APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, June 4, 2017

Chettaki Omey?

ASSALAMUALAIKUM

Salah sorang yang selalu buat janji palsu nak update blog adalah aku. Bulan bulan puasa ni datang pula rajin nak update blog memandangkan banyak kan masa nak tunggu berbuka tu (gosok gosok perut sebab lapar). Sambil tunggu masa berbuka sambil google google makanan apa best, air apa best buat berbuka. Tapi mampu cuci mata jelah, nak jilat screen kang batal puasa and tak senonoh pula rupa nanti. Ke korang dah biasa buat benda benda macam ni? Ingat aku tak tahu agaknya.

Ok topic aku kali ni agak agak pasal apa? Of course la kalau kau baca tajuk pun bukan pasal bulan puasa. Chettaki Omey? Apa benda pula tu kan. Ingat nak cerita pasal puasa masa zaman zaman kecik aku tapi ada benda penting yang aku nak bagitahu korang memandangkan raya pun nak dekat ha (tiba tiba pula ha puasa baru berapa kerat hari dah sebut pasal raya).

First of all la aku nak tanya korang, make sure semua angkat tangan eh nak jawab soalan aku. Siapa tak angkat tangan esok puasa dia batal. Ok just kidding! Korang mesti tahu DeXandra Perfume kan? (yang tak tahu tu memang nak kena bantai, pergi google sekarang). Manalah tahu ada yang ingat benda ni negara ke, jenama kereta ke, yang paling teruk kalau ada yang ingat ni nama makanan. Yang tu memang tak boleh dimaafkan.




Apa yang best Aizat nak share dekat korang harini, macam mana korang yang student ni, yang duduk rumah boleh dapat income beribu ribu sebulan dengan hanya goyang kaki? Tak adalah goyang kaki sangatlah pun kan. Dah nak raya ni mesti ada yang tengah berangan berangan nak pakai duckscarves kan? Bukan setakat makan rendang itik je masa raya. Ok sekarang slow slow korang dah boleh dekatkan muka korang dekat screen laptop sebab banyak benda yang Aizat nak highlightkan for update kali ni. Aizat nak kenalkan korang dengan stokis DeXandra perfume yang mana satu dunia dah kenal siapa dia. Ok aku main main je.


Apa kata buka instagram korang and follow dia sekarang?


Ok first aku kenalkan dululah siapa Lia and and apa kena mengena dia dengan DeXandra perfume ini. Manalah tahu aku tiba tiba ikut suka je screenshot Instagram entah siapa siapa ke kan the upload dalam ni miahahahaha. Actually Lia ni adalah CEO from Chettaki Omey kiranya one of the stokis DeXandra Perfume yang memang duduk list paling depan antara stokis yang berjaya gila. Banyak dah dia berjasa dalam DeXandra perfume ni, tinggal nak letak nama dalam wall of fame je. Macam zaman diraja Korea pulak aku rasa. Before aku start macam macam benda lagi, meh aku list out semua achievements Lia ni sepanjang dia dengan DeXandra perfume or yang lebih accurate la kan, with team Chettaki Omey.


2015
- Telah dijemput oleh RTM TV1 untuk slot "Usahawan Cilik Online" pada 3 October 2015

2016
- Telah mendapat Award dari HQ De'Xandra melancong ke Korea dengan mencapai sales RM100,000 pada 8 February 2016
- Telah mendapat Handbeg Furla yang bernilai RM1,000 dari HQ De'Xandra kerana mencapai sales target HQ RM25,000 pada 1 April 2016
- Telah mendapat Award dari HQ De'Xandra melancong ke Indonesia dengan mencapai sales RM100,000 pada 7-9 November 2016
- Telah mendapat Award Emas dari HQ De'Xandra berjumlah RM5,000 pada 18 May 2016
- Telah dipanggil menjadi Hot Seat Dexandra Family Orientation pada 12-13 November 2016
- Menjadi penaja untuk program "Sambutan Hari Tadika Selangor 2016 & Graduasi Cilik Perdana" pada 26 November 2016
- Berkongsi tips perniagaan di media Suara TV pada 16 Disember 2016
- Slot Features di Wow Personaliti Sinar Harian pada 18 Disember 2016

