APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, November 29, 2013

pale pale

ASSALAMUALAIKUM

minggu lepas Puan Ibu sudah halo halo guwa suruh balik sebab katanya auntie guwa ada buat sikit kenduri sebab diorang baru balik haji kan . macam tak best pulak aku nak buat sombong tak reti nak balik . dalam kepala guwa dah terbayang kurma , kekacang daripada tanah suci . memang feveret aku ok benda tu . kalau boleh nak ambik semua lepastu menyorok dalam tandas makan sensorang . lalu , pada jumaat malam berangkatlah aku pulang ke bumi Melaka .

sampai je rumah aku tengok adik sedara semua dah berkerumun kat aku fefeeling macam aku ni Ashton Kutcher nak kena bagi sign sorang satu . ataupun mungkin sebab nampak aku pegang slurpee yang aku sempat singgah sebelum aku sampai rumah . tapi yang aku pasti , muka aku macam Ashton Kutcher . then datang sorang adik sedara aku dengan muka serious kedepan kebelakang dia cakap camni :

"abang , pale pale"

aku sendiri pun tak tahu apa yang dia cakap sebab bila aku nak datang kat dia suruh salam dia terus lari sambil ketawa . ingat nak aku kejar , jangan harap . lepas dah sensalam semorang , aku pun duduk depan hall rumah auntie , sambil hadap TV . like a boss . nasib baik tak goyang kaki tau . tapi , yang lebihnya menghadap handphone . aku tekan semua channel takda benda yang best , astro kan biasalah ko bayar mahal cemanapun , cerita dia ulang ulang sampai ko boleh tahu minit keberapa orang tu nak garu kepala . then , lagi sekali adik sedara aku tadi datang .

"abang , pale pale"

pastu dia berhenti je pandang aku . dalam kepala aku puas fikir terkorek korek segala maklumat dalam kepala ni apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan dengan ayat "pale pale" tu . mungkin nak gula gula kot tapi dalam poket ke , beg aku ke memang takda gula gula . then dia pun lari pergi balik kat mak dia . 

aku dengan selamba goyang kaki buat tak tahu . 

puas gak guwa fikir . pale pale...... kepala ke ? gula gula ke ? game kat henpon ? tak pun coklat ? boleh kata sampai berkerut kerut muka guwa fikir . siap guna khidmat encik google pun tak jumpa apa tu pale pale . yang keluar kuih ondeh ondeh . pastu guwa pun patah balik pergi kat adik sedara guwa yang duduk tengah makan dengan adik perempuan guwa sebab adik perempuan guwa ni kalau nak apply jadi babysitter on the spot boleh dapat . dia suka melayan bebudak .

tiba tiba , adik sedara aku bersuara lagi .

"kakak , pale pale ...."

terus aku tanya dia , "Dalilah , cuba cakap dengan abang apa tu pale pale ?"

lalu... dia pun bersuara .

"tu pale pale" , then dia angkat tangan tunjuk kat arah aku . tapi tangan dia bukan tunjuk kat arah aku , tapi arah belakang aku .

aku dengan adik perempuan aku dah terkaku kalau boleh masa tu rasa nak ketuk kepala Dalilah tu dengan besen tak kiralah berapa besar besen tu . adik aku dah get ready nak lari sambil pegang pinggan sebab dia punya penakut nauzubillah kalah budak kecik sekolah tadika . pastu bila dah rasa lain macam aku terus keluar rumah duduk depan gate rumah . memang tak berani aku nak toleh mana mana bahagian sekeliling aku . aku baca apa yang patut and aku masuk balik . lepastu aku pergi mandi . sebab takut malam malam selalu kalau kita balik , akan ada benda yang ikut masuk , cuma kita tak tahu . kang kalau aku over over toleh sana sini , nampak tercacak depan mata aku memang aku ketuk kepala "dia" dengan besen lagakan dengan Dalilah .

masa makan malam around 930 tu aku terus tanya auntie aku .

"auntie , Dalilah kalau cakap pale pale tu apa maksud dia ?"

lepastu auntie guwa pun ketawa sambil hidangkan nasi .

"Dia tu kalau tengok cerita kat TV dengan abang dia selalu kalau ada hantu bungkus (pocong) tu dia akan panggil pale pale . kalau abang dia nak takutkan dia kalau degil , cakap je ada pale pale"

kali ni guwa pulak rasa nak hentak kepala auntie guwa dengan besen . tak pun lastik dahi auntie guwa tu dengan batu besar .

o....m.....g..... amargardzz.....

habistu yang tadi Dalilah tunjuk belakang aku tu apa benda.... mana pulak benda tu duduk , apahal pulak dia nak ikut . Wallahualam . yang pastinya lepas aku bersihkan diri and keluar balik , Dalilah dah tak cakap apa apa lagi pasal "pale pale" . nak kata malam tu terus lupakan , jangan harap . guwa berhimpit tidur dengan Aiman sebab guwa terfikir je pasal "pale pale" tu . ni semua sebab Dalilah , kalau dia besar aku dah himpit dia tepi pintu lepastu kepitkan kepala dia kat pintu . buat lawak seram pulak dia .


"pale pale" ni jengah sikit .


NOTE : lepasni kalau Dalilah ada sebut apa apa lagi perkataan pelik depan aku memang aku terus ketuk kepala dia dengan besen tanpa bual bicara .


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Friday, November 22, 2013

Pohon Memori

ASSALAMUALAIKUM

sahabat ?

hanya ada 9 huruf , satu perkataan , 3 suku kata tapi membawa maksud yang mendalam , yang susah kau nak ungkap dengan hanya sebatang pen dan sehelai kertas .


