APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, May 24, 2011

INILAH CINTA

PART XII (cont'd)



Dania lemah menoleh ke arah kanannya.

“Ya. Sa..Saya Dania”, jawab Dania dalam kesedihan. 

“Saya Farra", kata Farra lalu memeluk Dania.

"Saya tahu", kata Dania membalas pelukan Farra lalu mengalirkan airmata.

"Ini ada surat yang diamanatkan kat awak. Saya harap awak sudi terima”, kata Farra mengesat airmatanya. 

Farra menyerahkan surat tersebut kepada Dania. 

Dengan tangan yang lemah, Dania mengambil surat tersebut sambil memaksa dirinya mengukir senyuman. 

“Terima kasih”, katanya. 

“A...Awak bertuah Dania. Antara ramai-ramai wanita yang mengiginkannya, awak yang dipilihnya. Walaupun dia tidak pernah mengungkapkannya kepada awak, tapi saya tahu Dania. Saya rela melepaskan dia kerana bagi saya kebahagiaannya lebih penting dari segalanya. Saya tahu saya bukan untuk dia. Semenjak awak ke luar negara dia tak ceria macam dulu. Setiap malam dia akan tunggu awak walaupun dalam keadaan sakit. Maaf, bukan niat kami nak rahsiakan perkara ini dari awak tapi ini atas permintaan dia. Saya harap awak tabah dan sabar ya. Kita harus kuatkan semangat untuk terus hidup. Masih banyak lagi dugaan yang ada di hadapan. Biarlah Danni pergi dengan tenang. Yang pergi tidak akan kembali. Kita berdoa sahaja untuk dia. Allah lebih sayang dia", kata Farra sambil duduk di sebelah Dania.

"Ter.. Terima kasih, Farra. Saya tahu dah terlambat untuk saya menyesal. Saya akan kuatkan semangat demi dia. Saya akan meneruskan harapan dia", kata Dania lemah mengukir senyuman sambil membelek surat pemberian Danni.

"Maaf Dania, hari dah nak hujan. Mari kita pulang”, kata Farra memandang ke arah Dania.

"Tidak mengapa, Farra. Saya masih lagi mahu berada di sini. Terima kasih", kata Dania lantas memeluk Farra sebelum Farra beransur pulang.

"Ok, saya pergi dulu", kata Farra lantas memegang nisan Danni dan lemah berlalu pergi dengan linangan airmata. 

Dania hanya memerhati pergerakan Farra dengan linangan airmatanya yang perlahan jatuh ke pipi.

Dania mengalihkan perhatiannya ke arah surat yang dipegangnya. Perlahan Dania membuka dan membaca surat yang baru sahaja diberi kepadanya.


