APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, April 21, 2011

TANPA

PART VIII (cont'd)


"...Maaflah sewaktu Isya membaca surat ini, Eijat tiada di samping Isya. Eijat juga tidak dapat menunaikan janji Eijat kepada Isya. Janji Eijat untuk menjadi orang pertama yang Isya lihat sewaktu membuka mata selepas pembedahan. Maafkan Eijat, Isya. Mungkin sewaktu surat ini dibaca, Eijat sudah pergi jauh dari Isya. Pergi buat selama-lamanya. Bukan niat Eijat untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Isya tetapi Eijat tidak mahu Isya bersedih. Eijat tak sampai hati melihat Isya sedih. Keputusan yang Eijat buat untuk memberi mata Eijat kepada Isya adalah keputusan yang sudah lama Eijat putuskan namun Eijat terpaksa mengambil sedikit waktu sebelum pembedahan dijalankan kerana Eijat nak melihat Isya puas-puas sebelum Eijat menutup mata meninggalkan dunia. Eijat sangat bahagia bila bersama Isya. Bahagia yang tak pernah Eijat rasa sebelum ini. Senyuman Isya, kegembiraan Isya menjadi pengubat kepada hati Eijat sewaktu Eijat sedih. Isya tidak pernah menjadi beban kepada Eijat. Cinta Eijat kepada Isya tidak akan pudar meskipun kita berada di dunia yang berbeza. Jika cinta Syah Jehan kepada isterinya, Mumtaz sangat utuh, utuh lagi cinta Eijat kepada Isya. Eijat takut akan kehilangan Isya. Tapi, apa yang Eijat takutkan berlaku kerana setelah sebulan perkenalan kita, Eijat disahkan menghidap barah otak tahap ketiga. Memang sudah tiada harapan untuk sembuh. Waktu itu fikiran Eijat buntu tetapi Isya lah yang selalu membahagiakan Eijat. Setelah disahkan hanya tinggal sebulan lagi untuk hidup, Eijat mengambil keputusan untuk mendermakan mata Eijat kepada Isya. Eijat harap, dengan pemberian mata Eijat ini, dapat menghidupkan kembali impian Isya untuk menjadi model yang berjaya bagi mengubah kehidupan Isya. Eijat tidak dapat lagi nak mendendangkan lagu “TANPA” pada setiap petang yang mana menjadi kegemaran Isya. Eijat harap, Isya menjaga mata Eijat elok-elok. Eijat tidak minta apa-apa balasan pun dari Isya tetapi cukuplah sekadar Isya menghadiahkan Eijat dengan ayat suci Al-Quran melalui Al-Quran yang sentiasa menjadi peneman kepada Eijat yang Eijat sertakan bersama sejambak bunga. Walaupun Eijat jauh di  sisi Isya, tetapi mata Eijat akan sentiasa menjadi pemerhati buat Isya meneruskan hidup Isya di dunia. Jagalah mata Eijat dengan sebaiknya. Jangan ditangisi pemergian Eijat. Semoga segala memori diantara kita menjadi memori yang paling indah buat Isya. Sekali lagi maafkan Eijat atas segala kesalahan jika Eijat ada mengguris hati Isya. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Sudah tiba waktu Eijat untuk meletakkan pen. Jika ditakdirkan jodoh di antara kita, Eijat akan menunggu Isya disana. Wassalam..

Resah, Yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi, Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Kini, Benar-benar ku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut, Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati..

Salam Sayang,
Eijat Shah Benjamin

Menggigil tubuh Isya tatkala selesai membaca surat tersebut. Tidak semena-mena airmatanya jatuh laju membasahi pipi. Tangisannya tidak dapat dibendung lagi. Isya menangis sekuat hati sambil menyebut nama Eijat. 

“Eijat…! Kenapa Eijat buat Isya macam ni? Kenapa Eijat?! Isya tak sanggup kehilangan Eijat…! Kembalilah Eijat! Kembalilah…!!”, kata Isya diiringi tangisannya tanpa menghiraukan kesakitan pada matanya. 

Tangisannya didengari jururawat lantas memanggil Doktor untuk menenangkan Isya dengan suntikan. Isya terkulai lemah setelah suntikan pelali disuntik ke badannya. Pemandangannya kabur dan gelap.


*                                   *                                   *

Dua tahun Kemudian…


bersambung.....