APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, September 29, 2011

kau kekasih yang tidak dianggap

ASSALAMUALAIKUM




SEMALAM ,

kau call aku , kau gembira , senyum , ketawa . aku gembira tengok kau gembira tapi dalam kegembiraan aku melihat kau gembira , aku tak bahagia . KYRA , maaf , kau bukan untuk aku . aku tahu , its gonna be happen between us to create a LOVE .

KYRA ,

its hard to me KYRA . i know , its my fault that give youu harapan yang buat youu senang dengan i , gembira dengan i . tapi inilah i , i tahu sebuah harapan tu tak akan menjadi kenyataan . awakk , saya selalu cerita kat ISYA tentang awakk , tentang awak gembira bila awak berkawan dengan saya . ISYA faham , tapi awakk , ISYA cakap kat saya setiap yang berkawan ada batasnya . dia kata dia gembira bila awak gembira sebab awakk kawan saya yang dia kenal . dia juga kenal ADAM , kawan baik saya sejak sekolah , teman lelaki awakk KYRA .

KYRA ,
sejak dulu lagi saya dah cakap kat awak , hubungan 4 tahun tak akan sama dengan hubungan 4 minggu atau 4 bulan . maaf , saya memang takut , takutkan kehilangan dia , dia yang memahami saya , menerima saya , menjadi air bila saya menjadi api , menjadi pendengar saya bila saya bermasalah , bersama dengan saya bila saya kesedihan , umpama ibu saya yang setia mendengar . memang , saya jauh di sini dan dia di sana . dia tidak tahu apa yang saya buat and saya tidak tahu apa yang saya buat , tapi KYRA , kalau dia percayakan i tapi i broke kepercayaan dia ? apa awak akan rasa bila di tempat dia .

KYRA ,

i know , this should not be in my blog , i konow if those people dont like my entry about this love story but as you know , the one that trust me , i will give all my heart to trust her back , KYRA , you bukan untuk i . ADAM , i tahu dia memang untuk youu , dia memang untuk you . KYRA , i dah dengar conversation you between ISYA , bila i dengar , i sangat hormat dan bangga , bangga dengan ISYA , i tahu bukan mudah dia nak jadi mcm tu , tapi itulah diri dia . memang , i can't hurt her . never and never

KYRA ,
and i bangga dengan ayat dia bila dia cakap dekat youu :

"KYRA , jika dah tertulis youu dengan aizat , i lepaskan , tapi KYRA , belum lagi tanda lagi kami akan separate with our own ways , memang i tiada hak terhadap aizat , he's not my husband and he's not my fiancee , tapi , dialah kekuatan i , spirit i , kalau youu take her from me , mcm youu take my spirit in my life , KYRA , hidup memang penuh corak . youu pilihlah corak hidup youu supaya ia menjadi indah dan one dayy , the true yang youu cari akan datang kat youu , dan ingat , kita tak akan mengalah kerana lelaki dan tetapi kita akan mengalah jika semangat yang kita ada diambil , persahabatan is still persahabatan . i love youu KYRA , and , please , let go your feeling and jangan sesekali buang dia 

sebagai sahabat youu "

KYRA ,

i know its hard to youu , but , youu bukan orang yang akan bersama i untuk terus ke hadapan , youu dah ada jalan hidup youu sendiri and tempuhi dengan penuh kuat . seorang wanita yang lemah ada kekuatan di sebalik mereka .

ISYA ,
you make me proud and youre my spirit also , youre the BEST EVER

AND KYRA ,

i tak akan berpatah balik bila sekali i dah melangkah . demi kebaikan youu . jaga diri and jumpa lagi next time . jangan bazirkan setitis airmata youu kerana lelaki .


Tuesday, September 27, 2011

cinta si blogger dan penulis novel

ASSALAMUALAIKUM

fusyoooo ! tajuk entry tak menahan . rasa mcm nak hentak je guna pembaris sambil ketawa gigit lidah . *ohh , sakit . okayy , lepas dah baca kisah entry yang lepas , so aku harap , si dia akan tabah untuk continue life dia jadi seorang yang lebih kuat . but then , sentiasa berdoa . 

NEXT ,

entry kali ni aku dapat selepas aku text-2 tanya membe aku dia tengah buat apa , dia jawab tengah tengok cerita black swan . aku kata apa tu , then dia cakap kisah cinta antara trainer dengan penari kot . maybelah . then aku tanya dia , ada tak cerita kisah cinta dengan blogger ? haha , ceh ceh dah mula terbayang watak utama dah . then daripada situ aku dapat idea . daripada kisah cinta trainer dengan dancer , jadilah kisah cinta aku reka sendiri .


