APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, May 29, 2012

is that what we called chemistry ?

ASSALAMUALAIKUM

today nak write entry ni sambil tersenyum lebar sampai ke telinga hingga tak boleh nak tutup mulut dah , sebab ada something happen empat hari lepas . yes empat hari lepas lah tak akan esok , baling dengan tembikai nam biji kat kepala kang baru tahu macam mana erti kelukaan sepanjang hayat . nak cerita haritu tapi sebab entry wedding tu lagi penting kan , so aku tangguhkan dulu . actually aku pun tak expect benda ni happen . dalam kepala hotak korang mesti benda apakah ? aizat jumpa norlia ghani ke ? jumpa adibah noor ke ? ataupun maya karin ? no no but jumpa someone yang telah hadiahkan aku coklat . ehemm ehemm bagi korang rasa macam thats a common one lah aizat , dah basi dah taktik bagi coklat , is to olddddddddddddd ! macam makan sambal belacan cicah sirih dia punya lama . but bagi aku sweet je , nak nak yang bagi kita tu orang yang kita tak kenal and entah datang dari mana entah kan , that thing akan buat kita sentiasa tersenyum and tertanya tanya kan . tapi itulah orang cakap , kalau kita rasa benda itu jodoh , one day dia akan datang juga kat kita . ceritanya begini *awan awan putih muncul mengisahkan cerita semalam*

empat hari lepas after balik dari coconut shake dengan jue , adah and paan , aku terus balik rumah . niat nak balik rest and tweet tu memang ada , then aku tengok jam then terus on lappy . baru je buka lappy , tiba tiba phone aku vibrate ada orang PING aku , then dengan malas aku buka sebab aku ni ingat macam orang nak test test contact kan . then tetibe Arriq ajak lepak McD saja saja . aku capai lappy and kunci kereta terus lepak sana  sebab kalau lepak dengan Arriq ni mesti dia ada cerita best nak bagitahu aku . bila dah sampai McD terus masuk and order . tengok tempat kat belah bawah ni dah penuh dengan berbagai manusia berkeluarga macam ada kempen bersih pulak aku tengok . then kitaorang ambil seat belah atas sebab macam tak ramai kat sana , mak cik mak cik temah , jemah , kiah ni semua mana larat nak naik atas kan . semua tu tak minum anmum . bila aku naik je atas tengok macam kosong , pandang kat tempat yang best , aku nampak ada someone tengah duduk bukan seorang , tapi berdua . dua dua perempuan and one word bila aku si gadis belah kiri tu is "SWEET" sebab muka memang nampak ayu macam Lisa Surihani dengan cara dia memang kalau kau tengok pun kau tak pandang dah Lisa Surihani tu . bila dia senyum masa aku terpandang dia sebab aku cari tempat tu , aku just senyum balik . then aku get my place kat area area dekat jugalah dengan dia . bila dah duduk , buka lappy , Arriq mula bukak topik dia , aku dah agak dah mesti dia ada cerita yang dia nak cakap , then bila dah habis cerita , kitaorang just makan , main lappy and bual bual kosong . lama juga borak borak ketawa and budak perempuan tu pun duduk je sambil tersenyum kalau aku tertoleh kat arah muka dia . memang gelabah kalau kita tengah pandang dia , dia pandang kita balik . then cepat cepat alih mata . lama juga dia duduk situ , means daripada aku sampai tu dia dah ada and makanan dia atas meja dah habis pun . maknanya dia datang awal daripada aku . dalam kepala aku fikir maybe dia saja duduk duduk lepak .

