akan tersedar . tapi bila awak tersedar , awak pergi terajang muka saya siap pakej makian , awak kata saya cuba nak bunuh awak dengan geletek kaki awak , tiga minggu saya terpaksa duduk dalam lokap ditemani dengan biola . dan terciptalah lagu "HATIKU RETAK BAGAI DIHENTAK HENTAK OLEH KAU" dan lagu tu dah famous macam lagu najwa latep dah kat tiubawak.com <---- parody untuk youtube.com . kalau awak rajin pergilah search and dengarlah luahan hati saya yang sentiasa mencintai awak even macam macam dugaan yang terpaksa saya hadapi , even dengar segala cacian yang awak beri . saya bukanlah yang sempurna , tapi cuba belajar untuk menjadi yang sempurna kat mata awak . sebab bagi saya , segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong kosong~~

#KETIGA
masa ulangtahun kelahiran awak , ewah bapak skema badak gaya penulisan aku kan , cam rasa nak baling diri sendiri tembikai nam biji . masa hari lahir awak , saya ada buat kejutan kat awak , masa awak keluar je rumah , saya terus je jerit surprise ! then hentak kepala awak guna beras 10 kilo sebab bagi saya benda tu macam nak prengg awak and sweet sebab cara gurauan tu selalu Brad Pitt dengan Megan Fox buat , saya buat tu sebelum saya bagi awak rantai bertahtakan berlian bernilai RM13 ribu . tapi bila kena hentak dengan beras , awak terus hambat saya sampai ke pantai , bila kat pantai saya terus berhenti , hadap awak , saya luahkan apa yang saya rasa , tapi awak cakap , awak tak boleh nak bersama dengan saya , awak cakap awak bukanlah yang sesuai buat diri saya . kemudian airmata awak mengalir , saya cuba lap airmata awak , tapi awak tepis . saya hampa . kemudian awak keluarkan something daripada dalam poket awak , saya cuba baca perlahan lahan , then saya terus je capai batang mop tu rotan badan awak bebanyak kali sampai bengkak ketiak awak kena rotan dengan saya . rupanya selama ni awak dah berkahwin tanpa bagitahu saya , masuk ni kali ketujuh perkahwinan awak tanpa saya tahu . disebabkan hentakan tulah juga buatkan awak hilang ingatan sebab doktor kata urat ketiak awak semakin membengkak dan meletop kemudian berjangkit kat urat otak pulak sampaikan diri sendiri pun awak cakap Norlia Ghani . itu saya tak pedulik . yang penting sekarang aku nak tinggalkan kau kat hospital tu and biar kau rasa apa yang aku rasa , kalau boleh nak je aku baling batu bata kat muka kau kasi benjol kat pipi kau .

tapi awak , crush intan payung gunung meletop , even awak yang telah banyak menipu saya , telah banyak kikis harta saya sehingga saya hanya ada gigi palsu je sekarang , awak sentiasa akan saya ingat , seorang gadis yang tersangat suka korek hidung depan orang ramai , suka kunyah kunyah ais then keluarkan balik , suka pakai kasut sebelah lain and suka pakai baju kurung dengan kasut sport jenama bata . tapi awak , orang kata cinta tu kenal pada hati , and sebab hati awak saya suka kat awak , dan sebab awaklah membuatkan saya banyak belajar erti hidup menipu dan ditipu . even sekarang awak terlantar sakit dan mungkin nazak , saya nak ucapkan awak semoga berbahagia dengan hidup yang akan datang , saya tidak boleh menjadi yang terbaik untuk awak , saya tak boleh nak mencintai awak lagi sebab awak tidak pernah ajar saya untuk mencintai awak . saya kat sini hanya boleh bertepuk tangan tanda gembira sebab karma tu dah datang balik kat awak . kemain jahat kan saya , oh dulu masa awak buat saya tu awak siap menari zapin dengan LMFAO kan ? dan awak , sebabkan kisah cinta kita yang penuh dengan tragis , drama , suka , duka , sakit , terseksa , rasa nak hempok ni juga , saya dah mencipta satu lagu baru yang amat amat sweet macam makan gula pasir lapan kampit , yang bertajuk "AQOEH CHAIANK QMOEH CELAMANYAH" dan lagu tu sudah menjadi sountrack untuk filem terbaru Eric Leong bertajuk Rindunya Ombakmu . heronya saya , heroinnya saya , dan watak sampingannya juga saya . dan awak sekarang kalau awak nak tahu , saya peminat Yuna , okbai ! Yuna FTW !

bekas crush kau,
Aizat Abd



Saturday, July 14, 2012

siapa yang aku rindu

ASSALAMUALAIKUM

berkesempatan rampas lappy daripada tangan adik aku hinggakan aku terpaksa hempuk dia guna kerusi , baru dia bagi aku lappy ni . macam biasa kalau aku dah balik rumah , memang dia akan ambil lappy aku dendiam then pergi main sesenyap sampai jadikan macam harta pusaka warisan dia . and sebabtu juga aku boleh nak update blog . kebetulan dah ada kat rumah ni kan , memang free tu adalah juga , tapi assignment melambak aku tak reti nak hadap . memang harapan aku nak buat bila dah balik ni , dengan macam macam godaan kat rumah ni , TV , game , komik , katil , hamekau rasa nak terajang diri sendiri . okay sesambil aku selak selak assignment tadi tetibe lak perasaan rindu tu datang . macam korang rindu kat aku selalu , aiseh buat orang nyampah rasa nak tumbok aku je kan . perasaan rindu kat family , kawan kawan , semua akan pernah rasa . macam aku juga , so sebelum aku kena hentak dengan batang mop , jom baca siapa yang aku rindu ! wohoooooooo !