File:Black Swan poster.jpg


ntah aku pun tak tahu menahu cerita pasal ni aku main buat je entry pasal ni . so masuk kat cerita aku pulak , buang jauh-2 pasal benda swan mewan ni . mcm biasa , hampir cuti sem ni and masa cuti sem nanti banyaklah idea aku nak menulis . so , kisah cinta si blogger and penulis novel , aku dapat idea untuk tajuk dia ,

TIADA CERPEN LAGI UNTUK KALI INI UNTUK KAU BUAT AIZAT

okayy , mungkin aku malas dah nak tulis cerita sebenarnya . banyak plot yang aku buat biar mcm tu je . nak-2 cerita yang kawan aku suruh buat aku pun tak buat . tak guna punya aku . haha , anyway , mcm biasa , idea bukan boleh dipaksa ye tak ?


NOTE : berceritalah selagi boleh and lagu kat blog tak menahan dia punya gimik untuk cerpen


Sunday, September 25, 2011

rintihan seorang gadis , HANISA ADAM

ASSALAMUALAIKUM

tengah malam ni kan bosan-bosan carilah benda-2 yang menyeramkan sambil bukak YM , then tiba-2 received message dari yahoo cakap ada new mail . so aku yang malas nak layan benda tu sebab dok keluar lalu bukaklah mail tu . aku terdiam sekejap bila aku dapat mail dari membe lama aku , Hanisa Adam . aku fikir balik , Hanisa Adam , kenapa dia bagi email kat aku , dah lama aku lost contact dengan dia . lagipun dia hantar document ke ?

aku dengan bertambah-2 pelik lagi bukaklah email dia , tengok tajuk dia , aku berhenti sekejap tengok tepat kat tajuk dia email dia . "SURAT BUAT HAYKALL" ? kenapa dia bagi dekat aku . tapi dekat bawah tu dia tulis ini saja cara untuk aku cari dia . haih , bertambah pelik aku . kejap , tengok ni :



*klik gambar untuk besarkan


then aku baca surat dia and dah diminta kebenaran untuk aku copy paste kan surat ini dalam blog aku . aku bertambah pelik . daripada buat kerja , terus stop kerja yang aku buat . mata aku teliti pandang satu persatu ayat yang dia cakap .

Aizat,

Sorrylah kalau aku email kau ni mengganggu kerja kau atau hari kau kat sana . tapi , aku dah tak tahu nak buat mcm mana lagi , aku dah tak tahan , aku tak kuat aizat . aku tak kuat mcm orang lain . cuma ini je cara yang aku boleh buat untuk kembalikan kenangan aku dengan haykall sebab sampai sekarang aku masih tak dapat contact dia lepas dia accident and hilang ingatan . aku tahu kau kenal Haykall . Kawan baik kau masa dulu , kawan yang memang rapat dengan kau dulu . Kawan kau yang telah berpindah ikut family dia ke luar negara atas urusan kerja ayah dia . Aizat , lepas dia pindah lepas dia setahun ada kat sana , dia terlibat dalam kemalangan kat sana , ingatan dia hilang . dulu , aku masih lagi contact dia , selalu kami email sebab bagi seorang pasangan , aku akan setia ambil berat tentang dia . sampailah suatu hari , dia lama tak balas mesej aku . aku email dia langsung tak reply sampailah aku dapat tahu tentang perkara ini . aku terkejut aizat , aku sangat terkejut . aku tak tahu mcm mana lagi nak buat , aku rindukan dia , sangat rindukan dia . aku harap , kalau dengan benda yang aku nak tulis ini buat dia , dapat membantu dia untuk ingat aku kembali .

Mohd Aireyyll Haykall

masih awak ingat saya ? Nurul Hanisa Adam ? kawan yang sangat rapat dengan awak dahulu . kawan satu sekolah dengan awak dulu . setelah hampir 3 tahun kita menjadi sahabat . sahabat istimewa . tapi Haykall , saya tahu awak hanya mampu membaca tanpa mampu mengingati saya . Awak , ingat dulu masa awal perkenalan kita ? awak selalu lintas depan kelas saya . ramai orang cakap awak minatkan saya tapi saya hanya tidak endahkan perkara itu . saya benci dengan awak dulu . sangat bencikan awak sebab kerana awak selalu buli saya kat sekolah . awak selalu letak chewing gum kat kerusi saya . hinggakan suatu hari saya menangis tanpa henti . awak terkaku sewaktu itu , kelu untuk berkata-2 . awak cuba pujuk saya tapi saya teruskan menangis . hati saya sangat sakit ditambah dengan kesedihan kerana dilakukan begitu .

