APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, July 14, 2011

kenapa soalan dijawab dengan soalan ?

ASSALAMUALAIKUM

ok, selama tiga hari dah aku tak blogging agak-2 korang rindu aku tak ? ok, tak rindu . takpe . lepas nie aku padam blog nie . eh ! tetibe korang rindu pulak *lepas dah bagi sorang seposen . ok, ditambah dengan lagu yang mendayu-2 seakan membawa kita ke dunia khayalan walaupun ade yang tertonggeng-2 ketawa baca blog nie even aku belum buat lawak lagii, so that aku bagilah tajuk entry dulu iaitu ::

KENAPA SOALAN DIJAWAB DENGAN SOALAN ?

ok, aku bercakap tentang diri sendiri yang mana suka sangat tak jawab soalan orang tapi tanya kembali . then muka orang tu akan menjadi pelik seperti ini ::

jangan curikkk !!

ok, disebabkan aku tak jawab soalan sesetengah manusia then aku pulak tanya mereka, kadang-2 sampai mereka pun cakap 

"Eiiii, boleh tak jangan soalan dijawab dengan soalan ?"

ok, ayat tu kebiasaannya akan digunakan Ibu Norry kat aku sebab semua soalan die aku akan tanya balik dengan soalan . haaa ? korang masih tak faham ape yang aku cuba ceritakan ? agak-2 cube hantuk sikit kepala kat dinding . kejap lagi ok laaa tu . tapi sebelum hantuk tu make sure telefon ambulan and cakap kalau dah 5 minit takda feedback dari korang, A.S.A.P suruh die angkot korang bawak pergi hospital . 

bagi menerangkan lagi ape yang cuba aku sampaikan, inilah antara dialog aku yang pernah membuatkan orang terhenti berkata-2 kerana aku comel . eh, tak, sebab aku tak jawab soalan die *even memang comel =D

BUDAK : awak, awak kenal tak orang tu ?
AKU : kenapa awak cakap saya kenal orang tu ?
BUDAK : cuba jawab soalan saya .
AKU : awak kenal ke budak tu ?

ade rasa mcm nak pukul tak orang yang mcm ni ? ok, aku tak mcm ni *tipu-2 je . tetapi hakikatnya aku tak memaksa mereka bertanya padaku . bercakap pasal tanya menanya ini . aku ada satu kisah pasal tanya yang mana aku pernah hadapi sendiri and buat aku ketawa sekejap .

masa sekolah menengah dulu kan zaman dok nakal-2 and suke kacau orang ni . and one day tu kitaorang buat laa satu kertas yang tertulis .

"PUKULLAH SAYA"

then merayau-2 satu kelas cari mangsa kann . ceh, mengalahkan aktor ternama . then bila dah jumpa mangsa, kitaorang pon tanya die . apa ea yang tertulis kat kertas ni . bila die baca, kitaorang pukul . die cakap, kenapa pukul . cuba baca lagii . then bila baca , kitaorang pukul . tapi  takdelah sampai tinggal nyawa di kepala nak pukul . adess, tak sanggop pak cik nak menghadapinya di kemudian hari . pukul-2 gurau mcm tu . ok, sekarang giliran korang pulak baca and make sure ade orang kat sebelah tak pon kalau kat hostel tu, jerit je sekuat hati . tunggu hingga lima minit, anda akan menjadi belacan sebab dipukul secara percuma . pek percubaan terbuka untuk 7 hari sahaja .