Aizat , Didi and Meen memang tinggal berdekatan sejak diorang kecik lagi . rumah bersebelahan sampai boleh dikatakan tak pernah bercenggang . makan sama sama , pergi sekolah sama sama , buat kerja sekolah sama sama , duduk dalam kelas yang sama , makan bekal yang sama . kalau boleh semua benda nak bersama . macam adik beradik . memang tak boleh nak berjauhan . setiap petang diorang suka habiskan masa sama sama main kat taman . main basikal , main belon air , main kejar kejar , main nyorok nyorok . kalau boleh dipanjangkan waktu siang tu , memang nak je diorang panjangkan sampai tak menjelma waktu malam semata mata nak habiskan masa sama sama .

kat sekolah Meen selalu kena buli sebab Meen bukan jenis yang tak pandai melawan . biar je apa yang orang nak buat kat dia . solution dia ? menangis sendiri teresak esak atas meja . ada satu hari masa dia kena buli , Aizat dengan Didi pukul orang yang buli tu sampai bengkak bengkak muka Aizat . puaslah Meen dengan Didi letak ubat dengan ice kat kesan bengkak tu . Meen dengan Didi tak nak Aizat sakitkan diri sendiri sebab diorang . sebab diorang pun rasa sakit sama bila tengok kawan baik , tengok orang yang dia rapat sakit macam tu . tapi sebab Aizat rasa dia patut lindung kawan dia , dia tak kisah dengan semua rasa sakit tu . yang penting kawan kawan dia bahagia dan dapat teruskan hari hari diorang dengan bahagia .


hari makin berlalu dengan pantas sampai pokok yang mereka tanam dulu dah makin besar dan tumbuh dengan indah . dahan melambai ke kiri dan ke kanan seakan memanggil mereka untuk terus bermain di bawah pokok tersebut . kat situlah jadi tempat diorang sama sama duduk , habiskan sisa baki waktu siang yang mereka ada . mengukir setiap nama mereka di pokok tu dengan alasan yang mereka akan sentiasa ingat satu sama lain even masing masing dah jauh .  ukiran nama pada pokok yang mereka tanam itulah yang menjadi saksi , menjadi bukti persahabatan mereka yang dah lama mereka cipta . sebuah persahabatan yang tak pernah kenal erti penat , sebuah persahabatan yang tak pernah jemu bertemu satu sama lain , sebuah persahabatan yang mencipta kasih sayang yang kuat antara mereka . tak pernah terlintas pun dek akal mereka untuk berpisah apatah lagi nak bergaduh .

tapi , orang kata , langit bukan selalunya sentiasa cerah . matahari bukan sentiasa bersinar , bulan bukan sentiasa ada .

satu hari , mereka ditakdirkan berpisah antara satu sama lain disebabkan pembangunan yang akan dilakukan kat kawasan mereka . sedih tu jangan ditanya . kalau boleh digambarkan rasa sedih tu , infiniti . tak boleh nak kira . bayangkan orang yang dah lama kau kongsi suka , duka , makan , minum , ketawa , menangis terpaksa kau tinggalkan jauh , tak dapat lagi kau tengok muka dia hari hari , tak dapat lagi kau kongsikan apa yang kau rasa , tak boleh habiskan masa sama sama . harapkan memori yang lekat kat dalam hati , tapi entah sampai bila boleh bertahan . petang last day sebelum mereka berpisah , membawa haluan masing masing ikut family , kat bawah pokok yang mereka tanam itulah menjadi saksi perpisahan mereka . Meen dengan Didi terus menangis tanpa henti . sampai dah tak boleh nak tampung rasa sedih . teresak esak menangis tanpa segan atau malu .

Aizat melangkah ke depan . menghulurkan sesuatu kat mereka , mengharapkan yang mereka akan suka dengan apa yang dia berikan . dua pasang headphone lengkap dengan MP3 yang terisi lagu kegemaran mereka , Madly - FT Island . Aizat cuba menenangkan mereka . mengatakan yang mereka akan ada pengganti even masing masing berpisah jauh . headphone sebagai peneman mereka bila guruh sebab Meen dan Didi memang takutkan guruh dan waktu guruhlah mereka akan bergegas lari ke Aizat dan Aizat akan tenangkan dan tutupkan telinga mereka . jadi , lepasni kalau ada guruh , pasang je headphone , sebagai pengganti kepada Aizat even Aizat dah pergi jauh dengan mereka . perasaan sedih tak boleh dibendung , Aizat menoleh berlalu pergi menyembunyikan kesedihan yang ada dalam hati dia . tak terucap perkataan  selamat tinggal di bibirnya . hatinya bagai dihiris kesedihan . mengharapkan masa akan berhenti seketika , untuk dia terus habiskan masa bersama sama dengan Meen dan Didi . perlahan lahan airmata jatuh menitis ke pipi . macam tak ada tanda untuk berhenti .

jadi , berpisahlah mereka . membawa haluan dan tujuan hidup masing masing . memori ? sentiasa menjadi peneman dalam hati masing masing . tak pernah lupa walau secebis manapun memori tu .

12 tahun kemudian , Aizat telah berjaya menjadi seorang pilot , Meen menjadi seorang Fashion Designer yang terkenal dan Didi menjadi seorang lawyer yang disegani . meski berpijak atas bumi yang sama . masing masing tak pernah bertembung walau sekali . seakan belum sampai waktu untuk mereka kembali bertemu . hari makin hari , rasa bagai lama nak meniti . apabila sampai di bumi Malaysia , hati Aizat tergerak untuk kembali ke tempat lama sewaktu dia menghabiskan zaman kanak kanak dia bersama Meen dan Didi . rasa macam baru semalam mereka berpisah . masa memang berlalu dengan pantas . kejam tanpa menunggu kita . lari meninggalkan kita tanpa amaran . yang leka ? tak akan ditunggu .

