APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, December 4, 2011

surat si papa



untuk menantu ,

kehadapan menantu aku yang sedang menerima surat ini dan sedang membaca surat ini . aku nak bagitahu ini , aku bukan kirim surat ini kat kau dengan sengaja sebab aku nak rindu kau apa bagailah , tapi sebab aku nak bagitahu kau sebab sebab aku hantar surat ini . kau mesti terkejut kan kalau terima surat ni dengan pendahuluan aku yang tiba tiba nak serang kau ni . aku bukan nak serang , aku just nak cakap je , mulai sekarang kau dah mula panggil aku "PAPA" sebab kau dah sah menjadi suami kepada anak perempuan aku . gembira tak ? gembira kan , sampai terkedu kau tujuh kali lafaz semalam masa aku akad nikahkan kau . papa bukan apa nak kirim surat ini kat kau , kau mesti ingat papa ni buta it tapi papa tak buta it pun , kalau papa post kat wall FB kau , semua orang baca lepastu like , papa tak suka , lebih baik kau baca surat ini lepastu kau pergi baca diam diam kat toilet . jangan bagi anak perempuan aku tu baca . nak nak mak mertua kau , kalau dia tahu , bising dia kat aku , tak makan papa malam ni .

DZARRIQ #konon nama menantu aku lahni ,

kau tahu macam mana papa sayangkan anak papa tu kan . dari kecil lagi dia papa dah jaga sebaik mungkin , dia ajalah anak papa yang ada , kau tahukan dia tu manja tapi pandai berdikari . kau tahu papa sangat ambil berat tentang dia kan ? sampaikan papa sanggup belasah nyamuk tu sampai lumat kalau dia cuba pergi kat anak papa tu . macamtulah jugak papa akan buat kalau ada orang yang cuba sakiti hati anak papa tu . lumat aku kerjakan nanti . tapi nanti dulu , kau jangan takut . bukan papa nak lumatkan kau sekarang . nanti bagi papa cerita dulu . papa ada syarat yang kau perlu ikut kalau kau tak nak aku lumatkan kau . syarat dia senang  je , tak payah nak hati nyamuk 7 dulang ke hati kambing 5 dulang ke , tapi aku nak syarat kat bawah ni , mampu buat kau dah dia bahagia .

PERTAMA , lepas ni kau akan bawak dia pindah jauh dari rumah aku ni , aku nak kau berikan dia kehidupan sebaik mungkin , aku takdalah nak kau belikan dia banglo ke apa , tapi , tanggungjawab kau sebagai suami kau mesti tunaikan , jangan biarkan dia yang menjadi suami pula .

KEDUA , berikan dia didikan agama yang cukup sebab kau tahu kan kalau bimbingan agama seorang suami tu tak cukup untuk isteri , kelak jika di akhirat , bimbingan agamanya tak cukup , dia akan heret kau sekali masuk neraka , kau jangan ingat kau sahaja yang terselamat .

KETIGA , jaga dia sebagaimana kau jaga diri kau , dia di bawah tanggungjawab kau sekarang , kau lagi penting daripada ibu bapanya , tegur dia jika dia buat kesalahan , pukul dia jika dia meninggikan suara kat kau , asingkan tempat tidur dia jika dia tidak mendengar teguran .

KEEMPAT , jangan kau sakiti hati dia dengan kau mencari wanita lain , kau tahukan hati seorang wanita tu lembut , jika kau mencari perempuan lain , bukan hati dia yang kau akan sakiti , tapi badan kau yang aku akan sakiti . sedangkan aku pun tak pernah menyakiti hati dia .

KELIMA , pastikan dia menjalani tanggungjawab dia sebagai isteri , jaga makan minum kau , jaga setiap pakaian kau , jaga setiap kelengkapan kau , jaga setiap anak anak kau , sebab , kelak , dia akan menjadi isteri yang taat kepada suaminya . kau tahu kan setiap yang dilakukan seorang isteri akan ditulis amalannya .

KEENAM , aku tak kisah kalau setiap tahun kau balik raya rumah mak kau sebab ibu bapa seorang suami lagi penting daripada isterinya . tetapi , papa harap kau berlaku adil kepada isteri kau . sebab syurga seorang isteri adalah diletakkan kepada suaminya dan syurga seorang suami adalah diletakkan kepada ibu bapanya .

KETUJUH , kau ambillah dia sebagai ratu hati kau , sematkanlah dia di dalam hati kau macam mana papa restu hubungan perkahwinan korang . jadikan dia isteri yang terbaik dah menjadi wanita yang solehah yang mana taat akan kepada suaminya . kau ikutlah cakap papa kerana papa lebih memahami dia kerana seorang manusia bermulanya daripada segumpal darah .


maaflah jika kiriman ini mengganggu kau tapi ingatlah , papa lebih berpengalaman hidup daripada kau . papa tidaklah tinggi sangat ilmu agama tapi ilmu agamalah yang menjadi penguat setiap keluarga . jadikanlah keluarga kau keluarga yang bahagia supaya kau akan bahagia bersama dengan dia kelak , menjadi suami yang terbaik untuk anak papa , papa dan mama merestui perkahwinan korang dan papa doakan kau akan bahagia bersama sehingga ke syurga . nanti apa apa kau BBM papa lepastu kau IM papa kat FB ok ? dapatkanlah kami cucu yang banyak , kbai !


bapa mertuakau,
Eijat Abdullah