APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, July 30, 2011

30 HARI

PART VI (CONT'D)


“O..Ok.. Dalam 20 minit lagi saya sampai”, kata Dzarriq lalu meletakkan gagang telefon.

Sejak 5 hari yang lalu, Allia tidak membenarkan Dzarriq menghantarnya pulang. Pelbagai alasan yang diberi. Dia hanya meminta Dzarriq menghantarnya dekat selekoh berhampiran rumahnya sahaja. Setelah 20 minit berlalu, Dzarriq sampai sambil kehairanan melihat persekitaran rumah Allia.

“A…Allia.. Apa semua ni?,” soal Dzarriq apabila Allia datang kepadanya.

“Inilah yang selama ini saya nak beritahu awak Dzarriq. Inilah selama ini saya simpan dan pendamkan dari awak”, kata Allia dilinangi airmata lalu menghulur sekeping kad kepada Dzarriq.

Dzarriq mencapai kad tersebut lalu dengan pantas membukanya.

Walimatul urus,

Mohd Affiq Mustaqim bin Datuk Zahid Hisham bersama pasangannya Allia Nuha Qistina binti Mahadi bersamaan 30 April 2011.

Tersentak hati Dzarriq tatkala membaca kad perkahwinan tersebut.

“A..Apa semua ini Allia? Kenapa awak tak cakap kat saya sejak dulu lagi? Kenapa sekarang?”, kata Dzarriq memegang bahu Allia.

“Maafkan saya, maafkan saya. Memang sebelum kita melalui 30 hari ini saya nak cakap kat awak tapi awak tak bagi saya peluang. Banyak kali dah saya cuba nak beritahu awak tapi saya tak kuat, Arriq. Saya tak kuat. Setiap hari saya cuba beritahu awak tapi bila menatap wajah awak, saya tidak sampai hati. Maafkan saya, maafkan saya, Arriq”, kata Allia diiringi tangisannya.

“Kenapa terlalu awal, Allia. Kenapa? Saat saya nak mengenal apa itu cinta, awak hancurkan cinta saya. Kenapa Allia?”, kata Dzarriq sambil menggoncang badan Allia.

“Saya terpaksa Arriq. Saya terpaksa. Ini semua kehendak mama. Mama mahu lihat saya bahagia di samping Mustaqim. Mama dan keluarganya dah kenal lama. Saya tak sanggup hancurkan perasaan mama. Hanya dia sahajalah yang saya ada”, kata Allia dalam tangisan sambil menatap muka Dzarriq.

“Allia, kenapa perlu macam ini Allia?”, kata Dzarriq menoleh ke belakang memegang kepalanya.

“Maafkan Allia, Dzarriq”, kata Allia memegang bahu Dzarriq.

“Tidak mengapa Allia. Saya faham. Macam yang pernah awak cakap. Jika jodoh kita dengan seseorang itu, walau apa juga cabaran dan dugaan, ia akan tetap menjadi jodoh kita. Mungkin ketentuan kita hanyalah persahabatan. Terima kasih kerana menceriakan setiap hari saya bersama awak. Saya balik dulu. Kirimkan salam saya pada Mak Cik Asmidah. Selamat Pengantin Baru, Allia”, kata Dzarriq lalu menuju kearah keretanya tanpa menoleh ke belakang.

Airmata Dzarriq jatuh berlinangan. Inilah kali pertama dia menangis kerana cinta. Barulah dia mengerti apa itu cinta. Cinta kadangkala membawa kebahagiaan, kadangkala membawa kedukaan.

“Arriq.. Arriq… !”, laung Allia tanpa dihiraukan oleh Dzarriq.


bersambung....

Wednesday, July 27, 2011

30 HARI

PART V (CONT'D)


“Tak ada apa-apalah, Arriq. Jom masuk”, kata Lia menarik tangan Arriq.

Arriq masih lagi kebingungan dengan pertanyaan Allia tadi. Kepalanya asyik terfikir pertanyaan yang dikatakan oleh Allia. Sejurus selepas meminjam buku di perpustakaan, mereka keluar untuk mengambil beg.

“Hari ini kita nak makan dekat mana? Saya lapar ni”, kata Allia sambil tersenyum manja.

“Emm, kita makan kat luarlah. Saya dah bosan makan dalam kampus ni. Lagipun lepas ni awak cakap nak balik awal. So lepas makan nanti saya boleh terus hantar awak”, kata Dzarriq sambil memasukkan buku ke dalam begnya.

Setelah mereka selesai, mereka berjalan beriringan menuju ke lot parking. Tiba-tiba Dzarriq menarik tangan Allia. Allia terkejut lalu menoleh.

“Allia, kenapa awak tanya saya macam tu sebelum kita masuk ke dalam library tadi?”, soal Dzarriq kehairanan.

“Tak.. Tak ada apa-apalah. Saya just cakap jelah. Dah-dah jangan fikir yang bukan-bukan. Sekarang ini awak nak bawa saya makan ke tak?”, soal Allia cuba mengelak.

“Ok, ok.. Nanti saya nak bagi awak something ya”, kata Dzarriq lalu masuk ke dalam kereta.

Setelah selesai makan, mereka berbual seperti biasa. Tidak lagi kekok seperti pertama kali mereka bersama dahulu.

“Ok, awak boleh buka mata awak sekarang”, kata Dzarriq lalu kembali ke tempat duduknya.

“Ra.. Rantai? Kenapa awak bagi kat saya?”, kata Allia terkejut.

“Itu sebagai tanda saya sayang kat awak. Pada rantai tu tertulis CINTA yang mana ia adalah tanda kita pernah mencari cinta bersama-sama selepas 30 hari akan tamat nanti”, kata Dzarriq sambil tersenyum.

“Ta.. Tapi..”, kata Allia masih lagi terkejut.

“Allia, kalau awak tidak menganggapnya sebagai hadiah cinta dari saya, awak anggaplah ini sebagai hadiah dari seorang sahabat. Saya harap awak terima”, kata Dzarriq.

“Te.. Terima kasih.. Cantik”, kata Allia sambil membelek rantai tersebut.

