APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, October 24, 2011

semoga kau bahagia

ASSALAMUALAIKUM

kalau bahagia boleh kita kecapi dalam sekelip mata , derita juga boleh datang dalam sekelip mata juga . malam ini , bercerita kembali kisah rintihan seorang gadis yang mana macam tajuk entry aku yang lepas . bertarikh 21 oktober aku mendapat email tersebut . email dari seorang gadis kembali , gadis yang pernah meminta bantuan aku , menjadikan aku tempat dia mengadu kerana tiada sesiapa yang mendengar rintihannya :


kembali menerima email kedua darinya yang aku tidak sempat membacanya ketika pukul 9 tadi . aku hampir terlupa dan membuka emailnya kembali . aku lihat , sah , email dari NISA kembali , dah dua hari email tersebut dihantar tapi disebabkan kesempatan yang tiada sebab bercuti membuatkan aku log in untuk ke email tersebut sedikit lambat . aku baca perlahan lahan ayat yang diberi , ringkas namun penuh bermakna , penuh pengertian dan penuh sesalan . aku hormat dengan keputusan mereka dan aku jadikan ia sebagai cerita untuk reader aku pada malam ini .


(klik gambar untuk sources)


Aizat ,

Assalamualaikum . menyusul email kedua buat kau . aku harap apa yang aku nak beritahu kau untuk email kedua ini adalah email yang terakhir yang aku berikan kepada kau untuk menceritakan tentang aku dan Haykall . walaupun tiada masa untuk kau baca , sekalipun lambat , aku harap kau sudi baca satu persatu apa yang aku hendak sampaikan . aku tahu , aku tak perlu cakap benda ini kat kau . tapi , fahamilah , fahamilah rintihan aku . aku tiada tempat nak mengadu lagi , berkongsi cerita . tiada lagi bahu yang akan menjadi penahan tatkala aku sedih . kelmarin , aku email kembali Haykall , satu email dari aku pun dia tidak balas . aku tahu susah untuk kita kembalikan life seseorang yang telah menjadi bukan dirinya . tapi , setiap kali aku email dia setiap kali itulah email aku tidak dilayan . aku rasa jauh , aku semakin jauh darinya . aku rasakan aku tiada peluang , peluang untuk mengambil tempat di hatinya kembali . peluang yang gelap , yang tiada siapa yang akan bawa aku masuk ke situ , hanya dia , hanya dia yang boleh membawa aku . menjadikan aku puteri di dalam hatinya kembali . menjadi pemilik sebahagian hatinya . aku tahu , ini semua takdir-Nya . aku pasrah , aku redha , aku mengangkat tangan berdoa semoga kami kembali seperti dahulu , tapi , bagaikan ini sudah menjadi jalan kami , aku putus asa aizat , aku putus asa . aku , aku rasa inilah perhentian aku untuk kisah antara aku dan Haykall . kisah yang menjadi masa lepas aku , yang aku rindukan . apa yang aku harapkan bersama dia aku tinggalkan , tinggalkan untuk masa depan aku dan dia , tinggalkan menjadi helain yang berterbangan dan akan dikutip jika ia adalah ketentuan kami kelak . 

tapi , sekuat kuat seorang insan itu aizat , ada kelemahannya . aku sudah tak larat lagi , menanti dan terus menanti . aku akan tinggalkan kehidupan aku yang dulu , kehidupan yang penuh berwarna warni untuk aku , kehidupan yang akan aku tinggalkan bila aku membuka mata meneruskan hari esok untuk aku jalani kehidupan baru yang aku akan warnakan dengan corak yang indah . supaya , keindahan itu akan dapat dikongsi , dikongsi bersama sama dengan dia jika perjalanan hidup aku sudah tertulis untuk dia . Aizat , maafkan aku , aku tidak mampu jadi yang terbaik untuk kawan baik kau , aku tak jadi yang termanis untuk kehidupannya , aku gagal , gagal menjadi seseorang yang sentiasa dengannya , bukan aku pengecut tapi aku beranikan diri aku melawan perasaan aku , untuk kehidupan aku akan datang . aku tak mampu menunggu , tak mampu aizat . aku tak sekuat lelaki , aku tak sekuat wanita yang lain tapi azam yang aku bawa untuk dia sekuat yang tidak disangka . aizat , jika kesempatan aku untuk bertemu haykall tidak sampai , aku harap kau cakap kat dia yang walaupun aku dah meneruskan kehidupan yang baru , memori aku dan dia akan menjadi penguat untuk hidup aku , carilah aku jika dia mampu , aku menunggu , menunggu insan yang pernah membuat aku sentiasa tersenyum , insan yang sentiasa memberikan penuh perhatian , insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku , insan yang bernama Mohd Aireyll Haykall . aku tidak menyesal , tidak pernah menyesal mengenali dia kerana tempat yang aku kosongkan untuk hati aku hanya untuk dia . 

tapi , andai kata ketentuan untuk hidup dia bukan untuk aku , aku doakan untuk dia kebahagiaan yang tidak pernah putus dan aku redha menerima ketentuannya . Haykall , awak tak pernah buat saya terluka , awak sentiasa tersenyum , awaklah insan yang saya rindu selama ini . insan yang bernama kekasih . terima kasih Haykall , maaf , inilah pengakhiran untuk email saya kepada awak sebelum saya menutup semua akaun saya .  saya , rindukan awak , bangun Haykall , sedar , kuatkan diri awak untuk keluarga awak , untuk diri awak dan untuk seorang yang bernama HANISA ADAM .


berdebar bila aku baca email ini , aku terkelu dan aku tak tahu nak cakap apadah . Nisa , kalau keputusan ini yang terbaik untuk kau , terbaiklah untuk kau jalani nanti . aku faham kekuatan kau tak sekuat orang lain , tapi Nisa , bagi aku , kaulah yang terbaik di mata orang , di mata aku . aku tahu hati kau terluka tapi kau menutup luka kau sendiri . Nisa , kalau betullah Haykal itu ketentuan untuk kau , di mana kau pergi , kau akan kembali kepadanya . Semoga kau bahagia , NISA .


NOTE : azam melangkaui kekuatan seseorang untuk teruskan hidup