perlahan lahan Aizat menghampiri pokok yang pernah mereka ukirkan nama bersama . dulu hanya sebesar satu pelukan , sekarang 7 orang peluk pun belum tentu mampu mengelilingi pokok tersebut . perlahan lahan Aizat tiup belon belon buih dengan angin sepoi sepoi yang membawa belon tersebut pergi terbang ke awan . teringat kenangan sewaktu dia kecil yang mana dia akan meniup belon buih , Meen dan Didi akan berkejar kejar mendapatkan belon yang berterbangan . Aizat menoleh , memegang ukiran nama yang terus terpahat kat pokok tersebut , yang terus kekal tanpa cacat ataupun cela . tersenyum dalam kesedihan . perlahan lahan Aizat duduk menyandar , memandang ke depan , mengingat kembali memori dia bersama Meen dan Didi . jauh termenung meninggalkan dunia nyata , jauh kedepan seakan tiada nokhtah .  

dah lama rasanya Meen tak habiskan masa dia kat Pohon Memori yang dia namakan sendiri . Pohon yang banyak menjadi saksi persahabatan dia dengan Didi dan Aizat . harini barulah dia dapat habiskan masa duduk bawah pohon tu mendengar lagu Madly sambil membaca novel . dalam kepalanya masih segar memori waktu kecil yang sentiasa dia rindukan . kalau boleh dipatahkan waktu , memang dia akan buat macam tu even dia terpaksa menjadi kanak kanak semua . rasa rindu tu bukan sejengkal dua . rasa macam tak boleh diukur . perlahan lahan meen menutup novel lalu pandangannya dialihkan ke hadapan . menarik nafas panjang dan melepaskan dengan perlahan . matanya rapat dipejamkan lalu perlahan airmatanya jatuh ke pipi dan menitis ke bumi . rasa sedih tu sentiasa ada even dan 12 tahun dia berpisah dengan Meen dengan Didi .

Didi selalu habiskan masa kat bawah pokok tersebut . memetik gitar rentak lagu Madly tanpa rasa jemu , memetik tanpa rasa lenguh . kalau dia tak ada komitment dengan kerja , memang seharian dia akan duduk kat situ memetik gitar . entah kenapa dia rasa berat hati kalau tinggalkan tempat tu . hatinya rasa kalau Aizat dan Meen kembali satu hari nanti , dia tak ada kat situ . itulah yang dia fikirkan sejak dulu . rasa sayang dia kat kawan dia tu tak boleh dia buang macam tu je, terlalu tebal , tak boleh dikikis . perlahan lahan Didi memetik gitar . angin sepoi sepoi menyapa mukanya , belon belon air berterbangan dihadapannya seakan mengikut rentak petikan gitar dia . kalaulah Aizat dan Meen ada di situ , itulah saat paling indah yang pernah dia ada sepanjang hidup dia . tapi siapa je dia , yang boleh tentukan datang dan perginya orang dalam hidup dia . yang boleh menghalang perginya seseorang dalam hidup dia .

perlahan lahan petikan gitar lagu Madly singgah masuk ke telinga Aizat dan Meen . rasa macam sebuah lagu yang sangat lali menjadi halwa telinga mereka . lagu yang menjadi lambang persahabatan mereka . perlahan lahan Aizat dan Meen bangun . mencari dari mana datangnya petikan gitar tersebut . perlahan lahan mereka kelilingi pokok tersebut dan akhirnya mereka bertemu dia satu bahagian pokok tersebut di mana duduknya Didi tunduk memetik gitar . tersentak ketiga tiga mereka memandang satu sama lain . seakan teringat memori saat mereka waktu kecil . perlahan lahan aizat membuka mulut bersuara memanggil kedua dua orang kawannya .

"Meen..... Didi......."

akhirnya mereka bertemu kembali . setelah 12 tahun terpisah . dia bawah pokok tersebut jugaklah menjadi saksi pertemuan mereka kembali . hari hari mereka dihabiskan bersama . rindu diungkap bersama . seakan masa tak cukup 24 jam untuk dihabiskan bersama . berkongsi segala cerita dan memori . mendengar lagu bersama , makan bersama dan meluangkan masa bersama sama di bawah pokok tersebut . tak pernah kira penat , tak pernah kira lelah , tak pernah kira bosan . ketawa dan kegembiraan dikongsi . rasa macam tak puas nak diluahkan rasa rindu tu .

tapi ? yang pergi bukan akan terus pergi . yang datang tak akan sentiasa akan kekal dalam hidup .

satu petang yang indah , mereka duduk di pokok tersebut menikmati keindahan awan yang bergerak perlahan , ditemani burung burung berkicauan . seakan menari menghiasi awan . muka aizat kelihatan pucat , terbatuk batuk duduk menyandar pada pokok . meneguk sedikit demi sedikit air mineral di tangannya . Meen dan Didi tersenyum terus meniup belon belon air ke udara . terbang ditiup angin .

"Meen , Didi , thanks for all the memories since kita kecik sampai sekarang"


kata Aizat tersenyum . matanya rasa seakan berat untuk dibuka . rasa bagai ada benda yang bergayut gayut pada kelopak matanya seakan minta ditutup . Aizat tersenyum mengatakan yang dia nak melelapkan matanya sekejap menghilangkan segala keletihan yang ada , melepaskan rasa penat dalam dirinya . perlahan lahan Aizat menutup kelopak matanya rapat . bibirnya terus mengukir senyuman . makin lama pandangannya makin kecil dan matanya  tertutup rapat . keindahan dunia yang ada depan mata sudah ditinggalkan selamanya . darah mengalir perlahan perlahan keluar daripada tepi mulutnya lalu mengalir perlahan menitis membasahi bajunya . tangannya longlai jatuh ke bumi . nafasnya terhenti .


Aizat , sudah pergi .

