APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, October 10, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 7

ASSALAMUALAIKUM

Macam biasalah bila part nak update trip to Korea ni je, mesti nak kena ambil masa sampai seminggu baru boleh buat next update. Kadang kadang sampai ketuk kepala sendiri sebab ada nama nama jalan yang dah lupa sikit. Sebab aku ni jenis suka ingat semua benda sebab kalau aku tak ingat, nanti aku depress and murung sebab rasa macam diri ni dah tua. So untuk elak lupa bebenda tu 10, 20 tahun akan datang, bermulalah hidup aku sebagai seorang blogger, semua benda aku ceritakan dalam blog. Ok update harini takda pernah niat langsung nak ceritakan kisah hidup aku ok.


Seoul, August 3, 2015

Ahhhh bila fikir harini dah masuk hari ketujuh and esok nak balik Malaysia dah, mulalah rasa nak duduk dalam jamban kunci then murung sorang sorang. Lagipun harini pun we guys plan tak pergi banyak tempat pun sebabnya nak habiskan masa untuk picnic and beli souvenir sebab selama dekat sini asyik terkinja je kerja sampai lupa nak beli souvenir untuk family. Beli barang untuk diri sendiri je banyak. Selfish kan. 

Location harini, Yeouido Hangang Park and Myeongdong.


Oh ya ni van idol dekat FNC Ent masa we guys ada dekat sana. Lupa nak masukkan dekat Update Day 6


Harini keluar pun tak berapa awal sangat sebab takda nak kejar apa apa benda pun. Gila kalau pergi Hangang Park tengah tengah hari buta ni nak picnic. Setengah jam picnic then semua kembali ke rahmatullah. So we guys keluar pun nak dekat pukul 12 macam tu sebab memang mula mula plan nak pergi Myeongdong dulu cari souvenir, makan street foods sebelum balik (nangis) and cari mana tahu kalau kalau ada nak beli lagi barang Korea ke apa ke.

Day 7 nilah or hari sebelum korang balik nilah hari yang wajib untuk korang kena ada 600 keping gambar dalam handphone korang untuk korang buat kenangan. Tak kisahlah korang nak ambil gambar tong sampah Korea ke, daun pokok dia ke, plastic sampah ke, bantaikan aje. Nak pergi lagi sekali tu belum tahu entah bila boleh dapat kan. Better buat preparation awal sebab bila balik nanti trust me, akan terdetik dekat hati kau rindukan Korea. Ke aku je?


Hope minah Korea ni pembaca blog aku juga. Kalau betul sila comment dekat bawah, "saya minah Korea ni!"


Macam biasa, if korang nak ke area Myeongdong, dekat sana memang banyak benda and boleh cari souvenir  dekat sana juga tau. And kalau korang stay Apgujeong, dekat je nak pergi Myeongdong, ambil train line 4 dekat Apgujeong Station, then korang berhenti dekat Myeongdong. Mula mula masa tengok map memang kau akan mengucap panjang, malah boleh buat korang parkinson mungkin? Tapi bila dah lama lama korang tengok, hadap tiap hari, next time datang sorang sorang pun dah tak kisah dah.


Dekat sini all time kau nak berdiri pun tak apa sebab kan nanti kena bangun juga untuk ambil bahasa kasi seat dekat warga tua. So baik kan aku? Cakaplah baik!


Sampai dekat Myeogndong pun nak dekat pukul 2 macam tu. Nak describe apa ada dekat Myeongdong tu, aku rasa korang dah boleh buka balik update Day 1 aku sebab dekat situ semua aku dah explain dah apa yang ada dekat sana. If korang plan nak cari macam keychain, magnet freezer ke, sudu panjang yang Korea punya tu kan, korang boleh beli dekat underground shop train station sebab dekat sana ada banyak barang barang macam tu. Kalau dekat Myeongdong street tu banyak barang barang macam baju, cosmetics and etc.

