APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, October 21, 2011

melatah

ASSALAMUALAIKUM




opocot mak kau intan payung gunung meletop ! apa tu ? tahu kan ? apa dia anak anak ? melatah kan . hehe . mcm semua orang tahu melatah tu satu simptom yang ada terutamanya aku nampak kat sekeliling akulah , mana ada tempat lain lagi aku nak pergi kan . melatah ni mcm lebih kurang orang cucuk dia then dia joget joget sambil mencarut , okayy mencarut tu jarang jarang , hehe . keselaluannya *ada tak perkataan ni dalam kamus dewan ? , jarang aku tengok ada omputih melatah , memang kelakar and aku akan ketawa tonggeng siap berak lagi kalau dengar dia melatah "ohhpochott mark engkauh intann payyung gunnungg meletuppp" . buruk tak ? kann , aku dah cakap kau tak nak percaya .

selalu kita boleh tengok orang orang banyak melatah kat kenduri kahwin atau majlis majlis keramaian yang melibatkan mak cik mak cik yang suka melatah mencucuk sesama sendiri , kadang kadang sampai naik penat lak aku tengok dok joget sana sini melatah , sekali dua kali tengok tu bolehlah terima lagi tapi kalau dah 3 4 kali tengok , boleh tahan ? tak boleh kan . and budak budak ni pulak suka kacau cucuk sana sini depan belakang , lagilah dia suka orang dok raba raba dia kan . lucah betul , adik adik pun sama ambik kesempatan , aishhh , geletek kaki dia sampai dia ketawa mengalirkan airmata sudah .

but then sekarang , bukan je orang tua je melatah , tapi orang muda pun ada yang melatah . dulu bila melatah je cop orang tua kan , ni budak budak pun ada yang melatah . orang katalah , aku kan suka dengar orang kata , bila kita kacau orang melatah , kita akan berjangkit , sejak tu taubat dah tak nak kacau , bayangkan tengah akad nikah orang kacau then contohnya nama isteri kita LATIPAH BINTI MEON , adik kepada LATIMAH BINTI MEON

aku terima nikahnya *tiba tiba ada orang cucuk kita , LATIMAH BINTI MEON dengan mas kahwinnya bla bla bla

tak susah mcm tu ? nak kahwin adik terkahwin kakak , mahu mahu mahu ? so buang sifat tu betul betul jauh dari diri . hahaha . then nak nak melatah yang ada pergerakan kan . bila kita cakap suruh di joget , dia joget , suruh dia cium dia cium . okayy boleh terima lagi , cuba kita cakap "bunuh dia" sambil cucuk pinggang org melatah tu yang tengah pegang pisau , mcm mana agaknya ?

kat bawah ni ada video baby melatah cakap kiamat , memang kelakar , mcm tak percaya , tapi betul , kecik kecik dah melatah , katanya keturunan .



NOTE : kan korang dah melatah tu , best tak melatah ?