Setiap hari dia akan menghitung hari dia hingga bila sampainya 30 hari tersebut kerana pada hari ke 29, ada perkara penting yang mesti diberitahu kepada Dzarriq sebelum terlambat. Setiap hari yang mereka lalui mereka gunakan dengan sebaik mungkin kerana tinggal beberapa hari sebelum mereka menjadi sahabat semula. Puan Asmidah pula sibuk berjumpa jiran tetangga dan juga berkemas untuk menyambut hari yang begitu penting baginya. Setiap malam juga Allia akan menangis sebelum tidur sambil melihat gambar-gambar dia bersama Dzarriq dan juga rantai yang dihadiahkan kepadanya oleh Dzarriq.Tapi, dia tahu dia mesti kuat menghadapi segalanya. Dia bukan lagi budak-budak. Umurnya hampir mencecah 24 tahun. Dia harus berfikiran positif.

*                                             *                                             *

HARI 29

“Arriq, boleh tak saya nak jumpa dengan awak malam ini?”, kata Allia dalam panggilan telefon. Tangannya lemah tatkala mendial nombor milik Dzarriq.

“Tapi Lia, kan dah lewat malam ni. Nanti apa pula orang cakap”, kata Dzarriq kepada Allia.

“Please Arriq, saya ada benda penting nak cakap dengan awak. Benda ini sangat-sangat penting. Perkara yang selama ini saya rahsiakan dari awak. Please, Arriq”, kata Allia merayu lalu airmatanya jatuh berlinangan.


bersambung...

Monday, July 25, 2011

30 HARI

PART IV (CONT'D)


“Eh, apa awak cakap tadi saya tak dengar?”, kata Allia lalu cepat-cepat mengelap airmatanya yang terjatuh.

“Tak, kenapa awak menangis ni? Awak ada masalah ke? Awak tak sihat?”, kata Dzarriq memegang bahu Allia.

“Ah ? Saya okey, Arriq. Saya sedih bila ingat balik cerita tadi”, kata Allia menyembunyikan sesuatu.

“Kalau awak tak ok, awak cakap taw. Nanti saya hantar awak balik”, kata Dzarriq dalam nada memujuk.

“Te..Terima kasih, Arriq”, kata Allia tersekat-sekat.

“Ok, perut saya pun dah lapar ni. Jom kita pergi makan?”, kata Dzarriq lantas memimpin tangan Allia.

“Arriq, aku tak tahu sampai bila aku harus bertahan dengan keadaan macam ini. Aku tak mahu terus merahsiakan perkara ini. Tapi kau tak bagi aku peluang Arriq, peluang untuk bersuara. Aku tak kuat Arriq, aku tak kuat”, bisik hati Allia sejurus Dzariq memimpin tangannya sambil tersenyum.

Sejurus selepas makan, Allia dihantar pulang oleh Arriq. Arriq berasa gembira hari ni. Allia pun merasa bahagia melihat Dzarriq bahagia tetapi tersingkap kesedihan dalam kegembiraannya. Allia hanya memerhati tatkala kereta milik Dzarriq dipandu beredar dari kawasan rumahnya. Sekali lagi airmatanya menitis.

“Kau mesti kuat, Lia”, bisik hati Allia.

Semakin hari mereka bersama, semakin bertambah sayang Allia kepada Dzarriq begitu juga Dzarriq. Setiap hari Dzarriq akan merasa bahagia dan tidak sabar-sabar untuk bertemu Allia. Namun, kadang-kadang Allia terpaksa berdalih jika pada hari tersebut dia tidak dapat berjumpa dengan Dzarriq kerana menyelesaikan perkara yang penting untuk dirinya.

“Cinta terbahagi kepada dua, cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia. Jika kita cinta kepada manusia tetapi kita abaikan cinta kita kepada agama, cinta tersebut tidaklah sempurna. Jika kuatnya cinta kita kepada agama, maka sempurnalah bila kita mencintai seseorang kerana kita akan membimbingnya ke jalan agama. Cinta itu kurniaan Allah yang indah tapi jika kita menggunakan cinta untuk kepuasan diri kita, maka rugilah kita sebagai insan yang dikurniakan cinta. Dalam bercinta ini, macam-macam pekara kita perlu jaga, iman, nafsu, amal. Kalau salah satunya kita tidak jaga, nescaya syaitan akan menghasut kita melakukan perkara yang sesat”, kata Allia pada Dzarriq sewaktu mereka bersama-sama berehat di bawah pokok yang rendang.

“Setiap orang dikurniakan cinta?”, soal Dzarriq.

“Ya, setiap orang dikurniakan cinta. Cinta tidak akan datang jika kita tidak cari, Arriq”, kata Allia lalu berdiri menghirup udara segar.

“Kalau mereka yang dipaksa berkahwin, akan ada cinta juga untuk mereka?”, soal Dzarriq lagi.

Allia tersentak seketika tatkala mendengar persoalan daripada Dzarriq. Dia menoleh memandang muka Dzarriq dan pandangannya dialihkan semula ke hadapan sebelum menjawab pertanyaan Dzarriq.

“Walaupun kita dipaksa berkahwin, jika itu jodoh buat kita, akan ada cinta juga untuk kita dan akhirnya akan menemukan kebahagiaan. Walau berat manapun dugaan dan rintangan, jika itu adalah ketetapan jodoh buat kita, kita akan bersama juga dengan dia. Cinta bukanlah untuk pasangan yang bercinta sahaja dan cinta juga mungkin wujud dalam persahabatan. Cu.. Cuma.. Maafkan saya, Arriq. Saya balik dulu. Saya ambil teksi”, kata Allia lalu berlari sepantas yang boleh tanpa sempat ditahan oleh Dzarriq.

“Lia… ! Lia…! Tunggu Arriq.. !”, kata Arriq tanpa sempat mengejar dan dalam keadaan terpinga-pinga.

“Maafkan Lia, Arriq. Maafkan, Lia..!”, kata Lia perlahan diiringi airmatanya yang deras bercucuran.

*                                             *                                             *

HARI 18

“Lia, dah 18 hari dah kita bersama. Tinggal 12 hari saja lagi kita akan back to normal”, kata Arriq sewaktu mereka dalam perjalan ke library bersama.

Allia hanya tersenyum.

“Nanti masa hari ke 30, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Tapi saya nak awak terima tau”, kata Dzarriq sambil tersengih.

