APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, March 29, 2012

sentuhan jejaka , aizat abd

ASSALAMUALAIKUM

today laman laman soSIAL semua tak semeriah masa cuti sekolah , sebab masa ni semua dah dapat kan . dengan homework lagi , dengan kokurikulum lagi dengan nak tidur , mandi , twitter , facebook and kalau yang kecil kecil dah pandai ber-blogging tu dengan nak fikir idea lagi nak blogging kan , memang semua nak buat satu masa , kalau terberak pun belum tentu dapat buat ye tak ? *angkat angkat kening macam brad pitt . okay tajuk kali ni macam apa yang si aizat ni sentuh ? siap nak buat blog (*konon salah) entry lagi pasal benda ni kan . so mestilah ade sebab , kalau tak memang aku tak akan sentuh blog ni biarkan dia berlapuk dengan ada sikit nyamuk lalat hinggap sekejap . 

sentuhan aizat ? ok aku malas nak tengok mulut korang nganga dengan muka macam minta lempang tu . actually sentuhan jejaka ni aku nak cakap about kegemaran aku yang memang suka ambil gambar . actually takda siapa pun tahu aku suka ambil gambar *padahal setiap kali cakap kat orang . tapi bukan ambil gambar orang , tapi aku yang suka gambar diambil . bukan untuk koleksi orang tapi untuk koleksi sendiri . kalau untuk koleksi orang tu dah macam cerita Klip 3GP yang aku sendiri tak tahu apa moral of story cerita tu . so gambar gambar aku yang di ambil semua bersih . takda unsur lucah ataupun melibatkan orang yang telah mati , arwah dulu baik orangya . kadang kadang bila orang tengok gambar gambar aku dalam external harddisk mesti akan cakap , aizat ni fotogenik lah , semua gambar gambar versatile . then aku dengan sengih sengih mesti akan jawab jawapan yang sama :

EH MANA ADA , GAMBAR BIASA JE NI , BURUK *padahal muka dah kembang kuncup

ok habit ambil gambar ni orang kata sejak kecil lagi . siapa tengok gambar gambar aku masa kecil mesti akan cakap . eh pandailah anak kau Norry posing . sebab Ibu Norry memang suka ambil gambar kitaorang masa kecil . tak kiralah masa tu dia tengah tukarkan pampers ke , kitaorang tengah tidur , mandi semua dia ambil . tapi sekarang ni memang taklahnak ambil kann . semua dah dewasa *alu alu alu , tutup sikit . and yes ! aku berkongsi habit dengan Ibu Norry , pantang tengok kamera . high five sikit ibu . so then marilah tengok gambar gambar aku semua yang sempat aku masukkan , kalau aku nak masukkan semua kan aku rasa memang entry aku ni tak ada penghujung , ye tak ? *sambil buat muka shin chan .




#01 LOCATION : TELUK INTAN
memang jauh gambar ni pergi shoot sampai boleh terberak lima enam kali sebab masa ni memang ada kerja sikit nak buat kat Teluk Intan so aku dengan membe membe pergilah sana kan . then nampak ada sawah padi *membe memang gilakan sawah padi , and singgah sekejap kat sana . membe suruh pose so apalagi si budak gila kamera ni pun pergilah sebab orang dah offer kan *padahal kalau tak offer sendiri pergi . then actually sampai pun dah kira macam petang juga . so bila dah pilih location mana nak pose so sesi fotografi pun mulalah . tak payah nak malu sangat sebab aku buat muka tak tahu ala ala comel macam tu kan . so gambar gambar pun comel , atotototoooo , peace .







#02 LOCATION : PENGKALAN BALAK MELAKA
okay ini masa pergi picnik dengan family . kebetulan ada tempat redup bawak pokok yang ada rumput ala ala macam rumput carpet . dengan tak segan silu aku pergi baring . Ibu Norry punyalah bising sebab dia mana suka kotor kotor ni kan . so aku macam buat pekak je then siap lelap mata lagitu . actually mula mula aku suruh adik gadis aku Shira , shoot gambar main main je sebab aku cakap konon konon macam tengah pengsan lah kan . bukan main caption gambar kan , pengsan . then bila balik aku tengok macam okay ini aku boleh jadikan dia gambar yang awesome sebab aku kalau dah duduk rumah time cuti kalau tak pergi laman sosial aku akan berak , tak berak aku akan pergi tidur ataupun buatlah kerja merepek . ambil gambar and edit . bila dah last edit menyesal . cakap rosak gambar terus jadi muka hitam berlapuk *muka ditundukkan sambil bibir dimuncungkan .







#03 LOCATION : BATU FERINGGHI , PULAU PINANG
 okay agak jauh jugalah tempat kali ni ye tak . macam nak pergi buat rombongan merisik ye tak , kau ade ? so masa ni pun actually ada trip ke sana dengan department kampus aku . so memang Batu Feringgi ni kan tempat yang best sebab tourism places . dengan laut bagai . pergi sana kena buat assignment tapi ambil gambar yang banyak . bila balik nganga macam badak air tak dapat air sebab ada data yang tak lengkap . bukan main happy lagi ramai ramai tangkap gambar kan . hew hew *trend gelak zaman sekarang . then tengah tengah panas matahari atas kepala ni boleh lagi pergi ambil gambar . apa orang kata , kalau dah minat semua masalah akan diatasi ye ? *sambil senyum tunjuk semua gigi .






okay ini sahaja yang aku larat nak masuk sebab nak tunggu untuk buat entry ni je dah take around 1 hour . dah lah esok aku ada final exam paper memang extreme aku kan siap boleh blogging lagitu . hew hew hew *again ketawa trend sekarang . if gambar ni buruk tak kisah pun sebab aku just nak cerita pasal inilah sentuhan sentuhan jejaka macam aku nak kaitkan nama aku kan . heheh . walau tak hebat mana or muka macam minta pelempang je , so tatap jelah gambar ni lama lama . and aku juga dah buat tak boleh right clik ataupun copy gambar ni . punyalah takut kena fake kan kan kan . sekarang kan macam dah jadi trend fake fake ni . bagi lempang lima enam tujuh kali baru tahu . but then ada cara macam mana nak ambil benda ni . siapa yang tahu je boleh ambil okay ? haha . so inilah kerja aku kalau aku dah tak ada kerja . kadang kadang pergi beli barang nak balik kampus pun aku sempat pergi snap gambar kejap . then tahu tahu dah upload dalam Facebook . sekarang budak budak mana main Facebook kan . nanti kejap kejap tweet :

HARI NI PERGI AMBIL GAMBAR KAT BUTIK PADINNI *dulu dulu kan suka dok tayang paper bag

haih jahat betul mulut aku . lepastu entah entah ramai yang unfollow aku kat blog then bakar blog aku ni . apa kisah kan buat blog baru . then kutuk kutuk lagi , haha bom bom bom buat lagi sampailah dah penat and campak je laptop . ok siapa yang ada minat suka ambil gambar geng aku , peace sikit ! :)



NOTE : setakat ni belum pernah ambil gambar dengan sailormoon



Wednesday, March 28, 2012

yes , I'm not perfect , everybody also

ASSALAMUALAIKUM

everyday , bila aku buka blog , i received many and more more and more feedback daripada my passed entry : KAU BANYAK MENGAJAR AKU ERTI CINTA . that one yang support yes aku ucapkan terima kasih . for those that give an advice , thank you so much but then that person that have the type like "mengutuk" others without thinking before they think what are they saying about . come on , this is my story , this is my life , so stop judging me , i know what I'm doing , we both know which one is the better . macam macam kata kata yang aku terima , macam macam orang cakap pasal cerita aku tu but yes thank you siapa yang read that story until received sampai sekarang 16781 pageviews for that entry . macam aku cakap , ada orang cakap kat aku , yes aku tak tuding kat siapa siapa pun but soalan ni yang sering orang tanya , sering cakap :

"KALAU BETUL BETUL CINTAKAN DIA TAK AKAN LEPAS DIA MACAM TU JE , INTERNET ADA , MACAM MACAM CARA LAGI NAK KEJAR DIA , TAK NAMPAK APA APA SEDIH PUN DALAM ENTRY NI"

okay listen it ,
tak pernah aku anggap nak buat semua sedih , semua menangis baca entry aku ni . ini hanya kisah biasa , simple love story , my simple life story that I,m talking on my blog bukan blog orang lain . kisah yang aku sendiri alami , bukan aku sukahati cakap and reka cerita orang . tak pernah aku memaksa orang sama sama dengan aku untuk sedih sebab aku sendiri pun dah anggap benda ini memori aku dulu and aku perlu simpan , tak perlu nak buang sebab bendi inilah yang akan lebih menggembirakan hidup kita .  tak pernah aku panggil semua orang baca sebab aku simpan dalam blog supaya bila dah lama nanti , aku akan tersenyum kembali bila baca kisah aku sendiri , but people judging without thinking .

