APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, November 30, 2011

when we talk about LOVE

ASSALAMUALAIKUM

bila baca tajuk je semua orang dah muak dah nak dengar pasal kisah kisah macam ni . heh . tapi takpelah , muak tak muak , aku nak tulis jugak supaya aku dapat baca balik bila aku bosan bosan nanti . macam aku cakap tadi , tajuk ni selalunya orang kaitkan tentang cintan cintun monyet tapi kita tak tahu jugak cintan cintun monyet tu jugak boleh jadi sampai ke anak cucu .




WHEN WE TALK ABOUT "LOVE" ?

aku takdalah pakar dalam bidang cintan cintun ni sebab aku pun berdasarkan apa yang aku lihat sekeliling . lepas baca entry ni semua nak boooooo akulah cakap aku ni jiwang mat karat . abah hang , aku rela kerat jari kalau korang cakap korang tak pernah minat kat seseorang . but then , ada jugak yang cakap love is wonderful . pernah jugak aku baca bingkisan yang aku jumpa dalam buku aku sendiri . aku tak tahu datangnya dari mana dan untuk siapa . aku tertarik , tertarik untuk memblogging kisah kertas tersebut sebab ia adalah sesuatu cerita yang bagi aku menarik . so , kalau nak teruskan membaca , bacalah , tapi kalau tak nak , aku bagi gegula sorang satu , nah . #gulapasir


"dia , seorang gadis yang istimewa bagi aku . seorang gadis yang bagi aku adalah segalanya untuk aku selain daripada kawan dan family aku . dia membuat hari aku lebih lengkap berbanding sebelumnya . dia , gadis yang memahami setiap apa yang aku buat , menyokong setiap gerak geri aku . dia , gadis yang sentiasa menemani aku tak kira penat ataupun sakit . dia , gadis yang memberi aku semangat , semangat untuk aku meneruskan kehidupan aku menjadi lebih berjaya . setiap senyumannya berharga buat aku , setiap tawanya gembira untuk aku , setiap kebahagiaannya , hadiah buat aku . aku rela menderita sebab dia , tapi aku nak dia sentiasa gembira . tapi dalam kebaikannya ada kedegilan aku . aku selalu membuat dia marah , aku selalu membuat dia sedih , aku tidak memahami gurauannya , aku sentiasa tidak mengikut kata katanya . mungkin , aku susah nak menerima teguran . aku , seorang yang keras kepala , keras hati tapi jauh dalam hati aku , aku cintakan dia . sangat sangat cintakan dia . aku , rela berkawan dengan dia daripada lihat dia menyendiri jauh dari kawan kawan dia sebab aku . aku , rela hati aku sakit daripada dia yang menangis kesakitan .

TAPI

malam ini aku sedih . aku tak tahu . setiap bait kata kata dia membuat aku sedih . aku tahu tidak ada satu pun yang salah dalam pertuturan dia . tapi , gurauannya membuat aku sedih . gurauanya tidak seperti selalu . gurauannya untuk kawan aku membuat aku tersentak , getar tangan aku , getar jari aku , getar bibir aku nak berkata kata . tapi , ini adalah amanah . aku , rela sebab aku tahu aku sayangkan dia . aku rela ikut cakap dia . aku tak nak jadi yang degil lagi di mata dia . aku nak jadi yang terbaik untuk dia . meskipun aku hanya boleh memandang dia daripada jauh mungkin suatu hari nanti , tapi , aku , jujur aku katakan aku tidak boleh lihat dia bersama dengan orang lain . sebab , aku sahaja yang ingin bersama dengan dia . aku sahaja yang ingin mendampinginya . aku sahaja yang ingin mendapat senyumannya . aku tahu dia tak bersalah dalam pertuturannya . aku nak dia menjadi diri dia yang sebenar . aku tak nak dia berubah sebab aku . aku tak nak halang dia dengan apa yang dia buat , aku tak nak halang hubungan dia dengan kawan kawan dia , aku tak nak dia berubah sebab aku . sebab itu lagi menyakitkan . aku ikhlas dengan setiap apa yang aku buat untuk dia . untuk melihat dia bahagia . tapi adakah kebahagiaan itu akan aku terima lagi ?

awak , jika selama ini saya ada sakitkan hati awak , saya minta maaf . saya manusia , saya tak sempurna , segala silap saya di mata awak saya minta maaf . saya hanya ingin lihat awak bahagia . setiap hari saya , setiap apa yang saya buat , dalam hati saya , dalam mata saya hanya ada awak sahaja . awak , jika awak baca bingkisan yang saya buat ni , saya nak awak tahu yang saya cintakan awak , sangat sangat cintakan awak . mungkin ramai orang yang ketawa bila baca bingkisan ini . mungkin ramai yang akan buang , mungkin ramai yang akan sepah sepahkan , walaupun ia menjadi bingkisan terakhir sampai di tangan awak , meskipun bingkisan telah koyak , telah basah . saya harap , tulisan 'I LOVE YOU" ini sahaja yang terselamat untuk awak tahu yang betapa saya cintakan awak walaupun awak tidak tahu milik siapakah kertas ini . TERIMA KASIH AWAK !"


aku senyum je bila taip benda ini , aku rasa ini bingkisan daripada hati dan hati ini hati yang ikhlas menulis . aku tak tahu nak cakap apa lagi sebab aku pun tidaklah sempurna macam orang lain . lastly , hargailah dia .


