APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, March 29, 2013

today is today

ASSALAMUALAIKUM

harini aku ambil cuti gedik dan aku rasa terperuk kat rumah mampu buat perut aku senak semacam . bila rasa nak keluar perut terus baik . alasan namanya tu . then semata mata nak makan tutti frutti aku sanggup mengigihkan diri pergi sampai ke dataran pahlawan mengheret adik adik aku yang kebetulan lak cuti sekolah . bila aku cakap nak keluar memasing panjang langkah nak ikut . sambil fefeeling dengar lagu gangnam style kat radio dalam kereta yang entah apakemenda maksudnya tu , tetibe adik aku bersuara lantang :

"abangggg ! jalan hijau"

"apa hijau ?"

"tu lampu isyarat lah gila"

"ehh !"


then aku masuk gear tekan minyak bagai nak rak bagi nak tutup kemaluan aku yang besar itu . bukan kemaluan sebenar maksud aku , tapi malu yang besar ok ? get it ? no lucah lucah at this blog before I kick you out to the jail . kemain . sampai je kat tutti frutti aku tengok jam dah pukul 12.00 . omg dah nak solat jumaat . sekejap je kot makan menatang tutti tu . masuk masuk je aku hengatkan lengang , rupanya orang berhimpit himpit sampai terlaga laga bontot kau dengan orang sebelah . sebabkan rimas aku take away je . buat masam ketiak je duduk reremai dalam tu . baik aku makan dalam keta . 

"bang , kau pernah dengar kat twitter ke , memana ke orang cakap panas bak hang ?"


Shyyra bersuara sambil suap Aiman makan ice cream sambil jalan . kau jagan ikot perangai burok aku adik beradik makan sambil berjalan ok .

"pernah . asal ?"

"actually apa bak hang tu ?"

"entah , bahang kot . panas bahang haba haba gitu" *sambil buat gaya haba haba berterbangan

"!@#$%^&*"


sebabkan bengang dia malas dah nak tanya aku . dah aku tak tahu nak jawab cemana . then masuk kereta and aku ingat nak gi solat kat masjid selat . sebab dekat je dengan sini .

"hantar aku balik dulu . aku malas nak tunggu"

"tak nak , kau tunggu aku dengan Aiman dalam kereta . lepas aku solat baru balik ok"

"eeeeee menyampahnyaaaaaaaaaaaaaaaa ! kau lambat aku tinggalkan kau"

"centu kau balik jalan kaki dengan panas panas bak hang haba haba ni!"

again , "!@#$%^&*()"


sampai je kat tempat pintu nak keluar parking tu , aku pun keluarkan touch n go aku sebab pikir malas aku nak beratur sebab orang pun ramai nak keluar nak gi solat kot . punya berlagak kau nak pakai touch n go , touch touch pastu blah kan . sekali sampai kat situ , aku touch je card aku ingatkan boleh go , rupanya :

"out of kredit , please reload"


DAMN !

muka aku serious cuak bagai darah ni disedut sedut dari dalam badan aku . camna ni camna ni camna ni sambil rasa nak loncat loncat terkencing . padahal tadi masa masuk aku touch card tu aku tengok baki ada lagi 21 hengget . tak kan parking sekejap tak sampai sejam pun sampai 30 hengget . takleh jadi takleh jadi aku langgar gak mesin ni kang kasi patah . then aku touch again :

"out of kredit , please reload"


touch again , 

""out of kredit , please reload"


kalau dia boleh tambah tulisan lain , aku rasa ayat dia berkemungkinan begini :

"out of kredit lah gampang , kau tak reti nak reload ke bingai ?"


aku tengok orang belakang dah hon hon aku dah berderet deret . ohmyjay ohmyjay . adik adik aku pulak memasing dah gelonsorkan badan kebawah .

"korang pehal ?"

"malulah dodol . kau asal tak reload benda tu"

"tadi ada baki lagi"

"tapi sekarang takda kan . dodolnya kau . malu dodol . malu haaaaaaa"


lepas aku rasa hon makin lama makin bergema , pakgad parking tu pun datang . lepastu ketuk cermin tingkap kereta aku .

"kenapa ni dik ?"

"dia cakap kredit dalam card ni habis , tapi tadi masuk ada 21 hengget lagi . melampaunya parking mahal sampai lebih 20 hengget"


kata aku cuba kekonon nak teasing pakgad tu supaya dia bagitahu majikan dia parking kemain mahal . kalah parking yang ada bumbung . padahal jemur tersadai je kereta aku dia buat .