“Arriq, macam mana kalau hari ke 30 tu saya tak jumpa dengan awak?”, kata Allia menyoal Dzarriq.

“Tak jumpa saya? Awak nak kemana?”, kata Dzarriq seperti tidak mengerti apa yang hendak dikatakan oleh Lia.


bersambung...

Saturday, July 23, 2011

30 HARI

PART III (CONT'D)


Allia tergamam seketika.

“Errr…Err.. Apa kau merepek ni Arriq”, kata Allia masih lagi tergamam.

“Please Lia. Aku tak pernah rasa apa itu cinta”, kata Dzarriq membuat muka merayu.

Walaupun wajah Dzarriq tampan dan diminati oleh ramai wanita di tempatnya tetapi Dzarriq lebih selesa bersama dengan Allia kerana Allia adalah wanita yang sangat cantik baginya dan dia berasa senang jika bersama dengan Allia.

“Mak… Maksud kau?”, kata Allia tergagap-gagap.

“Kita start slow-slow dulu. Aku just nak rasa apa itu cinta je. Ok, kalau kau tak nak lama-lama, aku just nak rasa bahagia pasangan bercinta tu dalam 30 hari je. Lepas 30 hari kita back to normal. Aku janji”, kata Dzarriq sambil mengangkat sedikit tangannya tanda berjanji.

“Kau.. Kau serius Arriq?”, soal Allia.

“Lia, aku serius Lia”, kata Dzarriq menatap muka Allia.

“Arriq, ta.. tapi aku ada benda nak beritahu kau ni.. Next month.. A… Aku”, Allia tidak sempat menghabiskan kata-katanya tatkala jari Dzarriq berada di bibirnya.

“Untuk 30 hari je Allia” kata Dzarriq sambil tersenyum.

Setelah itu, makanan yang mereka pesan pun sampai . Allia masih berada dalam keadaan terkejut.

Maafkan aku Arriq”, bisik hati Allia.

*                                             *                                             *

Hari 1

“Awak, jom makan kat kafe. Saya belanja awak”, kata Dzarriq kepada Allia.

Allia masih lagi berasa janggal. Walaubagaimanapun dia terpaksa melakukan begitu untuk kebahagiaan sahabat baiknya itu.

“O…Ok.. Jom kita pergi”, kata Allia sambil mengemas buku-bukunya dia atas meja.

“Allia, esok ada cerita baru keluar tau. Lagenda Budak Setan. Ramai cakap cerita tu best. Jom tengok nak? Lepas habis kelas?”, soal Dzarriq.

“Oh, cerita tu. Aku.. Oh, sorry, saya pun rasa cerita tu best sebabnya jalan cerita dia best sebab diadapitasi dari novel yang sama tajuknya dengan cerita tu. So, esok lepas kelas rasanya boleh”, kata Allia menyisir rambutnya ke belakang telinga.

“Ok, esok saya ambil awak kat rumah awak. Lagipun hari ni saya dah boleh ambil kereta saya kat bengkel. Awak, pakai baju merah yang semalam tu ya?”, kata Dzarriq tersenyum.

“Ok.. Nanti bila awak dah nak sampai, cakap kat saya ok. Dah jom makan. Nanti sejuk makanan ni”, kata Allia lalu membetulkan kedudukannya.

Keceriaan jelas terpancar di wajah Dzarriq meskipun baru hari pertama mereka dalam kontrak cinta. Selepas makan, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

“Arriq, kenapa kau langsung tak bagi aku peluang untuk bercakap? Tinggal sebulan saja lagi Arriq. Aku tak mahu kau kecewa nanti”, kata Allia di hadapan rumahnya sambil memegang sekeping kad yang cantik.

Lamunan Allia terhenti tatkala suara Puan Asmidah memanggil namanya.

“Lia, masuk bersiap nak. Lepas maghrib nanti Pak Cik Ahmad dengan Mak Cik Roziah kamu nak datang nak berbincang. Lebih baik kamu bersiap dahulu”, kata Puan Asmidah memanggil di pintu rumah mereka.

“Baik ma..”, kata Allia lemah.

“Terserah kepada Mama. Allia ikutkan saja”, kata Allia selepas perbincangan antara mereka diadakan.

“Kalau macam tu, ambil sahaja yang ini. Kami tak kisah. Ikut kemahuan dari pihak kamu semua. Kita kan dah lama kenal. Sejak Arwah Abang Mahadi masih hidup lagi”, kata Puan Asmidah tersenyum sesekali memandang wajah Allia yang kelihatan sedikit murung.

“Ok lah Midah, Allia. Nanti apa-apa hal kita bincang lagi. Lagipun tak lama sahaja lagi. Kami balik dulu ya. Nak singgah butik kejap nak ambil baju”, kata Puan Roziah.

“Baiklah, terima kasih ya datang”, kata Puan Asmidah lalu bersalam-salaman.

*                                             *                                             *

HARI 2

“Best kan cerita tadi, kiranya ending dia memang best”, kata Dzarriq sejurus keluar dari panggung wayang.

Allia terdiam seketika. Fikirannya melayang walaupun langkah kakinya tetap berjalan.

“Lia, awak menangis ke?”, soal Dzarriq tatkala melihat sebutir airmata jernih Allia jatuh ke pipi.



bersambung...

Friday, July 22, 2011

30 HARI

PART II (CONT'D)


“Hehehe.. yah, kereta Mama aku guna. Lagipun kereta kau kat workshop kan? So nak tak nak kau kena juga ikut aku naik motor”, kata Allia sambil menghulurkan helmet ke arah Dzarriq.

“O…Ok”, kata Dzarriq lalu mencapai helmet tersebut.

Sejak berkawan dengan Allia, inilah kali pertama Dzarriq menaiki motosikal kerana dia telah dimanjakan dengan menaiki kereta sejak dari kecil. Keselamatan adalah paling penting bagi keluarganya kerana kedua ibu bapanya lebih yakin jika dia memandu kereta daripada menunggang motosikal.

*                                             *                                             *

“Kau nak bershopping sambil pakai helmet ke?”, kata Allia memerli Dzarriq kerana dia masih belum menanggalkan helmetnya.

