APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, April 26, 2012

you memang comel auntie

ASSALAMUALAIKUM

jeng jeng jeng *kena baling tembikai dengan readers tetibe* , adoi sakit tahu dah kenapa korang baling tembikai kat aku padahal aku cakap jeng jeng jeng je *sekali lagi kena baling* . dah dah stop stop aku tak buat perangai macam pokemon tu lagi . aku stop cakap benda tu . hai semua *lambai dua dua tangan* . macam biasalah kan kalau aku dah buat new entry ni aku dah start merepek . actually aku nak buat entry ni pun after aku tengok berita kat TV then aku teringat cerita aku masa kat BSN haritu masa aku nak beli pin MUET . padahal takde kaitan pun dengan berita kat TV tu . siapa tak tahu apakah kejadah benda MUET tu sila pergi google sendiri . dah tua bangka so pandailah berdikari okay . so that aku pun teringatlah quite cute story masa aku tunggu giliran kat BSN tu with sorang auntie ni . but aku bukan nak ketawakan dia ke , ejek dia ke , but aku suka melayan dia . memang banyak tanya . sampai aku sendiri macam nak ambil selotep *broken BM* pergi selotep mulut dia . but then kalau aku buat betul betul tu tak pasal je aku kena humban dengan orang sekeliling or geng gangster mak cik tu . okay before aku merepek tak tentu hala , scroll lah ke bawah kalau nak dengar . kalau tak korang die hard fans Shila Amzah *aku tak nak scroll sebab aku memang die hard fans dia*

masa pagi tu macam biasa aku kalau cuti memang tidur lewat sampai pukul 4 5 , kekadang tu kalau aku tiba tiba rasa seram for sure aku akan terus tidur . then bangun mesti dalam pukul 6 lebih macam tu sebab ayah kejut for Subuh and hantar adik aku ke sekolah . then tiba tiba aku tengok phone kawan aku text benda yang mengejutkan aku , terus segar biji mata aku macam kena simbah dengan air cili padi kat mata , dia cakap

JAT , HARINI JUGA KAU PERGI BELI PIN MUET SEBAB KITA AMBIL JULY SESSION , YANG NOV SEBAB KITA DAH PRACTICAL , HARINI LAST NAK MOHON

aku dengan pantas terus call dia , aku tanya kau mengigau ke , gila ke , waras ? *flip hair* then dia kata betul , dia pun baru tahu . aku dengan sepantas pantas macam Norlia Ghani kena kejar terus pergi kat ayah aku minta duit sebab ayah aku kalau pow pagi pagi camni senang je nak dapat . then dia pun start lah dengan kata kata hikmah dia :

PERGI SENDIRI , BELI SENDIRI , HARI NI AYAH ADA MEETING PAGI NI , AFTER MEETING AYAH DAH TAHU PIN TU DAH BELI

ayah aku memang quite strict sikit kalau bab bab last minute and benda benda yang melibatkan education ni . kalau kau leka , siap sedia jelah telinga tu dengan tampon supaya tak dengar apa yang dia cakap . dah habis cakap baru buka tampon tu , mengalahkan M16 Ibu Norry kau tahu . takpe , ayah aku tak pernah layan blog aku ni . hew hew hew *ketawa trend sekarang* . so that aku terus capai towel and mandi . sejuk kau jangan cakaplah kan , macam aku rasa nak hentak je kepala ni kat dinding dia punya gigil . after aku dah mandi aku tengok Ibu Norry hanya tinggal note ,

