APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, December 31, 2011

thank you 2011 !

ASSALAMUALAIKUM

tinggal beberapa jam je lagi badan jiwa raga and life aku akan melangkah ke 2012 . hehe memang admit pantas masa berlalu and 3 sem dah aku lalui dalam 2011 ni . macam macam perkara dari suka duka gembira and macam macam dah aku lalui . and sekarang dah aku jadikan buku dalam hidup aku . kalau nak lempang aku bila baca ayat aku ni nanti dulu sebab aku pun tak lempang korang lagi , tunggu kejap . disebabkan umur aku yang nak meningkat 20 dah even ramai cakap aku tua dengan umur 20 tu tapi aku masih berjiwa remaja , fulamak . hahahaha , and 2011 , the best wishes ever and ever that i want you to know , 2011 , thank you untuk perkara ni :

Untuk semua masa aku terpaksa melalui kesakitan kehilangan seseorang yang aku suka.
Untuk semua saat-saat yang indah aku hargai dengan keluarga , kawan dan si dia..
Untuk persahabatan baru, perspektif baru, horizon baru.
Untuk perasaan kesepian yang teruk dan menyakitkan ..
Untuk perasaan luar biasa yang menyayangi dan disayangi.
Untuk semua perubahan baru kau bawa masuk dalam diri aku.
Untuk semua masa aku sedih dan menjadi semakin kuat.
Untuk perasaan ditolak dan diambil mudah ..
Untuk semua memori yang indah di dalam tahun ini.
Untuk semua masa aku terpaksa berhenti mengambil berat tentang diri aku dan perasaan aku semata-mata untuk memastikan dia gembira.
Untuk semua masa aku terlepas sahabat tersayang yang jauh dari aku.

TERIMA KASIH 2011 
untuk memberi makna hidup yang baru dan untuk membuat aku meneroka kekuatan dalaman dan ketabahan aku ..
kau pasti salah satu daripada tahun-tahun yang tidak akan aku lupa ..
dan aku bersedia menghadapi keturunan kau seterusnya , 2012 ! akan aku melangkah dengan ikhlas 


THANK YOU 2011 !


Wednesday, December 28, 2011

7 Perkara

ASSALAMUALAIKUM

malam yang hening ni menambahkan kesunyian kat bilik aku ni , kadang kadang aku dengar jugak bunyi sana sini tapi aku diamkan aje , dalam fikiran aku mungkin bunyi jiran sebelah kentut kot . takpe layankan je perasaan ni . so malam atau pagi ni bukan nak cerita hantu bagai tapi nak cerita pasal 7 perkara . aku ni tak habis habis dengan tujuh perkara aku kan , kenapa tujuh pulak ? sebab idea nak tulis banyak banyak bukan senang nak cari kau tahu tak sebabtu aku hadkan tujuh je , settle kerja aku . then cerita apa pulak aku nak buat ni . suka kan aku merepak pagi pagi ni , siapa nak lempang aku sila beratur dulu . ceritanya macam ni #sambil betulkan kedudukan , usia aku dah penghujung 19 tahun dah and tepat 9 JAN 2012 nanti genap usia aku 20 tahun . ok saja aku mention supaya aku dapat banyak hadiah nanti . so sebabkan nak masuk 20 ni takdalah belas belas lagi usia aku , dah masuk zaman dewasa dah puluh puluh ni . so sebabkan tu aku nak bagitahu 7 perkara yang aku nak buat sebelum aku masuk 20 ni . sempat lagi ni , ada lagi 2 minggu aku nak tunaikan hajat aku ni . fulamak , mengalahkan hajat besar kan .




7 PERKARA

PERTAMA , aku nak makan banyak banyak sikit supaya berat badan aku boleh naik sikit but then tak naklah mendadak sangat , kang tak pasal pasal aku terpaksa memangku perut aku sendiri di atas peha . cukuplah macam sedap sedap je kan , so dalam 2 minggu ni aku try sebaik mungkin , nanti aku bagitahu berapa berat naik ok ?

KEDUA , aku akan tweet back siapa yang tweet aku sebab dah lama aku tak lepak situ , then ada yang cakap aku sombong bagai kan , so siapa siapa nak tweet dengan aku tweet je . aku tak cakap aku ni mengalahkan hot kan tapi just nak berkawan , untuk ke twitter aku , klik link sebelah ok ? : http://twitter.com/#!/AizatAbd

KETIGA , aku nak make sure 19 is the moment of the age yang aku ada sebab macam macam yang berlaku masa aku usia 19 ni so aku nak sematkan dalam hati supaya 19 tahun yang bermakna buat aku . ada rasa macam nak lempang tak dengar ayat aku ni ?

KEEMPAT , aku nak main skating sebab aku tak pandai main benda tu , kebetulan ada kat melaka so kesempatan tu aku nak ambil pergi skating , i mean ice skating . biarlah aku nak terkangkang macam mana rupa kan masa main tu tapi yang penting aku dapat main . fulamak dah rasa macam terror pulak sekarang ni sebab excited ohh . siapa ada kerusi hentak aku sekarang !