#internet ?
yes memang internet kita boleh contact siapa siapa sahaja walau kat mana mana kita suka . yes memang aku cintakan dia , rindukan dia but itu semua kisah DULU . dah banyak kali dah aku cakap , this is our decision . what we choose for our life , bukan kami tentukan for others life . memang kami nak berkawan , memang kami nak dengan cara macam ini . pergi tanpa berita , sebab ini yang dia mahu . supaya senang kami nak buang perasaan cinta each others . bukan senang orang yang kita cinta kita nak jadikan dia kawan . kalau kita tak tahu apa yang others people alami , so stop talking about them , stop judging them , you try walking on the water and if you success and i will call you perfect ever .

sorry if terkena pada siapa siapa but then kalau orang yang dengki , orang yang tak suka terus push macam ni , siapa yang tak terasa . everybody have their own feeling . kita bukan patung , kita bukan baju takda perasaan . yes aku memang tak perfect , aku memang tak pandai hargai orang tapi aku masih pandai nak hormat orang lain . so better you thinking before you said about others . sebab one day , what we talking about others , the others will talking about us . like my mother said :


WATCH YOUR THOUGHTS , THEY BECOME WORDS
WATCH YOUR WORDS , THEY BECOME ACTIONS
WATCH YOUR ACTIONS , THEY BECOME HABITS
WATCH YOUR HABITS , THEY BECOME CHARACTER
 WATCH YOUR CHARACTER , IT BECOMES YOUR DESTINY



NOTE : tak pernah ambil tahu and kisah orang cakap pasal aku

Sunday, March 25, 2012

will always LOVE both of you !

ASSALAMUALAIKUM

today is my special entry ! very very very special entry *sambil bercakap dengan megah berdiri . okay thank you for those yang baca last entry aku , support aku dengan kata kata semangat kan . so aku sangat sangat and sangatlah hargai . so today ada benda lain lagi yang aku perlu cerita . mesti akan ada orang cakap :

"APA LAGI KAU NI AIZAT TAK HABIS HABIS PASAL CINTA LAGI KE ?"

yes , pasal cintalah aku nak cakap ni . tapi bukan cinta biasa . aisehh dah macam lagu siti pulak kan . so today kisah cinta yang lain pula okay ? tajuk entry pun macam wahh fulamak gempak ke cerita dia . okay , today aizat akan cerita about will always LOVE both of you untuk :

AYAH ABDULLAH and IBU NORRY

kenapa pula ni aizat nak cerita pasal kisah cinta parents aizat ke ? no no no , blushing nanti mereka kat rumah tu . so esok means 26 March 2012 is their anniversary yang ke 24 , yes ! namapun abang atas aizat dah umur 23 kan so macam tulah juga usia perkahwinan , lebih setahun dari usia abang atas aizat . so apa yang kita nak tahu pasal mereka , ehem ehem jom korek rahsia mereka .




#AYAH ABDULLAH
yes this is my lovely Ayah . you know what , muka dia je nampak serious tapi dia suka buat lawak *sambil angkat sebelah kening . yes seorang ayah yang sangat memahami anaknya . pentingkan kebersihan . pergh kalau aku ada buat buat sepah sikit dalam bilik dia punya cakap aku boleh record and jadikan satu cerita  bebelan si ayah , okay maaf maaf maaf *minta minta ayah tak baca . even dia always busy with work but sentiasa ada masa untuk together dengan family . eh dia suka bawa kami jalan jalan but dia tak suka pergi tempat yang sesak , macam aku juga . bila tempat yang ramai orang nak mati sampai takda space dah nak jalan , jangan harap ayah akan pergi ikut kami . dengan aku aku sekali malas nak pergi duduk lepak main sep sep dengan ayah . ok ini tipu . dia tidak memilih sangat but kalau makanan tu sama macam aku , macam ibu juga memilih sikit . sebab apa aku pun tak tahu . macam aku , kalau aku nak makan something tu aku mesti akan tanya :

"AYAH AND IBU MAKAN TAK BENDA NI ?"

kalau diorang cakap tak makan , dengan aku aku sekali tak makan . entah maybe sebab aku terlalu ikut kot . kalau abang aku belasah je apa dia nak makan kecuali sardin . ayah and abang memang tak makan sardin . maybe nanti bau ikan kot mulut *aku cuba membau mulut sendiri . yes ayah akan always memenuhi apa yang kami minta . pandai pandailah kami buat muka kesian kan , then nanti dia on je . so dari dulu kami adik beradik gigih berlatih setiap hari buat muka kesian haha *okay mohon sekali lagi ayah tak payah baca . seorang ayah yang sangat rajin and bertanggungjawab . sebab kalau kami sakit , fulamak , ayah sangat sangat menjaga kami , sampaikan kalau aku demam , dia akan suruh aku tidur dengan ibu and dia -.-manja tak aku ? wahaaa . but then aku tak pergi pun , duduk bilik sendiri je . lalalala . tegas in education tu memanglah sebab semua orang nak anak dia berjaya kan . but ayah tak pernah pressure and paksa kami untuk terlalu push diri . ayah cakap belajar mesti cool , result mesti gempak . okay sep sikit ayah . 

satu pantang and habit ayah ialah orang yang suka tangguh kerja and buat bising kalau dia tengah buat kerja . memang ayah tak suka , kalau nak dengar bebelan dia kali kedua berani beranilah tangguhkan kerja . sebab bagi dia masa itu emas and penting . kan ayah ? aku pun sama juga *nak juga nama . then ayah tak suka kalau dia tengah make a buiding plan , orang bising bising . maybe dia perlu fokus kot bila nak buat benda tu . tekun je dia buat . kadang kadang makan pun lambat , anyonyo lepastu ibu datang suap ayah makan . ohh so sweet *mohon kedua dua mereka tak baca . and satu lagi , ayah tak suka ambil gambar atau gambarnya di ambil . esklusif lah tu kan . eceh ecehhhh , sebabtu aku nak cari gambar ayah susah nau nak jumpa . kena ikut mood dia . time raya , time picnic tu boleh . kalau saja saja nak suruh dia pose jangan harap dia nak ambil gambar , kan kan kan ?


