APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, August 30, 2012

hari hari hari raya !

ASSALAMUALAIKUM




PERHATIAN ! GAMBAR DI ATAS HANYA UNTUK TATAPAN SAHAJA , BUKAN GAMBAR PERNIKAHAN ANTARA AKU DAN DIA 

fulamak fulamak fulamak fuyoooo fuyoooo fuyooo adodoi ! okay sawan katak mengkuang dah sampai . agak lama serious agak lama aku tak make new entry . aku rasalah selama aku menceburkan diri dalam dunia blogging nilah kan , ni paling lama aku tak update blog . dah nak masuk 19 hari . and pastinya ada yang rindu aku ye tak ? okay rasanya kau dah boleh sumbat mulut aku dengan batang lemang supaya aku tak terus perasan . so before aku update entry baru ni tadi aku dah hantar blog ni pergi carwash pergi cuci sebab dah berhabuk sampai kakak sedara Ju-On pun dah mula merangkak masuk dalam ni . so apa yang aku nak cerita tu lepas dah lama aku berdiam ? macam kau tengok tajuk entry tu kan ? *tarik rambut kau suruh pergi tengok tajuk entry* so , harini jom cerita pasal raya . dan pastinya entry kali ni banyak gambar sebab kata raya . dalam camera aku dah ada 2000K++ gambar raya . aku sendiri pun tak tahu entah apekemenda aku hambik masa raya kan . apedehal , simpan buat tunjuk kat anak cucu cicit nanti kalau sempat nak beranak lah kan .

bila cakap pasal raya kan semua mesti happy nak raya sebab nak dapat duit raya . kalau raya ni kau perlu tadah tangan je . dia nak bagi tak bagi duit raya tu lain cerita , yang penting kau dah tadah tangan mintak duit raya . kalau yang takda tangan sebab main mercun tu pi tadah kaki , dengan kaki dia hentak muka kau tepat kena batang hidung hingga senak pangkal pusat . tahun ni macam biasa beraya di Melaka . sebab dengan cousin aku lagi beraya kat Melaka memang meriah sampai aku rasa macam nak jejoget poco poco dengan mereka . dan pastinya bila raya je mesti orang akan tanya "BANYAK DUIT RAYA KAU DAPAT ?" raya aku tahun ni Alhamdulillah orang kata makin tua makin berisi kan , so makin besar tua bangka gedabak ni makin banyak lak duit raya aku dapat . mampu beli rambut palsu seakan akan rambut Rosmah . mungkin sebab muka aku ala ala macam En Haris Ombak Rindu kan , so orang ingat aku Aaron Aziz , tapi........ kedudukan aku digugat oleh Miyyo Azman sebab dia dah pergi rampas jadi Aaron Aziz kekecik untuk iklan raya tahun ni . bila iklan tu keluar je aku hadap depan TV tengok muka sendiri (Aaron Aziz) sambil berkata 

"TAKPE , MIYYO MUNGKIN MASA DIA UMUR 17 TAHUN , AKU AARON AZIZ MASA UMUR 20 TAHUN" 

okay tetap takmoh kalah nak jadi Aaron Aziz kan . and and and and , baju raya aku tahun ni actually warna turquoise tapi bila aku ambil gambar tetibe dia jadi warna biru entah kejadah kenapa aku sendiri tak tahu . nak tengok gambar raya pertama aku ? *kena boooooooooooooo* okay sebabkan korang pergo boo aku , ada syarat nak tengok gambar raya aku . bagi aku tembikai nam biji siap dibelah beserta 7 dulang uban Justin Bieber baru aku bagi kau tengok ! mewahahahahahahah awwww awwww ouchhhh *gaya ketawa gedik alaf baru*




kenapa gambar kecik tu tak payah dipersoalkan sebab aku memang sengaja buat camni . konon bajet One Direction ah ni . kay takda kena mengena . kang kalau aku masuk satu satu muntah keluar nasi himpit sebiji disertai dodol setengah kilo tak larat korang nak tengok dah and mungkin memerlukan sehingga 34 jam untuk habiskan baca entry aku semata mata nak tengok gambar je kan . kau boleh tengok satu satu gambar kat atas dari kanan ke kiri . aku suruh kanan ke kiri , bukan kiri ke kanan . tak faham bahasa eh ? inilah kerja kitaorang kat atas tu bila jalan raya umah atok sedara aku . mana gambar tak banyak dalam camera kalau sekali ambil gambar je dah nak dekat 30 keping . kalau 30 kali ambil gambar ? kau kira sendiri . apa guna belajar math cikgu memekak kat depan kalau kau malas nak kira . raya tahun ni orang tak putus putus jugaklah datang rumah aku sampaikan takda masa dah aku nak gerak sana sini . kena layan budak budak kecik nak datang , bila datang semua muka bajet nak kumpul duit raya and tak nak makan kuih raya kan . aku dengan Shyyra pulak buli diorang . bila budak datang je mesti cakap :

"MAKAN DULU KUIH RAYA SORANG 5 KEPING , THEN HABISKAN AIR SEGELAS , BARU DAPAT DUIT RAYA"

lepastu sorang sorang gelojoh rebut rebut nak makan semata mata nak dapat duit raya , so childish *memang diorang budak budak pun* . and macam biasa kalau dah makin petang , budak budak yang datang rumah aku pun dah semakin masam baunya . so bila dah masam masam bau budak tu memang harapan aku nak layan . aku campak kat Shyyra suruh dia layan . rasa rasa kalau ada kayu besbol dah lama aku kena hentak dengan Shyrra berulang kali tanpa henti ataupun tanpa belas kasihan .


ni gambar raya pertama aku bersama family kecuali Aiman , dia pergi raya . katanya


aiman takda masa ni sebab dia tak suka ambil gambar , hobi dia tak suka ambil gambar


Aaron Aziz masa umur dia 20 tahun ni


ni bajet bajet macam putera raja nak meminang dia , konon 


kebiasaannya kalau raya raya ni , big family aku which is semua pakcik makcik cousin mazen aku akan buat kenduri masa raya ketiga . memang dah wajib lah bagi kami tetiap tahun buat kenduri ni . masa nilah aku dapat buli cousin cousin aku , ambil gambar sama sama sampai rosak camera sebab dia pun stress nak hadap muka aku je tiap masa . and lepas kenduri ni serious happening sebab tak sah kalau tak memekak dengan lawak spontan semua orang . sebab uncle uncle aku semua cool . gambar raya ketiga ni ada jugak , just raya kedua aku serious malas nak ambil gambar sebab masatu panas gila babeng badak air meneran yak yak keras dia punya berpeluh . so macam rimas gila nak ambil gambar kan . kalau ambil pun muka semua macam baru lepas mandi kolam akuatik takda guna juga kan . so bawah ni gambar raya ketiga . terselit pak arab kat gambar aku ni hah .


muka aku kenapa annoying macam mintak kaki saiz sebelas . ada ke ?


macam rombongan nak pergi haji kan ?


budak kecik ni dia takut sikit dengan aku , kau tengok muka teruja dia tengok aku . insecure ! :3


kerja aku dengan Ibu Norry kalau aku dah mengantuk tahap gajah perempuan , aku paksa dia ambil gambar


so close story about kenduri kendara , anak kau anak dara . pantun dua kerat . tu sebab gambar masa kat kenduri memang tak banyak . kerja aku nak tidur je masa tu . siapa je tak nak tidur kalau cuaca mendung bagai kan . dalam kepala otak aku dah fikir nak tidur je . then tetibe adik aku cakap "PERGI GOOGLE OPPA GANGNAM STYLE KAT YOUTUBE" , perasan gak apa kejadah Rosnah Mat Aris benda tu asyik trending tak habis habis kat twitter kan . so aku pun pergi search dengan penuh penghayatan and sanggup tunggu buffer kat youtube tu . gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! stylo video dia . mengucap panjang aku tengok . nasib takda sakit jantung kalau tak dah mati aku masa raya ketiga ketawa pecah perut sebab tengok video dia . serious orang tu buat aku rasa nak hulur Azwan Ali sebagai hadiah kat dia . patutlah banyak kali trending . rupanya mentang tu yang buat nama dia naik . masuk billboard lagi . kau ada ? setakat lagu Kak Melah Sesaat Kau Datang tu , better balik tanam sayur pergi jual . tapi lagu Kak Melah tu selalu gak aku dengar , okbai !


ni Jason Mraz aku jumpa dia then aku culik jap ambil gambar pastu campak tepi hutan


ni Khairul Fahmi Che Mat , juga aku culik kemudian aku tinggalkan di pam minyak berdekatan


cuba cari Aaron Aziz ?


kau cuba teka amenda yang dia dok korek tu ? macam lempeng aku tengok . padahal cake dah cair


dalam ni takda Aaron Aziz tapi ada En Haris Ombak Rindu , pakai baju warna merah !


lepas hengko dah tengok gambar apa bagai kat atasni kan , mesti tanya kenapa tetibe ada Amat Jamaludin kan ? *sambil gadis gadis pisau cukur menjerit jerit memanggil nama amat* , actually dia datang ke Melaka untuk beraya kat rumah aku . aku ingat dia main main nak datang rupanya serious . so masa first day just pergi raya satu rumah je sebab tak tahu nak pergi mana and plus kawan kawan aku semuanya busy . so duduk rumah macam bawang merah cerita dahulu kala mendiamkan diri dalam rumah . kalah gadis sunti kau tahu punya taat aku duduk kat rumah . kalau tak aku makhluk yang tak reti nak lekat kat rumah even kena ikat kat mangkuk jamban sekalipun . then esoknya baru aku bawak Amat jalan jalan then pergi rumah Keba . then Keba lak boleh demam . ingat demam main main , sekali kau sampai panas gila , boleh masak roti telur kat dahi dia punya panas . tapi dia masih mampu untuk karaoke . hebatnya si dia yang bernama Akbar Azman *lagu beribu sesalan pun keluar* . ni ada juga aku selitkan gambar masa raya kelima . agak nak muntah darah + cacing kan asyik hadap gambar aku je ? dahlah entry kemain panjang . nak baca buku sejarah pun tak macam ni punya panjang kan ?

and macam biasa kalau raya raya ni tak sah kalau takda open house kan . macam aku , aku juga dijemput untuk ke open house kesana kemari kesitu kesini . bukan bukak rumah ye , tapi rumah terbuka . kalau kau bukak rumah tu entah mana kau nak duduk lepasni aku pun tak tahu . ewah cakap dapat invite tu mengalahkan Datuk A Samad Said kan aku punya kengkawan . actually dapat invite daripada kawan rapat aku je , yang tak rapat tu memang harapan dia nak ajak aku semua pandang aku atas bawah , apedehal , open house kat rumah sendiri tak habis makan . so kau nak tengok sesuatu tak ? kembar Shila Amzah . hahahahaha . bagi aku sama muka diorang dan telah dikaji di seluruh tempat , 9/10 mengatakan muka mereka ada mirip . siapa dia ? kawan aku punya kakak . Kak Eaty . muka bapak sama dengan Shila Amzah , nak tengok ? sediakan 7 dulang rambut Rosmah berserta gel rambut M Daud Kilau .


ni dia Kak Eaty yang cool ! aku rasa dah boleh turn on lagu patah seribu dah ni , pergi ambil radio cepat !


ni real Shila Amzah . kau tengok sama kan ? even cara senyum pun


muka aku lebih gelap daripada dia , Olay rahsianya


aku gigih pakai baju melayu kau tahu , aku dengan adah macam orang baru kahwin pakai baju warna sama , tapi yang atasni Jue . dia selamba je pakai shirt . aku baju melayu bagai


lepas open house rumah jue , esoknya open house kat kedai putra pulak . kerja aku raya ni tak habis habis dengan makan je makan makan makan sampai aku punya berat badan menurun . eh menurun ? *terjun bangunan* tapi masa ni jelah kau nak makan puas puas sampai tak larat dah nak bangun . kau ingat ni kelakar ke aizat ? bila aku dah balik campus akan rindu semua tu . actually gambar ada banyak masa kat kedai ni , tapi sebab aku sendiri dah muntah nak hadap gambar banyak banyak . boleh kena cirit birit asyik nak hadap gambar je kan , so aku masukkan certain , gambar siapa yang tak masuk tu mohon maaf dipinta sempena hari raya ni .


aku , putra and adah . mana Jue ? dia tolong ambilkan gambar . sorry jue...........


so ini jelah kisah raya aku yang tak menarik langsung kan bagi korang ? alaaaaaa tak menarik pun sampai kebawah dah korang baca ni hah . sekarang dah berapa hari raya pun aku lupa . sebab aku malas nak kira , yang aku tahu Final Exam aku dah semakin dekat . seram waaaa cakap sama lu . rasa dia macam kena cucuk dengan durian kat betis . so , dah nak merdeka kan , insyaAllah kalau takda apa apa halangan , aku akan berada dia TwtUpMerdeka jumaat ni bertolak from campus , kebetulan abang saudara aku ada wedding kat KL so lari sekejap dengan beg baju ke sana . kau ada bawak sekali beg baju . gigih kan aku ? apedehal , aku dah daftar dah pun . so insyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa kat sana , nak cari aku senang je , cari Aaron Aziz , tulah aku hahahaha . takpun cari orang yang pakai baju warna kegemaran aku . apa dia ? fikirlah sendiri . so belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya even ketupat lemang kalau ada lagi tu dah nak basi dah and mintak kena lempar kat muka , and juga Salam Kemerdekaan ! 1 Malaysia ! ewah .


NOTE : kita raya , raya jugak , tapi jangan sampai terlalu tamak , nanti rugikan diri sendiri je , serious . OPPA GANGNAM STYLE ! *tetibe*