APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, September 9, 2014

Teknologi Zaman Moden

ASSALAMUALAIKUM 

Bagi menghabiskan cuti cuti aku yang tinggal berapa ketul hari je lagi, awal awal aku dah plan nak habiskan masa jenjalan. Nanti dah busy dah depressed dengan assignment semua nak mandi pun sampai dah tak sempat dah. Muka dah macam kutu rayau dah, tu pun kutu rayau lagi nampak anggun daripada muka engkau. So harini aku plan nak jenjalan sekitar mall je sebab boleh cecuci mata tengok sale sale yang melambak. Dapat dok cuci mata jelah sebab aku kalau beli benda nanti aku selalu rasa menyesal. Tu pun salah satu punca depress aku jugak tu. Daripada ke sale sampai kedai kedai kraftangan pun aku masuk sebab aku rasa impress tengok macam mana orang boleh cipta congkak, cipta anyaman apa benda tu semua. Aku rasa kalau aku hidup masa zaman cipta cipta benda tradisional ni dulu, aku antara umat manusia yang patut dibuang Daerah sebab tak menyumbang apa apa idea yang bernas kat negara. Punca depress jugak tu.

Satu pantang guwa setiap hari, guwa tak boleh nak ambik breakfast sangat sebab kalau guwa ambik breakfast, memang otomatik perut guwa akan meragam mintak kentut takpun mintak bermain saham. Tu boleh tahan lagi, nak yang dok berbunyi campur bisa tu yang guwa tak tahan. Kebetulan Puan Ibu masak bihun goreng peberet aku, memang aku bantai sebelum keluar tadi. Kesan dia, aku dah sakit perut sekarang. Menjajau (*bahasa melayu betul - tergesa gesa) aku cari toilet sebab hajat ni tak mampu ditanggung dah, derita dia mashaAllah hanya yang berkuasa je tahu. 

Dah jumpa toilet tu perasaan aku tak boleh nak dikata sebab aku memang tak boleh nak berkata kata sebab sakit perut kan. Masuk je pintu tandas macam gerak khas serbu markas penjenayah. Cuma teriak "POLIS!" tu je takda. Teringin gak memasuk tanda je cakap macam tu kan, tapi risau guwa kena pijak beramai dalam tandas. Syukur alhamdulillah guwa panjat kesyukuran sebab tandas tak ramai orang. Guwa check check flush semua ok sebab guwa perhati ada certain public toilet yang flush dia rosak. Sungguh banyak hasil hasil bursa saham kat situ. Check punya check tetibe guwa perhati yang tandas tu takda paip. Kepalahotak sangat kan? Yang ada masa tu tisu tu pun tinggal nipis je. Tapi kalau tebal setebal bantal pun sanggup aku drive balik rumah baru settlekan segala hajat. 

Check tandas sebelah pun sama, tandas sebelah dia lagi pun sama jugak. Sudah. Berdiri kaku aku kejap depan tandas tu termenung. Nak menyanyi lagu sedih takda pulak lagu lagu sedih yang aku hafal waktu waktu camni. Termenung balik guwa sebentar sambil fikir. Itulah masalah teknologi zaman sekarang ni. Aku rasa makin canggih makin simple benda tu dia buat. For example macam tandas ni. Sanggup tak kau guna air pancut kecik yang ada dalam mangkuk tandas tu? Tu pun otomatik dia akan keluar. Kau paksa pun kekadang benda tu tak nak keluar. Haaa sudah kau habiskan masa kau seharian dalam toilet. Sekarang banyak jugak aku tengok kat mall mall yang dah start buat tandas jenis camni. Aku pun tak tahu apa benda yang interesting sangat nak design mangkuk tandas macam ni punya canggih. Tak tercapai dek akal macam Lucy guwa nak fikir semua tu. 

Sebab malas nak melayan, guwa terpaksa ambik option lain, check check tandas OKU sebab kekadang kat dalam tandas tu complete sikit. Tapi aku kena make sure lah takda orang nak guna selepas aku sebab nanti kesian pulak lelama dia nak tunggu aku kat depan tu pulak. Dengan aku aku kena lastik kat dahi kang. Nasib baik, Salam tandas OKU tu semua complete. Fikir banyak kali jugak nak guna tandas tu sebab perasaan serba salah tu bohong kalau takda. Rasa nak shaking jugaklah masa nak masuk tu. Dalam tandas tu pun guwa tak habis fikir lagi pasal teknologi teknologi yang terlalu moden sekarang ni. Kalau benda lain guwa tak kisah, tapi kalau setakat tandas tu guwa rasa guna design sama for 50 60 years akan datang pun orang tak akan rasa benda tu lapuk.

Bila keluar je daripada tandas tu, ada sorang pakcik sampai kat depan tandas aku tu sambil pandang aku atas bawah atas bawah. Agaknya dia pun depress macam aku jugak tak suka guna tandas moden sampai nak buang air pun rasa terseksa sanubari. Tu belum lagi kau kaji benda benda lain lagi. Kaji benda ni pun aku rasa aku dah boleh buat buku pastu jugak online. Agak agak laku tak?


NOTE: Kalau ada machine yang boleh bangun, mandikan and siapakan aku sebelum pergi class aku orang pertama yang akan setuju!