IBU DAH PERGI OFFICE , NANTI HATI HATI , BREAKFAST AND KEMAS BILIK

ehh Ibu Norry macam tahu tahu je aku memang pemalas nak kemas bilik . kadang kadang aku buli adik Shira aku yang kemaskan bilik aku . then after dah siap tu aku capai kunci kereta . aku tengok kat luar . alamak nak hujan . dalam hati gelabah gila bapak . bukan sebab apa , aku fikir nanti daripada parking nak ke dalam BSN tu rambut kena air macam mana . rambut dah setting baik nanti rosak *kau rasa macam nak tembak orang tak ?* . aku pun masuk dalam kereta and cakap dalam hati lantaklah asalkan aku dapat pin tu . and drive punya drive sambil layan lagu Rosnah Mat Aris , ehhh tak , layan lagu Yuna , so sampailah depan BSN , cari punya cari dah dapat lot parking and get ready macam Tokyo Drift tu nak masuk , tiba tiba ada sorang auntie ni terus je masuk parking lot tu dengan motor dia ngek ngek ngek *bunyi motor dia* dengan selamba muka tanpa rasa bersalah and tanpa toleh kiri kanan . tiba tiba aku terkuat pulak bersuara dalam kereta tapi takdelah sampai aku buka tingkap , just bising sendiri , sendiri yang dengar .

WALAWEYHHH , MEMANG MOTOR AUNTIE SEBESAR KERETA NAK PARKING KAT TEMPAT KERETA . NASIB BAIK AUNTIE NI AUNTIE , KALAU SEBAYA SAYA , DAH SAYA BALING KELAPA LAPAN BIJI TAHU

then aku pun cari parking lot lain , after dah dapat tu , aku masuk cepat cepat sebab nanti dah ramai orang , malas aku nak tunggu lelama kat sana buang masa aku , baik aku duduk rumah layan cerita Ombak Rindu ke , Raging Pheonix ke , lagi best . masuk kat sana , aku tengok , bapak ramai nak mati orang dalam tu even masa tu office hour entah apa kejadah diorang nak buat kat sini pun aku tak tahu , aku pun pergi kat tempat ambil no giliran . aku tengok ada sorang auntie chinese lingkungan 50 - 60 and ni dia macam terpinga pinga . dalam hati aku :

NI MESTI AUNTIE YANG REMBAT PARKING LOT AKU TADI NAIK MOTOR TADI

then aku pun pergi kat dia , eceh mengalahkan aku ni baik je kan . then aku tanya dia kenapa mak cik terpinga pinga ni *aku buat muka baik bukan main * , dia pun jawab yang dia tak tahu macam mana nak tekan nombor tu . then aku toleh kat guard kurang asam yang tak reti nak ajar mak cik tu , rupanya dia tengah melepak kat luar berborak . aku ambil senapang tu tembak kau baru tahu . kesian tahu makcik ni tak reti nak tekan . then aku pun tekan . punya kurang asam aku , aku ambil no yang lebih awal daripada dia . kalau dia tahu mampus aku kena terajang keluar dengan mak cik tu . then aku pun nak ambil tempat , mak cik tu pulak ikut je punggung aku then duduk sebelah aku . aku senyum jelah sebab nak halau dia bukan kerusi aku tahu , budi bahasa budaya kita kan , ewahh .then aku baru nak pasang earphone tiba tiba mak cik tu bersuara :

MC : stand for Mak Cik
AA : stand for Aizat Abd (Aaron Aziz)

MC : ADIK , YOU MAU BELI APA MAA ? MAHU MASUK ITU WANG KAA ? *slenk chinese pekat
AA : EHH TAK TAK , SAYA NAK BELI PIN MUET
MC : APA DUIT ?
AA : TAKK BUKAN DUIT , PIN MUET *kuatkan sikit suara
MC : OHH DUIT *muka puas hati dengan jawapan

then aku senyum and aku dah dapat detect apa masalah di telinga Mak Cik ni sebenar , then aku bersuara balik , aku cakap kat dia :

