APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, July 30, 2011

30 HARI

PART VI (CONT'D)


“O..Ok.. Dalam 20 minit lagi saya sampai”, kata Dzarriq lalu meletakkan gagang telefon.

Sejak 5 hari yang lalu, Allia tidak membenarkan Dzarriq menghantarnya pulang. Pelbagai alasan yang diberi. Dia hanya meminta Dzarriq menghantarnya dekat selekoh berhampiran rumahnya sahaja. Setelah 20 minit berlalu, Dzarriq sampai sambil kehairanan melihat persekitaran rumah Allia.

“A…Allia.. Apa semua ni?,” soal Dzarriq apabila Allia datang kepadanya.

“Inilah yang selama ini saya nak beritahu awak Dzarriq. Inilah selama ini saya simpan dan pendamkan dari awak”, kata Allia dilinangi airmata lalu menghulur sekeping kad kepada Dzarriq.

Dzarriq mencapai kad tersebut lalu dengan pantas membukanya.

Walimatul urus,

Mohd Affiq Mustaqim bin Datuk Zahid Hisham bersama pasangannya Allia Nuha Qistina binti Mahadi bersamaan 30 April 2011.

Tersentak hati Dzarriq tatkala membaca kad perkahwinan tersebut.

“A..Apa semua ini Allia? Kenapa awak tak cakap kat saya sejak dulu lagi? Kenapa sekarang?”, kata Dzarriq memegang bahu Allia.

“Maafkan saya, maafkan saya. Memang sebelum kita melalui 30 hari ini saya nak cakap kat awak tapi awak tak bagi saya peluang. Banyak kali dah saya cuba nak beritahu awak tapi saya tak kuat, Arriq. Saya tak kuat. Setiap hari saya cuba beritahu awak tapi bila menatap wajah awak, saya tidak sampai hati. Maafkan saya, maafkan saya, Arriq”, kata Allia diiringi tangisannya.

“Kenapa terlalu awal, Allia. Kenapa? Saat saya nak mengenal apa itu cinta, awak hancurkan cinta saya. Kenapa Allia?”, kata Dzarriq sambil menggoncang badan Allia.

“Saya terpaksa Arriq. Saya terpaksa. Ini semua kehendak mama. Mama mahu lihat saya bahagia di samping Mustaqim. Mama dan keluarganya dah kenal lama. Saya tak sanggup hancurkan perasaan mama. Hanya dia sahajalah yang saya ada”, kata Allia dalam tangisan sambil menatap muka Dzarriq.

“Allia, kenapa perlu macam ini Allia?”, kata Dzarriq menoleh ke belakang memegang kepalanya.

“Maafkan Allia, Dzarriq”, kata Allia memegang bahu Dzarriq.

“Tidak mengapa Allia. Saya faham. Macam yang pernah awak cakap. Jika jodoh kita dengan seseorang itu, walau apa juga cabaran dan dugaan, ia akan tetap menjadi jodoh kita. Mungkin ketentuan kita hanyalah persahabatan. Terima kasih kerana menceriakan setiap hari saya bersama awak. Saya balik dulu. Kirimkan salam saya pada Mak Cik Asmidah. Selamat Pengantin Baru, Allia”, kata Dzarriq lalu menuju kearah keretanya tanpa menoleh ke belakang.

Airmata Dzarriq jatuh berlinangan. Inilah kali pertama dia menangis kerana cinta. Barulah dia mengerti apa itu cinta. Cinta kadangkala membawa kebahagiaan, kadangkala membawa kedukaan.

“Arriq.. Arriq… !”, laung Allia tanpa dihiraukan oleh Dzarriq.


bersambung....