APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, July 27, 2011

30 HARI

PART V (CONT'D)


“Tak ada apa-apalah, Arriq. Jom masuk”, kata Lia menarik tangan Arriq.

Arriq masih lagi kebingungan dengan pertanyaan Allia tadi. Kepalanya asyik terfikir pertanyaan yang dikatakan oleh Allia. Sejurus selepas meminjam buku di perpustakaan, mereka keluar untuk mengambil beg.

“Hari ini kita nak makan dekat mana? Saya lapar ni”, kata Allia sambil tersenyum manja.

“Emm, kita makan kat luarlah. Saya dah bosan makan dalam kampus ni. Lagipun lepas ni awak cakap nak balik awal. So lepas makan nanti saya boleh terus hantar awak”, kata Dzarriq sambil memasukkan buku ke dalam begnya.

Setelah mereka selesai, mereka berjalan beriringan menuju ke lot parking. Tiba-tiba Dzarriq menarik tangan Allia. Allia terkejut lalu menoleh.

“Allia, kenapa awak tanya saya macam tu sebelum kita masuk ke dalam library tadi?”, soal Dzarriq kehairanan.

“Tak.. Tak ada apa-apalah. Saya just cakap jelah. Dah-dah jangan fikir yang bukan-bukan. Sekarang ini awak nak bawa saya makan ke tak?”, soal Allia cuba mengelak.

“Ok, ok.. Nanti saya nak bagi awak something ya”, kata Dzarriq lalu masuk ke dalam kereta.

Setelah selesai makan, mereka berbual seperti biasa. Tidak lagi kekok seperti pertama kali mereka bersama dahulu.

“Ok, awak boleh buka mata awak sekarang”, kata Dzarriq lalu kembali ke tempat duduknya.

“Ra.. Rantai? Kenapa awak bagi kat saya?”, kata Allia terkejut.

“Itu sebagai tanda saya sayang kat awak. Pada rantai tu tertulis CINTA yang mana ia adalah tanda kita pernah mencari cinta bersama-sama selepas 30 hari akan tamat nanti”, kata Dzarriq sambil tersenyum.

“Ta.. Tapi..”, kata Allia masih lagi terkejut.

“Allia, kalau awak tidak menganggapnya sebagai hadiah cinta dari saya, awak anggaplah ini sebagai hadiah dari seorang sahabat. Saya harap awak terima”, kata Dzarriq.

“Te.. Terima kasih.. Cantik”, kata Allia sambil membelek rantai tersebut.

Setiap hari dia akan menghitung hari dia hingga bila sampainya 30 hari tersebut kerana pada hari ke 29, ada perkara penting yang mesti diberitahu kepada Dzarriq sebelum terlambat. Setiap hari yang mereka lalui mereka gunakan dengan sebaik mungkin kerana tinggal beberapa hari sebelum mereka menjadi sahabat semula. Puan Asmidah pula sibuk berjumpa jiran tetangga dan juga berkemas untuk menyambut hari yang begitu penting baginya. Setiap malam juga Allia akan menangis sebelum tidur sambil melihat gambar-gambar dia bersama Dzarriq dan juga rantai yang dihadiahkan kepadanya oleh Dzarriq.Tapi, dia tahu dia mesti kuat menghadapi segalanya. Dia bukan lagi budak-budak. Umurnya hampir mencecah 24 tahun. Dia harus berfikiran positif.

*                                             *                                             *

HARI 29

“Arriq, boleh tak saya nak jumpa dengan awak malam ini?”, kata Allia dalam panggilan telefon. Tangannya lemah tatkala mendial nombor milik Dzarriq.

“Tapi Lia, kan dah lewat malam ni. Nanti apa pula orang cakap”, kata Dzarriq kepada Allia.

“Please Arriq, saya ada benda penting nak cakap dengan awak. Benda ini sangat-sangat penting. Perkara yang selama ini saya rahsiakan dari awak. Please, Arriq”, kata Allia merayu lalu airmatanya jatuh berlinangan.


bersambung...