APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, July 22, 2011

30 HARI

PART II (CONT'D)


“Hehehe.. yah, kereta Mama aku guna. Lagipun kereta kau kat workshop kan? So nak tak nak kau kena juga ikut aku naik motor”, kata Allia sambil menghulurkan helmet ke arah Dzarriq.

“O…Ok”, kata Dzarriq lalu mencapai helmet tersebut.

Sejak berkawan dengan Allia, inilah kali pertama Dzarriq menaiki motosikal kerana dia telah dimanjakan dengan menaiki kereta sejak dari kecil. Keselamatan adalah paling penting bagi keluarganya kerana kedua ibu bapanya lebih yakin jika dia memandu kereta daripada menunggang motosikal.

*                                             *                                             *

“Kau nak bershopping sambil pakai helmet ke?”, kata Allia memerli Dzarriq kerana dia masih belum menanggalkan helmetnya.

“A…Aku tak tahu macam mana nak buka.. Kau tolonglah”, kata Dzarriq dalam nada perlahan.

Allia ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Dzarriq.

“Arriq..Arriq.. Kau ni memang manjalah. Sampai buka helmet pun tak reti. Meh sini aku bukakan. Haih..”, kata Allia memandang wajah Dzarriq.

Comelnya dia buat muka macam ni”, bisik hati Allia.

“Lia, tolonglah aku pilih baju ni. Banyak pilihan lah tapi aku tak tahu nak pilih mana satu”, kata Dzarriq kekeliruan.

“Haih, nasib baik ada Tuan Puteri ni. Cepat mengaku aku Puteri. Kalau tak aku tak nak pilih”, ugut Allia sambil tersenyum manja.

“Ok..Ok Tuan Puteri. Cepat tolong aku pilih baju ni”, kata Dzarriq dalam nada merayu.

“Kalau mengikut kulit kau yang cerah ni, aku rasa baju merah ni sesuai untuk kau. Aku tahu kau memang tak suka dengan warna ni sebab kau cakap warna ni nampak garang. Sebenarnya bagi aku lah warna ni sesuai sangat dengan kau sebab menyerlahkan lagi personaliti kau. Manis je kalau kau pakai. So aku prefer kau take this shirt”, kata Allia memegang baju berwarna merah kerana sejak tadi hatinya tertambat pada kecantikan dan warna baju tersebut.

“Ok, kebetulan aku belum pernah cuba warna ni so aku ambillah warna ni. Lagipun design dia cantik. And aku belikan kau T-Shirt yang sama dengan aku ya”, kata Dzarriq lalu mencapai sehelai lagi T-Shirt yang sama lalu membawanya ke kaunter bayaran.

“Eh… Tak…”, kata Allia tanpa sempat menghabiskan kata-katanya.

Selepas Dzarriq membayar harga T-Shirt yang mahu dibelinya, mereka berjalan-jalan di sekitar Shopping Complex tersebut sebelum ke restoran kegemaran mereka untuk makan tengah hari.

“Kenapa kau belikan aku T-Shirt ni?”, soal Allia.

“Sebab aku sayang kau”, kata Dzarriq lalu ketawa.

“Gila ! dah take the order”, kata Allia mengubah topik.

Setelah memesan makanan, mereka pun berborak seperti biasa. Tiba-tiba mata Dzarriq tertumpu pada sesuatu.

“Lia, kau nampak tak pasangan tu?”, kata Dzarriq sambil menunjuk ke arah pasangan yang dilihatnya.

“Eh, kau janganlah tunjuk orang sampai macam tu sekali. Tak manis kalau dia perasan nanti. Nampak, kenapa?”, soal Allia.

“Bahagia kan pasangan tu?”, kata Dzarriq.

“Kau ni kenapa Arriq? Memang lah bahagia. Orang tengah bercinta. Cinta kan boleh membuat seseorang tu bahagia tapi cinta juga boleh membuat seseorang tu derita”, kata Allia sambil tersenyum.

“Aku nak rasa apa itu cinta lah Lia”, Dzarriq bersuara.

“Kalau kau nak rasa apa itu cinta, kau kenalah cari pasangan. Kau nak aku carikan juga ke? Arriq… Arriq.. Cinta tak akan datang bergolek kalau kita tak cari”, kata Allia sesekali merenung wajah Dzarriq yang masih melihat pasangan tersebut.

“Kau kan ada”, kata Dzarriq selamba.

“Weyh, apa kau merepek ni. Kau ingat aku ni cinta express datang bila-bila masa je”, kata Allia terkejut dengan kata-kata Dzarriq.

“Lia, boleh tak kau jadi pasangan aku?”, kata Dzarriq mengalihkan pandangannya tepat ke muka Allia.


bersambung...