APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, December 20, 2011

biar miskin , kaya maruah

ASSALAMUALAIKUM

20 December , dan nak sampai penghujung 2012 dah . kadang kadang serious masa cepat je berlalu . diam tak diam , beberapa minggu aku nak menjelang usia ke 20 tahun dah . so takda main belas belas ni . meskipun macam tu , peningkatan umur selalu mendewasakan aku , serious ayat aku macam buat aku nak pergi muntah siap pakej berak sekali . dahtu kenapa aku pergi cakap kan . ok , dah nak penghujung 19 ni banyak ajar aku erti kehidupan . macam macam orang aku boleh nampak , yang baik , yang kurang baik , yang suka berak , yang suka tahan berak lepastu bila berak bau mak aihh , ok merepek . so makin lama makin belajar erti hidup . cewah , ayat macam nak mintak terajang je . but then serious aku nampak weh , tinggal aku tak record je lagi , kalau tak dah aku upload suruh tengok ramai ramai . ok dalam pada korang dok makan sambil baca blog aku ni kan , meh sini tahu kenapa aku tulis tajuk entry macam ni . biar miskin , kaya maruah . reti ? tahu apa tu ? nilah nak cakap ni #sambil betulkan skrin lappy . sambung balik cerita aku . sekarang ni banyak aku tengok orang dok jual maruah dia sana sini . nak bagitahu ni , jual maruah tu bukan takat jadi GRO je (GRO = Gadis Rosak Otak) tapi kalau mengumpat sana sini , tayang sana sini , KUTUK sana sini , musuh orang sana sini , yang paling bodoh buat cerita lepastu tambah tambah . eh kau fikir kau hebat naaa ? kat dunia je kau hebat . kat akhirat nanti makan daging saudara sendiri ok . aku bukanlah nak cakap aku tinggi ilmu , aku baik tapi aku masih lagi waras nak fikirkan semua tu . takda masalah dengan orang so tak payah ambil tahu pasal orang . tutup mulut , buat hal sendiri . lebih baik daripada hidup tak tenang kan kan kan ?


sekadar gambar hiasan je !


ok kenapa aku nak marah marah kat sini aku pun tak tahu . sekarang orang cakap duit boleh settlekan apa apa , boleh beli apa apa , tapi nak beli gunung pun tak mampu . so duit tak semestinya penting , yang penting maruah diri lagi penting daripada harta yang tak boleh kau nak bawak masuk dalam kubur pun . paling menyirap bila tegur orang , orang cakap kubur lain lain . jangan ambil tahu pasal dia . nasib baik aku tak suka tegur orang . then yang kena marah ni jawab balik , tapi kau ingat , jangan kau heret aku dengan kau masa kat akhirat nanti . terus aku update status aku kat FB lepastu ramai like . serious aku pun tak tahu berapa ramai orang tak suka kat aku sebab kita tak tahu kan orang suka kita ke tak . itu dia punya pasallah kalau tak ganggu hidup aku . ni yang paling menyirap bila sampai hal peribadi pun nak masuk campur memang dapat dua tapak kaki aku kat muka , badan ngn kaki , pakej . mana maruah mana ? bukan senang nak jaga maruah tapi senang nak biarkan ia terabai . cukuplah kalau rasa diri tu dah bagus sangat sebab kalau kau rasa kau perfect atau dah jumpa orang yang perfect bawak jumpa aku baru aku percaya . kalau tak jumpa memang aku tak percaya . takda manusia yang perfect dalam dunia ni . so jangan kau ingat bila kau cari salah orang , tengok salah orang , jatuhkan orang , mengutuk orang , kau dah perfect sebab orang lain sedang cakap pasal kau and yang pastinya one day apa yang kau bencikan tu akan kena kat kau balik , percayalah , Allah maha adil and plus doa orang teraniaya dimakbulkan . so berhentilah berhati busuk sebusuk sampah tu . tak bahagia pun buat orang macam tu sebab aku dah banyak kali dah kena sebabtu aku banyak idea malam ni sampai nak muntah darah siap pakej tersedak sekali korang baca kan ? then aku paling menyirap bila ada yang sanggup buat sampai macam ni sekali , sila klik kalau nak baca , sila tak klik kalau menyampah .


then bila dah masuk pasal ni , aku nak nasihatkanlah kepada orang yang dengki kat aku ni , aku tak kisah sejauh mana kau nak benci aku sebab tak mati pun kalau kau nak dengki kat aku ke , nak jatuhkan aku ke sebab semakin kau buat , semakin aku buat tak tahu . yes ! sebab apa , sebab aku ada family aku ada kawan and aku ada siapa yang support aku . ceh dah macam fan club pulakkan , memang melompat aku kalau aku ada fan club sokong aku . so kepada yang siapa baca ni , yang dok dengki kat orang , yang dah rasa dia bagus , yang nak tujukan apa yang aku tulis ni kat orang , bolehlah tekann button share kat atstu . and nasihat , kalau kau dah rasa diri kau bagus nak judge orang , buktikan diri kau bagus sebab benda yang benar selalunya akan menang and benda yang salah selalu akan jatuh terduduk kat bawah . kau tahu kan sebabtu kau takut kau akan jadi macam tu , kau cari geng , kau tambahkan geng nak jatuhkan orang tapi kau tak tahu , tak semstinya orang yang diam tu  lemah sebab yang dia tulah yang lebih kuat dari kau sangkakan . cuma belum sampai waktu yang dia nak tunjukkan . berhentilah daripada terus dengki melihat kebahagiaan orang lain sebab orang lain akan dengki jugak dengan kebahagiaan korang one day nanti . aku bukan nak cakap apa , aku just bagi nasihat , take note !


NOTE : indah hidup kalau sentiasa senang lihat orang lain bahagia