APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, June 10, 2012

a true friend never disappears

ASSALAMUALAIKUM

agak beberapa hari juga aku tak update blog kan . kalau aku update pun apa orang kisah . sikit pun orang tak nak tengok entry aku *usung beg berlalu pergi* . so hari ini hari Ahad and apa aku nak cakap ? aku nak gelakkan budak budak sekolah sekejap . bagi aku 5 saat , HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ! sebab korang kan dah nak masuk balik sekolah , hadap buku and bangun awal pagi . cakap je hadap buku tapi buku letak sebelah , lappy depan mata kan ? okay sebenarnya masa aku write entry ni aku dah pun berada di perak negeri indah lagi aman damai *capai baldi nak ketawa* apa korang ? kenapa aku kat perak ? sebab semester baru dah nak mulalah , macam korang juga aku pun kena bangun awal juga nanti . kfine kfine nak gelak balik gelaklah tapi make sure jangan sampai kentut bersepah masa gelak tu . kentut dalam hati je okay ? so bila dah nak balik campus ni mulalah aku kena upah mak cik cleaner untuk selalu cucikan blog aku ni sebab kengkadang sampai seminggu aku tak akan update blog . sekali lagi apa korang kisah kan . even kepala aku kena baling dengan tembikai nam biji pun korang tak kisah . so tiada lagi gelak tawa , tiada lagi cerita sedih yang akan aku luahkan kat sini . pokemon nak muntah aku baca ayat aku sendiri . so hari ni nak cerita apa eh ? *sambil garu tangan ala ala gedik* . 

actually bila balik campus ni , aku teringat gak masa masa aku cuti dua bulan dengan kawan kawan baik aku , kenangan keluar sama sama tu kan . memang susah nak lupa and kau pasti akan ingat even benda tu dah lama lepas . and JUE , yes , kawan aku sorang tu masih lagi bercuti manakala aku , Adah and kawan kawan lain dah balik campus . Jue practical kat Melaka . so nak cakap best tu memang best tapi kesian kat Jue sebab dia akan sensorang kat Melaka tu . sebab kalau aku ada , dia jadi macam PA aku dah . bak kata Norlia Ghani Polident , kat mana kau nampak Jue so kat situlah kau akan jumpa aku . macam tulah juga Adah . Kak Long aku yang garang nak mati macam Adibah Noor . mana mana aku nak pergi aku mesti ajak diaorang . so bila aku dengan Adah dah balik campus ni mesti dia akan terperap kat rumah macam ikan pekasam yang korang dok ratah depan TV sambil nangis nangis tengok cerita Ombak Rindu yang ada Megan Fox tu . memang bila dah lama cuti ni kau akan rasa macam satu benda yang berat bila kau nak melangkah balik campus . rasa macam what the Ziana Zain apa malas bebeno ni nak mulakan sem baru . tapi yang penting , cuti aku , aku fulfill dengan kawan kawan aku . even sometimes hujan ribut and petir sekalipun kitaorang tetap keluar juga . sebab bagi aku kalau kita ada kawan , kenapa kita tak boleh habiskan masa dengan kawan kawan kan . sometimes merekalah yang akan support kita bila bila kita susah . 




ini Jue and Adah omel omel omel macam sambal belacan cicah roti canai kan . selain daripada kawan baik aku Ayed , Arriq and Danni , merekalah kawan gila aku yang boleh aku katakan gila to the max sampai kalau jumpa korang akan rasa asyik nak terberak je sebab ketawa . diorang jenis yang sangat tak kisah and totally sangat manja . even kau rasa macam muka mereka nampak dewasa dari aku ehem tapi dia lebih manja berbanding aku . and kalau keluar bertiga dengan Adah tu , Adah dah jadi macam Kak Long untuk aku and Jue . dengan dia kau tak akan berhenti ketawa sebab ada je benda yang dia nak cakap kat kau . aku rasa kalau Rosnah Mat Aris melintas depan kitaorang pun diaorang boleh jadikan bahan untuk buat diketawakan sampai keluar hingus dari hidung . diaorang jenis yang kalau dia tak suka or tak nak , dia akan cakap . means terus teranglah kan . kalau kau macam nak sorok sorok kan , diaorang akan straight to the point nak nak Jue . aku dengan Adah boleh kira selindung and diam diam lagi tapi dia macam masa lepak dengan Keba dulu , masuk je kereta , dia terus je cakap :

NI KE AKBAR AZMAN ? SENGAL JE AKU TENGOK

and dia terus ketawa . tapi Jue jenis yang happy go lucky . tak kisah dengan sesiapa pun dia lepak , orang akan senang berkawan dengan dia . so daripada Keba yang pendiam tu , terus jadi peramah . kau ada ? sama macam Adah . tapi Adah more to serious person . kalau kitaorang buat buat gila badak kelapa kitaorang dia akan macam haipp haipp jangan buat macam tu . lebih kurang macam tulah . sebab tu aku suka berkawan dengan diorang sebab kadang kadang aku rasa macam semua masalah aku akan settle bila keluar dengan diorang . aku anggap diaorang macam adik and kakak aku . sometimes Jue pernah cakap kat aku :

JAT JOM TIDUR RUMAH AKU , BOLEH KITA CERITA CERITA , KAU TIDUR TENGAH TENGAH AND AKU ADAH BELAH TEPI

lepastu mesti akan gelak punya sampai aku rasa macam nak teraccident sebab ketawa tak fokus bila drive . kadang kadang terfikir gak aku kan sampai bila friendship ni kan . mana tahu one day tetibe aku hilang ingatan ke kan , aku dah pergi jauh ke kan . bukan apa just takut friendship ni akan jauh and hilang macam tu je . yes senang kita nak cari kawan , tapi bagi aku sahabat tu yang susah kita nak cari . yang ada dengan kita bila bila masa sahaja tanpa kira macam mana sekalipun keadaan kita . OhMyHarun , sometimes orang berkawan sebab nak ambil kesempatan je . tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kawan kawan aku kan *flip hair* . setiap moment kami sama sama keluar , mesti aku akan ingat even pergi kedai sekejap beli topup je dengan diorang . bukan tak boleh jumpa lagi next time tapi kau bayangkan , aku ada cuti panjang masa raya je . so agak lamalah tak jumpa . sebab cuti aku pun sama dengan Adah . and aku mesti akan tersenyum bila ingat moment moment kat bawah ni :








dan masa Jumaat sebelum balik , aku and Adah sengaja bagi kejutan kat Jue sebab aku pun belum pernah buat kejutan kat Jue . masa birthday dia pun just keluar makan gitu gitu je sebab aku kat campus . so aku bukan apa , tak mintak balasan or apa apa pun , just aku nak dia tahu yang aku hargai dia and Adah yang dah lama jadi kawan aku . dari zaman kami selekeh sampai kami dah dewasa dah . friendship dari zaman sekolah kau ingat senang je nak buang friendship yang lama macam ni . tak ada apa yang aku bagi , hanya cupcake yang aku sendiri pilih untuk Jue . 




so kepada Jue and Adah , tak banyak yang aku nak cakap kat kau . aku just nak cakap yang aku sayangkan korang . tapi tak kan sayangkan macam mana Fikri and An sayangkan kau . ucuk korang tu . tapi sebagai seorang kawan baik . tak kiralah one day kalau kau nak terajang aku lupakan aku ke kan , tapi aku akan tetap anggap korang kawan baik aku . even sometimes aku suka takutkan korang dengan hantulah , dengan Voice Note Pontianak tu ke kan , tapi sebab nak kita happy je . sometimes dalam sedih sedih pun aku boleh tersenyum sebab korang . seriously aku cakap yang aku tak pernah terasa or kecewa dengan korang . sometimes aku suka kenakan Adah , sometimes aku suka buat gila gila aku dengan Jue , untuk buat korang sentiasa ingat dengan perangai mangkuk cili aku tu . sebab susah nak cari kawan macam korang . yang ada pun semua tak sama macam korang . even aku jumpa berlambak orang yang boleh ketawa dengan aku , tapi berbeza bila ketawa dengan korang , tergelak dalam kereta , buat miming video , buat clip video bila karaoke . dengan lagu LMFAO lagi . semua tu buat aku senyum sorang sorang . Jumaat pun last kita jumpa sepanjang aku dengan Adah cuti . so Jue kau jangan nakal nakal kat rumah . kalau rindu tu pandai pandailah kau hilangkan rindu tu . tak ada siapa lagi nak ajak kau keluar , tak ada siapa lagi nak ajak kau gila gila lepas kitaorang balik kampus ni . and korang maaf kan aku kalau aku banyak but silap kat korang yang mana aku tak perasan tu . mana tahu korang kecil hati ke kan . bagi aku , koranglah the best kat mata aku . mana tahu ini pesanan terahir aku ke kan . so ingat baik baik ni hah . Jumaat aku happy keluar dengan korang . even tak dapat lama , at least aku jumpa dengan korang before aku balik ke campus . and itu akan buat aku sentiasa tersenyum , jangan lupakan aku tau sebab nanti ingat raya nanti nak pergi keluar habiskan masa , kalaulah sempat kita nak raya kan , boleh tak aku nak cakap aku sayangkan korang ?

JUE AND ADAH , I MAKE A MISTAKE , I KNOW I'M NOT PERFECT , THAT'S WHY I'M THANKFUL TO BOTH OF YOU WHO ALWAYS STICK BY ME KNOWING HOW I AM AND ALWAYS MAKE ME COMFORT IN ANY CONDITION

THANK YOU !




TWITTER :