APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, July 4, 2011

misteri plastik hitam

ASSALAMUALAIKUM

hitam ? kepala  hitam ? mata hitam ? kaki hitam ? ini bukan persoalannya . ade ke aku cakap nak cerita pasal hitam ? aku cakap nak cerita pasal plastik hitam untuk peminatku di serata dunia *mane ada la gilaaa ! ok, disebabkan idea aku atau cerita aku yang agak misteri today, so, nak tak nak aku kena teruskan jugak sebab idea aku telah ataupun tengah melimpah ruah sampai terpaksa aku tadah guna baldi aku dan baldi yang aku pinjam dari bilik sebelah even baldi die buat rendam seluar dalam size XL++ die . *bapak besar !

ceritanya bermula bila aku bangun pagi and siap-2 nak ke fakulti sebab ada benda yang aku nak buat . ajak-2 membe aku dia cakap nanti dia gerak sendiri . so aku dengan langkah lemah diawal pagi pergilah berjalan . tengok atas masih gelap and suasana pon sunyi and hujan turun rintik-2 *ala-2 air liur tersembur . then aku pon jalanlah kat fakulti . takda orang sampai . takpelah, dalam pandangan aku mungkin diorang dalam perjalanan . tak lama lepas tu aku dengar bunyi . aku ingat pak cik guard yang dok nak bukak bilik kuliah . makin lama tapak tu makin dekat dari belakng aku . aku diam je . aku mula-2 rasa nak jalan kedepan sikit and baru toleh . tapi gerak hati aku tetap nak toleh masa tu jugak . tak tahu kenapa aku rasa sejuk sangat-2 and tak sabar nak toleh ke belakang . aku cekalkan hati aku . aku dengan perlahan toleh kepala aku . dari anak mata aku, aku nampak plastik hitam bergerak-2 . aku diam sekejap . aku kaku . then dengan pantas aku bangun dan toleh :

"tak payahlah kau nak terkejutkan aku, kau ingat aku tak tahu korang berkumpul kat bawah, aku lalu atas sebab aku nak kentot"

then membe aku pon maki-2 aku sebab kentut yang busuk menusuk kalbu *sebenarnya wangi . then aku pon turun ke bawah . patutlah takda orang sebab semua berkumpul kat bawah untuk aktiviti GOTONG-ROYONG yang kami incharge today . tengok takdalah ramai mana budak . maybe dengan suasana sejuk bagai kan dapatlah mereka tidur dengan enak . ceh, but siap jelah denda yang penasihat tetapkan . *melonjak sebab nasib baik aku datang . then after makan pergilah dok kemas bilik kuliah yang bersepah bagaikan ada pertandingan gusti malam tadi . memang seronok nak kemas then esok sepah balik . rasa mcm usaha dihargai sepanjang zaman .

then lepas dah habis kemas rest jap sementara nak tunggu budak-2 lain datang . bob yang tolong pergi kutip budak-2 yang telah hilang hala tuju hidup mereka di alam fana ini yang penuh pancaroba ini . *wah ! pelapis a samad said aku . then aku dok masuk bilik kuliah dengan beberapa membe aku and inilah hasilnya :


ceh poyo konon-2 kacak laa *ade lah jugak mcm edward cullen . haha . after semua budak dah dikutip oleh bob yang penuh amanah , *bob, nak tips sebab aku puji kau nie, kitaorang pon dok kumpul sebab ada benda yang nak dikatakan penasihat . ceh muka semua letih kan mengalahkan kemas 1 UiTM . haha . then bila dah dok cakap-2 and aktiviti makan pon bermula . memang makanan banyak lebih sebab target tak seperti yang disangka . adehh, masa inilah nak sama-2 bekerja kan . but, takpelah, dapat gak bawak balik 1 plastik besar makanan dok bagi kat jiran-2 blok . takpun jual . duit lebih menabung untuk kesenangan di hari tua *wah, mesti ensem dah tua nanti .