"ohh ada masalah ni , cuba adik undur kebelakang sikit kereta adik . dah lebih sikit kot dari had sebenar"


then aku masuk gear , aku undur kebelakang . lepastu pakcik tu ambik card aku , touchkan kat menatang durjana nakharom tu . 

"tittt , thank you , please come again"


ehhh tetibe boleh eh . Ya Allah , kau ampunkanlah dosa hambamu ini . kau tahu tak malunya aku sampai rasa nak letak bawah karpet kereta je muka aku ni . malu kau tahu tak ?

"errr terima kasih encik . terima kasih"


lepas aku ambik card aku , aku terus pecut kereta aku blah lelaju gi masjid tak kira ada camera had laju ke apa ke , yang penting muka aku dapat sorok daripada manusia belakang belakang aku yang dok tunggu aku tadi . biadap punya machine . aku jumpa kau lagi aku bom kasi mati . malu k malu .


NOTE : lain kali jangan cepat gelabah , nanti kau sendiri yang malu k .


Sunday, March 24, 2013

meet them

ASSALAMUALAIKUM

"jangan keluar lewat sangat , nanti nak pergi family day lagi semua . okay ? call Ibu bila dah sampai"

itulah mesej yang aku dapat daripada Ibu . eh nak kena cakap ke apasal dia bagi text camtu ?

ceritanya.....


JUMAAT !

harini terpaksa berkejar kejar balik sebab ada hal yang penting nak aku uruskan kat kl . lepas final presentation je terus aku hangkot barang barang bawak masuk kereta . sampaikan membe aku tengah hantar assignment dia pun aku kulu kilir kulu kilir depan bilik lecturer . dalam hati aku memang sentiasa terdetik "eeeee cepatlah kau keluar . aku rempuh pintu ni kang" . dalam setengah jam lepastu dia pun keluar . tengok jam . alamak dah pukul berapa dah ni . dah settle semua masalah , aku pun drive terus ke kl . hujan lebat segala kat tengah highway pun aku redah je amik lorong memotong . nampak nau kan nak kejar masa .

mata aku kau jangan cakaplah kan kekejap tengok jam . dengan text yang berlambak lambak aku dapat . call lagi , bbm lagi . yang peliknya siap ada email ? ok takda kena mengena email nak masuk secara tiba tiba . abaikan . then dapat text dari keba :

"jat aku sampai dalam pukul 3 tau . aku tunggu tbs"

aku read tapi aku tak reply  .


dapat pulak text dari megat :

"mano ? kau gerak macam mana ?"

"dengan keba kat tbs . kau ?

"aku parking kereta kat tbs then naik train"


lepastu aku tak reply dah sebab nak mati bawak kereta sambil seronok seronok reply text . tengok membe aku punyalah lena tidur , yang aku tahan mata bagai nak rak memang mengantuk gila .

keluar je tol KL aku tengok jam dah pukul 5 . ok memang dah lambat . sebab aku janji dengan diorang pukul 5 nak sampai KLCC . tapi apedehal , aku drive kereta , jalan KL memang sesak . sorry kengkawan tak sengaja lambat . bagi mengelakkan aku sampai lebih lambat kat sana , aku suruh membe aku turunkan aku kat kl sentral then aku plan nak naik train je kesana . takdelah lambat nau daripada kau sesak barak kat jammed yang meragut masa semorang tu .

sampai je kl sentral aku pun pergi area locker bawak barang barang aku yang berat nauzubillah tu . sambil tu call anna :

"anna , kat mana dah ?"

"anna kat kl sentral ni . aizat ?"

"sama gak . anna area mana ?"

"area ticket . nak naik train dah"

"k k anna gi dulu"


lepas letak je phone agak mencungap aku berjalan sambil bawak barang yang aku rasa nak lempar je ke dinding . lepas dah sumbat barang dalam tu , masukkan token . tetibe locker tu telan token aku , yang pintu lockernya tak boleh tutup . amboi umakaihhh tensionnya hati aku bagai rasa nak hentak orang yang lalu lalang depan aku je masa tu . takpe aizat takpe kau boleh punya . then aku hentak pintu locker tu kuat kuat , tenenet , tertutup . hebat tak aku ? aku cabut kunci then terus blah . takpe , kau buat hal lagi locker aku pecahkan pintu kau nanti balik . sampai je kat klcc anna pun call :

"aizat anna tunggu depan papa roti"