NOTE : cinta sejati hanya ada sekali je peluang !


Sunday, November 27, 2011

jatuh tak bermakna tak boleh berdiri

ASSALAMUALAIKUM

baru balik daripada tengok bola , terus on lappy and tertarik nak update blog bila tengok semua orang update status pesbuk pasal bola . lepastu bukan ada yang nak menyokong , ada juga nak mengkondem #sukahati aku guna bahasa ni , kata harimau muda terlalu rilek sebab dah dapat 2 mata lah apa lah . fuhh , cakap macam dia lari turun naik turun naik kat atas padang kejar bola pulak kan . aku takdalah nak cakap aku kejar turun naik bola tu tapi nak cakap yang teruskan jelah sokong team tu . tak payah nak down down sangatlah . gedik pulak aku tengok . bukak page sana sini cakap itulah inilah . game je kot . kalau tak dapat takde maknanya semua kat sini tak dapat makan .

aku tahu olimpik tu memang tempat atau macam stage nak tunjuk kat semua yang berdiri and duduk kita sama dengan diorang . tu aku tak tahulah kita semua ni sama tinggi badan masing masing dengan orang lain kan . kalau ada yang rendah tu minta dimaafkan . ecehhhh . cakap penyokong setia MALAYSIA , tapi macam mana nak cakap penyokong kalau masa menang dah kutip mata sorak bagai sampai nak pecah meja makcik kedai tu tapi bila kalah semua campak botol lah lepastu tweet bukan bukan cakap itu ini . semakin dahsyat bila peningkatan teknologi berkomputer ni . tu diaaaaa bahasa baku aku dah datang . gigih jugak aku nak update pasal bola ni sampai gigih aku pergi google pergi search benda ni :



gigih pulaktu pergi tekan kat google taip "HARIMAU MUDA" lepastu macam macam aku boleh jumpa , macam macam harimau ada . sebelum aku out ni , nak jugak aku berpesan kepada seorang demi seorang pemain yang beraksi kat padang tadi . punya gigih aku nampak . aku malas nak sebut ikut nombor baju . cukuplah aku label macam pemain 1 , pemain 2 , pemain 3 , ok ? ok aku nak pergi siapkan ucapan kejap .


PENJAGA GOL : teruskan usaha anda tangkap bola tu , bayangkan anda tangkap 1 billion duit je masa tu , mahu tak , mahu tak , mahu tak ? mahu kan , tapi takpe , tadi tu sebab bola tu harga dia 3 ringgit je kan so tak payah tangkap pun tak apa -___-

PEMAIN 1 , teruskan latihan anda sebab nanti nak main game seterusnya kan , kekalahan tadi tu pembakar semangat je . usaha tangga kejayaan ibu saya selalu cakap , jadi sekarang ni nak cakap kat kau pulak . dengar ni .

PEMAIN 2 , makan banyak banyak sikit . stamina tak cukup tu , nanti nak main next game laparlah apelah kan susah . pasal kalah tadi jangan dok pikir .

PEMAIN 3 , semangat berpasukan tu mesti ada ! jangan nak menang sendiri nak dapat nama sendiri , lempang kang . gigihkan usaha tu .

PEMAIN 4 , errrr... er... errr... dah habis idea , macam mana ? ok takpe yang next punya pergi copy paste ke kat atasni yang aku dah pesan pesan kat kawan kawan kau ni ok ? bagus .


ok dah puas dah aku membebel tak tentu arah sampai ada orang rasa macam nak terajang kan , sekarang tiba tiba mata aku rasa macam ada lesung batu pergi bergayut kat mata ni . nak nak sejuk hujan pulaktu kan . memang nikmatlah tidur . sebelum tu nak pesan lagi ni . pemain malaysia tak payah nak down down sangat . ramai rakyat malaysia dok sokong korang sampai bila bila . aku dah paksa dah ahli keluarga aku semua sokong korang . so , kalau korang jatuh , bukan bermakna nak jatuh buat selama lamanya , bangun and teruskan perjuangan tapi , kalau dah jatuh macam ni , agak agak boleh bangun tak ?


aku pun kena pikir 2 3 kali nak bangun ke tak .


NOTE : HARIMAU MUDA sentiasa yang terbaik ! thumbs up !


Friday, November 25, 2011

siapa takut siapa ni ?

ASSALAMUALAIKUM

eceh , tajuk entry pun macam tak puas hati kan , macam nak tumbuk muka orang pulak kan . padahal takdelah seganas manapun entry kali ini . aku dapat idea ni waktu tengah makan tadi tiba tiba ada seekor kucing lalu kat kaki aku . actually aku memang tak suka sangat layan kucing ni tapi kalau setakat dia datang dok keliling kaki aku takpe . tapi janganlah sampai dia dah naik atas meja . memang aku terus blah dengan pantas . walaupun dia setakat nak mintak simpati nak mintak bagi aku makanan , tapi aku rela bagi dia sepinggan makanan even aku baru beli makanan tu . nak nak bila dia buat muka macam ni , pandang apa macam orang selalu cakap , aku kan suka dengar cakap orang , pandang "PAISEI" kot , haa , macam ni :




tak ke kau rasa macam dia nak terkam pergi peluk kau . nak nak bila tak bagi makanan . sanggup panjat meja tu . and aku pelik bila ada orang yang sanggup cium apa bagai . memang kucing ni jinak , baik untuk pelihara even NABI pun suka kat kucing tapi kalau kes aku yang fobia ni macam mana ? terpaksa layan layan tak je . nak tambah cerita lagi pasal semalam . 

aku barulah pergi beli makanan . dengan happy sebab dapat ayam yang panas panas kan then pergilah basuh tangan sebab mak cik makcik kat sini tak nak provide sudu sebab dia kata nanti sudu dia hilang . layankan aja . ada pulak manusia nak telan sudu . nak dijadikan cerita , aku pun dengan happy lepas basuh tangan nak pergi makan sebab perut serious dah lapar , then bila sampai kat meja , muka terus macam ni -___- sebab kucing dah pergi makan makanan aku dulu . belum sempat aku nak makan , sikit pun tak sempat lagi . aku pun ambik kucing tu hayun keatas tinggi tinggi , ok ini tipu . masuk neraka buat macam ni ye kalian . lepastu aku tolak pinggan ketepi and aku bagi je dia makan and beli makanan baru . 

perasaan aku macam mana ? happy sebab dapat berkongsi makanan dengan siapa sahaja . lepastu bila tengah makan mulalah tak tenteram sebab kucing tu dok keliling kaki aku . apalagi dia nak pun aku tak tahu . dah bagi betis nak peha pulak . lempang nak ? serious , aku tak tahu kenapa aku fobia dengan kucing .


NOTE : walaupun kucing tu haiwan comel !


Monday, November 21, 2011

perak said : welcome back aizat !

ASSALAMUALAIKUM

sudah berada di perantauan , itu ayat pertama yang aku nak pergi bagitahu semua yang baca blog aku ini . perasaan ? ok kalau nak tahu biar aku tanya engkauorang pulak , macam mana kalau kau dah duduk lama kat rumah lepastu ada orang campak kau duduk jauh dari rumah . sudah terjawab ? itulah jawapan aku . actually semalam lagi dah masuk tapi semalam memang tak bukak lappy sebab letih amat . entah apa yang aku buat aku pun tak tahu , nak kata berak semalam takda pun berak , ok pengotor gila !

ok nak cerita pasal aku balik perak ke nak cerita pasal birthday adik aku ? sukahati aku ye . mari kita dengar dua dua . semalam bila balik perak first sekali masa keluar dari tol simpang pulai kalau tak salah aku , benda pertama aku nampak ialah ini :




tahu kan akemenda ni ? tak tahu meh sini aku hempuk guna kuali . kalau kuali pun tak tahu pergi gali kubur sendiri . then lepastu lihatlah semula keindahan keindahan yang aku pernah nampak sebulan lebih yang lepas sebelum aku balik menghabiskan cuti aku . sampai area area kampus aku dah macam orang gayat , tengok sana sini semua dah membangun . gayat tak ? lepastu aku dengan bangganya pergi cakap dekat adik aku ,

AKU : eh eh kat sini dah ada tesco and dah siap !
ADIK AKU : ada tesco pun kau nak pelik , kat mana mana melambak .

aku macam terkedu sebentar sebelum menghempuk dia guna kasut , ini dusta ok . lepastu panas kat sana memang menggigit jiwa raga . macam orang kata apa dia eh eh panas kedengkang eh ? agaklah pelik kan . tapi kalau masuk kat kampung kampung jumpa nenek nenek yang tengah ngumpat ngumpat sambil potong bawang tu , pergilah join , mesti dengar punya . #ini kes dah selalu join lahni . nasib aku pakai baju merah yang alah alah edward cullen si pontianak lelaki tu kan #bahang cerita semakin terasa , so takdalah panas sebab short sleeve . sampai kat kampus seawal lapan pagi and aku hanya dengar bunyi cengkerik je . takda orang lagi bangun waktu macam ni . nantilah kau bila dah mula kuliah , sampai rasa macam nak malam panjang panjang je kan . macam selalu buat pergi daftar and aku dapat rasakan keobsesan aku untuk ambil gambar semakin kurang . aku cakap tak nak percaya , aku bagi makan ulat sagu sorang sorang kang . selalu kat mana aku pergi mesti nak bergambar , sekarang ni kalau adik aku sendiri offer nak ambilkan gambar pun aku dah malas , rasa macam apa aku buat ni ? melampau tak ?

aku datang perak seawal tu bukan tak bermakna sebab bermaknalah aku pergi daftar awal awal macamtu . di tengah tengah panas kedengkang ( LOL ! ) tu aku pergi jalan jalan ke lumut . bukan lumut yang selalu korang nampak kat dinding dinding longkang tu . lumut tempat kat perak yang ada jeti nak ke pangkor tu , tapi takdelah sampai aku nak pergi ke pangkor again sebab sem lepas dah pergi dah dengan family aku . sampai sana try dulu ABC kat sana yang boleh kita terbaik jugaklah . then lepastu cousin aku call and pergilah ambil dia sebab dia sama kampus dengan aku . lepas makan macam tu parents aku nak balik dah , around pukul 3.40 macamtu . so tengah tengah panas ni aku memang tak suka nak balik berjalan kat highway . serious aku cakap . nasib aku aku tak ikut jalan tengah tengah panas ni sebab macam aku cakap kat tajuk entry tu "PERAK SAID : WELCOME BACK AIZAT !" . dah sah sah aku kena tinggal kat perak !

semester baru memang mengujakan . sebab macam ibu norry pesan , kalau niat kita sungguh sungguh awal awal , so kita akan sungguh sungguh until habis . itu yang aku nak . tadi first class dah dapat presentation . tapi presentation ringkaslah . takpe , macam aku cakap tadi , mengujakan . best tak ? best tak ? best tak ? 

sebelum aku nak pergi tutup lappy ni nak pergi tengok bola , aku nak wish happy birthday kat adik bongsu aku ni #sebab mama serious cakap ini yang bongsu , semakin hari kau dah semakin kurus and semakin hensem macam abang dia dahni . so abang harap kau tu pergi sekolah rajin rajin jadi orang berguna walaupun aku tahu nasihat aku tak kena dengan waktu sebab cuti sekolah . so kau gunakan nasihat aku ni waktu buka sekolah nanti . entah kau ingat ke tak aku pun tak tahu . so tahun depan dah UPSR , dah tak boleh nak tidur lewat lewat dengan aku main game . kena tidur awal . nanti ilmu keluar tidur lambat . #walaupun theory ni aku cipta sendiri . so sekali lagi SELAMAT HARI LAHIR AIMAN ! all the best .


NOTE : boleh tak kalau rindu nak mandi kat rumah ?


Saturday, November 19, 2011

EIJAT ABDULLAH reader's contest !

ASSALAMUALAIKUM

dalam pada sibuk aku kemas barang ni , terselit jugak perasaan nak bercerita kan . siapa tak nak dengar biar aku lempang dulu baru boleh pergi . ok , sebenarnya hajat ni besar #mengalahkan nak meminang anak orang , teringin pulak nak buat contest untuk para para pembaca aku . mesti ada yang kata apa ni nak buat contest segala apa bagai kan , ada yang nak "booooooooooo" eijat abdullah kan , dahtu , apa tunggu lagi , pergi main jauh jauh . aku bom kang , eceh . lepastu selain daripada manusia yang "mengebooo" aku bila baca menatang ni kan , ada jugak yang tertanya tanya contest apa pulakni eijat , kau nak suruh kami main apa , tiup belon sampai kembung , tak , ni lah yang aku nak bagitahu ni . menarik contest ni . aku takdelah nak cakap contest ni best bagai nak mati ke apa ke kan , padahal follower aku baru berapa kerat je . tapi funny jugaklah contest ni . hadiah pulak ? ok , kalau nak tahu lebih lanjut , sila baca arahan , terma dan syarat , hadiah melalui paparan yang telah aku sediakan di bawah . selamat mencuba !




मैं प्रतियोगिता में EIJAT अब्दुल्ला मूर्ख खुश क्यों हूँ?

ठीक वास्तव में कोई प्रतियोगिता, कोई बात नहीं क्या क्या है, केवल पुत्र menggatal पाठकों पाठकों दृढ़ रहें जाना bukak गूगल कौन अनुवाद करने के लिए यह स्वतंत्र लेखन के लिए या इस भाषा पर कि क्यादेख रहा था उल्लेख. यह ढीला भावना वहाँ बेटे का एक प्रकार मैं बम हूँ हो सकता है, तु चाहिए ना? लेकिनtakpe, korang हंसी हंसी से पहले बम korang मैं जानता हूँ कि यदि मैं दुष्ट प्रतियोगिता uarkan बाहरहोगा, hahaha चला सकते हैं. dahtu जो उसकी लगातार बाएं traslate यह सही बात कहा था? ठीक है, एक सक्षम eijat अब्दुल्लाह fraudsters के लिए, बच्चे क्या, माफ करना एक हजार भाषाओं publisiti की तरह लग रही. एह एह, वहाँ पुलक तू कविता प्रकार है. takpelah लेकिन फिर, मैं इस भाषा को करना है क्योंकि मैं उसे रोचक लेखन पर गंभीरता से गौर कर रहा हूँ, यदि आप एक महान नी सीख सकते हैं! ठीकसभी पाठकों के लिए, बधाई mencuba आप और मारा गया है! haha

तुम माफी!

KLIK BAWAH UNTUK KE :



ok lepas dah baca arahan syarat segala apa bagai kan mesti rasa macam excited gila kan nak join ? ok mari ramai ramai sertai , tiada had umur pun nak sertai . actually taklah sehebat manapun contest ni , lepastu siap gigih lagi pergi translate kan , ye tak ? ok aku faham bagaimana lepasni bila korang gigih nak join contest ni . bolehlah ajak satu keluarga besar join permainan ini kan . and then kalau rasa dah tak nak join tu , jangan marah marah jangan sedih sedih boleh cuba lagi lain kali bila ada contest yang aku buat next time . nampak tak kegigihan aku kat situ , ok nampak kan . ni aku siap bagi lagi lagu percuma untuk korang , lagu dari kamilah bintang lagitu . apa dia ? aku merepek ? bukan , nak naikkan semangat korang join contest ni sambil shuffle shuffle menari kan . ok best ! haha . lepastu aku nak cakap yang cuti semester dah habis lepastu nak kena balik kampus sibuk balik macam selalu , bila dah hujung hujung cuti ni aku pun rasa macam ada batu kat badan ni nak balik kampus , siapa yang macam ni angkat tangan ? ok ramai , takpe , jom sertai contest ! haha . yang masih belum follow aku di twitter , bolehlah follow aku di sana kalau mahu , just klik link kaw bawah ni lepastu dah bukak kat page aku , tapi kena sign in dululah , thanks !


NOTE : ada rasa macam nak lempang orang tak ?


Thursday, November 17, 2011

patah seribu by shila amzah

ASSALAMUALAIKUM

tajuk harini bukan main lagi kan , but then ini sebenarnya tajuk lagu je . lagu pun tak tahu apa ehh ? nak kena lempang tak ? kalau nak kena lempang mari sini aku bagi . actually lagu ni didedicate untuk someone . kenapa ? tak payah nak tanya kenapa . lepastu kalau nak dengar just klik je video kat bawah ni . kalau tak tahu jugak sukahatilah mana mana korang nak klik tapi make sure dengar lagu awek no 2 aku ni . awek lah sangat kan . dia kenal aku pun tak , tapi , serious dia comel dengan suara dia lagi yang comel tu . rasa macam nak pergi depan dia lepastu cakap atototototo omel omel , boleh tak ? lepasni tak nak minat liyana jasmay yang comel tu pulak . nak suka dia pulak , boleh kan ? ok kita layan lagu ini dulu baru kita bercerita , boleh ?



( sources : youtube.com )


Walau kau tiada di sini

Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


oh.. patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Biar pergimu tanpa relamu

Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu

Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…



tanggal 20 November 2011 ,

kau akan pergi bersama keluarga kau , pergi jauh dari Malaysia . aku harap kau bahagia teruskan hidup baru kau kat sana . bersama rumah baru , tempat baru , suasana yang baru and kehidupan yang baru . kehidupan kat Malaysia kau tinggalkan bersama kenangan kau . aku tersenyum bila mengimbas kenangan kau bersama kami semua . kenangan yang kau cakap kau tak akan lupakan untuk sepanjang hidup kau . aku , tak dapat ikut kau , hantar kau ke airport memandangkan masa aku bertentang dengan masa kau . tapi takpa , eventhough aku tak hantar pun , tu senyuman kau sebelum kau pergi tu penting . jangan lupa senyum kat aku sebelum aku balik nanti . lepastu kalau kau tengah baca entry ini , aku nak bagitahu , kotak yang ariq bagi dekat kau , kau buka bila sampai je kau dekat sana ok ? itu je yang aku nak .

tanggal 20 November 2011 ,

tinggalkan semua kisah kau kat sini , kisah yang sudah kita hentikan berdua . aku harap kau masih macam selalu , macam yang aku kenal kau selama ini . penuh dengan senyuman . walaupun kau tengah sedih . itu yang mahal ada kat kau . apa aku merepek ni kan ? haha , bukan aku sorang je merepek , ariq , haykall , adam , firr , kyra , zayed , fyraa , anyss , kylaa semua cakap macamtu . kau seorang gadis yang suka dengan senyuman . tak kiralah budak budak ni kacau kau pun kau tetap senyum . aku tak nak kau rindu zaman dulu kita sekolah ramai ramai tu , walaupun kita sekolah yang berbeza , namun , hubungan kita semua , terbaik ! bila sampai kat sana , US , kau cari hidup kau yang baru . cari kawan baru , cari kehidupan baru . kami kat sini akan teruskan dengan kehidupan kami . aku tahu dah lama kita semua berkawan , 5 tahun aku dan semua kenal dengan kau and 4 tahun aku rapat dengan kau . kita semua membesar bersama , ketawa bersama , makan bersama , keluar bersama sampai kita dah besar panjang dah pun sekarang and masing masing dah berjaya melanjutkan pelajaran mengejar cita cita masing masing . tapi , ingat , semua tu passed history tahu tak , ok ?

tanggal 20 November 2011 ,

kau akan usung bagasi kau ke airport , haha . kenapa aku ketawa ? sebab haritu kami semua ada bagi kau MP3 yang kau idam idamkan tu kan ? lepastu dalam tu kau tahu kan ada lagu apa ? lagu yang aku dedikasi kepada kau kat atasni . bila dah sampai sana , susah kau nak dengar lagu baru yang ada kat Malaysia ni , so satu lagu tu je yang kami masuk dalam kau punya MP3 tu buat tatapan kau bila kau manatahu nak rindu rindu kami kejap kan . atototototo tak payah nak rindu . lempang mahu ? 

tanggal 20 November 2011 ,

terhentilah semua perasaan yang ada pada kau , yang aku harap , kita hanyalah kawan biasa ok ? kau pun tahukan kita dah boleh sesuaikan keadaan kita macam ni sekarang . lagipun aku dah ada gadis yang boleh buat aku senyum . kau tak payah risau . gadis yang selalu aku cerita pada kau tu , setiap hari kau akan tanya kat aku tentang dia , kau selalu nasihat kat aku . aku masih ingat , "sakit tidak akan terjadi kalau kita tak memulakannya" , aku ingat ye aku ingat . bila kita dah stop haritu , setiap hari kau mesti akan ingatkan aku suruh cari kembali seorang yang boleh buat aku tersenyum , gigih kan kau . haha , sekel nak macam kau selalu cakap kat aku . 

tanggal 20 November 2011 ,

aku sudah berada di kampus sebab hari kau bertolak sama dengan hari aku balik ke kampus and aku hanya mampu tersenyum melihat jam sebab aku dan kawan kawan tak dapat teman kau kat airport , kalau flight kau lalu atas kampus aku , jangan lupa jatuhkan memo pada aku , jatuhkan semua kisah kita , semua yang kau ingat tentang aku , aku , tak mahu semua itu buat kau terus ingat kat aku . dalam pada kau senyum , aku tahu kau menangis , hilangkan semua kenangan , sebab , satu hari , apa yang kau cari selama ini akan kau jumpa juga , cuma masanya cepat atau lambat . jaga kesihatan kau kat sana sebab kawan kawan kat sini dah tak dapat tegur kau dah , aku pun akan jaga kesihatan aku , nanti kalau kau dah kahwin jangan lupa jemput and bagi alamat sekali ! haha . aku akan kurangkan makan aiskrim sebab dah ada orang akan marahkan kat aku , aku akan jauhkan diri aku daripada habuk sebab dah ada orang akan halang aku dari tempat berhabuk , aku akan kurangkan makan kacang sebab nanti aku batuk , aku akan banyakkan minum minarel sebab kau tahu aku suka minum benda tu kan . aku akan lebih matang untuk menjaga diri aku , ok ? aku mengaku , kau wanita idaman setiap lelaki sebab sifat kau and personaliti kau , aku harap bahagia akan datang kembali kat kau . muka kau , saling tak tumpah macam muka shila amzah . and , pergilah ELLYSSYA .

shila amzah kat bawah ni anyonyonyo comel kan ?



NOTE : agak agak shila ada no telefon tak ?





inilah ucapanku untuk tahun ini !

ASSALAMUALAIKUM

eceh eceh ingat nak berehat kejap daripada blogging ni 5 6 hari tapi tak bolehlah . macam mana ni ? macam mana ni ? macam mana ni ? tangan ni sentiasa je nak taip something , dah ketuk ketuk dah banyak kali guna penukul tapi dia degil . ada siapa nak tolong pukulkan kuat kuat ? ok , tak payah . tak berperikemanusiaan . actually tertarik nak blogging ni sebab tiba tiba idea banyak datang mencurah . bila nak buat entry pulak idea macam serious takde . penat dah fikir sampai otak ni menangis frust . and plus , ada benda aku nak cakap with my entry yang aku buat ni . sebabtu gigih nak blogging ni pergi ambil lappy (notebook) and connect internet . masuk email and password and mulalah buat entry yang menggembirakan ni . gembira tak ? nanti dulu . aku lempang sorang sorang kang nak gembira dulu sebelum aku buat isi utama aku . ini pendahuluan paham ?

ok dah masuk body . bukan body nak tunjuk atau tayang body . body untuk aku cerita tentang entry aku ni . ni nak ceritalah ni . #sambil tangan beriya-iya duduk bercerita . esok , alah esok 17 November 2011 korang tahu hari apa ? alaaa , bukan keputusan UPSR , but kejap , GOODLUCK untuk adik adik yang ambil result esok ok ? ucap terima kasih pada abang cepat #abang tak tahan kan panggil camni . ok , esok ataupun harinilah sebab dah masuk pukul 12 dah pun . actually 17 November bersamaan dengan hari jadi papa aku . eh eh bukan hari jadi . hari lahir papa aku . aku pun tak tahu bila beliau jadi . #nakal . mesti korang tak tahukan apa itu hari lahir ? baca kat bawah ni kalau tak reti and tak tahu apekemende tu hari lahir :

Hari lahir atau hari jadi (juga kadang kala disebut hari ulang tahun) merupakan hari di mana seorang dilahirkan, menandakan hari dimulainya kehidupan di luar rahim. Dalam beberapa kebudayaan, ia merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan hari lahir seseorang, contohnya dengan mengadakan majlis ulang tahun dengan keluarga dan/atau rakan. Hadiah sering diberikan pada orang yang merayakan ulang tahun. Juga merupakan suatu kebiasaan untuk memperlakukan seseorang secara istimewa pada hari ulang tahunnya.
( sumber : wikipedia [ klik ] )

dikesempatan ini , eceh tak habis habis nak ambil kesempatan , aku nak ucapkan sepenuh hati aku setulus jiwa raga nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk ayah aku yang mungkin sekarang ni tengah tidur sebab korang tengoklah jam dah pukul berapa . 12 malam kan ? memang wajib semua insan tidur bersama mimpinya . kalau ayah rajin bukaklah blog mirul and then baca benda ni . menarik tau . kalau tak menarik , buat buat menarik . lepastu memandangkan harini hari lahir ayah kan . apalagi , macam biasa mekdi , kepsi , pizza , windmill , secret recipe , a&w , subway , fullhouse , and apa lagi yang ayah mahu belanja ? eh eh kenapa ayah kena belanja . kata hari lahir . ni anak anakmu semua tengah tunggu ni . haishhh , best best . pilih je yang mana mana . kalau boleh nak semua ok ? apa ? nak ucapan jugak selain daripada ucap selamat hari lahir ? ok boleh boleh . macam orang pantai timur selalu kata kat mirul sewaktu kat kampus , berehhh berehhh .

PERTAMA , semakin berusia ni nampak semakin kacak so belanja makan ok ?

KEDUA , apabila sudah berusia jiwa semakin remaja , belanja makan boleh ?

KETIGA , ayah kacak hari ini , betul ! belanja makan boleh ?

KEEMPAT , saya nak ucapkan selamat belanja makan , ok ?

KELIMA , nak pergi makan kat mana ni , pilih pilih , pastu belanja makan ok ?

itulah ucapan yang bernas daripada anakmu yang tercinta , selain itu ada penambahan , macam ayah dah selalu dengar sana sini orang duduk cakap , bukan setakat hari lahir je nak ayah panjang umur , kalau boleh sampai kita sama sama tualah kita punya umur sekeluarga panjang , even masatu tinggal tulang sekalipun . pastu pastu pastu , semoga berbahagia bersama makwe ayah sebelah tu , ibu yang dah hampir 24 tahun korang together gether , so sweet , nak macam korang jugak . lepastu , semoga kesihatan tetap terpelihara macam sekarang , bagus bagus , rajinkan bersenam ok ? lastly , belanja makan , ok , berhenti .

kesimpulannya , sekali lagi selamat hari lahir untuk ayah . apa dia ? dah banyak kali ucap ? alaaa , faham faham le kan , esok lepas ayah balik dari office , kita orang semua dah bersiap . even ayah tak siap lagi , kami boleh mandikan salinkan dan dukung bawak masuk kereta ok . ok ayah , stop cakap pasal esok , pembaca dah bosan ni , muka semua dah macam lempeng pisang hitam yang selalu ayah suka makan nenek buat tu . bukan hitam sebab terbakarlah , sebab warna dia memang macamtu , ada gula merah . plus , ibu pun suka buat yang mana ayah lagi suka makan . 

apa dia ? tak habis lagi . nak hadiah pulak ? alamakk , mati . lupa , haha . takpe takpe , nanti pagi ayah bangun pergi tengok kat meja lampu tidur sebelah ayah . ada pontianak kampung batu , eh eh , bukan ade sesuatu yang tak disangka #macam lagu ibnor riza yang ayah suka tu . nanti jangan bukak kat rumah . pergi bukak kat pejabat and suruh junior junior bawah ayah tengok . mesti mereka suka . lepastu balik , belanja makan . kbai !

SELAMAT HARI LAHIR AYAH !



anyonyonyo omel omel kan ? haha

kejap kejap nak nyanyi !

AYAH , AYAH , ENGKAULAH RAJA HATIKU , boleh ?

apa dia ? nak dalam bahasa mandarin pulak ? ok ok

爸爸,爸爸,我的内存,好吗?

apa dia ? bahasa tamil pulak ? ok boleh .

पिताजी, पिताजी, किंग खान की तू स्मृति, क्या तुम ?

ok dah , boleh ?


NOTE : yeayyy yeayyy dapat dibelanja !


Wednesday, November 16, 2011

kbai semua

ASSALAMUALAIKUM

kesempatan di tengah malam yang hening ni aku ambil peluang nak ucapkan congrats untuk member yang pergi ke program penerapan ke penyerapan ke ape tah lantaklah ejaan yang mana satu tapi isi utama aku nak ucapkan tahniah and semoga berjaya bergelar pelajar Sarjana Muda nanti , tak kiralah apa course sekalipun , tahniah . walau macammanapun ramai juga yang tanya aku tak pergi ke fastrek , maaf guys , aku tak pergi . eventhough mohon and dapat , aku tak pergi . ilmu di dada tak cukup lagi untuk bergelar sarjana . biar aku habiskan tapak diploma ini dulu sebelum bergelar sarjana . part 3 atau semester 3 tak cukup ilmu bagi aku untuk melangkah ke ijazah part 2 kalau tak salah aku . kalau ada member kelas yang pergi , sem depan , kelas menjadi semakin lapang , muatlah aku nak tidur terbaring kat dalam kelas nanti , lagipun aku boleh dok bising bising dalam kelas bila tak ramai ini . melampau kan ?

tamat dah cerita tentang program penyerapan ke degree ni , so masuk cerita lain pulak . hang semua nak dengar apa cheq habaq , dengarlah , tak mahu , pi main jauh jauh . tahniah lagi aku nak ucapkan juga untuk cousin aku yang dapat intake untuk kemasukan pada pagi ini memandangkan dah masuk hari rabu kan pagi ini . so aku nak ucapkan selamat datang ke perak negeri indah berbilang kaum tu , indah kan ? haha . so jumpa nanti kat kampus . aku tak dapat ikut kau harini nak masuk and aku harap kau tabah , berusaha menamatkan minggu orientasi kau yang menjadi ia satu mimpi buruk kat sana sepanjang kau belajar , betul , mimpi buruk . baik kau jangan baca entry ni sekarang sebab nanti kau tak nak masuk kat sana .

and kepada yang rajin baca blog aku , mungkin blog aku tak sehebat blogger yang lain tapi sokongan korang yang sentiasa membaca walaupun tengah berak ke , tengah menikah ke , tengah bekerja , berlari , aku ucapkan thank you very much and aku akan terus tulis cerita yang boleh menjadikan korang senyum bila baca , kalau tak senyum , geletek tapak kaki sendiri , ok ?