Meen dan Didi bertalu talu cuba menyedarkan Aizat kembali , menangis seakan anak kecil yang kehilangan hala tuju . namun , jasad sahaja yang tinggal di dunia , rohnya sudah kembali kepada Pencipta . memori persahabatan ditinggalkan buat mereka berdua , sementara Aizat menanti mereka di sana . dan di bawah pokok itu jugalah menjadi saksi kehilangan salah seorang daripada mereka . pokok yang menyaksikan pelbagai memori dalam persahabatan mereka . memori persahabatan yang tak pernah akan luntur . sebab persahabatan tu tak akan pernah hilang rasa manisnya . Aizat pergi meninggalkan Meen dan Didi , mengharapkan mereka akan terus meneroka , berjalan atas bumi Allah bersama memori yang mereka sama sama cipta . 





ya , sahabat itu anugerah . datang bukan dipaksa , pergi bukan dipinta . ada yang datang untuk singgah , menjadi salah satu memori yang indah kekal abadi dalam hati . ada yang datang mengecewakan untuk mengajar kita terus kuat dalam hidup . ada sahabat ? hargailah . tiada guna airmata dibazir bila mereka dah pergi satu hari nanti kalau kita sendiri tak pernah hargai dia bila dia depan mata .




NOTE : cerita ini hanya rekaan semata mata . tak ada kena mengena dengan yang masih bernafas ataupun yang telah pergi menghadap Pencipta . 


Saturday, November 16, 2013

konvokesyen

ASSALAMUALAIKUM

jumaat lepas awal pagi lagu Ibu Norry dah call aku pepagi buta . ayam pun guwa rasa tengah tidur berpelukan lagi dengan bini dia and anak anak dia . hampir terperanjat jantung ni sebab telephone memang ada bebetul atas dada aku dengan vibrate sekali dia bagi . aku cabut earphone aku lepastu lari keluar daripada bilik sebab roommate aku semua tengah tidur lagi sebab hujan turun berderai derai kat sini memanggil manggil semorang untuk terus tidur takyah bangun pun tak apa . sampai luar dengan tempias tempias hujan guwa pun angkat call sambil satu tangan korek korek mata kot kot ada tahi mata yang terselit lagi pepagi buta ni . 

"Ye Cik Puan , ada apa call pagi pagi buta ni "

kata aku terus pandang kucing yang berlari lari meredah hujan . entah apa yang dia cari tetengah hujan pun aku tak tahu . nak kata cari makanan ikan pun masih tidur lagi malas nak bangun .

"salam mana salam ? dah bangun ke ? buat apa tu ?"

amboi bukan main Ibu Norry kalau aku tak bangun takdelah aku jawab call dia sambil korek korek mata ni .

"dah dah , asal Ibu call pagi pagi ni ? selalu malam ? nak buat surprise ke camne ni ?"

"dah siap belum ? petang ni kan nak pergi perak"

Ibu Norry punya soalan buat aku patah balik tengok jam kat bilik berulang kali . nak dekat 5 6 kali aku kedepan kebelakang kedepan kebelakang tengok jam . aku yang terlambat bangun atau dia yang terawal bagitahu aku suruh siap . aku tengok baru pukul 9 pagi . dia dengan ayah pun belum habis kerja lagi . lagipun nak pergi perak tu petang . baju pun aku tak packing lagi . jangan dia cakap dia dengan ayah dah ada kat bawah sudah . memang citer dia aku tak akan mandi terus siap je pergi . lepas dah pom pang pom pang bercerita dengan dia , aku pun start packing barang sebab Ibu cakap lepas solat jumaat dia nak bertolak dah . hati aku dah berbunga bunga dah nak keluar daripada asrama ni . 

tapi , daripada pagi sampai kepetang guwa tak dapat dapat SMS daripada Puan Ibu mahupun Encik Ayah cakap dah bertolak ke belum . puas gak menunggu siap dah makan , baring , mandi kali kedua , tak gak diorang berdua tu message aku bagitahu dah ada kat mana . daripada rambut guwa handsome dah jadi sabut kelapa dah . tengah aku goyang goyang kaki makan coklat tengok Running Man , tetibe Puan Ibu call . punya gembira hati guwa sebab anggapan guwa dia dah ada kat bawah hostel guwa . so takdelah guwa sensorang dalam bilik ni sebab kawan kawan bilik ni semua dah bergerak ke Perak . dengan pantas guwa tekan button hijau angkat call macam orang gayat baru beli henpon mahal .

"Salam , Ibu baru nak bertolak ni . siap siaplah dulu ok"

perasaan guwa masa tu macam citer citer sinetron masa akhir cerita , terkejut ala ala sedih gitu sambil gambar bergerak perlahan . Ibu , tahu tak orang dah siap daripada pagi punya tunggu sampai kepetang . baik cakap ambik esok pagi je . sempat aku nak buat tahi mata baru .

guwa masa tu terus capai bantal terus lelapkan mata . lagi dua jam ni boleh mimpi macam macam . mana tahu tetibe Maya Karin muncul dalam mimpi jadi bini guwa ke kan . takpun Lisa Surihani lari dari rumah pastu kahwin dengan guwa ke kan . tinggi betul imaginasi guwa sampai boleh buat novel 3 volume . 

akhirnya , aku bertolak ke perak .

siapa je yang tak happy dengan konvokesyen kan . sana sini aku tengok baju orang baru berlip lap lip lap macam bunga api time raya . meriah betul . macam diorang pasang lampu raya kat sekeliling baju . yang pompuan dengan heels setiinggi alam sampai dia nak bersihkan atap pun dah sampai . yang lelaki dengan kemeja licin tajam kat bahagian lengan kalau nak potong buah tembikai pun boleh potong dalam 7 8 biji . yang aku Ibu Norry dah bawakkan 2 helai kemeja . memula tak rasa pelik , bilik fikir 2 3 kali rasa pelik pulak apasal sampai nak kena ada 2 kemeja . ko konvo tu pakai jubah tak nampak apa dah baju jenis apa ko pakai . nampak kaki je terkontang kanting berjalan . kalau sampai dua kemeja nak suruh aku pakai cemana ? sebelum dan selepas konvo ? complicated sungguh hidup aku masa tu .