tiba-2 awak datang , awak datang bawa aiskrim untuk memujuk saya . awak senyum dan kata "Aku mintak maaf , aku tahu aku sengaja kacau kau sebab aku , sukakan kau" . hati saya tersentak . saya angkat muka pandang ke arah awak . awak hanya tersenyum menghulur aiskrim ke arah saya . "Cepat makan . nanti cair . orang kata kalau kita tengah marah , makan aiskrim . nanti sejuk" . saya ambil aiskrim tersebut dengan perlahan . awak tetap tersenyum . saya rasakan saya sedikit bahagia pada masa tu . mulai dari hari itu , awak selalu belikan saya aiskrim . awak selalu tunggu saya lepas sekolah . saya gembira , gembira kerana berkawan dengan awak . makin lama saya rasa ada suatu perasaan yang datang dalam diri saya . saya tak tahu adakah ini cinta kerana keikhlasan awak atau ia cinta yang datang kerana kebaikan awak . setiap hari yang saya lalui sangat bahagia bersama awak . saya mengaku , awak seorang yang ikhlas dan seorang yang sangat mengambil berat . 

awak ingat masa hari jadi awak , saya cuba nak cakap saya sukakan awak tapi saya malu . tapi akhirnya saya mengaku juga . awak terdiam . saya kata , kalau awak tak sudi tak mengapa , saya tahu , susah untuk awak dan saya bersama . kehidupan awak lain , kehidupan saya lain . saya manusia biasa . dan awak ingat tak kata-2 awak :

"SEMUA MANUSIA SAMA TAK KIRA APA BANGSA , APA NEGARA , MANUSIA DIJADIKAN DARI SEGUMPAL DARAH . TAKDA YANG DIJADIKAN DARIPADA BERLIAN . AND , TAKE YOUR SIT IN MY LIFE AND I WILL BE YOUR HERO"

saya sangat terharu masa tu . saya sangat gembira . setiap hari saya dipenuhi dengan senyuman yang indah . awak selalu pesan kat saya jangan tinggal solat and rajin berusaha kerana kalau kita lupakan salah satu , kita tak mampu nak capai apa yang kita nak . saya sentiasa ingat kata-2 yang awak bagi kat saya tu . masa hampir kita menduduki peperiksaan SPM , awak nasihatkan saya yang suruh saya berusaha bersungguh-2 kerana mungkin itu adalah nasihat semangat yang terakhir untuk saya . saya tak mengesyaki apa-2 . awak cakap awak nak beritahu saya masa selepas kita ambil keputusan SPM , awak tunggu saya lama tapi disebabkan saya bertolak dari kampung petang tu , saya sampai lewat di sekolah , saya bangga kerana saya berjaya dengan cemerlang , saya cuba call awak nak berkongsi kegembiraan dengan awak tapi setiap kali panggilan mengatakan awak di luar kawasan . saya pulang dengan hampa . 

sampai kat rumah , mama saya cakap yang awak akan berpindah ke Jerman , tempat asal mama awak sebab komitmen kerja ayah awak . flight awak akan bertolak pukul 8 malam . saya terdiam . saya sedih , tapi saya tahu dugaan ini satu kekuatan buat saya . awak tinggalkan note yang ada email awak pada saya . malam tu tanpa sempat ditahan , airmata saya mengalir kerana saya terkilan , terkilan kerana awak lama tunggu saya . sampailah saya terima email dari awak yang mengatakan awak gembira di sana . awak meneruskan pengajian menjadi seorang juruterbang . saya gembira , gembira dengan pencapaian awak walaupun awak baru masuk dalam akademi tersebut untuk meneruskan pengajian . 

hinggalah suatu hari ,

awak langsung tak balas email saya kerana kebiasaan awak akan email saya setiap hari . saya risau , takut . takut awak lupakan saya . takut awak hilang dari hidup saya . pergi dari hidup saya . hinggalah saya terima email dari mama awak menceritakn segalanya . saya mengakui saya sangat sedih dan apa yang saya risau , berada di hadapan saya . awak hilang ingatan . awak tidak ingat siapa saya . saya tahu ada hikmah di sebalik kejadian ini . sejak dari hari itu , saya tidak terima sebarang email dari awak lagi . setahun saya cuba berhubung dengan awak tapi awak tak balas email saya . hinggalah saya putus asa . saya teruskan pengajian saya dan ingin menjadi seorang yang berjaya .

HAYKALL ,

andai kata email yang saya bagi ini dapat membuat awak ingatkan saya , saya amat rindu dan sayangkan awak . dan awakk , jika ingatan awak telah kembali , fahamilah rintihan saya selama ini . andai ditakdirkan untuk kita bersama , saya terima dengan hati yang terbuka . dan jika ditakdirkan inilah nokhtah untuk kisah kita , saya nak awak tahu , hati saya terluka , saya sangat setia kat awak , percaya kat awak , dan hati saya hancur tapi di sebalik semua ini , ia menjadikan saya seorang yang tabah . hidup saya sunyi disebalik kegembiraan dan hati saya tertutup kembali jika inilah perpisahan kita .

dan janji kita dulu , saya tidak akan mungkiri .

