APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, September 29, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 6

ASSALAMUALAIKUM

Woooo update kali ni macam bersemangat sikit bercampur dengan sedih sikit sebabnya update harini pasal we guys pergi idol company and yang sedihnya bila dah nak balik. Setiap hari menghitung hari, tak nak balik and rasa nak lambatkan masa. Walaupun aku ni Do Min Joon sekalipun, aku tak dapat nak melawan takdir alam. Jadi, bersedihlah aku mula packing barang untuk get ready nak balik. Punya tamak beli barang sampai packing 700 kali pun barang tak muat muat.


Seoul, August 2, 2015

Disebabkan malam tadi sebelum tidur semua makan ramen. Harini masing masing bangun je muka bengkak macam donut yang kau rendam dalam air. Macam biasa rutin budak budak perempuan ni suka nau pagi pagi kacau kitaorang dengan annoyed-kan kitaorang ketuk pintu banyak banyak kali. Takpun tahap paling annoying, ketuk ketuk dinding. Selagi kau tak balas, selagi tu dia akan ketuk ketuk dinding bilik tu. Kalau aku owner guesthouse, dah lama dah aku halau diorang bertiga ni balik Malaysia.

Bila buka pintu bilik je, aku pun ketawa tengok muka Didi and Dini sebab masing masing muka bengkak sebab makan ramen. Punyalah bersemangat aku ketawa sebab muka macam donut bengkak, then diorang pun cakap:

"Kau nak ketawa apa, muka kau pun sama je"


Aku rasa hari hari muka kitaorang bengkak dekat sini sebab bila siangnya macam macam cafe lah, street foods lah rasa sampai buncit perut, then bila malam je semua kenyang and just beli kimbap and ramen. Bila pukul 2 3 pagi terkinja kinja lapar nak masak ramen. Mana muka tak bengkak. 

Lepas breakfast, we guys pun keluar guesthouse around pukul 10 macam tu sebab takut lambat even dekat je company company tu dari sini (tak dekat manapun kecuali Big Hit and Jellyfish - aku pergi Big Hit Ent last day not today). Tapi sebab nak melayan si Keba pergi Art Museum dia, so we guys decide pergi museum dulu then barulah pergi idol company. Lagipun kalau pergi idol company mesti lama kan nak tunggu idol lah, nak ambil gambar depan company lah, dekat tong sampah company, dekat alas kaki depan pintu company, so baik pergi tempat yang tak penting dulu. Oh ya, dekat guesthouse ni pun ada disediakan breakfast juga ye. But light breakfast and korang boleh juga memasak dekat situ or panaskan makanan sebab semua benda dia sediakan (bahan masak terkecuali). Ada peluang lah kau nak masak rendang ke kuah kacang dekat sini. Nak goreng tempe pun tak apa.

First location, Leeum - Samsung Museum of Art

Kalau korang tanya aku jalan nak pergi dekat sini, to be honest aku memang tak ingat sebab kan, lepas keluar daripada train tu kitaorang guna waze untuk ke sini. Tapi daripada Apgujeong tu, korang boleh ambil line 6 and berhenti dekat Hangangjin Station and boleh ambil exit 1. Sebab itu je yang aku ingat cara nak pergi dekat sana sebab yang lain memori aku dah rapuh. Lepas dah exit 1 tu aku rasa korang dah boleh mula waze kot sebab kalau tak waze korang memang confirm akan sesat. Entah entah jalan punya jalan tahu tahu dah sampai Krabi. 


Rumah dia so korean drama style. Plus kawasan dia bersih, I mean bersih nak mampus 


Nak pergi dekat sini, korang kena berjalan nak dekat 2KM daripada train station tu and jalan dia semua berbukit bukit. Janganlah berangan tiba tiba nak pakai heels ke, nak pakai jacket segala sebab jacket kau tu nanti kau dah boleh buat towel lap peluh peluh kau satu badan. Mula mula aku ingatkan tempat ni tak jauh. And usually kalau nak pergi satu tempat tu, aku yang selalu waze. Kebetulan masa aku waze tempat ni Keba tengah berjalan dengan aku, and aku pun waze samsung art tu (Keba yang nak pergi sangat sangat!), tiba tiba tengok jarak dia daripada tempat we guys berjalan nak ke sana tu lagi 1.8KM, after we guys dah jalan nak dekat 1KM. Total? Nearly 3KM. Ok mati. Then Keba terus tarik aku kelam kabut and cakap:

"Diam diam diam! Jangan kasitau diorang" - Sambil ugut macam nak bunuh aku, siap cekik. Sila bash Keba


Bila diorang tanya je kitaorang, kitaorang cakap lagi 500 meter je lagi. Sampai dekat situ barulah kitaorang bagitahu yang sebenarnya we guys dah jalan lebih daripada 2KM. Maka, peperangan antara kaum lelaki dan perempuan pun bermula. Elok kita post je Keba balik Malaysia kan? Aku pun bukanlah jenis yang suka masuk museum sangat, sebab aku kalau tengok art, macam sculpture ke kan, aku tak ada perasaan. Bosan kan jadi aku?


