APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, October 30, 2010

D I A M ?



kenapa perlu DIAM ? diam perlu bila kita perlu untuk DIAM. DIAM bermaksud tidak bercakap . banyak sebab yang boleh membuatkan seseorang DIAM, DIAM, DIAM.. hmmm.. kenapa perlu DIAM ?


BILA ORANG TENGAH SOLAT


semestinya bila orang sedang solat kita mesti DIAM. jangan buat bising. hai, takkanlah ada org yg sanggup buat bising kan time orang lain nak solat. tak pasal-pasal korang dapat dosa secara percuma. fikirlah perasaan orang lain juga ye.


BILA DALAM LIBRARY





cubalah membuat bising di dalam library. pasti akan melalui red carpet ke jalan keluar. library spt yg kita tahu tempat untuk mencari rujukan dan belajar. sesuai dengan peraturannya supaya DIAM bila di dalam library. if kat sekolah aku dulu, tak boleh bercakap langsung. amat dahsyat kan. so hormatilah juga hak orang lain untuk belajar.


BILA TIADA TOPIK NAK CAKAP




lebih baik DIAM jika tiada topik nak cakap. jika tak, hanya merepek benda yang tak sepatutnya. fikirlah apa yang mahu cakap atau lebih baik DIAM je. takdelah membazirkan air liur korang untuk bercakap kan. so korang pun akan dianggap sopan kerana hanya berDIAM je.


BILA MAKAN




buruknya korang bila time makan korang bercakap. mulot penuh, bercakap. amat hodoh. cubalah habiskan makanan dalam mulut baru bercakap. spt yg kita belajar dari kecil, jangan bercakap bila makan. bagus dengan amalan tersebut. korang ingat bila bercakap time makan, kawan korang suka, diaorang mesti sangat takut if makanan korang tersembur kat diaorang. watch out !


BILA KENA MARAH


lebih baiklah korang DIAM dan tunduk je bila kena marah especially ngn mama korang. if tak, hadaplah berjam-jam dia marah. hehe . jangan cuba nak melawan pulak. derhaka beb. hehe. dengar je apa yang diorang cakap. ada baiknya. dia tegur apa yang salah. diorang dulu yang makan garam dari korang. so, keep it up yaa !


BILA JAWAB EXAM


hampanya bila korang diiringi oleh pengawas peperiksaan keluar dari dewan peperiksaan apabila kantoi korang bercakap dalam dewan peperiksaan. cubalah DIAM bila jawab exam. kan senang. tak payah nak malukan diri korang kena halau keluar. jawab je . tembak je apa jawapan yang tak tahu. hehe


BILA DI HOSPITAL


cubalah DIAM bila melawat orang sakit di hospital. ini terjerit2 macam kak PONTI. kang bukan pesakit bertambah sembuh, tapi bertambah sakit plak. dah lah sakit, stress pulak. hormatilah mereka yang sakit di hospital. mereka ada perasaan jugak. ingat korang je ke.


BILA CIKGU MENGAJAR


"berdiri atas kerusi" ayat yang paling malu buat korang bila cikgu suruh korang buat macam tu bila kantoi yang korng bercakap waktu dia tengah mengajar. nak-nak bila awek cantik pulak lalu depan kelas. hambik kau ! cubalah fokus time dia ajar. takdalah korang terkial-kial bila time exam nak ulangkaji balik apa yang korang belajar. just perlu refresh je. mudah kann ??


BILA MULUT KITA PENUH ULSER


korang tahu tak apa itu ulser ? ulser tu kalau bahasa pasar orang panggil mata ikan. jangan tanya kenapa ia dipanggil mata ikan ye. hehe . fuhh ! sakit sungguh bila kene ulser. kadang-kadang sampai boleh spoil mood kita nak makan. lebih baik lah berDIAM diri bila kene ulser. takdelah mulut korang sakit dengan ulser tu kann ??


BILA ORANG SURUH KITA DIAM


lebih baik DIAM bila someone dah suruh kita DIAM. jika tak, satu logo body glove akan melekat kat pipi korang. sakit gila. mesti korang tak nak jadi macam tu kan ? jadi hormatilah orang lain bila dia memerlukan ketenangan dengan berDIAM diri. 



sesuatu masalah kadang-kadang boleh juga diselesaikan andai kita berDIAM diri tetapi sesuatu masalah juga akan menjadi besar jika kita berDIAM diri.

Friday, October 29, 2010

rupa menjelang kita TUA ??


T U A menjadi satu perkataan yg agak ditakuti oleh semua orang. But, nak takut pun tiada guna. Akhirnya tua akn mengejar kita juga . Tanpa kita jemput. Takut sangat ke kita kepada TUA ? Ada juga manusia yang sangat takut kepada tua sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik yang mana akhirnya akan merosakkan muka mereka sendiri dan akn menyebabkan kesakitan berpanjangan. Tapi, dapatkah kita membayangkan wajah kita di waktu tua ? Di sini eijat paparkan wajah selebriti antarabangsa yang mana mungkin wajah mereka apabila menjelang tua. hmm.. siapa tahu kan.

HEIDI KLUM
sekarang


akan datang ?


BRAD PITT


sekarang





akan datang ?


BRITNEY SPEARS


sekarang


akan datang ?


PARIS HILTON


sekarang


akan datang ?


CAMERON DIAZ


sekarang


akan datang ?


mungkin ini hanya gambaran tapi siapa tahu gambaran ini persis wajah mereka kan datang ? TUA tidaklah menjadi satu masalah kepada kita malah menjadi peringatan kepada kita tentang MATI semakin menghampiri kita. bukanlah di watu muda kita tidak mengingati kepada mati tapi tua menjadi lambang kepada umum tentang kehidupan yang kekal abadi semakin hampir kepada kita. janganlah bertindak bodoh memudakan diri apabila sudah tua seperti :



bersyukurlah apa yang kita ada ^^


cakap about wajah akan datang, macam mana wajah aku akan datang ?
mungkin......



sekarang


40 tahun akan datang....


masih maintain.. HAHA