“A…Aku tak tahu macam mana nak buka.. Kau tolonglah”, kata Dzarriq dalam nada perlahan.

Allia ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Dzarriq.

“Arriq..Arriq.. Kau ni memang manjalah. Sampai buka helmet pun tak reti. Meh sini aku bukakan. Haih..”, kata Allia memandang wajah Dzarriq.

Comelnya dia buat muka macam ni”, bisik hati Allia.

“Lia, tolonglah aku pilih baju ni. Banyak pilihan lah tapi aku tak tahu nak pilih mana satu”, kata Dzarriq kekeliruan.

“Haih, nasib baik ada Tuan Puteri ni. Cepat mengaku aku Puteri. Kalau tak aku tak nak pilih”, ugut Allia sambil tersenyum manja.

“Ok..Ok Tuan Puteri. Cepat tolong aku pilih baju ni”, kata Dzarriq dalam nada merayu.

“Kalau mengikut kulit kau yang cerah ni, aku rasa baju merah ni sesuai untuk kau. Aku tahu kau memang tak suka dengan warna ni sebab kau cakap warna ni nampak garang. Sebenarnya bagi aku lah warna ni sesuai sangat dengan kau sebab menyerlahkan lagi personaliti kau. Manis je kalau kau pakai. So aku prefer kau take this shirt”, kata Allia memegang baju berwarna merah kerana sejak tadi hatinya tertambat pada kecantikan dan warna baju tersebut.

“Ok, kebetulan aku belum pernah cuba warna ni so aku ambillah warna ni. Lagipun design dia cantik. And aku belikan kau T-Shirt yang sama dengan aku ya”, kata Dzarriq lalu mencapai sehelai lagi T-Shirt yang sama lalu membawanya ke kaunter bayaran.

“Eh… Tak…”, kata Allia tanpa sempat menghabiskan kata-katanya.

Selepas Dzarriq membayar harga T-Shirt yang mahu dibelinya, mereka berjalan-jalan di sekitar Shopping Complex tersebut sebelum ke restoran kegemaran mereka untuk makan tengah hari.

“Kenapa kau belikan aku T-Shirt ni?”, soal Allia.

“Sebab aku sayang kau”, kata Dzarriq lalu ketawa.

“Gila ! dah take the order”, kata Allia mengubah topik.

Setelah memesan makanan, mereka pun berborak seperti biasa. Tiba-tiba mata Dzarriq tertumpu pada sesuatu.

“Lia, kau nampak tak pasangan tu?”, kata Dzarriq sambil menunjuk ke arah pasangan yang dilihatnya.

“Eh, kau janganlah tunjuk orang sampai macam tu sekali. Tak manis kalau dia perasan nanti. Nampak, kenapa?”, soal Allia.

“Bahagia kan pasangan tu?”, kata Dzarriq.

“Kau ni kenapa Arriq? Memang lah bahagia. Orang tengah bercinta. Cinta kan boleh membuat seseorang tu bahagia tapi cinta juga boleh membuat seseorang tu derita”, kata Allia sambil tersenyum.

“Aku nak rasa apa itu cinta lah Lia”, Dzarriq bersuara.

“Kalau kau nak rasa apa itu cinta, kau kenalah cari pasangan. Kau nak aku carikan juga ke? Arriq… Arriq.. Cinta tak akan datang bergolek kalau kita tak cari”, kata Allia sesekali merenung wajah Dzarriq yang masih melihat pasangan tersebut.

“Kau kan ada”, kata Dzarriq selamba.

“Weyh, apa kau merepek ni. Kau ingat aku ni cinta express datang bila-bila masa je”, kata Allia terkejut dengan kata-kata Dzarriq.

“Lia, boleh tak kau jadi pasangan aku?”, kata Dzarriq mengalihkan pandangannya tepat ke muka Allia.


bersambung...

Tuesday, July 19, 2011

30 HARI

PART I



“Tiada sebarang alasan, yang pasti kau kena datang juga kafe temankan aku pergi cari baju untuk aku pakai minggu hadapan. Aku tunggu sekarang ya Cik Allia. Bye”, lalu Dzarriq meletakkan panggilan telefon.

“Ish, melampau betul. Nasib baik hari ni aku tak buat apa-apa. Kalau nak pergi mana-mana tak sah kalau aku tak ikut”, keluh Allia lalu menyisir kemas rambutnya.

“Mama, Allia keluar temankan Arriq sebab dia nak minta tolong Allia pilihkan baju dia. Kalau Allia lambat, mama lunch dulu ok? Rasanya Allia lunch dengan dia”, kata Allia kepada Puan Asmidah.

“Hati-hati pandu skuter tu. Kirim salam mama kat Arriq. Jangan balik lewat sangat. Mama pun nak ke rumah Mak Cik Hasnah tengok anak dia accident semalam. Katanya berlanggar dengan kereta. Nauzubillah. Kamu tu jangan bawa laju-laju. Baca doa sebelum naik motor”, kata Puan Asmidah sambil mengangkat ikan yang digorengnya.

“Baik Bonda. Anakanda akan mendengar titah perintah Bonda”, kata Allia diselangi tawa lalu mencium manja pipi Puan Asmidah.

Allia Nuha Qistina adalah anak tunggal kepada pasangan Encik Mahadi dan Puan Asmidah tetapi ayah Allia telah menghadap panggilan ilahi ketika Allia berumur 5 tahun kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika mereka dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung. Tragedi itu membuatkan Puan Asmidah trauma. Walaupun dia berasa amat sedih akan pemergian suaminya tetapi dia bersyukur kerana Allia terselamat. Allia dididik menjadi anak yang berjaya sehingga melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di IPTA ternama. Sejak dari kecil lagi Allia sudah pandai berdikari menguruskan kehidupannya berbeza dengan Dzarriq, sahabat baiknya sejak dari sekolah rendah. Mohd Dzarriq Sharriz Hedry merupakan anak bongsu dari 3 adik-beradik kepada pasangan Datuk Karimm Muhid dan Datin Norry Hasnim tetapi disebabkan dia adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, dia dimanjakan oleh kedua ibu bapanya berbeza dengan Allia yang lebih matang dalam kehidupan. Dia terlalu bergantung kepada Allia jika hendak membuat sebarang keputusan. Keakraban mereka terjalin sehingga melanjutkan pelajaran dan mengambil jurusan yang sama. Nasib menyebelahi mereka kerana mereka ditempatkan berada dalam satu kelas. Keluarga Allia dan keluarga Dzarriq rapat sejak dulu lagi disebabkan ayah Allia adalah kawan rapat ayah Dzarriq sejak kecil lagi sama seperti Allia dan Dzarriq.