KELIMA , aku akan try pakai warna kuning sebab aku memang tak suka warna kuning sejak kecil . so sebelum 19 tahun melabuhkan tirai , aku akan pakai warna kuning and akan sesuaikan dengan diri aku . serious bila pakai warna kuning banyak kali , aku rasa macam menyerlah sangat , sehelai je aku ada baju warna kuning . beli baru pun tak minat nak pakai . kadang kadang rasa diri ni tak berguna je kan . mintak orang lempang aku sikit . padahal warna je kot -,-

KEENAM , nak kurangkan habit aku pada komik sebab aku addict gila bila nampak komik , nafsu membuak buak , nak nak komik naruto . walaupun cerita tu dah lima enam tahun tapi aku suka gila . nak nak komik anime lain , sanggup aku gadai duit nak beli komik . dah takda space dah nak letak kat rak ni ? acaneee ? Ibu Norry kadang kadang bising , aku layankan aje , dah kata membaca jiwa bangsa kan , so bacalah komik ;)

KETUJUH , tak lain tak bukan , aku berhajat nak penuhkan semua kat atasni and perkara nombor tujuh aku pun selesai sebab hajat nombor tujuh nak tunaikan perkara perkara kat atas . sebab aku kalau cakap jarang aku buat . kadang kadang ada orang rasa macam nak tembak je . tapi macam nenek aku cakap selalu "BE YOURSELF !" thanks nenek atas quote tu , saya ingat sampai saya dah jadi datuk ok ? give me 5 nenek !


NOTE : birthday nanti dapat hadiah apa eh ?


Monday, December 26, 2011

merah itu seksi

ASSALAMUALAIKUM

hampir seminggu aku mendiamkan diri then seminggu nilah juga aku busy dengan kerja aku yang tak pernah putus . sebab apa ? sebab aku kan tak suka leka . fulamak nak muntah aku dengar ayat aku sendiri . alhamdulillah aku dah berada di rumah sekarang menghabiskan cuti aku kat sini seminggu dengan keluarga . cukup buat aku puas rehat selama 2 hari dah aku sampai kat rumah . and ditambah pula dengan kerja yang tak pernah putus . ok sekarang bukan nak cakap pasal kerja . disebabkan aku balik , aku tengok atas meja macam macam kad jemputan perkahwinan yang sampai kat rumah aku . kesempatan krismas ni orang ambil semua nak kahwin . gelojoh ye ? takpe benda baik kan kena dipercepatkan .

so disebabkan ada seorang membe aku from UiTM yang kahwin and dijemput , aku pun pergilah . sebab apa ? sebab kawan satu kampus kan . lama jugak nak sampai sana sebab hujan lebat dengan jammed teruk . hari sabtu memang orang ambil pelung nak keluar . kadang kadang rimas gak lepastu rasa macam nak bawak kereta tu terbang laju laju . sebabkan aku selalu berangan tulah kereta belakang selalu hon aku sebab tak reti nak jalan even kereta depan dah jalan . sampai kat rumah pengantin , pengantin dah makan dah . suap suap gitu kan , ohh kayy aku punya lambat lagi . 8 tahun lagi . jangan gatal nak fikir sekarang . then disebabkan aku nak tunggu pengantin sebab nak wish congrats kat dia , jumpalah kenalan kenalan kat UiTM . then lama jugak barulah pengantin datang . eceh sepatutnya aku yang kena pergi kat dia kan . then lepas gedebak gedebuk tu , aku pun baliklahh , hujan lagi . orang kata hujan rahmat , so amin . then lepastu malam tu ada wedding lagi . actually malas gila nak pergi tapi sebab parents aku ajak pergi kan , layankan aje . lagipun boleh gatal gatal mata ni dok pandang gelagat mak cik mak cik kat sana . zoom zoom gelagat dia kan . 

hari ni memang hujan and kalau dah hujan ada apa ? tanah basah kan . dan disebabkan tanah tu basah buat kasut aku kotor . rasa macam nak lempang tanah tu pun ada . then lepas dah makan mama and papa just berborak dengan kawan kawan . ohh aku fikir mungkin sekejap je kot . aku pun mulalah bukak kamera and snap gambar sana sini . padahal terpacak pengantin tu kat depan , satu gambar pun aku tak snap . then aku tengok jam , satu jam berlalu . takpe , aku start buat benda lain , aku rapatkan kepala kat meja lepastu adik aku buat gempa bumi . aku ketawa ketawa dengan dua org adik aku tu . layankan aje gempa bumi dia . then tengok jam , dua jam telah berlalu . takpe , layankan lagi ,aku start bagi ceramah kat adik adik aku . diorang pun tekun mendengar , then nak masuk 3 jam aku mula toleh dah membuat mimik muka macam ni -,- then barulah mama and papa faham signal aku . mereka kalau dah jumpa kawan lama , entah ingat kami ke tidak . bukak cerita daripada zaman baby dulu sampai sekarang lepastu ketawa berjemaah . kau ada ?