then around 1 hour and half tu aku masih tak dapat nak duduk diam sebab mata aku terus je nak pandang dia . aku tak tahu kenapalah kan sebab gerak hati aku . bukan buaya lah hoi tapi sebab bila aku terpandang dia , dia mesti akan senyum and aku pun rasa macam aku suka tengok dia senyum . suka tengok sahaja . maybe sebab dia suka ketawa kecil tu yang buat aku macam tertoleh toleh sikit kat dia . aku tengok dia macam ada kerja juga , maybe dia student juga . yang paling cannot go tu tempat dia memang kira agak berhadapan dengan aku , kira aku tak dapat nak sorok muka aku bila aku try try nak pandang dia . tapi bila dah selalu sangat macam terkantoi pandang dia , aku just tengok lappy aku and fokus je kat apa yang aku buat . then dalam setengah jam lepastu aku tengok dia dah macam berkemas nak balik , aku diamkan je sebab aku bukan kenal dia pun so tak kan tetibe aku nak pergi depan dia cakap jangan balik , dengan kepala aku dia ketuk guna kerusi kat McD tu nanti . aku toleh kat Arriq , dia tengah main game dengan headphone dia kuat gila babeng sebab aku rasa telinga dia dah mula pekak . then bila aku pandang depan balik , perempuan tu nak lalu depan aku dengan Arriq , aku terus tunduk and macam buat buat fokus kat lappy aku dengan tweet aku . dia berhenti depan meja aku , letak something and senyum bila aku pandang dia . aku macam terkejut sebab aku ingat dia nak take a seat kat depan kitaorang . aku nak cakap apa apa pun tak boleh dah sebab macam tiba tiba , aku just pandang and senyum je . bila dia dah letak benda tu kat depan lappy aku , dia terus jalan dengan kawan dia , aku macam gelabah tak tahu nak buat apa , Arriq terus cabut headphone and cakap kat aku "KAWAN KAU KE TU ? KAU KENAL DIA KE ?" , aku just geleng kepala macam minta pelempang berkali dengan Arriq kat muka , bila aku and Arriq toleh balik tengok dia dah tak ada , aku macam cuba toleh kat bawah sebab duduk tepi cermin , aku tengok ada kereta dah gerak keluar form McD tu and aku expect tu dia . aku pandang balik kat depan lappy , aku flip lappy and tengok ada something yang dia bagi , macam kotak toblerone . aku rasa macam cuak and takut juga nak ambil benda tu mana tahu ada gigi palsu dia kan dia letak dalam tu . then aku capai , aku tengok white toblerone dengan  note bawah toblerone tu , aku capai and buka kertas tu dengan muka pelik badak tua aku , just ada tulisan yang kemas and comel :

SAYA HARAP NEXT TIME BILA SAYA JUMPA AWAK LAGI , AWAK AKAN SENYUM KAT SAYA MACAM TADI






and aku tersenyum bila baca note dia then berangan sorang sorang . Arriq capai that note , baca and ketawa . Arriq kata maybe dia jodoh aku yang akan datang nanti jadi isteri aku and mana datang pulak coklat toblerone tu dalam handbag dia , ke dia dah selalu tengok and mengintip aku pergi mana mana . aku tumbuk tangan Arriq , aku cakap aku sendiri pun tak kenal dia ni kan pulak dia nak mengintip aku , ni pun first time aku nampak dia . sepanjang aku kat McD tu mata aku melilar pandang luar kalau kalau dia muncul lagi ke tak but sampai balik pun dia tak muncul dah . bila balik aku baring atas katil and aku fikir sambil pegang coklat tu , kenapa dia bagi aku and siapa dia ? sebab aku tak pernah nampak pun dia before ni kat mana mana , tapi tak tahulah kalau dia ada nampak aku . aku letak coklat tu atas meja and cakap dengan diri aku sendiri kat depan cermin macam orang gila sakai , maybe dia jodoh aku nanti mana tahu . and kalau lagi sekali aku jumpa dia , aku akan bawa coklat dia sekali . means aku akan sentiasa bawa coklat ni dalam kereta and kat mana mana , aku tak akan makan . and maybe dialah yang akan buat aku tersenyum lagi sampai bila bila ? *switch off light*


NOTE : kalau awak baca benda ni , saya harap awak akan muncul lagi depan saya nanti