APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, January 30, 2012

pengalaman mengajar kita

ASSALAMUALAIKUM

harini aku dapat satu cerita , cerita pengalaman kisah hidup seseorang yang telah diceritakan kepada aku . aku bukan sukahati je nak cerita tapi inilah realiti yang sebenar . cerita kisah hidup seseorang yang minta aku kongsikan sebab dia kata untuk pengajaran lebih mengenal erti hidup . okay kisah hidup dia memang penuh dengan dugaan dan cabaran until sekarang dia menjadi seorang yang berjaya . dan aku lah menjadi tempat dia menceritakan segala yang berlaku dalam hidup dia . aku gembira sebab aku juga dapat belajar melalui pengalaman yang telah dia bagitahu aku . okay , jom kita start , kang orang rasa macam nak lempang muka aku kan asyik dok bebel lama lama tapi cerita tak mula mula lagi . adoi , ok mari .

*                               *                                *

aku dibesarkan dengan suasana hidup yang begitu ketat , setiap hari aku akan menghadap buku . tiada social life , tidak mengenal erti dunia luar sebab latar belakang keluarga aku yang begitu mementingkan education . ayah bekerja sebagai engineer dan ibu sebagai pensyarah menjadikan aku setiap hari akan dididik menjadi anak yang berjaya . kadang kadang aku rasa macam hidup aku terlalu dikongkong dan aku ingin memberontak . tapi apakan daya sebab aku anak sulung dalam keluarga . aku hanya ada mummy , daddy dan adik perempuan aku seorang . walaupun orang kata tinggal di bandarlah banyak peluang aku nak nikmati zaman remaja aku tapi aku tak pernah nak mencuba sebab aku tahu mummy and daddy pasti akan marah . sehinggalah suatu hari , daddy dipindahkan ke kota yang ternama dan terkenal di Malaysia , Kuala Lumpur . dan di situ jugalah aku mengenal erti sosial yang sebenar .

hari pertama sekolah , aku dimasukkan ke sekolah swasta sebab daddy kata senang dia nak ambil aku and hantar aku ke sekolah . disebabkan jarak umur aku dan adik hanya selang setahun . masuk ke sekolah tersebut , ya , aku boleh lihat bagaimana gaya hidup pelajar pelajar di sana . semua bergaya , semua berada . even aku dilimpahi dengan kemewahan hidup , tapi aku disekat dengan kehidupan bandar yang ingin aku cuba . sehinggalah suatu hari , aku ditegur oleh empat sekawan . aireyl , affiq , zafry dan ijam . mereka datang ke arah aku , "kau anak lot tu kan ? aku tahu . kau tak payah jawab . kau nak join kitaorang ? kau memang ada rupa tapi tak akan kau nak macam ni je , jom ikut kitaorang" , ya aku mengaku yang mereka menjadi perhatian gadis di sekolah tersebut , aireyl anak kacukan menjadi kegilaan gadis tapi sifatnya agak pendiam , affiq kelihatan peramah dan periang , zafry nampak lebih matang dan berdikari , ijam kelihatan seperti budak nakal yang mempunyai kelembutan hati . mulai hari itu , aku sah menjadi rakan kepada mereka dan bermulalah hidup aku sebagai anak kota .

kali pertama aku keluar dengan mereka , aku diajak ke rumah mereka , lepak lepak , rumah affiq menjadi tempat kami lepak . rumah dia kosong sebab dia anak tunggal dan parents keluar bekerja , daripada keadaan rumah dia aku dah boleh agak yang hidup dia memang bebas tanpa ada sekatan pun dari parents dia . kami mula keluar , aku mula mengenal erti gembira tanpa ingat apa apa . yang aku tahu , aku gembira dengan life aku sekarang . setiap hari aku keluar dengan mereka sehinggakan kadang kadang ada ponteng sekolah tanpa mummy and daddy tahu . aku mula menyentuh estacy , aku mula menyentuh arak , aku mula pergaulan bebas bersama gadis . semua pesanan mummy aku lupakan . kadang kadang aku bagi alasan yang aku nak keluar sebab nak pergi tidur rumah affiq , mummy izinkan sebab dia ingat aku buat kerja sekolah . dan setiap hari jugalah aku habiskan masa aku dengan dosa dosa yang aku lakukan . 

aku menjadi lupa diri , aku bukan lagi seperti dahulu , anak lot dan budak bandar yang nerd tetapi yang didampingi mana mana gadis . tukar gadis macam ambil tisu sahaja . di sekolah , kami dikenali sebagai anak kota yang dikenali oleh pelajar di sekolah . aku lebih rapat dengan ijam sebab dialah rakan aku yang paling memahami aku dan tidak pernah mengenal erti penat menasihati aku . selalu dia kata "arriz , walaupun kau ikut perangai kami ni , aku just hope kau berjaya , tu je" and aku ingat pesanan tu sampai sekarang . sebab dia rakan baik aku . kehidupan aku makin lama makin teruk , masuk club sana sini , party sana sini . sehinggalah suatu hari adik aku bau sesuatu pada baju aku . dia tanya aku "abang , kau ambil apa ni ? kau drinking eh ?'" . aku hanya diam sambil makan breakfast aku , dia terduduk , diam , aku tak berani pandang muka dia sebab aku tak nak lihat dia sedih . aku sayangkan dia sebab dia satu satunya adik aku dan aku paling rapat dengan dia . dengan nada tersedu sedu dia cakap "kenapa kau buat diri kau macam ni ?" aku pandang muka dia , dia hanya tertunduk , sebutir air jernih jatuh dari pipi dia . 

aku rasa serba salah , tapi aku macam tak hiraukan perasaan dia . aku teruskan life aku macam biasa , dengan kehidupan yang bagi aku sangat selesa , kehidupan yang , memberi aku kebahagiaan hidup . one day masa aku dekat hall , aku terdetik nak naik atas , sampai di pintu bilik , aku terdiam lihat mummy duduk menangis memegang plastik jernih kecil berisi estacy aku . aku diselubungi rasa bersalah . tapi mummy tidak pernah bertanya . dia hanya dia dan melayan aku dengan baik sekali tapi kali ini aku lihat perubahan dia , dia lebih rapat dengan aku , dia lebih mengawal aku , sehinggakan aku nak keluar pun dia akan hantar . tak bagi aku keluar sendiri . tapi bila kat sekolah aku curi curi keluar . tapi , suatu hari , benda yang aku tak sangka berlaku . tanggal 23 March 2011 akan aku ingat sampai bila bila sebab tarikh itulah yang menjadikan hidup aku sunyi kosong . malam tu , birthday member kami dan dia ajak kami keluar macam biasa . ijam sangat gembira sebab dia kata dia nak habiskan masa dia dengan kami . dia nak happy je hari ini . dan memang aku lihat dia happy . aku nasihat dia , "ijam kau jangan suka sangat kau tu semput" tapi dia kata , alaaa harini je aku nak happy kan . 

after party aku duduk di luar sebab aku tunggu aireyl ke toilet , affiq and zafry pula pergi ambil kereta . tiba tiba ijam duduk sebelah aku . dia kata , "arriz , ambil gambar sama jom" lepastu aku hanya senyum dan ambil gambar dengan dia . dia cakap lagi "arriz , kaulah kawan aku yang aku sayang , kau ingat tau . arriz , kalau aku tak ada kau boleh hidup sorang sorang kan ?" . aku hanya ketawa , aku jawab "kau ni gila ! mestilah , kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke ?" , dia hanya ketawa , pegang bahu aku and bangun . dia cakap dia nak pergi depan sebab nak reload sekejap . tengah dia melintas tiba tiba ada kereta lalu , dia just terlanggar cermin sisi kereta tu dah rebah terjatuh . badannya kaku . aku hanya tergamam lihat dia . aireyl yang dah keluar dari toilet terus ke arah ijam . aku masih lagi duduk tergamam . sehinggalah aireyl mengoncang goncang badan ijam , mukanya tertoleh ke arah aku dah aku terus bangun meluru ke arah dia . dan dia sudah tak bernyawa , pergi tinggalkan kami semua , tinggalkan dunia . macam dah ternyata , ajal maut ada dimana mana , even kita jatuh sikit sekalipun .

dan hidup aku semakin kosong sebab aku rasa kesepian dalam hidup aku . walaupun aku ada affiq , aireyl dan zafry , tapi hidup aku tak macam dulu . aku rindukan ijam . aku rindukan kenakalan dia , aku sentiasa ingat kata kata terakhir dia . bagaikan dugaan dalam hidup aku . suatu hari aku rasakan dada aku sakit . aku pergi ke hospital dan doktor mengesahkan yang aku terkena jangkitan kuman di paru paru dan rawatan laser terpaksa dilakukan . aku tergamam , dia kata kalau lambat akan menjadi lebih teruk . mummy hanya memberikan aku kata kata semangat walaupun dalam senyum dia ada kesedihan . dan pada hari aku berada di hospital , adik aku yang sentiasa menggembirakan aku jika mummy dan daddy kerja . sehingga adik aku bersuara dan memberi senaskah buku kepada aku "abang , kenapa kau jahat pada diri kau sendiri ? kenapa kau jadi macam ini ? kenapa kau tak kesian kat aku ? kau nak jadi aku jadi macam kau ? kau nak aku cari teruk macam kau ? kau nak aku takda masa depan ? aku sanggup tengok kau sosial tapi aku tak sanggup tengok kau mati ! kau kasihanilah diri kau abang , kasihan lah kat diri kau" dia mengelap airmata dia dan terus keluar dari bilik tersebut . aku hanya terdiam dan memegang buku yang diberikan kat aku , MENCARI MAKNA HIDUP .



aku cuba selak buku tersebut dan aku tertarik untuk baca . setiap hari aku di sana aku habiskan masa dengan membaca buku tersebut . hati aku terbuka untuk kembali , untuk ubah hidup aku sebab aku tak nak terus hidup macam ini . hidup yang merosakkan masa depan aku , hidup dalam penuh dengan dosa . apabila keluar daripada hospital , aku seakan mendapat semangat baru . aku mula ubah diri aku dan kawan kawan juga faham dengan keadaan aku . aku masih berkawan rapat dengan mereka tapi kehidupan aku bersama mereka aku sekat . aku menjadi lebih berusaha dan Alhamdulillah kehidupan aku bertambah baik . aku mellanjutkan pelajaran dalam bidang architecture setelah setahun aku berusaha untuk menjadi yang terbaik . rezeki ada di mana mana yang penting usaha kita tak tidak putus . mummy dan daddy bangga dengan aku . aku menjadi contoh kepada adik aku . aku tak nak dia ikut jejak langkah aku yang dulu . aku nak dia menjadi wanita yang berjaya dalam hidup . aku tak akan sia siakan hidup aku lagi . aku akan berusaha menjadi yang terbaik , aku akan menjadi kebanggaan mummy dan daddy , dan aku gembira sebab aku dapat tunaikan kata kata yang selalu ijam kata kat aku , menjadi seorang yang berjaya . aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mendapat kehidupan yang baru , kehidupan yang mendekatkan diri aku dan akan selalu dekat kepada-Nya . syukur ALHAMDULILLAH - ( Mohd Dammian Sharriz )

*                               *                                *

dan inilah kisah hidup dia yang memberikan aku banyak belajar tentang hidup . walaupun ada cerita yang terkurang di sini tapi aku dah masukkan semua yang aku dengar dari dia atas permintaan dia . cerita ini bukan nak menunjukkan keburukan dia tapi menjadi pengajaran dan contoh yang kehidupan bukan tidak boleh diubah tapi manusia yang tak nak usaha ubah . okay serious aku proud dengan dia sebab dia dah pun menjadi orang yang berjaya sekarang . aku harap yang terbaik untuk dia dan aku dah mintak tolong dia , kalau aku nakal nakal lempangkan aje muka aku . tapi jangan kuat kuatlah , senget pipi nanti . okay untuk semua , ini cerita benar bukan rekaan dan aku harap renung renungkan , kita hidup kat dunia ini hanya sementara . bukan kekal , yang penting ingat kat ALLAH .


NOTE : speechless

Sunday, January 29, 2012

HURT

ASSALAMUALAIKUM

kembali di kaca laptop untuk meneruskan kerja aku menulis entry blog after dah beberapa hari hadap kaca laptop untuk assignment . yapp assignment memang tak akan stop if kita dalam alam menyambungkan pelajaran , ada je yang tension tapi tak adalah sampai tahap gila . okay then kali ni kenapa tajuk hurt ? sebab aku dapat satu idea kira macam luahan hati , bukan luahan hati aku pun tapi luahan yang aku reka sendiri yang agak sweet juga lah , manatahu kalau tak sweet tu kau lempang je aku guna kaki . but then kisah ini ada jalan cerita sendiri and aku nak kau selami sendiri apa yang aku cuba sampaikan ini and bayangkan kau ada di tempat dia .


"kembali ke semester baru dengan azam baru , yess ini yang aku harap aku nak jadi pelajar cemerlang sebab aku dah janji nak jadi harapan keluarga . then bila semester baru ada so mestilah ada junior junior baru yang akan datang kan , so bila dah ada junior ni adalah kesempatan aku nak cuci mata . okay bagus , semester ni lebih banyak peluang aku nak pergi tengok junior junior sebab kelas aku selalu bertembung dengan kelas diorang . one day , tengah aku duduk , aku terpaku , terpaku lihat seorang gadis , manis senyumannya , halus kulitnya , sopan gayanya and aku , seriously aku terus terpaku dan hati aku kata , pergi dapatkan dia . aku mula mencari dia sebab aku percaya dengan gerak hati aku , aku yakin itulah yang perlu aku kejar selama ini . tambahan pula memang aku perlukan seseorang dalam hidup aku . aku tidak pandai untuk hidup sendirian tanpa seseorang sebab sebelum ni sudah empat tahun aku hidup bersama dia tapi dia telah pergi atas urusan peribadi dan aku yakin dengan cinta baru yang aku baru temui ini . aku akan kejar , dan serious aku akan kejar . tapi makin lama aku kejar dia semakin jauh and aku ambil keputusan untuk stop kan dari berharap benda yang tak pasti . 

aku teruskan dengan life aku as campus student , bagi aku perasaan tu hanya datang sementara . until one day , dia yang aku kejar akhirnya menjadi kawan aku . persahabatan antara kami tak lama dan kami mula declaire yang kami akan together . dan aku tahu kalau betullah ini jodoh , betullah kata hati aku . setiap hari yang kami lalui gembira sentiasa . until one day , aku tersentak kerana mempunyai sebab tersendiri . aku dah semakin berubah walaupun sayang aku masih dalam untuk dia . aku tahu setiap hari dia kecewa dengan aku tapi aku lebih rela aku yang terluka banyak daripada dia . hingga suatu hari kami mengambil keputusan untuk berpisah . walaupun aku tahu ini bukan yang terbaik untuk kami tapi aku harap itu yang terbaik buat dia , dia tidak patut bersama dengan orang yang tidak memberi dia kebahagiaan , dia gadis yang tidak patut dikecewakan , dia gadis yang tidak patut dilukai , dan dia gadis yang tidak patut untuk mengalirkan airmata . walaupun aku dengan dia dah lama berpisah , tapi setiap hari aku fikirkan dia , setiap hari aku rindukan dia dan setiap hari aku akan tidur tanpa ucapan rindu daripada dia , tapi , ada luahan yang aku nak berikan pada dia :

"awak , setiap hari saya rindukan awak , saya tahu saya banyak buat salah kat awak . banyak saya lukakan hati awak . saya tahu saya tak patut buat awak macam tu , saya buat sebab saya nak awak bencikan saya , saya nak awak pergi dari hidup saya . saya tak nak awak ada masalah sebab saya , saya tak nak awak menjadi mangsa kebencian saya , saya tak nak awak mengalirkan air mata sebab saya dan saya tak nak awak terluka sebab saya . bohong kalau saya katakan senang saya nak buang awak dari hidup saya tapi itu yang perlu saya lakukan . saya terpaksa ego , saya terpaksa bongkak supaya awak membenci saya , supaya awak pergi dari hidup saya sebab kenyataan itu lebih menyakitkan awak . saya tidak mampu menjadi yang terbaik untuk awak tapi saya hanya menjadi warna yang muncul dalam hidup awak supaya jalan hidup awak lebih indah . memang pertemuan tu ada tapi jodoh yang tiada . saya terpaksa tipu diri saya , saya terpaksa tipu perasaan saya , awak pergilah dari hidup saya , pergilah jauh jauh dan jangan menoleh lagi pada kisah cinta kita . mungkin ini yang pertama tapi bukan yang terakhir untuk awak . cabaran dan dugaan ada tapi saya tidak lagi akan bersama dengan awak dalam hidup awak . pergilah jauh awak sehingga saya tak akan dapat lihat lagi memori kita bersama , memori indah yang hanya tinggal kenangan yang tidak akan kembali . saya yakin cinta yag sejati akan mencari awak suatu hari nanti yang akan membawa awak bersama dia untuk selamanya . walaupun hati saya sedih , hati saya terluka melihat awak bersama dengan orang lain , tapi saya masih boleh tersenyum sebab awak akan mengecapi bahagia . mendapat lebih kebahagiaan lebih daripada saya bagi kat awak . dalam ego saya , ada kelembutan hati saya , dalam tabah saya ada sedih juga dan dalam cool saya ada terluka dalam hati saya . saya hanya nak awak bahagia je bersama dengan hidup awak yang baru nanti tanpa saya dan saya harap one day , awak akan tahu kebenaran dia , bukan dari saya tapi awak akan tahu sendiri nanti , jangan kerana saya airmata awak mengalir sebab airmata awak tidak patut dijatuhkan sebab saya , jangan kerana saya hati awak terluka sebab hati awak yang lebut itu tidak patut dikasarkan dan jangan kerana saya awak rindukan saya sebab rindu awak bukan untuk saya , dan pergilah awak mencari hidup awak yang baru tanpa saya "