“Tuan Puteri datang menghadap tuanku”, kata Allia sambil membetulkan rambutnya.

“Eh, perasan punya orang. Aku putera, kau orang gaji”, kata Dzarriq dalam nada gurauan.

“Banyak la kau”, kata Allia menarik telinga Dzarriq. 

“Yang kau beriya-iya nak suruh aku pilihkan baju kau ni kenapa? Dah tak reti dah nak pilih baju sendiri?”, kata Allia merenung tepat ke muka Dzarriq.

“Ala Lia, kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau. Sebab tu aku ajak kau sekali. Aku kan sayang kau”, kata Dzarriq diselangi tawa.

“Gila ! Dah, jom pergi, nanti lewat pulak. Nah..”, kata Allia menghulur helmet ke arah Dzarriq.

“Na…Naik motor ?”, soal Dzarriq dalam riak muka pelik.

bersambung...

Monday, July 18, 2011

gembira hidup ini

ASSALAMUALAIKUM




ok , jangan tanya dulu kenapa aku masukkan gambar kat atas nie sebab kejap lagi aku akan cerita sebab nak terangkan dulu kenapa aku letak tajuk entry aku macam tu . ok , first kenapa aku letak ? sebab memang aku gembira sebab sekarang aku dah sampai umah kat melaka . ok , jeles tak ? *seorang pun tak jeles . then sebab kedua aku letak sebab program yang department aku anjurkan juga tamat and that the last activity yang sangat membuat aku gembira . bukan aku je , nenek , opah , atok semua gembira .

seperti yang korang semua sedia maklum , *ceh , mengalahkan korang sebilik je dengan aku kan , department aku baru je buat satu event yang dinamakan BISA MASUK KAMPUNG yang mana dikenali juga atau memang nama dia pun iaitu program anak angkat . ceh , semua akan diangkat laa nie . ok , siryes program ini sangat meriah and dapat sambutan yang menggalakkan ? apa ? korang cakap aku buat cerita bohong ? haaa , inilah masanya untuk terangkan kenapa ada gambar kat atas tu . haa , itulah gambar yang kami take kat sana . even aku dilindungi ramai orang .

program ni berlangsung selama 2 hari 1 malam . even sekejap tapi memang happy . actually nak buat 3 hari 2 malam tapi disebabkan cuti mid term yang jatuh pada tarikh yang sama , so terpaksalah disingkatkan menjadi 2 hari je . nak kena cerita ke pasal aturcara program ? ok disebabkan semua suruh aku pun start laa cerita *even takde orang pun suruh (*_____*)

at first masa pagi tu bertolak dari kampus around 9 . jadual dah lari sikit sebab semua berkumpul lewat . cehh , konon semua nak sharp pukul 8 kann . haha . then bertolak naik 2 buah bas . around 1 hour laa jugaa bertolak ke sana . sampai je tengok ramai dah penduduk kampung pasir gajah tunggu kami . ok siryes ramai yang nak ambil kami jadi anak angkat sebab expect 10 keluarga je tapi yang nak amik 22 keluarga . tercengang laa jugak kitaorang sambil ternganga-2 . then bila sampai mcm biasalah ucapan pembukaan . and mcm biasalah kalau time ucapan pelajar-2 mulalah tak dengar dok amik gambar laa , apelah . buat bazir air liur ketua kampung tu je . then tibalah masa yang ditunggu-2 oleh pelajar sebab after this mereka akan diagihkan kepada keluarga angkat masing-2 .

then aku dapat ngn roommate aku and also classmate aku and 2 orang budak junior . duduk kat rumah uncle taufik . ok , rumah die best sebab ada opah yang periang =D . then petang tu ingat nak jalankan acara sukan but tertangguh sebab ramai-2 dijemput untuk makan durian sampai dah tak boleh bangun dah sebab kekenyangan . makan pulut+santan+durian ? best laa jugak . sedap-2 even selalu aku tengok orang makan dengan nasi . lepas dah hampir tak larat nak bangun , petang tu sempat pergi pasar malam . and disebabkan makan durian yang banyak , sempat laa jugak aku demam and tidoo awal . ok , pening .

esokknya hari yang mana program kami akan berakhir tapi pagi ni ada aktiviti dan juga acara yang telah kami rancangkan . masa gotong royong untuk masak makan tengah hari memang best sebab semua turun dengan family angkat masing-2 and yang bestnya aku , lela , yas , mel and alia pergi petik limau kat kebun limau sebab nak buat air . memang geram sebab limau dia banyak and besar-2 . and memang geram juga sebab banyak kerengga yang gatal-2 nak stalker masuk dalam baju and seluar . cehhh !

then petang tu kami akan pulang ke kampus . semua muka keluarga angkat dalam kesedihan . kami hanya melambai-2 je dari dalam bas . takpe , bulan puasa and raya nanti dapatlah pergi rumah mereka sebab puasa tinggal lagi beberapa minggu je lagi . so nanti kalau ada masa lapang kami datanglah ke sana . kepada penduduk Kampung Pasir Gajah , terima kasih atas kesudian anda untuk menerima kehadiran kami dan memeriahkan lagi program yang kami anjurkan . so , hope nanti jika kami jalankan program ini , kami akan mendapat sambutan yang seperti ini .


Thursday, July 14, 2011

kenapa soalan dijawab dengan soalan ?