#01 AYAH ABD
rindu kat pakcik gaduh gaduh aku ni . aku dengan dia memang selalu tak sama pendapat . bila dia nak ini , aku nak lain . so comel bila dia mengalah dengan apa yang aku nak . bila dah balik campus memang aku akan rindu dengan saat saat dia cam ala ala comel konon mengalah dengan apa yang aku nak padahal dia tak nak mengalah nak menang je kerja and dia tersangat caring bila aku pow pow dia something . cam bila aku nak keluar , pagi pagi lagi aku dah bagun hulur tangan mintak duit dulu then baru salam , cium kanan kiri pipi dia . for membe membe kenkadang pelik gak cakap aku dengan adik beradik sampai besar pun still cium pipi parents kan , but then bagi aku tak salah , bukan aku cemolot dengan janda Haji Taib kan , bagi aku benda tu normal . yang paling comel aku rasa bila masa dua minggu aku kat campus , tetibe ayah text aku :

SALAM , SENYAP JE , TAK RINDU AYAH ?

benda ni bagi aku amat comel , kalau ada button favourite dah lama aku pergi favouritekan benda ni , then aku pun reply "ADA CLASS , NANTI MALAM ORANG CALL BALIK OKAY ?" then macam biasa kalau kau balas ayah korang punya mesej sepanjang alam pun meluahkan hasrat yang terpendam di dada , yang dia akan balas hanya "K" . then bila dah balik ni , taknak lak dia reti nak mesej aku rindu apa bagi semua kan ayah , mohon ayah baca blog ni kat office masa meeting .

#02 IBU NORRY
kawan aku , cinta aku , hati aku , dan paling penting Ibu aku . memang tak sah kalau tak call dia and mengadu macam macam kat dia bila memalam sebelum tidur . bila dah jauh rindu semua dengan gelak gelak dengan dia masa dia tengah masak , main bowling sama sama , pergi tengok movie sekeluarga , nyanyi sama sama kat rumah . serious semua tu aku akan rindu bila dah jauh and rasa nak lari lari bawak baldi balik rumah , kay baldi tu tak lawak . kalau kat rumah , aku memang suka kacau semua orang , aku pergi kat Ibu then cakap Ibu dah nampak tua , and mesti dia akan eh eh mana ada , pastu gelabah tanya adik adik aku padahal aku sesaja je . memang comel bila dia camtu . memang aku rapat dengan dia since kecil , even dah tua bangka ni , still lagi aku pepeluk Ibu even kat tempat public sekalipun . sometimes bila dah rindu tu aku rasa macam nak suruh Ibu pindah dekat dekat dengan campus aku sampai aku habis belajar baru pindah balik rumah asal . memang tinggi imaginasi aku kan memalam ni . tapi dengan cara aku call tulah nak lepaskan rindu . then kacau kacau Ibu masa tengah call , sebab Ibu ni dia penakut sikit tapi buat buat berani . even tengok TV kat hall yang terang benderang tu pun sanggup dia seret adik adik aku suruh temankan dia tengok TV padahal dia tengok cerita sesedih kat TV . memang Ibuku hebat !

#03 ADIK BERADIK
ini pun sama , kawan nakal aku kat rumah . kalau kat rumah semua ada memang rumah akan bising . ini baru empat orang adik beradik je kan . kalau ramai aku rasa mahu jadi tsunami acheh meragut berbagai nyawa . gelagat mereka , buli mereka , ketawa sama sama , makan sama sama , berak je tak sama , semua tu akan buat aku senyum sensorang even masa tu aku tengah belajar and lecturer ada kat depan , elak kena hempok dengan tembikai nam biji je kan . nak nak Aiman , selalu gak aku rindu kat dia , then malam malam bila aku tengah rilek tengok Ombak Rindu ke kan , dia ada mesej aku , baru satu mesej dia balas then bila aku balas balik dia diam cam tu je . aku rasa macam nak campak je dia . and macam selalu aku balik , bila sampai aku tengok ada adik beradik aku yang tengah tidur , for sure aku akan kacau sampai dia bangun , geletek geletek kaki dia . then bila dia dah terbangun selalunya akan segar kan , nak ajak aku berborak , aku pulak yang mula nak tidur . masatu diorang pulak akan kacau aku tidur sampai kenkadang boleh jadi marah lak aku padahal aku yang kacau diorang dulu . bila kat hostel , aku akan ingat semua tu and ketawa sensorang sampai kawan aku ingat aku kena histeria , kfine .

