APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, November 30, 2011

when we talk about LOVE

ASSALAMUALAIKUM

bila baca tajuk je semua orang dah muak dah nak dengar pasal kisah kisah macam ni . heh . tapi takpelah , muak tak muak , aku nak tulis jugak supaya aku dapat baca balik bila aku bosan bosan nanti . macam aku cakap tadi , tajuk ni selalunya orang kaitkan tentang cintan cintun monyet tapi kita tak tahu jugak cintan cintun monyet tu jugak boleh jadi sampai ke anak cucu .




WHEN WE TALK ABOUT "LOVE" ?

aku takdalah pakar dalam bidang cintan cintun ni sebab aku pun berdasarkan apa yang aku lihat sekeliling . lepas baca entry ni semua nak boooooo akulah cakap aku ni jiwang mat karat . abah hang , aku rela kerat jari kalau korang cakap korang tak pernah minat kat seseorang . but then , ada jugak yang cakap love is wonderful . pernah jugak aku baca bingkisan yang aku jumpa dalam buku aku sendiri . aku tak tahu datangnya dari mana dan untuk siapa . aku tertarik , tertarik untuk memblogging kisah kertas tersebut sebab ia adalah sesuatu cerita yang bagi aku menarik . so , kalau nak teruskan membaca , bacalah , tapi kalau tak nak , aku bagi gegula sorang satu , nah . #gulapasir


"dia , seorang gadis yang istimewa bagi aku . seorang gadis yang bagi aku adalah segalanya untuk aku selain daripada kawan dan family aku . dia membuat hari aku lebih lengkap berbanding sebelumnya . dia , gadis yang memahami setiap apa yang aku buat , menyokong setiap gerak geri aku . dia , gadis yang sentiasa menemani aku tak kira penat ataupun sakit . dia , gadis yang memberi aku semangat , semangat untuk aku meneruskan kehidupan aku menjadi lebih berjaya . setiap senyumannya berharga buat aku , setiap tawanya gembira untuk aku , setiap kebahagiaannya , hadiah buat aku . aku rela menderita sebab dia , tapi aku nak dia sentiasa gembira . tapi dalam kebaikannya ada kedegilan aku . aku selalu membuat dia marah , aku selalu membuat dia sedih , aku tidak memahami gurauannya , aku sentiasa tidak mengikut kata katanya . mungkin , aku susah nak menerima teguran . aku , seorang yang keras kepala , keras hati tapi jauh dalam hati aku , aku cintakan dia . sangat sangat cintakan dia . aku , rela berkawan dengan dia daripada lihat dia menyendiri jauh dari kawan kawan dia sebab aku . aku , rela hati aku sakit daripada dia yang menangis kesakitan .

TAPI

malam ini aku sedih . aku tak tahu . setiap bait kata kata dia membuat aku sedih . aku tahu tidak ada satu pun yang salah dalam pertuturan dia . tapi , gurauannya membuat aku sedih . gurauanya tidak seperti selalu . gurauannya untuk kawan aku membuat aku tersentak , getar tangan aku , getar jari aku , getar bibir aku nak berkata kata . tapi , ini adalah amanah . aku , rela sebab aku tahu aku sayangkan dia . aku rela ikut cakap dia . aku tak nak jadi yang degil lagi di mata dia . aku nak jadi yang terbaik untuk dia . meskipun aku hanya boleh memandang dia daripada jauh mungkin suatu hari nanti , tapi , aku , jujur aku katakan aku tidak boleh lihat dia bersama dengan orang lain . sebab , aku sahaja yang ingin bersama dengan dia . aku sahaja yang ingin mendampinginya . aku sahaja yang ingin mendapat senyumannya . aku tahu dia tak bersalah dalam pertuturannya . aku nak dia menjadi diri dia yang sebenar . aku tak nak dia berubah sebab aku . aku tak nak halang dia dengan apa yang dia buat , aku tak nak halang hubungan dia dengan kawan kawan dia , aku tak nak dia berubah sebab aku . sebab itu lagi menyakitkan . aku ikhlas dengan setiap apa yang aku buat untuk dia . untuk melihat dia bahagia . tapi adakah kebahagiaan itu akan aku terima lagi ?

awak , jika selama ini saya ada sakitkan hati awak , saya minta maaf . saya manusia , saya tak sempurna , segala silap saya di mata awak saya minta maaf . saya hanya ingin lihat awak bahagia . setiap hari saya , setiap apa yang saya buat , dalam hati saya , dalam mata saya hanya ada awak sahaja . awak , jika awak baca bingkisan yang saya buat ni , saya nak awak tahu yang saya cintakan awak , sangat sangat cintakan awak . mungkin ramai orang yang ketawa bila baca bingkisan ini . mungkin ramai yang akan buang , mungkin ramai yang akan sepah sepahkan , walaupun ia menjadi bingkisan terakhir sampai di tangan awak , meskipun bingkisan telah koyak , telah basah . saya harap , tulisan 'I LOVE YOU" ini sahaja yang terselamat untuk awak tahu yang betapa saya cintakan awak walaupun awak tidak tahu milik siapakah kertas ini . TERIMA KASIH AWAK !"


aku senyum je bila taip benda ini , aku rasa ini bingkisan daripada hati dan hati ini hati yang ikhlas menulis . aku tak tahu nak cakap apa lagi sebab aku pun tidaklah sempurna macam orang lain . lastly , hargailah dia .


NOTE : cinta sejati hanya ada sekali je peluang !