ASSALAMUALAIKUM

ok, selama tiga hari dah aku tak blogging agak-2 korang rindu aku tak ? ok, tak rindu . takpe . lepas nie aku padam blog nie . eh ! tetibe korang rindu pulak *lepas dah bagi sorang seposen . ok, ditambah dengan lagu yang mendayu-2 seakan membawa kita ke dunia khayalan walaupun ade yang tertonggeng-2 ketawa baca blog nie even aku belum buat lawak lagii, so that aku bagilah tajuk entry dulu iaitu ::

KENAPA SOALAN DIJAWAB DENGAN SOALAN ?

ok, aku bercakap tentang diri sendiri yang mana suka sangat tak jawab soalan orang tapi tanya kembali . then muka orang tu akan menjadi pelik seperti ini ::

jangan curikkk !!

ok, disebabkan aku tak jawab soalan sesetengah manusia then aku pulak tanya mereka, kadang-2 sampai mereka pun cakap 

"Eiiii, boleh tak jangan soalan dijawab dengan soalan ?"

ok, ayat tu kebiasaannya akan digunakan Ibu Norry kat aku sebab semua soalan die aku akan tanya balik dengan soalan . haaa ? korang masih tak faham ape yang aku cuba ceritakan ? agak-2 cube hantuk sikit kepala kat dinding . kejap lagi ok laaa tu . tapi sebelum hantuk tu make sure telefon ambulan and cakap kalau dah 5 minit takda feedback dari korang, A.S.A.P suruh die angkot korang bawak pergi hospital . 

bagi menerangkan lagi ape yang cuba aku sampaikan, inilah antara dialog aku yang pernah membuatkan orang terhenti berkata-2 kerana aku comel . eh, tak, sebab aku tak jawab soalan die *even memang comel =D

BUDAK : awak, awak kenal tak orang tu ?
AKU : kenapa awak cakap saya kenal orang tu ?
BUDAK : cuba jawab soalan saya .
AKU : awak kenal ke budak tu ?

ade rasa mcm nak pukul tak orang yang mcm ni ? ok, aku tak mcm ni *tipu-2 je . tetapi hakikatnya aku tak memaksa mereka bertanya padaku . bercakap pasal tanya menanya ini . aku ada satu kisah pasal tanya yang mana aku pernah hadapi sendiri and buat aku ketawa sekejap .

masa sekolah menengah dulu kan zaman dok nakal-2 and suke kacau orang ni . and one day tu kitaorang buat laa satu kertas yang tertulis .

"PUKULLAH SAYA"

then merayau-2 satu kelas cari mangsa kann . ceh, mengalahkan aktor ternama . then bila dah jumpa mangsa, kitaorang pon tanya die . apa ea yang tertulis kat kertas ni . bila die baca, kitaorang pukul . die cakap, kenapa pukul . cuba baca lagii . then bila baca , kitaorang pukul . tapi  takdelah sampai tinggal nyawa di kepala nak pukul . adess, tak sanggop pak cik nak menghadapinya di kemudian hari . pukul-2 gurau mcm tu . ok, sekarang giliran korang pulak baca and make sure ade orang kat sebelah tak pon kalau kat hostel tu, jerit je sekuat hati . tunggu hingga lima minit, anda akan menjadi belacan sebab dipukul secara percuma . pek percubaan terbuka untuk 7 hari sahaja .


Sunday, July 10, 2011

hey there ELLYSYA


awakkk,

tolong beritahu saya tarikh hari ni ? hari apa hari ini ? cepat, saya tunggu awak ni . haha . ok, saya tanya saya jawab even awakk tak tahu pun saya tanya . saya tak nak beritahu awakk saya blogging pasal awak . biar awak sendiri yang terjumpa kat page saya ni . baru suprise even tak suprise keluar bom ape bagai .

10 JULAI 2007, SELASA

ye, saya masih ingat tarikh ni biarpun setiap tahun saya buat-2 lupa sebab saya nak awak sendiri yang tanya saya supaya saya tahu awakk ingat tarikh ini . kalau saya yang tanya, awakk akan buat-2 tahu . tapi awakk masih ingat lagii . baru je saya terima call dari awakk pasal benda ini . tepat 12 malam . sorrylah awakk jika saya jiwang karat tahap gaban ala-2 mak timah dahulu kala kan tapi saya tetap nak cakap jugak . nak tulis panjang-2 sebab saya bersemangat nak tulis panjang-2 .

kenapa saya buat tajuk entry hey there ellysya ? biar saya jawab . dulu kann saya pernah cakap kat awakk yang saya suka sangat-2 lagu tu and one day saya akan belajar untuk main piano and nyanyi lagu tu . saya masih ingat lagi lagu tu . HEY THERE DELILAH yang mana awakk akn sentiasa dengar lagu tu . tapi, saya nak tukar lagu tu nama awakk boleh ? hey there ellysya supaya awakk faham lagu tu . kenapa nak kena faham ? awakk sendiri akan tahu nanti . heh . bila orang tanya saya, lagu apa yang jadi kegemaran saya, cepat-2 saya jawab even diorang cakap tajuk lagu tu salah sebab saya guna nama awak .

bilaa orang tanya alat muzik apa yang saya minat, saya akan cakap piano sebab saya suka dengan alat muzik tu . and mcm yang kita nak, kita ketepikan dulu pasal semua yang kita fikirkan sebab awakk kata "FUTURE IS THE BEST WAY TO GET A HAPPINESS NEXT" so kita kejar cita-2 dahulu .

awakkk,

kenapa saya cakap semua ini ? pagi-2 ini saya merepek ? sebab setiap kata-2 awakk memberi saya satu senyuman yang khas untuk awak . awak mcm ibu saya . ada dikala susah even awakk sendiri terpaksa pendamkan kesakitan sendiri . awak pernah cakap kat saya,

"KALAU KAT SANA NANTI, KIRI KANAN ADA CABARAN"

betul cakap awak . kat sini saya belajar banyak perkara . saya melihat pelbagai ragam manusia . saya tak cakap saya sempurna tapi pengalaman mengajar saya . macam-2 yang saya hadapi kat sini . even saya cakap saya sibuk, tak sempat nak balas text awakk, awakk tetap tersenyum menggembirakan saya . kenapa saya gila malam nie ? sebab dah 4 tahun saya kenal awakk . 4 tahun masa yang sangat panjang . dari budak hingusan kepada remaja . dan 4 tahun inilah juga saya belajar menghargai masa . dan 4 tahun juga saya belajar kenal siapa itu ELLYSYA .

awakk,

saya tetap macam dulu . aizat yang awakk kenal 4 tahun lepas . THIS IS ME =) mcm lagu yang awakk seboleh-2 suruh saya ambil and dengar bila saya bosan kat sini . sekarang saya dah jadikan background blog dah . gigih saya mencari lagu ini awakk tahu . baru saya tahu demi lavato and jonas nyanyi untuk cerita camprock yang awakk sangat suka tengokk . demi lavato tu comell mcm saya, awak pulakk jonas tu . lalala . awak, gilakan bila saya cakap saya akan senyum sorang-2 bila saya ingat yang awakk dok gigih suruh saya cari sumthing yang awakk nak saya juga tahu benda tu .

awakk,

jika kata-2 saya tadi membuat awak tersenyum, maka 4 tahun akan berterusan menjadi 5 tahun sebab saya......