#04 KAWAN KAWAN
and THIS ! kawan kawan sehidup semati aku . tapi tak tahulah pulak dia mati bila kan . ahai , so memang rindu nak lepak dengan diorang , tengok bola sesama , tengok wayang sesama , gurau gurau semua , damn ! aku memang rindu semua moment tu . bohonglah kalau aku cakap aku senang je nak lupakan semua tu . kalau boleh aku recordkan then play dia ulang ulang and ulang setiap masa even muntah berdarah dah orang yang sesama join aku tengok tu . serious Jue , Adah , Arriq , Ayed  and Danni selalu buat aku rindu kat diorang cuma entah aku pun tak tahu diorang ingat aku ke tak . punya gigih aku rindu kan . even sometimes aku senyap , tak bermakna aku lupa , tapi dalam hati aku sentiasa ingat kat diorang . kemain kan ayat aku macam nak kena buang daerah punya ayat aku guna .


so bila dah balik ni , kuranglah sikit rasa rindu . even aku ni dah tua bangka and dah boleh jadi datuk orang dah , aku tak kisah , at least rindu tu ada sebab kita ingatkan dia . ni daripada kau rindu entah mana Janda , entah mana Duda , baik kau rindu orang yang ada dalam hidup kau . yes aku boleh bet korang pun ada rindukan someone kan . kalau takda , baik kau pergi gali kubur kau sendiri pastu tanam diri kau hidup hidup . sebenarnya apa yang buat kita rindukan someone is memori dia yang sentiasa ada dalam kepala kita , so fikirlah lepasni siapa yang kau nak rindu , maybe aku......


NOTE : boleh tak nak turn on lagu Ramlah Ram ?



Monday, July 9, 2012

jadual harian

ASSALAMUALAIKUM

kepenatan hari ni mengundang untuk aku terbaring kat atas katil sebelum aku bukak blog yang dah makin kusam and berlapok macam seluar dalam Brad Pitt yang dijual kat bundle tu . so sebelum bertambah kusam , sini aku hiaskan dia dengan karya menarik aku . nak nak bulan Ramadhan nak dekat ni kan , so mana boleh biarkan dia berhabuk . sebelum korang hempuk aku sebab merepek , so sinilah duduk dekat dekat baca apa yang aku tulis ni . kalau terlalu dekat sangat tu sah buta huruf tak reti nak baca . bila nak baca entry ni mesti korang akan baca tajuk dia dulu kan , eceh jadual harian kemenda pulak ni kan . pehal nak bising , teruskan je baca sebelum aku terajangkan kau dari website ni . actually aku buat benda ni bila aku on facebook . semua dok IM aku , klumm klumm klumm <------ konon bunyi IM kat facebook . dengan bangganya sesemua macam dah pakat tanya aku :

"EH AIZAT ONLINE FACEBOOK , TWITTER NI BANYAK PULAK MASA FREE DIA DENGAN KULIAH SEKALI" *dengan penuh penghayatan dia tanya*




ewah kemain kau tanya macam kau yang duduk kat tempat aku pulak . aku bukan menteri somalia nak busy 24/7 . so sebabkan pertanyaan yang dahsyat tu , terbukalah hati nurani jantung berbunga ni nak cerita pasal duty aku . nak ceritakan setiap hari tu punya duty memang aku mati koma hidup berak pun tak habis . so aku ambil one day yang busy , which is hari selasa . aku menyampah hari selasa . kalau boleh ada pejabat namanya selasa dah aku pergi bom siap pakej pembunuhan kejam kat tuan punya syarikat tu . so apa yang aku buat sepanjang hari sampai aku sempat nak update blog , dating , twitter , facebook , berak , makan , tidur ni , semuanya di hujung jari aku . so pergi scroll bawah baca kalau kau tak nak kena hentak dengan helmet mat rempit kampung buaya togel yang aku pinjam ni kejap .


6.00 A.M    : tersedar bila alarm handphone berbunyi macam nak suruh aku bangun pergi perang . kenkadang aku lempar je handphone kat dinding sampai pecah baru aku bangun , so aku capai towel and pergi mandi . air sejuk tu jangan cakap sampai macam kau kena parkinson dia punya gigil . macam nak terajang kawan kau je rasa . after mandi pakai baju solat and read note sekejap kalau aku rajin . baca baca sampai aku bosan and lempar note kat muka kawan aku and take some breakfast sebelum ke kuliah .

8.00 A.M    : masuk kelas and buat bising kacau orang sana sini macam beruk sebab tak nak bagi mata mengantuk . kawan kawan pun join jadi beruk sampai lecturer masuk jadi manusia balik . so belajar sambil letak phone tepi beg , bila bosan google tengok muka Rosnah Mat Aris dengan kawan aku then gelak pecah perut , bila tak ngantok baru boleh focus sebelum lecturer baling aku dengan meja dari depan . sedar sedar je kelas habis sebab sejam je kelas . and bila kau dah bebel bebel tinggal beberapa minit je . macam tak guna kau pergi kelas hari tu .

9.00 A.M    : pergi uptown which is kalau kat sini tempat makan . bukan tempat bapok jual badan tu . so siapkan kerja kerja yang tak sempat nak buat kat sini . bukan malas tapi tak sempat *ayat mengelak macam hape* so kenkadang kawan kawan buat buat nak pinjam padahal nak tiru . so sambil tunggu diorang , kerja aku scrool timeline tengok manusia mana yang kemain awal bangun , tapi tak tweet pun . sambil tu usha awek awek sini mana tahu ada yang muka macam Megan Fox , aku tinggalkan kelas sekejap nak usha dia .