NOTE : kbai , selamat pagi !


Monday, November 14, 2011

garu kepala di muka buku

ASSALAMUALAIKUM

sebelum baca body entry mesti kita akan terpandang tajuk dia dulu kan . tajuk aku yang bombastic mcm tsunami kat jepun tu apa bagai kan sebenarnya takda apa pun nak aku banggakan , sekadar garu kepala je , tapi bukan garu kepala yang biasa , tapi garu kepala yang pelik setelah masuk setahun setengah dah aku berjinak dengan pesbuk ni , atau fesbuk atau facebook atau mcm najwa latif kata tu , muka buka ? muka buku ? muka saya ? apetah tapi yang pastinya mcm mcm dah aku nampak sampai naik besar mata aku lihat perangai pelik kat sana . sana sini semuanya pelik , aku pun pelik sebab aku suka makan guna kaki , ok , ini tipu . jom kita tengok kenapa aku kata ada yang pelik , ada yang normal dan ada juga yang abnormal , lantaklah orang nak kata eh eh si aizat penipu ke apa ke , nak terajang aku ke apa ke , yang pastinya nak terajang tu pastikan aku boleh balas balik .

*INFO DIDAPATI OLEH MEREKA YANG TELAH DISELIDIK SEDIKIT DEMI SEDIKIT


aku tak approve orang yang tak guna nama sendiri dalam facebook

ececeh ecehhh , apa ? apa ? macam orang selalu kata atototototo omel omel ehhh ? ceh tak nak approve bukan nama sebenar untuk account facebook seperti :

AKU BOLA KACA

mungkin semua percaya kau tak nak approve kan tapi bila aku bukak home aku , kejap kejap aku nampak , "SI POLAN is now friends with , AKU BOLA BATU , AKU BOLA KERTAS , AKU BOLA KAYU . and segala bola semua dia kawan . boleh pulak ? konon tak naklah kan , eceh , kat myspace semua bolehh dulu kan ? sampai sendiri pun dah lupa password myspace , tak nak kawan dengan orang yang tak guna nama sebenar lah apelah , siap tulis kat info lagitu , sekarang pergi padam .


aku tak nak approve orang yang tak guna gambar sendiri

sekali lagi , atotototototo omel omel , satu lagi masalah dia . masalah ke guna gambar lain , bukan guna gambar kita , tapi kalau guna gambar tunjuk si jari tengah kat default picture aku pun menyirap , bukan setakat tak approve , siap block lagi . lucah betul . sambung balik , dia kata tak original bila guna bukan gambar sendiri macam ni :


tak cukup original ni ? sekali dia posing dengan kau sekali meletop . haha . tapikan ini lagi satu perangai , tak nak kawan konon tapi dia sendiri yang add budak tu , siap wall to wall lagi , hebat perangai . sana tak suka sini tak suka . sekali lagi , pergi padam kat info tu .


aku tak suka add orang , biar diorang yang add aku

ini lagi satu perangai . suka anggap diri tu dah cukup panas konon bila duduk depan bara apa tu dah fikir diri tu hot ye ? jilat tapak kaki sendiri lah . dok heboh cakap kat semua ada account 4 5 lah sekali tengok kawan dalam tu semua sama and tak kan lah orang yang sama akan add kawan yang sama kan , kalaupun tak dipaksa , mesti budak yang ada banyak account tu add , kan dah bocor rahsia , malu tak malu tak malu tak ?



aku tak sukalah orang like like picture aku , rimas notification banyak

ada rasa macam nak lempang tak ? kalau sendiri ada buat pergi depan cermin lempang muka sendiri , menanahh ! haha . memang loser kalau buat mcmni . macam orang cakap , jenis yang cakap tak serupa bikin . konon rimas lah ape bagai gambar sampai lima ratus orang like tapi padahal , setiap malam , pagi siang petang hantar kat inbox , IM orang suruh like picture dia , tak cukup dengan tu pulak , siap bagi link tu , tak menahan  kan ? memang tak boleh tahan . sampaikn bila tengok , gambar macam ni pun ramai like , WTH !


kau tahu ini apa kan ? kau geli kan ? ini baru yang palsu punya . tak sanggup aku nak terpampangkan yang asli punya kat blog aku , buat mulut reader aku berbuih je lepas baca . yang paling kelakar bila dia suruh like gambar dia ala ala zaman myspace , kamera setinggi alam , muncung sepanjang alam , mata besar lima posen , pastu ambil gambar , hahahahaha ! gambar tu jadi pembuat aku ketawa jika aku takda mood , berguna betul  !

lepas dah baca aku tulis apa semua kat atasni semua kata apani ni eijat abdullah loser lah apelah . eh eh , korang kalau tanya si mark zuckerberg tu ke ataupun tom anderson tu pun dia kata korang loser kalau buat benda benda kat atasni . dia sendiri tak buat macam ni , kang suruh dia block account korang kang . takut takut ?


NOTE : selamat bercinta di muka buku kamu !