APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, December 6, 2015

Trip to Singapore : Trick Eye Museum

ASSALAMUALAIKUM

Lepas agak lama aku sengaja diamkan diri lepas last update aku pasal Korea tu. So harini aku ada benda baru yang aku nak cerita kat korang. Come on cuti sekolah kan, kalau korang tak mereput kat rumah pun, korang mesti akan tidur sampai ke tengah hari, bangun mandi solat and makan, then sambung tidur. Sampailah bengkak kepala asyik buat rutin sama. Apa cerita harini?


Singapore, November 20, 2015

Harini memang awal awal pagi buta lagi aku dah sampai dekat Singapore sebab aku memang request untuk ambil flight pagi pagi, around 6 pagi Malaysia macam tu (oh man, timezone Malaysia dengan Singapore sama je, go jump from the everest) sebabnya aku dengan Keba takut tak cukup masa dekat Singapore. Tak over kan? So sampai dekat Singapore baru pukul 7 pagi. Belum sempat punggung nak panas dalam flight, dah kena keluar. Belum sempat Cik Stewardess nak bertanya nama penuh aku. Eh?

After dah ambil luggage apa semua, benda first yang we guys fikir, nak beli sim card dengan mana nak cari train card. Since kat sini pun train dia everywhere macam dekat Korea, so senanglah sikit nak gerak mana mana. Paling penting sekali, beli sim card untuk internet. Bukan sebab riak nau nak live update (tapi macam ada je?) tapi sebab senang nak guna waze and google tempat kat sana. Sebelum ni ada juga yang tanya aku macam mana kitaorang cari tempat bila travel apa semua tu. 

Tips! Google je. Contohnya, "How to go to Trick Eye Museum Singapore". Mesti jumpa.


Sebab nak kejar masa, masa sampai pandang je katil and lompat lompat. Tak sempat tidur pun


Ok macam dah jauh daripada tajuk asal, so aktiviti aku harini? First mestilah paling excited nak pergi Trick Eye Museum ni. Siapa yang belum ada apa apa plan untuk cuti sekolah ni? Or yang memang tengah cari attractions dekat Singapore? Go to Trick Eye Museum please. I bet you will have so much fun there, trust me.

Sebelum ni aku memang ada nampak benda ni dekat Korea tapi sebabkan tak sempat and nak kejar semua benda, so akhirnya dapat juga masuk Trick Eye Museum tapi bezanya dekat Singapore. To be honest, aku excited gila. Tak kisah dah Keba tertinggal dekat belakang dok sibuk snap view sana sini.


Dah hujan hujan ni memang makin mengantuk biji mata


Untuk korang yang baru first time nak pergi Trick Eye Museum ni, jangan risau. Korang boleh access kat sana dengan macam macam cara. Macam aku, aku guna monorail je from Vivo City. Ada juga yang boleh ke sana guna cable car tapi aku tak sure cara dia macam mana. If korang daripada mana mana station, korang boleh stop dekat Harbourfront Station then pergi Vivo City tu. Around 5 - 10 minutes berjalan.

Beli tiket monorail then settle boleh sampai dah kat Trick Eye Museum Sentosa, Singapore tu. Kena rajin sikitlah tanya orang sebabnya nanti silap silap boleh sesat masuk USS sebab dia memang sebelah sebelah je. Nak cari sendiri boleh tapi kena gigih sebab takut berputar kat tempat sama je.


5 minutes later....

TADAAAAAA!


Mohon baca jangan buat buat malas pula!


Antara benda paling best dekat sini, kau boleh sentuh apa je art kau nak dalam tu


Untuk korang yang tak tahu, cuba teka nama Trick Eye from Trick Eye Museum tu daripada mana? Cuba teka cuba teka? Ok menyampah kan nak teka teka. So nama tu datangnya daripada trick of the eye yang mana kau sendiri pun tahu everything dalam trick eye museum tu akan trick mata korang. Ha masa tu baru terbuntang mata kau, daripada ke ceiling sampai ke lantai dia punya art yang korang boleh ambil gambar yang menggunakan ilusi. Excited tak? Siapa tak excited dia minta kena bantai dengan aku.



Ok jom kita tengok apa yang menarik kat dalam ni. Bagi aku semua benda menarik. For your information, dekat dalam Trick Eye Museum ni memang ada banyak section, so every section ni kau memang wajib masuk and ambil gambar. Kalau tak ambil balik nanti kau akan menyesal. Tak nak caye sudah. Aku tengok macam macam cara dah orang pose. Ada yang telentang, meniarap, terkinja kinja, termasuklah aku yang ikut sekali kuak lentang dekat dalam tu. Masa ni dah tak ada kira malu ke, kira orang mengata ke apa ke sebab semua jenis macam tu juga dalam tu, sama sama gigih posing.


Omg kasi teaser sikit sebelum masuk, bergetar rusuk ni


Bukan main gembira muka aku kan tolong orang tersumbat dalam manhole


Part paling favourite aku dalam ni part aku nak kena makan dengan ular tu dengan part sky diving. Serious cakap aku bergigihan untuk posing and dalam gallery aku rasanya ada 300 gambar kot untuk dekat ular tu je. Belum masuk dekat sky diving lagi. Rasa real tau menggeletar punggung nak selamatkan diri daripada ular. Takot takot takotnyaaaaa! Ok tak lawak. Ni section kedua aku masuk, section pertama gambar kat bawah ni yang kepala aku terkeluar seketul daripada bawah meja tu and part dekat dancing star. Ada siapa siapa macam berangan nak jadi trainee SM Ent, so kau boleh duduk sana lama lama and menarilah kau sampai SM Ent terima kau jadi trainee.