Sumpah aku tak perasan Meen dekat tepi tu sampailah aku update Day 6 ni. Ingatkan tourist hahaha


Untuk entrance fees dekat museum ni, korang kena bayar 14,000KRW and dia akan bagi korang mobile phone dengan headphone untuk korang guna dekat dalam tu. Ala ala macam idol punya mic masa perform dekat stage. Then dia akan scan dekat setiap area yang korang pergi and akan explain melalui headphone benda apa yang korang tengok tu. Yang tak bestnya pergi dekat sini, tak boleh nak ambil gambar art art dia. Hadaplah kau macam orang tongong dekat situ and bag kena simpan dalam locker. Macam heran nau nak ambil art dia yang besar meja makan tu. Ingat muat agaknya nak letak dalam bag (dengki betul dengan museum ni kan hahaha). 


Nak ambil gambar ni kena tunggu orang bersih daripada kawasan dulu. Ada ramai ramai orang menyemak je.


Kalau korang suka art and kawan korang yang membosankan macam aku, better kau fikir 5 6 kali nak pergi ke tak sebabnya nak pergi sini dahlah jauh, then korang tak boleh ambil gambar. Plus benda benda dalam tu banyak macam tembikar and etc. Sedangkan museum dekat Malaysia pun kau tak reti nak masuk, ni nak tengok tembikar negara lain, boleh lupakan impian kau tu. Tapi kalau nak ambil gambar dekat area luar bangunan ni memang lawa pun, and dia ada banyak decoration decoration yang buat aku rasa menyesal tak bawa baju 2 3 helai sebab boleh jadikan gambar gambar throwback kalau takda gambar nak upload. 


Tengok sampai tidur sambil berdiri pergi museum


 Antara tempat yang korang boleh ambil gambar


Yang paling kepala hotak kan, aku rasa Keba ajak pergi sini, tapi sekeping gambar dekat sini pun dia tak ada ambil rasanya. Mungkin dia dah ready nak kena libas dengan kitaorang agaknya? 

After dah membuang masa dekat museum tu, so we guys decide nak berkejar pergi company sebab masa tu pun nak dekat pukul 3 petang. Pergi lambat lambat nanti bukan idols je tak dapat jumpa, dengan bangunan dia pun turut lesap. So kalau yang memang dah letak awal awal dalam plan dia nak pergi idols company ni, korang kena block one day yang korang focus untuk pergi company je. Sebabnya jarak dia bukan satu kelompok macam hidup berjiran, ada je yang dekat 3 4 company, and yang lain lain tu another area. Contohnya macam SM Ent, FNC Ent, JYP Ent and Cube Ent memang dekat dekat, yang Big Hit Ent dengan Jellyfish Ent pun dekat dekat, yang YG Ent and Woolim Ent tu area lain. Lain lain company? Pandai kaulah cari sebab aku tak pernah bekerja dengan agensi pelancongan atau pembuat peta negara Korea. 

Ha pening tak fikir nak naik train apa? Korang dari mana mana tu, korang tengok line mana yang pergi Apgujeong Rodeo Station. Kalau daripada Apgujeong area guesthouse aku tu nak jalan kaki boleh, lepastu kau separuh koma lah kot sebab nak kena jalan around 3KM. Better naik train, janganlah nak tunjuk kuat boleh berjalan tunjuk betapa die hard fan kau tu dekat idol idol kau tu. So lepas dah sampai dekat station tu, ambil exit 2 and jalan. Make sure kaki kena dapat rehat yang secukupnya malam sebelum korang pergi ni. Korang jalan jalan jalan jalan jalan jalan, and apa kata korang guna waze nak tak? Lagi senang jumpa daripada aku ajar korang dalam ni. 