HANISA ADAM


aku terkejut + simpati + salute kat nisa ni sebab dia sanggup buat apa sahaja untuk haykall . memang haykall kawan baik aku tapi , masa last kami jumpa time ambil result . aku tahu dia nak pindah dan aku terus lost contact dengan dia after dia pindah . aku tak tahu semua ini boleh berlaku .

and kepada haykall , aku tahu kau strong bro , kau mampu lawan and kembalikan life kau mcm dulu balik . aku tahu family kau support kau and kau anak tunggal yang aku kagumi sebab kau boleh tentukan life kau sendiri . and , pasal kau dengan nisa , aku tahu , kalau kau tak nak nisa terluka , and kalau diizinkan Allah ingatan kau kembali , carilah dia . dia bermakna buat kau . dialah wanita yang aku anggap kuat tidak sekuat lelaki . aku tahu kau boleh , dah lama kita berkawan . aku doa untuk life kau bro .

and untuk nisa , aku tahu kau sedih and terluka dalam gembira . kau kuat nisa . aku mengaku kau kuat . aku tahu dalam usia yang sebaya kita ni orang kata semua cinta adalah cinta monyet and kalau kau percaya adanya cinta kau dengan dia , pegang nisa pegang . and , aku harap kau tabah and sabar dalam menghadapi setiap dugaan kau . setiap dugaan itu akan membuat kau lebih kuat and akan mendapat kebahagian nanti . so , aku harap kau sentiasa support life haykall .

AMIN


NOTE : hidup penuh dengan warna kehidupan tanpa kita duga . hadapilah dengan kuat


Thursday, September 22, 2011

i got freezing !

ASSALAMUALAIKUM

9.00 PAGI

bergegas masuk dewan exam sebab today exam building surveying and maintenance . ohhhyeaayy , 4 unit kredit so thats mean aku kena focus untuk jawab exam ni tak kira mcm mana terlentang pun aku dekat sini . tapi tak lupa benda ni :




benda ni wajib akan aku bawak kemana-2 bila aku pergi . boleh dapat kat mana-2 especially 7-E . boleh dapat banyak perisa tapi perisa yang aku suggest perisa pulse kat atas ni sebab aku suka perisa ni . bila first time beli memang kotak dia nampak pelik sebab agak samalah dengan kotak c**dom . tapi bukan benda yang aku maksudkan ini . cubalah dengan segera sebelum terlambat . only RM 3.90 and 12 pcs =)

okayy bukan nak cerita pasal chewing gum *pusingkan kembali otak . then bila dah masuk tu , start la prepare apa barang yang perlu nak jawab exam . yeayy , tempat duduk tak depan sangat but , ambiklah dia punya kuat aircond dah mampu buat ikan beku mcm kat tesco selalu korang tengok tu . jam awal pertama tu boleh tahan lagi . slamber jelah jawab kan sebab badan dah boleh suitable dengan keadaan sekeliling , tapi masuk jam kedua , siryes bertambah-2 sejuk sampai tangan aku kaku dah nak menulis . memang banyak cancel and sampai aku rasa mcm nak angkat tangan and tanya pemeriksa tu , ada tak microwave kat sini . aku tengok semua kat sebelah aku dah dok letak tangan bawah punggung sebab nak dapatkan haba punggung melalui bahan perkumuhan yang terdapat di dalam punggung tersebut sementara menunggu ia dikeluarkan .

bagi menghilangkan rasa sejuk aku dan tangan yang lenguh dan kaku sebab kena banyak menulis , dalam masa 2 jam aku telah mengunyah 10 keping chewing gum sampai penuh dengan meja ni kertas sampah chewing gum . ohyeayy , pengawas check kertas apa tapi bila dia nampak aku kunyah-2 dia letak balik . *agaknya pestime dia tengok chewing gum cover . bila kertas mula dikutip , aku rasa mcm kelegaan yang teramat dan aku nak berlari keluar dewan sebab tangan dah kaku sampai mcm dah tak rasa dah . jangan , tangan belum disaluti cincin kahwin lagi (*______*)

12.15 PM

lepas singgah uptown beli makanan , misi seterusnya balik bilik sebab nak pergi meneruskan misi tidor . mata dah mcm bebola ikan . then masa makan sempat jap layan cerita WHITE CHICKS even aku dah berkali-2 tengok kat tv . mata dah berat mcm rasa ada 10 orang kereta bergayut kat mata . then lepas zohor mcm tu tidurr . nikmatnyaaa !

