APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, June 16, 2011

nasi goreng

ASSALAMUALAIKUM

sempat jap aku mengonlinekan diri nak update blog nie sebab nak puaskan hati peminat sekalian di seluruh dunia untuk membaca blog aku . *ade rase mcm nak muntah tak ? aku dapat topik nie after aku pergi berak sebab keluar nasi goreng time berak . ok, ini tipu . actually nak tulis sebab tengah hari tadi aku makan kat kedai nasi goreng yang mana menjadi kegilaan rakyat di sini tapi student jelah . sebab apa ? murah . sape sokong, hentak kepala sendiri guna kasut mak anda . 

ok, back to our mission . marilah aku ceritakan kenapa orang suka makan kat sini . antara sebabnya mungkin :
  • mereka sudah mengubah haluan hidup mereka untuk kekal bersama nasi goreng seumur hidup
  • mereka memang suka dengan nasi goreng sehingga sanggup tunggu baris yang panjang sampai 100 meter semata-2 nak tunggu tapi sampai giliran die, nasi dah habis (*___*)
  • nasi goreng mudah dimakan kerana tak payah nak kotorkan tangan sampai ke siku sebab tak berkuah dah senang untuk penghadaman dalam badan mereka
  • cara untuk berdiet walaupun mereka ambil sampai nak pecah bekas makanan tu
  • jimat belanja sebab harganya hanya RM1 je walau ambil guna baldi
 inilah keistimewaan nasi goreng di tempat aku . kadang-2 rajin gak aku makan kat sini tapi bila datang je tengok mesti ramai manusia . *tak kan hantu kak limah lak . selalunya student lelaki lah yang makan nasi goreng nie sebab student perempuan suka makan nasi berlauk tak tahu jaga pemakanan . opps !  and kedai nie jugak jarang buka sebab kepopularannya . atau mungkin berasnya sudah habis pada waktu itu and pergi membeli beras yang banyak untuk memasak nasi goreng .

disebabkan ia murah, time nilah kitaorang ambil kesempatan untuk memicit sebanyak mana sos kat kedai die untuk diletakkan atas nasi goreng . *apa kau ingat pattaya ? then bila dah picit-2 sampai separuh botol, berlalu pergi dengan muka yang tak bersalah bagai kann . pak cik-2 tu semua putih mata kan ? best tengok mereka buat muka ala-2 blurr kan . and disebabkan masa aku yang tak cukup banyak nak tulis panjang-2 lagikk sebab kalau nak cerita memang sampai 3 semester aku kat sini pon tak habis . sebelum aku habis, aku nak pesan . mari ikut aku ramai-2 cakap benda nie : 1 MALAYSIAAAAAA !!!!!!