Kehadapan Dania,

Maaflah jika sewaktu Dania terima surat ini Danni sudah tiada di dunia ini lagi. Maafkan Danni jika Danni rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Dania. Danni tak mahu Dania risau tentang Danni. Biarlah Danni sahaja yang menanggung penderitaan ini seorang diri. Sudah lama Danni mempunyai penyakit barah otak. Memang salah Danni tidak mengambil tindakan awal tapi kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Danni seboleh-bolehnya mahu merahsiakan perkara ini daripada Dania. Walaupun bila bersama, Danni akan tetap menunjukkan keceriaan supaya kesakitan Danni ini dapat dikaburi. Danni lebih senang jika melihat Dania bahagia, ketawa, senyum tetapi Danni akan rasa susah hati bila Dania bersedih. Apa sahaja kemahuan Dania, Danni akan sedaya upaya untuk menuruti. Memang Dania, Danni sudah jatuh cinta dengan Dania. Benar-benar jatuh cinta. Namun Danni tahu segalanya sudah terlambat. Danni takut cinta Danni akan ditolak jika Danni mengungkapkan perasaan cinta Danni kepada Dania dan takut Dania akan menjauhi Danni. Jadi Danni mangambil keputusan untuk memendamkan sahaja perasaan Danni. Danni sangat sayangkan Dania. Jadi Danni tak sanggup untuk kehilangan Dania. Jika Danni dapat memutar waktu, ingin sahaja Danni memutar kembali memori kita sewaktu kanak-kanak. Amat indah sekali. Semua itu akan tetap terpahat di dalam hati Danni walaupun kehidupan Dania dan Danni kini jauh berbeza. Danni bersyukur, bersyukur sangat-sangat sebab dikurniakan sahabat susah senang seperti Dania. Sahabat yang sangat memahami Danni. Jika Danni punya waktu lagi, ingin saja Danni bersama dengan Dania tetapi Allah lebih menyayangi Danni. Danni menderita kesakitan Dania. Tapi kesakitan itu akan hilang jika Danni melihat Dania gembira. Danni juga tidak akan lupa rutin kita pada setiap malam. Danni akan mendendangkan lagu kegemaran Dania tatkala sebelum tidur. Walaupun Dania berada jauh dari Danni, Danni tetap memetik gitar di balkoni menunggu saat kepulangan Dania. Setiap hari Danni akan melihat Dania di balkoni. Menunggu kehadiran Dania walaupun kelibat Dania tiada. Setiap hari Danni hanya berdoa agar Dania memperoleh kebahagiaan kelak. Bila Danni disahkan tidak mempunyai waktu yang lama untuk hidup, Danni hanya berharap agar Dania sentiasa menemani Danni dan memberikan semangat kepada Danni. Namun perasaan itu terpaksa Danni tepis kerana Danni tak sanggup lihat Dania sedih melihat keadaan Danni.  Namun Dania, telah tertulis yang Danni harus pergi dulu. Setiap gurauan kita akan Danni ingat. Senyuman Dania adalah hadiah yang terbaik yang takkan Danni lupa. Keriangan Dania, gurau senda Dania. Tapi Dania, bila Danni dah tiada, Danni harap sangat masa tu Dania iringi Danni. Itulah kali terakhir Dania boleh bersama Danni. Masa tu Danni dah tak boleh nak tegur Dania macam selalu. Danni dah tak boleh nak tengok Dania. Dania yang kena datang ziarah Danni. Masa tu Danni hanya mahukan bacaan Yassin dan Al-Fatihah dari Dania sebab Danni dah tak boleh baca sendiri. Bila ada orang ramai letak Danni bawah papan, Dania jangan nangis ye. Danni dah tak boleh nak pujuk Dania. Janji kat Danni ya? Danni hanya boleh lihat Dania dari jauh je. Dunia kita dah lain sangat-sangat. Hanya doa akan menemani Danni. Dania, mungkin Dania bukan dicipta dari tulang rusuk Danni tapi dicipta untuk mengindahkan kehidupan Danni. Danni berdoa agar Dania akan menemui cinta Dania yang betul-betul sejati. Hargailah dia sebagaimana Dania menghargai diri Dania.  Dania harus kuat untuk teruskan kehidupan. Jangan mudah putus asa. Yang pergi tetap akan pergi. Yang hidup harus meneruskan kehidupan. Danni mahu Dania berjaya dan meneruskan cita-cita yang telah lama Dania impikan. Tabah hadapi semua dugaan mendatang.  Maafkan Danni jika selama ini Danni ada mengguris perasaan Dania. Halalkan makan minum Danni. Danni tak akan lupakan setiap bait-bait lirik lagu yang Dania suka. Sampai di sini sajalah warkah terakhir Danni buat Dania. Sudah sampai masanya untuk Danni meletakkan pen. Jika ditakdirkan bertemu kelak di sana, mungkin “INILAH CINTA”. Wassalam.

 Salam sayang,
                                                               Dani


Menggigil tubuh Dania tatkala selesai membaca warkah dari Danni. Mengalir deras air matanya tidak henti-henti. Mahu saja dia menjerit sekuat hati. Namun, menangis airmata darah sekalipun Danni tidak akan kembali. Dunianya bagaikan tidak membawa apa-apa erti buatnya. Mahu sahaja dia pergi bersama Danni. 

Maafkan Nia, Danni. Nia tak berniat nak meninggalkan Danni. Nia hanya mahu buat kejutan untuk hari lahir Danni namun segalanya sudah terlambat. Maafkan Dania, Danni. Sebenarnya Nia memang amat mencintai Danni sejak dari dulu lagi. Namun, Dania tahu Danni ada Farra yang boleh membahagiakan Danni. Namun Dania tidak putus asa.  Sebab itulah Nia selalu suruh Danni menyanyikan lagu Inilah Cinta kerana semua  perasaan Nia terkandung dalam setiap lirik lagu tu. Nia rasa bersalah sangat tatkala Danni memerlukan Nia tetapi Nia tiada di sisi Danni. Maafkan Nia, Danni. Maafkan Nia..”, luah Dania diiringi airmatanya yang tidak henti mengalir lalu rebah lemah di atas pusara Danni seraya hujan turun.


TAMAT