*awakk, kita cakap kat mesej jelah

Thursday, July 7, 2011

boleh tak kalau.....

ASSALAMUALAIKUM

ok, sorry kepada reader yang setia membaca entry aku sebab dok menonggeng tunggu aku update entry baru yang tak jugak diupdate setelah sekian lama . walaubagaimanapun, aku ada buah tangan untuk anda semua . siapa nak gambar saya angkat tangan ? ok, takde orang angkat tangan melainkan aku je . sekarang mari kita baca entry ni sambil duduk makan kacang sebab cerita ini tak menarik pun sebabb tu aku suruh makan kacang untuk hilangkan bosan korang menghadap entry aku ni . mari kita mulakan dengan poco-2 untuk hilangkan segala lenguh yang ada di kelopak mata .

cerita bermula...

malam tadi memang aku merancang untuk tidur awal sebab aku mengantuk sangat even aku tipu korang sebab yang sebenarnya aku tertidur dengan outline essay aku tak siap bagai kan . ceh, dengan aman damai aku pergi meneruskan tidur . bangun-2 aku sedar dah pukul 8 setengah . eh, masih awal . gila kau awal ! dah nak dekat pukul 9 laa gilaa ! kelas start pukul 9 . dengan langkah yang gagah aku pergi bilik air sambil mengejutkan rommate aku yang seakan patung kat kedai yang tak bergerak . memang best kejut manusia sebegitu . ok, then bila mandi sempat laa jugak nyanyi 2 3 lagu sambil melambai-2 kearah peminat yang tidak henti bersorak menanti lagu seterusnya . *ok, ini tipu . then bila dah habis mandi nasib baik roommate aku dah pergi mandi . then aku pon siap-2lah . sampai kelas, lecturer cakap kena cari bilik lain sebab LCD ada problem . ok, berjalan lagi demi ilmu . then lepas habis kelas ade english class . yeay . punye semangat kann . then aku rasa mcm ada something yang tak kena . aku pun menggaru-2 kepala yang tak gatal dan comel dengan memikirkan ape yang budak kelas aku dok sibuk bincang-2kan sambil tergopoh gapah menulis .

ok, aku dah ingat . OUTLINE ESSAY aku !!!!!!!! actually dah siap dah but tak print and laptop tak bawak . hebat tak duduk dalam keadaan mcm nie . padahal nak sumbit today . ya ya ya . aku tahu aku hebat *perasan tahap gaban laa gilaa ! then aku cakap kat membe aku . konon mcm tak tahu laa today kena hantar outline . beginilah dialog kami :

AKU : eh, apa ni ?
MEMBE : outline laa gilaa ! hantar today .
AKU : eh, esok laaa .
MEMBE : today laaa . kau tak siap ?
AKU : dah . dalam beg *padahal tak print . TERbohong

then aku dengan selamba melangkah masuk ke kelas english . sampai je kelas budak-2 berpusu-2 nak tunjuk hasil kerja yang mereka dok gigih nak hantar . ceh, konon rajin laaa . then aku pon pergi laa kedepan kelas dengan niat nak cakap yang aku punya tak print lagii . then bila talk encik english pon bersuara .

ENCIK ENGLISH : hello-2, class, the outline will be submitted by tomorrow . 

then aku rasa mcm nak loncat sampai tingkat paling atas . yang lain dok gigih buat semua cakap mcm penat je siapkan . bagos laa dah siap gilaa ! then petang pulak presentation kelas cik azura . mcm biasa soalan-2 yang pedas akan keluar dari group aku dan kebiasaannya mereka akan membalas balik . so kami kena kerja keras sikit and read detail lagi pasal tajuk yang kami akan present . weyh, korang tanyalah cepat ! *hahaha ! aku nie tetibe lak berlagak . disebabkan jadual yang sangat padat today, aku pon sangat cepatlah lapar . memang sangat lapar sehingga sekarang ponn lapar . even dah makan kasut rooommate aku still aku lapar . and tak lupa kelas en zul kami belajar perkataan baru . SHINGLE . bukan single laa gilaa ! benda tu perkataan untuk construction . siryes aku memang ketawa tak henti dengar perkataan tu sebab bunyi die mcm single . dengan lecturer aku yang buat lawak dengan perkataan tu . and mesti benda tu aku akan ingat time final exam nanti .


Monday, July 4, 2011

misteri plastik hitam

ASSALAMUALAIKUM

hitam ? kepala  hitam ? mata hitam ? kaki hitam ? ini bukan persoalannya . ade ke aku cakap nak cerita pasal hitam ? aku cakap nak cerita pasal plastik hitam untuk peminatku di serata dunia *mane ada la gilaaa ! ok, disebabkan idea aku atau cerita aku yang agak misteri today, so, nak tak nak aku kena teruskan jugak sebab idea aku telah ataupun tengah melimpah ruah sampai terpaksa aku tadah guna baldi aku dan baldi yang aku pinjam dari bilik sebelah even baldi die buat rendam seluar dalam size XL++ die . *bapak besar !