8.00 PM

haaaa ? baru tersedar bila membe aku call . ohhhhh asar aku . then tengok mel pun tengah tidor , kejut dia ajak pergi makan and gigih sama-2 pergi beli makanan kat bandar Universiti naik basikal . nasib baik petang tu hujan lebat and i got freezing again sebab only wear shirt bukan long sleeve shirt . adehh , sokayy sokayy yang penting stock pulse chewing gum dapat beli . then sekarang dah tak boleh nak tidorr sebab dah lama tidorr petang tadi . ohhh , time to SNAP bebeh !





even muka mcm dah basi je kan aku tetap nak upload jugak sebab in case kalau gambar dalam harddisk aku hilang aku boleh grab dari sini . memang payah kalau nak grab satu-2 and takpe , tak payah grab , bila anak cucu tanya :

CUCU : atuk , mcm mana muka atuk masa muda-2 ? Comel tak ?
ATOK (aku) : ohh , muka atokk . cu bukak kat WHISPER OF EIJAT ABDULLAH . kalau tak jumpa , try cari eijatabdullah.blogspot.com . kat sini atok dah hyperlink kan .

barulah cucu kita tabik mcm spring kat kita . then cerita kat sekolah dia , atuk kita maju , selalu update blog .

PANDAI CUCU ATUKK


NOTE : kalau sempat kau jadi atuk eijat


Wednesday, September 21, 2011

janji !

awakk,


saya tak akan sebut benda itu lagi ! saya JANJI . 

and awak the best buat saya since saya kenal dengan awak 4 tahun lalu

awak,

TERBAIK BUAT SAYA

sorry

SORRY

dan

sorry

SENYUM =)

Tuesday, September 20, 2011

goodluck , awakk !

ASSALAMUALAIKUM


awakkk ,

awak di sana , saya di sini nak ucapkan awak di sana semoga awakk jawab betul-2 untuk final awakk , saya tahu kita sama-2 dah start final exam so sekarang awak call saya cepat wish saya goodluck . ha ? kenapa awak kena call saya ? sebab saya dah blogging pasal ni dan maknanya saya dah wish awaklah . apa dia ? awak pun nak blogging pasal saya ? alaaa , call lah , saya malas nak baca blog awak yang ramai follower dari blog i ni , blog i blog buruk hapak tak mcm blog youu .

awakk ,

memang mcm biasa bila final saya busy mcm selalu tak dapat nak contact awak selalu , sampai kadang-2 saya berak , makan aiskrim pun fikir pasal final . nak-2 pulak paper saya untuk final this sem 7 paper tak mcm passed sem . so saya nak awak msg saya tiap hari walaupun saya tak balas , biar kredit awak habiss sebab awakk msg saya dari awakk sibuk-2 call saya tapi kadang-2 je saya angkat . tapi jgn awak jadi hulk sebab saya tahu awak faham saya . ececehhh , blushing lettu .

awakk ,

ni nak cakap lagi ni . awak janganlah tidurr . nanti saya panggil pontianak kampung batu suruh kejutkan awak walaupun saya pun lari bila jumpa dia . nanti esok start paper buat elok-2 , baca doa , baca soalan betul-2 , saya tahu awak boleh buat mcm mana selalu awakk buat okayy , nanti bila dah habis paper text i walaupun i kadang-2 tak reply , anyonyonyo , janganlah merajuk , awak kan tak pernah merajuk sebab selalu saya cakap , kalau awak merajuk , muka awak akan tua sehari . terus tak merajuk kann ?

awakk ,

ni last saya nak cakap ni before saya nak lari keluar dari blog ni . SELAMAT MALAM and GOODLUCK =))


NOTE : ahh ! kenapa tak romantik ni ! nanti kita beli aiskrim baskin makan banyak-2 saya belanja =D *gatal


Friday, September 16, 2011

cikgu AIZAT

ASSALAMUALAIKUM

kenapa mengapa dan bagaimana ? kenapa aku merepek ni . tajuk entry dah disgusting kan ? *if spelling error lantaklah . haha , actually hari ni curi masa sikit sebelum aku nak buat kerja lain ni . sempat jap bukak blog nak berpot pet . ok , kenapa cikgu AIZAT ?

ceritanya ::

aku dulu sebelum masuk U memang suka ikut ibu aku pergi tadika die . mcm yang lepas-2 punya entry kan aku ada cerita yang aku kena kawal budak tadika la ape bagaikan , so , nama cikgu aizat dah terbiasa kat mulut budak-2 tu walaupun aku adalah cikgu yang menyamar . ceh , merasa gak mcm mana jadi cikgu . jaga budak memang rasa mcm nak gantung kaki kat atas kipas je sebab nak kena on the control je . kalau tak tiba-2 tengok mcm-2 benda jadi .

dijadikan cerita ::

kan sekarang masih lagi dlm hari raya kan , so ada le anak murid ibu aku yang mana aku pun pernahlah jumpa mereka ni datang rumah dengan family dia . tapi nama cikgu AIZAT dah bertukar jadi abang AIZAT . its better than before sebab kekok bila kena panggil mcm tu . so di kesempatan tu , sempat gak aku umpan diorang cakap selamat hari raya . upahnya , dapat dukung . semua berebut .