11.00 A.M    : ada kelas dengan Madam Alia . sometimes paksa dia tak payah mengajar tapi dok bercerita je . kau ingat dia kerja nak bercerita je . kenkadang setepek kerja menimbun kau kena buat . tapi dia memang best . a good listener and sporting tapi takdelah sampai boleh bertepuk bertampar , kang tak pasal kau kena tepuk and tampar kat muka guna kaki dia .

1.00 P.M    : kelas untuk siang dah habis . sebelum balik pergi lunch dulu sambil ngumpat kawan kawan sekelas yang teringat nak ngumpat . aku tak , dengarkan je diorang cakap . so bila aku orang lalu eceh kemain control handsome even muka aku macam pinggan batu zaman purba . 

2.00 P.M    : balik solat and pergi baring dengan tenang sambil senyum senyum berangan sensorang . kalau rajin aku capai handphone and tweet tweet sampai aku rasa macam mata aku ada mak badak mengandung gayut gayut sambil nyanyi lagu ombak linduuuu . and terlelap !

4.00 P.M    : sekali lagi alarm berbunyi tapi kali ni terus bangun sebab Ibu Norry cakap kalau tidur selepas Asar nanti boleh jadi gila . tak aku jadi gila nanti tak dapat nak jadi handsome macam En Haris Ombak Rindu . so bangun cuci muka and solat . kalau lepas ni teringin nak main tennis , heret ah roommate aku pergi main tennis sekali even dia tengah tidur mimpikan Ramlah Ram joget gerudi depan dia .

6.00 P.M    : pergi pasar malam dalam campus . nak usha usha mana tahu terjumpa jodoh kat sini wohooo ku pinang dia dengan Bismillah . kemain macam rasa diri ni tak berguna je . selalunya aku dengan kawan aku akan ulang alik ulang alik tempat sama and lastly beli benda yang bukan bukan je . macam takda guna datang pasar malam . kalau korang ada pegang tembikai ke , hentak kat aku now .

7.00 P.M    : siap siap untuk kelas malam , kau tahu dia punya lemah macam ada syaitan durjana banyak banyak pergi peluk kaki kau cakap jangan pergi kelas , tapi aku pijakkan je syaitan tu semua .

8.00 P.M    : pergi kelas Madam Uni . kelas Building Contract which is more to Building Law yang kau rasa macam alamak malasnya subject reading ni nak kena tahu semua Akta Akta . sometimes aku bawak gula bebanyak bagi mata aku ni terbukak luas sikit nak baca , macam biasa kalau boring sorok sorok google benda lawak . kau patut cuba apa aku buat , gerenti kau tak ngantok dah .

10.00 P.M   : balik kelas terus capai lappy tinggalkan dinner kejap . so sambil tweet ke , update blog ke , facebooking ke , masa nilah aku buat sambil makan . kenkadang sampai nak mati aku tercekik sebab khusyuk nau melayan laman sosial yang mana semakin mempengaruhi hidup seharian remaja zaman sekarang , inilah puncanya remaja semakin leka *okay dibenarkan tembak aku sekarang*

12.00 A.M   : masa ni aku stop semua laman sosial apa bagai ni even nafsu kemain rakus nak layan laman sosial . so call Ibu Norry kacau dia tetengah malam kan . then gurau gurau sampai aku kena bebel tak siapkan kerja lagi and selalu tidur lambat . after that terus capai kerja semua and start buat even masa tu yang ada dalam kepala and hotak kau katil and bantal yang panggil kau suruh tidur dengan nyenyak tanpa fikirkan kerja kau yang melambak bapak pun adoi der ter ber .

4.00 A.M    : tutup semua kerja , capai short notes and dengar lagu . masuk tak masuk tu belakang cerita , tapi bila time exam boleh je kot jawab . bapak berlagak macam mintak tapak kaki orang ramai . then sambil baca note tu fefeeling sikit bayangkan kisah lama kemain , cinta monyet dedulu kan . sampai lah aku tertidur setengah jam lepastu tanpa fikir note entah kemana tercampak , bila bangun semua dah komot macam mintak aku hempuk diri sendiri dengan seterika mudah alih edisi kelapan je . then mulalah rutin tu balik pukul 6.30 A.M tu .


memang waktu tidur aku kat sini macam tu . dua jam pun dah cukup bagi aku daripada kau tak tidur langsung , kau jangan rasa macam alah susahnya nak buat macam tu . belum kena final project lagi , muka aku mengalahkan M Daud Kilau dia punya kusam . actually kalau kau selalu buat tak jadi masalah pun sebenarnya . cuma kau je takut ada eyebag lah , muka kusam ah . apa kau , tak tidur lambat pun muka kau tetap gak nampak macam Kak Limah jual Tong Gas tu . so tak jadi masalah lah . nilah rutin aku setiap hari especially hari selasa yang sangat pack sampai kau rasa nak koma keluar masuk wad kecemasan . then tak jadi masalah juga kalau kau aturkan sendiri masa kau , jangan ikut orang , sebab kau sendiri tahu kan waktu kau berak pun tak sama dengan orang , so fikir sendiri duty harian kau . kepada siapa yang pelik pelik tu , kau baca berulang kali post ni and selamilah jiwa raga aku di lubuk sanubari hatiku yang begitu mendalam.... <---- tak sempat habis cakap kena pijak reramai dengan readers .