Twitter: @AIZATABD
Instagram: @SKULLSULIVAN
Facebook: EIJAT ABDULLAH


Thursday, September 4, 2014

Daging Arnab

ASSALAMUALAIKUM 

*throwback masa lepas raya sebab nak update masa raya tu punya pemalas nauzubillah*

Bangun harini je dah tengah hari. Guwa rasa Puan Ibu dah boleh record satu album sebab dok kejut aku berkali kali suruh aku bangun sambil membebel terjerit jerit. Tak tahulah pulak kan kalau masa zaman memuda dulu Puan Ibuku pernah bercita cita nak jadi macam Celine Dion ke apa kan. So daripada dia record 2 album bebel dia tu kan, lebih baik aku bangun siap mandi apa semua baru keluar bilik. Kalau tak nanti dah lah kena membebel bangun lambat, kena pulak membebel tak mandi. Langkah selamat guwa kena kemas kemas katil guwa elok elok. Nanti takda point Puan Ibu nak petik nak marah guwa. Ke kiri ke kanan aku tarik cadar katil ni tak nak bagi dia senget benget padahal lepas mandi dah sah sah aku akan baring balik lek lek scroll Instagram ke Twitter ke kan.

Tengok kat we chat kengkawan wish "Good Morning" and cakap yang dah boleh register course. Good morning engkau tu takyah nak bracket pun tak apa rasa aku sebab dah tengah hari ni sah sah perli aku. Dah siap mandi semua guwa pun menjengah ke dapur. Menyorok balik almari dulu takut ler mana tahu tetibe kena tampar pakai sudip dengan Puan Ibu ke kan sebab daripada pagi dia kejut tapi aku terpacak nak dekat lunch hour. Tengok kat dapur dia tengah asingkan ikan and tulang ikan dengan adik aku, sah sah nak buat laksa. Takpe kot tak tolong sebab aku ni tak fanbiy pun kat laksa, tak dapat pun tak rasa depress. Bagi memeriahkan suasana on the spot guwa datang buat buat happy nak tolong. Puan Ibu dah pandang guwa atas bawah atas bawah elak kena tinju je kejap lagi. 

"Dah bangun ni tolong Ibu potong daging tu. Ibu nak buat sambal"

Dah namanya bangun lambat kan ikut je ler perintah Puan Ibu. Nanti tak nak ikut kena sumpah jadi kain buruk kang tak sanggup guwa. Aku pun ambik pisau and potong daging. Masa tu dah terbayang ala ala bawang merah bawang putih. Mulalah nak berangan kan potong daging macam kena dera. Padahal engkau kerja potong daging je. Aku pun tanya Ibu daging apa tu sebab aku boleh rasa macam lain je daging ni. Tengok pun rasa macam nak campak je kat muka orang kalau Puan Ibu bagi kebenaran untuk campak benda ni kat muka orang.

"Daging lembu lah. Uncle bagi, dia nak suruh Ibu buat sambal"

Guwa jengah ke belakang rumah tengok Encik Ayah tengah cangkul cangkul rumput. Wah terasa guwa yang paling tak berguna dan guwa jelah yang bangun paling lambat ni. Aku pun potong balik daging tu sambil berangan jadi bawang merah bawang putih lagi. Lepas dah pom pang pom Ibu masak, kitaorang pun siap siaplah nak makan. Encik Abang pergi hantar sambal kat rumah uncle. Aku pun dah lapar terus duduk kat meja tunggu masa nak makan. Lagipun sambal daging ada laksa apa semua ada siapa je tak terliur (*even aku bukanlah fanboy kat laksa). 

Yang aku pelik bila aku makan Puan Ibu dengan Shyyra perhati je aku, abang dengan Aiman makan daging sambil senyum senyum. Guwa tak tahulah kenapa, nak cakap ambik banyak memang banyak pun sebab aku ni jenis suka makan lauk. Puan Ibu siap letak lauk tu kedepan kitaorang lagi. Aku dengan Aiman pun ratah lah daging tu sebab benda benda meratah lepas makan ni aku dengan Aiman memang suka. Takyah kau suruh memang tu benda wajib aku akan buat.  

Tetibe masa aku tengah ratah tu Encik Ayah keluar daripada dapur sambil cakap:

"Makan pulak korang daging arnab ye. Kalau makanan lain memilih pulak. Makan ikan sungai tak nak"

O......M.................G

Terbantut selera aku makan. Aku tengok ayah terus pergi kedepan. Ibu dengan Shyyra dah mengekek ketawa kat dapur sambil kemas kemas pinggan. Guwa rasa bagai dunia guwa gelap. Aku terus pergi dapur rasa nak menangis pun ada tapi bajet cool kan, tanya Ibu, Ibu cakap siapa suruh tak tanya betul betul. Pastu sambung ketawa balik. Patutlah diorang tak makan, aku abang dengan aiman je yang makan. Alasan Ibu takdalah lauk terbazir nanti. Rasa nak soletep soletep hati yang berkecai ni. Sebab aku jenis kalau aku memang tak makan satu benda tu, aku akan fikir macam macam lepastu mulalah rasa nak sakit perut on the spot. Entah apa apa kan. 

Lepasni apa apa benda yang aku rasa pelik aku tak kira aku nak uji DNA dia nak tahu apa benda tu. Aku jenis takdelah memilih makan sangat (*pilih tu pilih gak) tapi kalau benda yang aku tak pernah makan, depress aku bila kena makan atau termakan. Bagi nak pujuk aku dengan Aiman, mulalah dia ajak aku dengan Aiman keluar pergi mana mana. Tak nak, merajuk. Rasa sehari nak duduk dalam bilik kunci pintu sambil menangis hentak hentak badan kat atas katil. Hek eleh, makan arnab je pun kan nak mengada sangat pun tak boleh jugak.

Tapi, bila throwback balik,

Kau boleh bayangkan tak?



Kau makan arnab yang comel macam ni? Oklah nak menangis bawah bantal tutup lampu kunci pintu bilik ketat ketat. Depress.


NOTE: Tak tahulah ni first time aku makan ke dah banyak kali dikenakan Puan Ibu dengan Encik Ayah macam ni.


Twitter: @AIZATABD
Instagram: @SKULLSULIVAN
Facebook: EIJAT ABDULLAH