"ok ok"


the mata aku pun mula melilau cari sini sana . cari gadis gadis bertudung yang tinggi tinggi . "mana pulak anna ni" , kata hatiku . hahaha takyah nak kata hati sangatlah kan . then dari jauh aku nampak ada seorang gadis pakai dress warna biru and tudung warna coklat . aku pandang je tanpa senyum . kau tengok betapa sombongnya guwa dengan orang . dah dekat baru aku perasan tu anna , sebab apa tak perasan . sebab anna rendah , tak cakap pun pendek k . then dua dua tersenyum . macam dalam pilem melayu kan ? lepas dah sesi sesi hai meng-hai . kitaorang pun gerak pergi ben's sebab MB cakap kat situ . aku check phone tengok melambak lambak text dengan bbm segala . ahh abaikan . sekarang yang penting aku dengan anna dah lewat sejam . 

sampai je kat ben's cari kulu kilir kulu kilir tak jumpa gak . sampaikan waiter tu tanya kitaorang cari apa . aku dengan anna pulak manusia yang suka mengabaikan sesuatu , ada handphone bukan tahu nak call megat or keba kan . lepastu baru nak teringat call keba . then all the power rangers pun berkumpul kat dalam satu privacy space . kemain kan . yang penting aku nak power rangers merah . 

"sorry sorry we guys lambat . jammed"


padahal naik train pun boleh lambat kan . tak pernah aku dengar train jammed sebelum ni . after order mulalah borak borak and terus borak . MB (@melakaboy) is so cute bila depan depan . hahahaha . bukan mengampu MB but serious talk memang cute . memang lama kitaorang dok berborak borak habiskan masa kat situ dari pukul 6 sampai nak dekat pukul 10 . dari satu cerita ke satu cerita kitaorang bukak sampaikan orang sekeliling dah berganti ganti , yang kitaorang masih terpacak panaskan punggung memasing atas kerusi yang sama . yang bagusnya kan , dah nak balik baru nak ambik ambik gambar . memang ceritanya kat sini gambar tak banyak k *menangis balik pintu*


adik beradik , cousin ataupun kawan ? choose 1 .


from left @akbarazman , me @AizatAbd , @melakaboy , @thekhayalan15
and @MegatAD . sorry , turn off the flash .


lepas dah nak dekat pukul 10 tu aku terus pandang keba . yang keba tak perasan pulak aku pandang dia . sebab apa aku pandang dia ? sebabnya dah pukul 10 . aku dengan dia decide nak balik ke melaka naik bas . memang aku rasa tak sempat nak sampai tbs kalau waktu dah macam ni . tapi yang bestnya kau nak tahu apa ? dalam pada pada aku rasa lambat tu , sempat lagi nak camwhore sana sini , posing gitu gini . tak kisah orang nak pandang gi abaikan je . bukan kitaorang dok singkap kain orang kan .


abaikan anna , tengok aku je k ?


abaikan diorang , tengok aku je k ?


abaikan keba dgn megat . tengok aku je k ?


again , abaikan anna . tengok aku je k ?


ok melampau semua gambar nak suruh tengok aku je k . but then anna dengan kitaorang terpaksa separate awal , sebabnya dia nak pergi concert Demi Lovato . aku jealous ? memang taklah kan . ye tak . serious tak . sekarang ni je aku cakap tak tapi hati aku meronta nak pergi kau tahu tak tak tak ! sebab apa ? sebab dia antara 4 gadis yang aku adore . check this out : http://eijatabdullah.blogspot.com/2012/11/4-gadis.html . aku dapat lambai dia dari jauh je . padahal lambai pun tidak . Demi Lovato ! I Love You soooooooo much , but but I LOVE Yuna moreeeee . sorry . 

see you guys here :

twitter , facebook , instagram and keek


NOTE : 4 jam tak cukup untuk melepak sama sama habiskan masa ok . next time ok gaissssss !


Tuesday, March 19, 2013

sombong


ASSALAMUALAIKUM

even umur berblogging aku sudah hampir mencecah 3 tahun , kebetulan tatabahasa aku dalam setiap cerita cerita aku masih bertunggang langgang . dari sini pun kau dah boleh nampak ketunggang langgangannya . lawak k . dalam pada masa gak , dalam 3 tahun ni takda benda yang menarik langsung aku rasa dalam blog aku ni sampai kenkadang ada satu masa tu aku rasa macam nak stop and peranak tirikan je blog ni . tapi bila aku nak berbuat sedemikian rupa , mulalah datang cerita yang best best depan mata aku . takyah nak sedemikian rupa sangat k . tengah aku berangan tetibe adik aku bersuara masuk bilik aku bawak keropok :


"abang kau sombong tak ?"