NOTE : ini belum listkan lagi berapa lama aku membuangkan sisa kumbahan aku

Friday, July 6, 2012

tiga hati buat aku

ASSALAMUALAIKUM

kepala semakin serabut kau tahu , okay rasa macam nak campak aku kat tengah padang lepastu rejam reramai tak ? mula mula entry aku dah cakap serabut . actually bukan serabut apa , serabut sebab muka dah semakin jadi macam Aaron Aziz . ramai dah semakin menyampah dah tu tengok aku and rasa nak terajang aku sehingga koma pakej bisu aku rasa . for today , tengok tajuk entry macam what the Azwan Ali buncit Aizat ni nak cerita kan . rilek dulu , kau pergilah ambil apa apa makanan kau nak makan sambil dengar cerita aku yang selalunya menarik ni kan *flip hair* tak memasal blog aku kena hack sebab orang menyampah kat aku ni kan . so tiga hati buat aku ? apakah ? okay sinilah nak cerita , tak perlu korang nak buat muka cik embun kau tu , so tiga hati about sibling which is adik beradiklah . bukanlah cerita tragis melalak bagai tapi aku nak cakap sikitlah supaya korang kenal sikit dengan adik beradik aku yang semestinya akulah lagi handsome , mana tahu salah sorang dari yang baca ni kahwin dengan aku ke kan , sejuk perut mak korang ngandong . kay ni takda kena mengena , so sebelum aku bagi sensorang ciuman dari Rosnah Mat Aris better kau teruskan bacaan korang sebelum aku lekatkan screen lappy ni kat muka korang tanpa boleh dipisahkan .

#AMAR
Amar ialah abang aku , tak kan kakak pula kan nama pun dah tunjukkan dia mempunyai teruna , ewah . alah dia ni yang aku cerita sama sama nakal dengan aku masa kecil dulu , ingat kek tak ? ketereran *broken tatabahasa* kami buat cake beserta najis lembu yang pecah ? hew hew hew *ketawa trend sekarang . so dia nilah yang aku cerita tu . apa dia ? nak tengok muka dia ? kejap korang jangan menggatal ok , nak dia kena langkah kuku kaki aku dulu . so amar ni pada pandangan aku brother yang caring , bertanggungjawab handsome and yang penting wangi <---- *ayat Khairul Fahmi Che Mat* . even sometimes dia quite serious tapi buat aku nak gelak pecah perut sebab tak menjadi pun serious kau lah brother , baling tembikai nam biji kat kau dah buat perut kau senak and terberak . sometimes dia gila gila and ayat yang dia suka cakap dengan Ibu Norry bila kat dapur :

ENTAH ENTAH MIRUL (AKU) KAHWIN DULU DARI AMAR SEBAB DIA ASYIK CAKAP NAK KAHWIN JE *entah bila aku gatal nak kahwin , ni kes dok stalker blog aku lahni baca sesurat aku semua

yoyy , aku dengan dia dia lagi tua ok , so aku tak nak kahwin dulu , jadi pengapit dia pun ok dah cukup aku terasa macam aku yang kahwin . hew hew hew *sekali lagi ketawa trend sekarang . yang paling aku suka dengan adik adik aku bila kikis duit dia , yang penting sekali adik gegirl aku yang paling suka kikis duit dia even Shyrra bukanlah pisau cukur yang sebenar , but dia dengan selamba badak cipan dia minta suruh Amar belanja . kau rasa dia patut dilempang tak ? but aku pun bila Shyyra cakap dalam hati cakap :

KAULAH ADIK YANG TERBAIK SHYYRA ! *hati melonjak

ok ini aku dah bocorkan rahsia , lepasni kena berlakon benda lain pula . so memang kalau dah minta tu mesti dia akan buat , so pergilah mana mana yang kitaorang nak , but then adik adik aku suka McD , aku macam , what the Ziana Zain , pergilah pow makan kat Le Garden ke apa ke , but aku pasrah , dah sampai makan juga . dia ikon aku dalam education , sebab until now aku masih belum dapat beat dia even kenkadang aku rasa nak hempok guna kerusi bagi dia pengsan lepastu belajar sensorang kasi aku lagi pandai , kalau beat wrestling tu satu hari nanti aku nak buat and aku menang punya , but otak dia aku tak dapat kalahkan lagi , and yes , dia pemalu and pendiam , more like my Ayah Abd , lebih pentingkan orang lain daripada dirinya sendiri , suka senyum macam aku , nak kata garang tu tak juga tapi kalau dia dah marah tu kau jangan tanya kenapa kalau tetibe kau dah kena terajang dengan dia . tapi setakat aku hidup ni kaki dia belum jejak dekat badan aku , kalau jejak aku sumpah dia jadi Azwan Ali , so sebab tu dia takut kot , siapa je nak jadi perempuan tu , eh silap , lelaki tu . Azwan Ali lelaki kan ? abang , aku sayang kau , ahai muah . *hope dia tak kembang kalau terjumpa link entry ni .