Ni tempat melintas tau kalau ada siapa yang tak tahu


Nanti bila jalan kedepan tu, korang akan nampak SM Ent old building tau. Sabar sabar, jangan excited dulu sebab dekat situ ada bangunan je okay? Jangan rasa kau boleh nampak idol bersepah lepak depan bangunan tu. And selalunya orang tak heran sangat dekat bangunan ni sebab yang orang heran dekat bangunan yang ada tulisan SM Ent tu, bangunan baru kalau tak silap aku. Buat modal berlagak bila balik Malaysia, ye tak?


Jalan jalan jumpa benda ni. Comel rasa nak bawa balik masuk bag


Abang EXO pun ada. Berdiri diam diam dekat situ okay


Sepanjang jalan dekat sana memang korang akan nampak patung patung macam ni untuk idol idol yang company dia ada area situ. Aku nak masukkan gambar satu satu tu panjang pula update aku nanti. Cukup 2 keping patung je aku masukkan. Plus, tengok benda ni pun dah rasa gayat and ambil nak dekat 200 keping gambar dekat patung ni je. Boleh nampak kan betapa gayat? 

So jalan punya jalan, sampailah dekat first company. Aku dah cakap dah hidup dekat sini memang berjalan je kerja.


1. SM Entertainment - TVXQ, Super Junior, SNSD, f(x), Shinee, EXO, Red Velvet and etc.

Entah entah tempat aku duduk ni Baekhyun selalu main baring baring kan kan kan?


Usually kalau korang pergi company dekat sini, kau tak boleh letak harapan tinggi untuk jumpa idols kegemaran korang sebabnya company dia memang sunyi sepi and ada security guard dekat depan. Kau ambil gambar macam orang tongong dia pandang je. Kau punya jalan jauh jauh semata mata nak dapatkan company ni, dia pandang kau agaknya ketawa ketawa je sebab dia hari hari hadap bangunan tu and boleh ambil gambar dari pelbagai angle. Tapi sebab nak completekan one of korang punya life goals kan, bolehlah pose pose sikit dekat depan tu. Plus, masa tengah ambil gambar, Dini cakap ada satu idol van (with black curtain) berhenti depan tu, driver dia cakap cakap dengan guard, then nampak kami yang gayat ni ada, dia terus jalan je. Maybe masuk laluan bawah tanah? Hahaha ok hambar. But we guys pun tak tahu idol ke bukan. Entah entah tu pekerja bersih dinding bangunan kan. 


Menyendiri tunggu idol. Ingat menyorok balik tiang dia tak boleh nampak???


Ni entah dancer ke entah trainee ke aku pun tak tahu sebab muka pun bajet bajet idol je. Nyampah. Bakar karang


Macam aku cakap kan, dekat sini kalau korang jumpa trainee buat tak tahu je sebab nanti mulalah nak perasan macam korang ni fans yang ambil gambar dia diam diam. Padahal kau ambil gambar pak guard dekat belakang dia tu. Perasan kan kan kan? Kitaorang dekat SM Ent pun tak berapa lama sebabnya ada banyak company lagi nak pergi. And rasanya takda idol pun buat masa ni sebab takda orang bersesak sesak pun nak tunggu idol area sini. Selalu macam lautan semut orang teriak oppa oppa oppaaaaaaa dekat depan company. So next! Around 300 meters je dari SM Ent, company lain pula we guys singgah. 


2. FNC Entertainment - FT Island, CN Blue, AOA, Juniel, N.Flying and etc. 

Ni hongki selalu main baling selipar dekat tempat aku berdiri ni


Sampai dekat FNC Ent je dengar bunyi orang tengah practice drum and lama juga we guys tunggu sebab Dini kata masa dia pergi dulu dia nampak Yonghwa ke Jonghyun entah tengah melintas dekat bangunan tu sebab dia tak berapa pasti, yang dia pasti, dia nampak. Ok Dini sangat pandai berlawak tau sebenarnya. Aku pun tak tahu siapa yang tengah practice tapi yang pastinya ada van idol dekat belakang company tu. Eceh mengada je nak parking masuk belakang, masuk depan lebih elok ye tak? 

Then tengah tengah ambil gambar, ada one guys, wear mask, from outside, rushing buka pintu masuk dalam bangunan. And masa dia tengah buka pintu tu, sempat tu nak pandang we guys. Oklah kita bersangka baik, maybe tu bukan idol, maybe tu staff FNC yang saja saja nak pakai mask? Selsema? Jerebu? #pedas. But from body figure, hairstyle and height macam vocalist N.Flying? Entah. Tak hadap lama lama pula sebab dia terlalu cepat masuk. Kalau tak aku dah lompat tangkap kaki dia jadi sasaeng fans.