AA : AUNTIE , BUKAN DUIT TAPI PIN MUET *then semua toleh sebab terkuat pulak suara aku
MC : HAIYAA KENAPA SEMUA OLANG PANDANG MAA ? OHH LU MAU BELI ITU MUET KAH ? APA ITU MUET ?
AA : DIA MACAM ENGLISH SPEAKING TEST LAH AUNTIE
MC : OHH SAYA TAHU SAYA TAHU *entah betul ke tak dia tahu* YOU BELAJAR MANA ADIK KE KERJA ?
AA : SAYA BELAJAR LAGI AUNTIE , LAMBAT LAGI MAA MAHU KERJA , YOU KERJA KE DUDUK MELEPAK TENGOK CARTOON KAT RUMAH AUNTIE ? *sepanjang aku cakap semua toleh toleh sebab aku kena kuatkan suara aku and kalau merepek bukan auntie tu dengar sangat apa aku cakap*
MC : AIYAA SAYA SUDAH TUA MAA , MANA ADA TENGOK CARTOON *ehh dengar pulak* SAYA SUDAH TAK KERJA MAA , ANAK SAYA DUA OLANG , SOLANG KILIJA ITU APA LOCTER *doctor* SOLANG LAGI ITU KAT PRIVATE PUNYA TEMPAT BELAJA MAA .
AA : WOW ANAK LU MANYAK PANDAI AUNTIE , SORANG DOCTOR , EHH YOU DUDUK MANA AUNTIE ?
MC : SAYA DUDUK ITU SANA CHENG , LUMAH TEPI JALAN TU KALAU YOU ADA PELASAN , MANYAK BISING MAA ITU LORI LALU BAWA ITU BALANG , ITU ANAK SAYA AJAK DUDUK SAMA DIA TAPI SAYA TAK MAHU MEYY , SAYA CAKAP SAMA DIA , SAYA MAHU TINGGAL AND MATI KAT LUMAH SENDIRI MAA
AA : OII AUNTIE AWAL AWAL DAH FIKIR MATI , BANYAK SANGAT KE PAHALA TU *dia tak dengar pun then aku ketawa*
MC : KENAPA YOU KETAWA MEYHH , SAYA CAKAP BETUL . EHH ADIK , YOU MANYAK BAIK MAA , JALANG SAYA TENGOK OLANG MUDA MACAM LU , OLANG TUA PUN MANYAK JAHAT LA ADIK *aku dah blushing bagai*
AA : EHH MANA ADA AUNTIE , BANYAK LAGILAH , AUNTIE DUDUK TERPERAP DALAM RUMAH MEMANGLAH . CUBA BAWAK MOTOR TU PERGI MEREMPIT KELUAR
MC : APA LEMPIT MEYHH ? ITU YANG OLANG MELAYU MAKAN MASA LAYA TU AHH ?

aku dah start blurr apa yang dia cakap , then aku bersuara balik :

AA : YOU CAKAP APA AUNTIE ITU ORANG MELAYU MAKAN ?
MC : ALAAA ITU SELALU TIME LAYA LU OLANG MAKAN TU HAIYAAA
AA : OHHH ! NASI HIMPIT , ITU LEBIH KURANG SAMA LAH AUNTIE , LEMPIT = NASI HIMPIT
MC : SELONOK MAA SAYA KAWAN SAMA YOU , ASYIK MAHU KETAWA SAHAJA MEYHH , YOU MANYAK BAIK LAH ADIK . MUKA YOU MACAM AALON AJIZ ITU OMBAK LINDU MAA *ini dah masuk part menipu yang muka macam Aaron*
AA : SAYA PUN SERONOK MAA KAWAN SAMA AUNTIE , YOU BANYAK PENGALAMAN HIDUP
MC : APA PENGALAMAN SAYA SUDAH MAU MATI OHH , SAKIT PUN DAH BANYAK MEYY , ITU UBAT SAYA KENA MAKAN TIAP TIAP HALI , MANYAK BOSAN OHH , SELALU ITU ANAK SAYA BAGI UBAT BATUK SAYA BUANG LEPASTU SAYA CUCI MAA BOTOL TU , BILA DIA TANYA SAYA SUDAH MAKAN SAYA CAKAP SUDAH HABIS MAA
AA : NAKAL YOU AUNTIE KALAH I MASA KECIL

then dah lama berborak tu , tiba tiba sampai kat no giliran aku , then aku pun cakap kat dia yang aku punya giliran dah sampai . and dia punya giliran lepas aku , jangan leka sebab nanti dia kena ambil nombor baru sebab dia kan ada masalah dalam telinga dia kan . then masa aku bangun dia bersuara :