#SHYYRA
si perempuan ni buat aku sentiasa rasa nak buli dia . this one special in my siblings sebab dia satu satunya adik gadis dalam family aku . even dia gadis , kalau gurau gurau tu aku hempuk je guna tong gas , masuk keluar ICU tu lain cerita . dia memang ada perwatakan yang pelik sampai kenkadang kau rasa nak terajang dia sampai tak ingat dunia dah . tapi dia caringlah juga *capai baldi muntah sambal ikan masin* dia suka pergi melepak kat bilik aku kalau aku ada kat rumah , and ayat dia kalau masuk kat bilik aku , wajib dia cakap menatang ni :

HAI HAI HAI HAI HAI *sambil lambai lambai tangan

selagi aku tak balas hai dia tu , selagi tu dia akan buat sampai kau pun bengang dengan lawak durian busuk dia tu . tapi dia best kalau bab bab nak ajak keluar ni , melayan je apa aku nak buat , sampaikan aku masuk 67 buah kedai pun dia sanggup ikut . tapi dengan syarat kalau dia tak pow kau tak sah hidup dia even dia dapat jarum peniti saja pun dah cukup puaskan hati dia . aku suka takutkan dia kalau aku teman dia masak something kat dapur , buat buat suara hantu sampai kadang kadang menangis duduk macam Harun Salim Bachik cium pipi dia pulak kan . tapi bila malam malam masa nak tidur aku lak yang terbayang bayang sekali hantu tu muncul depan aku mati koma mulut berbuih aku atas katil tu . Shyyra ni dia suka nyanyi masa mandi sampai boleh mencecah sehingga satu album . and kerja dia tiru suara artis yang dia nyanyi tu , kalau Ning Baizura tu , dia nyanyilah ikut suara Ning tu sampai retak tak serupa cermin dah cermin dalam toilet tu , kalau Inul lak aku tak tahu dia dok bergelek ke hape dalam toilet tu , gegar menanti roboh rumah aku sebab gelekkan maut dia bagikan . dan kesimpulannya Shyyra selalu buat aku ketawa even sometimes aku rasa cam nak lempar diri aku sendiri kat pokok kelapa , tapi dia mesti akan buat aku senyum balik kacau dia dengan Hantu Maya Karin takpun aku buli dia suruh nyanyi lagu Ramlah Ram yang ala ala macam kau rasa nak ketawa sampai keluar airmata merah jambu tu . kemain lagu dia dengan Sleeq .

#AIMAN
adik bongsu yang paling rapat dengan aku . dia ni boleh dikatakan manja . dah nama pun bongsu so even tua bangka gedabak pun dia masih lagi manja . dia ni jenis degil , even kena marah macam manapun still degil tapi satu je , dia tak boleh kena marah dengan aku sebab nanti dia terasa and merajuk . kalau orang lain marah dia tak apa janji bukan aku yang marah and tinggi suara kat dia . bukan main penangan sayang dia kat aku , kau ada ? kau mesti ada punya tu Azwan Ali tu hah tengah retak menanti belah tunggu kau . Aiman ada minat juga sama dengan aku , apa yang aku buat semua dia nak buat , ni kalau aku ajar dia blogging pun entah dia punya blog lagi best daripada blog aku yang aku sendiri sedih tengok kemain buruk rasa nak campak air kumbahan je . dia jenis yang suka IT , kenkadang kalau kau tak tahu something tu , kau tanya dia pun boleh , bila kau dah tanya dia , and dia dapat jawab dengan lancar , kau akan rasa kebodohan kau di situ and menggalakkan kau untuk membunuh diri berulang kali even diselamatkan . pernah jugak aku tanya dia kau dah besar nak jadi apa , then dia jawab nak jadi macam ayah , abang mar and abang mirul which is more to enginnering course . then aku pun bersuara lah balik , aku cakap akemenda kau ni tak bosan ke semua nak macam tu je , cuba kau jadi pilot ke , doktor ke , so bila agak agak aku nak mati tu cecepat kau bagi aku tong gas nak nafas then mesti ramai perempuan Haji Taib nak kat kau punya , Datin Datin , mewah hidup kau dengan dosa . lepastu muka dia kemain hampa . seminggu lepastu dia balik sekolah dengan riang nak jumpa Ibu Norry , dia tunjuk something , dia kata from cikgu kaunseling . aku cuba baca , kau nak tahu dia cakap apa ?