then bila dah balik memang aku dah letih macam rasa nak kungfu siapa ada depan aku tapi sempat jugak aku layan movie jap sebelum aku tidur tak ingat keliling . then bangun punyalah awal mama kejut , pukul 10 , awal kan ? aku tengok dia dah bersiap nak pergi mana tah . bila aku tanya dia cakap nak pergi 2 wedding , then suruh kami siap sebab kejap lagi nak pergi rumah atuk saudara aku pulak sebab ada wedding cucu dia . aku dah start garu kepala sebab tak habis habis wedding daripada semalam . eh korang tak boleh tangguh kahwin ehh ? paham tak penat ? then dengan gigih aku pergi iron baju merah . kenapa merah ? sebab aku dah obses dengan merah , katanya merah tu seksi ! wow (-_____-) macam nak lempang diri sendiri aku rasa . rasa macam diri ni tak berguna puji warna kegemaran sendiri . then bila dah siap siap geraklah ke rumah sana . alaaaa , ramainya orang , then bila dah masuk dalam kawasan wedding tu nampaklah sekalian manusia tengah makan . nasib baik ada cousin aku ramai kat sana . apalagi kerja aku ambil gambarlahh dengan cousin aku menghilangkan bosan sedangkan sekali lagi pengantin duduk terpacak depan kami . ayah aku dengan gagah pergi tolong atuk sedara aku . muka aku macamni , -,- kenapa tiba tiba dia jadi jemputan tapi rajin tolong ? then sempat kejap aku ambil gambar tu padahal kitaorng posing kat tempat orang lalu lalang hantar makanan . dia tak bising so siap tunggu sampai kitaorg habis ambil gambar padahal makanan kat depan tu dah kering dah ! dunia dunia ;)

 maaf , ketinggian gadis adalah palsu ;p

 brad sepitt and hana tajiqa

muka aku konon ala ala comel , pigidaaaaa ! haha

ok ini kerja aku kalau aku rasa sesuatu benda tu bosan untuk aku pandang atau pergi . inilah cousin aku yang aku panggil dia hana tajiqa . kenapa hana tajiqa sebab dia suka ubah ubah shawl sesuka hati dia je macam mana dia nak pakai kan . dia belit sana sini lepastu jangan one day masuk hospital sebab tercekik terbelit shawl . then nasib baik tak lama kat sana sebab aku hasut mama suruh balik . baguskan aku ? ok then sebelum nak berakhir ni aku nak ucapkan kat pasangan pasangan pengantin yang aku pergi wedding dia semalam atau hari ini , aku nak ucapkan selamat pengantin baru , jaga hubungan korang ni sampai korang dah takda space nak pertahankan dah , jaga kukuh kukuh . kalau ada yang menggatal tu , lempangkan aje . then aku juga nak cakap kat korang , aku juga jealous dengan parents aku sebab dia ada anak cool and comel macam aku ;) booooooooooooooooo !


NOTE : merah tu seksi ke ? gatal je aku tengok


Tuesday, December 20, 2011

biar miskin , kaya maruah

ASSALAMUALAIKUM

20 December , dan nak sampai penghujung 2012 dah . kadang kadang serious masa cepat je berlalu . diam tak diam , beberapa minggu aku nak menjelang usia ke 20 tahun dah . so takda main belas belas ni . meskipun macam tu , peningkatan umur selalu mendewasakan aku , serious ayat aku macam buat aku nak pergi muntah siap pakej berak sekali . dahtu kenapa aku pergi cakap kan . ok , dah nak penghujung 19 ni banyak ajar aku erti kehidupan . macam macam orang aku boleh nampak , yang baik , yang kurang baik , yang suka berak , yang suka tahan berak lepastu bila berak bau mak aihh , ok merepek . so makin lama makin belajar erti hidup . cewah , ayat macam nak mintak terajang je . but then serious aku nampak weh , tinggal aku tak record je lagi , kalau tak dah aku upload suruh tengok ramai ramai . ok dalam pada korang dok makan sambil baca blog aku ni kan , meh sini tahu kenapa aku tulis tajuk entry macam ni . biar miskin , kaya maruah . reti ? tahu apa tu ? nilah nak cakap ni #sambil betulkan skrin lappy . sambung balik cerita aku . sekarang ni banyak aku tengok orang dok jual maruah dia sana sini . nak bagitahu ni , jual maruah tu bukan takat jadi GRO je (GRO = Gadis Rosak Otak) tapi kalau mengumpat sana sini , tayang sana sini , KUTUK sana sini , musuh orang sana sini , yang paling bodoh buat cerita lepastu tambah tambah . eh kau fikir kau hebat naaa ? kat dunia je kau hebat . kat akhirat nanti makan daging saudara sendiri ok . aku bukanlah nak cakap aku tinggi ilmu , aku baik tapi aku masih lagi waras nak fikirkan semua tu . takda masalah dengan orang so tak payah ambil tahu pasal orang . tutup mulut , buat hal sendiri . lebih baik daripada hidup tak tenang kan kan kan ?