"asal ? bak sini keropok . nak makan"

"takda apa . tapi aku rasa kau mesti sombong"

"eh tahinyaaa . mana ada sombong . cuma pendiam"

"eh lagi tahi . kau pendiam ? lawak k"

"kau asal tanya ni ?"

"takda bendalah . dah lah aku nak iron baju . habiskan keropok ni sensorang"


then Shyyra pun keluar daripada bilik aku . entah apa motip dia tanya aku macam tu pun aku tak tahu . aku pun makan keropok sambil baring . buruk ke tak perangai tu jangan kau persoalkan . lepastu aku terus terpikir macam apa yang Shyyra cakap . dia selalunya kalau tanya aku sesuatu tu mesti bermotif . tanpa banyak soal aku terus capai phone , hantar message kat orang orang yang aku kenal . ayat tak nak kalah k . dah macam banci dah aku tengok .


"babe , jujur . aku sombong tak ?"


macam takda hala tuju aku meneruskan membaca setiap mesej yang direply . tak kira dia lelaki ke pompuan aku sebat je hantar message . antara beberapa message positif yang aku dapat :

- "maybe riak muka you kot . tapi bagi I ok je"

- "taklah jat . hyper je aku tengok"

- "maybe mula mula kau pendiam . tapi tak pun"

- "you sombong ? I kerat jari k kalau you macam tu"


yang message negatif lak buat aku rasa nak bunuh orang tu tanpa belas kasihan :

from AYED : "haah , dah lah sombong . nak mati pulak tu , berlagak . gila kuasa . kentot bersepah .berak cair . kbai"


gampang k ayed . aku jumpa kau aku sodomi kau guna galah .

lepas aku dah dapat response response daripada manusia yang gigih balas mesej aku tu , aku pun jengah kepala aku keluar bilik . tengok Shyyra takda dalam bilik . masa untuk geledah bilik dia . aku masuk bila dia , aku rapatkan pintu . tengok laptop dia terbukak atas katil . bila aku hold je mouse . terpampang .

ASK.FM

lah menatang ni ke . hek eleh benda yang buat menyemak timeline ni dia main . memula aku macam malas nak kisah . terus aku bangun nak keluar sebab kejap lagi dia sergah . tertonggeng aku nak nyorok mana . bila nak bangun je , tetibe anak mata aku macam ternampak perkataan "BONG" .

aku duduk balik .

tengok satu satu soalan kat ask.fm tu . scrool atas bawah benda tu . k pelbagai kutukan dilemparkan kat aku . bukan main seronok betul diorang mengutuk . aku baca satu satu aku ketawa . tengah tengah aku ketawa tu Aiman pun masuk .


"abang , kau buat apa gila sensorang kat situ ?"

"baca benda lawak . lawak k . nak baca sinilah"

then Aiman pun baca satu satu dengan aku .

"ohh benda ni akak ada cakap tadi"

"ohh akak cakap apa ?"

"dia kata rimas betul dengan benda ni"

"aku pun rimas gak man . macam takda tujuan je nak cakap benda camni kat sini . lepastu nak tujukan benda ni kat Shyyra . apahal kan"


lepastu dengar tapak kaki orang mencicit aku dengan Aiman keluar cecepat daripada bilik dia . fuh bapak selamat tak kantoi . lepastu terus aku baring atas katil dengan Aiman sambil ketawa pecah perut sebab masing masing muka cuak pucat lesi lari keluar dari bilik Shyyra . tengah ketawa ketawa tu tetibe dengar suara :

"ABANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG ! KAU BUAT APA HAH DALAM BILIK AKU ?!"


lagilah aku dengan Aiman berderai ketawa .

moral of the story kat atas ni . kadang kadang kalau kita tak suka kat sesorang tu , kita kena ada sebab kenapa kita tak suka dia . kalau takda sebab tu maknanya kita cemburu . memang kadang kadang orang memang senang nak cop kita sombong berlagak kerek batak hanya sebab kita tak berkesempatan  reply 1 tweet dia . memang masatu dia ada free time , tapi kalau free time dia tak kena dengan free time kita , kena paksa gak diri nak reply ke ? peranakkan tirikan semua tu . benda kecil pun kadang kadang orang suka nak besarkan . padahal benda tu takdalah serious mana kan . and lepaskan perasaan tu kat orang yang tak tahu apa apa ? kalau kita tak suka seseorang tu terus terang je dengan dia . tak susah pun kan ? jangan pandai cakap berani , tapi takut nak buat ? nak dicabar baru nak buat ke macam mana ? so tolak tepi raya ke tak raya . kalau ada yang tak suka dengan cara aku ke , dengan hidup aku ke , aku ikhlas minta maaf . mana tahu besar sangat salah aku kat korang ke kan yang aku tak perasan . aku tak nak lah hidup korang dibelenggu dengan hasad dengki and kebencian korang yang mendalam kat aku . dosa tau , mati seksa nanti . ayok tatayok . so guys ! carilah hidup yang lebih better daripada kita terus ambil tahu keburukan orang . memang takda akta ke undang undang yang halang semua tu , tapi kau sendiri rimas kalau dah orang asyik nak ambik tahu pasal kau kan . bagi aku takda masalah pun dengan semua ni . takyah layan habis cerita . korang jelah kan penat nak korek cerita tetiap hari , pikir ayat apa yang kau nak kutuk aku . baik kau goreng telur , makan dengan nasi panas and kicap . lagi berfaedah . 