untuk konvo first time ni guwa takdelah nak nervous macam kawan kawan guwa . ada kawan kawan aku yang gosok gosok tangan sebab dia kata seram nak konvo . ada yang menangis kesedihan bila masuk dalam dewan tu . hairan guwa sebentar . padahal ko berjalan atastu , ambik scroll lepastu blah . mungkin aku yang takda perasaan kot . weh aku gangster kot mana boleh menangis ni . sempat guwa berbisik dengan orang sebelah guwa yang entah sape sape tu kutuk kawan guwa sebab benda tu . ketawa kecil orang sebelah aku dengar kawan guwa nangis nangis tu . lepas majlis dah settle semua the best part masa nak ambik gambar dengan classmate . lepas dah graduated mesti korang dah tak selalu jumpa even contact kan . kalau contact pun whatss app tu pun dua tiga je , cakap "hi rindu aku tak ?" , pastu dia balas "rindu" , pastu ko balas "hehehehe" , pastu dia tak balas dah . nampak sangat ko ni membosankan bagi dia . masa nilah nak jumpa balik citer citer balik moment korang masa sama sama belajar dulu . 3 tahun weh siapa kata sekejap . kalau ko beranak tu anak ko dah boleh berjalan and bercakap dah . 


benda wajib yang ko akan buat bila dapat topi ni . dah baling habis terjatuh atas kepala orang sampai benjol 


kalau nak cerita susah hidup masa belajar ni memang banyak weh . ada masa ko tak cukup duit sebab buat assignment , pergi site sana sini , print kerja sana sini sampai ko sendiri dah rasa malu tetiap minggu nak mintak parents kau suruh bank in like a boss. jimat macam manapun kau mesti akan ada masa ko akan sesak jugak . apatah lagi jenis yang tak berjimat , jenis macam tu ko rendam je dalam tomyam letak lada hitam sikit . pernah dulu aku hilang duit 200 dalam wallet and tu je duit yang aku ada untuk seminggu dua . bagi ko nampak 200 tu macam banyak . memang banyak kalau benda tu buat makan je . tapi tulah duit aku nak buat assignment apa benda semua . setiap minggu boleh cakap ayah bank in kat aku sebab memang banyak pakai duit . masa tu aku rasa aku anak paling tak guna ok . rasa macam amenda seh nak main duit je . lepas hilang 200 tu siapa tak terkedu weh . ko ingat senang nak cari 200 tu . nak tak nak kena cakap gak ah kat ayah sebab aku nak kena print final project . serious guwa cakap final project tu membunuh ko weh . dalam 3 hari , 2 jam je kau tidur . yang lain semua kau habiskan masa hadap laptop , pergi library sana sini , buat research sana sini . dengan kau nak study lagi . memang ayah ko tak pernah marah mintak duit , tak pernah tanya , tapi bagi aku cukup dah menyusahkan tu . berat rasa mulut nak bagitahu . rasa berdosa sangat . over kan aku nak monolog segala ni . pukul ko kang aizat . 


Encik Ayah dan Puan Ibu . comel kan Encik Ayah aku . kecik kecik pun dia
tu , dia lagi handsome daripada aku tau . sebelah tu Puan Ibu , hobi dia 
ambik gambar dan juga berleter . dia pakar berleter ok . takda siapa boleh kalahkan


pernah kau ada kawan baik ?

mestilah pernah kan . kawan baik yang sentiasa ada dengan kau tak kira susah ataupun senang , kalau boleh tidur pun nak sekatil , sebantal . nak cakap pernah gaduh ke tak tu jangan ditanya . bohong kalau tak pernah masam muka ke terasa ke bengang ke marah ke kat diorang tu kan , kenkadang terselit gak rasa macam nak terajang , tapi sikit jelah rasa tu . macam aku gak . kat bawah nilah kawan kampus aku sejak daripada aku sem 2 diploma sampai ke degree . sama class , sama kampus , sama department , sama sama pergi makan , sama sama satu group assignment , sama sama balik kalau raya . tak pernah lekang sampai orang cakap kitaorang ni tak suka bergaul and susah nak dedekati . atau dalam bahasa pasar dia sombong . orang orang camnilah yang buat aku rasa nak heret muka dia kat jalan raya lepastu perahkan limau . asal tak bercakap bertegur sikit sombong . ko tahu tak aku ni pemalu orangnya ? berbudi bahasa ? auwhh . benci je baca kan .






ye , hidup zaman belajar ni best sebenarnya . macam cikgu korang pernah cakap ,

"tak payah nak sibuk bercinta zaman sekolah ni . nanti belajar nanti lagi seronok"

betullah apa cikgu kau cakap tu . zaman kampus ni sampai rambang mata kau nak pilih cik awek . semua cun cun belaka sampai ko dah tak tahu nak usha mana satu dulu . and kalau nak dibandingkan zaman belajar nilah yang kau akan lalui macam macam benda yang akan buat kau jadi lagi matang . biar muka tak matang asalkan cara kau berfikir tu matang . ada yang muka je nampak matang tapi cara berfikir tak macam muka . dengki , busuk hati , busuk badan , busuk kaki , busuk mulut tu memang tak boleh nak lari daripada hidup diorang .

pernah dulu ada orang tak suka aku dengan kawan kawan aku tanpa sebab . cemburu mungkin . tapi nak buat apa kalau orang dah benci kan . kau sagat kepala dia kat dinding pun dia tetap benci kau gak , tapi sebab kau tahu kau tu manusia , dia pun manusia . takda bendalah setakat nak benci benci ni . benci pun dapat apa . bukan boleh dapat kahwin dengan Fazura pun kan . kalau dapat kahwin memang semua orang yang lintas depan aku aku nak benci . lepastu catat berapa orang aku dah benci . jumlah paling tinggi menang lepastu boleh kahwin dengan Fazura kan . dalam mimpi weh . ko berak keluar batu pun benda tu tak akan jadi kenyataan .

orang tak akan berubah kalau dalam kepala otak dia dah setkan satu benda . contohnya masa kekecik .

"weh ko asal hitam ? masa mak kau mengandung mak kau makan kicap eh ?"