2017
- Telah mendapat ticket menunaikan umrah dari HQ De'Xandra atas achievement RM400,000 sales pada 12 March 2017
- Telah mendapat Award "Club 100 Achievers" dari Public Gold pada 25 March 2017
- Slot Features di Wanita Cemerlang Majalah Nona edisi April 2017 
- Dijemput menjadi Hot Seat di program "Rules of Success" pada 16 April 2017
- Telah dijemput oleh TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 28 April 2017
- Dijemput untuk berkongsi tips perniagaan di sekolah menengah Sg Tua Sri Gombak pada 3 May 2017
- Telah mendapat Award iPad Pro dari HQ De'Xandra dengan mencapai sales sebanyak RM250,000 pada March dan April 2017
- Memiliki hartanah di Wangsa Maju yang bernilai RM1,180,000
- Mendapat reward 1gm Gold Bar dan cash RM200 dari HQ Geng Like kerana mencapai target 62 orang dalam masa sebulan pada May 2017
- Mendapat hadiah special dari Coach Zie atas kejayaan membuat ayat 4MAT yang cantik, hadiahnya adalah ke Menara 165 ESQ Public Speaking dan makan bersama Pak Ary pada 18 & 19 July 2017


Gila ke tak gila? Aku yang taip satu satu ni pun nangis nangis sambil taip baca achievements yang Lia ni dapat muda muda lagi (lap lap air mata). Orang kata kalau kita dah berjaya, kita jangan lupakan orang lain kan? So nak dijadikan cerita, lepas dah interview dah tanya macam macam dengan Lia ni, aku nak share kat korang yang dekat sinilah Lia ni nak kongsi dengan korang, nak share dengan korang macam mana susah payah daripada nothing to something, daripada bawah slow slow mendaki ke atas until berjaya dengan join team dia. Best kan? Kali ni sesi kita sesi ilmiah memandangkan bulan puasa ni kan. Buat tambah pahala gugurkan dosa dosa korang yang dah banyak sejak masa janin kan.


I GOT MINE!


Kadang kadang ada je yang teringin nak buat business tapi tak tahu nak start macam mana kan? Takpun yang student memang aku tahu duit tu setaip hari keluar macam air je. Dengan nak kena bayar buku, nak kena bayar notes, beli make up, beli roti canai, beli topup, belanja mak cik kantin, belanja beli makanan kucing semua kan. Tapi orang kata kalau nak tunggu duit tu jatuh dari langit memang impossible, kalau jatuh dari langit sekarang ni aku tak adanya nak menaip blog. Aku duduk depan laman rumah tadah duit yang tengah jatuh dari langit tak kasi peluang orang lain tadah.

Tapi siapa cakap dengan duduk rumah, takpun as a student tak boleh cari income lebih? Masa jumpa dengan Lia haritu dia sendiri cakap dekat aku yang dia memang start daripada dia zaman belajar lagi sampailah sekarang. Yang penting kena betul betul usaha and rajin. Kalau malas padamkan jelah niat kau tu campak dalam tasik. Let me share with you guys apa maksud aku from nothing to something.


Cuba tulis berapa kosong ada lepas nombor dua tu?


Ini baru je sales Lia sorang, aku sendiri dah tengok semua sales team dia which is team Chettaki Omey tu and honestly mata aku terbeliak sikit. But as a private matters, tak bolehlah aku nak letak everything dalam ni. Nanti kena culik bawa pergi Jamaica diorang tu semua tak ke naya. Oh wait, bukan setakat sales Lia ni je bagus actually tapi honestly dia memang humble dengan semua orang and dia memang baik dengan semua team dia. Yang penting korang nak minta tolong dia ajar korang, kecik tapak tangan bumi Lia ni tadahkan. Sebab tu semua team senang and comfortable dengan dia. Dia akan jaga kau macam anak anak dia tau. Bukan main kan aku hahahaha. And yang best join team Chettaki Omey ni, aktiviti together memang banyak and korang akan rasa daripada team, akan bertukar jadi family. 


GAMBAR DENGAN TEAM CHETTAKI OMEY







Nak kata tak ada aktiviti, ha korang boleh scroll daripada atas sampai ke bawah update ni and kira berapa banyak aktiviti yang diorang buat bersama. Ini pun bukan semua yang aku masukkan and yang Lia bagi dekat aku. Kalau nak masukkan semua memang update aku kali ni dah boleh buat buku dah sebab banyak sangat kalau korang nak tengok satu satu. Kalah buku Fattah Amin tu nanti, jangan memain.