sekadar gambar hiasan je !


ok kenapa aku nak marah marah kat sini aku pun tak tahu . sekarang orang cakap duit boleh settlekan apa apa , boleh beli apa apa , tapi nak beli gunung pun tak mampu . so duit tak semestinya penting , yang penting maruah diri lagi penting daripada harta yang tak boleh kau nak bawak masuk dalam kubur pun . paling menyirap bila tegur orang , orang cakap kubur lain lain . jangan ambil tahu pasal dia . nasib baik aku tak suka tegur orang . then yang kena marah ni jawab balik , tapi kau ingat , jangan kau heret aku dengan kau masa kat akhirat nanti . terus aku update status aku kat FB lepastu ramai like . serious aku pun tak tahu berapa ramai orang tak suka kat aku sebab kita tak tahu kan orang suka kita ke tak . itu dia punya pasallah kalau tak ganggu hidup aku . ni yang paling menyirap bila sampai hal peribadi pun nak masuk campur memang dapat dua tapak kaki aku kat muka , badan ngn kaki , pakej . mana maruah mana ? bukan senang nak jaga maruah tapi senang nak biarkan ia terabai . cukuplah kalau rasa diri tu dah bagus sangat sebab kalau kau rasa kau perfect atau dah jumpa orang yang perfect bawak jumpa aku baru aku percaya . kalau tak jumpa memang aku tak percaya . takda manusia yang perfect dalam dunia ni . so jangan kau ingat bila kau cari salah orang , tengok salah orang , jatuhkan orang , mengutuk orang , kau dah perfect sebab orang lain sedang cakap pasal kau and yang pastinya one day apa yang kau bencikan tu akan kena kat kau balik , percayalah , Allah maha adil and plus doa orang teraniaya dimakbulkan . so berhentilah berhati busuk sebusuk sampah tu . tak bahagia pun buat orang macam tu sebab aku dah banyak kali dah kena sebabtu aku banyak idea malam ni sampai nak muntah darah siap pakej tersedak sekali korang baca kan ? then aku paling menyirap bila ada yang sanggup buat sampai macam ni sekali , sila klik kalau nak baca , sila tak klik kalau menyampah .


then bila dah masuk pasal ni , aku nak nasihatkanlah kepada orang yang dengki kat aku ni , aku tak kisah sejauh mana kau nak benci aku sebab tak mati pun kalau kau nak dengki kat aku ke , nak jatuhkan aku ke sebab semakin kau buat , semakin aku buat tak tahu . yes ! sebab apa , sebab aku ada family aku ada kawan and aku ada siapa yang support aku . ceh dah macam fan club pulakkan , memang melompat aku kalau aku ada fan club sokong aku . so kepada yang siapa baca ni , yang dok dengki kat orang , yang dah rasa dia bagus , yang nak tujukan apa yang aku tulis ni kat orang , bolehlah tekann button share kat atstu . and nasihat , kalau kau dah rasa diri kau bagus nak judge orang , buktikan diri kau bagus sebab benda yang benar selalunya akan menang and benda yang salah selalu akan jatuh terduduk kat bawah . kau tahu kan sebabtu kau takut kau akan jadi macam tu , kau cari geng , kau tambahkan geng nak jatuhkan orang tapi kau tak tahu , tak semstinya orang yang diam tu  lemah sebab yang dia tulah yang lebih kuat dari kau sangkakan . cuma belum sampai waktu yang dia nak tunjukkan . berhentilah daripada terus dengki melihat kebahagiaan orang lain sebab orang lain akan dengki jugak dengan kebahagiaan korang one day nanti . aku bukan nak cakap apa , aku just bagi nasihat , take note !


NOTE : indah hidup kalau sentiasa senang lihat orang lain bahagia


Sunday, December 18, 2011

life

ASSALAMUALAIKUM

gigih aku bukak laptop sambil buat kerja aku yang melambak satu katil ni semata mata nak tuliskan idea aku yang dah nak terkeluar daripada kepalahotak aku ni . so baik aku tulis sebelum aku dah takda mood nak cerita . tapi tengah lepaking , aku dengar orang cakap kerja banyak sana sini . aku senyum , aku dengar awek gaduh sana sini , aku senyum , aku dengar mengumpat sana sini aku senyum . kenapa aku senyum ?




aku bukan nak cakap aku gila senyum sorang sorang tapi aku senyum sebab aku dah nampak macam mana kehidupan kat dunia ni . dulu , kita rasa macam kat dunia ni kita boleh dapat semua yang kita nak . nak kena pelempang ? kalau tak betul betul perepared , dunia tak selamat , apatah lagi akhirat . setiap hari mesti ada dugaan kan . kadang kadang rasa macam nak menjerit pun ada , macam jerit ala ala pontianak kampung batu yang buat aku tergelak tengok didie alias beraksi , akak memang hebat . haha . ok aku bukan nak cerita pasal pontianak kampung batu . so bila tengok orang ada masalah kita fikir kita tak ada masalah , bukan ! just tunggu masa je sebab hidup kat sini memang macam macam pancaroba kita akan tempuh .