"mana ada . mak aku tak makan kicap"

"ye mak aku cakap kalau mengandung makan kicap anak masa lahir nanti muka jadi hitam"

so bagi pompuan pompuan yang mengandung tu nighmare bagi dia bila sebut pasal kicap . kalau boleh nak dia baling kat dinding jauh jauh botol kicap tu sebab takut anak dia hitam bila dah lahir nanti . sebab apa ? sebab mind set dia dah memang centu . asal kulit gelap je sebab makan kicap padahal kicap tu daripada kacang soya . bukan buat daripada minyak hitam ke apa . aku rasa macam aku dah melalut , ye tak ?

jadi sekarang apa nasihat guwa ?

belajarlah rajin rajin selagi kau mampu . kalau tak mampu pun belajar je sampai ko rasa macam nak telan je buku tu . kalau boleh telan ko telan je . koyak sikit sikit lepastu makan . apa je rasa susah sikit sekarang kalau kau senang hari esoknya . bukan senang nak senang , bukan susah nak susah . ceh nasihat nak macam abang abang kan . menyampah je rasa tengok diri sendiri .


saranghae , fighting !


NOTE : boleh tak kalau guwa nak masuk darjah satu balik ? guwa rindu nak belajar ABC balik . janji guwa janji tak nakal punya .


Twitter : @AizatAbd
Instagram : skullsulivan
Facebook : Eijat Abdullah


Friday, November 8, 2013

SPM

ASSALAMUALAIKUM

guwa rasa sekarang guwa punya free time agak banyak sikit . curi curi masa gak nak update blog ni . duduk dalam library bukan tahu nak buat research ke download final exam paper ke , tapi guwa duduk hujung hujung celah belakang dok tengok movie . takda buffer guwa cakap . seronok betul . sekarang ni bila scroll je timeline aku tengok punya rancak punya hangat macam burger bakar abang burn diorang bercakap pasal SPM yang baru je start hari rabu haritu . bak kata adik aku , pejam celik pejam celik dah sampai SPM . eh baguslah tu pejam celik pejam celik daripada kau pejam tak celik celik .

teringat gak masa zaman zaman aku SPM dulu . masa awal awal tahun punyalah semua tak kisah pun amenda tu SPM , sebut pasal SPM pun semua buat muka toya tak tahu . 2 bulan nak SPM tu pun masih boleh goyang kaki . waktu form 4 jangan cakaplah . memang masa tu orang anggap honeymoon gila gila . kalau ada duit time tu mahu ke korea ke , ke dubai ke . memang tak ingat nak belajar . masa tu mana ada twitter facebook ni semua . yang ada facebook and dapat status 15 likes tu pun aku dah anggap paling hot masa zaman aku tu . aku punya perangai pulak time belajar suka pakai earphone dengar lagu Justin Timberlake sexy back. amboi macam orang bijak pandai pulak kan nak study sambil bergaya macam tu . tapi bila study depan Puan Ibu memang guwa tak akan ada chance punya nak malas malas .

nak dikatakan punya strict Ibu guwa masa tu . kau tengah study lepastu nak garu kepala pun dia marah sebab banyak sangat bergerak tergaru garu . ganas betul kan . kalau study dengan Encik Ayah cool sikit , siap boleh ajak guwa minum kopi makan goreng pisang sambil study . tulah bezanya orang pompuan dengan lelaki ni . pernah ada sekali tu aku bosan nak study physics sebab dia pasal momentum pasal acceleration apa tu semua . memang masa tu subject physics aku tu musuh akulah . kalau boleh bawak bergaduh dah lama aku ikat dia kat pokok lepastu aku tampar dia kiri kanan nonstop . masa tu pulak buku Under 18 tengah hangat jualan kat pasaran . aku pun beli 4 bijik dengan azam nak baca lepas SPM . 

tapi sebabkan hati guwa ni gatal betul nak baca , aku tegakkan buku rujukan sambil letakkan buku under 18 kat dalam dia . punya happy aku buat camtu . kekejap aku toleh tengok kot kot Puan Ibu sergah ke tak ke tercabut jantung aku . bila lama lama jengah takda , aku pun buat tak tahu and ketawa ketawa hentak meja sambil baca buku tu . dalam pada hentak meja tu Puan Ibu pun datang . menggelabah aku buat buat menulis . cuak tak cuak tu jangan tanya . kalau boleh kau tengok muka aku masa tu , macam dah takda darah dah kat muka . dengan kepala aku fikir cemana aku nak sorokkan buku ni sebab Ibu dah tercongok depan meja . rasa macam nak bakar je buku tu kat situ sebab nak hilangkan bukti .

"cuba jatuhkan buku tu kejap , boleh tak ?"

ah sudah memang kantoi lah jawabnya kan bila Ibu dah suruh macam tu .

malam tu baik baik aku dah boleh rilek awal , kena tambah extra past year paper . sampai bengkak mata guwa ni . memula rasa macam apa seh study sampai struggle camni . bila SPM guwa rasa power betul semangat and usaha tu semua . tak sia sia Ibu guwa strict sebab alhamdulillah guwa boleh jawab dengan happy . kalau boleh call Ibu Ayah guwa masa tu , dah call dah . tapi masa tu guwa henpon pun harapkan mak ayah topupkan lagi . takda kredit ko pandang jelah henpon tu . dahlah takda colour . ada pun game snake je yang aku dok ulang ulang main sampai sampai highscore aku nak dekat 5000 lebih . terror kan aku .

pernah dulu aku study english buat essay sampai pagi sebab aku tak suka sangat vocabulary macam grammar apa ni semua . esoknya nak paper malam tu aku boleh dok baca buku grammar baca dictionary sampai pagi . memang happy ah masa tu sebab benda tu senang je masuk dalam kepala otak aku . dah senyum senyum dah membayangkan aku boleh jawab paper english esok . esoknya , masa dapat je paper aku dah mula menguap , mata jangan cakap punya pedih naik bengkak sebab tak tidur . pagi pagi lepas mandi aku dah rasa nyesal tak tidur . apatah lagi bila dah sampai sekolah . kalau boleh putar masa dah aku putarkan 4 5 bulan yang lepas . aku ni suka over kan .

masa dapat je soalan , aku baca slow slow apa essay tu nak . terus aku blank . padahal soalan dia punya senang gila . 