SELAMAT HARI RAYA !!!!!

 satu , dua , gelekkkk !
memaksa dia senyum mcm aku


layan kerenah mereka memang best tapi penat sebab asyik nak dukung je . dah terjanji . budak-2 mana tahu apa-2 ni kan = =' . yang best bila dia cakap "kenapa abang dah tak datang kat sekolah ? kenapa cikgu noriah tak datang abang pun tak nak datang ?" . alasan aku "abang gemuk , malas nak jalan " . actually ni budak tadika bekas sekolah tadika ibu aku sebelum tukar ke tadika lain . then die cakap lagi " kenapa abang aizat dah kurus ? seluar pun dah londeh ?" . aku terdiam !


NOTE : belum jumpa lagi lelaki yang ada punggung mantap


Wednesday, September 14, 2011

manusia atau apakah ?

ASSALAMUALAIKUM

2 hari lepas ,

mcm biasalah selalu tidur lambat dengan roommate aku . kerja banyak jangan cerita . sampai takda masa nak fikir tidur ke , makan ke , berak ke , yang penting kena siapkan final report and lega bila dah submit . kenapa tajuk entry aku mcm ni ? bukan dibuat-2 tapi ada cerita si sebaliknya .

2.00 PAGI
aku and mel pergi bilik kidey sebab nak hantar building plan and nak tolong sikit-2 kidey buat sketches . lepak-2 sekejap kat bilik dia . penat memang penat tapi disebabkan ini final report , gigihkan jugak . around 1 jam ke 2 jam jugak lepak bilik kidey then kemas-2 and balik bilik sebb banyak benda nak kena settlekan lagi.

3.45 PAGI
aduhhh ! plug pulak buat masalah . battery lappy aku ngn mel siryes dah tahap nazak . nak cari power plug kat mana pagi-2 mcm ni . satu aras pulak tu takda . nak tanya bilik lain bilik semua dah gelap . then jengah bilik bawah (bilik rehat) dari atas , tengok bilik tu tutup tapi terang . mungkin ada oranglah tu . then mel ajak buat kerja kat bawah . memang malas nak gerak pergi sana sebab nak angkat barang apa bagai kan . haih , nak tak nak terpaksa ikut jugaklah . kang habis kerja tak siap . dah tinggal beberapa jam je lagi sebelum presentation .

4.15 PAGI
aku dah siap kemas barang and aku tunggu mel kat koridor bilik . aku tengok bilik rehat punya pintu terbuka , aku tengok ada dua orang dalam bilik tu . satu tengah hadap lappy , yang satu lagi tengah kat sebelah dia pandang dia tanpa toleh-2 . tapi kawan sebelah dia tak pandang kat dia pun atau tegur dia . kalau toleh pun buat muka tak tahu . aku pandang je . kawan sebelah tu tak bergerak-2 pun . dia yang pakai tshirt and track je . duduk tekun tengok budak sebelah dia yang tengah main lappy . then aku pun gerak ke bawah bila mel cakap kat aku jom turun . then sambil gelak-2 and gurau-2 seram kitaorg pun turunlah pergi kat bilik tu .

4.30 PAGI
sampai je kat bilik tu tengok ada budak sorang tengah main lappy . okayy , aku fikir kawan dia dah balik atau keluar jap pergi belia ir kat mesin . tapi masanak turun tu tak nampak sape-2 pulak sebab kalau turun tangga mesti nampak orang lalu . then aku buat tak tahu and ajak mel pergi amik air nak buat maggi . dalam perjalanan tu aku cakap kat mel apa yang aku nampak tadi then mel cakap nanti nak tanya budak tu . then bila masuk bilik tu , letak maggi and mel tanya budak main lappy tu ::

 MEL : eh , nak balik dah . kau dengan siapa tadi ?
BUDAK TU : mana ada siapa-2 . aku sorang je kat sini dari pukul 12 tadi . dahla cerita kat tv ni asyik tayang cerita hantu je .

okayy , aku yang malas nak fikir apa-2 masa tu terus je on lappy and buat kerja . masing-2 malas nak cakap pasal benda tu .

NOTE : kalau kita undang , dia datang , kalau kita ingat dia , dia ingat kita

Sunday, September 11, 2011

mati pucuk

ASSALAMUALAIKUM


haih , runsing dengan masalah sekarang . buat ini tak kena buat itu tak kena . kenapa ? nak dengar story ?

DULU,

aku selalu tolong ibu kat luar . aku memang kanak-2 yang nakal , lari sana lari sini . tapi aku rajin tolong ibu, aku tolong ibu basuh pinggan , tanam pokok . paling best bila tanam pokok .

TAPI ,

suatu hari lepas aku dan ibu balik dari klinik, ibu panggil aku dari luar rumah .

IBU : joyy , ibu nak cakap ni
AKU : apa dia ?
IBU : cuba tengok ni
AKU : ibu , apa ni ? apa semua ni

duniaku berputar , aku mcm tak percaya . kenapakah ? kenapa ? aku jadi tak keruan , benda yang ada di tangan aku aku lepaskan . aku seakan tak percaya kerana

POKOK MANGGA YANG AKU TANAM PUCUKNYA TELAH MATI DIMAKAN SERANGGA . KASIHAN POKOK ITU TELAH MATI PUCUKNYA .