bila kita happy , kita lupa waktu susah kita . sebab kalau kita ingat waktu susah kita , kita akan menjadikan ia pengajaran . aku bukan suruh record ape bagai time susah korang tu , aku just suruh beringat je faham ? macam orang dulu dulu cakap , bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian . oh kononnya dah rasa senanglah korang bila korang dah susah dulu , pandang dari sudut lain , jadikan susah tu pengajaran untuk kesenangan sentiasa . lagipun tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan melainkan korang duduk tidur tak settlekan , memang nak kena humban dari tingkat tujuh belas . nak nak bila dah ada pelbagai kemudahan and laman sesawang sekarang ni kan #siapa tak tahu laman sesawang sila search sendiri . bila dah ada , berak pun nak kena cakap kat satu dunia , kau ada ? WTF ! macam mat salleh katakan . aku tak cakap , dia yang ajar . so bila dah jadi macam tu semakin gembira leka , kadang kadang aku pun macam tu , ye ye aku tahu korang rasa macam nak belasah aku kan sebab aku pun sama . sebabtu aku tulis benda ni supaya bila aku baca aku yang terkena .

sebenarnya LIFE ni kalau kita pandai atur , pandai warnakan , serious indah kehidupan dunia akhirat korang , yang penting hati , dekat dengan Dia , insyaAllah bahagia dunia akhirat . sebab setiap yang berlaku ada hikmah . contohnya kalau kita ditinggalkan gelpren kita #mesti nak cakap kat FB , mesti kita sedih bagai nak mati , yeke ? jangan risau sebab kalau dia tinggalkan korang maknanya dia tak sesuai untuk korang , yang datang next mungkin untuk korang . sebabtu aku cakap life ni kena mesti hadapi dengan tenang . jangan sikit sikit bila putus cinta nak bunuh diri , meh aku terajang masuk gantikan orang kena hukuman gantung tu , sukahati je nak bunuh diri . nyawa tak boleh topup awak oi , bukan macam battery . kalau battery aku pun nak cabut jap supaya aku boleh tidur puas puas lepastu bangun makan . best best . jadi bila dah ada kehidupan sekarang ni bersyukur . jangan mengeluh , kang kena hantar kat somalia baru tahu . fikir kejap kalau waktu kita susah , ada orang yang lagi susah daripada kita . tu je kena ingat . so bila dapat apa apa , bersyukur je .

LIFE , kalau kita teruskan kehidupan dengan bahagia , mesti semua akan suka gembira tanpa ada sengketa , tapi ingat , kehidupan hanya sementara sebab kat dunia ni hanya persinggahan kita , bila bila masa akan berakhir tanpa kira cepat atau lambat walau sesaat . sebab kalau dah terlambat , tiada guna lagi , sekali lagi hargailah kehidupan anda !




NOTE : warnakanlah kehidupan anda kalau nak dia cantik macam pelangi


Wednesday, December 14, 2011

tak semua jahat

ASSALAMUALAIKUM

berehat sebentar dari menulis blog . hehe , bunyi macam poyo je nak berehat bagai kan macam ade je org nak baca blog aku nih kan padahal follower pun tah bape kerat je , tapi apapun hargai wooo follower aku . even aku cerita tah apa apa merepak tahap bosan karma pun adelah jugak yang rajin follow story aku . bila dah buat entry mesti ada title entry kan . kenapa kali ni macam syahdu pulak cerita aku ni ? kenapa kenapa kenapa ? memang jugak sebab aku baru lepas tengok cerita juvana . serious dulu aku macam rasa entah apa apa cerita ni , tapi bila membe aku bukak kat laptop malam tadi aku macam pandang pandang tak je , tapi bila dah tengok , macam addict sebab nak tahu ending dia macam mana . and , bila baring terfikir . terbayang sana sini . terbayang sekeliling , tengok orang sana sini , dalam majalah , dalam internet , dalam akhbar , dalam berita , macam macam boleh dengar setiap hari kan ? macam mana boleh tengok . bunuh , rogol , buang bayi , dera and apa lagi . heh , aku kat sini bukanlah nak sibuk ambil tahu hal cerita org lain tapi sebab aku terasa ingin nak bercerita , aku bukaklah mulut , bukan nak menuduh , bukan nak menambah . tapi ... untuk sama sama berfikir , adakah semua orang jahat ni jahat ?




