APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, November 12, 2011

seram , siapa di tepi jalan malam itu ?

ASSALAMUALAIKUM




seram ? mitos atau realiti , semuanya ada yang percaya dan ada yang tidak percaya . alkisah , haritu lepak sekejap dekat kedai dengan membe aku sambil cerita cerita tentang zaman dahulu , rancak berbual sampai tak sedar dah masuk larut malam , then bila cerita dah habis , semua terdiam sekejap . nampak ada seorang pakcik memandu berhenti mengejut di tempat letak kenderaan lalu bergegas masuk ke dalam kedai minum tersebut menyertai kumpulan kawannya , mukanya yang pucat dan tergopoh gapah mengambil tempat di kumpulan meja yang ramai kawannya . aku dan membe hanya memerhati mereka , kawan aku bersuara katanya nampak hantu lahtu sambil ketawa tak ingat , ketawanya terhenti tatkala mendengar pakcik tu bersuara di mejanya , korang nanti balik jangan suka sangat , ada leh benda yang mengilai nanti . kebetulan meja mereka berhampiran dengan meja kami . kami terdiam membisu mendengar cerita pakcik tersebut , kawan aku hanya diam terpaku bagaikan terkena apa yang dicakapkan oleh pakcik tersebut . 

kami terus memasang telinga bagi mendengar cerita tersebut , kesejukan dingin malam menambahkan lagi perasaan seram pada malam ini , jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi . jom kita balik tiba tiba membe aku bersuara , tapi semua bagaikan menunggu cerita pakcik tersebut . pakcik itu kemudian bersuara , katanya dekat selekoh depan rumah lama itu selalu ada orang menunggu minta tumpang , kawan kawan dia hanya ketawa menganggap itu hanya gurauan , dia menyambung lagi , setiap malam siapa yang lalu dikawansan tersebut pasti akan ditahan oleh sesusuk tubuh yang berada di selekoh tersebut , selekoh tersebut adalah selekoh berbahaya , yang pastinya kami akan melalui jalan tersebut bila balik nanti , dia kata dulu benda tu tiada tapi sejak kebelakangan ni , bila banyak kejadian kemalangan berlaku di selekoh tersebut , selekoh itu seakan hanyir dan mempunyai penunggu , ramai yang diganggu oleh benda tersebut , ada yang buat tak tahu , ada yang menggigil ketakutan terperanjat melihat benda itu . bulu roma kami semakin naik bila dia cakap begitu . kawan kawannya tekun apabila mendengar cerita yang semakin seram . dia menyambung lagi , minggu lepas anak jirannya demam sebab ternampak benda itu sewaktu balik dari kerja larut malam , 3 hari cuti sebab demam . kami sudah semakin seram , kami mengambil keputusan untuk pulang tanpa sempat mendengar pakcik itu menghabiskan cerita tersebut .

tiba tiba sedang kami masuk ke dalam kereta untuk pulang , pakcik itu bersuara lagi kepada kawan kawannya , "JIKA ADA YANG MENAHAN , JANGAN BERHENTI , JANGAN SUKA SANGAT SEBAB DIA SUKA KALAU KITA SUKA !" kami bagaikan tersentak dan terus  menghidupkan enjin . aku memandu dengan berhati hati , siapa yang ada dalam kereta semua terdiam , tiada yang bersuara , bila aku buka radio , siaran seram yang ada , kami hanya mendengar sambil mendiamkan diri , malam sudah semakin larut , tiba tiba membe aku bersuara , "jat , laju sikit , selekoh kat depan tu pakcik tu kata" , aku melajukan sedikit kenderaan , nampak papan tanda yang tertulis "AWAS , KAWASAN KEMALANGAN !" , pada waktu ini , fikiran kami hanya satu , cepat cepat melintasi kawasan tersebut sebab kawasan depan sudah diterangi lampu oleh kedai kedai yang berhampiran , fikiran yang buruk mula menghantui apabila semakin hampir ke kawasan tersebut , meskipun aku seram , mata meliar mencari kalau kalau ia muncul , tiba tiba membe aku bersuara , "jat jat ! cepat , kau tengok tu !" fikiran aku tersentak tatkala mendengar panggilan membe aku , dari jauh kami nampak sesusuk tubuh sedang melambai lambai lurus tangannya kehadapan sambil berdiri tegak , tubuhnya yang tidak nampak kerana tiada sinaran lampu membuatkan muka kami pucat , aku memandu laju kereta sambil meninggikan lampu , membe membe aku semua sudah terdiam , kami semakin hampir ke kawasan tersebut , tiba tiba aku bersuara , 

INI PATUNG YANG UNTUK ORANG BUAT JALAN TULAH ! NAK BAGITAHU TEMPAT INI ADA CONSTRUCTION !

aku dengan membe aku semua ketawa berdekah dekah sebab mati mati ingai benda yang pakcik tu cakap , hampeh punya pakcik siap seram apa bagai , rupanya ada construction kat kawasan tu lepas banyak kejadian kemalangan berlaku . kami semua tak henti ketawa sampailah aku hantar membe aku kerumah masing masing , sampai kat rumah aku dah hampir pukul 2 , terasa seram sejuk jugak sebab sunyi malam , ada pokok bergoyang dan bulu roma meremang , aku masuk ke bilik dan terus tidur memandangkan sudah larut malam and mata dah mengantuk , tidak sampai beberapa minit lelap badan aku tidak dapat bergerak , sedikitpun tidak bergerak , aku ketindihan ! dalam separuh sedar aku rasakan kaki aku ditarik jatuh ke bawah , aku kuatkan badan aku tahan dari terjatuh , aku tidak bergerak , susah untuk menggerakkan badan aku , dalam separuh sedar aku lihat dua wanita berkebaya merah dan biru tersenyum sinis menarik kaki kiri aku , aku sukar bernafas , kaku bersuara , hinggakan ayat kursi pun susah untuk dilafazkan , tiba tiba seakan ada suatu suara beselawat keatas Nabi ketelinga aku , aku mencuba berselawat menggunakan kekuatan yang ada , badanku semakin ringan dah ketindihan dilepaskan , aku duduk , lihat sekeliling , satu bayangan hitam di atas siling semakin hilang , aku basuh muka , kaki dan tidur , bila esok aku cakap dekat mama , sekali lagi aku dengar ayat itu ,

"BILA DAH LARUT MALAM , JANGAN SUKA SANGAT , ADA BENDA YANG SUKA BILA KITA SUKA"


NOTE : jangan balik sampai larut malam , dengar tu !