AKTIVITI BERSAMA TEAM CHETTAKI OMEY











Aku yang tengok semua aktiviti diorang ni pun terus rasa macam nak register under team diorang sekarang juga. Tengah tengah korang baca ni kadang kadang mesti ada je yang terlintas dekat hati macam apa bendalah si Aizat ni cakap, entah betul ke entah tidak, macam mana nak join, apa benefit join team Chettaki Omey ni and macam macam lagi kan? But guys don't worry, korang boleh tengok semua feedback daripada team business Chettaki Omey yang Lia sendiri manage and fikir fikirkan. Sebab Lia sekarang memang tengah cari dropship untuk dia letak under dia and jaga elok elok bagai menatang minyak yang penuh. Sejak bila pula aku dah pandai guna peribahasa kan.


FEEDBACK TEAM BUSINESS








So kalau korang rasa macam berminat gila and nak tahu macam mana cara nak join team Chettaki Omey and jadi one of team members Lia ni, korang boleh direct contact Lia dekat IG yang Aizat dah letak dekat belah atas tu. Or else later Aizat akan post dekat Instagram Aizat username Lia tu and korang boleh click direct contact Lia. Siapa malas nak scroll atas balik, aku ketuk kepala dia nanti. Biar cuba dulu baru tak rasa menyesal nanti. Ye dak? Nak bagi lagi senang, kalau siapa yang berminat tu save contact Lia yang Aizat dah letak dekat bawah ni.

Contact : 0162394310
Page : Chettaki Omey
Instagram : @chettakiomey
Website : www.chettakiomey.com


NOTE: lepasni dah boleh borong semua perfume from DeXandra semua semua bau bau dia sangatlah menggoda hati. kemain kan?


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd



Wednesday, February 1, 2017

Trip to Philippines : Manila

ASSALAMUALAIKUM

Allahu, dah setengah tahun aku ambil masa untuk update aku punya trip ke Manila ni. Kalau ada bayi lahir masa aku pergi Manila tu, sekarang ni dah boleh berlari agaknya. Takpun lompat galah. Puas jugalah aku fikir mana tempat tempat yang aku pergi dekat Manila tu. Mana yang aku lupa tu aku bantaikan je ok tempat tempat dia punya nama. Sebab kalau nak ingat balik satu satu tu memang aku tak kuasa. Ada banyak benda lain lagi nak kena fikir. Ye dak?


3rd DAY, April 19, 2016

Manila! Apa yang best? Bagi aku yang bestnya bila setiap hari kau kena hadap and redah jammed yang tak henti henti and tak beragak agak dia punya sesak. Kau bayangkan nak selit celah celah mana kereta kau tu pun tak boleh. Maka duduklah kau dekat tengah jalan tu sambil tengok bangunan kiri kanan. Ok dah cukup membebel takda siapa nak dengar. First place yang kitaorang pergi, mestilah check in hotel. Gila masing masing badan bau kain hapak kena hujan dah. If korang nak hotel yang dekat dengan airport and bandar, korang boleh pilih hotel yang aku stay, Manila Marriot Hotel. Tapi banyak je hotel lain yang korang boleh book kat sana sebab aku tengok kiri kanan banyak je tempat nak jalan jalan macam shopping mall ke tempat makan ke or tempat nak lepak lepak. Kedai mamak je takda. Kau jangan nak buat perangai cari mamak kat sini eh, pukul kang.


Kak long kawasan! (tour guide kami)


Check in hotel tapi bukan boleh masuk dulu sebab nak dinner dulu


Lepas dah check in tu mestilah nak makan. Even badan masing masing still bau hapak pun, selera makan tu tetap ada. Buaya pun kitaorang boleh telan 1 shot je. Mana boleh tolak bab bab makan ni, wajib. So we guys just dinner dekat hotel je malam ni sebab nak pergi tempat lain memang dah tak kuasa dah. Sanggup aku tak makan sampai esok. Yang bestnya, semua benda kau nak makan ada and semuanya sedap. Ada sorang chef ni punyalah peramah then tanya aku daripada mana. So bila aku cakap Malaysia dia kata dia pernah pergi sana and kenal Amy Search. Siap nyanyi lagu Amy Search, adohai aku tak suruh pun dia nyanyi depan aku ok. Tak boleh buat aku kenyang pun. 


Nak makan apa apa make sure kena halal. Jangan nampak sedap je kau bantaikan makan


Tapi yang halalnya benda benda macam nilah. Putus selera terus.


Kalau kat Malaysia pinggan aku penuh memang tak fikir hari esok aku punya cara makan


Yang paling best dekat sini, dia punya dessert. Tak makan makanan berat pun tak apa sebab ulang ulang makan ni pun tak apa. Tapi aku masa ni bingai sikit sebab tak ambil gambar segala kaum keluarga dessert yang ada dekat sana sebab aku fikir semua benda aku patut ambil dan makan. Abaikan semua kerja kerja yang tak mengenyangkan. So aku sempat ambil benda yang aku teringat nak ambil je. Benda lain aku dah telan masuk perut.


Puding roti je pun tapi yang best dia sauce dia. Kalau ikut hati aku dah angkut balang sauce puding 
dia ni bawa balik Malaysia and kasi korang rasa sorang sikit


Tapi jujur cakap yang ni aku ambil bukan sebab nak makan sangat, sebab lawa. Maafkan daku


Kau tengok muka semua, semua dah muka petang and bukan ikhlas pun semua yang senyum tu sebab penat


Masa yang paling ditunggu tunggu adalah bila dah dapat check in masuk bilik. Perasaan tu masa tu rasa nak melompat tapi tengah seret luggage kan, mahu berkumbah luggage karang. So aku sebilik dengan adik aku and tak jauh pun daripada bilik bilik kawan yang lain. Senang kalau siapa lambat bangun, rempuh je bilik dia. Takpun tekan door bell dia banyak kali sampai bell rosak. Misi lepas check in, mestilah nak mandi and terus tidur. Memang tak fikir dah nak buat benda lain sebab rasa nanti waktu tidur kena curi and pagi bangun mesti menyesal tak tidur awal.


So ada dua katil king. If korang nak pergi vacation dengan family, bilik ni pun ok dah.


4th DAY, April 20, 2016

Wah pagi ni awal awal pagi aku dah turun even malam tadi aku dah berniat lepas subuh nak sambung tidur sampai petang. Tapi bila teringat harini nak pergi banyak tempat sebab esok dah balik, so aku batalkan niat nak tidur balik (tapi syaitan bukan main berbisik suruh tidur je). Tengah turun nak pergi breakfast, baru teringat yang ada kerja aku belum settlekan lagi. Then dengan punya kecoh aku paksa adik aku bawa laptop dia turun sekali. Muka dia dah monyok je sebab yelah bag laptop tu berat dia macam dukung budak kecik nak bawa kesana kesini. Tapi dia nak monyok kenapa sebab yang pikul kesana kesini tu aku!


Berangan macam dalam kdrama la sambil makan sambil busy buat kerja. Padahal drama lain ada je ceit!


Tadi tu macam pembuka selera je. Ni makan berat sikit even tak berat mana pun. Nama dia makan style 
Do Min Joon


Lepas dah berkumpul kat bawah, semua dah ready nak pergi jalan jalan. Ada muka macam terpaksa pun ada. Nampaklah letih semalam tak hilang lagi sebab bagi aku semalam paling letih sebab terkejar ke sana ke sini sebab nak pindah pergi Manila from Davao. First location harini, Mananzan Handicrafs


Do Min Joon shi! Sama sibuk aku nak ambil gambar kat depan pintu masuk. 


Ok Mananzan Handicraft ni terletak dekat junction of Gen Luna St. and Sta Clara St. Kalau kau tak tahu mana tempat tu korang boleh google awal awal macam mana nak pergi tempat tu or korang guna je waze. Jangan ingat waze tu boleh guna dekat dalam Malaysia je. Kau nak tengok berapa lama jarak nak pergi matahari dari bumi pun kau boleh guna waze tau. Ni adalah ni yang buka waze cari ni. Yang bestnya kat dalam ni, masuk masuk je pekerja dia akan kasi korang souvenir percuma. Rantai yang diperbuat daripada siput. Tak boleh gadai pun. Kalau ada yang nak gadai aku libas korang dengan rantai tu then ikat baling dalam sungai Pahang. 


Tengok dekat leher Syazwan tu rantai siput tu. Macam tasbih pun ye gak


Haaa dekat dalam ni siapa siapa nak cari souvenir memang best sebab ada banyak pilihan especially untuk perempuan. Kalau yang pergi dengan husband tu korang seret husband pergi tempat ni and kata dekat dia wajib masuk sebab kat sini ada variety of bracelets. Yang daripada pearl ada, permata ada. Korang tinggal nak bawa duit je. Yang suami nak kena bayar tu make sure bini bini korang tu ambil yang paling murah. Gelang tikam tikam pun ada juga kat sana. Haaa beli yang tu. 10 utas pun mampu milik. Aku dalam ni tak beli banyak barang sangat sebab banyak dah aku habiskan beli kraftangan dekat Davao. Yang aku nak pergi habiskan duit sekarang dekat shopping mall je.