AOA YESSS AHAAAA. Kemain besar kan poster dia. Jatuh atas badan kau, ghaib terus kau dari muka bumi.


Dekat depan FNC ni adalah fans dari Japan datang hantar hadiah and surat apa bagai. Then tanya we guys macam mana nak masuk dalam kasi hadiah. Aiyooo akak, kalau we guys tahu macam mana nak masuk dalam tu, we guys dah takda dekat depan jalan ni mencangkung tunggu idols akak. Dah makan nasi goreng seafood dah dekat dalam bangunan sama sama dengan idols tu akak. After dah give up tunggu idols, we guys pun pergi next company. Entah entah masa tunggu tu, idols dekat dalam tertonggeng tonggeng ketawakan kitaorang tunggu macam orang dungu. Next company tak jauh pun, jalan depan sikit around 200 meters plus plus je kot. Engkau jangan pemalas eh nak berjalan. Pergi sini bukan boleh dapat tiap hari.


3. JYP Entertainment - Wonder Girls, 2PM, 2AM, Miss A, GOT7, Day6 and etc. 

Sikit je lagi nak masuk entrance tu. Kalau ikut hati dah rempuh dah


So sampai JYP pun dah nak petang sikit. Company nilah aku paling excited nak pergi! Then decide gigih gigih ambil gambar dulu takut dah gelap. Nampak macam ramai je tunggu depan company so we guys decide nak tunggu dulu, mana tahu boleh jumpa Jackson ke Yugyeom ke kan. Sambil melepak tu, korang boleh makan makan minum minum depan Dunkin Donuts depan JYP Ent. Takyah risau rasa haus ke rasa lapar ke. Tapi jangan duduk buat semak je tak beli apa apa dekat situ. Confirm dia akan halau kau dengan cara kejam. Ok ini bergurau je tau. 


Aku cuba nak elakkan ambil gambar JYP baju pink tu tapi dia melorat je ada dekat mana mana.


Ahaa nilah antara idol idol dekat dalam ni. Eh macam takda je poster aku dekat sini?? (I were standing 
in the same spot as Jae Day6 *berlagak*)


Ohhhh adalah aku dekat situ, dalam golongan GOT7. GOT8 coming soon.


Tips, kalau korang ada nampak any cafe dekat depan company kan, apa kata korang masuk? Then beli benda yang atas 5,000KRW. Tak kisahlah nak campur makanan dengan minuman ke apa. Sebab kan, korang boleh dapat album percuma! Tulah apa yang kitaorang buat. Another tips, jangan share receipt dengan kawan korang. I mean each of you guys kena dapat single receipt. So boleh claim album dekat ahjumma jual air tu. Best ke tak? WEH BOHONGLAH TAK BEST KALAU DAPAT ALBUM PERCUMA! ALBUM LATEST PULA TU! Sengaja caps lock.


Tengok tu muka bahagia dapat album aku (I mean I'm the one of GOT7 members, Isaac)


Lepas dapat tahu tu album aku, muka semua masam. Pakcik pink belakang tu je senyum


Lama juga kitaorang dekat depan JYP ni. Tapi bila tengok update yang GOT7 takda dekat Korea, so goodbye JYP we guys takda masa dah nak tunggu. Entah entah yang ramai ramai tunggu ni kan, sebab cafe ni memang sedap? Takpun tunggu lelaki baju pink dekat poster depan JYP tu? Kalau betul, nyesal tunggu sampai 1 jam. Then, we guys go to Cube Entertainment. Tak jauh langsung dari JYP Entertainment tu. Around 50 meter jelah kot? Tiba tiba terfikir Hyuna kan bekas member Wonder Girls (under JYP) and masuk 4Minute (Cube), dia pindah company tu jalan kaki jelah kiranya? Ok my imagination beyond your expectation hahahaha. Daripada JYP tu kau toleh je kepala sikit, dah nampak dah Cube Ent.


