APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, February 29, 2012

sorry , really hate you !

ASSALAMUALAIKUM

eh eh eh , actually tajuk kat atas tu gimik semata mata sebab nak bagi semua baca kan . fulamak main tipu kan . mesti ada yang rasa macam nak humban aku , ambil balik and humban balik . haha and tak lupa juga yang rasa macam nak lempang aku laju laju lepastu tumbuk sekali , pakej . ok seriously aku rindukan blog sebab dah lama aku tak reti nak update blog , sampai orang dah naik nak muntah baca cerita aku yang lepas . itu korang punya sukalah kan nak baca banyak kali mana pun .

alright hari ni nak cerita pasal apa ? okay sebabkan aku nak cerita pasal something that happen today , sangat sangat bermakna . dalam pada aku takda idea ni , sempatlah juga aku curi curi idea . and yes , benda ni banyak bagi aku pengajaran ,erti kepenatan , pengalaman and aku harap korang semua dapat take note apa yang aku nak cerita and cakap ni . nope ! aku bukan blogger hebat , tapi sebab aku nak kongsi life aku dengan korang . bukan mencari publisiti murahan , tapi sebab nak cari kawan .

yes , setiap kali aku minum milo ais aku mesti akan





















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































RASA DAHAGA AKU HILANG !

itu saja untuk entry blog aku kali ni , ada rasa nak tembak ? okay luahkan kat sini kalau nak tembak , chow dulu sebelum aku kena tembak , lempang , terajang and segala yang korang rasa perlu , peace :)



FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK BLOG PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH (KLIK)
TWITTER : @AIZAT ABD (KLIK)


NOTE : hidup kena belajar bersabar , fulamak peace !



Wednesday, February 22, 2012

life aku di FTB

ASSALAMUALAIKUM

bukan main excited hari ini aku nak buat entry baru . bukan sebab aku sibuk nak bercerita tentang tajuk entry aku ni , tapi adelah juga aku nak cakap pasal tajuk entry kan . kalau tak kenapa aku pergi buat tajuk macam ni , ye tak ? okay sebenarnya aku excited sebab semester 4 aku kat sini makin dah sampai penghujung . tapi tapi tapi and tapi , final exam kena tempuh dulu brotha and sistaa before kita pergi habiskan semester ini and mulakan semster baru , actually cuti tu yang aku fikirkan sebab macam biasalah bila dah belajar jauh jauh ni asyik asyik fikir rumah macam dah tak reti nak fikir benda lain . okay , bila cakap pasal rumah pula , ni yang nak cerita pasal tajuk entry aku kali ni , bila dah duduk rumah , macam biasa , akan berada di FTB . and mesti ada yang rasa macam nak lempang terajang tembak and gusti aku kan sebab sukahati aku pergi ringkaskan ape maksud FTB tu kan . okay actually benda ni senang je nak tahu and korang pun kalau aku sebut semua dah terbeliak biji mata and tahu apekemenda ni .

F for FACEBOOK
T for TWITTER
B for BLOG

so dengan ringkaskan benda benda kat atas tu jadilah laman sesawang . engkau ada ? so that bila dah balik rumah kerja aku melayan benda benda kat atasni . and aku tak pelik sebab kalau time cuti je mesti rating blog reader aku akan menaik , sebab apa ? sebab setiap hari aku akan post entry . okay , kalau nak cerita semua kat sini memang tak best , so mari sini tekan bawah kita baca pula benda benda yang aku dah separate ikut laman sesawang yang ada ! setiap laman sesawang ataupun laman soSIAL tu ada aku separate and ada story masing masing , peace !

FACEBOOK = MUKA BUKU


ye semua akan tahu apakah benda kat atasni kan . aku percaya rata rata manusia yang ada kat dunia ni semua ada laman soSIAL ni yang mana seriously memang famous sampai orang dah muak muntah nak berak cair dah layan benda ni . and yes kalau time cuti aku pun sama . setiap hari bila buka mata akan layan benda ni . padahal macam tak ada apakemenda je nak buat kan . just just update status , like sana sini and comment sana sini . kadang kadang tu dapat juga kenal kenal kan . ala macam apa tu najwa latip kata , cinta muka buku ? tudiaaa bukan main ye najwa , ingat SPM tahun ni , so pergi sana deactivate facebook tu . so bila aku dah melayan benda ni , gerenti aku tak akan keluar bilik sampai Ibu Norry akan bising sebab aku asyik duduk terperap dalam bilik . fulamak bila fikir balik pun betul aku rasa . aku macam dah tak reti nak keluar kan ? sampaikan makan pun depan muka buku , minum , mandi je tak depan ni . and yes aku ada ramai kawan kat sana tapi takdalah sampai nak mengalahkan selebriti kan sebab aku ni manusia lemah ecehhh ayat macam nak kena terajang kan . 

TAPI ... #soundtrack sedih

aku dah jarang buka laman soSIAL ni sekarang , kalau bukak pun just update status and like sana sini , publish blog dalam sana , so aku dah jarang bukak . aku rasa mesti dia sedih dengan aku . tapi takpa , balik nanti siap dia aku akan kemaskini facebook aku supaya jadi awesome ataupun macam trend sekaranag kan orang cakap apa ? ohsemmmm . bukan main lagi kan . but then then and then , yes facebook tulah first connection aku dengan twitter and blog sebab melalui situ orang jumpa twitter aku , orang jumpa blog aku so aku tak akan sia siakan dia . and siapa yang tak tahu apa nama facebook aku , korang boleh search ataupun klik je kat bawah ni , tak susah manapun , aku juga ada letak link facebook untuk like page blog aku , so yang nak pergi ke sana , klik di bawah ni and akan jumpa gambar kat bawah ni , so itulah facebook aku and facebook page aku .






TWITTER / BURUNG BIRU


and aku pasti yakin and apa apa jelah siapa yang ada facebook , mesti akan ada twitter kan ? aku rasa jelah , kalau salah sila lempang aku sebanyak lima kali . okay , twitter pun sekarang menjadi bualan hangat , tweet sana sini lepastu dapat retweet , bukan main lagi kan teknologi . eh saya mana ada twitter , okay lempang lagi sekali . sebenarnya aku lebih more to twitter after aku dah mula bergiat aktif kan . then facebook aku biarkan macam tu . takdalah hebat mana tweet tweet aku tu tapi kalau nak kata orang suka tu , ramailah , cehhh bukan main membangga diri . and sama juga , twitter ni boleh guna phone , boleh guna lappy . kalau facebook ni complicated sikit . twitter ni apa yang kita nampak kita just tweet je . ada juga orang yang dok kutuk orang kat sini . bukan main gembira kan then tiba tiba dapat retweet daripada orang yang dia kutuk tu . hambik kau baru tahu erti macam mana sukanya main twitter tu . benda ni Ibu Norry belum marah lagi sebab aku kalau tweet pun kalau waktu malam and siang aku malas sebab dengan nak fikir macam macam lagi kan . and yes aku akan habiskan masa aku dengan benda tweet tweet ni cuti nanti , and sama macam kat atas , siapa yang nak follow tweet aku , just klik link kat bawah ni and akan nampak gambar ni :

TWITTER : @AIZATABD



BLOG / #aku tak tahu apa dalam malay


orang kata blog ini diary mereka and ramai yang abaikan blog dia , but then , inilah dunia aku hoi . bercerita sana sini kat blog ni memang best ! nak nak bila ada cerita kan , memang hambik ahhh aku cerita sampai orang tak larat nak baca . dulu kan aku suka cerita kisah cinta tau kat sini tapi bila dah lama lama aku rasa macam fulamak jiwang karat bagai aku bukan main lagi kan . tapi yang peliknya orang suka baca jiwang jiwang ni sebab top post aku semua kisah kisah cinta . bukan main lagi kan . eh kejap kejap , yang aku dari tadi guna bukan main dah kenapa ? okay , cakap pasal blog , aku bukanlah blogger hebat manapun . cukuplah and happy kalau ada yang kata blog aku best semua sebab aku cerita pun berdasarkan hati aku , berdasarkan pengalaman aku . orang kata kalau kita tulis sesuatu tu melalui hati , dia akan jadi best . so aku cubalah . bukan main payah lagi nak buat sampai paksa paksa . and inilah life aku nak nak bila kat rumah . cerita aku pergi pasar pun aku nak tulis dalam blog juga kan ? but then tahun ni nak masuk dua tahun dah aku make a blog and aku pun tak tahu bila aku akan stop blogging ni sebab tak kan sampai aku punya gigi dah tak ada pun aku still nak tulis blog kan , and entry paling last : SISA SISA HIDUP SEBAGAI SEORANG BLOGGER . fulamak kalau lepas tulis te terus pergi , mesti akan jadi entry yang hangat tapi aku kena padamkan semua gambar dulu , nanti susah . and kat sini juga aku nak cakap , thank you for your support to my blog :)


okay berdasarkan cerita aku kat atasni for sure korang dah dapat tahu kenapa aku buat tajuk macam tu kan , so siapa siapa yang ada hobby macam aku , so mari sini kita high five sikit . so that bolehlah kita pergi update status cakap ada hobi yang sama . lepastu kita lumba siapa yang paling banyak entry kan ? lepastu siapa paling sikit kena lempang . and aku rasa guys , aku dah start merepek . okay i will stop it and akan get the new entry . nantikan . so that , with love , GOODNIGHT :)


NOTE : berkawan memang best !

Sunday, February 19, 2012

kenali si pendiam

ASSALAMUALAIKUM

fulamak rasa macam lama je dah tak reti nak on blog ni kan buat cerita . maksud aku bukan buat buat cerita aibkan orang . kalau macam tu memang nak kena lempang laju laju sampai bengkak sebelah pipi . actually sebab aku ada di KL so aku memang tak sempat nak buat semua kerja dalam satu masa . kadang kadang nak bukak twitter or on facebook pun sekejap sekejap je , ni pulak nak buat entry , lagilah harapan dunia bangsa kan . so kenapa pula hari ni mimpi kan nak buat cerita ? so biar aku bagitahu dulu sebab apa . actually aku dulu ada juga orang tanya kenapa tak cerita pasal diri sendiri lah , sebab apa tak cerita pasal rahsia dah kat blog ni . hoi semua , dah nama pun blog , tempat public kan . so kalau aku buat cerita tentang diri aku sah sah aku punya rating blog menurun . tapi after aku dapat inbox , IM dari ramai orang untuk aku buat entry pasal diri aku , then terciptalah tajuk entry kali ni : KENALI SI PENDIAM

okay mesti ada yang tanya apa ni apa ni apa ni ? siapa yang pendiam ni ? okay sebabtu aku nak cerita pasal diri aku ni , so ada banyak detail detail kat bawah ni yang aku nak bagitahu , tapi aku terpaksa masukkan gambar yang korang pernah tengok sebab membe aku pergi pinjam external harddisk lepastu tak reti nak pulangkan , hampeh betul . okay lets go through dengan kisah misteri ala ala hantu kak limah ke , hantu kum kum ke kan dengan entry baru aku today . baca betul betul so next time bila nampak aku tu dah tahu dah aku macam mana okay . tapi kalau rasa macam awal awal lagi dah meluat tu kan , baik kau pergi tutup laptop lepastu pergi tidur . lagi aman bahagia orang lain nak baca , ok , peace !



NAMA PENUH ?

fulamak aku rasa dah macam interview tak pun macam nak tulis biodata masa sekolah rendah dulu , kan dah jadi trend dulu dulu ye tak ? ok nama penuh aku MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH , and nak aku ulang ? nama penuh MUHAMMAD AMIRUL AIZAT BIN ABDULLAH . and mesti ada akan tanya kenapa nama dalam facebook lain nama dalam twitter lain , and aku akan jawab dah tentu itu nama ringkas dalam laman sesawang , so ringkaskanlah . macam nama facebook aku EIJAT ABDULLAH , sebab aizat tu aku seorang je yang guna dalam family aku , abang aku and adik aku guna nama depan , means nama depan tu macam aku AMIRUL . okay then nama dalam twitter pulak aku terbalikkan jadi AIZAT AMIRUL . bukan main gembira sukahati je aku kan nak tukar tukar .

NAMA MANJA ?

okay ini buat aku ketawa and senyum kejap . nama manja tu paling tak boleh blah . okay aku akan mulakan nama panggilan aku untuk kawan kawan baru aku start dengan family sebab nama aku dalam family ada "manja" dia sikit haha . okay kalau dengan kawan kawan mcm biasalah , aku gunakan nama EIJAT je sebab aku dah selesa since aku tadika lagi kan , so kalau nak ubah tu memang aku akan rasa janggal , tu pun kalau dengan kawan kawan . ok next soalan ? #lupakan yang family tu . haha ada rasa nak lempang tak ? okay kalau dalam family pula mereka semua panggil aku "JOY" sebab apa ? aku pun tak tahu sebab maybe nama aku mirul kan so bila dah panggil lama lama tu jadilah joy hahaha , but then ada lagi nama rahsia di sebalik joy tu , biar aku dengan family je tahu , ecehhh haha .

LATAR BELAKANG ?

kalau nak cakap pasal umur apa semua , aku rasa semua dah tahu kot , fulamak macam rasa famous pulak kan semua dah tahu . umur macam biasalah 20 tahun , okay macam biasa tu cannot go . then aku dibesarkan di melaka and yes kat melakalah . actually aku tak pernah tahu pun benda ni until one day Ibu Norry bagitahu yang aku ada juga darah darah kacukan ni . fulamak aku rasa macam alaaaa kenapa ada , baru nak bangga ada darah melayu asli , rupanya belah Ibu Norry lah aku dapat kacukan ni , arab+chinese . Ibu Norry and uncle cakaplah , then belah ayah aku tak sure sangat sebab ayah ada mata yang coklat , and kalau nak tahu , aku pun mempunyai mata light brown . and aku juga tak pernah ambil tahu pasal warna apa mata aku ni until masa tingkatan ada orang kata mata aku cantik , and balik tu aku terus tengok , ohhhh coklat cair . and yes aku paling sayang mata aku . bukan sebab dia warna coklat cerah lah hoi , sebab haritu pergi check mata saja saja org tu cakap mata aku baik . kau ada ?

LIMA PERKARA YANG KORANG TAK TAHU ?

PERTAMA , aku sukakan warna merah since aku beli satu kemeja tu and since daripada haritu aku terus suka warna merah . tak kisahlah org nak cakap apa kan , yg penting merah itu seksi .

KEDUA , aku seorang yang pendiam sebenarnya , yes dalam blog , dalam facebook , dalam twitter aku memang berceloteh , cuba jumpa depan depan and korang akan cakap aku sombong dan pendiam . sebab tu tajuk kali ini , kenali si pendiam .

KETIGA , aku tak suka jalan tempat public , means tempat yang ramai orang . sebab aku rasa macam tak selesa . aku akan cuba cari jalan lain kalau berdepan keadaan macam ni .

KEEMPAT , aku seorang manusia pelik . sebab tu kawan kawan aku panggil aku vampire . sebab aku paling susah nak tidur malam , bukan sebab insomnia tapi sebab aku dah terbiasa . kadang kadang tidur sejam and then pagi tu bangun pergi kelas aku masih segar bugar macam tidur dua hari dah .

KELIMA , aku boros , aku suka beli barang diam diam and tiba tiba dah pakai , kadang kadang main beli je lepastu rasa mcm membazir .

PERANGAI PALING BURUK ?

suka takutkan orang lain dengan hantu , padahal sendiri cuak juga kalau benda tu muncul terpacak !

MAKANAN KEGEMARAN ?

okay aku semakin rasa macam dah jadi biodata dah ni . okay memang tak dinafikan semua ada makanan kegemaran , kalau nak tanya suka makan apa , memang macam macam yang aku nak tulis , tapi yang paling best setakat ni makanan melayu yang paling aku suka ialah sambal goreng . tahu tu apa ? sah semua tak reti masak . and setakat ni belum ada siapa dapat beat my Ibu Norry punya masakan lah kan , sebab di terror kalau buat sambal goreng . and then kalau mcm desert aku more too benda yang berasaskan coklat , tak kisahlah cake coklat ke apa ke . obses kot , mungkin , peace . and sebab aku malas nak tulis minuman kegemaran , aku letak sekali dalam ni , simple and cantik minuman kegemaran aku sebab aku suka minum minarel water sahaja , faham tak ? minarel water sahaja . serious ! sebab ramai pelik bila aku cakap macam ni , padahal aku tak tipu dia pun -.-

LAGU KEGEMARAN ?

macam semua ada suka lagu kan , so aku memang suka lagu lagu yang aku list kat bawah ni and aku ada masukkan video dia sekali . lagu lagu ni banyak bagi inspiration bila aku nak get the idea bila buat assignment . kadang kadang macam entah apa apa le aku ni kan , nak kena lempang apa dengar lagu pun boleh dapat idea tapi dah aku macam ni nak buat macam mana , nanti aku pulak lempang korang . ok jom kita tengok apa lagu yang aku nak cakap ni ?

PERTAMA : Yuna - Terukir di Bintang




KEDUA : Sezairi Sezali - Broken




KETIGA : Max Schneider feat Olivia Noelle - It Will Rain (COVER)




KEEMPAT : Olivia Ong - Fly Me To The Moon




KELIMA : Sam Tsui - Someone Like You




okay atasni ni semua top five lagu yang aku suka dengar , yang lain lain kalau nak list memang kau ingat aku rajin nak pergi buka youtube tu . korang pun aku tahu pemalas nak pergi buka dengar kan , so just klik play kat sini and then nanti baru tengok ok ? peace .

okay sebelum berakhir serba sedikit tentang diri aku ni sebab banyak dah aku bercerita , so sampailah part akhir yang mana semua akan tahu kan bila akhir je orang nak tanya apa , impian , ucapan , kata semangat and idola . sangat macam budak budak dah haha !

IMPIAN ?

impian aku macam biasa aku tak akan berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku nak , sebab aku akan try to get it until aku dapat !

KATA SEMANGAT ?

okay kata kata semangat yang aku pegang dari dulu sampai sekarang ialah : A CHAMPION IS SOMEONE WHO GETS UP EVEN HE CAN'T . so aku rasa macam bersemangat bila aku ingat ayat ni .

IDOLA ?

Ayah Abd , Ibu Norry , Nabi Muhammad , Tun Dr Mahathir Mohammad , Tunku Abdul Rahman , Donald Trump , Santiago Calatrava


and yes ini semua serba sedikit tentang diri aku , kalau nak bercerita tu memang tak cukup nak blog banyak banyak kan . so kalau ada masa mana tahu nak pergi lepak sama kan . so just ajak je . aku mula mula je nampak macam sombong and pendiam tapi bila lama lama dah kenal sampai takda peluang korang nak buka mulut bila bercakap . so apa apa nak tahu nanti mana tahu aku akan buat entry baru untuk sambungan entry ni ke kan , insyaAllah kalau aku diberi nafas untuk hidup lagi . so all , keep it up on my blog and boleh juga add aku di facebook and twitter seperti yang tertera pada link di bawah , just click untuk jumpa di sana . jangan takut , tegur je okay ? peace .



Thursday, February 16, 2012

cerita si hati

ASSALAMUALAIKUM

hati ? semua orang ada hati , ada hati yang baik , hati yang busuk . tapi kita tak boleh nak judges orang based on apa yang kita lihat kan . sebab apa ? sebab semua orang ada perasaan masing masing bukan diri kita sahaja . so bila kita nak cakap something tu , nak buat something tu , kita kena fikir juga apa effect dia kat orang lain sebab kadang kadang percakapan kita pun boleh buat orang marah . yes , terdapat macam macam perasaan yang boleh kita lihat dalam dunia ni . kadang kadang rasa macam otak ni serabut bagai nak fikir kan macam nak lempang semua orang tapi kalau kita pandai handle takda masalah punyalah weh ! okay , selalu gak aku terbaca sana sini pasal heartbroken lah , pasal friendshiplah and macam macam yang kita boleh lihat berkenaan dengan hati ni . kadang kadang rasa macam keliru tahap gaban apa sebenarnya yang hati ni nak ? orang kata tepuk dada tanya selera #selera aku nak makan pasta ! fulamak .

dulu kecil kecil bila tengok semua orang bercerita pasal perasaan . pernah juga tanya Ibu Norry , perasaan tu apa and ibu just jawab , benda yang boleh berubah ubah , and terletak dalam hati . lama dah aku cari benda tu and akhirnya aku jumpa , jumpa apa itu perasaan . yes , benda itu banyak mengajar aku and membuka mata aku menjadi lebih berhati hati and sabar . and plus tabah juga dalam hidup . bukanlah aku nak cakap aku ni tabah bagai kan , tapi pengalaman tu kira banyak ajar akulah . kalau korang semua tak percaya , cuba pegang besi panas , lepastu kau akan rasa sakit kan ? then bila dah sakit tu next time kau akan rasa apa bila nampak besi panas ? gerenti kau akan lebih berhati hati kan ? so tu kira macam kau belajar daripada pengalaman . macamtulah aku maksudkan yang pengalaman banyak ajar aku and kita semua , tak semua pengalaman tu tak bagi apa apa makna dalam hidup kita .

macam ada satu cerita dulu , ada seorang pasangan kekasih ni , dari awal dia couple lagi , diorang happy sebab diorang together pun atas kehendak masing masing , tapi , sejak diorang couple tulah macam macam orang yang tak suka dekat mereka . tak kira mana manapun mereka pergi , akan ada orang akan bercakap pasal mereka , sebabnya pun mereka tak tahu . tapi , atas kutukan , menjaja cerita , and semua yang orang buat kat mereka , benda tu jadi penguat untuk mereka and mereka bertambah happy dah . tak ada apa apa pun yang mengganggu mereka . sebab bagi mereka , benda tu semua hanya benda bodoh yang tak perlu nak difikirkan . sebab apa yang kita bagi kat orang , benda itulah yang kita akan dapat . maybe kali ni kita buat orang , untuk next time kita pula dapat rasa benda yang sama . bukan mendoakan tetapi sebagai pengajaran kepada diri dia .

relate balik tentang hati , kalau kita faham macam mana perasaan orang lain , kita tak akan buat orang lain macam tu . sebab kita akan fikir macam mana kalau kita yang terkena balik . so cerita tentang hati ni boleh create macam macam kisah tak kira kisah cinta , kisah sedih , kisah gembira dan sebagainya , just kita sendiri yang akan tentukan macam mana cerita kisah kita tentang hati . even macam macam orang cakap pasal kita , yes ! kita sendiri kena gembirakan hati kita . tak payah ambil tahu sangat sebab benda tu semua akan effect hari hari kita akan datang , just berdoa dan usaha . insyaAllah kita akan tabah hadapi semua . sebab Allah akan sentiasa bersama dengan hambanya .

with love , Aizat Abd



FOLLOW ME ON TWITTER : AIZAT ABD (KLIK)


NOTE : hati beri macam macam kisah


Tuesday, February 14, 2012

ibu , you always give the best !

ASSALAMUALAIKUM

seorang anak lelaki pergi ke arah ibunya satu petang menaiki basikal lalu ke dapur . di tangannya memegang kertas yang tertera tulisan yang ditulisnya sendiri lalu menghulur kertas tersebut kepada ibunya . selepas mengeringkan tangan , si ibu mengambil kertas tersebut lalu membaca . di atas kertas tersebut tertera :

memotong rumput : RM 5.00
bersihkan bilik saya untuk minggu ni : RM 7.00
pergi kedai beli barang : RM 3.00
jaga adik : RM 5.00
dapat keputusan baik : RM 10.00
JUMLAH = RM 30.00

si ibu tersenyum , memandang kepada anak lelakinya yang sudah remaja usianya , dia mengambil pen dan memusingkan kertas tersebut , dia mula menulis :

sembilan bulan ibu bawa kamu ke mana mana di dalam perut ibu : 
TIADA BAYARAN
sembilan bulan ibu ke klinik , jaga kesihatan kandungan ibu iaitu kamu : 
TIADA BAYARAN
semua yang ibu pujuk kamu dari kecil sampai besar bila menangis : 
TIADA BAYARAN
setiap malam ibu risaukan kamu , sampai tidak lena tidur : 
TIADA BAYARAN
untuk mainan , makanan dan membersihkan pakaian : 
TIADA BAYARAN
bila kamu buat ibu cinta dan sayangkan kamu sepenuhnya anak ibu tersayang : 
TIADA BAYARAN

kemudian si ibu tersenyum lalu menghulurkan kertas tersebut beserta wang kertas RM 30.00 kepada anak lelaki kesayangannya itu . apabila anaknya membaca , terkedu , terkaku dan linangan airmata jatuh dari matanya . dia kembali mengambil pen dah menulis : PAID IN FULL lalu memeluk ibunya .


setiap ibu tahu apa yang terbaik untuk anak anaknya . macam orang cakap , setiap apa yang kita buat , naluri ibu tu akan kuat terasa . siapa yang mengandungkan kita selama 9 bulan membawa kita ke mana mana ? siapa yang memberi makan minum kita , memberi susu badan mereka , memujuk kita bila kita menangis ? dan itulah ibu yang sering kita panggil bila kita susah sahaja . tak mudah nak ucapkan kata sayang kat ibu sebab dengan perbuatan pun boleh kita tunjukkan rasa sayang kita pada ibu . yes , aku sangat bersyukur sebab aku masih ada ibu . ibu yang memahami , ibu yang tidak pernah berkira dan ibu yang sangat memberikan kasih sayang .

dan inilah coretan hati aku yang aku luahkan betapa aku sayangnya ibu dan ayah . Allah kurniakan aku dua insan yang penting dalam hidup aku . insan yang menjadi idola dalam hidup aku . dan ibu , hai ini mirul tengah buat blog pasal ibu ni so ibu bacalah , tak susah manapun nak baca . ibu just connect internet lepastu bukak blog ni . eh ibu tahu tak hari ini hari apa ? jangan ibu buat buat tak tahu pula sebab birthday sendiri pun tak akan boleh lupa ! pewwittt . dan ibu , macam orang selalu cakaplah kan , orang kalau bab berfalsafah ni memang suka lepastu berangan sorang sorang sampai kena marah sebab leka . apa ibu macam orang sekarang ni cakap , watlek watpeace . hambik ahh bukan main ayat . ok , sebab ada juga yang tak kenal ibu kan , ada juga nak tengok ibu ni macam mana tapi susah betul nak cari gambar ibu sorang sorang so orang rembat gambar masa kita pergi majlis pertunangan tu , lai lai tengok semua !


i never thank you enough for listening to me
i never thank you enough for protecting me from the things i shouldn't do
i never thank you enough for guiding me in the right direction
i never thank you enough for putting up with my mood swings and arrogance
i never thank you enough for without a doubt being there for me
i never tell you enough how much i love you mum
you mean the world to me, but i don't tell you enough
but no matter what, i always will love you mum, no matter how much we argue, or how much you anger me, i'll love you till the day i die




IBU ,

dulu sewaktu aku kecil , aku memerlukan kasih sayang seseorang , kau datang , memeluk tubuhku yang kecil . kau peluk aku dengan penuh kasih sayang , kau peluk aku dengan penuh kemanjaan . kau sayang aku dengan sepenuh kasih sayang yang kau ada . selama sembilan bulan aku selesa berada dalam pelukanmu . apabila pertama kali aku buka mata aku melihat dunia , kau peluk aku , kau cium pipiku . kalimah azan terucap di telingaku oleh seorang yang bergelar ayah . kau melindungi aku dengan seluruh tenagamu biarpun kau yang menerima padah . sekalipun kau tidak benarkan aku tercedera , aku sakit menderita .

IBU ,

semakin lama aku semakin membesar , kasih sayang kau tak pernah pudar . kau sentiasa ada untuk aku . kau sentiasa ada ruang untuk meluangkan masa dengan aku . kau sentiasa ada saat aku memerlukan kekuatan . tapi semakin lama semakin aku tidak mendengar kata kata kau . kadang kadang aku terfikir , siapakah yang mendengar kehendak aku waktu kecil dulu ? siapakah yang menuruti kehendak aku . aku jadi sedih hiba sebab aku tahu telah banyak aku lukakan hati kau . tapi kau tidak pernah kata . kau lebih suka berdiam diri . tapi kau sorokkan dengan kegembiraan kau .

IBU ,

sungguh indah nama yang kau berikan kepadaku , sungguh besar pengorbananmu sehingga aku berjaya . sungguh tinggi kesabaranmu menjadikan aku anak yang berguna di samping heromu , ayah yang tidak putus putus menjadi penguat kau walau di mana kau berada . kau lah wanita yang aku anggap paling aku hargai dan sanjung tinggi ibu . tidak terbalas segala jasa kau sejak pertama kali aku membuka mata aku melihat dunia . tapi ibu , kehampaan kau sering kau sorokkan jika aku degil . aku tahu , sudah banyak aku hampakan kau . tapi ibu tak sekali aku bermaksud melukai kau .

IBU ,

aku ingin selalu berada di sampingmu , jika nyawa boleh ditukar , ingin aku tukar supaya kau boleh menikmati hidupmu lebih lama daripada aku . supaya kau bahagia dengan senyuman kau yang tidak akan aku lupa . jika aku sudah berkeluarga , akan aku didik isteriku menjadi sepertimu ibu . seorang wanita yang kuat , seorang wanita yang tabah dengan dugaan hidupnya . doa dan nasihat tidak pernah lekang daripada mulutnya . seorang wanita yang kuat menempuh setiap harinya .

IBU ,

di kesempatan ini , mirul ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR dan semoga ibu sentiasa berada dalam kebahagiaan dan nikmat yang Allah kurniakan , insyaAllah . macam ibu selalu cakap , "you never appreciate all of the things that your mother did until you find yourself doing the same things for your kids" . and i hope ibu akan selalu ada kat samping kami kan , happy sama sama and jangan sedih sedih . kalau sedih nanti dah nampak muka 30 tahun lebih tua , nak ? so always senyum and insyaAllah akan dipanjangkan usia bersama hero tersayang yang selalu ada di samping Ibu Norry . kami sentiasa akan menjadi anak anak yang tebaik untuk ibu , insyaAllah . thank you for all and i have something to give and shira will give it to you tapi nak juga masukkan kat sini :


tiada apa yang boleh dibandingkan dengan pengorbanan ibu kepada kami !
namamu bukan saja terukir di bintang , tetapi di hati kami !

IBU NORRY ,

You may be treated like the maid,
you may be treated like the gardner,
you may be treated like the daycare,
you may be treated like the chauffer,
you may be treated like many things.
But one thing is for sure,
You will always be loved.
For a fathers work may be from sun up till sundown,
but a mothers work is never down.
And all that I have, am, and hope to be, I owe to you,
So this is for all the times I forgot to say 


THANK YOU!!



with love , your lovely handsome kids ,

MUHAMMAD AMIRUL AIZAT ABDULLAH


TWITTER : AIZAT ABD (KLIK)


Sunday, February 12, 2012

BURN FISH

ASSALAMUALAIKUM

fulamak , bukan main lama aku tak update blog , bukan bukan bukan main lama kan . actually entah entah takda siapa kisah pun aku nak update blog ke tak kan , ahai . baru balik dari trip from melaka and aku ingat , last date aku update masa birthday wishes for my best friend , kira around 1 week juga lah . so bila dah ada entry , mestilah ada tajuk kan . and mesti ada yang kata , apa ke peliknya tajuk entry aku kali ni kan , actually aku bukanlah tak tahu apa maksud "IKAN BAKAR" in english , saja buat tajuk burn fish supaya korang tegerak hati nak baca apa aku merepek ni dengan ikan terbakar = burn fish . okay kepada yang tak tahu apa itu ikan bakar in english , bila di translatekan menjadi = Grilled Fish . lepas dah memekak memekak bincang pasal maksud entry ni , ada pula yang memekak dah kenapa aku buat tajuk entry yang ni pula , so , pasal tulah aku update entry kali ni . ok jom kita teruskan baca sebab kalau tak nak baca dah sah sah aku akan lempang sorang sorang .

kalau ke melaka , biasanya orang akan cari tempat ikan bakar yang best and semestinya orang akan cakap dekat umbai . and kalau kau tanya aku apakah itu umbai aku hanya boleh jawab tempat ikan bakar yang paling best . mungkin sebab aku pun tak berapa familiar sangat dengan tempat tu . and disebabkan aku from melaka and ada site visit di melaka , aku bawa kawan kawan aku makan di tempat tempat and jalan jalan ke melaka sebab senang , aku dah tahu semua tempat kat situ kan . then semestinya mereka akan bertanya and suruh aku bawa makan dekat umbai tu . actually sebabkan aku ada kat melaka , senanglah aku nak berjalan . kalau site visit kat negeri lain , terpaksa ikut bas kampus nak gerak sana sini . so aku dengan membe aku lagi 3 orang pergi naik kereta . yang lain serious aku kesian sebab driver bus tinggalkan diorang kat tempat yang entah apa apa je diorang pergi . so , bila dah ada kereta orang cakap panjang langkah sikit . bukan kaki tu kangkang luas luas maksud panjang langkah tu . maksudnya senanglah nak bergerak kan .

so , bila dah sampai tempat makan , order sana sini sebab lama nak merasa benda ni and for sure akan mengah nak habiskan semua ni . macam semua tahu , actually kalau makan ikan bakar mesti akan makan dengan nasi lemak , but bila kitaorang minta nasi putih pak cik kedai tu macam pelik sebelum dia pergi ambil nasi putih , wehaaa mesti kat dapur dia gigih pergi masak nasi putih . and yang pastinya , saat paling best bila makanan tu dah sampai , dia akan penuh berada kat atas meja sampai nak letak tangan pun tak boleh . nak nak pula meja dia kecil sikit macam tak sesuai dengan kawasan dia sebab dah tahu kan kedai tu untuk ikan bakar and segala bakar , mestilah benda yang besar besar . melainkan kalau kedai tu buat kedai ikan bilis bakar . ok sebabkan dah gembira tengok makanan penuh , so ambil gambar sekejap . actually aku pun tak tahu kenapa gambar ni kabur . mungkin sebab wap wap dari ikan ikan bakar tu kan , so jom kita tengok macam mana terliurnya kami masa tu .






okay i ini saja some pictures yang aku sempat nak ambil sebab keinginan nak makan tu mebuak buak . and at last tak habis pun sebab kenyang tahap maksima . kunyah kunyah pun sampai tak boleh nak telan dah . serious banyak lagi makanan yang perlu nak habiskan . makan perlahan lahan sebab nak telan pun perut dah penuh . makanan dah sampai tekak kau tahu tak ? rasa macam nak lempang orang bila dah kenyang . and lastly pergi bungkus makanan yang lebih tu . dengan pedas dia bagai nak gila , nak bagi orang appendix lah tu kan . then bila dah bungkus makanan , masuk kereta and bincang nak pergi mana pulak . bukan main suka lagi sebab ada kereta kan . then pergilah jalan jalan sekitar melaka sampai tak ingat nak balik rumah . mata dah mengantuk tahap maksima and around pukul 4 macam tu balik rumah . angin dah sepoi sepoi bahasa .

aku dengan membe aku pun angkat barang dalam bonet kereta sebab barang dalam tu banyak nak guna . then after nak tutup bonet tu tiba tiba dengar ada suara benda mengilai . aku dah tergamam kaku sekejap . aku pandang membe aku , membe aku pandang aku , then aku tanya membe aku , kau dengar tak apa yang aku dengar ? dia angguk and aku terus tutup bonet and jalan laju laju dengan dia masuk dalam rumah . aku cerita kat dua orang lagi membe aku . masing masing dah cuak sebab kitaorang dengar suara tu dari arah kubur . sorang dari membe aku cakap maybe benda tu ikut kami sebab malam tu jalan jalan tak ingat dunia kan . then semua dah cuak tapi macam trend budak budak sekarang cakap kan : watlek watpeace . what the fish dohhh ! hahah then sebab dah letih semua dah lupa pasal benda tu padahal benda tu jelas ternyata aku dengan membe aku dengar .

esoknya bila aku cerita kat papa aku , dia marah pulaktu aku , takdelah marah sampai teruk teruk , just nada yang serious . dia cakap , sebab aku terlalu terbawa bawa pasal cerita hantu sebabtu jadi macam tu . papa aku ni tak percaya dengan semua tu , susah sikit nak bergosip dengan dia . bila aku cerita kat ibu norry pulak dia pulak yang takut padahal aku biasa je . alaaaa baik aku tak payah cerita kan . then bila malam esoknya keluar malam juga tapi tak selewat macam ni balik . aku pulak bila balik malam malam bukan tahu nak mandi basuh kaki muka bagai , terus je naik atas katil tidur . lepastu mimpi seram nak bising pulak . lempangkan je aku ok ? and sebelum habis cerita aku tentang entry burn fish ni , aku nak bagi lagi satu gambar buat tatapan korang . fulamak ayat tak menahan , so aku rasa after tengok ni , korang pasti akan gembira . and all ! salam sayang dari aku , peace !



NOTE : bila malam bulan sangat terang


Monday, February 6, 2012

hati kau sama dengan aku , adah

ASSALAMUALAIKUM

tajuk entry kali ni macam yo yo ooooo je kan macam orang orang dahulu kala cakap . tapi , memang betul apa yang aku nak sampaikan . macam biasa yang aku selalu buat , aku akan buat some special entry bila salah seorang dari sahabat aku punya birthday . and again , aku pun ada entry juga untuk aku tujukan pada sahabat aku ! NUR SYUHADA BINTI AZAHAR ataupun nama manja manja nakal dia ADAH . and aku tak tahulah pula kalau dia ada nama panggilan lain kan sebab aku jue and kawan kawan memang panggil dia macam ni . kalau ada nama lain dia tak bagitahu tu memang dia minta kena lempang kan ada ? not like others , dia memang ada something yang aku rasakan selesa untuk dia berkawan dengan aku . ok nak tahu apa rahsia dia and kenapa aku suka berkawan dengan dia ? sempena hari lahir dia yang ke 20 tahun ni and dah sama sama masuk 20 tahun , aku nak bongkarkan lah sikit sikit perangai dia yang orang tak nampak . adah kau mesti cuak kan ? ok jom kita baca kat bawah ni , peace !



siapa kata gadis comel manja ni tak nakal ? korang tengok je ala ala ayu macam cik siti wan kembang walaupun original dia memang kembang , tapi dia ni bukan main nakal . nak nak kalau bawak dia pergi karaoke , fulamak kalau pegang mic tu memang satu kena bagi dia and then yang satu lagi gilir gilir kami pakai . and paling best kalau karaoke lagu rancak , dia siap joget lagi . itu aku respect ! haha . and then kenapa and macam mana aku boleh kenal dia ? senang and ringkas je cerita dia . aku kenal dengan dia since aku form 1 that masa tu aku 13 tahun and sekarang dah 20 tahun . lebih kurang 7 tahun aku berkawan dengan dia . and selama tujuh tahu ni juga aku dapat tengok macam macam gelagat dia bila dengan kami ataupun dengan aku . nak tahu apa dia ? banyak kalau nak cakap . memang panjang and aku list okay ? adah kalau lepas ni kau nak lempang aku make sure lembut lembut je okay ? okay jom kita start with perangai buruk dia baru yang baik . orang kata bila dah baca buruk dulu masa yang baik nanti sejuk hati dia . okay lets go !

PERANGAI BURUK

PERTAMA , dia jenis blur sikit atau dalam bahasa computer loading . bila orang cakap cakap kami ketawa and dia sama sama ketawa , lepastu mesti dia akan tanya balik apa yang kitaorang cakap .

KEDUA , dia jenis yang senang percaya kat orang terutamanya aku yang selalu tipu dia . nak nak bila aku cakap kat dia cikgu nak jumpa dia . and dia akan percaya sebab aku dulu ketua tingkatan . fulamak bukan main kan jawatan aku . then bila dia dah percaya dengan expression muka aku , aku cakap yang aku tipu until she call me with nickname "LIAR" until now ! haha

KETIGA , dia suka membebel sana sini . nak nak kalau dah jumpa kawan bebel dia memang tak berhenti dia cakap . sana sini dia nak cakap . kadang kadang orang dah tidur layan dia bercakap pun dia tak perasan . then bila bangun pun dia tengah membebel juga .


PERANGAI BAIK

PERTAMA and TERAKHIR , dia sangat memahami and caring dekat kawan kawan dia and macam aku cakap , hati dia sama dengan hati aku and dia always be the best untuk aku , boyfie dia and kawan kawan dia yang lain and dia sahabat aku yang sejati ! i love her !


yes aku admit dia sahabat sejati aku sebab kami pun dah lihat tumbesaran masing masing sebab rumah aku dekat je dengan rumah dia and kadang kadang aku pergi lepak rumah dia sebab kat rumah dia ada landskap best ! then kalau bosan ajaklah dia tengok wayang and orang yang pasti and mesti akan jealous mesti jue . memang dia akan jealous . and and and , she is not available sebab dia sudah pun berkahwin , maksud aku married dalam relationship facebook bukan betul betul and that is her boy !


so damn comel mereka bercinta since sekolah menengah lagi . and aku hope sampai ke kahwinlah okay ? orang kata jangan biarkan langit menjadi kelabu #tibatiba . memory aku dengan dia masa sekolah menengah bohong kalau tak ada sebab aku dengan dia always get class yang sama . and masa paling best waktu form five . duduk kat belakang and buka cerita . nak nak kalau tak ada cikgu tu lagilah tak ingat dunia bercerita lepas satu topik satu topik buka and menambahkan dosa berbakul bakul dengan cerita hal orang . tapi aku diam je , dia yang bercerita , aku dengan membe lain dengar je tak cakap so taklah berbakul bakul sangat . haha . but now sekarang dah susah dah nak macam dulu sebab semua dah pergi belajar ikut minat masing masing and amin kami meneruskan cita cita kami . aku di UiTM Perak and dia di UiTM Pulau Pinang . and exactly akan jumpa bila cuti . and this year ! aku tak dapat nak celebrate with her and aku jealous jue pergi penang nak pergi celebrate dengan dia . but then tak apa , orang kata nak wish hari lahir melalui ucapan pun boleh kan ? and sebelum aku teruskan dengan ucapan aku , aku nak dedicated some song untuk dia . bukan aku nyanyi tapi aku rembat kat youtube , and aku sure kamu semua dah tahu lagu ni , kalau tak tahu pun just dengar and enjoy , and adah , this is for you :



yesss ! ini yuna and aku tahu kau minat yuna adah , minat sampai mati kan ? sebabtu aku nak dedicated lagu ini untuk kau , macam lagu aku dalam blog ni and background blog ni . macam jue punya birthday dulu ada esklusif video from aku but then ini pun bolehlah , dari yuna . lagi special ! haha . and all readers yang nak kenal lebih detail adah ni , aku bagi gambar je , lain sendiri kau pergi cari sendiri .








and !

ADAH !

It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons
that we're best friends!



AND !

HAPPY BIRTHDAY

and

hope the new age will make you more happy and our friendship is still forever , we are the best friend ever and will miss our memory

and !

ADAH !

I LOVE YOU , my truly friend !


sincerely from ,

Aizat Abd




Saturday, February 4, 2012

terima kasih , sahabat !

ASSALAMUALAIKUM

apa khabar semua ? dah lama juga aku tinggalkan blog ni sebab busy dengan kerja kerja and kemas barang untuk balik . bila alasan aku tak update blog mesti sebab kerja kan . dah naik muka macam rasa nak lempang . so sebabkan dah lama tinggal , nak bersihkan blog yang dah bersarang ni #sambil bersihkan segala habuk . cerita tentang sahabat , semua pasti ada sahabat . sahabat tak sama dengan kawan . orang kata sahabat ni susah nak dapat , tapi kawan kat mana mana boleh dapat . kawan gembira senang tapi kawan sedih kurang , macamtu lah selalu orang cakap . tapi kawan berlempang ada ? tak ada kan sebab semua takut kena lempang . macam orang lain , aku juga ada sahabat . sahabat suka , duka , gembira , ketawa , semua sentiasa ada bersama aku . dan aku hargai mereka macam mana aku hargai diri aku kat sini , sama macam aku hargai apa yang aku ada terutamanya keluarga . mereka banyak support aku , banyak tolong aku and banyak dengar cerita aku .

even orang nak kata aku sombong , berlagak , poyo , mereka tak pernah cakap aku macam tu and itulah yang buat aku hargai mereka . bukan bermulut manis tapi ikhlas dari hati . so today , sebabkan merekalah aku ikhlaskan diri dan idea aku untuk buat entry kali ini . macam orang cakap , "a friend is someone who can see the truth and pain in you even when you are fooling everyone else" dan aku mengakui benda itu betul . sebab itulah makna sahabat yang sebenar . dan mari kita tahu siapa sahabat aku itu ? tak kira di mana mana , mereka ada sentiasa dengar cerita aku , ketawa aku . and kepada sahabat sahabat aku yang aku tak letak gambar tu maknanya aku takda gambar latest kamu semua sebab aku tak ambil pun , again maaf !


INI SAYA !

dan ini sahabat sahabat saya , fulamak peace !

ADDA

JUJUE

MELL

IKRAM

REFF

YASZ

LELA

dan juga mereka ini : KYRA , ADAM , DANNI , ARRIQ , AFFIQ , AYED, HAYKALL , MYRA , DINNIE , NISA

aku juga hargai kamu semua macam mana aku hargai sahabat aku yang lain . dan aku juga hargai kawan kawan aku yang lain juga tak kira kat mana mana , kawan sekolah , kawan kampus , kawan dekat dekat area rumah , kawan blog , kawan twitter and kawan facebook sekalipun , aku memang hargai . sangat sangat hargai . aku bukan cakap kosong nak mengampu ke apa . aku ikhlas tahu ? ikhlas dari hati . kalau ada rasa nak lempang tembak apa semua silakan tapi baca dulu apa aku nak cakap kat bawah ni and gerenti nak tembak lempang apa bagai jadi khayalan kamu saja . jom baca !

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.



and kepada yang rasakan benda ini betul and happen to you , give it to your friends sebab dia akan lebih meghargai kita macam mana kita hargai dia . sebab , sahabat itu macam gula gula getah , walaupun lama dikunyah , ia tidak akan larut dan itulah yang menjadikan dia sentiasa beri kita kekuatan , and sahabat saya ,

TERIMA KASIH !


NOTE : hati yang bersih sukar dicari , peace