waktu kecil dulu bila dengar je orang masuk penjara , bila tengok je orang duduk rempit sana sini , semua cop mereka jahat . semua cakap takda masa depan . tapi kenapa masa depan mereka takda ? sebab takda orang nak bawa mereka sama sama mencari masa depan mereka . caci maki jadi makanan setiap hari sampai dah lali . kadang kadang timbul juga rasa dalam hati aku bila sendiri aku tengok orang orang macam ni , terdetik dalam hati aku "ibu ayah dia tak marah ke dia macam ni ? macam mana kalau dia balik rumah" . tak pernah pula aku terfikir sampai ke tahap dalam nak soal selidik masalah mereka sebab aku sendiri pun belum tentu lagi hala tuju yang aku pilih masa hadapan . naik peringkat sekolah menengah , makin ramai orang boleh aku lihat . peluk sana sini sesukahati . kadang kdang cium depan public , mana maruah ? mana , sebab biar kita miskin tapi maruah kita kaya , tinggi . tapi , kenapa mereka macam tu ? kenapa ?

kadang kadang terbuka mata , bukan salah mereka sebab pengaruh dari orang sekeliling main peranan , pengaruh ibu bapa . tapi tak boleh nak salahkan ibu bapa kalau ibu bapa dah bnyak kali tegur still macam tu . kalau pakwe tegur baru nak berubah , macam tu ? kiranya pakwe kau lah beranakkan kau . yang paling rasa nak lempang bila ada budak datang minta sedekah tapi ada orang maki dia halau dia , aku rasa macam nak lempang , siku je orang yang halau dia tu . come on , aku tahu meminta minta ni dilarang , aku bukanlah nak bercakap bnyak sebab ilmu aku pun tak cukup lagi kat dada ni . tapi , bila nampak je orang macam ni , semua start bukak cerita kedai kopi dia dok kutuk budak ni . cuba faham dia , cuba tengok dia dari segi lain . kenapa dia macam tu ? sebab dia orang susah , nak dapat makanan untuk satu hari pun susah . kadang kadang ada yang sanggup meragut lepastu ramai ramai pukul sampai koma ? undang undang mana kau pakai ? negara ada undang undang . sebab tak semua mereka jahat , kadang kadang nak buat jahat ni fikir siang malam pagi petang  , 44 kali fikir , menggeletar tangan sebab takut , tapi sebab terpaksa . sangat terpaksa .

pernah juga membe aku tanya kat sorang budak sekolah aku ni dulu dulu , dia tanya family dia tak marah ke dia selalu bawa balik perempuan kat rumah , alasan dia senang , mak ayah dia selalu kerja shif malam . woww , senang je alasan dia . aku tak boleh bayangkan kalau tengah dia buat maksiat , dia kena serangan jantung ke apa ke , sempat lagi nak patah balik ? tak sempat bro . aku buat benda ni semua bukan aku nak cakap aku baik , bukan aku nak cakap aku ni tak buat jahat . semua manusia tak sempurna . cacat cela mesti ada , dalam nampak atau tak nampak je . aku tulis benda ni bukan daripada luahan yang kosong tapi kerana aku lihat perspektif lain tak semua orang jahat tu jahat . sebab kadang kadang mereka diapaksa atau terpaksa . sebabtu kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita . kita bukan siapa siapa nak judge orang , nak tuduh orang sebab dah jadi satu adat kalau pesalah mesti dicop penjahat , tak semua sebab kadang kadang kalau setiap hari menghadap cacian , makian , sanggup ? lets think it , assalamualaikum .


NOTE : tak semua orang jahat takda masa depan


Monday, December 12, 2011

jaga kain sendiri

ASSALAMUALAIKUM

entry kali ni yang pedas sikit aku bagi . lepas dapat idea nak tulis kan . so aku terus on lappy even sekarang ni pun semua dah pergi belayar tidur . duduklah blogging depan tingkap blok even angin sepoi sepoi bahasa and agak sunyi malam ni . lantaklahh , malas aku nak fikir bukan bukan . diam jelah . so kenapa aku nak tulis entry macamni ? bukanlah nak menjatuhkan sesiapa atau nak menyalahkan sesiapa #buat kata ayat ayat yang aku pernah bacalah . tapi sebab aku dah naik muak , bosan dengan org yang suka sangat jaga hal orang lain . atau kalau dalam bahasa pasar suka jaga tepi kain orang . fuhhh , memang bengang . sana sini cerita kita , semua nak jaja . sana sini hal kita semua nak tahu . point utama , perlu ke ?



sekali sekala tu bolehlah dengar lagi kan . manusia , mana tahan sabar kan . kadang kadang ada yang sekali je kena dah melenting . kalau berkali kali pulak macam mana ? ada rasa nak lempang , sekeh tak ? nak tembak pun ada kan . tapi nak buat macam mana . penyibuk memang macamtu . nak nak orang yang bila kita tak nak pun ambil tahu pasal dia lagi , but then dia dok sibuk stalker orang , gigih semata mata nak jatuhkan seseorang tu , nak buat cerita tentang orang tu . sekali lagi , perlu ke ? kadang kadang rasa macam malas nak layan . kadang kadang naik menyampah . geli pun ada sebab macam entah hape hape je perangai . 

ada lagi satu kes yang aku rasa macam nak lempang orang bila ada yang buat cerita atau tambah tambah cerita lain daripada cerita asal . lepastu jaja dengan kawan kawan . seronok kau jual eh ? padahal hakikat kalau orang tahu , malu kau . then tak perlu nak bersusah payah jaga kain org , jaga kain sendiri je. kau tak payah nak suruh orang cerminkan diri diorang , kau jangan nak berlagak sebab cermin tu sebenarnya untuk kau . 

sadis ? fuhh malam malam ni aku nak smash orang pulak kan , sebab apa ? sebab dah melampau . nak share ? jom ramai ramai tekan button share . goodnight and goodsleep all !


NOTE : jangan jaga kain org kalau kain sendiri pun koyak


Friday, December 9, 2011

pom pom pom , tolong ingatkan aku , pandang pandang

ASSALAMUALAIKUM

berehat sebentar daripada dunia peragaan . tiba tiba aku jadi model dah kenapa . ok yang first tadi tu bohong sebab dah lama tak dapat pelempang daripada reader . lama juga aku rehat daripada publish new entry . sedar sedar follower dah lah meningkat sikit . terima kasih , tocehh tocehh . so bila dah lama tak buat entry ni , mesti aku dah ada idea nak cakap kan ? memang . ada idea dah aku nak tulis . selalu macam susah je aku nak tulis sebab idea nak cari bukannya senang . silap silap kalau hentam , orang pun tak nak baca . buat pembungkus nasi lemak je aku punya blog ni . ok nak tanya diri sendiri , kenapa tajuk entry panjang gaban then macam nak suruh aku sebut banyak banyak kali sambil mengeja . dahtu kenapa tak tanya ?




kau kenal kan siapa kat atasni , aku bukan suruh teka diri aku sendiri tapi tu sebelah aku ni . apa apa apa ? betul . dialah ANA RAFFALI . makwe baru . kau percaya ? aku rasa semua tak percaya . memang dusta pun . cehh , ambil kesempatan jugaklah nak bergambar dengan dia ni sebab dah terlanjur dia buat persembahan kat kampus UiTM aku so kebetulan membe aku kawan dengan dia , then dia suruh membe aku pergi backstage untuk take some picture with her . biarlah orang nak cakap setakat ANA RAFFALI ke apa ke aku tak heran sebab gambar je kot . tak suruh pun jeles ke , mengata ke . hak masing masing nak ambil gambar dengan siapa . then bila tengok senyap je . sebabtu aku letak tajuk entry aku macam ni . sebab semua tu lagu dia . dia kira jadi macam artis jemputanlah untuk program pengacara muda kat kampus aku so friendly is a key point untuk personality dia . actually nak upload video dia perform but sebab ramai yang duduk berdiri bila dia perform so aku yang duduk ni record tak nampak dia perform , nampak pun kat recording samar samar je . beli tiket blah depan tapi yang depan sikit kalau berdiri memang harapanlah nak nampak . macam manalah perasaan yang belakang tu kan . sempat juga take some pic dengan dia sebab masatu dia dah nak gerak balik dah ke KL .


nak jugak tunjuk peace , comel kan ?


dah tangan aku asyik dengan peace kenapa ?


atototototo , sama sama tutup pintu ha !


rolling back to 3 two picture above , aku dengan ana je tukar posing ?


sama lagi -,-


yang aku gembira dah kenapa ?


korang tengok muka aku pastu ketawa


ok lepas dah bergambar gambar tu sempatlah jugak kitaorg main tepuk amai amai , ok ini tipu sebab dia nak rush balik . dah lewat kot . ramai jugaklah org nak ambil gambar dengan dia tapi tak dapat . kira macam VIP lah kami berlima ni . then sebabkan membe aku yang ambil gambar , dia dapat ambil sekeping je gambar dengan ana . dahtu takda siapa nak ambilkan . nasib baik lepastu maybe manager dia kot punyalah baik hati tolong ambilkan gambar . after that konon nak masuk balik dalam dewan sebab ingat program tak habis lagi . tengok dewan dah kosong . bunyi cengkerik je ada . 

sebelum aku nak pergi tidur ni sebab malam dah lewat dah , tak serupa malam , nak pagi dahni , aku nak ucap thanks to ANA RAFFALI sebab sudi meluangkan masa ambil gambar . tak kisahlah gambar je pun . next time keluar makan pulak kan . memang aku suka berangan tinggi . thanks juga kat kawan aku yang bertweet tweet dengan ana then sempat nak take some pic . and ANA , lagu pom pom pom tu kan macam lagu dam dam dum , bunyi mercun , kanak kanak datang berduyun duyun , haa , bolehh ?


NOTE : nak saya tolong ingatkan apa ANA RAFFALI ?



Sunday, December 4, 2011

surat si papa



untuk menantu ,

kehadapan menantu aku yang sedang menerima surat ini dan sedang membaca surat ini . aku nak bagitahu ini , aku bukan kirim surat ini kat kau dengan sengaja sebab aku nak rindu kau apa bagailah , tapi sebab aku nak bagitahu kau sebab sebab aku hantar surat ini . kau mesti terkejut kan kalau terima surat ni dengan pendahuluan aku yang tiba tiba nak serang kau ni . aku bukan nak serang , aku just nak cakap je , mulai sekarang kau dah mula panggil aku "PAPA" sebab kau dah sah menjadi suami kepada anak perempuan aku . gembira tak ? gembira kan , sampai terkedu kau tujuh kali lafaz semalam masa aku akad nikahkan kau . papa bukan apa nak kirim surat ini kat kau , kau mesti ingat papa ni buta it tapi papa tak buta it pun , kalau papa post kat wall FB kau , semua orang baca lepastu like , papa tak suka , lebih baik kau baca surat ini lepastu kau pergi baca diam diam kat toilet . jangan bagi anak perempuan aku tu baca . nak nak mak mertua kau , kalau dia tahu , bising dia kat aku , tak makan papa malam ni .

DZARRIQ #konon nama menantu aku lahni ,

kau tahu macam mana papa sayangkan anak papa tu kan . dari kecil lagi dia papa dah jaga sebaik mungkin , dia ajalah anak papa yang ada , kau tahukan dia tu manja tapi pandai berdikari . kau tahu papa sangat ambil berat tentang dia kan ? sampaikan papa sanggup belasah nyamuk tu sampai lumat kalau dia cuba pergi kat anak papa tu . macamtulah jugak papa akan buat kalau ada orang yang cuba sakiti hati anak papa tu . lumat aku kerjakan nanti . tapi nanti dulu , kau jangan takut . bukan papa nak lumatkan kau sekarang . nanti bagi papa cerita dulu . papa ada syarat yang kau perlu ikut kalau kau tak nak aku lumatkan kau . syarat dia senang  je , tak payah nak hati nyamuk 7 dulang ke hati kambing 5 dulang ke , tapi aku nak syarat kat bawah ni , mampu buat kau dah dia bahagia .

PERTAMA , lepas ni kau akan bawak dia pindah jauh dari rumah aku ni , aku nak kau berikan dia kehidupan sebaik mungkin , aku takdalah nak kau belikan dia banglo ke apa , tapi , tanggungjawab kau sebagai suami kau mesti tunaikan , jangan biarkan dia yang menjadi suami pula .

KEDUA , berikan dia didikan agama yang cukup sebab kau tahu kan kalau bimbingan agama seorang suami tu tak cukup untuk isteri , kelak jika di akhirat , bimbingan agamanya tak cukup , dia akan heret kau sekali masuk neraka , kau jangan ingat kau sahaja yang terselamat .

KETIGA , jaga dia sebagaimana kau jaga diri kau , dia di bawah tanggungjawab kau sekarang , kau lagi penting daripada ibu bapanya , tegur dia jika dia buat kesalahan , pukul dia jika dia meninggikan suara kat kau , asingkan tempat tidur dia jika dia tidak mendengar teguran .

KEEMPAT , jangan kau sakiti hati dia dengan kau mencari wanita lain , kau tahukan hati seorang wanita tu lembut , jika kau mencari perempuan lain , bukan hati dia yang kau akan sakiti , tapi badan kau yang aku akan sakiti . sedangkan aku pun tak pernah menyakiti hati dia .

KELIMA , pastikan dia menjalani tanggungjawab dia sebagai isteri , jaga makan minum kau , jaga setiap pakaian kau , jaga setiap kelengkapan kau , jaga setiap anak anak kau , sebab , kelak , dia akan menjadi isteri yang taat kepada suaminya . kau tahu kan setiap yang dilakukan seorang isteri akan ditulis amalannya .

KEENAM , aku tak kisah kalau setiap tahun kau balik raya rumah mak kau sebab ibu bapa seorang suami lagi penting daripada isterinya . tetapi , papa harap kau berlaku adil kepada isteri kau . sebab syurga seorang isteri adalah diletakkan kepada suaminya dan syurga seorang suami adalah diletakkan kepada ibu bapanya .

KETUJUH , kau ambillah dia sebagai ratu hati kau , sematkanlah dia di dalam hati kau macam mana papa restu hubungan perkahwinan korang . jadikan dia isteri yang terbaik dah menjadi wanita yang solehah yang mana taat akan kepada suaminya . kau ikutlah cakap papa kerana papa lebih memahami dia kerana seorang manusia bermulanya daripada segumpal darah .


maaflah jika kiriman ini mengganggu kau tapi ingatlah , papa lebih berpengalaman hidup daripada kau . papa tidaklah tinggi sangat ilmu agama tapi ilmu agamalah yang menjadi penguat setiap keluarga . jadikanlah keluarga kau keluarga yang bahagia supaya kau akan bahagia bersama dengan dia kelak , menjadi suami yang terbaik untuk anak papa , papa dan mama merestui perkahwinan korang dan papa doakan kau akan bahagia bersama sehingga ke syurga . nanti apa apa kau BBM papa lepastu kau IM papa kat FB ok ? dapatkanlah kami cucu yang banyak , kbai !


bapa mertuakau,
Eijat Abdullah