4. Cube Entertainment - Beast, 4Minute, BTOB, Apink, Trouble Maker and etc.

Tunggu Eunji tak reti nak turun turun


Cube Ent ni memang betul betul tepi jalan and depan dia tu Cube Cafe. So kalau korang nak dapatkan tulisan yang nampak Cube Ent dekat atas tu, korang kena gigih sikit sandarkan badan korang betul betul dekat dinding Cube Cafe tu. Dia tak banyak ruang macam company yang lain. Plus, company dia pun nampak lawa and modern same like FNC. Kalau rasa nak jumpa idol tu, gigihkan lah diri tu pergi duduk dekat cafe tu lama lama sebab Cube artists memang suka melepak beli air dekat cafe ni. Tinggal kau gigih dengan tak gigih je nak pergi sini tunggu lama lama.


Jumpa dengan idol pakai mask ni pun dah untung dah. Yelah mirip Do Min Joon kan. Oppaaaaa!


After dah rasa macam tak ada apa lagi nak buat dekat depan company tu, we guys pun decide nak balik sebab lapar dah perut ni. Tunggu idols tak boleh buat kenyang pun perut (tapi kalau jumpa betul betul memang automatic aku akan kenyang hahahahaha). So we guys decide nak balik makan dekat Apgujeong je (penipu! padahal kedai yang plan nak pergi makan steak tu tutup and balik dengan hampa). Memang rasa hampa jugalah sebab plan nak pergi famous korean halal BBQ restaurant, Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant. Memang tak ada rezeki sebab aku tanya owner guesthouse tu yang tempat tu memang tutup hari ahad. Memang bebetul hampa sebab dah sampai betul depan kedai tu. Berkumbah semua balik.


Dekat kedai hitam tu, kedai favourite GD. Kau ada masa kau masuk ok. Aku ambil gambar ni sambil 
berlari nak lintas jalan. Bergegar 8.9 skala ritcher.


Waktu malam kan, so gambar pun buruk. Tapi orang yang ambil gambar ni sentiasa cute!


Alaaaaa nama aku tersorok pula dekat belah belakang sana.


So after dah settle merayau tak tentu arah dekat sini, we guys pun pergi station sama and naik train sama untuk balik ke Apgujeong. So better korang ingat jalan masa korang pergi tadi sebab korang akan guna laluan sama untuk balik. Kalau siapa siapa rasa ambil gambar dengan poster pun dah cukup, sinilah tempat yang kau boleh jumpa poster everywhere. Macam macam idols ada sampai boleh buat kau lupa asal usul kau sekejap. Orang dekat sini pun dah tak heran dah tengok semua benda ni. Entah berbakul manalah kitaorang kena kutuk masa ambil gambar ni dengan orang sana.


Hai Simon D, ingat tak kita dulu ada curi tempe kak gayah?


Ada gambar Didi yang sangat excited je nampak poster Jay Park ni. Tapi aku pilih gambar Didi yang 
behave. #jagaaibkawan #bff #nohate


So malam we guys decide nak beli kimbap, istant rice, kimchi and ramen je since Didi dengan Dini ada bawa bekalan from Malaysia. So we guys nak panaskan je and makan. Kalau korang ada curry dalam tin ke or anything else yang rasa boleh bawa untuk korang survive, bawa je. Sebab dekat sini ada je benda yang kau rasa boleh makan, tapi sebenarnya tak boleh sebab tak tahu real ingredients dia macam mana kan. So better korang makan benda yang korang yakin and elak makanan yang base dia daging and sosej. Sebab tulah muka we guys bengkak je bangun tidur. Sebab dah makan nasi pun, nak juga makan ramen tu. Travel dengan naga naga kan. 

Oh ya, to be honest, punya penat harini, sampaikan gambar berlima pun lupa nak ambil harini. Dan harini jugalah, charger aku yang teruk sampai boleh bawa maut tu menemui ajalnya. 

RIP CABLE! (bersemadi di Korea)


Dah memang dia patut mati pun.


Lepas dah makan, semua keletihan and confirmlah tidur. Dalam kepala ni masih lagi fikir and menghitung hari nak balik sebab kalau ikutkan hati, nak delay lagi waktu balik (nangis sambil garu kepala). Nak rasa apa perasaan aku? Travel sini and rasakan. Dah rasa nanti tweet aku senang nak move on ke tak. Hahaha. 

Ok see you in Trip to South Korea : Seoul Day 7! (eh macam rajin kan pula kalini update awal awal)


Any GOT7 and BTS fans here? Nak diorang datang Malaysia? Buat concert dekat Malaysia? I've good news for you guys! Good news apa? Tunggu next update okay? Siapa nak, comment YES dekat comment box bawah.


NOTE : pergi Korea kalau niat nak shopping, better bawa luggage besar. nanti tak muat menyesal macam aku.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd