APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, February 19, 2012

kenali si pendiam

ASSALAMUALAIKUM

fulamak rasa macam lama je dah tak reti nak on blog ni kan buat cerita . maksud aku bukan buat buat cerita aibkan orang . kalau macam tu memang nak kena lempang laju laju sampai bengkak sebelah pipi . actually sebab aku ada di KL so aku memang tak sempat nak buat semua kerja dalam satu masa . kadang kadang nak bukak twitter or on facebook pun sekejap sekejap je , ni pulak nak buat entry , lagilah harapan dunia bangsa kan . so kenapa pula hari ni mimpi kan nak buat cerita ? so biar aku bagitahu dulu sebab apa . actually aku dulu ada juga orang tanya kenapa tak cerita pasal diri sendiri lah , sebab apa tak cerita pasal rahsia dah kat blog ni . hoi semua , dah nama pun blog , tempat public kan . so kalau aku buat cerita tentang diri aku sah sah aku punya rating blog menurun . tapi after aku dapat inbox , IM dari ramai orang untuk aku buat entry pasal diri aku , then terciptalah tajuk entry kali ni : KENALI SI PENDIAM

okay mesti ada yang tanya apa ni apa ni apa ni ? siapa yang pendiam ni ? okay sebabtu aku nak cerita pasal diri aku ni , so ada banyak detail detail kat bawah ni yang aku nak bagitahu , tapi aku terpaksa masukkan gambar yang korang pernah tengok sebab membe aku pergi pinjam external harddisk lepastu tak reti nak pulangkan , hampeh betul . okay lets go through dengan kisah misteri ala ala hantu kak limah ke , hantu kum kum ke kan dengan entry baru aku today . baca betul betul so next time bila nampak aku tu dah tahu dah aku macam mana okay . tapi kalau rasa macam awal awal lagi dah meluat tu kan , baik kau pergi tutup laptop lepastu pergi tidur . lagi aman bahagia orang lain nak baca , ok , peace !



NAMA PENUH ?

fulamak aku rasa dah macam interview tak pun macam nak tulis biodata masa sekolah rendah dulu , kan dah jadi trend dulu dulu ye tak ? ok nama penuh aku MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH , and nak aku ulang ? nama penuh MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH . and mesti ada akan tanya kenapa nama dalam facebook lain nama dalam twitter lain , and aku akan jawab dah tentu itu nama ringkas dalam laman sesawang , so ringkaskanlah . macam nama facebook aku EIJAT ABDULLAH , sebab aizat tu aku seorang je yang guna dalam family aku , abang aku and adik aku guna nama depan , means nama depan tu macam aku AMIRUL . okay then nama dalam twitter pulak aku terbalikkan jadi AIZAT AMIRUL . bukan main gembira sukahati je aku kan nak tukar tukar .

NAMA MANJA ?

okay ini buat aku ketawa and senyum kejap . nama manja tu paling tak boleh blah . okay aku akan mulakan nama panggilan aku untuk kawan kawan baru aku start dengan family sebab nama aku dalam family ada "manja" dia sikit haha . okay kalau dengan kawan kawan mcm biasalah , aku gunakan nama EIJAT je sebab aku dah selesa since aku tadika lagi kan , so kalau nak ubah tu memang aku akan rasa janggal , tu pun kalau dengan kawan kawan . ok next soalan ? #lupakan yang family tu . haha ada rasa nak lempang tak ? okay kalau dalam family pula mereka semua panggil aku "JOY" sebab apa ? aku pun tak tahu sebab maybe nama aku mirul kan so bila dah panggil lama lama tu jadilah joy hahaha , but then ada lagi nama rahsia di sebalik joy tu , biar aku dengan family je tahu , ecehhh haha .

LATAR BELAKANG ?

kalau nak cakap pasal umur apa semua , aku rasa semua dah tahu kot , fulamak macam rasa famous pulak kan semua dah tahu . umur macam biasalah 20 tahun , okay macam biasa tu cannot go . then aku dibesarkan di melaka and yes kat melakalah . actually aku tak pernah tahu pun benda ni until one day Ibu Norry bagitahu yang aku ada juga darah darah kacukan ni . fulamak aku rasa macam alaaaa kenapa ada , baru nak bangga ada darah melayu asli , rupanya belah Ibu Norry lah aku dapat kacukan ni , arab+chinese . Ibu Norry and uncle cakaplah , then belah ayah aku tak sure sangat sebab ayah ada mata yang coklat , and kalau nak tahu , aku pun mempunyai mata light brown . and aku juga tak pernah ambil tahu pasal warna apa mata aku ni until masa tingkatan ada orang kata mata aku cantik , and balik tu aku terus tengok , ohhhh coklat cair . and yes aku paling sayang mata aku . bukan sebab dia warna coklat cerah lah hoi , sebab haritu pergi check mata saja saja org tu cakap mata aku baik . kau ada ?

LIMA PERKARA YANG KORANG TAK TAHU ?

PERTAMA , aku sukakan warna merah since aku beli satu kemeja tu and since daripada haritu aku terus suka warna merah . tak kisahlah org nak cakap apa kan , yg penting merah itu seksi .

KEDUA , aku seorang yang pendiam sebenarnya , yes dalam blog , dalam facebook , dalam twitter aku memang berceloteh , cuba jumpa depan depan and korang akan cakap aku sombong dan pendiam . sebab tu tajuk kali ini , kenali si pendiam .

KETIGA , aku tak suka jalan tempat public , means tempat yang ramai orang . sebab aku rasa macam tak selesa . aku akan cuba cari jalan lain kalau berdepan keadaan macam ni .

KEEMPAT , aku seorang manusia pelik . sebab tu kawan kawan aku panggil aku vampire . sebab aku paling susah nak tidur malam , bukan sebab insomnia tapi sebab aku dah terbiasa . kadang kadang tidur sejam and then pagi tu bangun pergi kelas aku masih segar bugar macam tidur dua hari dah .

KELIMA , aku boros , aku suka beli barang diam diam and tiba tiba dah pakai , kadang kadang main beli je lepastu rasa mcm membazir .

PERANGAI PALING BURUK ?

suka takutkan orang lain dengan hantu , padahal sendiri cuak juga kalau benda tu muncul terpacak !

MAKANAN KEGEMARAN ?

okay aku semakin rasa macam dah jadi biodata dah ni . okay memang tak dinafikan semua ada makanan kegemaran , kalau nak tanya suka makan apa , memang macam macam yang aku nak tulis , tapi yang paling best setakat ni makanan melayu yang paling aku suka ialah sambal goreng . tahu tu apa ? sah semua tak reti masak . and setakat ni belum ada siapa dapat beat my Ibu Norry punya masakan lah kan , sebab di terror kalau buat sambal goreng . and then kalau mcm desert aku more too benda yang berasaskan coklat , tak kisahlah cake coklat ke apa ke . obses kot , mungkin , peace . and sebab aku malas nak tulis minuman kegemaran , aku letak sekali dalam ni , simple and cantik minuman kegemaran aku sebab aku suka minum minarel water sahaja , faham tak ? minarel water sahaja . serious ! sebab ramai pelik bila aku cakap macam ni , padahal aku tak tipu dia pun -.-

LAGU KEGEMARAN ?

macam semua ada suka lagu kan , so aku memang suka lagu lagu yang aku list kat bawah ni and aku ada masukkan video dia sekali . lagu lagu ni banyak bagi inspiration bila aku nak get the idea bila buat assignment . kadang kadang macam entah apa apa le aku ni kan , nak kena lempang apa dengar lagu pun boleh dapat idea tapi dah aku macam ni nak buat macam mana , nanti aku pulak lempang korang . ok jom kita tengok apa lagu yang aku nak cakap ni ?

PERTAMA : Yuna - Terukir di Bintang




KEDUA : Sezairi Sezali - Broken




KETIGA : Max Schneider feat Olivia Noelle - It Will Rain (COVER)




KEEMPAT : Olivia Ong - Fly Me To The Moon




KELIMA : Sam Tsui - Someone Like You




okay atasni ni semua top five lagu yang aku suka dengar , yang lain lain kalau nak list memang kau ingat aku rajin nak pergi buka youtube tu . korang pun aku tahu pemalas nak pergi buka dengar kan , so just klik play kat sini and then nanti baru tengok ok ? peace .

okay sebelum berakhir serba sedikit tentang diri aku ni sebab banyak dah aku bercerita , so sampailah part akhir yang mana semua akan tahu kan bila akhir je orang nak tanya apa , impian , ucapan , kata semangat and idola . sangat macam budak budak dah haha !

IMPIAN ?

impian aku macam biasa aku tak akan berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku nak , sebab aku akan try to get it until aku dapat !

KATA SEMANGAT ?

okay kata kata semangat yang aku pegang dari dulu sampai sekarang ialah : A CHAMPION IS SOMEONE WHO GETS UP EVEN HE CAN'T . so aku rasa macam bersemangat bila aku ingat ayat ni .

IDOLA ?

Ayah Abd , Ibu Norry , Nabi Muhammad , Tun Dr Mahathir Mohammad , Tunku Abdul Rahman , Donald Trump , Santiago Calatrava


and yes ini semua serba sedikit tentang diri aku , kalau nak bercerita tu memang tak cukup nak blog banyak banyak kan . so kalau ada masa mana tahu nak pergi lepak sama kan . so just ajak je . aku mula mula je nampak macam sombong and pendiam tapi bila lama lama dah kenal sampai takda peluang korang nak buka mulut bila bercakap . so apa apa nak tahu nanti mana tahu aku akan buat entry baru untuk sambungan entry ni ke kan , insyaAllah kalau aku diberi nafas untuk hidup lagi . so all , keep it up on my blog and boleh juga add aku di facebook and twitter seperti yang tertera pada link di bawah , just click untuk jumpa di sana . jangan takut , tegur je okay ? peace .