NOTE : takpe , next time tanam lagi

Saturday, September 10, 2011

and this is for you

ASSALAMUALAIKUM

SEMESTER 1

SEMESTER 2



fully dedicated to ::

MUM , DAD and LECTURER

and be grateful to ALLAH S.W.T

because i'm just planning and make and effort and ALLAH S.W.T is determine.

AND

to all friends that help me for my final until i get this award , thank you so much and i kept my promise that i will get again this award for my next examination , SEMESTER 3 , 19 September 2011 and goodluck for you guys !


Friday, September 9, 2011

aku senyum bila aku ketawa

ASSALAMUALAIKUM

tajuk entry loserr gila kan ? rasa mcm nak tampar guna buku teks sains darjah enam tak yang tebal mcm pintu sekolah tu ? hehe . memang aku punn rasa kenapalah aku mcm dah takde idea dalam kepala hotak ni nak letak tajuk entry and kenapa aku berminat nak cerita tentang benda yang bakal menjemput faedah ni . sebelum tu , nak cakap masih tak puas nak raya . haha . senyum ? kenapa senyum dengan ketawa tak sama ?

senyum ? 

ketawa ?

kenapa aku senyum dan aku ketawa seperti gambar kat atas ni ? Cuba klik kat bawah ::


dan inilah jawapannya kenapa aku senyum dan ketawa


Monday, September 5, 2011

7 hari berlalu

ASSALAMUALAIKUM

ok, sekarang barulah aku dapat taip menghadap laptop ni sebab nak update blog walaupun final exam aku tinggal lebih kurang 2 minggu tapi belum ditolak dengan waktu tidur , mandi and blaa blaa blaa . kenapa sekarang baru nak update ? sebab raya . memang raya membuatkan aku busy sampai tak sempat and malas nak update blog tapi disebabkan hari ini genap seminggu kita raya, aku pun updatelah blog supaya ada jugaklah entry raya aku dalam blog ni sebab aku tak blogging-2 untuk raya pun tahun lepas sebab masa raya dulu aku takda blog pun . ok anda semua tak tanya ye ? takpelah saya bercakap dengan diri sendiri . sebelum tu , pelik jap, hodoh betul page blog dah jadi mcm ni . lihat bawah ::


betapa hodoh kan ?


sebelum aku bertambah malas nak update blog sebab page dah jadi mcm kain lap kaki, jom kita cerita apa yang berlaku sepanjang seminggu berhari raya di rumah . memang best .

1st RAYA


mcm biasalah adat di pagi raya mintak maaf kat kedua ibu bapa . dosa dah bertimbun kumpul setahun kan kang tak sempat nak mintak maaf sia sia je . ceh, kalau adalah . manusia tak lari dari kesilapan . pagi raya memang pagi yang sangat best sebab ada saudara, balik kampung and macam-2 yang kita boleh buat . nak-2 mengutip duit raya . ada ? haha . then lepas dah bersalaman , pergi rumah nenek pulak . salam-2 dengan nenek . memang tiap-2 raya semua akan beratur nak mengutip duit raya dari nenek terutamanya aku yang berada di barisan paling hadapan mengetuai semua adik beradik sebab siapa lambat dia rugi . haha . then bila dah dapat duit memang perut lapar . ceh , tak dapat kenyang hee . then makan dengan rakusnya dekat rumah nenek aku and akan bertambah rakus kalau makan kat rumah tanpa menoleh ke kiri dan kanan . then lepas pergi rumah nenek , masjid dah memanggil-2 untuk pergi sembahyang raya . best best . setahun sekali dapat sembahyang raya aidilfitri . tengok orang dok pakai baju warna warni kan mcm ada fashion show pulak . mcm-2 style ade . ok , kerja aku bukan nak observe baju orang . then bila khutbah raya, adik aku memang tak reti nak duduk diam sebab kepala ke kiri , ke kanan sebab tertido . at last , aku suruh je baring . hebat ? then bila habis sembahyang raya menziarahi kubur arwah atuk, nenek, mak cik yang telah meninggal dunia . ya , dulu suatu ketika memang mereka pernah beraya dengan kita tetapi bila mereka tiada , masa kita untuk menziarahi mereka . balik rumah makan buat kali kedua . memang raya tak henti-2 dengan makan . lepas makan tunggu manusia datang beraya takda jugak . budak-2 pun mcm tak ramai je . masa zaman aku , sampai mak cik tu tutup pintu sebab dah ramai sangat datang . sekarang orang nak bagi duit raya pun susah orang nak datang . lastly , malas nak tunggu orang datang , pergilah beraya rumah kawan aku   pastu amik gambar banyak-2 . pergi dengan cousin sebab mengelakkan fitnah berlaku . haha . ayatt .


then bila tengah seronok beraya , tiba-2 ibu msg "cepat balik , orang dah ramai" . aiyaa ! tiba-2 gelombang manusia datang menjelma kan . then baliklah even sempat beraya sebuah rumah je . takpelah . then bila balik , memang ramai sebab penuh kereta dekat halaman rumah . aku nak parking kereta pun takda space dah . then bila gelombang manusia pertama sudah balik , gelombang manusia kedua pulak datang . haha , memang sekaligus mereka serang . even ramai , best ! dapat duit raya walaupun aku dah besar panjang  .

