APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, May 7, 2011

INILAH CINTA

PART II (cont'd)


"....Mula-mula memang aku dah semangat nak cerita tapi aku tak tahu nak start dari mana. Entahlah. Selagi aku tak cakap kat kau aku rasa tak senang duduk”, kata Danni kepada Dania. 


Dania mengerutkan dahinya seraya ketawa .


“Eh, kau kenapa Danni? Buang tabiat apa? Tiba-tiba je macam ni. Tak pernah-pernah kau buat perangai. Kau cakap sekarang kan senang. Tak payah kau nak fikir-fikir lagi tentang perkara ni. Kalau kau setakat nak jumpa aku tapi kau tak nak bagi tahu aku tentang ni, baik kau bawa aku pergi shopping ke, tengok wayang ke”, ujar Dania diselangi ketawa kecil. 


Danni merenung wajah Dania. 


“Kau ni Nia aku serius lah. Kau main-main pulak”, kata Danni serius. 


“Abis, kau ingat aku tengah main-main ke? Kalau aku main-main takdelah aku datang jumpa kau tahu tak. Cepat lah cakap apa yang kau mahu cakap”, soal Dania serius. 


“Nanti-nantilah. Takde mood aku nak cakap sekarang. Kau lah spoilkan mood aku je”, kata Danni menarik muka. 


Ala kau ni. Senang tersentuhlah. Tak habis-habis dengan sifat manja kau”, ujar Dania lalu mencubit tangan Danni. 


Dania sengaja memasamkan muka. 


“Hahaha. Kau ni aku baru marah sikit kau dah buat muka macam tempoyak hangit. Dah lah. Jom aku belanja kau shopping”, kata Danni kepada Dania. 


“Ya, itu yang aku nak dengar! Cepat, cepat.. banyak benda aku nak beli ni”, kata Dania gembira menarik tangan Danni. 


“Eh, tapi ma..kan macam mana ?” 


“Shopping sudah membuatkan aku kenyang”, jawab Dania kembali menarik tangan Danni. 


Terpaksa Danni pendamkan lagi perkara yang telah lama ingin dia beritahu kepada Dania. Tapi, tak sampai hati pula rasanya Danni ingin mengatakan padanya. Walaubagaimanapun satu hari nanti perkara ini akan diketahui oleh Dania juga. 


Walaupun Danni telah lama berkawan dengan Dania, namun lebih banyak perkara yang Danni rahsiakan daripada Dania tetapi berbeza dengan Dania yang lebih suka berkongsi tentang apa sahaja cerita kepada Danni. Sifatnya yang periang dan mengambil berat telah menyemai bibit cinta di dalam hati Danni. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana Danni telahpun mempunyai kekasih hati dan hampir 4 tahun mereka bersama. Muhd Aireyll Danial Haykal merupakan cahaya mata tunggal kepada pasangan usahawan berjaya begitu juga Dania. Ayah Danni, Datuk Kamal Adha dan ayah Dania, Datuk Erman Hazman merupakan rakan karib dan merupakan rakan kongsi di dalam perniagaan. Namun perniagaan itu diwariskan kepada Danni kerana Dania tidak berminat menceburkan diri di dalam bidang perniagaan tetapi lebih cenderung dalam bidang perubatan. 


Sebelum ke Malaysia, keluarga Danni menetap dan Danni dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat sebelum mereka pulang ke Malaysia. Darah kacukan Irish daripada ibunya, Datin Aisyah Hasnidah, paras rupa yang kacak dan tergolong dalam golongan berada menjadi bonus kepada Danni dan sering digilai oleh ramai wanita. Walaupun Danni telah mempunyai kekasih tetapi dia masih mengutamakan Dania berbanding kekasihnya sendiri. 


Mungkin inikah cinta?


bersambung....