APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, August 2, 2011

30 HARI

PART VII (CONT'D)


Allia terduduk diiringi tangisannya  tatkala kereta yang dipandu Dzarriq meluncur laju dari kawasan rumahnya. Kini dia rasakan kekesalan dan rasa bersalah yang amat sangat kepada Dzarriq. Dia telah menghancurkan perasaan Dzarriq yang mana dicintainya sejak dulu lagi. Inilah yang dia tidak ingin berlaku. Baginya lebih baik dia berkawan kerana jika dia meluahkan cinta, jika cintanya ditolak, persahabatan mereka juga akan semakin pudar. Kini perkara yang tidak diingininya berlaku pada malam menjelang pernikahannya dan juga malam terakhir dia akan bersama Dzarriq dalam kontrak cinta.

*                                             *                                             *

Pagi ini awal lagi Allia telah bangun. Dia lemah menuju ke hadapan tingkap lalu mencapai telefon bimbitnya. Tiada sebarang mesej dari Dzarriq yang diterimanya. Yang hanya ada mesej dari keluarganya dari Italy mengucapkan tahniah atas perkahwinan Allia. Allia menuju ke tingkap, dari atas dia boleh Nampak pelaminnya yang berwarna putih silver. Dia memegang rantai yang dipakainya. Rantai pemberian Dzarriq.

“Allia, cepat mandi nak. Nanti nak bersiap ambil gambar sebelum pernikahan”, kata Puan Asmidah mengejutkan Allia dari lamunan.

“Baiklah mama”, kata Allia ringkas lantas mengambil tualanya menuju ke bilik air.

Rombongan dari pihak lelaki telah tiba di masjid. Hati Allia berdebar-debar. Hatinya bagai dipaksa melangkah ke situ. Sesekali dia merenung keadaan sekeliling jikalau kelibat Dzarriq berada di situ namun hampa kerana hanya ada sanak saudara dan rombongan dari pihak lelaki. Hati Allia semakin terasa dipaksa saat imam mula datang untuk melaksanakan pernikahannya.

“Mohd Affiq Mustaqim bin Zahid Hisham aku nikahkan dikau dengan  Allia Nuha Qistina binti Mahadi dengan…”

“Berhenti..! Saya tidak mahu meneruskan pernikahan ini. Hentikan semuanya”, suara Allia bergema tanpa sempat kadi menghabiskan kata-katanya.

Semua hadirin memandang kearah Allia yang sedang berdiri anggun bersama baju pernikahannya.

“Maaf ma.. Allia tidak boleh meneruskan pernikahan ini. Allia tidak bahagia ma. Kalau mama sayangkan Allia, tolong jangan paksa Allia.. Maafkan Allia..”, kata Allia lalu beredar dari kawasan tersebut sambil berlari-lari anak.

Puan Asmidah hanya berdiri terkejut sambil hadirin mula berbisik sesama sendiri. Puan Asmidah sedar bahawa selama ini dia hanya membuat keputusan tanpa persetujuan Allia. Dia sedar akan kesilapannya lalu terduduk mengalirkan airmata tanda kekesalan memandang Allia yang lari meninggalkan masjid. Fikiran Allia hanya memikirkan Dzarriq. Dia mesti berjumpa dengan Dzarriq sebelum terlambat. Dia tahu dia telah melukakan hati Dzarriq yang dicintainya. Langkah Allia terhenti tatkala melihat kelibat seseorang yang kemas berbaju melayu merah bersamping silver berada di hujung jalan masjid memegang kotak kecil.

“Arriq….!”, jerit Allia lalu menuju kearah Dzarriq lalu mendakapnya.

Dzarriq membalas pelukan Allia.

“Lia, kenapa Lia kat luar lagi ni? Kan sekarang tengah majlis pernikahan Lia. Arriq minta maaf sebab lambat. Arriq…”, kata-kata Dzarriq tidak dapat dihabiskan tatkala jari lembut Allia menyentuh bibirnya.

“Allia yang patut minta maaf, Arriq. Allia dah lukakan hati Arriq. Allia dah hancurkan harapan dan cinta Arriq”, kata Allia diiringi tangisan.

“Sytt.. jangan nangis lagi. Lia, macam Lia pernah ajar Arriq dulu. Kalau ada jodoh kita dengan seseorang, kita akan tetap juga bersama dengan dia. Mungkin Lia tidak dicipta untuk bersama dengan Arriq tetapi dicipta untuk membahagiakan Arriq. Sejak 30 hari bersama dengan Lia, banyak Arriq belajar apa itu cinta dan sangat-sangat menghargainya. Memang Arriq cintakan Lia. Cintakan Lia sepenuh hati Arriq tapi Arriq akan ubah ia menjadi cinta Arriq kepada Lia atas persahabatan kita.  Arriq sedar tak guna kalau Arriq terus macam ni di hari pernikahan yang mana penting buat Lia. Jika Lia merasakan perkahwinan ini satu paksaan buat Lia, ada hikmah di sebaliknya. Cinta akan wujud juga antara Lia dan pasangan Lia. Mungkin mama Lia nak lihat Lia bahagia”, kata Dzarriq cuba memujuk Lia.

“Tapi Arriq Lia…”

“Lia……!!!!!!!!”, jerit Dzarriq menolak Lia ke tepi.


bersambung...