Oh ya, siapa sini yang kalau tengok gambar EXO members je dah meroyan? Sampai boleh buat gaduh dengan kengkawan? Wajib korang singgah SPAO Boutique dekat Myeongdong ni. Kena cari sikit sebab dekat sana memang banyak bangunan sampai kadang kadang kau dah puas pusing sampai 7 kali, rupanya kau pusing dekat tempat sama. Sebab Etude House je dah lebih daripada 5 kedai, Nature Republic pun, so korang of course akan rasa keliru tempat mana korang dah pusing ataupun belum. 


Baekhyun tu mirip sangat macam aku. Tapi aku lebih ke Do Min Joon lagi, kan?


Dekat sini korang boleh beli baju baju yang ada nama bias korang, takpun kalau suka semua EXO members, beli je yang ada logo EXO je, settle kerja takyah nak pening mengada nak pilih nama siapa. So, harga sehelai baju dia dalam 19,000KRW (convert sendiri to MYR jangan jadi pemalas). And, dekat sini memang all about EXO pun. Boleh kata semua benda dia pakailah. Tinggal kau nak kena bawa duit berkepuk je dekat sini. 


Baju simple je tapi harga dia boleh beli ticket masuk Everland tau


Kau tak payah risau baju dia out of stock ke apa ke sebab semuanya available even kau nak beli 71 helai


Teringat pula aku masa last day, aku tanya Puan Ibu dia nak apa, perbualan whatsapp berbunyi begini:

"Hai darling, Ibu nak souvenir apa"

Lalu Puan Ibu pun jawab, "Shawl ada tak dekat sana?"


Sudah mana kerja pula aku nak cari shawl dekat SPAO ni or dekat area sini sebab adalah jumpa scarf, tapi yang untuk winter and of course kalau kau pakai, macam letak roti canai atas kepala. Then tengah pusing pusing dalam SPAO tu, YES, tiba tiba ada one area yang cantik je dia susun shawl. Siap wide shawl haaaa! Tercari cari juga aku poster EXO kot kot ada ke jadi model tudung ni kan. Tapi, hampa, takda pun. So Alhamdulillah, settle satu kerja nak cari shawl dekat sini. Tapi, aku takda ambil banyak gambar dalam ni sebab busy menelaah setiap baju dalam ni sebab tengah ada sale. Dengan sandal lagi oh god, miskin terus masuk sini lama lama. 


Kalau kasut macam ni dekat petaling street pun boleh dapat kan, cuma membezakan, ni jenama Korea.


Kitaorang kalau dekat sini memang takda rasa nak makan berat sangat, plus nak kejar masa and tak suka nak leceh leceh, so we guys grab light food je dekat sini, macam donut and etc. Kenyang pun kenyang and dalam masa sama boleh jimat lepas dah habis duit bershopping. 


Donut dekat sini 1,000KRW je dekat dunkin donuts and aku ambil yang sugar punya, very basic.


Siapa sini memang suka berangan or memang desperate nak pergi fansign even dekat Korea macam aku? Dekat sini kalau ada nasib korang datang, bolehlah pergi tapi selalunya agak tipis lah nak dapat tu. Sebab benda tu ikut nasib. Macam we guys pergi haritu pun ada fansign event tapi tarikh masa tu dah memang tarikh kitaorang dah balik Malaysia and goodbye. And kadang kadang pun harapan tu tipis sebab fans dekat sini beli album sampai 70 80 album sorang, so memang fanatik compare dengan kita ni yang nak beli 1 album pun fikir 7 8 kali, lepastu batalkan niat nak beli kan? 


Ambil sign aku jelah ok tak? 


Inilah Myengdong and we guys ada jumpa student Malaysia juga dekat sini


After dah rasa takda benda nak buat dekat Myeongdong dah, we guys pun decide nak pergi Hangang Park dah sebab masa tu pun dah petang and nanti gelap pula nak ambil gambar dekat sana. Plus makin petang nanti makin ramai sebab dekat sana bersepah orang picnic. Haaaa rasa hiba pula nak tinggalkan Myeongdong and to be honest sampai sekarang aku rindukan suasana dekat Myeongdong tu. 

Untuk pergi Hangang tu, korang boleh naik train from Myeongdong (line 4) and ambil train menghala ke Hoehyeon and tukar train dekat Samgakji and ambil line 5 then tunggu sampai berhenti dekat Yeouinaru and exit 2 or 3. Complicated kan? Nak belajar struggle dalam hidup tu, belajar naik train dekat Korea je okay. Ha lepastu marilah berlari lari ke Hangang Park cop tempat yang best best. Dekat tempat ni tempat yang senang jugalah korang nak jumpa idol or apa apa drama shooting dekat sini. Tu pun kalau korang bernasib baik. Kadang kadang tunggu sampai 3 hari pun takda idol lalu. Tapi bila kau dah balik Malaysia, masa tulah dia nak berjogging lah, nak makan sataylah, nak naik kudalah. 


Nak jumpa idol ni pun susah tau. Trust me (ni bukan samping and baju melayu ok)


My view, perfect. Subhanallah


Dekat sini kalau ada makanan ringan ke ada tikar ke, or kau nak bawa nasi satu periuk pun, bawa je. Tikar boleh pergi pinjam dekat guesthouse je. Macam kitaorang ni, pinjam guesthouse je so takdelah nak kena membazir beli tikar. Kalau beli pun dah satu kerja pula nak bawa balik Malaysia kalau sayang nak buang. So better pinjam je guesthouse. Kalau semua benda tak ada, batalkan jelah niat kau tu nak picnic dari kau pening kepala nak fikir mana nak dapat tikar. 


Sempat tau bungkus kimbap ahjumma favourite kitaorang


Of courselah gambar kitaorang ambil nonstop. Dengan video lagi. Sampai hang handphone sebab berat sangat benda dalam ni. Dekat Hangang Park, memang makin lama makin ramai yang datang and siap ada yang bawa khemah, mungkin tidur sini. Siapa nak jimat, tidur sini je. Tapi esok paginya kena hambat dengan polis Korea, jangan salahkan aku, aku cadang je. 


View malam, cantik kannnnnn?!


Sayangnya dia tak buka air dekat jambatan tu. Excited dah aku nak tengok benda tu


Kalau yang takut tak ada toilet ke apa nak ambil wudhu, dekat sini ada tandas dia sediakan even agak kotor sikit sebab satu kawasan sebesar alam ni guna, tapi takdelah sampai kotor gila, cuma berbau je. So korang boleh ambil wudhu dekat situ. Kitaorang lepak dekat sini pun tak lama sebabnya guesthouse owner, Naz, dah call sebab katanya nak bagi kitaorang rasa tembikai Korea. Haaa kau ada? Excited juga nak rasa tembikai Korea ni, mana tahu ada sikit sikit rasa kimchi ke kan. Dalam pukul 9 or 10 malam macam tu kitaorang dah bergerak balik guesthouse sebabnya nanti nak packing barang lagi and nak buat video log lagi, so balik awal boleh rest sebelum nak kena sedih sedih meratap tepi bag sebabnya esok nak balik. 


I'm gonna miss this place forever! To be honest


Balik tu pun semua lemau je nak berjalan, tapi Dini dengan Didi tak rasa apa sebabnya diorang balik lagi 3 hari daripada kitaorang. Kalau luggage dia muat memang dah lama aku menyumbat diri dalam luggage sejak day 6 lagi. Then malam nilah dengan muka semua layu basi record video #5FriendsInSeoul tu. Sebab tulah kau tengok kitaorang semua diam je and semua paksa ketawa tu je sebenarnya sebab masa tu nak dekat 3 4 pagi baru habis record and mengantuk dia mashaAllah. Belum kira yang kena record balik, camera tak tekan button record and so on. Rasa nak terbalikkan meja dengan sofa dekat hall tu. 


Ni separuh barang aku, separuh lagi tumpang luggage meen sebabnya dia beli another luggage


Mesti ada yang tertanya tanya kan, kata aku ada pergi Big Hit Entertainment tapi tak ada update pun kan? Next update! Sebab aku pergi sana masa the day nak balik tu and aku akan ceritakan the real struggle and betapa desperate aku nak cari Big Hit Ent tu even BTS tak ada dekat Korea pun masa tu.

See you for last update untuk trip aku ke Korea, Trip to South Korea : Seoul Last Day!


NOTE : kalau boleh, guesthouse ni pun aku nak masukkan sekali dalam luggage ni


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd

Wednesday, October 7, 2015

Luvvils Cammelis Shawl

ASSALAMUALAIKUM 

Ok kita curi selit selit sikit daripada entry Korea kita, kita kembali ke dunia nyata sekejap (even hati sebenarnya totally belum move on daripada Korea). Tengok tajuk update je kau dah boleh list out berjuta soalan kan benda benda yang bermain dalam fikiran korang kan? Apa bendalah Luvvils Cammelis Shawl tu kan? 

Alhamdulillah, new project from aku dengan adik aku sendiri, Shyyra Abd telah dapat menghasilkan design tudung sendiri yang bagi aku simple dan senang untuk korang match dengan apa apa outfit yang korang pakai sekalipun, serious ayat tak menunjukkan aku gebang. Bukan apa, design tudung yang simple and plain kan senang nak match dengan apa apa baju and buatnya kalau korang dah terlambat nak pergi kelas, capai je terus pakai. Sebab apa? Sebab memang susah nak komot even korang tengah bertinju ke, tengah cangkul tanah ke, tengah berenang ke, tudung still terletak macam korang mula mula pakai.



Kita bagi teaser sikit. Padahal dah release dah pun kahkah! Tak kelakar kan? Hambar tau aku


Untuk Cammelis Shawl, korang boleh dapatkan 6 warna tau! (aku ada list out dekat bawah). So kalau korang rasa birthday korang dah dekat ke kan, apa kata suruh kawan kau usha usha Instagram Luvvils then kata teringin nak pakai shawl dekat situ. Kata dekat dia craving. Aku confirm 13 helai dia belikan kau buat pakai untuk 2 minggu takyah tukar tukar.

Ok mesti ada yang tanya berapa harga kan? Then dia punya material pula jenis apa? Ada juga yang nak tanya measurement dia juga kan? Ko tak payah risau semua complete aku kasi dekat sini, korang tinggal nak pergi cari brooch lawa lawa untuk korang pakai tudung ni. Nak bawa buat kasi dekat korang punya bridesmaids pun boleh. Sederet berbaris macam askar pakai tudung ni sama sama kan. 

PLUS, THIS IS OPENING PROMOTION PRICE!

Price : RM25 (PROMOTION) - Normal Price RM30
(add RM5 untuk postage)
Material : Chiffon Georgette (senang bentuk and susah komot)
Measurement : 1.70m x 0.70m (menutupi dada)

Ok dah bagi harga, material dengan measurement kan? Ok kita kasi tengok pula nama nama dia yang begitu menggoda, and macam mana korang nak gayakan tudung ni.


CS6 PINK HIBISCUS



CS2 PETAL TURQUOISE 



CS4 BROWN COCO



CS3 DUST GREY



CS2 DARK ROSELLE



CS1 DEEP LAVENDER



Ok dah cukup teruja ke belum? Boleh rebutkan sekarang sebab stock memang limited! Kalau nak tahu cara macam mana nak pakai, jangan risau sebab nanti kami akan upload macam mana cara untuk korang gayakan tudung ni and matchkan ootd untuk senang korang fikir boleh matchkan tudung ni dengan baju apa. Dah excited? So korang boleh whatssapp team Luvvils untuk order! (business number di bio Instagram yang aku dah attachkan gambar dekat atas ok. HAPPY SHOPPING!


NOTE : inshaAllah soon akan ada giveaway from kami, yang pasti hadiah sangatlah lumayan!


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd