APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, March 21, 2012

kau banyak mengajar aku erti cinta

ASSALAMUALAIKUM

credit to : Nur Edellynn Ellyssya

pertama kali saya nampak awak , saya rasa macam saya mungkin tak akan dapat awak . saya hanya pandang saja awak dari jauh . bila hari lain saya keluar . saya selalu nampak awak lagi . saya rasa macam saya nak tegur awak tapi saya tahu saya tak mungkin akan dapat gadis macam awak . awak selalu keluar dengan seorang lelaki . saya hanya diam . until one day seorang kawan saya  kenal dengan lelaki yang selalu awak keluar sama sama . saya cakap saya minat tengok awak , gaya awak , senyuman awak , cara awak . dan saya kembali tersenyum bila saya dapat tahu lelaki tu abang awak . saya start cari awak dalam myspace and saya jumpa .

#22 MARCH 2007
awak approve friend request saya and saya start kenal dengan awak . yes mengenali awak memang menjadi sesuatu yang buat saya tersenyum sentiasa . lebih kurang setahun saya kenal dengan awak . macam macam yang awak ajar saya , awak ajar saya macam mana nak menghargai seseorang , macam mana nak cintakan seseorang , macam mana nak belajar faham erti hidup sebab macam setiap kali yang awak cakap kat saya :

AIZAT , HIDUP KITA HANYA SEKALI , JANGAN GUNAKAN UNTUK BENDA YANG MENGGELAPKAN HIDUP KITA SENDIRI

ya dan saya ingat sampai sekarang . saya sangat selesa berkawan dengan awak . saya tahu awak sangat menjaga diri awak . even awak diminati ramai , yang awak tahu , awak perlu fikirkan hidup awak dan mencapai cita cita awak membuat orang bangga dengan awak . bukan sebab populariti tapi sebab awak dah menjadi seorang yang berjaya .

#1 SEPTEMBER 2008
saya dah bersedia nak cakap sesuatu kat awak . tapi saya tak yakin . saya kuatkan hati saya untuk memberitahu apa yang ada dalam hati saya . saya rasa lebih baik saya berterus terang daripada saya pendamkan sebab sesuatu yang kita pendamkan akan menjadi sakit kalau kita simpan dalam hati . bila saya luahkan , awak hanya terdiam . saya takut awak tak dapat terima saya . saya takut awak hanya anggap saya kawan awak sahaja . saya hanya tunduk . awak pandang saya dan awak ambil air saya . awak letak sebelah ice cream awak . awak masukkan ice cream awak dalam coke saya . air membuak . awak hanya senyum dan minum air tersebut . awak kembali pandang saya and awak cakap :

KALAU COKE AND SUNDAE BOLEH BERSAMA DAN MENGHASILKAN RASA YANG SEDAP , KENAPA KITA TAK BOLEH NAK BERSAMA ?

saya hanya tersenyum mendengar jawapan awak . ya ! hati saya terbuka untuk bersama dengan awak . dan mulai daripada hari itulah saya dan awak bersama . awak beri hati awak pada saya . dan saya simpan supaya awak akan sentiasa ada dalam hati saya . awak seorang yang memahami saya . bila saya fikir balik , betul ke awak yang ada depan mata saya , si gadis manis , cantik menjadi kegilaan ramai sekarang dah bersama saya . saya tahu inilah permulaan untuk cinta kita . awak dan saya happy . awak banyak ubah saya , buat saya tersenyum bila saya down , sentiasa tersenyum bila saya marah , tak pernah awak merungut , tak pernah saya nampak awak tarik muka . yang ada hanya senyuman kat bibir awak . yes , kita tak pernah gaduh sebab bila saya terasa nak marah , awak akan selalu jadi air untuk saya .

awak selalu suruh saya tengok langit . sebab awak cakap kita akan tenang kalau kita tengok langit . and awak cakap kalau awak rindukan saya , awak akan pandang langit and harap langit akan sampaikan rindu awak pada saya , sampaikan senyuman awak pada saya . and yes , menjadi habit saya juga bila malam malam saya akan tengok langit . and kita juga berkongsi hobi yang sama . yes hobi membuat origami . kita selalu akan berlumba lumba untuk belajar sesuatu origami and bila jumpa kita akan tukar tukar origami tersebut . tak kiralah origami tu jadi ataupun tidak . kita tetap juga akan buat even menggunakan kertas tanpa warna . yes , saya gembira dengan kehidupan awak dalam hidup saya .

sehinggalah saya masuk ke kampus . saya dengan pengajian saya dan awak dengan pengajian awak . even kita minta course dan tempat yang sama tapi awak dapat tawaran meneruskan dalam bidang Medic dan saya meneruskan dengan pengajian saya dalam bidang Building Surveying . yes daripada sinilah saya mula berubah . macam macam orang yang saya kenal . macam macam orang yang saya jumpa . saya jadi semakin leka . saya jadi semakin lupakan awak . kadang kadang bila awak text saya , saya baca tapi saya tak reply . bila awak call saya , saya tak pernah angkat . tapi awak tak pernah marah , awak tak pernah jemu . setiap hari awak akan buat benda yang sama . until one day saya angkat and kita mulakan perbualan . awak tak marah kat saya . tapi ada satu ayat awak yang menunjukkan awak sedih even awak cuba sorokkan .

I JUST NAK MAKE SURE YOU JAGA KESIHATAN , YOU SIHAT EVEN HATI I PADA YOU , YOU DAH KELUARKAN SEPARUH , I JUST RINDU YOU

tapi saya macam orang yang tiada perasaan . saya hanya diam dan mematikan talian telefon . saya tak tahu kenapa masa tu saya jemu dengan awak . orang yang saya cari , saya kejar untuk dapatkan dia , susah saya nak dapatkan , lama saya cuba nak dapatkan , saya lepaskan macam tu je . tapi , setiap apa yang saya buat hanya awak hadiahkan saya dengan senyuman awak yang ikhlas . awak terlalu ambil berat pasal saya . awak terlalu sayangkan saya . until one day saya balik dan awak cakap kat saya :

JAGALAH HATI I KALAU YOU BETUL BETUL CINTAKAN I , AND PULANGKANLAH HATI I KALAU YOU HANYA SIMPAN TANPA PERLUKANNYA

tapi awak hanya tersenyum saja bila bercakap dengan saya . yes , saya dah banyak lukakan hati awak . saya dah banyak sakitkan hati awak , saya dah banyak abaikan awak . tapi awak sangat memahami saya . saya tahu awaklah yang dicipta untuk memberi kesedaran kepada saya menghargai seseorang . dan bermula daripada hari itulah saya tekad untuk betul betul cintakan awak semula . dan saya dapatkan balik cinta saya dengan awak . ya kita bahagia .

#6 BULAN KEMUDIAN ,
awak cakap awak nak jumpa saya masa saya cuti and bila cuti kita jumpa . haritu awak penuh dengan senyuman . awak rasa happy sangat . awak buat semua benda yang kita buat masa awal awal kita bersama . kita makan ice cream , kita main layang layang , awak mainkan lagu awak untuk saya . saya gembira . until kita ada kat pantai masa saya tengah duduk , awak buka mulut awak cakap kat saya :

AWAK , SAYA AKAN KE US
AWAK BUAT LAWAK EH ? INGAT US TU MACAM NAK PERGI KL KE DEKAT *ketawa
SAYA SERIOUS AWAK , PAPA AKAN TRANSFER KE SANA
AWAK INGAT SAYA PERCAYA DENGAN GURAUAN YANG SELALU AWAK BUAT KAT SAYA NI HAA ? NAMPAK ICE CREAM NI ? CONTENG MUKA KANG .
AWAK , SAYA SERIOUS , SAYA AKAN PERGI TINGGALKAN AWAK , SAYA AKAN TETAP DUDUK DI SANA AWAK , SAYA AKAN PERGI AWAK , PERGI .