2nd RAYA



kenapakah anda semua ketawa melihat papan tanda tersebut ? aku pun ketawa jugak . hebatkan namanya . haha . actually ni kat rumah datuk saudara aku . mcm biasa bila raya kedua kami semua aku berjalan raya sampai tak sanggup nak jalan dah . cousin semua berjalan raya . seronok sebab setahun sekali je mcm ni kan ramai-2 . then masa 2nd raya ni dalam 7 buah rumah jugaklah kami pergi . makan makan and makan . memang tak henti-2 . kena paksa makan . ceh , tapi nak makan jugak kan . malam balik semua letih tahap gaban . balik je semua terus tido even aku rancang nak keluar-2 jap tapi dah lewat and semua letih , cancel je semua yang dirancang .

3rd RAYA


jangan tanya kenapa muka mcm ni . ini muka penat namanya . hehe . raya ketiga biasanya di rumah arwah nenek akan ada kenduri . memang dah jadi tarikh tetap setiap raya ketiga akan ada kenduri kat rumah nenek . tak lupa aku yang suka bergambar kan . hehe . walaupun penat , gambar yang penting walaupun muka dah mcm tuala lap tangan dah . balik je dari rumah nenek terus tido sampai malam . sampaikan ibu kejut banyak kali pun tak bangun . then bangun bila cousin belah ayah aku datang . pastu malam keluar pergi jalan-2 . jadi musang . hehe . dok lepak mekdi sampai pukul 3 lebih . balik rumah berkunci . mcm mana mau masuk =,= nasib baik uncle aku belum tido . kalau tak , ambik tempat je berenam kat luar ni . mcm mangsa banjir . hehe .

4th RAYA


gambar apakah ini ? jangan ditanya kenapa kami hitam time ni . masa ni tengah main bunga api kat rumah uncle aku . hehe . mengalahkan budak-2 . budak-2 punya pun nak rembat . yang paling best bila aku bakar thunder clap kononnya nak peganglah kan , sekali bila pegang , bara dia jatuh sikit atas rambut aku then aku rasa bau hangit then cousin aku cepat-2 datang tepukkan bara tu . haha , rupanpa rambut aku terbakar sikit =,= . nasib baik sikit je . kalau tak botak kat area tu . terpaksa pergi yun nam nanti . haha . memang tak boleh blah kan . hangit je bau . then semua ketawa melihat kepala aku berasap . haha . tapi masih comel =))

5th RAYA

takda gambar masa ni sebab battery kamera aku dah habis . dari raya pertama tak charge kamera so tak dapat nak bergambar . ada pun kat kamera ibu and abang . then masa ni agak sedih jugaklah sebab esok nak balik dah . lagipun semua cousin-2 dah balik rumah masing-2 . paling last balik busu aku . ceh , masih dalam mood raya lagi . masa ni banyak jugaklah rumah pergi sebab dah nak balik kan . then last rumah abang sedara sebab auntie belah ayah ajak pergi sama so pergilah sama . balik tu kemas-2 and packing barang nak balik . memang lambat-2 je packing . siryes malas =(

6th RAYA

bangun awal sebab nak bersiap balik . hati memang berat . rasa mcm nak flashback je minggu sebelumnya . then dalam pukul 9.30 pagi bas bergerak bertolak balik ke perak . haih , lambai-2 family then terus pasang earphone . dalam pukul 4.30 ptg sampai kampus . memang siryes masih dalam mood raya sebab macam last  year dapat cuti sampai raya ke-10 tapi tahun ni sampai raya ke-6 je . then takpe , nanti dah kerja cuti lama-2 . haha . balik je terus hadap assignment melambak . lagipun lagi beberapa minggu nak final . memang seram tahap gaban walaupun minggu depan masa study week aku balik sebab nak hantar barang yang tak pakai . adehh , memang tak boleh leka . kena fokus mulai sekarang . tak boleh nak selalu hadap laptop . kena siapkan semua kerja .

7th RAYA

genap seminggu raya the aku ? telah kembali ke kuliah . hehe , buang segala mood raya sebab fokus kat final exam . masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua readers and maaf segala kesalahan dan kesilapan . dam dam dum , bunyi mercun... bla bla bla