macam inilah kisah yang aku imagine sebab macam aku cakap aku kan suka buat buat cerita jiwang karat zaman tok kaduk ni kan . so inilah hasilnya . kalau macam dulu , get the idea aku terus je buat cerpen tapi kali ni dengan busy segala memang harapan aku akan buat cerpen . mood nak menulis pun tak ada . so kepada anda anda and anda yang rasa nak masuk dalam imaginasi kat atastu and baca dengan hati bukan dengan mulut , selami dan rasa maksud yang mendalam tu . pengorbanan sebuah cinta and aku harap yang masih ada si dia tu , hargailah dia sementara dia masih ada di samping kita , with love , AIZAT ABD .


NOTE : manusia yang tidak pandai menghargai cinta


Friday, January 27, 2012

aku ada abang

ASSALAMUALAIKUM

harini hari apa ? ok hari ini hari jumaat . actually entry ini sepatutnya dibuat semalam bersamaan khamis , 26 JANUARI 2012 . ok kenapa pula entry ini sepatutnya dibuat semalam ? ok lempang aku dulu baru aku boleh bagitahu . sebabnya aku tak sempat nak buat , and plus semalam birthday abang aku . sebab tu aku cakap kena buat semalam , kalau buat hari ni , umur dia dah lebih satu hari dah , 23 tahun 1 hari . kan dah tak best . kalau semalam 23 tahun je . ishh rasa diri ini tak berguna je . tapi takpa , dalam sedih ada gembira kan #tibatiba , so aku gigihkan juga bangun seawal pagi setelah mendapat idea dalam tidur aku , even aku dusta dapat idea dalam mimpi tapi aku tetap nak buat juga entry ini . eh kau tahu tak tulis blog ini best ? ok jom kita pergi tengok apa isi kandungan blog aku tentang hari lahir abang aku .



okay that guy kat atasni siapa ? nak aku lempang sorang sorang , dah nama pun entry about birthday abang aku kan , so mestilah ini abang aku , hai brothaa , sihat ? okay , tengok dia pun suka buat mimik muka macam aku . kau tengok tarikh gambar kat situ pun masa bulan puasa . kalau korang perasanlah ok ? and then aku nak cakap ni , kira kira last year pun aku ada buat entry about birthday ni tau and tahniah , dah setahun dia duduk dalam hot post , kira kira top 10 lah ni , then nak aku bagi link , nak pergi klik link ni and korang akan dapat baca ucapan aku last year : HAPPY BIRTHDAY , ABANG

ok untuk tahun ni , mana boleh sama idea dia dengan idea last year , orang kata makin lama mestilah idea makin matang , bukan tua tapi matang faham ? dont judge people by its cover #sekali lagi tiba tiba . okay , nak bercerita ni tentang sesuatu , cerita masa kecil aku dah cerita , now aku nak cerita pasal dewasa pula , nak dengar ? ok make sure share dulu benda ni kat facebook korang baru aku cerita , pergi tekan button share dulu , kalau tak aku stop sampai sini . ok dah ? ok aku nak mula bercerita ini . we starting from introduction dulu tentang biodata dia , eh teringat zaman sekolah dulu dulu kan nak biodata apa bagai , so aku just cakap roughly je , tak semua ok , kalau tak nanti korang pergi stalker dia , nama dia dengan nama aku tak jauh beza pun , kalau nama aku MUHAMMAD AMIRUL AIZAT , nama dia just tukar kat tengah je , MUHAMMAD AMAR AIZAT , and yes dalam family aku sorang je yang guna nama aizat , sebab abang aku guna amar , adik lelaki aku guna aiman . Ibu Norry kata , nama kitaorang ni dulu diambil sebab masa zaman tu famous nama ni , kira kira tergolong dalam nama famous lah ni ibu ? ok bagus ibu high five sikit , yeay .

ok brotha aku ni satu satunya jelah brotha yang aku ada , no more brotha no more sistaaa so kat dia jelah kitaorang mengadu kasih , wahh , ayat macam apa , haha , so dia ni jenis kelakar but sometimes serious , time serious tu kadang kadang cannot go , kelakar je nak serious , lempang kang . and kadang kadang dia ni pun suka bergosip dengan Ibu Norry kat dapur , ingatkan aku je , ada sekali aku dengar dia cakap 

" nanti mirul kahwin dulu baru amar kahwin "

aku hanya mampu membuat muka -______- sahaja sebab aku tak fikir pun nak kahwin seawal sekarang , umur dah 28 nanti baru aku fikir , lantaklah orang nak cakap tua ke apa yang penting dah ada asset time tu , eh eh eh apa ni cerita kahwin pula . bertanggungjawab tu semua ada kan , mana ada brotha yang tak bertanggungjawab , so disebabkan dia ni anak sulung so dia more tu serious berbanding aku yang tak reti nak serious ni . adatlah kan kalau anak kedua , siapa anak kedua sila angkat kaki sambil berdiri . ok nak cakap juga , abang aku ni juga famous blogger and kalau nak tahu aku start with my blogging juga sebab aku selalu pergi tengok blog dia . eh eh eh mana ada aku tiru just bila tengok dia blogging , aku pun nak blogging . so kiranya macam aku start blogging ni after tengok blog dia , terima kasih .

ok , cerita atau pengalaman yang aku tak boleh lupakan dengan dia mestilah masa zaman kanak kanak kan sebab macam orang kata zaman kanak kanak nilah zaman yang paling best , memang betullah , macam dulu dulu ada main kejar kejar lah , nyorok nyorok , main tembak tembak , tapi cuba sekarang main semua tu , nak nak main tembak tembak , kalau dulu main tembak tembak tak mati , sekarang ni kalau main tembak tembak mesti mati manatahu guna pistol betul kan , wahh ganas . kalau korang baca that passed entry aku yang wishes birthday abang aku last year kan dah boleh tahu macam mana nakal kitaorang kecil kecil , but bila masing masing dah melanjutkan pelajaran , masing masing dah start busy , nak nak bila cuti pun dah tak sama between degree and diploma , so bila aku cuti tu kadang kadang clash dengan cuti dia , so bila nak pergi holiday tu agak susah . tapi macam orang kata , walau jauh di mata , dekat di hati , wohooo so sweet but then we will spend time together bila ada cuti sama macam chinese new year haritu .

and brotha , untuk umur brotha yang dah meningkat ni and umur kita dah sama dalam golongan 20-an , so hope kita makin lama makin matang , dah tak boleh nak macam kanak kanak tu dulu main cikgu cikgu , so nanti kalau betul nau nak main cikgu cikgu kita jadi lecturer ok ? so takpa takpa , umur meningkat ni brotha so brotha dah semakin tua , apa nak matang ? ehh tak boleh brothaa , saya je yang matang , saya tak tua brothaa . then dah semakin tua ni so hope study , life semua akan lebih ok and bertambah ok , macam yang mirul wish semalam :

" eh dalam busy busy ni terlupa pula birthday big brotha ni , sorry sorry , happy birthday yang ke 23 , hope the happiness will always be with you and the new age will make you more happy and have fun in life . sorry kinda busy with work -.- "

SELAMAT HARI LAHIR yang ke 23 , apa yang ke 23 ? ok nak highlight kan 23 tu , so hope macam apa yang mirul cakap semalam tu , hope the happiness in will always be with you . and tahun ni ni nak minta belanja ok ? minggu depan ada cuti seminggu so apalagi kita pergi enjoy , cistt , sukahati aku je . apa dia ? dah bau nasi minyak , brothaa sekarang ni jangan kahwin dulu , kahwin lambat best , baru nampak diri tu mahal so kita kumpul harta dulu ok ? bagus , jangan layan godaan godaan sana sini ok ? high five , and jangan lupa print blog ni and masukkan dalam fail fail mana yang patut ok ?


My Brother is the one who helps me up when i have fallen. 
My brother is the one who is always saying no he cant be your boyfriend.
My brother is the one who sticks up for me.
My brother is the first one to fight for me.
My brother the one i love with all my heart.
My brother the strong one
My brother is my everything 

THANK YOU BROTHA ! HAPPY BIRTHDAY


Wednesday, January 25, 2012

congratulations !

ASSALAMUALAIKUM

kembali ke kampus bila dah cuti lama memang rasa macam berat je nak balik . kalau boleh berat tu rasa macam mak gajah duduk berak menyangkung kat atas bahu , badan and segala anggota badan ni . kalau korang tak percaya pergi tanya siapa yang dah balik kampus tu and mesti jawapan dia sama macam jawapan aku . nak nak pula masa balik ni lepas dah cuti dengan keluarga kan , lagilah malas nak balik kampus . ok , semua tahu kan kenapa cuti sekarang ni ? kalau tak tahu tu memang nak kena lempang guna kuali . mestilah sebab chinese new year hoi . ok kepada kaum cina , happy chinese new year and make sure kalau bertembung dengan aku , bagi angpau ok kalau tak nak kena penampar . and nak cakap ni , bila dah chinese new year apa yang enkau orang dapat tengok ? mestilah orang nak kahwin berderet deret kan . and begitulah juga aku . eh bukan aku yang nak kahwinlah tapi aku tengok orang yang nak kahwin tu berderet deret . aku nak kahwin sekarang ? nak mati nak bagi anak bini makan apa ? rumput tu buat ulam ? ok lets we talk about kenapa aku tulis tajuk entry aku congratulations atau dalam bahasa melayunya tahniah . nak baca ke tak , sila alihkan mata ke bawah .

#sebab PERTAMA !

aku nak ucapkan tahniah untuk cousin aku yang selamat menjalankan majlis pertunangan dia dengan gadis pilihan dia , yapp , memang cuti raya cina ni aku tak balik melaka pun . aku ke KL sebab Ibu Norry and Ayah Abd akan ambil aku kat sana and terus ke kedah . yeay memang aku suka tak balik rumah -..- aku memang kemaruk nak balik sebab aku rindukan suasana bilik aku . mengalahkan bilik tu macam universal studio kan . after dah siap semua , masa sabtu pukul 4 pagi bertolak ke kedah sebab papa cakap tak nak jammed kalau jalan pagi sangat . sekali macam orang cakap air tenang jangan disangka tiada buaya , aku ubahkan pepatah tu , jalan tenang jangan disangka tiada orang , hambek hah , mula mula masa area KL tu ceh punyalah speed bawak kan , then bila dah sampai kat behrang , daripada 140 terus jadi 40 je ! punyalah jammed . kan betul aku bagi pepatah aku tu . sebab aku baca kat papan tepi jalan tu ada kemalangan . bila aku tengok tak ada pun . ohh maybe kemalangan udara kan #ada ke ? . then masa berhenti nak refill minyak pun punyalah ramai orang sampai hati aku tergerak keluar ayat ni , kau tak reti nak tidur eh pagi pagi buta ni ? dan itu jugalah soalan yang aku tujukan pada diri aku . memang jammed lah paling aku menyampah . ingatkan boleh sampai kedah pagi dalam pukul 9 10 ke kan , at last sampai dalam pukul 1 lebih juga . dengan cuaca yang terik memang badan aku berpeluh , serious waa cakap waa mandi peluh ohh . tapi peluh sendirilah aku mandi , bukan peluh daki daki orang lain , nenek aku pun geli . petang tu after sampai kat homestay just rilek rilek sebab semua dah kepenatan after konvoi dalam 6 biji kereta .

esoknya iaitu ahad #tak kan jumaat pulak , tibalah masa yang mendebarkan , apakah ? iaitu rombongan merisik and bertunang yang akan kami pergi ke rumah gadis pilihan tersebut . cehh semua bersiap mengalahkan masing masing nak bertunang kan . termasuklah aku . but , panas terik memang tak boleh nak dielakkan , cucilah muka bagi kering macam manapun , muka akan tetap berpeluh . actually rumah gadis tu taklah jauh sangat dari homestay kami . then semua bawa hantaran tu nak pergi merisik . okay ini first time pergi merisik orang , selalu kalau akad nikah , kahwin ni dah biasa tengok . ini macam excited pulak nak tengok . mana tahu ada pantun pantun bagai kan . haha memang cannot go , saya jual saya jual , saya beli saya beli . ok macam mintak kena lempang je siap nak jual beli . then bila dah masuk tu , settle , senang je kerja and terus bertunang , tak payah banyak cerita pun . and macam biasa , setiap entry mesti ada gambar kan sebab tak nak bagi korang bosan dengan entry aku semua asyik tengok tulisan je kan . ada gambar gambar ni boleh korang kutuk kutuk ke kan sambil baca entry ni . mana tahu nak bagi aku pahala dengan kutuk aku , Alahamdulillah . okay mari sini kita tengok gambar yang telah aku gigih asingkan sejak tengah hari tadi , lai lai kita tengok .

engkau tahu ini cheque , kalau aku bawa lari boleh shopping , yeay !

then mama pun rampas cheque ni sebab niat aku nak pergi shopping -___-



dan aku ambil keputusan nak pergi pegang bakul biskut je , wow ada biskut best !

A N D

tahu kan apa itu hantaran ? okay hantaran kat bawah ni from pihak lelaki nak bagi kat perempuan tapi aku masukkan separuh je , yang lain tak sempat #padahal malas





and bila dah tengok hantaran tu , kita mesti akan tertanya tanya macam mana majlis tu berjalan kan . kalau tak tertanya tanya tu buat buat je tertanya tanya , nanti bolehlah tengok gambar kat bawah ni , jeng jeng














okay after majlis tu kitaorang just jalan jalan kat area penang , kedah and last sekali pergi perak memandangkan aku pun akan dihantar balik ke kampus selasa nanti . so bila dah ada peluang ni , apa lagi melancong ajelah sampai tak ingat dunia . sana nak beli , sini nak beli . then penat bukan main , dengan sesat bagai . okay bila dah cerita yang pertama ni , mesti nak tahu congratulations yang kedua tu untuk apa kan ? so lets we talk about it . 


#sebab KEDUA !

aku nak ucapkan tahniah juga untuk abang kepada kawan baik aku , JULIANA ABDULLAH sebab selamat diijabkabulkan dan selamat bersanding pada hari yang sama abang saudara aku bertunang . ok serious rasa macam terkilan tak dapat pergi but then nak buat macam mana , tak kan aku nak pergi tinggal sorang sorang and siapa nak hantar aku balik kan . dah lah tema dia merah , memang aku dah set nak pakai baju merah masa tu . tup tup tiba tiba tak jadi datang . rasa macam diri ni tak berguna je . but then tak apa , aku tak pergi wedding tu pun aku masih ada gambar yang jue suruh aku ambil dalam album dia . even aku takda antara diorang , jiwa aku masih ada . fulamak ayat tragis nak mati . ok jom kita tengok gambar dua orang kawan suka ria duka ni and majlis tersebut . jom !






okay atas ni my bestie !

okay korang , aku tak sempat nak jumpa korang kat sana , nanti bila balik kita jumpa okay . high five and weh aku serious nak pergi tapi tak dapat . nanti kirimkan aku apa apa hantaran yang best best untuk aku okay ? kata kawan . okay big congratulations untuk abang kau jue and nanti kalau kau pulak yang kahwin , aku gerenti datang punya . percayalah ! peace ;)


okay untuk kedua kedua orang yang aku ucapkan tahniah tu , aku ucapkan semoga korang selamat sampai ke anak cucu , cicit and buat kata kawan aku cucut . pun boleh . then aku harap nanti korang kalau nak buat apa apa majlis janganlah guna tarikh yang sama sebab boleh aku datang untuk dua dua majlis . ok peace ! hope dua dua bahagia sampai bila bila .


NOTE : best gila bila tengok orang lain bahagia !


Saturday, January 21, 2012

Broken

ASSALAMUALAIKUM

today entry aku tak cerita banyak sebab aku takda kesempatan nak tulis banyak and aku takda idea nak cakap dah . maybe esok after aku balik KL semula sebab pergi kedah baru aku ada entry nak cakap . so harini aku tinggalkan korang dengan lagu yang aku minat and sangat minat . his voice , his lyrics and his music are so awesome ! and aku sharekan kat sini supaya semua dapat dengar and dapat suka juga macam aku suka . lagu ini sangat bermakna untuk aku .

DAN AKU JUGA DEDICATED LAGU INI UNTUK SOMEONE :




BROKEN by SEZAIRI SEZALI



drop of your keys last night
the front door still painted
you were polite like ice
i , once could met it
you took our pictures down
and you left them on the ground
its like you wiped all the memories
of what we used to be
you and me before it all crashed down

and i know i never told you
that i love you
now its all too late
and i don't know how to hold you
but i want to
i don't want to leave this way
all i know
is broken

i heard you voice break when you said
well i hope you're happy
nothing to say I'll stare
straight into my coffee
and the conversation changed
how we talked around the blame
and the pain of losing
all of the good time lost
when it all crashed down

and i know i never told you
that i love you
now its all too late
and i don't know how to hold you
but i want to
i don't want to leave this way
all i know
is broken


well i'm here if you need me
i don't know you believe me
well i'm so sorry
for all the pain I've caused
hoo - ohhhhhhh

and i know i never told you
that i love you
now its all too late
and i don't know how to hold you
but i want to
i don't want to leave this way
all i know
is broken



Friday, January 20, 2012

First Project

ASSALAMUALAIKUM

first and first , selamat datang jumaat . memang aku rasa setiap hari berjalan dengan cepat cepat and cepat , kadang kadang tak sedar pun dah lama tak berak , ok ini kotor . baru je rasa masuk tahun baru then hari ini dah masuk 20 Januari 2012 . engkau ada ? mestilah semua ada kan sebab semua tinggal di muka bumi yang indah lagi harmoni ini , pewwit . ok , sebabkan sekarang aku sudah balik and berada di KL , aku sempatlah buka blog and ada free time sebab kalau kat kampus memang harapan aku bangun awal pagi macam ni buka blog , kalau ada tu kira aku tak tidur seharian lah kat kampus . kalau kat rumah ibu norry ada and sharp on time kena bangun , even baru 1 jam tidur . macamkan orang kata , orang mengantuk disorongkan bantal . ok ini merepek -__-

ok then , kalau setiap entry mesti aku akan selitkan pendahuluan yang korang rasa macam nak lempang kan sebab next paragraph baru aku cakap apa yang aku nak cerita . macam ini juga , aku baru nak cakap kenapa tajuk entry kali ni , First Project ? memanglah korang tak tahu kan sebab aku yang nak cerita lah oi bukan korang ye tak ? actually semalam is my First Important project yang aku akan present . ok seriously benda ini yang membuatkan aku berhari hari tak tidur sebab memang important . and paling takut kalau panel check , dia cakap "YOU'RE FAILED" , tak macam rasa nak lempang diri sendiri berkali kali ? semalam after aku habis class pagi tu terus ada presentation . punya gigih aku bangun seawal pagi , iron baju merah #merah itu seksi , and meng-kacak-kan diri aku semata mata nak pergi kelas ,  at last aku pergi kelas , lecturer cakap kelas cancel , kau tahu macam mana pasrah nya aku , dah lah dia kata ada presentation , punyalah gigih aku pergi cari info malam tu sampaikan aku ignore project penting aku , tak prepared apa apa pun untuk building design aku sebab aku focus kat services , at last dia kata cancel , dahlah lepasni ada presentation yang lagi penting . adumakyay punyalah hebat kan encik .

after dah merasa pasrah , sambil lemah berjalan ke foyer sebab nak presentation kat situ kan , ok yes ! wifi dia sangat laju and bukannya aku nak prepared untuk presentation , sekali lagi aku buka blog sana sini , aku layan google and aku download lagu . tahu tahu dia cakap yang kena tampal dah aku punya project tu . fulamak menggelabah aku pergi tampal and tak prepared apa apa lagi tu . then siap tolong tampalkan orang lain punya pulak . baik hati kau . then orang lain semua dah ready dengan note masing masing nak cakap , aku ? macam biasa spontan . aku kan hebat berbicara , fulamak ! ok kejap aku post aku punya gambar presentation aku atau lebih dikenali sebagai story board :)



ok inilah story board aku and aku dah tampal dah pun . ingatkan aku tampal depan depan dengan kawan aku dia akan pilih awal awal untuk present sebab memang nak habis cepat sebab aku nak rest and nak balik , at last dia pilih blah hujung sana dulu . aduhhhhhhhhhh , aku macam tak tahu nak cakap ape dah , diam je aku . memang taklah nak diam kan . aku buat kerja jahat , orang tengah present aku pandang aku senyum senyum . diorang mesti rasa macam nak lempang aku laju laju , lepas dah malas nak kacau sebab giliran aku lambat lagi , aku pergi sambung download lagu . lagilah aku tak prepared apa apa kan , rasa macam diri ni tak berguna je hari ini .

after dah makin lama kehangatan semakin membara sebab ada yang kena kritik , ada yang kena marah and ada yang dipuji oleh panel and seriously aku rasa berdebar debar sebab markah untuk project ni besar , building design ni kalau tak buat betul betul memang habislah kalau dia reject design ni . then akhirnya , giliran aku pun sampai . aku dah cuak sebab aku rasa macam dia akan marah sebab aku tak besarkan sikit gambar ni , aku rasa macam dia tak nampak . first , dia datang kat story board aku , dia tengok depan depan and dia sentuh guna jari , tak kan nak guna kaki pulak kan . then dia senyum dia duduk . lagilah aku cuak . then dengan takda ayat kat tangan , aku terus je spontan sebab aku memang suka spontan sebab tak suka ikut text . aku terangkan je guna apa yang aku tahu . after dah habis tu memang waktu yang semua akan takut sebab  masa untuk panel critic , and ayat dia macam ni :

"you have a good design and sketches , i like it , you have all the element that i want , the colour is good but dont make the border on it , and i like , one of the good presentation"

wehhh seriously aku tak sangka dia akan cakap macam ni . aku ingatkan dia nak kutuk sebab aku rasa macam tak ok je dengan story board aku . then bila dah lepas tu , aku rasa macam yeahhh satu bebanan dah keluar , ringan and sangat ringan . dengan feedback yang aku dapat kan . memang bersyukur kepada Allah sebab usaha lama ni dapat feedback yang bagus . after that , sampai masa nak ambil gambar even orang ada tengah present lagi kat depan tu . tak apa yang penting aku dah lepas !




eh ini masa aku gigh pergi download lagu sambil berangan angan sebelum presentation , punyalah fokus muka aku dengan benda ni kan , bukannya nak tengok orang punya presentation macam mana kan . aku siap rilek lagi oi .






 

 





dan inilah masanya aku bergembira dengan kawan kawan aku , sebab lepasni aku terus balik sebab cuti chinese new year kan , and also abang saudara aku nak bertunang so aku memang nak balik , then bila dah balik memanglah happy kan . rasa macam nak lompat lompat keriangan . lepastu bila naik bas , hambik kau double decker punya bas . bukan main lembap and panas oi ! rasa macam aku nak lempang pak cik tu suruh bawak laju . then sampai kat KL sentral barulah aku rasa kelegaan yang dalam . ok untuk kawan kawan yang presentation semalam , aku ucapkan a big congratulations sebab kita sama sama gigih and tolong satu sama lain kan , so ucapkan tahniah pada diri sendiri and selamat bercuti . untuk semua kaum cina di malaysia , aku ucapkan selamat tahun baru cina , and aku dah pakai baju warna merah pun kat atasni , and macam orang kata dalam kegembiraan tu ada duka kan , so nantilah aku cerita pula sebab aku ada kerja ni nak buat , with love , happy holiday guys and peace ! ;)


NOTE : merah tu memanglah cantik kan ?


Wednesday, January 18, 2012

thumbs up !

ASSALAMUALAIKUM

time to tell a story . ok i got the idea bila aku bukak youtube dengan gigih di pagi hari sebab kalau pagi pagi ni hari ni jangan cakaplah atau jangan tanya laju mana kan line , memang laju . so kesempatan ni aku pergilah melayan youtube . apa tu youtube ? itu maknanya tube awak . ok dengan berbekalkan tajuk yang bukan main lagi kan , thumbs up bagai , mesti nak tahu apa sebalik thumbs up tu kan , ok lets we talk kenapa kenapa and kenapa ? ok for sure semua orang kenal Ne-Yo kan ? alaa yang hitam ala ala usher tu , apa tak tahu jugak ? macam mana aku nak cakap pun aku tak tahu , takpelah , tak tahu korang just baca je entry ni okay ? high five .

first and first , aku pernah dengar lagu one in a million by mamat Ne-Yo ni tapi tak pernah pulak aku nak tengok video dia ni kan , just suka suka lagu dia macam tu jelah . and one day tu bila bosan , pinjam tab membe aku nak tengok video , dalam video folder dia aku tengok semua lagu tak best , so aku tekan lagu one in a million ni , bila start macam bosan and lastly , video tu yes berjaya membuat aku terpaku and ulang tengok banyak kali sampai low battery tab tu , sebab apa ? sebab video dia memang thumbs up lah wehh , aku pulak rasa macam nak pergi sana join sekali dia . kau tak tahu kan betapa bestnya video tu , ok aku cakap sikit sikit dulu then aku masukkan video dia ok ok ?

actually video ni takdalah sehebat mana tapi siapa yang tengok , aku yakin dia mesti akan ulang tayang balik video ni sebab cara dia usha perempuan tu memang sweet yang teramat , fuhh kalau kat luar negara bila orang nampak usha usha awek ni menari tengah tengah jalan orang pandang and cakap wahh so sweet tapi bila happen kat sini apa orang cakap , wahhhhhh gila punya orang ! ye aku percaya wehh , perspektif sini jarang kan ada perkara macam ni , tapi tak boleh nak bangga sangat dengan video ni sebab kalau betul betul nak kenal , mintak nama facebook senang ye tak ? lepastu nak sweet bagai lantaklah kan macam mana sekalipun . ok kalau line internet korang laju nak view video ni , ok aku masukkan kat bawah ni and korang boleh tengok and silalah tengok ulang ulang ok ?




dah tengok kan bagi yang internet dia lambat , aku dah cakap dah video ni best kan kau tak nak percaya , then kan dah berulang ulang tengok tu kan . baru tahu kan best ke tak . ok , bagi yang tak sempat nak tengok atau internet dia macam mintak kena lempang , jangan risau , aku ada buah tangan juga untuk korang tengok tapi buah tangan aku bukan aku bawak cake ke , kepsi ke mekdi ke tapi aku bagi gambar gambar yang aku ambil kat video ni , alaaa bolehlahtu kan faham fahamkan jalan cerita dia daripada tak tahu apa apa kan . so better tengok gambar dulu , fahamkan jalan cerita and teka . haaa kan dah macam jawab spm kan , so mari kita tengok gambar gambar kat bawah ni :
















ok mesti yang tak dapat tengok video ni tertanya tanya kan kenapa gambar dia macam ni and apa yang terjadi . sebab tu aku cakap pergi tengok jugak video dia , nak tahu ending dia pun pergi tengok video tu . apa susah , pergi laggan broadband , then tengok video ni , after dah rasa puas tengok , pergi potong broadband ni , kan dah jimat kat situ . sebelum tu guna kuota dia habis habisan dulu baru boleh potong ok ? ok sekali lagi high five . then pasal lagu ni memang aku suka tengok video dia and setakat ni aku suka ini dalam carta minda aku . itu pun boleh ye , then hope ada something new yang boleh remove video ni dari minda aku , sebab aku akan tengok ulang ulang setiap hari . tak cukup dengan tab , laptop pulak aku jadikan mangsa weh , kau ada ? so aku harap ade talented lah video ni nak kalahkan video lain yang pernah aku tengok and gadis gadis , kalau nak cari pakwe cari macam kat atas , bukan aku suruh cari yang gatal macam dia tapi yang sweet .

ok bukan sahaja lelaki boleh buat macam ni , perempuan juga lai lai buat macamni , menari ballad ke , menari goyang inul ke kan nak goda goda gatal gatal and amaran kepada lelaki kalau ada gadis macam ni , lempangkan aje dia . ok memandangkan aku dah sudah dah nak cakap apa yang aku cakap , macam biasa mestilah aku nak letak nokhtah kan , ok kejap nak letak nokhtah and okbai .


NOTE : sweet kau tahu tak apa itu sweet !