APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, May 10, 2011

INILAH CINTA

PART IV (cont'd)



"...jodoh Danni dah sampai, apa pun halangan apa pun rintangan Danni akan tetap kahwin juga ma”, kata Danni cuba mengelak. 

“Itulah kamu. Bila mama cakap soal ni kamu cuba mengelak. Sampai bila kamu nak terus macam ni? Mama bukan apa, sebelum mama dengan papa tiada kat dunia ni lagi, nak juga lihat kamu bersanding, bahagia dengan pilihan hati kamu”, kata Puan Hasnidah sambil mengemas majalah yang berselerak di lantai. 

“Dah, dah.. Mama jangan fikir lagi ok. Danni tahu apa yang Danni buat. Bila Danni dah betul-betul bersedia Dani kahwin lah. Ma jangan risau ok”, kata Danni tersenyum ceria kepada Puan Hasnidah supaya ayatnya tidak mengguris hati Puan Hasnidah. 

“Iyalah anak mama seorang ni. Ok lah mama nak turun ni. Nanti lama pula papa kamu tunggu. Kalau Danni lapar nanti minta tolong mak cik Hasnah sediakan ya. Jangan tidur lambat-lambat. Esok nak kerja”, kata Puan Hasnidah mengusap kepala Danni. 

“Ok ma. Danni dah besar panjang dah. Pandai-pandai lah nanti bila Danni lapar. Goodnight ma”, kata Danni lalu mencium pipi Puan Hasnidah. 

Setelah Puan Hasnidah keluar, telefon bimbit Danni berbunyi lantas Danni mencapai telefon bimbit miliknya yang tertera mesej dari seseorang.

“Hey Dani, aku ada hantar kek yang kau minta tu. Maaf aku tak sempat nak jumpa kau. Aku ada hal penting nak kena selesaikan. Aku tahu kau sukakan kek aku sebab kek aku adalah  yang paling sedap di dunia kan? Haha. Ok goodnight and have a nice day tomorrow”. 

Danni tersenyum membaca pesanan tersebut dan kembali memandang skrin notebooknya yang tertera gambar dia dan Dania. Matanya kemudian tertumpu kepada botol ubat miliknya. 

“Maafkan aku, Dania....

*                      *                      *

 “Banyak pula kerja aku hari iniBagusnya kalau Dania ajak aku keluar tengok wayang", keluh Danni. 


Sebagai pewaris tunggal kepada syarikat Datuk Kamal Adha, Danni terpaksa memberikan komitmen yang tinggi untuk mengekalkan kedudukan syarikat supaya terus maju. Jadi, banyak masa Danni dihabiskan di pejabat tidak seperti remaja lain yang menghabiskan usia remaja mereka dengan rakan-rakan. Dania sahajalah teman dia menghilangkan rasa bosan. Danni termenung seketika mengenangkan kembali saat-saat dia bersama dengan Dania tetapi kadangkala wajah Farra terbayang di mindanya. 

"Lama sungguh aku tak keluar Farra. Mungkin dia sibuk menguruskan kerjanya", kata Danni sambil merenung gambar dia dan Farra yang diletakkan di atas mejanya.

Leesyabella Farra Amani pemilik nama si gadis manis yang mana adalah kekasih Danni. Kerjayanya sebagai pramugari membuatkan dia dan Danni jarang meluangkan masa bersama. Kadangkala bila Farra mempunyai cuti panjang barulah mereka akan keluar bersama.

Lamunan Danni terhenti sewaktu menerima mesej dari seseorang. Seperti mengerti akan kemahuannya, mesej dari Dania menjengah skrin telefon bimbitnya.

“Dani, jom pergi tengok wayang. Aku bosan lah duduk rumah”, mesej Dania menerjah masuk ke dalam telefon bimbit Danni. 

Bagaikan satu semangat yang disuntik ke dalam tubuh Danni, dia seakan cergas tatkala membaca pesanan tersebut. Lantas membalas pesanan tersebut. 

“Ok, aku tunggu kau jam 1 di Pavillion. Kau jangan lambat pula. Nanti macam tunggul aku kat sana”. 

“Hahaha.. Ok aku datang tepat pada masanya. Aku tunggu kau kat sana”, balas Dania. 

Setelah itu, Danni meneruskan kembali kerja-kerja dan tidak sabar menanti jam untuk menunjukkan pada angka satu. Jika boleh dipercepatkan waktu, mahu sahaja Danni memutarkannya ke angka 1. 

Dalam ketekunan Danni melakukan kerjanya, dia tidak sedar bahawa....

bersambung....