"The Important of studying English"

sampai ke mati aku akan ingat soalan tu sebab aku baca je soalan tu terus aku blank . aku baca pulak essay Part A . lagilah aku blank . masa tu kaki aku dah kedepan kebelakang kedepan kebelakang sebab cuak . kalau ujian bulanan takpe weh nak blank blank ni . ni SPM bukan benda main main . kalau boleh keluarkan otak ni , dah aku keluarkan lepastu tenyeh dia kat lantai . time time macam ni pulak nak blank . aku tengok kiri kanan aku semua orang dah start drafting . rasa nak nangis pun ada masa tu . tapi nanti tak handsome pulak nenagis kan sebab jawab exam je . tak fikir panjang , aku terus angkat tangan . terkedek kedek pengawas tu datang . 

"encik , saya nak rest 30 minutes boleh ? sebab saya blank . tak cukup rest"

"ok boleh nanti setengah jam saya kejut"

memang baik betul tau pengawas yang jaga kitaorang masa tu tak kira lelaki ke pompuan . habis setengah jam dia pun kejut . kalau dia tak kejut aku masa tu sampai tamat paper memang dia tak boleh tengok dunia dah masa tu . aku cungkil bijik mata dia pastu sumbat dalam mulut dia . lepas dah tidur setengah jam atas meja tu , fresh gila aku rasa maca baby baru lahir . otak aku boleh berfungsi macam biasa . siap ada extra idea aku nak buat essay masa tu . yang orang kiri kanan aku pulak cuak menggigil tangan bila aku kekejap dah sampai muka sebelah tulis essay . siap mintak booklet baru tau . padahal tak guna pun booklet tu . saja nak buat modal berlagak orang tengok aku buat essay sampai 2 booklet . riak betul , ko jangan tiru perangai buruk aku ok .

tulah , ada masa kalau kau boleh study , study je . sekarang ni masa tu penting . tapi dalam pada study tu kene rest gak . struggle sangat pun takda guna . at the end kau tak tidur tak makan sebab nak exam , time exam blank sakit apa semua . sia sia je semua tu . kalau nak cerita semua pasal aku punya pengalaman masa sebelum SPM memang banyak . aku ni pulak jenis degil and tak suka disuruh . malam SPM tu aku boleh lagi goyang kaki layan CSI . pom pang pom pang Puan Ibu tegur suruh aku study . aku teruskan je goyang kaki . tapi Alhamdulillah everything going well and ada rezeki aku untuk sambung belajar . 

Alhamdulillah jugak hari Ahad ni aku aka berkonvokesyen untuk scroll diploma aku . nak tunggu scroll degree lagi dua tahun . siapa siapa yang nak tengok gambar konvo aku tu nanti bolehlah singgah ke Instagram guwa , skullsulivan or tengok twitter guwa @AizatAbd . macam batak je kan rasa bila nak suruh orang tengok gambar aku . weh takda siapa nak tengok kau lah Aizat . untuk adik adik guwa yang baca blog ni terutamanya yang ambik SPM tu , usaha ok ! jangan mengalah . benda ni sekali je seumur hidup . bukti kat diri sendiri yang ko belajar daripada tadika tu tak sia sia . takda guna pergi sekolah 13 tahun lepastu time SPM memain . baik ko terjun bangunan je daripada ko sia siakan hidup ko sendiri . dah berjaya nanti jangan lupa diri , ingat , walau kaya mana senang manapun hidup kita kat dunia ni , kita tetap sama . akan kembali kat Pencipta juga satu hari nanti . ingat , usaha and doa . power tau kalau kau buat dua benda tu . 

GOODLUCK ! FIGHTING !




NOTE : terasa pulak macam nak ambik UPSR balik . rasa rasa boleh dapat gelaran pelajar contoh tak ?


Twitter : @AizatAbd
Instagram : skullsulivan
Facebook : Eijat Abdullah


Monday, November 4, 2013

bola

ASSALAMUALAIKUM

ada sesiapa yang dah lupakan blog aku ? mahu pun dah delete bookmark blog aku kat bookmark button dia ? sungguh sedih kalau korang buat macam tu , baik jangan mengaku sebelum aku hiris tangan korang lepastu letak cuka . aku rasa nak dekat masuk 3 minggu dah aku tak update blog . kalau 3 minggu ni anak kucing yang baru lahir pun aku rasa dah boleh berlari pas baton dah . ada gak yang tanya tanya "aizat bila nak update blog lagi" , "aizat takda cerita baru ke dalam blog lagi" , tapi semua aku jawab dengan nanti , nanti and nanti . aku punya nanti tu sampai sekarang baru nak update . bila dah lama tak update lepastu ada mood nak update , memang idea melimpah limpah tau rasa macam meluncur kat salji tanpa henti . sambil mendepakan tangan kedepan ala ala Titanic gituw . ok over takda kena mengena . 

dalam sebulan dua ni aku macam bebusy sikit sebab banyak kerja nak kena buat . tiap hari nak kena attend class . lambat masuk kena berdiri atas meja . tak nak aku berdiri atas meja , dah tinggi kang kena berdiri atas meja tak ke kepala tembus kat ceiling tu . lepastu dengan assignment aku yang berlambak sampai tangan yang dua ni pun tak cukup . kalau boleh beli tangan spare kat kedai memang aku orang yang paling banyak beli kat kedai . sebab kalau masuk class je lecturer bagi assignment macam bagi gula gula kat bebudak masa birthday party . happy betul dia bagi dengan muka sinis kekonon macam "ambik ko buat bebanyak biar ko tak boleh update blog lagi aizat" . dengan kebusy-an tersebutlah punca aku lama betul tak berpom pang dalam ni . takda siapa kisah pun kan sebenarnya tapi macam bosan gak sebab aku kalau takda kerja aku akan usha blog sendiri baca cerita sendiri . nak kata lifeless tu tak gak sebab blog aku memang best kan . no wonder lah kan omg pukul aku sekarang haha .

bila bercakap pasal bola kan , semua akan terbayang Pahang lawan Kelantan malam tadi kan . wah gembira betul aku bila apa yang aku sokong menang . selama ni kalau aku sokong mana mana orang yang aku target dia menang mesti sebaliknya yang akan menang . sedih betul hidup aku , rasa macam nak tanam kepala sendiri dalam tanah je . tapi malam tadi bila aku target Pahang menang and memang betul Pahang yang menang 1-0 dengan Kelantan , aku rasa macam nak bawak bawak lari bendera Melaka satu kawasan rumah aku ni . tetibe sangat kan nak bawak bendera Melaka . bila cakap pasal bola gak korang mesti ada kawan kawan yang berlainan pendapat kan . macam ko sokong Pahang dia sokong Kelantan . lepastu memasing pom pang pom pang pertahankan pasukan masing masing . nak nak kawan kau pulak jenis tak nak kalah memang boleh jadi bergaduh benda tu .

kebetulan masa perlawanan malam tadi tu ramai betul cousin cousin aku balik sebab kat rumah aku ada baca doa selamat sikit sebab adik aku nak SPM kan so ala ala macam goodluck sikit lah kat dia . memang riuh aku cakap kat ko . kalau masuk je dalam rumah aku , ko pun tak tahu nak jalan kat mana sebab semua dah tercongok depan tibi siap goreng popiah apa semua . yang aku tengok daripada jauh je sebab mata hadap laptop . ada assigment nak kena submit lepas cuti Deepavali ni . lifeless betul aku rasa . dengan adik sedara aku yang kacau kacau aku buat kerja sebab nak main game cukup buat aku rasa nak ketuk kepala dia dengan pasu . tension betul aku . masa mula mula start bola je pak cik pak cik aku semua dah fefeeling macam ,

"okay okay haaa tu okay wah goalllllll ! ohhhh apa ah main tak terror tu pun tak boleh nak goal ! "

lebih kurang macam tulah ayat dia . kalau nak aku copy paste ayat sebenar tak sopan sungguh kau baca nanti . setiap 5 minit pulak tu yang cakap macam tu . yang sokong Kelantan kutuk Pahang , yang sokong Pahang kutuk Kelantan . sampai bila nak habis pun aku tak tahu . yang aku goyang kaki tengok je diorang bising bising ketuk ketuk lantai kat situ . yang paling over Mak Cik Mak Cik aku tengok bola . diorang kalau tengok bola scary okay . kalau boleh masa nak gol pastu tak jadi tu , dia pukul husband / anak dia macam dorang tu perabot je . 

"alahhhhhh kenapa tak gol !" *lalu tepuk peha anak dia / husband dia .

dahsyat betul kan . yang cousin cousin perempuan aku tengok boleh pulak fangirling ramai ramai sambil pegang tangan cousin perempuan yang lain . 

"omg omg Abe Kelate , omg omg Abang Pahang"

lepastu jejerit . tak paham aku weh . aku pun tengok gak bola tapi takdelah sampai nak macam tu . kaku je tengok bola macam orang baca buku sebab aku kalau tengok fokus sikit acewah . yang paling aku tak boleh nak faham sangat sangat bila ada orang yang sanggup bergaduh sebab sokong berlainan pasukan . konon macam kawan dia sokong Pahang lepastu dia sokong Kelantan . sanggup dia bergaduh sebab tak sama pendapat . yang kalah sakit hati dengan yang menang and yang menang perli perli yang kalah . jangan ko bagi diorang melintas depan aku . kalau aku dapat orang macam tu memang aku ikat lepastu aku lagakan dia kat tiang . 

memang boleh dikatakan club club bola kat Malaysia ni dah semakin matang . maksud aku bukan peminat dia yang matang . pemain pemain dia yang macam makin hebat . dulu mana ada sangat orang sokong club club bola kat Malaysia ni . even pasukan Malaysia pun orang tengok sebelah mata je buat tak nampak macam kain kain batik yang jual tepi pasar malam kan . lama lama diorang pandang sebab dah makin hebat . pernah aku tanya kawan perempuan aku yang minat pasukan Malaysia . sebab dia beli jersey apa semua macam over tau . macam dia yang nak main bola . 

"kau minat pasukan Malaysia sebab apa ?"

"sebab pemain dia semua handsome OMG melting tau"

aku rasa nak pukul je dia lepastu masuk dalam mesin basuh putarkan selama 45 minit . tapi takpe , at least macam ada orang terus sokong Malaysia kan . mana tahu one day Malaysia masuk FIFA World Cup memang aku antara salah sorang yang ada kat airport sebab nak pergi flight memana nak tengok Malaysia main kat FIFA World Cup . untuk perlawanan malam tadi , mana yang sokong Pahang tu boleh jadi geng aku . tahniah tahniah , and yang sokong Kelantan tu pun boleh jadi geng aku gak . kita kan 1 Malaysia *angkat tangan tunjuk 1* . jangan sesedih jangan marah marah ok . meh meh kita peluk reramai . asingkan lelaki perempuan . anomnomnom kan bagus tak gaduh gaduh macam ni kan . adatlah tu permainan ada yang kalah ada yang menang . tak best gak kan asyik muka sama je menang . takpe , next season ada lagi . 

sebelum aku nokhtahkan entry aku kali ni , Salam Awal Muharam buat semua . semoga buku baru ni kita dapat kumpul lebih banyak amalam daripada buku sebelumnya . In Shaa Allah Amin Ya Rabbal Alamin .



ok , untuk selingan , doakan kawan kawan kita yang ada kat Egypt.
semoga diorang dalam keadaan yang selamat . amin .


NOTE : esok dah nak balik kampus lagi , goodbye blog jumpa lagi cuti akan datang . amboi


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH