APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, May 18, 2012

Surat Buat Isteri Omel Omel

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan isteri yang dicintai sepenuh hati sampai melimpah ruah , Edellynn Ellyssya *cuba teka nama siapa*

dari jauh saya menulis surat ni , sebab saya tahu even macam mana sekalipun saya nak suruh awak baca , awak tak akan dapat baca . and dalam hati mesti awak cakap , apa kejadah si aizat ni nak suruh aku baca sedangkan aku nak pegang surat ni pun akan tembus terjatuh ke lantai . saya tahu , tapi sebab rindu saya pada awak membuatkan saya tulis surat ni supaya saya tahu , even one day saya akan pergi menemani awak di sana , handsome and cantik kita , Syalee and Leesya masih ada kenangan yang mereka boleh jumpa and ingat , surat ini yang saya tulis imbau semua memori kita . saya tahu awak dah pergi menghembuskan nafas terakhir menjadikan saya duda lepas awak lahirkan Syalee and biarkan saya menduda anak dua . jatuh saham saya nak usha minah minah cun kat office . tapi tak apa awak , tak terlintas pun dalam kelapa otak ni nak kahwin lagi sebab awak pernah cakap kat saya :

KALAU AWAK BERANI KAHWIN LAGI , BILA SAYA MATI SAYA JADI HANTU MAYA KARIN CEKIK AWAK KASI MATI

dan lepas je awak cakap tu awak terberanak and menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat saya buat CPR mouth to mouth sebab awak lupa pakai polident , ahai gatal kan saya . but awak , setelah awak pergi , sayalah yang mendidik anak kita sampai masing masing dah jadi orang berguna macam saya , bukan macam awak yang tak berguna tak tinggal harta pun bila awak pergi , dalam account awak pun ada RM11.20 . Leesya sekarang dah menjadi besar dan cantik mengalahkan Scha Al Yahya , umur dia pun dah 5 tahun . Syalee pula dah mengalahkan Awal Ashaari dan bakal menggantikan tempat Awal dalam Fuhh ! and umur dia pun dah masuk 4 tahun . and dah 4 tahun juga awak pergi tinggalkan kami , and dah 4 tahun juga saya tak jenguk kubur awak , dah jadi hutan amazon mengalahkan afrika rasanya rumput atas kubur awak tu . bila raya pun saya tak balik sebab saya dah pindah awak tahu , kat tempat yang selama ni awak nak pergi tapi saya tak bawak , Hollywood . lepas je awak pergi , malam tu juga saya pindah and pergi gembira main ice skating kat sana . seronok awak , Justin Bieber pun ada ! One Direction semua ada .

mesti dalam kepala hotak awak ingat saya ni suami tak berguna kan ? awak jangan salah anggap macamtu . even saya ni nampak macam tak berguna saya tak pernah menerima mana mana perempuan pun dalam hidup saya , ramai cuba tackle saya sebab sayalah pewaris tunggal harta bapak saya yang melambak bukan main sampai saya kalau nak beli Battleship pun tak jejas harta saya . Norlia Ghani cuba menggoda , tapi alasan saya dia menggunakan Polident , Rosnah Mat Aris pun tapi saya cakap dia terlalu berusia . hanya awak sahaja ada dalam hati saya , macam mana saya cuba dapatkan awak dulu , macam itulah awak akan sentiasa berada dalam hati saya , tak kiralah saya terpaksa menduda sampai ke tua . saya tak nak siapa siapa rampas tempat awak dalam hati saya kecuali YUNA ! saya selalu ajar Leesya and Syalee , saya cakap kat dia , kalau ada mana mana perempuan cuba nak goda saya , tarik je rambut dia on the spot . so nanti bila perempuan tu rasa rimas dengan anak anak kita , mesti dia tak akan goda saya . hanya awak sahaja faham kerenah anak anak kita . 

AWAK ,

#LEESYA
awak ingat lagi masa dulu kita sama sama bertiga makan ice cream sambil tengok bulan and bintang ? awak cakap kat Leesya if one day kalau mama pergi , mama akan sentiasa jadi bintang untuk temani Leesya tidur . and selepas awak pergi , saya terpaksa renovate rumah sebab Leesya cakap nak bumbung kaca supaya dia dapat tengok bintang , sebab awak kan nak jadi bintang dia , sambal belacan je perangai . bila takda bintang pula nanti saya kena pujuk dia cakap kejap mama pergi beli ikan masin kat pasar , kejap lagi dia muncul balik , saya terpaksa pujuk dia kalau tetiba masa tu hari nak hujan tiada bintang . and dia selalu akan peluk gambar awak masa zaman sekolah yang hodoh tu sebelum tidur . setiap malam juga dia mimpi buruk sampai saya terpaksa bakar gambar awak tu and bagi dia gambar lepas awak buat pembedahan plastik . lama juga saya cuba ajar Leesya memahami yang awak dah pergi tinggalkan kami , until one day Leesya cakap kat saya :

PAPA , MAMA DAH MATI KE ? MAMA ADA TINGGAL APA APA BARANG KEMAS KE HARTA KE UNTUK LEESYA TAK ?

dan saya terkedu bila dia cakap macam tu even masa tu dia baru 4 tahun . memang bakal kaki pisau cukur dah besar nanti macam awak . bila pergi sekolah saya terpaksa siapkan dia , breakfast dia . mula mula memang kekok , tapi lama lama saya tahu inilah pengorbanan seorang duda handsome macam Aaron Aziz kan , so saya terima , even sometimes Leesya suka main rambut saya and saya humban dia kat dinding *tak suka orang pegang rambut aku* tapi lepastu dia mesti akan peluk saya and kiss dahi saya . one day masa saya tengah tengok gambar awak , Leesya datang kat depan saya and cakap kat saya :

PAPA , MAMA SAYANG KITA TAK ? MAMA ADA KAT MANA PAPA ?

and saya tersentuh masa dia cakap macmtu , airmata saya , airmata saya.... airmata saya....... tak mengalir pun , saya just senyum and duduk hadap dia , saya cakap :

SAYANG PAPA , EVEN MAMA JAUH KAT MATA KITA , DIA SELALU ADA DALAM HATI PAPA AND HATI LEESYA , JADI PENEMAN HIDUP LEESYA , SYALEE AND PAPA

saya tahu memang tak mudah nak buat semua ni , tapi inilah yang perlu saya buat sebelum saya pergi tinggalkan mereka satu hari nanti . saya nak didik Leesya jadi macam awak . sentiasa tersenyum untuk saya , sentiasa melayan kerenah saya , and saya harap dia akan ditemukan jodoh seperti En Haris Ombak Rindu .

#SYALEE
saya tahu awak memang tak pernah tengok muka Syalee sebab awak pergi masa melahirkan dia . Syalee , seorang budak yang handsome macam saya yang sentiasa handsome macam Aaron Aziz , sentiasa happy go lucky macam saya juga bukan seperti Jaafar Onn . dia sentiasa mendengar cakap saya , sometimes ada juga saya main wrestling dengan dia sampai seminggu 3 kali dia terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan . saya selalu cakap kat dia , nak jadi lelaki kena kuat , bukan mudah mengalah . and bila dia dengar cakap saya tu , setiap hari dia akan tumbuk gigi Leesya sampai sekarang Leesya hanya tinggal gusi je . nak makan pun saya kena blenderkan untuk dia . sekarang Syalee dah 4 tahun and saya terpaksa bawa dia ke office saya dengan tetibe saya nak kena cuci berak dia time meeting penting dengan Menteri Somalia ke kan , even sambil saya bentangkan proposal saya pun saya kena susukan dia tapi saya tahu inilah kasih sayang seorang papa yang handsome kacak untuk anak dia . sometimes Syalee suruh saya cari mama baru sebab dia kata saya muda lagi and masa depan saya masih panjang , kemain kan ayat dia mengalahkan mummy saya sendiri , tapi saya tak nak serious saya tak awak you know *menari ballad sambil cakap* . pernah Syalee cakap kat saya :

PAPA , KITA TAKDA MAMA KE ? KE MAMA KITA ADA JANTAN LAIN ?

then saya senyum and cakap :

SAYANG , MAMA MEMANG ADA JANTAN LAIN . EHH BUKAN , MAMA DAH PERGI JAUH DARI KITA , TAPI ADA DALAM INI *tunjuk hati dia* MARI SINI PELUK AND KISS PAPA

and Syalee setiap malam akan suruh saya cerita macam mana rupa awak , perangai awak sebab dia kata dia teringin nak jumpa awak . dia cakap dia bayangkan muka awak macam Rozita Che Wan . kadang kadang bila dia dah tidur saya akan pandang dia and bercakap sorang sorang depan muka dia "SEBAB KAULAH BINI AKU MATI" tapi kasih sayang saya kat dia tak pernah pudar . saya tahu ini semua adalah ketentuan . saya didik mereka , beri kasih sayang macam mana awak beri kasih sayang awak pada saya . saya ajar mereka makan ice cream sampai dah dapat penyakit asthma yang teruk , saya ajar mereka makan coklat sampai memasing hampir nak kena kencing manis , saya ajar diorang setiap malam tengok bintang sampai mata pun naik juling menghadap hampir 5 jam . dan sekarang saya dah happy bersama mereka . merekalah aset yang paling penting dalam hidup saya . sebab saya mana boleh mengandung nak dapat anak baru , kalau tetibe mengandung esok dah keluar youtube macam najwa latif famous saya nanti .

AWAK , 

ikhlas dari hati saya cakap saya rindukan awak , rindukan semua kenangan kita bersama . saat kali pertama saya ambil awak jadi pasangan hidup saya dengan sekali lafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA" . saat saya sambut Leesya lahir masa kita naik basikal kat taman permainan , saat saya sambut Syalee kat ruang tamu masa awak beranakkan dia , saat awak suapkan saya ice cream . saat awak kantoikan saya ada scandal dengan Datin Jemah kat Lorong Haji Taib , semua tu susah saya nak lupakan . saya tahu susah nak cari pengganti awak . hanya jodoh sahaja yang menentukan . awak , hari ini adalah hari yang sangat happy buat saya , Leesya and Syalee . saya harap awak dengar and memahami , kami sentiasa rindukan awak , kami sentiasa akan mengingati awak . saya tahu sungguh awal awak pergi tinggalkan kami . sungguh cepat awak pergi dari hidup saya , awak , harini saya hanya mampu tersenyum , tersenyum gembira , sebab..... hari ni saya menikah sekali lagi , okbai !


dudamu yang handsome ,
Aizat Abd