APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, July 2, 2011

jam 3 pagi



ok, aku write entry pepagi buta ni bukan nak cakap aku ade jam 3 ke, sekarang pukul 3 ke tapi pasal aku selalu tidur lewat sampai pukul 3 pagi . eh, kenapa aku nak bercerita tentang ni ? cuba baca, blog sape korang ngah dok menghadap sekarang ? blog aku kan ? heh *kau buat orang nak muntah laa gile ! ok, back to tujuan asal aku dok memikirkan ape entry yang aku patut tulis today . disebabkan kekeringan idea and nafsu berblogging yang semakin menggedik tahap karma, paksakan jugak diri aku menaip even mata dah ditahan guna pencungkil gigi . disebabkan aku gigih nak menaip dan korang tengah baca, meh kita cerita pasal 3 pagi .

setiap 3 pagi ape yang aku buat ? berak ? kadang-2lah but waktu-2 mcm nilah baru aku dapat menghirup udara segar . waktu mcm ni semua manusia dah tidor . tinggal hantu-2 yang berkeliaran . even kadang-2 naik gak bulu roma pepagi nie, but tetap jugak gatal nak duduk depan tingkap sambil layan angin segar . *mata dah sangat mengantuk lepas makan nasi lemak 2 bungkus ! and plus, waktu-2 mcm ni lah internet paling laju sampaikan kadang-2 aku bukak youtube, movie cepat je dapat tengok, so terpaksalah aku jadi mcm musang . siang tidor, malam berjaga *ingat lagikk lagu nenek-2 si bongkok 3 . paling pedih bila tidor lambat esok kelas pukul 8 . siapkan pencungkil gigi jelah dok tahan mata kau . pergi mandi pagi-2 dengan kesejukan yang fana menusuk jiwa raga serta bakul, mata berair-2 sebab mengantuk dan melangkah ke kuliah di awal pagi . hari yang begitu indah .

duduk kat sini memang tak sah kalau tak tidor lambat . dulu kat sekolah bolehlah ngada-2 dok nak tidor awal la apelah sekarang memang harapanlah kau nak tidor awal . paling awal pukul 2 . haih, memang best berkeadaan begini . nanti bila dah ada jawatan besar, gaji besar and nak tambahkan pendapatan, boleh buat kerja part time kilang ke kan sebab dah belajar berjaga dari sekarang kan . bahagia anak cucu . and yang paling best, pukul 3 pagi inilah waktu yang paling best untuk mencari ilham buat cerpen . *jiwanglah sial ! memang masa ni idea melimpah ruah mcm kari mamak kat atas roti canai . masa waktu mcm nilah aku suka buat cerpen and dah siap dah satu cerpen yang nak aku publish kat blog aku . even aku rasa mcm nak publish semua tanpa set-2 episod, but sebab nak naikkan traffic blog aku, terpaksa aku gunakan cara kotor mcm ni buat orang dok follow blog aku tiap ari . even orang nak cakap jiwang ke ape ke, tak payahlah baca kalau setakat baca nak down orang . at least bolehlah jugak aku menghasilkan satu story dari tak tahu nak buat apa-2 . ok, sekarang bukanlah masa nak membuka cerita-2 yang busuk . *tutup hidung jap sebab terkentut

and disebabkan esok hari sabtu, aku akan menggantikan waktu tidor yang telah aku korbankan so esok tunggu jelah sarapan, makan tengah hari akan aku gabungkan ke makan malam ? percaya atau tidak ? bolos saja dinding itu !!!! *itu cerita bolos laa gile !