SOMETIMES HATE IS NOT ENOUGH . YOU ACTUALLY NEED TO CHANGE


nak benci aku bencilah bencilah ambiklah ambiklah 
*tunjuk peace tepi pipi sambil buat duckface


NOTE : nak benci pengganas kat Lahad Datu tu takpe . tu dibenarkan . k tak lawak


Wednesday, March 13, 2013

tahi lalat

ASSALAMUALAIKUM

bak kata orang , yang patah tumbuh , yang hilang berganti . tapi yang aku ni tak berganti ganti . apahal ? senang je jawapan dia . sebab aku belum hilang . HA HA HA . k lawak . k lawak . sangat lawak . kau pernah dengar apa tu tahi lalat ? kalau tak tahu kau gi google . takyah baca description , cukup kau cari kat google images dah bermacam macam dah kau boleh tengok dalam tu . bermacam macam jenis . tapi kalau kau jumpa tahi yang yang ada banyak lalat , tu bukan tahi lalat namanya . tu tahi orang yang dipenuhi lalat . 



yang bertanda merah kat muka chu kang tu namanya tahi lalat .


tetibe terasa takda motif hala tuju nak cakap pasal tahi lalat kan . 

haritu...

tersebutlah kisah lampau...

k takyah nak over .

haritu balik rumah nenek aku dengan family . dan aku ni kalau dah berjalan jejauh memang jenis yang dah sampai je tempat hala tuju tu mesti nak cari port nak tidur . tak kisahlah tepi dapur pun aku boleh jadikan tempat aku tidur . balik tengok ada auntie aku dengan family dia . ada adik sedara aku tengah nyenyak gila tidur , ajjay . ahha , memang kalau budak ni ada mati aku kerjakan . bukan takat rasa nak bunuh je , rasa nak geletek tapak kaki dia sampai dia terkencing . sebab dia comel ok . comel macam aku . pergh gampangnya ayat .

lepas dah senget sengetkan punggung baring sebelah dia , aku pun melelapkan mata . bukan takat sesaja nak lelap . hambik kau sampai tertidur dengan nyenyak tak pikir apa dah . aku pikir kejap je aku tidur , bangun bangun je aku tengok dah nak dekat 2 jam aku tidur . sudah , peluh dah penuh kat badan . tu pun aku terjaga sebab ajjay dok usap usap rambut aku . aku tengok dia tengah pegang sudu sambil buat buat ala ala sikat rambut aku . biadap punya budak . kepala aku bayar zakat tau . bukan kepala aku yang bayar , ayah aku yang bayarkan .

aku tengok mak ayah aku takda kat rumah , malahan adik adik aku pun takda . takyah nak malahan sangat . bila aku tanya auntie dia kata diorang pergi beli barang . melampau sampai semua nak pergi padahal nak beli barang takdelah banyak mana pun . raba raba poket , k fine handphone dalam kereta . tengok mak cik aku tengah goreng cekodok , memang malas nak tolong . luka tangan , alahai gediknya . sebab aku tengok kat dapur tu dah sesak . sampai nak berjalan pun berlaga laga punggung kau sebab ramai orang kat dapur . aku pun pergilah kat ajjay sebelum dia buat benda yang boleh membunuh dirinya sendiri . 

"ajjay nak kena tumbuk tak ?" *motif tetibe nak tumbuk orang .

"tumbuk tu apa abang ?"


soalan dia tu lagilah buat aku rasa nak tumbuk dia .

"ajjay sini duduk depan abang jap"


dengan terkedek kedek dia datang kat aku dengan pegang sudu kat tangan yang tak nak di lepaskan tu .