saya terus terdiam bila awak cakap macamtu , and saya terus ajak awak balik tanpa berkata apa apa pun . awak cuba bersuara tapi tidak kesampaian . sampailah saya hantar awak kat rumah . awak hanya pandang kereta saya berlalu pergi tanpa saya berkata apa apa . and yes saya rasa tersangat hampa . sampai rumah saya hanya termenung . pandang gambar awak , pandang gambar saya . and yes , saya tak boleh nak lupakan semua benda yang kita dah lama bina and buang macam tu sahaja . even awak call saya banyak banyak kali saya biarkan saja . saya tahu keputusan yang awak buat sangat kejam untuk diri saya . maybe inilah apa yang perlu saya terima lepas apa yang saya dah buat kat awak . malam tu saya dapat message daripada awak :

YOU , I BUKAN MINTA KITA BERPISAH TAPI KITA BERKAWAN . I NAK PERGI JAUH YOU . TOLONG JANGAN BUANG I MACAM TU JE TOLONG

dan yes , saya sedar . saya mesti matang . saya bukan lagu budak budak . saya tahu saya kena hadapi semua ni , dah banyak yang awak ajar saya and saya kena gunakan semua nasihat yang awak bagi kat saya . saya akan terus berkawan dengan awak even hanya sebagai kawan . sebab saya nak awak selalu dengan saya . dan sejak daripada itu kita mula berkawan , tapi kita hanya ada masa 4 bulan sahaja sebelum awak pergi jauh daripada hidup saya . dan saya mesti happykan diri saya dalam masa empat bulan tu sebab lepasni saya dah tak akan jumpa awak lagi . hinggalah satu hari awak cakap yang awak sukakan lagu ini and suruh saya dengar . yes lagu ini masih baru and saya cuba dengar lagu ni . and yes saya tertarik dengan lagu tu . lagu yang penuh dengan jalan cerita cinta kita .

AWAK ,
even 4 bulan kita dah berkawan , saya masih lagi rindukan senyuman awak . and yes , tibalah hari yang awak akan pergi jauh daripada saya , pergi tinggalkan cinta awak dan saya di sini . and ya , saya tak dapat nak hantar awak ke airport sebab masa hari awak pergi itulah hari saya akan balik ke kampus sebab saya akan mula kuliah pada esok harinya . saya call awak tak dapat and awak call saya balik . yes , saya masih ingat pesanan awak , even masa last sebelum saya sempat ucapkan selamat tinggal talian dah terputus :


"AIZAT , YOU ARE THE BEST ONE YANG I PERNAH JUMPA ! YOU AKAN ALWAYS I INGAT SAMPAI BILA BILA . JAGA KESIHATAN YOU . JANGAN NAKAL NAKAL . I NAK YOU TAHU EVEN I JAUH TAPI HATI I AKAN TETAP ADA KAT SINI . EVEN I PERGI , AKAN ADA SOMEONE YANG AKAN DATANG MEMBUAT YOU LAGI TERSENYUM LEBIH DARIPADA APA YANG I BUAT YOU TERSENYUM . INGAT , JIKA SESEORANG GADIS TU DICIPTA DARIPADA TULANG RUSUK LELAKI TU , MANA MANA MEREKA PERGI MEREKA AKAN TETAP BERSAMA , AND INGAT AIZAT , BELAJAR LEBIH KUAT DALAM HIDUP , SENYUM SELALU AND INGAT MACAM MANA SUSAH PUN ALLAH AKAN SENTIASA ADA DENGAN KITA , I NAK YOU DENGAR KALI TERAKHIR YANG I SANGAT"

and yes tanpa sempat dia habiskan kata kata , tanpa sempat saya mengucapkan selamat tinggal kat awak . saya cuba call tapi tak dapat . and yes , tanpa saya sedar , saya capai shade saya pasangkan di mata saya . saya tak tahu adakah saya perlu redha ataupun menitiskan airmata . saya pandang ke atas langit even saya dalam kereta , saya nampak ada flight and saya bercakap dalam hati .

ISYA , ONE DAY AKU HARAP KAU AKAN JUMPA ORANG YANG SANGAT SANGAT MENCINTAI KAU

awak , saya tahu benda ini pun tanpa awak duga , yes terimalah kotak yang saya kirimkan pada abang awak , ikhlaslah menerima kotak tersebut sebab dalam tu ada luahan hati saya buat awak . yes luahan saya bersama MP4 yang khas saya bagi kat awak and ada satu satunya lagu yang awak dan saya minat . bila awak ingatkan saya , dengarlah lagu itu .

awak , bukan senang saya nak lupakan semua ini . tapi awak , saya sudah buka cerita baru dalam hidup saya . yes sekarang saya dah banyak belajar menghargai seorang gadis . menghargai cinta yang diberi . and awak , ikhlas hati saya menerima seseorang yang ikhlas bersama dengan saya sekarang . bukan mudah mencari pengganti tetapi inilah yang telah ditetapkan . and ya awak , dia memang mempunyai banyak persamaan dengan awak . dan saya akan cintakan dia macam mana saya cintakan awak . setiap kali saya pandang dia , saya akan nampak bayangan awak dalam diri dia . setiap kali dia senyum , saya akan teringat senyuman awak pada saya .

tapi awak , saya dah ikhlaskan hati saya untuk redha menerima pemergian awak . dan setiap hari saya akan berdoa dalam hati supaya awak akan mendapat kebahagiaan yang sempurna untuk awak . yes awak dicipta bukan untuk bersama dengan saya tetapi dicipta untuk membahagiakan kehidupan saya . awaklah gadis yang terbaik pernah saya jumpa . and awak , SELAMAT ULANGTAHUN PERSAHABATAN kita selama 5 tahun kita kenal . and isya , jika awak sedang membaca benda ini , saya nak awak tahu yang saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak , orang yang pernah memberi kebahagiaan kepada saya . and telah banyak mengajar saya erti hidup , erti menghargai cinta dan erti menghargai hati seorang gadis . hiduplah dengan happy dan carilah ketenangan yang akan membawa awak kepada kebahagiaan . saya akan menjaga , dia , Fatin dengan sepenuh hati saya macam mana awak menjaga hati saya dahulu . dan saya akan menghargai cinta dia macam mana awak menghargai cinta saya . macam pernah awak cakap kat saya :

CINTA ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH , HARGAILAH CINTA MACAM MANA AWAK HARGAI DIRI AWAK SEBAB CINTA BUKAN UNTUK BUAT ORANG TERLUKA

AWAK ,
hati saya memang patah dahulu , tapi saya faham yang awak perlu pergi untuk kebahagiaan and masa depan awak dan keluarga . saya dah redhakan diri saya menerima pemergian awak berada jauh di sana . and apabila saya tengok ke langit , saya berharap yang awak tahu saya sentiasa tersenyum and mengharapkan awak akan terima senyuman saya itu . saya tahu yang awak tak akan kembali lagi di sini . and awak dengarlah lagu yang kita sama sama suka - (PATAH SERIBU - SHILA AMZAH ) . and insyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa lagi . kalau bukan di sini , di atas sana . dan saya menghargai semua gadis dalam dunia sebab saya tahu macam mana hati dia bila saya dah bersama dengan awak dan saya tak akan lepaskan lagi benda yang saya dah dapat and akan menjaga dia macam mana saya menjaga diri saya .

salam rindu saya untuk awak , wassalam .

ikhlas from : (AIZAT and FATIN)



Walau kau tiada di sini

Ku tetap ingat semua pesanmu

Ku hidup seolah-olah kau masih ada

Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu

Namun hatiku tetap rasa

Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota

Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu

Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu

Segera tinggalkanku

Pergilah kau ke tempat yang kau tuju

Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


NOTE : baca dan hayatilah lirik ini dan inilah kisah kami