MC : EHH ADIK YOU MAHU PERGI MANA ? *muka cuak*
AA : SAYA MAHU BELI ITU PIN MUET LAH AUNTIE , YOU MAHU URUSAN APA DATANG SINI ?
MC : SAYA PUN MAHU BELI ITU MUET MAA UNTUK ANAK SAYA

kau rasa kau dapat tangkap tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni . tadi dia tanya aku bagai apa tu MUET then now dia juga nak beli pin MUET macam perkataan tu tak pernah wujud dalam hidup dia kan , aku duduk kejap then aku gelak gelak kejap . dia pandang aku pelik je , tiba tiba no giliran aku pulak terlepas sebab aku sempat ketawa bagai . nasib baik lepas no aku , no auntie ni , then aku pergunakan no dia untuk beli pin aku and pin anak dia sekali . kang kalau tak beli dia dok bantai melalak kat situ mati aku nak kena usap usap kepala dia dok pujuk dia bagai . nasib dia tak lupa bawa IC anak dia . aku tak tahu macam mana anak dia pergi belajar tanpa IC , kena tangkap kalau ada road block mati kena humban kat negara lain . then lepas dah beli tu aku tengok dia tengah berborak dengan orang lain . kau tengok betapa peramahnya dia mengalahkan Rozita Che Wan . then aku pergi balik and bagi pin tu kat dia . dia pun cakap :

MC : AIYAA WA SUDAH CAKAP LU MANYAK BAIK , YOU SIMPANLAH BAKI ITU WANG SAYA BAGI KAMU MEYHH
AA : AUNTIE , TAKDA BAKI PUN AUNTIE , AUNTIE BAGI SERATUS , PIN NI PUN HARGA DIA SERATUS
MC : YOU MANYAK BAIK MAAA , YOU MANYAKK BAIK

tak habis habis dia ulang ayat yang sama . aku tak tahulah dia nak mengampu aku ke apa kan haha , kalau dia tahu aku cakap camni mati aku kena terajang siap pakej dengan baling tembikai nam biji kat muka aku even dia nak berlari pun aku tak tahu larat ke tak . then aku cakap kat dia nak balik , dia cakap terima kasih , and banyak kali pulaktu , aku pun tak tahu dia yang tak dengar ke aku yang ada masalah pendengaran *Ya Allah ampunilah dosaku* , then sebelum aku melangkah pergi , aku lek jap depan pintu BSN , aku tengok pak guard tu still berborak lagi , rasa aku nak panggil manager dia suruh terajang je dia . tak buat kerja , orang kat dalam tu berserabut tak tentu hala tahu . then masa aku masuk kereta , aku tengok auntie tu tengah nak naik motor , aku saja hon dia sebab ingat dia cam aku , sekali dia terkejut macam nak pengsan kau tahu . aku aku ingat telinga dia tak dengar bunyi hon tu then dia boleh terkejut pula , padahal aku nak cakap macam babai je dengan hon tu , entah apa dia maki aku pun aku tak tahu bila dia terkejut tu . auntie auntie , kau ni comel tahu tak dengan perangai kau yang peramah tu , suka aku layan kau . bila sekarang aku ingat balik ayat kau , mesti aku tersenyum :

"LEMPIT ITU YANG OLANG MELAYU MAKAN MASA LAYA TU AHH ?"


FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH (KLIK)
TWITTER : @AIZATABD


NOTE : lepasni nak berkawan dengan nenek india pulak nak belajar slenk tamil dia pulak