"sini harini abang nak ajar ajjay main satu benda . kejap abang nak ambik benda"


aku pun pergilah bilik nenek aku . inilah contoh cucu yang biadap main masuk je ikut suka bilik nenek aku . then tengok atas meja ada celak mekah . berbatang batang . aku pun ambik satu . lepastu sebelum keluar tengok kiri kanan . mana tahu nenek aku tunggu kat luar pintu bilik nak hambat aku ke kan . line clear aku mencicit lari . terdengar dari jauh nenek menjerit....

"wehhh bebudakkk . jangan lari lari kat rumah nenek......! roboh rumah aku................!"


intonasi tu kau buat sendiri k . panjang setiap satu jeritan selama 3 saat . sebabkan rumah nenek aku ni rumah kampung , gedegang gedegung bunyik bila lari . 


"ajjay jom sini main"

"nak main apa abang ?"

"kita main osom . siapa kalah kena conteng muka ok ? macam ni main dia........" *sambil mengajar dia .


cara ajar tu kau takyah nak tanya . bengang pun ada aku ajar dia bingai nau tak faham faham . lepastu agak agak dia dah paham aku pun mulalah main osom dengan dia .


FIRST ROUND !

"osommmmmm !" suara dia memecah rumah sebab dia jerit excited .

"eh kau takyah nak menjerit sangat . aku lempang kang"


lepastu first round lagi aku dah kalah . kalah ok kalah .

"abang menang ke ajjay yang menang ?"

"abang menang . yeayyyyy !" padahal aku kalah ok .


then aku ambik celak tu aku buat tahi lalat besar besar kat pipi dia .


SECOND ROUND !

what the gampang aku kalah lagi ok . kalah ok kalah .

"yeayyyyy ! ajjay menang !"

"eh memandai je kau . sini abang conteng tangan kau"

"asyik abang je menang . ajjay lah pulak menang . abang buat apa ni bulat abang ?"

"ni namanya tahi lalat"

"TAHI LALAT abang ?"

"aah , tahi lalat . lalat dah berak kat muka dengan tangan kau . sebab tu ada tahi lalat"


AJJAY TERDIAM .

"mana ada lalat kat sini abang . abang pentipu"

"penipu lah . mana ada pentipu"

"abang bohong"

"kalau abang bohong kenapa ada tahi lalat kat tangan ajjay ? tu maknanya mama ajjay tak sayang ajjay . dia biarkan je lalat berak kat muka ajjay , kat tangan pun . ayok nanti lama lama dia jadi besar besar besar lepastu bau busuk . nanti bila dah busuk lagi mama ajjay tak sayang ajjay"

aku sambil cakap tu sambil tekun conteng tangan dia .

TETIBE.....!

"MAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ! abang ijat kata ajjay ada tahi lalat . dia kata sebab ajjay ada tahi punya lalat mama tak sayang ajjay..................!"

ajjay, tahi punya lalat pun boleh sebenarnya ajjay .

GAMPANG !

dia cakap sambil menangis ok . kau faham tak menangis ?!

aku dukung dia aku terus bawak dia pergi serambi rumah nenek aku .


"ok diam diam diam diam ok ok abang padam tahi lalat kau ok abang padam"


lepastu punya gelabah aku padam tahi lalat fake kat tangan dengan muka dia . barulah dia diam lepastu . 


"dah kau takyah nak nangis . abang lukis besar besar kat kepala kau kang . dah jom makan cekodok"

sampai bawah nasib baik mak dia tak dengar pape . yang ajjay pun diam gembira makan cekodok .


malam tu pergi kenduri rumah nenek sedara aku . ajjay macam biasa nak berkepit dengan aku pegang tangan aku .

"abang abang.."

"haa asal ? nak dukung ?"

"pak cik tu ada tahi lalat . mesti mama dia tak sayang dia kan ? hihihi" *ketawa sambil tutup mulut .

"otak kau ! diamlah kang pak cik tu dengar !" *lepastu aku ketawa dengan dia perlahan perlahan .


biadap punya budak . apa dah aku rosakkan minda seorang budak 5 tahun yang tak berdosa .




NOTE : dengan budak budak kau tak boleh nak ajar bukan bukan . dia ingat sampai besar apa yang kau ajar tu . 