#IBU NORRY


inilah Ibu Norry saya , and jap jap jap , okay mengaku muka aku lagi gelap sikit daripada dia *lempang diri sendiri . tak apa layankan aje . so inilah the only one one and one ibu yang aku ada and sayang . dialah ibu dialah kawan aku . memang sangat masuk kepala . macam kepala kami semua . sangat memahami anak anak dia . actually kalau ibu masak kat dapur , aku mesti akan pergi dapur tengok dia masak and ibu akan start gosip gosip , aku ? layankan aje . lepastu mulalah bercerita pasal itu ini sana sini . memang best . and yes , since daripada kecil lagi ibu memang akan minta aku teman dia kalau dia ada work yang belum dia siapkan . sebab ibu ni dia penakut sikit . dia suka dengar , dia suka tengok cerita hantu tapi lepastu dia punya penakut dia mengalahkan hantu tu muncul depan mata Ibu kan ibu ? *mohon ibu tak baca . 

kalau kelengkapan nak pergi mana mana tu , example macam picnic tu kau janganlah risau , semua complete ibu akan bawak sebab memang ibu jenis yang cekap . aku paling suka masakan dia , memang semua akan cakap dia suka masakan ibu dia kan , tapi aku lagi suka suka and suka masakan ibu aku ni setakat aku hidup dalam dunia ni . ibu seorang yang sensitif . dah kata wanita kan so mestilah ada perasaan sensitif tu . and yes sangat tegas dalam education and macam ayah juga . pernah sekali tu aku kantoi dengan dia sebab aku baca buku komik sambil belakang tu aku cover dengan buku matematik . and aku macam pelik lah macam mana boleh kantoi . ibu cakap :

"MANA ADA ORANG BACA BUKU MATEMATIK , ORANG BUAT LATIHAN"

aduh lurusnya aku nak cover baca komik , tapi cover guna buku matematik . thumbs up . rasa macam diri tak berguna je masa tu . yes aku paling rapat dengan ibu than ayah sebab adik gegirl aku yang paling rapat dengan ayah . means kalau adik gegirl aku sorang tu nak apa apa senang je dia , kecek kecek sikit then dah dapat . macam touch and go kan kan . aku macam ibu juga . memilih makanan sikit sebab kami tak makan ikan air tawar macam ayah juga . abang cakap best tapi aku macam takut nak cuba sebab aku mana biasa makan kan . and yes , aku kalau nak beli baju or something mesti aku akan ajak ibu . even aku sendiri yang pilih baju tu tapi aku mesti nak dia yang temankan . and yes , ayat kegemaran ibu :

"KORANG YANG TENTUKAN JALAN HIDUP KORANG , IBU JUST BAGI NASIHAT"

okay aku always ingat and akan expect ayat ni keluar daripada mulut dia bila kami malas nak ulangkaji ke kan . bila dia cakap on the spot dapat semangat and terus buka buku . kali ni takda cover cover sebab nak baca komik haha .


#SI ANAK YANG HANDSOME
okay perasan kejap , eh kenapa tiba tiba ada tajuk besar si anak yang handsome ni ? dush dush dush *tumbuk diri sendiri . actually , aku nak wish HAPPY ANNIVERSARY kat my lovely AYAH ABDULLAH and IBU NORRY sebab selama aku hidup kat dunia ni bersama mereka , aku akan always cintakan mereka . even sometimes ayat aku berbunga bunga cakap pasal cinta kan , tapi mereka akan always ada dalam hati aku . i will always love both of them . sebab kalau tiada cinta antara mereka , tiadalah aku dapat membuka mata aku kat dunia ini . melihat keindahan kasih sayang seorang ayah and ibu . yang sangat sangat mengambil berat . menjaga aku daripada kecil sehingga aku dah boleh membezakan mana yang baik and mana yang buruk . pengorbanan mereka bersama memang tak boleh aku nak ungkapkan dengan kata kata sebab pengorbanan mereka terlalu banyak untuk kami .

THE GREATEST THINGS A FATHER CAN DO TO HIS CHILDREN IS TO LOVE THEIR MOTHER PERFECTLY

and yes I'm proud with both of you . sangat sangat berbangga . setiap jari jari ini diciptakan ruang supaya sebelah tangan kita dapat memegang tangan ayah kita and sebelah lagi tangan kita dapat memegang tangan ibu kita . maybe sometimes ada kesilapan yang aku buat kat mereka . but kesilapan tu tak pernah mereka ingat . hilang macam tu saja and terus membuat aku tersenyum dengan kasih sayang mereka . even sometimes aku degil , mereka tak pernah jemu menegur aku . sometimes bila aku rasa sunyi , tak pernah mereka tinggalkan aku . sometimes aku rasa sedih , tak pernah mereka biarkan aku . even busy macam manapun mereka dengan kerja . pasti akan ada masa mereka bersama untuk membuat kami sentiasa mengukir senyuman . dan itulah yang banyak mengajar aku mengenali erti kasih sayang seorang ayah dan ibu . tidak pernah mereka mengharapkan balasan , tak pernah mereka membuat ungkitan , yang hanya ada di depan mata mereka , hanya ingin kami sentiasa tersenyum . even penat lelah mereka mencari rezeki siang malam daripada kita kecil , hanya untuk melihat kita tersenyum bersama dengan kanak kanak lain .

and yes , aku pun mahukan senyuman mereka untuk kami akan sentiasa terukir di bibir mereka . sama sama tersenyum melihat kami berjaya , sama sama tersenyum dengan kebahagiaan kami . even one day nanti kalau aku pergi dahulu sebelum mereka , aku akan menunggu mereka di atas sana , always akan menunggu mereka . sebab merekalah yang always menemani , always berada dalam hati aku . hargailah mereka sementara mereka masih ada di depan mata kita . sebab mereka adalah anugerah yang Allah beri untuk menjaga kita , melindungi kita , memberikan kasih sayang kepada kita sejak kita lahir . tidak akan lengkap hidup kita di dunia tanpa mereka . sebab merelah sahabat , merekalah ibu dan ayah ! :)

YOUR ARMS WERE ALWAYS OPEN WHEN I NEEDED A HUG , YOUR HEART UNDERSTOOD WHEN I NEEDED A FRIEND , YOUR GENTLE EYES WERE STERN WHEN I NEEDED A LESSON , YOUR STRENGTH AND LOVE HAS GUIDED ME AND GAVE ME WINGS TO FLY WITH FREE


ayah and ibu , I WILL ALWAYS LOVE YOU , happy anniversary !


Saturday, March 24, 2012

dan itulah pengakhiran kisah kami

ASSALAMUALAIKUM

today back to blogging after dah masuk 3 ke 4 hari dah aku stop blogging . sebab ada request from someone suruh hold dulu cerita tu . i mean cerita before this entry : KAU BANYAK MENGAJAR AKU ERTI CINTA (klik untuk ke entry) . so what will i tell you today ? actually aku kan suka berblogging , then aku masukkan saja cerita aku and dia dalam tu , and yes , aku pun tak expect that aku dah buat orang ramai menangis with that entry . minta maaf minta maaf minta maaf . actually yes , luahan hati aku . and sorry for those yang tak suka baca cerita aku sendiri tu . and aku tak boleh nak cakap apalah kan . just senyum and pray for you .




and yes , memang banyak interaction yang aku dapat from facebook , twitter and also comment kat blog . and yes kat BBM pun ada juga . tudiaaa aku macam appreciate gila dengan you guys sebab always support with kata kata semangat korang . and for those yang ada request nak tengok gambar isya tu , yes sorry aku tak dapat nak publish kat blog sebab aku kena hormati privacy and hak dia . gambar orang aku tak boleh suka suka nak publish . dia jauh . kalau dekat sekarang juga aku boleh tanya . and yes , thank you sebab enjoy reading dengan entry aku tu , and siapa siapa yang ada promote blog aizat thank you so much ! and ada juga yang buat entry pasal blog aku ni , thank you juga and kalau nak baca , klik link ni :


aku tak dapat lah nak print screen masukkan semua interaction dalam twitter kan , tapi yes aku akan masukkan statistics blog aku after 2 hari aku masukkan entry tu and yes aku pun sangat sangat sangat terkejut kira macam kaku kejap sambil air liur meleleh . ok ini tipu . so siapa nak tengok tu aku ada masukkan gambar and siapa yang tak nak tu sila pejam mata sekejap . pejam pejam pejam .




okay bila dah ramai ramai baca , and yes mesti akan ada banyak yang bertanya right . and yes aku akan menjawab soalan tu di sini . aku ambil the famous question  .

QUES : kalau one day dia balik aizat akan terima dia ke tak ? aizat masih sayangkan dia ?

macam orang kata people come people go , and yes . dia pernah muncul dalam hidup aku . pernah membuat aku tersenyum . pernah membuat aku happy . yes dulu dia selalu beri aku semangat . tak pernah aku tunjukkan patah semangat aku depan dia . tak pernah dia bersedih depan aku . kat bibir dia hanya ada senyuman . always terukir dengan senyuman yang tak pernah hilang , senyuman yang ikhlas daripada hati dia . dia banyak mengajar aku erti cinta , erti menghargai hati seseorang , erti untuk lebih kuat dalam hidup . bukan sebab aku sangat sangat memuja dia , tapi sebab aku hargai keikhlasan dia , aku hargai senyuman dia , aku hargai kemunculan dia dalam hidup aku . sebab , kerana dia , banyak mengubah pandangan aku terhadap orang lain .

if one day dia kembali , kalau dia cari aku , yes , hubungan kami akan menjadi sebagai seorang sahabat . sahabat yang paling akrab . sebab inilah keputusan kami before dia ke sana . dulu , memang aku susah nak terima benda ini . persahabatan tak susah nak bertukar menjadi cinta , tapi cinta susah nak bertukar menjadi persahabatan . tapi dengan dia juga , aku belajar semua benda itu . aku mesti terima dia bukanlah lagi cinta aku . kami adalah sahabat , sahabat yang tidak akan putus selamanya . even dia jauh di sana , aku always tersenyum bila aku ingat balik apa yang dia pernah cakap kat aku :

YOU TAHU TAK EVEN I DAH JADI KAWAN YOU , I NAK YOU TAHU , I NAK I JADI KAWAN YANG ADA 3/4 DALAM HATI YOU , TAPI FULL OF YOUR HEART UNTUK QUEEN YANG AKAN MENJAGA HATI YOU

and yes , semua sudah pun happen right now . dan itulah pengakhiran kisah kami . kisah cinta kami yang mana bagi aku amat bermakna dalam hidup aku , dia yang pernah muncul dalam hidup aku tapi sudah pergi and aku sudah buka buku baru , cari life baru dalam hidup aku . bukan sebab aku mudah melupakan sesuatu , bukan sebab aku mudah jatuh cinta dengan orang lain . tapi sebab aku tahu , benda yang lepas kalau aku terus fikirkan dia tak akan kembali ke tangan aku . yang ada dalam tangan aku , mencari kebahagiaan and membuat orang happy and boleh mengukir senyuman di bibir mereka . senyuman yang ikhlas daripada mereka . dan sekarang aku ada dia (FATIN) yang always together buat aku always mengukir senyuman di bibir aku , tak pernah putus senyuman itu . sebab aku tahu , dia ikhlas , ikhlas menerima aku . and yes , dia memahami aku . anggaplah kisah aku dan isya hanya benda yang pernah singgah dalam hidup aku untuk buat aku tersenyum .

dan anggaplah kisah aku dan fatin sekarang untuk menyambung senyuman yang pernah aku ukir sebelum ini . pertemuan itu ada bagi setiap orang , tapi tak semestinya jodoh kita dengan dia . percayalah , kalau dia bukan untuk kita , akan ada orang muncul dalam hidup kita , ikhlas menerima kita . even buku tentang kisah cinta aku dengan isya telah aku tutup sebab aku sudah ada buku cinta aku dengan fatin , tetapi buku PERSAHABATAN aku dengan isya tak pernah aku tutup , sebab aku tahu one day , kalau ada pertemuan , kami akan berjumpa . mungkin masa sama sama akan melangsungkan perkahwinan dengan jodoh masing masing , insyaAllah . and yang aku harap and doakan untuk dia , dia akan always menjadi gadis yang kuat macam pernah aku kenal dia dulu . and jumpa dengan cinta yang akan benar benar menghargai dia . dan aku sangar berbangga pernah kenal seorang gadis macam dia , seorang gadis yang pernah muncul dalam hidup aku . and aku harap akan ada cinta yang lebih baik untuk dia . macam dia cakap :

CINTA ITU ANUGERAH ALLAH , HARGAILAH CINTA MACAM MANA AWAK HARGAI DIRI AWAK SEBAB CINTA BUKAN UNTUK BUAT ORANG TERLUKA


wish you all the best with full of smile , Nur Edellynn Ellyssya


Wednesday, March 21, 2012

kau banyak mengajar aku erti cinta

ASSALAMUALAIKUM

credit to : Nur Edellynn Ellyssya

pertama kali saya nampak awak , saya rasa macam saya mungkin tak akan dapat awak . saya hanya pandang saja awak dari jauh . bila hari lain saya keluar . saya selalu nampak awak lagi . saya rasa macam saya nak tegur awak tapi saya tahu saya tak mungkin akan dapat gadis macam awak . awak selalu keluar dengan seorang lelaki . saya hanya diam . until one day seorang kawan saya  kenal dengan lelaki yang selalu awak keluar sama sama . saya cakap saya minat tengok awak , gaya awak , senyuman awak , cara awak . dan saya kembali tersenyum bila saya dapat tahu lelaki tu abang awak . saya start cari awak dalam myspace and saya jumpa .

#22 MARCH 2007
awak approve friend request saya and saya start kenal dengan awak . yes mengenali awak memang menjadi sesuatu yang buat saya tersenyum sentiasa . lebih kurang setahun saya kenal dengan awak . macam macam yang awak ajar saya , awak ajar saya macam mana nak menghargai seseorang , macam mana nak cintakan seseorang , macam mana nak belajar faham erti hidup sebab macam setiap kali yang awak cakap kat saya :

AIZAT , HIDUP KITA HANYA SEKALI , JANGAN GUNAKAN UNTUK BENDA YANG MENGGELAPKAN HIDUP KITA SENDIRI

ya dan saya ingat sampai sekarang . saya sangat selesa berkawan dengan awak . saya tahu awak sangat menjaga diri awak . even awak diminati ramai , yang awak tahu , awak perlu fikirkan hidup awak dan mencapai cita cita awak membuat orang bangga dengan awak . bukan sebab populariti tapi sebab awak dah menjadi seorang yang berjaya .

#1 SEPTEMBER 2008
saya dah bersedia nak cakap sesuatu kat awak . tapi saya tak yakin . saya kuatkan hati saya untuk memberitahu apa yang ada dalam hati saya . saya rasa lebih baik saya berterus terang daripada saya pendamkan sebab sesuatu yang kita pendamkan akan menjadi sakit kalau kita simpan dalam hati . bila saya luahkan , awak hanya terdiam . saya takut awak tak dapat terima saya . saya takut awak hanya anggap saya kawan awak sahaja . saya hanya tunduk . awak pandang saya dan awak ambil air saya . awak letak sebelah ice cream awak . awak masukkan ice cream awak dalam coke saya . air membuak . awak hanya senyum dan minum air tersebut . awak kembali pandang saya and awak cakap :

KALAU COKE AND SUNDAE BOLEH BERSAMA DAN MENGHASILKAN RASA YANG SEDAP , KENAPA KITA TAK BOLEH NAK BERSAMA ?

saya hanya tersenyum mendengar jawapan awak . ya ! hati saya terbuka untuk bersama dengan awak . dan mulai daripada hari itulah saya dan awak bersama . awak beri hati awak pada saya . dan saya simpan supaya awak akan sentiasa ada dalam hati saya . awak seorang yang memahami saya . bila saya fikir balik , betul ke awak yang ada depan mata saya , si gadis manis , cantik menjadi kegilaan ramai sekarang dah bersama saya . saya tahu inilah permulaan untuk cinta kita . awak dan saya happy . awak banyak ubah saya , buat saya tersenyum bila saya down , sentiasa tersenyum bila saya marah , tak pernah awak merungut , tak pernah saya nampak awak tarik muka . yang ada hanya senyuman kat bibir awak . yes , kita tak pernah gaduh sebab bila saya terasa nak marah , awak akan selalu jadi air untuk saya .

awak selalu suruh saya tengok langit . sebab awak cakap kita akan tenang kalau kita tengok langit . and awak cakap kalau awak rindukan saya , awak akan pandang langit and harap langit akan sampaikan rindu awak pada saya , sampaikan senyuman awak pada saya . and yes , menjadi habit saya juga bila malam malam saya akan tengok langit . and kita juga berkongsi hobi yang sama . yes hobi membuat origami . kita selalu akan berlumba lumba untuk belajar sesuatu origami and bila jumpa kita akan tukar tukar origami tersebut . tak kiralah origami tu jadi ataupun tidak . kita tetap juga akan buat even menggunakan kertas tanpa warna . yes , saya gembira dengan kehidupan awak dalam hidup saya .

sehinggalah saya masuk ke kampus . saya dengan pengajian saya dan awak dengan pengajian awak . even kita minta course dan tempat yang sama tapi awak dapat tawaran meneruskan dalam bidang Medic dan saya meneruskan dengan pengajian saya dalam bidang Building Surveying . yes daripada sinilah saya mula berubah . macam macam orang yang saya kenal . macam macam orang yang saya jumpa . saya jadi semakin leka . saya jadi semakin lupakan awak . kadang kadang bila awak text saya , saya baca tapi saya tak reply . bila awak call saya , saya tak pernah angkat . tapi awak tak pernah marah , awak tak pernah jemu . setiap hari awak akan buat benda yang sama . until one day saya angkat and kita mulakan perbualan . awak tak marah kat saya . tapi ada satu ayat awak yang menunjukkan awak sedih even awak cuba sorokkan .

I JUST NAK MAKE SURE YOU JAGA KESIHATAN , YOU SIHAT EVEN HATI I PADA YOU , YOU DAH KELUARKAN SEPARUH , I JUST RINDU YOU

tapi saya macam orang yang tiada perasaan . saya hanya diam dan mematikan talian telefon . saya tak tahu kenapa masa tu saya jemu dengan awak . orang yang saya cari , saya kejar untuk dapatkan dia , susah saya nak dapatkan , lama saya cuba nak dapatkan , saya lepaskan macam tu je . tapi , setiap apa yang saya buat hanya awak hadiahkan saya dengan senyuman awak yang ikhlas . awak terlalu ambil berat pasal saya . awak terlalu sayangkan saya . until one day saya balik dan awak cakap kat saya :

JAGALAH HATI I KALAU YOU BETUL BETUL CINTAKAN I , AND PULANGKANLAH HATI I KALAU YOU HANYA SIMPAN TANPA PERLUKANNYA

tapi awak hanya tersenyum saja bila bercakap dengan saya . yes , saya dah banyak lukakan hati awak . saya dah banyak sakitkan hati awak , saya dah banyak abaikan awak . tapi awak sangat memahami saya . saya tahu awaklah yang dicipta untuk memberi kesedaran kepada saya menghargai seseorang . dan bermula daripada hari itulah saya tekad untuk betul betul cintakan awak semula . dan saya dapatkan balik cinta saya dengan awak . ya kita bahagia .

#6 BULAN KEMUDIAN ,
awak cakap awak nak jumpa saya masa saya cuti and bila cuti kita jumpa . haritu awak penuh dengan senyuman . awak rasa happy sangat . awak buat semua benda yang kita buat masa awal awal kita bersama . kita makan ice cream , kita main layang layang , awak mainkan lagu awak untuk saya . saya gembira . until kita ada kat pantai masa saya tengah duduk , awak buka mulut awak cakap kat saya :

AWAK , SAYA AKAN KE US
AWAK BUAT LAWAK EH ? INGAT US TU MACAM NAK PERGI KL KE DEKAT *ketawa
SAYA SERIOUS AWAK , PAPA AKAN TRANSFER KE SANA
AWAK INGAT SAYA PERCAYA DENGAN GURAUAN YANG SELALU AWAK BUAT KAT SAYA NI HAA ? NAMPAK ICE CREAM NI ? CONTENG MUKA KANG .
AWAK , SAYA SERIOUS , SAYA AKAN PERGI TINGGALKAN AWAK , SAYA AKAN TETAP DUDUK DI SANA AWAK , SAYA AKAN PERGI AWAK , PERGI .

saya terus terdiam bila awak cakap macamtu , and saya terus ajak awak balik tanpa berkata apa apa pun . awak cuba bersuara tapi tidak kesampaian . sampailah saya hantar awak kat rumah . awak hanya pandang kereta saya berlalu pergi tanpa saya berkata apa apa . and yes saya rasa tersangat hampa . sampai rumah saya hanya termenung . pandang gambar awak , pandang gambar saya . and yes , saya tak boleh nak lupakan semua benda yang kita dah lama bina and buang macam tu sahaja . even awak call saya banyak banyak kali saya biarkan saja . saya tahu keputusan yang awak buat sangat kejam untuk diri saya . maybe inilah apa yang perlu saya terima lepas apa yang saya dah buat kat awak . malam tu saya dapat message daripada awak :

YOU , I BUKAN MINTA KITA BERPISAH TAPI KITA BERKAWAN . I NAK PERGI JAUH YOU . TOLONG JANGAN BUANG I MACAM TU JE TOLONG

dan yes , saya sedar . saya mesti matang . saya bukan lagu budak budak . saya tahu saya kena hadapi semua ni , dah banyak yang awak ajar saya and saya kena gunakan semua nasihat yang awak bagi kat saya . saya akan terus berkawan dengan awak even hanya sebagai kawan . sebab saya nak awak selalu dengan saya . dan sejak daripada itu kita mula berkawan , tapi kita hanya ada masa 4 bulan sahaja sebelum awak pergi jauh daripada hidup saya . dan saya mesti happykan diri saya dalam masa empat bulan tu sebab lepasni saya dah tak akan jumpa awak lagi . hinggalah satu hari awak cakap yang awak sukakan lagu ini and suruh saya dengar . yes lagu ini masih baru and saya cuba dengar lagu ni . and yes saya tertarik dengan lagu tu . lagu yang penuh dengan jalan cerita cinta kita .

AWAK ,
even 4 bulan kita dah berkawan , saya masih lagi rindukan senyuman awak . and yes , tibalah hari yang awak akan pergi jauh daripada saya , pergi tinggalkan cinta awak dan saya di sini . and ya , saya tak dapat nak hantar awak ke airport sebab masa hari awak pergi itulah hari saya akan balik ke kampus sebab saya akan mula kuliah pada esok harinya . saya call awak tak dapat and awak call saya balik . yes , saya masih ingat pesanan awak , even masa last sebelum saya sempat ucapkan selamat tinggal talian dah terputus :


"AIZAT , YOU ARE THE BEST ONE YANG I PERNAH JUMPA ! YOU AKAN ALWAYS I INGAT SAMPAI BILA BILA . JAGA KESIHATAN YOU . JANGAN NAKAL NAKAL . I NAK YOU TAHU EVEN I JAUH TAPI HATI I AKAN TETAP ADA KAT SINI . EVEN I PERGI , AKAN ADA SOMEONE YANG AKAN DATANG MEMBUAT YOU LAGI TERSENYUM LEBIH DARIPADA APA YANG I BUAT YOU TERSENYUM . INGAT , JIKA SESEORANG GADIS TU DICIPTA DARIPADA TULANG RUSUK LELAKI TU , MANA MANA MEREKA PERGI MEREKA AKAN TETAP BERSAMA , AND INGAT AIZAT , BELAJAR LEBIH KUAT DALAM HIDUP , SENYUM SELALU AND INGAT MACAM MANA SUSAH PUN ALLAH AKAN SENTIASA ADA DENGAN KITA , I NAK YOU DENGAR KALI TERAKHIR YANG I SANGAT"

and yes tanpa sempat dia habiskan kata kata , tanpa sempat saya mengucapkan selamat tinggal kat awak . saya cuba call tapi tak dapat . and yes , tanpa saya sedar , saya capai shade saya pasangkan di mata saya . saya tak tahu adakah saya perlu redha ataupun menitiskan airmata . saya pandang ke atas langit even saya dalam kereta , saya nampak ada flight and saya bercakap dalam hati .

ISYA , ONE DAY AKU HARAP KAU AKAN JUMPA ORANG YANG SANGAT SANGAT MENCINTAI KAU

awak , saya tahu benda ini pun tanpa awak duga , yes terimalah kotak yang saya kirimkan pada abang awak , ikhlaslah menerima kotak tersebut sebab dalam tu ada luahan hati saya buat awak . yes luahan saya bersama MP4 yang khas saya bagi kat awak and ada satu satunya lagu yang awak dan saya minat . bila awak ingatkan saya , dengarlah lagu itu .

awak , bukan senang saya nak lupakan semua ini . tapi awak , saya sudah buka cerita baru dalam hidup saya . yes sekarang saya dah banyak belajar menghargai seorang gadis . menghargai cinta yang diberi . and awak , ikhlas hati saya menerima seseorang yang ikhlas bersama dengan saya sekarang . bukan mudah mencari pengganti tetapi inilah yang telah ditetapkan . and ya awak , dia memang mempunyai banyak persamaan dengan awak . dan saya akan cintakan dia macam mana saya cintakan awak . setiap kali saya pandang dia , saya akan nampak bayangan awak dalam diri dia . setiap kali dia senyum , saya akan teringat senyuman awak pada saya .

tapi awak , saya dah ikhlaskan hati saya untuk redha menerima pemergian awak . dan setiap hari saya akan berdoa dalam hati supaya awak akan mendapat kebahagiaan yang sempurna untuk awak . yes awak dicipta bukan untuk bersama dengan saya tetapi dicipta untuk membahagiakan kehidupan saya . awaklah gadis yang terbaik pernah saya jumpa . and awak , SELAMAT ULANGTAHUN PERSAHABATAN kita selama 5 tahun kita kenal . and isya , jika awak sedang membaca benda ini , saya nak awak tahu yang saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak , orang yang pernah memberi kebahagiaan kepada saya . and telah banyak mengajar saya erti hidup , erti menghargai cinta dan erti menghargai hati seorang gadis . hiduplah dengan happy dan carilah ketenangan yang akan membawa awak kepada kebahagiaan . saya akan menjaga , dia , Fatin dengan sepenuh hati saya macam mana awak menjaga hati saya dahulu . dan saya akan menghargai cinta dia macam mana awak menghargai cinta saya . macam pernah awak cakap kat saya :

CINTA ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH , HARGAILAH CINTA MACAM MANA AWAK HARGAI DIRI AWAK SEBAB CINTA BUKAN UNTUK BUAT ORANG TERLUKA

AWAK ,
hati saya memang patah dahulu , tapi saya faham yang awak perlu pergi untuk kebahagiaan and masa depan awak dan keluarga . saya dah redhakan diri saya menerima pemergian awak berada jauh di sana . and apabila saya tengok ke langit , saya berharap yang awak tahu saya sentiasa tersenyum and mengharapkan awak akan terima senyuman saya itu . saya tahu yang awak tak akan kembali lagi di sini . and awak dengarlah lagu yang kita sama sama suka - (PATAH SERIBU - SHILA AMZAH ) . and insyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa lagi . kalau bukan di sini , di atas sana . dan saya menghargai semua gadis dalam dunia sebab saya tahu macam mana hati dia bila saya dah bersama dengan awak dan saya tak akan lepaskan lagi benda yang saya dah dapat and akan menjaga dia macam mana saya menjaga diri saya .

salam rindu saya untuk awak , wassalam .

ikhlas from : (AIZAT and FATIN)



Walau kau tiada di sini

Ku tetap ingat semua pesanmu

Ku hidup seolah-olah kau masih ada

Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu

Namun hatiku tetap rasa

Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota

Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu

Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama

Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu

Segera tinggalkanku

Pergilah kau ke tempat yang kau tuju

Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


NOTE : baca dan hayatilah lirik ini dan inilah kisah kami



Tuesday, March 20, 2012

the phenomena , Bruno Mars

ASSALAMUALAIKUM


MELAKA , 19 MARCH 2012 - BERITA MENGERIKAN ! TERDAPAT SALAH SEORANG PELAJAR YANG BERNAMA AIZAT ABD , MENGGUNAKAN AKAUN TWITTER YANG BERNAMA AIZAT AMIRUL TELAH DISAHKAN MENJADI BRUNO MARS . WALAU BAGAIMANAPUN , BERITA ITU TIDAK DIKENAL PASTI DAN KITA AKAN MINTA PENJELASAN DARIPADA TUAN PUNYA DIRI UNTUK BERITA LANJUT . ADAKAH DIA BRUNO MARS MALAYSIA ? ATAUPUN ADA PERSAMAAN DENGAN AERIL ZAFREL ? MARI SAMA SAMA KITA DENGARKAN BUALAN BELIAU .




PENGAKUAN AIZAT ABD *masuk part aku nak bercakap ni

okay mari rapat rapat dengar aku nak bercerita . aku ni kalau bercerita suka perlahan perlahan *sambil kunyah sirih . actually aku pun tak tahulah kenapa mereka mereka and mereka ni panggil aku Bruno Mars . padahal rambut aku lurus *sambil urai urai rambut . and Bruno Mars tu rambut kerinting sampai aku boleh letak rambut dia buat berus dawai kat rumah aku basuh periuk . and also Aeril Zafrel . actually aku macam aha ? siapa dia tu pulakkk ? *sambil garu kepala yang tak gatal . then sambil sambil aku tengok aku punya google sebab gigih nak cari dia ni , datang pulak semua semua timeline mengatakan aku ni Bruno Mars Malaysia then dalam facebook siap ada yang tag lagi . aku jadi semakin keliru . then kena tweetlimit lagi . aku macam what the fish ! siapa ada account bagi aku pinjam supaya aku boleh cakap aku bukanlah Bruno Mars Malaysia , tapi Robert Pattinson Malaysia , eh tak tak *mati kalau jadi isu lagi . but yang peliknya jadi macam ni bila ada orang tegur ,

 DIA : macam Bruno Mars (kat background twitter) :) 
AKU : apa yang Bruno Mars ? 

then terus merebak sampai jadi isu yang memeningkan kepala aku untuk belajar . tapi aku tetap belajar even timeline penuh dengan kata kata yang fulamak bukan main ! then aku pun fikir fikir gak benda ni dah slow kot kat twitter *sambil aku loncat loncat main sep sep dengan membe aku . tapi benda ni hanya disebabkan gambar ini :


and aku semakin tak faham kenapa mereka cakap aku macam Bruno Mars ? nak tanya sorang sorang memang harapan dia nak jawab sebab dia just cakap lagi :

YEAY BRUNO MARS NYANYI LAGU IT WILL RAIN !

macam takda guna je aku tanya . dan yang paling cannot go wa nak cakap sama lu , siap ada orang tag gambar siap edit kat Facebook gua bhaiii , nasib baik aku tak approve sebab kalau tak terpampang di home home , and aku dah private blog so bolehlah aku masukkan gambar ni sebab takda siapa boleh copy *sambil angkat kening macam ziana zain .


created by Yaya Naddy


aku pun dah tak tahu nak buat macam mana sebab tweetlimit , aku diamkan aje and benda ni terus berlarutan dengan TimeLine aku yang penuh dengan kata kata BMM (Bruno Mars Malaysia) and aku cakap dalam hati diam diam supaya orang tak dengar :

BRUNO MARS HITAM , AKU PUTIH *sambil senyum kejam

ewahh bukan main putih ler sangat kan . then aku pun pergilah study dengan kawan kawan aku sebab aku punya exam esok *kira ini semalam punya ceritalah . bila balik aku buka twitter and tengok timeline aku , and check BBM , 67 orang yang ping and said Bruno Mars !!!!!! pasrah aku dengan mereka *sambil buat muka shin chan .









ada banyak yang aku malas nak masukkan sebab aku tengah tengok movie sambil aku update blog ni . bukan main gembira aku pergi tengok movie padahal ada next paper . so nak cakap ni , aku bukanlah Bruno Mars Malaysia ke apa ke sebab muka tak sama pun , Aizat Abd is Aizat Abd . tapi aku tak marah pun siapa nak panggil just untuk suka suka . gedik nak matilah kan kalau orang bergurau kita nak terasa lebih macam nak kena lempang guna kasut asadi budak sekolah . macam Bruno Mars punya lagu , aku bukanlah perfect macam si Bruno tu . ni petikan lagu dia *actually background lagu blog aku

I KNOW I'M NOT PERFECT , BUT THE END OF THE DAY , WHO IS ?

yang aku dah kenapa kan tiba tiba nak masukkan lirik dia . and cannot go belakang dia ada who is tu .tiba tiba . then takpelah , fenomena Bruno Mars pun dah nak berakhir even ada lagi yang panggil aku BMM . so panggil jelah aku tak nak jawab . wekkk *sambil jelir lidah . sekali kang Bruno Mars BBM aku cakap "weh kau apahal tiba tiba orang gelar kau dengan nama aku ni ?" , tak ke mati aku nak mencari jawapan . ni hah gambar aku yang membuktikan aku bukanlah Bruno Mars :

*muka omel omel omel

dan ini sahaja satu satunya Aizat Abd iaitu anak kedua kepada pasangan Abdullah dan Norry . so jangan ada yang kata fake lah akemenda lah . geram betul tengok kalau ada orang yang kena fake . what the frozen mereka nak fake fake kan ! OMB *oh my babyface . so thank you kepada yang keep supporting tweet aizat even aizat tweet jiwang karat kadang kadang sampai aku nak baca pun nak muntah siap pakej buang air besar sekali di tempat kejadian . siapa yang suka baca tu , keep on reading , thank you from Aizat Mars . ehhh , Aizat Abd , peace !

 okay cakap pasal esok , esok kan budak budak batch 94 for SPM akan ambil result kan ? so hope you guys berjaya dengan apa yang korang target . jadikan something tu sebagai pembakar semangat bukan nak terus down kalau keputusan tak okay . masih ada banyak peluang lagi kat luar sana . untuk yang berjaya , Alhamdulillah and hope korang semua happy denga apa yang korang dapat , jangan lupa diri , hiasi peribadi and Assalamualaikum .



NOTE : boleh nak hantar entry ni kat Bruno Mars tak ?


Saturday, March 17, 2012

jika hanya RM5 ?

ASSALAMUALAIKUM

yo yo yo whats up whats up *sambil poyo poyo ala ala hip hop . ok buang tebiat . kembali di laman blog . eh nak buat apa ? rasa rasa nak aku letak hashtag dalam twitter yang orang dok buat sekarang ni ke ? #SoalanBangang . ok tak payah sebab mencacat celakan dengan mencarut tu . back tu tujuan asal . tengok tajuk entry macam sadis je kan dengan RM5 tu ? and before tu nak tanya ada siapa tak tahu ke RM5 tu apa ? where are you come from ? tapi tak apalah , mana tahu kan dia reader from italy ke , singapore ke , jakarta ke , ewah bukan main berangan reader sampai sana , so aku pergi google jap cari gambar duit RM5 . sat naaa ! tunggu lima minit .

5 Minit kemudian. . . .

ada orang lurus bendul ke tunggu sampai lima minit baru baca sambungan entry ni ? kalau ada memang minta kena lempang . okay lepas aku dah dapat ni aku tunjukkan . make sure siapa yang tak tahu tu , boleh simpan gambar ni and tatap elok elok . kenapa today aku cerita pasal duit RM5 pulak ni ? actually aku cerita sebab tadi duit RM5 aku hilang and aku dapat entry ni . kira kira macam bunyi dia apa yang aku nak buat kalau aku hanya ada RM5 je dalam tangan . and dah dah , aku tak suruh korang yang fikir sebab aku yang nak cakap apa yang aku nak buat kalau aku RM5 . ok best doh kalau ada duit RM5 , rasa macam boleh hidup setahun *mata pandang bawah , kaki di bahu



#01 Sedekah
first thing yang aku nak buat is sedekah , aku akan tukar duit tu kepada pecahan semua seringgit tak kiralah jauh manapun kan aku nak kena pergi semata mata nak cari duit pecah . then bila dah dapat aku akan pergi ke lima surau and aku akan masukkan setiap seringgit dalam tabung surau tu . eh ini bukan nak menunjuk ke apa , tapi sebab dah nama cerita pun kalau kan , so tak salah kalau ada impian macam ni . macam korang impikan nak jumpa maya karin ombak rindu kalau ada RM5 kan ? kau hado ?

#02 Pergi makan McD
siapa kata RM5 tak boleh nak pergi makan McD ? boleh apa . just ambil air dengan french fries je . habis cerita . ayat macam nak makan big mag je kan ? macam nak minta kena baling dengan pampers size dewasa kan . tak pelik apa kalau ada someone yang macam tu . kata air pun boleh refill kan . so pandai pandailah especially gadis gadis yang ada handbag tu kan , tujuan beg tu design besar besar sebab nak masukkan botol air besar dalam tu , pergi refill coke bawa sekali botol tu . next time datang bawa botol berisi air tu . dah jimat kat air . baki boleh beli choki choki kan ?

#03 Beli Ice Cream
eh kenapa tujuan utama aku and benda paling penting dalam hidup aku , aku letakkan number 3 *buat muka shin chan . yehh yehh ice cream yang paling utama . aku nak beli paddle pop 3 batang , ada baki aku masuk tabung lepastu aku kumpul dia jadi RM5 balik , then belanja , then baki masuk tabung and begitulah kitaran hidup aku sehingga aku mati . ya , arwah sangat rajin menabung ! oi , siapa yang sebut perkataan tadi ? nak kena tembak ? *sambil angkat angkat sebelah kening macam ziana zain .

#04 Pergi beli tiket Konsert Adele
siapa kata dengan hanya RM5 aku tak boleh nak pergi konsert Adele ? okay ceritanya macam ini *sambil tekun menghadap kaca lappy . aku akan gunakan RM5 tu sebagai tambang aku mencari kerja , bila dah dapat kerja tu barulah aku beli tiket guna duit gaji . apa ni apa ni apa ni ? *kena baling botol and kertas sampah sambil di-boo oleh reader . alaaaa sama juga , at least aku guna juga duit RM5 kan ? so mana ada aku main tipu . kau hado ? *sambil kutip sampah and baling semula kat reader .

#05 Beli Topup
okay sebelum nak cerita ni nak ketawa dulu lepastu aku nak cakap kat korang diam diam tau jangan bagitahu gadis aku apa yang aku nak cakap ni . okayy syttt rahsia kita sama sama . nanti aku bagi sorang satu gula pasir , sebutir je dapat . okay okay jom dengar *sambil perlahan menaip keyboard lappy . nanti ada RM5 aku nak beli topup then aku nak call Yuna . sebab nak cakap lama lama dengan dia . apa korang cakap ? berangan kau kata ?! aku nak call Yuna lama lama then bila dah habis on the phone , baki dia mesti tinggal RM0.26 kan , so masa tu baru aku call Fatin . eh alamak ! dia dah baca lahhhhh ! eh awak awak takk , Yuna tu kawan saya , nama betul dia , Muhammad Alyunahdi *cari alasan !

(cakap slow : inilah Yuna)


#06 Nak beli Komik Naruto
eh even aku dah tua bangka ni kan , eh typo pulak , even umur aku dah berusia ni kan , aku still minat lagi cartoon anime naruto yang menjadi kegilaan remaja zaman dahulu . tapi sekarang aku still minat lagi . again , kau hado ? aku tengok komik dia baru RM4.80 je so aku siap ada baki lagi 20 sen . then macam biasa baki aku masuk tabung lepastu aku kumpul dia jadi RM5 balik , then belanja , then baki masuk tabung and begitulah kitaran hidup aku sehingga aku mati . ya , arwah sangat rajin menabung ! oi , siapa yang sebut perkataan tadi ? *sambil berdiri cekak pinggang pegang sudip #tujuan sudip ?


okay dalam banyak banyak list dalam kepala aku , ini sahaja yang aku nak buat sebab macam kau tahu kan , RM5 ni bukan banyak tapi sangat bermakna . kenapa bermakna ? time time poket sempit haa barulah bermakna kan . kalau tak , RM5 ni nampak macam 50 sen je ye . nak nak kalau masa tu hari raya , kau buat beli mercun topup mercun topup then activekan BIS then update status facebook via BerryHitam . kau hado ? okay kenapa dengan aku entah dah jadi habit cakap kau hado ? and hargai lah duit tu even RM5 pun sebab one day nanti kita akan memerlukan dia . mana tahu nanti ada konsert besar Yuna ke kan , so macam biasa aku akan kumpul duit nak pergi tengok konsert Yuna ! kumpul mulai sekarang , then beli makanan baki aku masuk tabung lepastu aku kumpul dia jadi RM5 balik , then belanja , then baki masuk tabung and begitulah kitaran hidup aku sehingga aku mati . ya , arwah sangat rajin menabung ! haha have a nice saturday night guys , peace ! :)



NOTE : boleh makan kenny rogers tak dengan RM5 ?


Friday, March 16, 2012

aku dan ice cream

ASSALAMUALAIKUM



phewww , today aku gigih gila after solat jumaat terus on lappy and starting to blogging , actually aku publish ni pun malam sebab after dah siap aku save dulu , bajet bajet masa dulu sebab siapa je nak baca petang kan . kalau malam tu ramai ada kat laman sesawang so that aku pun fikir better aku publish malam sahaja . okay so far aku punya next paper esok but then aku bukan main gembira lagi menghadap laman sosial yang melekakan aku kan , rasa macam diri ni tak berguna je weh . but sebab ada masa and idea nilah time kita nak hembus semua dalam blog , ye tak ? kalau dah takda nanti at least past entry boleh back up untuk reader baca .

aisehh aisehh aisehh apa pulak kali ni aku nak cerita dengan tajuk aku dan ice cream ? apa ni aizat kau nak merepek apa pulak kali ni . asyik merepek je kerja kau dalam ni kan . but then benda ni apa yang aku nak ceritalah today . korang nak baca sambil makan kerepek ke , sambil tengok american idol ke apa ke buatlah , yang penting sebelah mata kena tengok apa yang aku nak cerita ni , kalau tak nanti malam malam momok datang tangkap korang , haaaaa tahu pun takut . so jom kita start membebel sebelum aku akan lebih merepek untuk benda yang tak sepatutnya aku merepek .

ice cream , macam korang tahu memang best kalau makan , nak nak kalau time datang rasa nak makan tu , 4 batang sekali makan pun still okay lagi . memang jadi habit aku and kegemaran aku kalau bab bab ice cream ni sebab seriously daripada kecil aku memang suka makan ice cream . ada sekali tu aku macam gila sukakan ice cream sampai aku selesema teruk gila bapak ahh . then stop kejap makan . after that sambung balik . dalam hati aku cakap apa susah kalau selesema makan je ubat tak payah nak bising bising . fulamak ayat bukan main macam nak mintak lempang kaki mangkuk pinggan semua ada . but then sekarang macam still boleh control . but once a week aku mesti akan makan . entah kenapa pun aku tak tahu .

and yes , kau pergilah tanya mana mana orang dalam Malaysia ni ice cream apa yang dia selalu pergi makan , mesti orang akan cakap ice cream ataupun frozen yogurt kat bawah ni , memang aku pasti :


semua mesti tahu kan Tutti Frutti Frozen Yogurt . aku tahu mesti ramai yang menjerit jerit bila tengok gambar ni #sukahati aku . memang benda ni best lah hoi , makan benda ni tak akan pernah puas and tak akan pernah cukup . kadang kadang rasa macam nak pergi nganga kat bawah yogurt tube tu then press banyak banyak dalam mulut . aku more prefer to yogurt flavour from chocolate or vanilla sebab benda tu dah common kan . strawberry yogurt best ! dan muncul nya benda nilah lagi buatkan aku selalu nak ice cream . kejap kejap pergi makan , kejap kejap pergi makan . nasib baiklah takda kerja kosong , kalau tak aku dah buat part time dah pergi kerja kat situ and hadap tiap tiap hari , nikmat duniaaaaa ! :)

bila orang tanya aku , apa benda yang tak boleh aku pisahkan dalam hidup aku , mesti aku akan jawab ice cream . even berjuta kali dia tanya . benda ni best weh ! so untuk my future wife , kenalah faham yang awak tiap tiap hari kena sediakan saya ice cream masa saya balik kerja nanti . ouchhhh ! so sweet . nanti tak pasal pasal dah tua nanti aku kena semput teruk , haaaaa semputttt #ala ala sepah . but then , siapa yang ada habit macam aku , bukan habitlah , kira macam ice cream addicted tu , geng aku . siapa yang tak suka tu pergi sana cari geng sendiri . yang mana mana geng aku tu kalau nak ajak aku keluar sama sama pergi makan ice cream senang je , boleh IM aku kat facebook , boleh BBM aku , boleh juga tweet tweet aku . insyaAllah kalau aku ada kat Melaka aku boleh pergi . Melaka only sebab semester break ni balik Melaka .

and cakap pasal facebook , aku dah rarely ada kat sana . kadang kadang aku on juga , but aku more prefer to twitter kalau ada apa apa nak bagitahu , mana tahu ada orang bomb aku punya blog ke , blog aku buruk nak mati ke , just tweet je aku . insyaAllah kalau aku on aku layan . lagipun 24 jam aku akan online benda tu . so kalau ada yang cakap aku dah sombong kat facebook tu sorry banyak banyak , janganlah lempang aku okay . semester break nanti aku akan hadapkan diri aku kat sana . yes , lama tak IM dengan kawan kawan . okay , for those yang new reader yang baru jumpa blog aku ni , mana tahu blogwalking ke kan , boleh pergi klik ke laman facebook aku , page and also twitter aku . so boleh kita jumpa kat laman sosial tersebut . and kepada yang always support even follower tak ramai mana , thank you so much , and stay to support my blog , have a nice day and peace ! :)

just perlu klik je tulisan bawah :


NOTE : ada tak ice cream perisa kubis ? aku suka makan kubis