ceritanya bermula bila aku bangun pagi and siap-2 nak ke fakulti sebab ada benda yang aku nak buat . ajak-2 membe aku dia cakap nanti dia gerak sendiri . so aku dengan langkah lemah diawal pagi pergilah berjalan . tengok atas masih gelap and suasana pon sunyi and hujan turun rintik-2 *ala-2 air liur tersembur . then aku pon jalanlah kat fakulti . takda orang sampai . takpelah, dalam pandangan aku mungkin diorang dalam perjalanan . tak lama lepas tu aku dengar bunyi . aku ingat pak cik guard yang dok nak bukak bilik kuliah . makin lama tapak tu makin dekat dari belakng aku . aku diam je . aku mula-2 rasa nak jalan kedepan sikit and baru toleh . tapi gerak hati aku tetap nak toleh masa tu jugak . tak tahu kenapa aku rasa sejuk sangat-2 and tak sabar nak toleh ke belakang . aku cekalkan hati aku . aku dengan perlahan toleh kepala aku . dari anak mata aku, aku nampak plastik hitam bergerak-2 . aku diam sekejap . aku kaku . then dengan pantas aku bangun dan toleh :

"tak payahlah kau nak terkejutkan aku, kau ingat aku tak tahu korang berkumpul kat bawah, aku lalu atas sebab aku nak kentot"

then membe aku pon maki-2 aku sebab kentut yang busuk menusuk kalbu *sebenarnya wangi . then aku pon turun ke bawah . patutlah takda orang sebab semua berkumpul kat bawah untuk aktiviti GOTONG-ROYONG yang kami incharge today . tengok takdalah ramai mana budak . maybe dengan suasana sejuk bagai kan dapatlah mereka tidur dengan enak . ceh, but siap jelah denda yang penasihat tetapkan . *melonjak sebab nasib baik aku datang . then after makan pergilah dok kemas bilik kuliah yang bersepah bagaikan ada pertandingan gusti malam tadi . memang seronok nak kemas then esok sepah balik . rasa mcm usaha dihargai sepanjang zaman .

then lepas dah habis kemas rest jap sementara nak tunggu budak-2 lain datang . bob yang tolong pergi kutip budak-2 yang telah hilang hala tuju hidup mereka di alam fana ini yang penuh pancaroba ini . *wah ! pelapis a samad said aku . then aku dok masuk bilik kuliah dengan beberapa membe aku and inilah hasilnya :


ceh poyo konon-2 kacak laa *ade lah jugak mcm edward cullen . haha . after semua budak dah dikutip oleh bob yang penuh amanah , *bob, nak tips sebab aku puji kau nie, kitaorang pon dok kumpul sebab ada benda yang nak dikatakan penasihat . ceh muka semua letih kan mengalahkan kemas 1 UiTM . haha . then bila dah dok cakap-2 and aktiviti makan pon bermula . memang makanan banyak lebih sebab target tak seperti yang disangka . adehh, masa inilah nak sama-2 bekerja kan . but, takpelah, dapat gak bawak balik 1 plastik besar makanan dok bagi kat jiran-2 blok . takpun jual . duit lebih menabung untuk kesenangan di hari tua *wah, mesti ensem dah tua nanti .


Saturday, July 2, 2011

jam 3 pagi



ok, aku write entry pepagi buta ni bukan nak cakap aku ade jam 3 ke, sekarang pukul 3 ke tapi pasal aku selalu tidur lewat sampai pukul 3 pagi . eh, kenapa aku nak bercerita tentang ni ? cuba baca, blog sape korang ngah dok menghadap sekarang ? blog aku kan ? heh *kau buat orang nak muntah laa gile ! ok, back to tujuan asal aku dok memikirkan ape entry yang aku patut tulis today . disebabkan kekeringan idea and nafsu berblogging yang semakin menggedik tahap karma, paksakan jugak diri aku menaip even mata dah ditahan guna pencungkil gigi . disebabkan aku gigih nak menaip dan korang tengah baca, meh kita cerita pasal 3 pagi .

setiap 3 pagi ape yang aku buat ? berak ? kadang-2lah but waktu-2 mcm nilah baru aku dapat menghirup udara segar . waktu mcm ni semua manusia dah tidor . tinggal hantu-2 yang berkeliaran . even kadang-2 naik gak bulu roma pepagi nie, but tetap jugak gatal nak duduk depan tingkap sambil layan angin segar . *mata dah sangat mengantuk lepas makan nasi lemak 2 bungkus ! and plus, waktu-2 mcm ni lah internet paling laju sampaikan kadang-2 aku bukak youtube, movie cepat je dapat tengok, so terpaksalah aku jadi mcm musang . siang tidor, malam berjaga *ingat lagikk lagu nenek-2 si bongkok 3 . paling pedih bila tidor lambat esok kelas pukul 8 . siapkan pencungkil gigi jelah dok tahan mata kau . pergi mandi pagi-2 dengan kesejukan yang fana menusuk jiwa raga serta bakul, mata berair-2 sebab mengantuk dan melangkah ke kuliah di awal pagi . hari yang begitu indah .

duduk kat sini memang tak sah kalau tak tidor lambat . dulu kat sekolah bolehlah ngada-2 dok nak tidor awal la apelah sekarang memang harapanlah kau nak tidor awal . paling awal pukul 2 . haih, memang best berkeadaan begini . nanti bila dah ada jawatan besar, gaji besar and nak tambahkan pendapatan, boleh buat kerja part time kilang ke kan sebab dah belajar berjaga dari sekarang kan . bahagia anak cucu . and yang paling best, pukul 3 pagi inilah waktu yang paling best untuk mencari ilham buat cerpen . *jiwanglah sial ! memang masa ni idea melimpah ruah mcm kari mamak kat atas roti canai . masa waktu mcm nilah aku suka buat cerpen and dah siap dah satu cerpen yang nak aku publish kat blog aku . even aku rasa mcm nak publish semua tanpa set-2 episod, but sebab nak naikkan traffic blog aku, terpaksa aku gunakan cara kotor mcm ni buat orang dok follow blog aku tiap ari . even orang nak cakap jiwang ke ape ke, tak payahlah baca kalau setakat baca nak down orang . at least bolehlah jugak aku menghasilkan satu story dari tak tahu nak buat apa-2 . ok, sekarang bukanlah masa nak membuka cerita-2 yang busuk . *tutup hidung jap sebab terkentut

and disebabkan esok hari sabtu, aku akan menggantikan waktu tidor yang telah aku korbankan so esok tunggu jelah sarapan, makan tengah hari akan aku gabungkan ke makan malam ? percaya atau tidak ? bolos saja dinding itu !!!! *itu cerita bolos laa gile !