Sunday, March 3, 2013

dore

ASSALAMUALAIKUM

ibu selalu cakap "kita akan cepat melupakan kalau satu benda tu betul betul buat kita sakit"

pepatah ibu kononnya .

harini bangun awal and teman Ibu pergi pasar sebelum hantar Shyyra pergi tuisyen . nak cakap mata berat tu memang berat , kalau ada troli kat pasar tu dah aku suruh Ibu tolak aku , yang aku duduk dalam troli berdengkur tidur . yang sedihnya benda tu tak akan ada depan mata aku . tengah jalan jalan nak pilih barang barang dengan Ibu , tetibe aku nampak ada orang jual bantal kekabu di tengah tengah pasar yang sesak ni . sekejap , apa tujuan dia menjual bantal tu ? nak memerli aku yang tengah mengantuk ? dalam pada aku tengah tunggu Ibu pilih barang sambil aku pegang plastic ikan , tetibe ada seekor anak kucing datang depan aku sambil mengiau . nak tahu bunyi dia caner ?

"meow meow meow"


make sure masa kau praktis nak buat "meow" tu mulut kau kena bukak 30 darjah and gunakan suara dari tekak , bukan perut . barulah jadi bunyi tu . tetibe kucing tu datang betul betul kat kaki aku and gesel gesel kepala dia kat kaki aku . aku undur setapak , dia kedepan setapak , gesel geselkan kepala dia kat aku . aku pusing , aku jalan kedepan beberapa tapak , dia jalan ikut aku . bila aku berhenti . dia pergi kat kaki aku , dia geselkan badan dia kat kaki aku pulak . then aku mencangkung betul betul depan dia .


"kau nak apa ?"

"meow meow meow"


tetibe aku teringat sesuatu yang pernah terjadi kat aku masa kecik kecik dulu .


BEBERAPA TAHUN LEPAS.....


"amirul ! jangan main kotor hei . nanti cacing masuk dalam kaki tu"

suara nenek memecah masuk gegendang telinga aku .


yang aku tak jawab satu apa pun sebab aku tengah mencangkung menghadap anak kucing yang tengah pandang aku betul betul depan aku . dengan bulu dia yang dah togel , dengan muka dia dah macam jerangkung , badan kurus macam lidi , cukup dah membuatkan aku rasa nak bakar je dia . ok tetibe nak bakar tak memasal . bila aku kebelakang , dia kebelakang . bila aku baling dia dengan batu , dia kedepan pergi kat aku , nak pergi kat kaki aku . masatu aku kecik , benda benda macam ni dah cukup buat aku seram and rasa trauma sepanjang hayat . aku lari masuk dalam rumah sambil jerit jerit :

"nenek ada kucing kurus kejar mirul ! nenek nenek nenek !"


sambil aku jerit tak tentu arah macam orang kena hambat dengan gajah . then nenek aku pun sampai .

"kucing rupanya . meow meow sini sini . alahai kesiannya dia kurus . lapar ye . sekejap ye nenek ambikkan makanan"


seakan faham dengan apa yang nenek aku cakap , kucing tu duduk je sambil pandang betul betul kat aku . bila aku kebelakang , dia kedepan . then nenek aku pun sampai sambil bebel bebel :


"mirul , ni kucing . bukan harimau . dia lapar . sepatutnya kena bagi dia makan . dia makhluk Allah jugak . kita kena sayang dia"

"dia... kotor.. ada banyak cacing kalau kotor"

"nanti kita mandikan dia sama sama . sekejap nenek bagi dia makan"


lepastu bermulalah hidup aku bersama binatang peliharaan pertama aku dan nenek yang bernama "DORE" sebab masa tu aku memang minat doraemon , aku yang bagi dia nama yang burok tu . I'm serious ok . kau jangan nak gelak sangat . tiap tiap hari kalau aku tak main dengan dore memang tak sah . macam macam aku ajar dia . sampaikan kalau aku nak kencing pun dia ikut . nenek kata tu kucing jantan . so takdelah aku segan nak kencing sama sama dengan dia . motif nak kencing sama ?

pernah aku tanya Ibu :

"ibu , nak bawak dore kat rumah boleh ? duduk dalam rumah kita ?"

"tak boleh"

"kenapa bu ?"

"tak boleh"

"asal ?"

"tak boleh"


lepastu aku rasa macam bengang dah malas aku nak tanya . bila makan , aku makan sama sama dengan dore . tapi takdelah sampai aku berkongsi pinggan dengan dia . nak dekat 6 bulan jugak . tiap tiap hari nenek aku bedalkan dia nasi putih gaul gaul dengan ikan masin sambil nenek cakap :

"makan kasi habis . jangan membazir . tak baik"


entah dia paham ke tak tu dia punya pasal . tapi selalunya dia akan makan sampai licin , favourite dia mungkin . pernah aku tanya nenek :

"nenek , dore kan kan , dia kalau makan banyak , boleh besar macam nenek ke ?"

"ehhh mana boleh . dia besar sikit je"

"alaaaaa"

"kenapa ?"

"baru ingat nak naik dia macam kuda"


tak kelakar ok . benda yang paling dore suka bila aku tepuk tangan sambil ketawa . dia akan datang kat aku sambil gesel gesel kepala dia kat kaki aku . tapi kadang kadang bila aku rasa rimas + takut , aku sorokkan kaki aku atas kerusi . pernah sekali dia berak atas buku tadika aku . memang aku tak akan hadap buku tu lagi . ke tong sampahlah tempat buku tu bersemadi . masa tu aku ketuk kepala dia guna pensel sampai berbunyi kepala dia . dia duduk pandang je aku . masa kecik mana tahu apa apa kan . bila dah besar pikir , mungkin dia rasa serba salah and nak mintak maaf masa tu . tapi dia tak boleh nak bercakap . tapi kalau masa tu dia boleh bercakap , memang dari haritu sampai sekarang aku masih lagi koma kot . 

memang dore tu jadi kawan baik aku dengan abang . abang suka ajar dia . yang aku suka buli dia . setiap pagi , dia akan tunggu aku dengan abang depan pintu rumah nenek . yang akan turun dari kereta dulu abang sebab dia akan geselkan kepala dia kat salah seorang daripada kami . so maknanya aku terselamat sebab aku rasa benda tu scary . sampailah satu hari aku dengan abang datang . aku tengok dia tak tunggu pun aku depan pintu lagi . aku ingat dia tidur . bila aku masuk nenek pun tak perasan yang dia hilang . abang dengan nenek cari cari juga sekeliling rumah . yang aku tak hadap pun benda tu semua . tengok katon sambil makan cekolat . bila dah cari cari tak jumpa gak , lasltly dore hilang macam tu je .

mula mula aku rasa macam tak kisah sangat . lama lama aku rasa macam kosong . even dia hanya kucing je , tapi aku rasa macam rindu . rindu nak ketuk kepala dia . rindu nak buli dia . 

"nenek , kalau kita pukul orang , kita kena minta maaf ke nenek ?"

"mestilah . kalau tak nanti orang tu sedih"


lepas je aku dengar menatang tu , aku rasa serba salah . kau nak tahu sebab apa ? sebab aku rasa dore lari rumah sebab sedih aku selalu ketuk kepala dia . macam jalan cerita filem melayu kan ? HAHAHA . kau takyah nak ketawa kalau kau rasa tak kelakar . sejak daripada tu , aku jadi fobia dengan kucing . sebab bila aku tengok kucing , aku akan teringat dore yang hodoh tak kenang budi lari rumah tu . entah kucing betina mana dah goda dia ajak kahwin lari entah . aku tak restu perkahwinan diorang . tapi serious bukan takut tapi bila aku nampak kucing , aku akan rasa macam "don't dare you come to me before I slap your face nonstop with my both hand" sebab aku rasa geram dengan dore .

"alolooo comel macam dore"


tiba tiba Ibu aku bersuara . sampai aku tak perasan dah ramai orang sekeliling pandang aku tengah menghadap kucing tu . serious aku terasa macam aku balik ke zaman dulu balik . cara kucing tu serious sama dengan dore . mungkin keturunan ketujuh dore yang telah diamanahkan mencari aku . takyah nak berangan sangatlah kau aizat . then Ibu ajak balik . bila aku bangun je , anak kucing tu kedepan . then aku duduk balik .

"bu , jap !"


aku keluarkan sekor ikan , aku letak depan dia then aku pegang kepala anak kucing tu .

"nah makan kenyang kenyang . gigit perlahan lahan. ikan ni ada tulang . sekarang aku bagi kau nama . dore kuasa dua . oklah bai . aku balik dulu"


lepastu aku terus jalan . aku toleh belakang konon nak tengok dia pandang aku ke tak . bila toleh aku tengok dia tengah makan ikan tu tak pandang pun kat aku . biadap punya kucing . 


"kata tak suka kucing , kenapa layan kucing tadi tu" *tetibe ibu bersuara

"dia macam dore . sebijik"

"keturunan dia kot . cucu dia lah tu . takpun menantu dia"


lepastu Ibu bantaikan ketawa tak henti . yang aku terfikir :

"dore... mana kau menghilang ? hmmmm"


HAHAHAHAHAHAHA ! ayat takyah nak novel sangat ok .


betullah ibu cakap , kita akan cepat melupakan sesuatu kalau benda tu betul betul buat kita sakit .


NOTE : yang datang tu memang tak menjanjikan akan kekal bersama . cuma yang pergi tak semestinya akan terus pergi , mungkin dia akan kembali .