Dekat sini kau boleh tengok diri kau sendiri menari. Macam mana tu? Kenalah datang!


Ni pun antara favourite area aku dalam Trick Eye Museum Singapore ni


Soalan, cuba teka meja tu macam mana? Cuba teka cuba teka?


Yang bestnya lagi dekat sini, every single space ke corner ke memang ada je art and benda untuk korang ambil gambar. Even kau rasa macam dah penat nak ambil gambar dah, kau akan gigihkan diri juga untuk ambil gambar. Masa aku pergi ni memang tengah cuti sekolah. So memang banyak ada lawatan sekolah ke sini. Plus korang pun tengah cuti juga kan sekarang? Apa kata jom pergi?


Rela kan gajah tu angkat aku pakai belalai dia! Muka macam nak termuntah gajah tu.


Paling gigih panjat tiang bumbung rumah nak selamatkan diri. Sebaldi peluh aku tahu tak.


Power kan? Sky diving tak guna apa apa. Aku rasa manusia paling power adalah aku.


Disebabkan mata aku terlalu melilau and excited, sampai aku lupa dah section berapa aku masuk dah. Tell you, 1 2 jam memang tak cukup duduk sini, paling kurang pun 3 jam sebabnya aku rasa aku dengan Keba duduk dalam ni nak dekat 3 jam setengah. Terbaring berlari menari memanjat semua dah buat dah dalam ni. Tinggal tunggu orang nak halau je keluar sebab asyik muka aku dengan Keba je pose ulang ulang dekat tempat sama. Tapi yang bestnya bila part orang posing, then kau pun sama duduk sebelah kawan or family dia, snap sekali gambar dia. Makin rancak diorang posing and to be honest that's cool!


Calon suami awak semua, ok tak?




Mungkin ada juga masa datang mungkin rasa macam awkward kan? Or area mana korang nak pergi dulu korang tak tahu kan? Benda kecik je, masuk masuk je korang akan boleh terus jumpa dengan staffs Trick Eye Museum yang memang always available untuk korang tanya semua benda. Kalau masih cuak and takut lagi (jenis macam ni patut dibantai je sebab takut), korang boleh minta one staff untuk assist korang. They will help you, of course! Trust me. Alah kalau jalan sendiri pun tak akan ada sesat pun lah. Paling paling pun tersumbat bawah perut gajah dalam tu.


Do Min Joon oppa. Aku ambil gambar dekat kerusi ni serious banyak kali tak tipu. Kasi nampak
effect natural


Paling win yang pakai skirt pink tu. Paling cun and paling anggun. Insecure aku tengok dia.


Semua orang memang tengah tunggu turn nak ambil gambar and fikir posing apa pulak nak buat



Tengok abang ni rilek je masuk laut pakai macam ni. Kena tibai dengan ikan paus kat belakang tu tahulah


Banyak kali juga aku perhatikan makcik baju merah tu patung ke real, rupanya real


Aku ingat aku sorang je yang power, makcik ni pun power merangkak je
panjat dinding. Tanjat kita.


Overall, aku memang puas hati gila masuk dalam Trick Eye Museum Singapore ni. Memang macam macam tempat yang aku boleh ambil gambar plus semua art dia memang menarik. Masa nilah nak rasa power and rasa kena practice semua skill acah model kau dekat sini. Kalau memang ada plan nak pergi Singapore, korang memang listkan Trick Eye Museum ni tempat wajib untuk korang singgah. 

Oh ya, ada tak yang nak menang ticket flight ke Singapore and ticket untuk masuk ke Trick Eye Museum? Gila kan kalau tak nak? Senang je cara dia! Yang penting korang kena follow instagram aku dulu. 




GIVEAWAY!

Cara untuk dapatkan giveaway Trick Eye Museum Singapore senang je. Korang just follow je step Aizat bagi kat bawah. 

1 lucky winner akan dipilih untuk dapat a pair of flight tickets + admission tickets! Ok yang ni aku paling excited nak korang menang.

Another 5 winners akan dapat a pair of admission tickets to Trick Eye Museum Singapore. 


Cara cara nak menang;

1. Repost gambar Aizat dekat Trick Eye Museum dekat Instagram korang. Ikutlah banyak mana korang rasa nak repost. 

2. Jangan lupa letak hashtag #FlyMe2TrickEyeSG and tag @TrickEyeMuseumSG Instagram account in the post. Ini wajib. 

3. After the post is sucessfully reshared on your Instagram, jangan lupa pula share dekat korang punya Twitter. 

4. Ouh ya, jangan lupa follow @TrickEyeMuseumSG Instagram account for updates on the results. Lambat, babai. 

5. Paling penting, set your Instagram and Twitter account to public so we can view your post.

Senang kan? Go go. Sementara Aizat ada nak upload any gambar baru ke, korang boleh start dah repost gambar Aizat sebelum ni dekat Trick Eye Museum Singapore tu. 

@TrickEyeMuseum @trickeyemuseumsg #TrickEyeSG

Goodluck!