Next place, Intramuros.

Actually gambar aku kat tempat ni sangatlah banyak tapi sebabkan apa entah button yang aku dah tekan dekat camera aku, aku terdelete beberapa gambar cantik cantik aku kat dalam ni. Rasa nak marah tak boleh sebab salah sendiri kan. Kalau salah orang lain, aku dah hentak kepala dia dekat sinki.


Korang boleh beli ticket dekat sini. Maaf aku betul betul lupa berapa harga dia. Korang boleh google


Gossip girls yang kat mana mana pun gosip tu menjadi salah satu benda paling wajib


Mula mula aku macam terkejut juga siapa takda muka kat belakang tu rupanya benda tu standee untuk
ambil gambar. Baru nak submit kat pakcik seekers


Kawasan dekat sini sangatlah besar and semua tak larat dah nak jalan even banyak lagi bangunan yang cantik cantik ada dekat depan. Ada yang dah berehat bawah pokok and ada yang start ajak balik sebab kawasan dia terbuka so nak berteduh pun bawah pokok je even tempat dia lawa. Bayangkan dia punya area 166 acres. Memang tak akan larat nak habiskan dalam satu masa. So bila dah tengah hari mestilah lapar. Next tempat makan dekat Dusit Thani Hotel, Manila sebelum pergi shopping petang tu. Masa perjalanan tu semua diam je sebab keletihan. Yang aku siap baring dekat seat belakang. Baju memang komot habis macam baru lepas keluar dari washing machine.


Nasi Briyani dia serious sedap sampai aku bertambah. Tak tahulah sebab lapar ke apa


Mestilah area yang jadi favourite aku! Kalau bawa luggage aku dah hangkot masuk dalam luggage


Sebenarnya ada banyak je makanan best best and untuk air korang boleh order juga apa yang korang nak minum. Kalau korang tiba tiba nak order air zam zam ke itu memang minta kena ketuk dengan waiter dekat sana. Bila dah habis makan, ada kawan aku sorang ni pula food poisoning. Maybe sebab banyak sangat benda dia sumbat sampai perut pun terperanjat mana satu dia nak hadam agaknya. Lepas dah okay sikit perut dia, we guys teruskan berjalan and singgah solat dekat Pasay Mosque. Sini area dia banyak juga muslim and semuanya sopan sopan je. Tapi kalau ada yang ganas tu memang ganas betul. 

Nak dijadikan cerita, lepas aku solat tu ada satu pondok tepi masjid tu ada ramai orang pegang senapang and kebetulan pintu masuk pula area situ. Aku punya tour guide pula entah mana entah dia merayap. Maybe sebelum ni tempat ni ada rusuhan ke apa ke. Tengah aku jalan jalan buat tak tahu, tiba tiba kena sapa dengan abang senapang.

Abang senapang: "From where?"
Aku: "Malaysia"
Abang senapang: "Come here, stay here"

Aku pun mula cuak dah dia nak buat apalah dengan tangan ada senapang tu. Ke tu senapang main main?

Then aku pun balas, "No no, I'm with someone and she's waiting for me outside".


Then adik aku terus tarik tangan aku keluar dari area situ. Cuak cuak kambing jugalah. Kalau dia tak pegang senapang aku tak kisah, tapi masalahnya tangan dia ada senapang. Takot aku even entah entah itu pengawal keselamatan situ sebab nak jaga keselamatan area situ. Thank you abang senapang ajak saya duduk tapi saya tak nak. Abang duduk la sorang sorang.


Jangan cakap sini tak ada masjid. Bersih and yang penting kau akan tengok macam mana culture Islam
dia dekat sini. Terpegun kejap


Masjid dia banyak tiang so pakcik ni semua ambil chance duduk then tidur. Cabut tiang tu kang 
terjongkang dia terjatuh agaknya.


Lepas solat plan kitaorang shopping dekat Greenbelt. Shopping terbesar dekat Manila ni kalau tak salah aku sebab dia ada Greenbelt 1, 2 3 and etc. Tinggal larat dengan tak larat je korang nak berjalan area situ. Kalau tak larat aku suggest awal awal beli kasut roda bawa sana. Kat sinilah aku kerja beli macam macam benda sampai aku tak teringat nak ambil gambar mall tu. Aku fikir kena beli cepat nanti dah balik hotel and esok dah balik Malaysia. Around pukul 6 macam tu kitaorang dah kena stop shopping sebab Syazwan nak kena balik dulu ke Singapore sebab esoknya dia kena kerja. Sedih la pula sebab daripada beramai ramai then tinggal sikit je geng.