ABANG , CIKGU CAKAP AIMAN ADA CIRI CIRI UNTUK JADI ENGINEER , SO BOLEH SAMA SATU KELUARGA *sambil muka penuh keriangan macam dapat anak sulung

benda tu buat aku macam , what the Kacang Buncis kau pergi kaunseling semata mata kau nak tanya benda ni je , okay bagus kau dah fikir masa depan kau . betapa gigih dia pergi jumpa and betapa riangnya dia kan . bagikan bagikan bagikan , kalau tak jadi malas nak belajar besar nanti , aku bukan baling dengan tembikai je , siap pakej tumbuk sampai bisu , nak mengucap awal awal tu terpulang , kalau tak kau baring koma tanpa boleh menari ataupun berjalan . actually memang sayanglah aku kat dia , aku tak boleh tengok kalau dia nak something tu tak dapat , so aku akan dapatkan benda tu even aku tak dapat nak beli ice cream sekalipun . aku lebih pentingkan dia dari diri aku , sebab adik kan , siapa je tak sayang . mana mana kau nak marah pun , kau akan cari dia balik punya . Aiman ni even nakal , tapi dia adik yang boleh kau layan je , ikut kepala kau , kalau boring tu kau ajaklah dia buat something , dia punya idea sampai kau sendiri malas nak layan dah . tapi satu je , dia ni jenis yang suka berahsia , jeng jeng .

inilah tiga adik beradik aku , tiga hati aku . nakal , tak nakal semua aku dah ceritakan kat atasni . moment moment dengan diorang bohong kalau aku cakap senang aku nak lupakan . adik beradik aku pun mana ramai macam korang kan yang sampai boleh buat pasukan kontijen Harimau Malaya kat sukan olimpik , so nak lari , nak gaduh macam manapun diorang tetap darah daging kau . so hargailah apa yang kau ada sekarang , now boleh kau berharap lagi kat parents kau , tapi bila one day diorang dah pergi , adik beradiklah jadi tempat kau bergantung susah and senang . so tak baik gaduh gaduh , kalau tak gaduh mesti korang akan jadi semakin cantik and handsome *angkat angkat kening* and my sibling semua , even korang one day kat jamaica ke , somalia ke sekalipun , aku akan tetap sayang korang , dengar ni , aku tetap sayang korang .

"YOU CAN JUDGE ME , YOU CAN ACCUSE ME , YOU CAN CHEAT ME , YOU CAN DO ALL YOU WANT WITH ME BUT NOT WITH MY LOVELY SIBLINGS"




NOTE : siapa adik beradik dengan Dr Rozmey ? mohon buat entry zaman kanak kanak dia ! and kepada owner this blog , stop buat cerita merepek kau cakap aku crush kat kau , kenal kau pun langsung tak , even entry tu kau maybe dah padam : http://mzmamamia.blogspot.com/


Sunday, July 1, 2012

tips menjadi seksi

ASSALAMUALAIKUM

baby baby jangan kau marah , sebab ku tolak *kemudian aku kena tolak dengan oghang ramai masuk gaung sebab suara macam m daud kilau* . alright lepas dah lama tak merepek kat blog serba boleh ni sebab boleh buat tisu tandas , pembungkus makanan , juga lampin bayi pakai buang ni , so kembali merepek hari ni and buat orang menyampah nak baling timun tiga batang kat kepala aku diiringi tembikai nam biji tepat di bibir . bila tengok tajuk entry semua dah start buat muka cam pokemon berak kaler oren , and kat sini juga aku nak bagi korang satu tips . satu tips ? amboi kau tengok tips nak jadi seksi kemain laju kau buka link blog aku ni kan . kemain gatal , aku sembur guna ridsect baru kau tahu camne rasanya jadi lipas kena sembur ridsect . actually dapat tips ni pun time aku tetengah cungkil ayam terselit kat gigi and aku dapat idea . ohyeah kemain aku dapat idea macam mana or tips nak buat kawan korang rasa nak terajang korang and hempas lelaju korang dari tingkat enam belas . so kalau rasa nak mati berulang kali tu , cuba kau try tips nak buat kawan korang bebetul marah kat korang yang aku list kat bawah ni and berapa kali koma tu nanti kau bagitahu aku melalui laman twitter aku , Aizat Abd ataupun dikenali sebagai Aaron Aziz versi handsome , aummm aww awww ohyeah <-------- *demam berak keras* 

#01 CUNGKIL
tengok yang pertama pun buat korang macam eh apa ni apa ni apa ni ??? okay over tanda soal bebanyak menunjukkan persoalan yang begitu mendalam . okay cara pertama nak buat kawan korang marah ni senang . masa lepas makan korang pergilah ambil pencungkil gigi then cungkil gigi korang , takpun kalau susah naww kau pergi korek guna tangan je , cungkil sebanyak mana sisa makanan yang kau dapat tu , then bila rerasa macam dah banyak tu , korang pergi celupkan jari korang dalam air yang dia nak minum . bukan setakat celup , kau kacau sekali guna jari cungkil tu dalam air dia . then kau senyum watpeace kat dia . lepastu kalau mulut kau kena sumbat dengan cawan tu aku tak tahulah kan , sampai besar trachea kau boleh telan kaki badak . then kalau nak bebanyak kena sumbat cawan tu kau buat kat tiga empat orang serentak . then kau akan tahu ah camne rasanya bila kau dah kena hempuk dengan kerusi kat cafe or kedai tu . memang kau dah tak rasa dah apa tu erti dunia . 

#02 KOREK
eh ni bukan nak melucah , siapa fikir lain memang aku terajang sampai rumah Azwan Ali . ceritanya macam ni *sambil lipat lengan baju macam cik kiah nasi lemak* kau pernah korek hidung ? nak kena tumbuk cakap tak pernah ? so next tips gunakan cara korek hidung . bila time kawan kau tengah seronok kemain gembira ketawa kan depan depan awek dia ke , crush dia ke , kau pergi duduk sebelah dia buat macam kau nak join sekali .then depan depan dia kau korek hidung , nak nak tips ni sesuai untuk gadis , korek sedalam dalam yang kau dapat , then bila kau dah rasa hasil korekan tu kau dah dapat , kau keluarkan , then kau lekatkan kat baju kawan kau tu . then kau jalan terus tanpa toleh belakang . kalau kau nak muka kau macam Final Destination kau tolehlah , gerenti bukan kerusi lagi , dengan pinggan kaca tu dia hentak kat muka kau . actually cara ni jarang orang guna sebab najis hidung merah jambu kita tu bukan selalu ada , ye tak ? kenkadang kalau selesema bukan main banyak naww hasilnya sampai takda gam nak lekat setem pun itu jadi gam dia . 

#03 AIS
ni ais bukan dadah merbahaya yang aku maksudkan , siapa hisap dadah kan dia suka kat M Daud Kilau sesangat . so kali ni nak ajar cara lembut sikit . tapi bukan aku suruh kau memondan . aku just nak bagi tips kejutan yang mendalam untuk kawan kau . kemain kan ayat aku macam mintak penampar lapan kali dari Norlia Ghani gadis seksi tu . so bila kau beli beli air tu kan , mesti kau sedut gelabah bapak gelojoh sebab haus kan , then yang tinggal ais . then bila balik lak kau nampak roommate kau tengah tidur *khas untuk yang tinggal di asrama* then kau pergilah dedekat dengan dia . bukan aku nak suruh kau goda dia tidur , tapi kau ambil lima nam biji ais then kau terus masukkan dalam baju dia , bila dia masukkan tu kau cecepat duduk depan dia , and kau tengok dia akan cepat gelabah macam nak terberak cair dia bangun . then bila dia dah terkejut tu kau blahlah lari tanpa toleh even dia bagi kau Neelofa sekalipun . kau jangan percaya sebab Neelofa pun tak nak kat kau . selalu cara ni kau patut guna time kau nak kejutkan kawan kau pergi class kalau dia degil sangat nak bangun , nak lagi senang , kau beli ais sebungkus then kau terus letak atas muka dia , mati tak mati tu kau mengucap jelah awal awal .

#04 STOKIN
kau pernah tahu apa itu stokin ? kalau tak tahu better kau pergi loncat bunuh diri kau . sejak tadika penat cikgu kau ajar sampai terberanak dia kau punya degil tak paham , ni dah tua bangka kau tak tahu kemenda ni kan . cakap pasal stokin , next tips aku menggunakan stokin . selalu kita mesti akan ada kawan kawan yang suka gurau kan , so sekali sekala gurau gurau kasar ni best apa . then bila pakai kasut mesti kau akan pakai stokin kan , tak kiralah stokin tu ada gambar doraemon ke , love love ke kan , yang penting kau tahu to stokin . then cuba kau gurau dengan kawan kau masa dia tengah buat homework add math . benda tu memang mengundang ketensionan dia kan , sampai rasa macam nak telan ajax fabuloso then koma masuk hospital tak payah nak belajar add math lagi . so tengah dia buat kerja tu , kau pergi ambil stokin tu then tekupkan kat hidung and muka dia dari belakang , dah tekup tu kau tenyeh tenyeh lah sikit macam buat sambal belacan letak cili padi tu . hah macam tulah , kau cakap je kat dia kau nak bergurau , dia paham punya . setakat kena terajang kat muka sampai patah gigi tu normal lagi . yang penting dia dah rasa cemana bau stokin kau yang aku sendiri pun rasa buaya tembaga pun boleh keguguran bila bau stokin hello kitty kau yang baik baik warna pink tak basuh terus jadi warna kelabu asap .

setakat aku hidup ni , just ini empat tips je yang aku rasa boleh buat orang or kawan kawan kau marah , and banyak kes pembunuhan maybe berlaku disebabkan perkara perkara di atas . hantu asrama , hantu tepi jalan , hantu korek hidung tu semua sebab benda kat atasni . tapi kalau kau buat betul betul benda kat atasni memang aku nak cakap macam mana pun aku tak tahu , rasa macam nak dukung kau then lambung lambung je siap pakej pelukan dari Rosnah Mat Aris aku bagi . so kalau rasa macam nak share dengan kawan kawan tu boleh juga , kau just klik button share then tersebarlah kat mana mana , silap silap Mark Zuckerberg pun pernah buat dekat Megan Fox and tak memasal dia kena makan terajang Megan Fox tu . entry ni memang buat aku rasa nak tumbuk diri aku depan cermin sebab bagi aku dia merepek , tapi tak apa , yang penting papehal kalau korang buat , koma seminggu ke jangan lupa bagitahu aku , aku nak taburkan air mawar beserta tujuh jenis bunga kat korang . SELAMAT MENCUBA !




NOTE : kalau korek hidung then bagi kawan kita makan rasa rasa dia nak makan tak ?