Apahal entah aku tunjuk tangan macam tu padahal tak berniat pun nak suka dia balik


Lepas Syazwan dah ke airport. Semua dah keletihan and fikir nak makan and nak balik hotel rest. Mana taknya nak ke tempat makan pun kena redah jammed so semua ambil peluang nak tidur dalam kereta. Apa tour guide tu pot pet pot pet aku pun tak tahu yang aku tahu tahu je dah sampai tempat nak dinner, Makati Shangri La, Manila. 


Tengok tangga tu pun aku dah tak larat nak daki. Nasib baiklah tak kena daki padahal ada je lif.


Ok dah nak makan and macam biasa, kena make sure makanan halal. Jangan main bedal je mana kau nak makan.


Yang selalu jadi perhatian aku kat mana mana and aku tak pernah bosan.


Ada cerita juga dekat sini! Ok ceritanya kawan aku ni nak makan dimsum and dia tanyalah chef dekat situ yang benda tu halal ke tak sebab aku tengok benda tu pun dah tempting gila. Punyalah tekun and berdebar debar tunggu jawapan dia, sebab kat sini ada halal area ada non-halal cumanya kita kena tahu betul betul mana satu area dia. If kau rasa macam pelik lain macam tu cepat cepat angkat kaki. And chef tu balas, "HALAL!". Aku dengan kawan aku masa tu rasa nak joget pom pom. Dah ambil ambil makanan ni. Tiba tiba ada satu chef ni approached kitaorang. 

Abang Chef: "Where are you from?"
Me: "I'm from Malaysia and my friend from Singapore"
Abang Chef: "Ohh I'm also from Malaysia and I'm working here as a chef. Nice to meet you guys. I'm so sorry to inform you guys but this food is non-halal"

OH DAMN IT!


Nasib baik masa ambil tu tak terus sumbat dalam mulut. Then dia pun pos pes pos pes dengan chef tu then abang chef Malaysia tu bagitahu yang dalam tu ada pork. Ada aku pukul juga chef yang cakap benda ni halal ni kang. Ke ada prank camera kat area sini? And rasa terharu (tipu sikit) chef from Malaysia tu sendiri offer diri dia untuk bawakan and tunjuk kitaorang tempat makan halal. Even kat area situ pun pinggan halal tak campur dengan non-halal. Yang buat rasa best sangat bila dia offer untuk masakkan kitaorang makanan halal apa apa je we guys minta. Yang kitaorang ni pula bila orang dah offer semua muka tak tahu malu. Macam macam order. Rupanya Abang Chef ni baru je transfer dekat Manila ni from Shangri La Hotel KL. Thank you Abang Chef!


Order macam macam then tak larat nak habiskan. Manusia tamak selalu rugi


Bila dah habis makan semua tak fikir apa and tak nak jalan mana mana dah sebab semua nak balik rest and nak kena packing barang sebab esoknya pagi dah nak balik and nak check out hotel. Kalau esok nak packing memang tak sempat sebab takut tiba tiba terlajak tidur ke. So dalam letih letih tu gigihkan juga la mengemas even mata ni dah kejap kejap pandang katil.


LAST DAY, April 21, 2016

Harini semua muka segar je bangun and awal awal pagi semua dah terpacak dekat lobby sebab nak pergi makan sama sama. Selalu makan berlapan, tapi pagi ni berenam je. Rasalah macam tak complete tapi harini semua nak balik dah. Since harini nak balik, so semua pakat nak makan puas puas and dalam flight nanti tidur je and takdelah teringat makanan best best dekat sini. 


Raudha dengki pergi tutup kepala aku. Crop gambar dia kang baru tahu


Pagi pagi selera tak ada sangat. Padahal tadi beria cakap nak makan puas puas


After makan semua dah berangkat ke tempat masing masing sebab ada yang balik Singapore, Indonesia and aku Malaysia. Tapi waktu flight tak sama. Flight aku paling last tak guna betul. So tamatlah trip aku ke Manila! Nak dekat setahun aku habiskan untuk taip benda ni je sebab macam macam nak kena fikir. Kerja pun banyak juga. For those yang belum baca update aku yang sebelum ni, korang boleh click link dekat bawah.

Trip to Philippines: Davao (Click!)


Thank you guys! See you again.


NOTE: Lepasni kalau aku travel mana mana, entah entah 2018 baru kau dapat baca update aku la kot?


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd