APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, April 28, 2012

papa sayang kamu , Leesya and Syalee

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan comel and handsome papa , Leesya and Syalee *bila umur mereka dah 21 and 20 tahun*

papa tahu sekarang masa korang baca surat papa ni , korang semua dah tua bangka and dah cantik macam Rosnah Mat Aris and Jaafar Onn *kena baling kelapa dengan Leesya and Syalee* ehh tak tak papa tersilap , maksud papa , Leesya dah semakin cantik and anggun macam Lisa Surihani and Syalee dah handsome macam Aaron Aziz iaitu papa , jangan terkejut sebab memang papa Aaron Aziz *kena baling tembikai pula dengan readers* . korang mesti pelik kan orang tua kerepot mana pula hantar surat kat korang tepat masa papa birthday papa . maaf Leesya and Syalee , masa korang menerima surat ini papa dah pergi , pergi tinggalkan kamu berdua , macam mana korang tahu papa dah pergi ? abistu siapa yang pergi tanam papa kat kubur dengan sanak saudara ye tak ? lempang sikit muka papa ni . so jangan risau , even papa dah pergi , papa ada tinggalkan untuk korang dua buah rumah agam , 3 biji lambo berlainan series , lapan ladang getah and kelapa sawit , 3 biji helikopter persedirian , 7 billion harta dalam account and sepasang gigi emas dalam laci papa *harta tak nak kalah* . so korang tak payah risaulah , korang nak pergi makan kelapa sawit hari hari pun tak apa . so daripada papa terus merepek tak tentu pasal ni , papa ada satu nasihat nak berikan kat korang . kalau tak nak dengar , harta tu serta merta akan tukar nama atas nama Norlia Ghani . kalau tak nak , baik baca dengan teliti , peace sikit *flip hair*

korang tahu kan sejak dulu lagi papa tak pernah ajar korang bergaduh sebab korang berdua jelah anak papa sebab mama kau malas nak beranak bebanyak . nanti kalau dah bergaduh berparang berbunuh nanti dah takde keturunan papa dah . so bila papa dah pergi ni , papa nak korang sentiasa ada bersama , tak kiralah korang dah kahwin ke , menjanda ke , duduk je sebelah sebelah . tu sebab papa beli rumah korang dekat dekat . dalam tu siap dah ada megamall , wayang apa segala bagai , tak payah korang nak pergi jauh jauh . so korang tahu kan , papa pun tak pernah bergaduh dengan mama , sebab mama tu penyabar *tangan di bahu mata ke atas* . so sebelum mama pergi masa korang kecil kecil dulu , mama ada pesan pada papa :

DARLING SAYANG MUCUK MUCUK HONEYBEE KU , SEBELUM SAYA PERGI NI , JANGANLAH BAGI ANAK KITA BERGADUH , DIDIK DIA JADI ANAK YANG BAIK , KALAU AWAK TAK JAGA DIA , SAYA JADI HANTU MAYA KARIN CEKIK AWAK BAGI MATI

and masa tu papa sangat sedih , rasa macam dunia papa berputar , airmata masih dapat ditahan , tak tahu dah papa nak cakap apa , rasa macam nak baling tembikai nam biji je , yang papa cakap just :

EH KAU NAK MATI PUN SEMPAT NASIHAT AKU EH , KAU BANYAKKAN MENGUCAP LAH

and sebab jawapan papa yang macam tu , mama terus hembuskan nafas dia yang terakhir dengan muka terkejut . bukan salah papa tapi sebab itu sudah ditentukan takdir sayang papa , Leesya and Syalee . masa tu papa pun menjanda , ehh menduda . masa tu rasa macam nak kahwin pun ada juga sebab sunyi kan , tapi bila fikir korang and nanti mama kau bangun cekik papa jadi Hantu Maya Karin , terus batal niat tu nak kahwin . lagipun korang dah ada untuk papa . even papa terpaksa cuci najis korang berdua serentak guna dua dua belah tangan , bawa korang pergi office , susukan korang di khalayak ramai *guna botol ok !* , masa meeting pun kena dodoikan korang , papa tempuh juga supaya korang jadi orang yang berguna and tidak terabai and kurang kasih sayang . kau ingat kerja senang , tunggulah one day nanti korang dah ada anak . sometimes papa rasa letih juga , tapi papa akan tersenyum bila malam malam Leesya tidur kanan papa , Syalee tidur kiri papa , sebab papa sayangkan korang even setiap hari korang kencingkan papa atas katil tu *pegang rotan nak buat buat rotan*

sayang , papa akan selalu rindukan kamu berdua . saat saat kita makan ice cream di taman , kita sama sama bergurau , papa pujuk Leesya nangis , Syalee kiss pipi papa , tapi papa tahu papa dah jauh dari kamu semua , jauh tinggalkan dunia . tapi , papa nak semangat papa sentiasa ada dalam hati kamu . papa tak nak kamu berdua jadi orang yang tamak haloba nak meninggal punya tamak . tak kira macam mana sekalipun , berbincang dahulu okay ? kalau degil nanti papa jadi pocong selit bawah katil korang . jangan lupa saat saat kita sama sama tengok bintang , kita sama sama terbaring di atas halaman rumah sebab kita sama sama kira bintang setiap malam . saat papa selalu bacakan buku cerita Doraemon untuk korang . macam papa selalu cakap kat Leesya and Syalee :

EVEN MAMA TAK ADA DI SAMPING KITA , MAMA AKAN SENTIASA TERSENYUM BUAT KITA DI ATAS SANA

even kadang kadang papa bengang rasa macam nak campak korang dalam lubang jamban sebab korang tanya atas mana , kat mana , kenapa and bila mama senyum tu , tapi papa layankan aje , and sometimes papa tembak je jawapan yang papa bagi kat korang tu . ape ade hal , bukan korang tahu pun kan masa tu . sekarang bila dah tahu mesti korang rasa macam nak humban papa dalam gaung kan ? tak payah humban , papa memang dah accident masuk gaung pun masa tu . papa tahu korang tak ingat tapi sempatlah juga sebelum jatuh tu papa tendang korang keluar dari kereta . even macam kurang ajar je kan papa tendang tu , tapi ada hikmah , tengok , papa dah pergi , korang terselamat and dapat bolot harta papa kan ? bahagia hidup korang kan . kongsi baik baik harta tu . kalau tamak tu hah Norlia Ghani dok perhati je perangai korang , tamak je sikit , serta merta macam papa cakap tadi harta terus jadi milik dia *tetibe Norlia Ghani tak memasal je terlibat*

Leesya ingat masa Leesya tanya papa soalan ni :

PAPA , APA ITU CINTA ?

and papa jawab :

CINTA ITU BILA PAPA PELUK , CIUM AND SAYANG LEESYA MACAM MANA LEESYA AND SYALEE SAYANG AND SELALU HUGS AND KISS PAPA , CINTA ITU SWEET MACAM ICE CREAM , AND CINTA MAMA DENGAN PAPA JUGA BERMULA DARIPADA ICE CREAM

and Leesya and Syalee pun terus hugs and kiss pipi papa even masa tu umur korang baru 5 and 4 tahun . koranglah aset terpenting yang papa ada compared to semua harta papa and scandal scandal papa , ehh maksud papa scandal tu pekerja kat syarikat papa yang selalu bagi semangat kat papa *rasa rasa kantoi tak aku ada scandal ?* . sayang , even papa dah pergi , teruskan makan ice cream macam mana mama and papa suka makan ice cream dulu . kan papa dah didik korang makan ice cream satu hari 3 kali kan , sampai korang kena asthma teruk , but then tak payah risau sebab papa dah belikan korang tong gas , bila makan ice cream , rasa nak asthma tu terus sedut tong gas tu , makan , sedut , makan , sedut . tak payah risau dah . sebab bila papa makan ice cream , even papa tengah marah , even papa tengah sedih , papa akan rasa selesa and tersenyum balik sebab papa akan ingat kat mama yang mana dulu masa papa kenal dengan mama , kitaorang selalu makan ice cream sama sama kat taman , naik basikal . nyanyi lagu saloma , ehh bukan , lagu dua hati menjadi satu . then lepastu mama nak buat buat jatuh , mama cakap :

SAYANG , I NAK JATUH NI SAMBUT TAU !

then masatu papa tengah syok makan ice cream , then papa pun tak sempat nak sambut , tergolek golek mama jatuh macam filem hindustan and terus terberanakkan Leesya dulu . setahun kemudian masa makan ice cream juga , mama cakap suruh papa belikan ice cream . masa tu papa malas nak pergi sebab penat . then mama cakap :

KALAU AWAK TAK BELIKAN , SAYA BERANAK SEKARANG

then papa pun ketawa , papa cakap ingat beranak tu boleh suka suka nak keluarkan macam tu , kena ada operation . lepas je papa habis ketawa tu tiba tiba Syalee terkeluar menangis sebab mama betul betul beranakkan Syalee . sebab tu dalam surat beranak Leesya tempat lahir : Taman Permainan and surat beranak Syalee tempat lahir : Ruang Tamu Rumah Sendiri . maafkan papa sayang *ada rasa nak tembak orang tak ?*

Syalee and Leesya ,

papa tak boleh nak nasihat banyak sebab papa tulis surat ni pun masa papa tengah terbaring lepas jatuh gaung , dengan harapan surat ini akan disampaikan kat kamu . even susah papa nak tulis benda ni , tapi papa gigihkan juga sayang , papa gigihkan tulis surat ini . even kat depan tu papa ada tersalah tulis :

BUAT ANAKKU TERSAYANG , ROSNAH MAT ARIS AND JAAFAR ONN

tapi surat itu memang untuk kamu berdua . papa nak kamu jadi kuat , lebih tabah dalam menghadapi saat saat kamu hidup dalam dunia remaja ni . papa tahu kamu dah besar tua bangka . bila nak kahwin nanti Leesya jangan lupa cari pakwe handsome macam En Haris Ombak Rindu and Syalee carilah perempuan yang cantik macam Hana Tajima ke , yang penting mentaati segala perintah Allah . papa akan rindukan saat saat kamu sentiasa tersenyum buat papa , saat kamu peluk papa , saat kamu cium pipi papa . bila kamu tidur kamu selalu kencing malam kat papa , bila malam kita tengok bintang sama sama . papa akan rindukan saat papa dukung kamu berdua , berjalan jalan di tepi pantai . saat kita makan ice cream even kita bertiga asthma macam nak mati , tapi kita gigihkan juga sedut tong gas supaya kita tak mati . ingat nasihat papa :

HIDUP KAT DUNIA BUKAN SENTIASA UNTUK BERSEDIH , TAPI UNTUK MENCARI KEBAHAGIAAN  DI DUNIA DAN AKHIRAT

jangan asyik tahu nak bercinta jiwang bagai and cakap benda bukan bukan sebab orang perhati je apa yang kita buat tak kira baik atau tak , nanti kena bash dengan orang ramai *hidup twitter* and then sebelum papa menghabiskan kata kata papa ni , papa just nak minta kamu hack twitter papa and tolong tweetkan ayat macam ni :

AKU DAH MATI , TOLONG JANGAN RETWEET , WILL DEACTIVATED SOON

and kamu jaga diri hiasi peribadi . papa tahu anak papa ni comel comel nak nak papanya yang handsome macam Aaron Aziz kan . papa akan simpan semua kenangan kita bersama selama kamu hidup bersama papa , selama kau buat papa tersenyum . even berat hati ni nak ucapkan selamat tinggal tapi papa terpaksa . inilah pengakhiran untuk hidup papa , ingat , even papa and mama takda kat dunia ni , papa and mama akan sentiasa tersenyum buat kamu berdua di atas sana . jaga diri and papa sayang kamu , Leesya and Syalee . macam papa selalu cakap , even macam manapun , nama kamu berdua bukan terukir di bintang , tapi di hati papa . jangan lupa macam dulu papa cakap , even papa pergi , papa tetap die hard fans YUNA , okbai !


papamu yang always handsome,
Aizat Abd (Aaron Aziz)




#VIDEO WISHES FROM AIZAT ABD






Thursday, April 26, 2012

you memang comel auntie

ASSALAMUALAIKUM

jeng jeng jeng *kena baling tembikai dengan readers tetibe* , adoi sakit tahu dah kenapa korang baling tembikai kat aku padahal aku cakap jeng jeng jeng je *sekali lagi kena baling* . dah dah stop stop aku tak buat perangai macam pokemon tu lagi . aku stop cakap benda tu . hai semua *lambai dua dua tangan* . macam biasalah kan kalau aku dah buat new entry ni aku dah start merepek . actually aku nak buat entry ni pun after aku tengok berita kat TV then aku teringat cerita aku masa kat BSN haritu masa aku nak beli pin MUET . padahal takde kaitan pun dengan berita kat TV tu . siapa tak tahu apakah kejadah benda MUET tu sila pergi google sendiri . dah tua bangka so pandailah berdikari okay . so that aku pun teringatlah quite cute story masa aku tunggu giliran kat BSN tu with sorang auntie ni . but aku bukan nak ketawakan dia ke , ejek dia ke , but aku suka melayan dia . memang banyak tanya . sampai aku sendiri macam nak ambil selotep *broken BM* pergi selotep mulut dia . but then kalau aku buat betul betul tu tak pasal je aku kena humban dengan orang sekeliling or geng gangster mak cik tu . okay before aku merepek tak tentu hala , scroll lah ke bawah kalau nak dengar . kalau tak korang die hard fans Shila Amzah *aku tak nak scroll sebab aku memang die hard fans dia*

masa pagi tu macam biasa aku kalau cuti memang tidur lewat sampai pukul 4 5 , kekadang tu kalau aku tiba tiba rasa seram for sure aku akan terus tidur . then bangun mesti dalam pukul 6 lebih macam tu sebab ayah kejut for Subuh and hantar adik aku ke sekolah . then tiba tiba aku tengok phone kawan aku text benda yang mengejutkan aku , terus segar biji mata aku macam kena simbah dengan air cili padi kat mata , dia cakap

JAT , HARINI JUGA KAU PERGI BELI PIN MUET SEBAB KITA AMBIL JULY SESSION , YANG NOV SEBAB KITA DAH PRACTICAL , HARINI LAST NAK MOHON

aku dengan pantas terus call dia , aku tanya kau mengigau ke , gila ke , waras ? *flip hair* then dia kata betul , dia pun baru tahu . aku dengan sepantas pantas macam Norlia Ghani kena kejar terus pergi kat ayah aku minta duit sebab ayah aku kalau pow pagi pagi camni senang je nak dapat . then dia pun start lah dengan kata kata hikmah dia :

PERGI SENDIRI , BELI SENDIRI , HARI NI AYAH ADA MEETING PAGI NI , AFTER MEETING AYAH DAH TAHU PIN TU DAH BELI

ayah aku memang quite strict sikit kalau bab bab last minute and benda benda yang melibatkan education ni . kalau kau leka , siap sedia jelah telinga tu dengan tampon supaya tak dengar apa yang dia cakap . dah habis cakap baru buka tampon tu , mengalahkan M16 Ibu Norry kau tahu . takpe , ayah aku tak pernah layan blog aku ni . hew hew hew *ketawa trend sekarang* . so that aku terus capai towel and mandi . sejuk kau jangan cakaplah kan , macam aku rasa nak hentak je kepala ni kat dinding dia punya gigil . after aku dah mandi aku tengok Ibu Norry hanya tinggal note ,

IBU DAH PERGI OFFICE , NANTI HATI HATI , BREAKFAST AND KEMAS BILIK

ehh Ibu Norry macam tahu tahu je aku memang pemalas nak kemas bilik . kadang kadang aku buli adik Shira aku yang kemaskan bilik aku . then after dah siap tu aku capai kunci kereta . aku tengok kat luar . alamak nak hujan . dalam hati gelabah gila bapak . bukan sebab apa , aku fikir nanti daripada parking nak ke dalam BSN tu rambut kena air macam mana . rambut dah setting baik nanti rosak *kau rasa macam nak tembak orang tak ?* . aku pun masuk dalam kereta and cakap dalam hati lantaklah asalkan aku dapat pin tu . and drive punya drive sambil layan lagu Rosnah Mat Aris , ehhh tak , layan lagu Yuna , so sampailah depan BSN , cari punya cari dah dapat lot parking and get ready macam Tokyo Drift tu nak masuk , tiba tiba ada sorang auntie ni terus je masuk parking lot tu dengan motor dia ngek ngek ngek *bunyi motor dia* dengan selamba muka tanpa rasa bersalah and tanpa toleh kiri kanan . tiba tiba aku terkuat pulak bersuara dalam kereta tapi takdelah sampai aku buka tingkap , just bising sendiri , sendiri yang dengar .

WALAWEYHHH , MEMANG MOTOR AUNTIE SEBESAR KERETA NAK PARKING KAT TEMPAT KERETA . NASIB BAIK AUNTIE NI AUNTIE , KALAU SEBAYA SAYA , DAH SAYA BALING KELAPA LAPAN BIJI TAHU

then aku pun cari parking lot lain , after dah dapat tu , aku masuk cepat cepat sebab nanti dah ramai orang , malas aku nak tunggu lelama kat sana buang masa aku , baik aku duduk rumah layan cerita Ombak Rindu ke , Raging Pheonix ke , lagi best . masuk kat sana , aku tengok , bapak ramai nak mati orang dalam tu even masa tu office hour entah apa kejadah diorang nak buat kat sini pun aku tak tahu , aku pun pergi kat tempat ambil no giliran . aku tengok ada sorang auntie chinese lingkungan 50 - 60 and ni dia macam terpinga pinga . dalam hati aku :

NI MESTI AUNTIE YANG REMBAT PARKING LOT AKU TADI NAIK MOTOR TADI

then aku pun pergi kat dia , eceh mengalahkan aku ni baik je kan . then aku tanya dia kenapa mak cik terpinga pinga ni *aku buat muka baik bukan main * , dia pun jawab yang dia tak tahu macam mana nak tekan nombor tu . then aku toleh kat guard kurang asam yang tak reti nak ajar mak cik tu , rupanya dia tengah melepak kat luar berborak . aku ambil senapang tu tembak kau baru tahu . kesian tahu makcik ni tak reti nak tekan . then aku pun tekan . punya kurang asam aku , aku ambil no yang lebih awal daripada dia . kalau dia tahu mampus aku kena terajang keluar dengan mak cik tu . then aku pun nak ambil tempat , mak cik tu pulak ikut je punggung aku then duduk sebelah aku . aku senyum jelah sebab nak halau dia bukan kerusi aku tahu , budi bahasa budaya kita kan , ewahh .then aku baru nak pasang earphone tiba tiba mak cik tu bersuara :

MC : stand for Mak Cik
AA : stand for Aizat Abd (Aaron Aziz)

MC : ADIK , YOU MAU BELI APA MAA ? MAHU MASUK ITU WANG KAA ? *slenk chinese pekat
AA : EHH TAK TAK , SAYA NAK BELI PIN MUET
MC : APA DUIT ?
AA : TAKK BUKAN DUIT , PIN MUET *kuatkan sikit suara
MC : OHH DUIT *muka puas hati dengan jawapan

then aku senyum and aku dah dapat detect apa masalah di telinga Mak Cik ni sebenar , then aku bersuara balik , aku cakap kat dia :

AA : AUNTIE , BUKAN DUIT TAPI PIN MUET *then semua toleh sebab terkuat pulak suara aku
MC : HAIYAA KENAPA SEMUA OLANG PANDANG MAA ? OHH LU MAU BELI ITU MUET KAH ? APA ITU MUET ?
AA : DIA MACAM ENGLISH SPEAKING TEST LAH AUNTIE
MC : OHH SAYA TAHU SAYA TAHU *entah betul ke tak dia tahu* YOU BELAJAR MANA ADIK KE KERJA ?
AA : SAYA BELAJAR LAGI AUNTIE , LAMBAT LAGI MAA MAHU KERJA , YOU KERJA KE DUDUK MELEPAK TENGOK CARTOON KAT RUMAH AUNTIE ? *sepanjang aku cakap semua toleh toleh sebab aku kena kuatkan suara aku and kalau merepek bukan auntie tu dengar sangat apa aku cakap*
MC : AIYAA SAYA SUDAH TUA MAA , MANA ADA TENGOK CARTOON *ehh dengar pulak* SAYA SUDAH TAK KERJA MAA , ANAK SAYA DUA OLANG , SOLANG KILIJA ITU APA LOCTER *doctor* SOLANG LAGI ITU KAT PRIVATE PUNYA TEMPAT BELAJA MAA .
AA : WOW ANAK LU MANYAK PANDAI AUNTIE , SORANG DOCTOR , EHH YOU DUDUK MANA AUNTIE ?
MC : SAYA DUDUK ITU SANA CHENG , LUMAH TEPI JALAN TU KALAU YOU ADA PELASAN , MANYAK BISING MAA ITU LORI LALU BAWA ITU BALANG , ITU ANAK SAYA AJAK DUDUK SAMA DIA TAPI SAYA TAK MAHU MEYY , SAYA CAKAP SAMA DIA , SAYA MAHU TINGGAL AND MATI KAT LUMAH SENDIRI MAA
AA : OII AUNTIE AWAL AWAL DAH FIKIR MATI , BANYAK SANGAT KE PAHALA TU *dia tak dengar pun then aku ketawa*
MC : KENAPA YOU KETAWA MEYHH , SAYA CAKAP BETUL . EHH ADIK , YOU MANYAK BAIK MAA , JALANG SAYA TENGOK OLANG MUDA MACAM LU , OLANG TUA PUN MANYAK JAHAT LA ADIK *aku dah blushing bagai*
AA : EHH MANA ADA AUNTIE , BANYAK LAGILAH , AUNTIE DUDUK TERPERAP DALAM RUMAH MEMANGLAH . CUBA BAWAK MOTOR TU PERGI MEREMPIT KELUAR
MC : APA LEMPIT MEYHH ? ITU YANG OLANG MELAYU MAKAN MASA LAYA TU AHH ?

aku dah start blurr apa yang dia cakap , then aku bersuara balik :

AA : YOU CAKAP APA AUNTIE ITU ORANG MELAYU MAKAN ?
MC : ALAAA ITU SELALU TIME LAYA LU OLANG MAKAN TU HAIYAAA
AA : OHHH ! NASI HIMPIT , ITU LEBIH KURANG SAMA LAH AUNTIE , LEMPIT = NASI HIMPIT
MC : SELONOK MAA SAYA KAWAN SAMA YOU , ASYIK MAHU KETAWA SAHAJA MEYHH , YOU MANYAK BAIK LAH ADIK . MUKA YOU MACAM AALON AJIZ ITU OMBAK LINDU MAA *ini dah masuk part menipu yang muka macam Aaron*
AA : SAYA PUN SERONOK MAA KAWAN SAMA AUNTIE , YOU BANYAK PENGALAMAN HIDUP
MC : APA PENGALAMAN SAYA SUDAH MAU MATI OHH , SAKIT PUN DAH BANYAK MEYY , ITU UBAT SAYA KENA MAKAN TIAP TIAP HALI , MANYAK BOSAN OHH , SELALU ITU ANAK SAYA BAGI UBAT BATUK SAYA BUANG LEPASTU SAYA CUCI MAA BOTOL TU , BILA DIA TANYA SAYA SUDAH MAKAN SAYA CAKAP SUDAH HABIS MAA
AA : NAKAL YOU AUNTIE KALAH I MASA KECIL

then dah lama berborak tu , tiba tiba sampai kat no giliran aku , then aku pun cakap kat dia yang aku punya giliran dah sampai . and dia punya giliran lepas aku , jangan leka sebab nanti dia kena ambil nombor baru sebab dia kan ada masalah dalam telinga dia kan . then masa aku bangun dia bersuara :

MC : EHH ADIK YOU MAHU PERGI MANA ? *muka cuak*
AA : SAYA MAHU BELI ITU PIN MUET LAH AUNTIE , YOU MAHU URUSAN APA DATANG SINI ?
MC : SAYA PUN MAHU BELI ITU MUET MAA UNTUK ANAK SAYA

kau rasa kau dapat tangkap tak apa yang aku cuba nak sampaikan ni . tadi dia tanya aku bagai apa tu MUET then now dia juga nak beli pin MUET macam perkataan tu tak pernah wujud dalam hidup dia kan , aku duduk kejap then aku gelak gelak kejap . dia pandang aku pelik je , tiba tiba no giliran aku pulak terlepas sebab aku sempat ketawa bagai . nasib baik lepas no aku , no auntie ni , then aku pergunakan no dia untuk beli pin aku and pin anak dia sekali . kang kalau tak beli dia dok bantai melalak kat situ mati aku nak kena usap usap kepala dia dok pujuk dia bagai . nasib dia tak lupa bawa IC anak dia . aku tak tahu macam mana anak dia pergi belajar tanpa IC , kena tangkap kalau ada road block mati kena humban kat negara lain . then lepas dah beli tu aku tengok dia tengah berborak dengan orang lain . kau tengok betapa peramahnya dia mengalahkan Rozita Che Wan . then aku pergi balik and bagi pin tu kat dia . dia pun cakap :

MC : AIYAA WA SUDAH CAKAP LU MANYAK BAIK , YOU SIMPANLAH BAKI ITU WANG SAYA BAGI KAMU MEYHH
AA : AUNTIE , TAKDA BAKI PUN AUNTIE , AUNTIE BAGI SERATUS , PIN NI PUN HARGA DIA SERATUS
MC : YOU MANYAK BAIK MAAA , YOU MANYAKK BAIK

tak habis habis dia ulang ayat yang sama . aku tak tahulah dia nak mengampu aku ke apa kan haha , kalau dia tahu aku cakap camni mati aku kena terajang siap pakej dengan baling tembikai nam biji kat muka aku even dia nak berlari pun aku tak tahu larat ke tak . then aku cakap kat dia nak balik , dia cakap terima kasih , and banyak kali pulaktu , aku pun tak tahu dia yang tak dengar ke aku yang ada masalah pendengaran *Ya Allah ampunilah dosaku* , then sebelum aku melangkah pergi , aku lek jap depan pintu BSN , aku tengok pak guard tu still berborak lagi , rasa aku nak panggil manager dia suruh terajang je dia . tak buat kerja , orang kat dalam tu berserabut tak tentu hala tahu . then masa aku masuk kereta , aku tengok auntie tu tengah nak naik motor , aku saja hon dia sebab ingat dia cam aku , sekali dia terkejut macam nak pengsan kau tahu . aku aku ingat telinga dia tak dengar bunyi hon tu then dia boleh terkejut pula , padahal aku nak cakap macam babai je dengan hon tu , entah apa dia maki aku pun aku tak tahu bila dia terkejut tu . auntie auntie , kau ni comel tahu tak dengan perangai kau yang peramah tu , suka aku layan kau . bila sekarang aku ingat balik ayat kau , mesti aku tersenyum :

"LEMPIT ITU YANG OLANG MELAYU MAKAN MASA LAYA TU AHH ?"


FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH (KLIK)
TWITTER : @AIZATABD


NOTE : lepasni nak berkawan dengan nenek india pulak nak belajar slenk tamil dia pulak

Sunday, April 22, 2012

jangan pernah tegur !

ASSALAMUALAIKUM

hari ahad memang aku tahu hari yang amat melemahkan bagi semua budak sekolah and semua orang bekerja , but lain bagi pelajar yang tengah cuti semester , duduk rehat goyang kaki layan cerita Ombak Rindu yang ada Rosnah Mat Aris itu , eh salah , Maya Karin . kau tahu tak best tahu cuti lelama ni boleh buat macam macam , nak pergi panjat Gunung Kinabalu 5 round pun boleh , kau ada ? *flip hair* . so sebabkan korang tengah buat homework sambil layan twitter tu , aku pun nak cerita something kat korang , but korang kena still tangan berjalan sambil baca entry sambil buat homework , kalau tak buat aku bagi banana kat korang , ehh salah tu tagline didi whoaa , aku bagi kau tembikai lima nam biji campak kat muka korang , sakit tahu . so 2 hari lepas dah genre sweet bagai sampai aku sendiri guling guling ketawa sampai terpaksa dimasukkan wad kecemasan gila , so hari ni aku pulak nak bagi korang masuk ICU gila . genre today is like more to seram but bagi aku macam biasa sebab aku ni jenis yang tak ambil kisah pasal benda benda yang merepek ni *padahal diri sendiri dah seram bagai nak meninggal* . so siapa nak memasak tu pergi memasak sambil bawak lappy pergi dapur , siapa nak beli popcorn ke , nak beli kelapa pergi dulu , aku nak ajak Norlia Ghani kejap dengar cerita aku .

18 MINIT KEMUDIAN....

macam biasalah bila masuk campus , suasana baru and tak biasa lagi dengan keadaan kat sana right . so masa aku masuk campus je , time orientasi dah macam macam happen , but semua kena cool down , dia cakap tempat yang kitaorang orientasi tu tempat baru . so cerita pasal histeria semua tu memang akan sentiasa dengar dari mulut ke mulut . but then aku ni jenis macam tak suka ambil tahu , ambil kisah pasal semua tu . selalu bila orang cerita kat aku and tanya aku dengan gigih bagai yang aku takut tak dengan benda tu , aku just cakap :

KALAU KITA TAK GANGGU DIA , TAK CAKAP BESAR , NOTHING WILL BE HAPPEN

but diorang pulak cakap aku macam , tak percaya dengan benda tu semua and one day kalau aku kena baru aku tahu macam mana . aku rasa macam aihh melampau aku tak kacau tak buat apa apa tak akan dia nak muncul tiba tiba . even sometimes bila kat bilik campus pun aku rasa macam lain but aku just buat tak tahu jelah . sebab kita pun tak tahu right tu just perasaan je . makin kita fikirkan makin senang dia nak muncul . tak perlu takut sangat sebab Allah yang cipta dia and kita patut takut pada Allah . sometimes budak budak ni sengaja takut takutkan kawan kawan dia dengan cakap pasal hantu , but ustaz aku selalu cakap kat sana :

HANTU TAK WUJUD , JUST IBLIS SAHAJA WUJUD YANG MENYERUPAI SEDEMIKIAN UNTUK TAKUTKAN ORANG

so yes aku salute dengan ayat ustaz , selalu juga aku dengar cerita cerita hantu dari kawan kawan aku yang happen kat campus but aku dengar but just senyum , malas nak bagi respond . sometimes cerita ni semua happen but diorang saja tokok tambah nak bagi lagi seram . apa ingat ni cerita Pontianak Harum Sundal Malam ke yang ada Maya Karin nak seram bagai . memang banyak orang cerita kat aku , ada yang aku ingat , kalau nak dengar just scroll je bawah , Harun Salim Bachik tak larat nak scroll kan benda ni untuk korang .




#GUARD KAT TINGKAP
selalunya lah banyak aku dengar cerita pasal benda benda yang muncul kat tingkap aras 3 atau aras dua . yang paling aku kerap dengar is guard muncul kat tingkap . cerita dia macam ni . one day masa tu ada budak dua orang tengah study and sorang buat kerja kat blok belakang menghadap hutan . blok budak lelaki . masa tu memang tengah pagi . diorang just borak borak sambil buat kerja . macam biasa kalau kat campus pukul 3 4 pagi tu memang jarang ada budak tidur . semua tidur lewat . tengah diorang buat kerja and berborak , tiba tiba ada suara kat tingkap :

ADIK , BUAT KERJA KE NI DAH LEWAT LEWAT NI ?

and budak budak lelaki tu just diam tanpa toleh arah tingkap , diorang just jawab :

YE ENCIK , KEJAP LAGI KAMI TIDUR

then after je dengar suara tu , diorang terus bangun tanpa toleh arah tingkap and terus tidur . yes exactly kalau orang lain kena , memang diorang akan buat benda yang sama . sebab mereka ada kat aras 3 , and suara tu dari tingkap aras 3 . mustahil orang boleh berdiri kat tingkap , di tingkat aras 3 kan . so that pelajar tu dah tahu and dah perasan pasal benda tu , that's why diorang tak toleh arah tingkap and terus tidur . 

#CLEANER
ini pulak kat blok budak lelaki juga . masa tu tengah malam . macam biasa kalau tengah malam , ramai student yang on the phone kat bawah pokok sebab nak get the privacy right . then masa tu tengah duduk kat kerusi bawah pokok tu , tiba tiba bila dia toleh sebelah dia ada mak cik cleaner tengah duduk juga and on the phone . tapi mak cik tu bercakap tak jelas and muka dia pun toleh arah berlainan . mula mula dia macam buat tak tahu sebab bagi dia macam mak cik cleaner memang akan bersihkan blok . but bila dia fikir balik masa tu tengah pagi and mana ada mak cik cleaner yang bekerja sampai malam and hari sabtu . dia terus letak call , and nak bangun , tiba tiba mak cik tu ketawa kecil and cakap :

ADIK DAH HABIS CAKAP DEKAT TELEFON KE ATAUPUN DAH TAHU CERITA SEBENAR ?

and what happen to him aku pun tak tahu sebab aku just dengar daripada mulut orang and sometimes aku terfikir kenapalah dah malam malam macam tu still nak duduk bawah pokok besar tu bawah kerusi tu on the phone . but macam biasa aku just dengar and malas nak menyampuk .

#SKIPPING
ini pula kisah kat blok perempuan . kalau kat campus aku , blok budak perempuan banyak menghadap hutan compare to blok budak lelaki yang tak ada hutan sangat depan dia . then cerita dia macam ni . kalau minggu exam selalunya ramai budak yang dah balik kalau paper diorang dah habis terus boleh balik untuk cuti sem . so mana mana budak yang tak habis paper lagi duduklah bilik , sebab roommate kita pun tak sama course dengan kita . silap silap kalau dia dah habis paper , kita tinggal sorang sorang dalam bilik . macam cerita yang aku dengar ni pulak . masatu budak ni tinggal dua orang and budak dalam blok dia makin sikit . kira macam ramai dah balik . masatu dia ada paper lagi dua hari , and itu last paper dia . tengah diorang study tiba tiba ada dengar budak bilik atas lompat lompat macam main skipping . mula mula dia ingat macam sekejap je kot bunyi tu and makin lama makin kuat and tak henti . diorang pun macam bengang sebab tak boleh nak concentrate dengan study . so diorang decide nak naik bilik atas and tegur budak tu . then sampai kat bilik atas quite scary sebab hanya ada 1 bilik je yang menyala and itu bilik budak yang bising tu . then dia ketuk , ada orang buka and tersenyum . dia tegur dia cakap jangan bising sebab bilik bawah nak study . dia cakap malam malam janganlah main skipping . then budak tu just senyum sinis je tanpa cakap apa apa . bila dah marah diorang pun turun . then masa turun masih ada lagi bunyi tu . makin kuat . diorang lagi marah sebab macam sengaja nak buat macam tu . naik balik atas , sampai kat bilik tu , bilik tu dah gelap and diorang fikir dah tutup lampu takut kena marah . then diorang ketuk pintu takda orang buka . bila putar tombol pintu buka pintu , tak ada siapa pun dalam bilik tu , kosong . diorang takut and terus lari masuk bilik and terus tidur sama sama . and yes ,

BUNYI LOMPAT TU MASIH BERTERUSAN MEREKA DENGAR SAMPAI PAGI

bila dengar cerita cerita macam ni kat atas aku just macam nak percaya ke tak pun aku tak tahu sebab bagi aku kadang kadang orang suka reka cerita . bukan aku suka cakap besar tapi sometimes kalau terlalu percaya and obses pun tak boleh . memang ada banyak lagi cerita yang aku dengar , pasal perempuan mengesot kat corridor , pasal pocong terbaring sebelah kawan , pasal pontianak bertenggek kat depan tingkap semua tu aku anggap sebagai mainan telinga aku untuk aku lebih hati hati and jangan cakap besar . sampailah one day aku sendiri yang rasa benda tu .

masa tu minggu exam and course aku yang paling last paper . means course aku and batch untuk department aku sahaja yang tinggal dalam campus aku . budak kat blok aku jangan cakaplah , just ada 5 bilik je menyala . tu pun kat tingkat atas . aras aku just bilik aku sorang and aku sorang je budak yang ambil paper last tu . and nasib aku baik sebab roommate aku cakap dia tunggu aku sampai habis paper aku baru kitaorang balik sama sama . then after isyak aku ingat nak mandi , but after solat aku tertidur , roommate aku masa tu keluar beli makanan sebab aku malas nak pergi , just kirim dia . lagipun paper dia dah habis . masa pukul 12 suku tu dia kejut aku suruh bangun makan and mandi . aku terus je bangun nak mandi . time keluar dari bilik aku toleh kiri kanan , agak seram sebab gelap je semua , aku masuk bilik air and aku just cakap dalam hati :

ADUH , LAMPU JUST MENYALA SATU , TU PUN KAT AREA AMBIL WUDHU

then aku gigihkan juga mandi sebab aku dah rimas , then masa tengah cuci muka tu , kat cermin , dari anak mata aku , aku nampak macam ada orang lintas masuk , aku toleh , tak ada siapa and yes aku sedapkan hati aku maybe aku salah pandang . then masa cuci muka tu aku rasa macam meremang kat leher aku , dengan lampu yang suram bagai . aku terus capai bakul mandi and terus masuk bathroom . masa tu aku rasa macam kurang sikit rasa meremang , masa aku tengah syampoo rambut , aku rasa macam ada something je yang pandang aku , aku cuci cepat cepat rambut aku . aku pandang atas , takda siapa . tiba tiba ada dentuman kuat kat tujuh tujuh pintu toilet . aku terdiam but aku tersenyum and jerit :

WOI IRFAN , KAU JANGAN NAK MAIN MAIN DENGAN AKU , JAP LAGI AKU KELUAR AKU CAMPAK KAU KAT BAWAH BLOK

sebab aku ingat roommate aku yang main main . aku capai towel , aku tengok semua pintu toilet tertutup . aku pergi pintu paling depan , aku tolak , tak ada orang kat dalam . and aku teruskan pintu kedua sampai pintu keenam . still takda orang . masa aku nak tolak pintu ketujuh tu tiba tiba aku meremang and hati aku cakap jangan and terus masuk bilik . aku bila dah rasa macam tu aku terus jalan laju laju and masuk bilik . meremang tu jangan cakaplah sebab macam ada orang ikut kita dari belakang . bila aku masuk bilik , aku tengok roommate aku tutup langsir muka dia pucat . aku tanya dia kenapa ? then dia jawab , kau cuba dengar kat tingkap tu ada apa . aku takut khayalan aku je , aku tengok jam dah pukul 1245am . then aku tanya dia :

IRFAN , KAU ADA PERGI TOILET TAK TADI , AKU TANYA SERIOUS NI , KAU JANGAN MAIN MAIN

then dia cakap since tadi dia tunggu aku balik bilik nak makan sama sama . seriously aku berdebar debar aku muka dah start pucat sebab siapa yang tutup pintu dalam toilet tadi . dia suruh aku pergi kat tingkap . and then aku pergi , dia just naik atas katil dia and duduk . sebab dia duduk atas katil aku . double decker , aku duduk katil bawah . then aku slow slow dekatkan telinga aku kat tingkap . bila dekatkan je , aku dengar ada suara teresak esak menangis . aku slowkan surah Yaasin yang Irfan buka . aku dengar sayup je suara teresak esak tu menangis , jelas tapi sayup . suara perempuan macam tengah kesedihan kat depan tingkap aku , aku terdiam , aku capai baju , aku salin , aku kuatkan surah . then aku cakap kat Irfan suruh tutup lampu and tidur tanpa sempat kitaorang makan . memang time tu kitaorang dah pucat and cuak . nak tanya takut tu jangan cakaplah . then lelap mata akhirnya tertidur , tiba tiba aku tersedar , sebab aku rasa macam goyang goyang . aku tengok jam handphone dah pukul 3.30am . aku pandang laptop Irfan dah tertutup . habis battery kot . then aku lelapkan mata balik . tiba tiba katil aku bergoyang goyang macam kena gegar . aku ingat Irfan gerakkan badan dia . then aku lelap jelah . then shaking shaking and terus shaking . aku pelik , aku berdiri , aku tengok Irfan selubung muka and badan dengan selimut , aku buka selimut dia aku tengok dia nyenyak gila tidur , aku baring balik and aku tak syak apa apa , then masa baring tu , makin kuat shaking . then aku dah start bengang sebab aku rasa aku tak kacau life dia . then aku duduk , katil shaking tapi slow . dalam hati aku kuat cakap suruh aku toleh bawah katil . then aku kuatkan semangat terus toleh bawah katil , masa aku toleh je , angin terus kuat kat arah tingkap tapi kat bawah katil tak ada apa apa , kosong . aku tengok tingkap just langsir je bertutup , tingkap tak , aku bangun cepat cepat tutup tingkap . masa tutup aku rasa macam ada someone berdiri belakang aku , aku toleh and terus pergi arah katil aku , ambil selimut and tutup telinga and muka aku dengan bantal . katil still shaking and aku just diam and dalam hati aku just baca ayat kursi tanpa henti , macam ada someone je aku rasa kat belakang aku . badan memang berpeluh and dalam subuh macam tu baru aku terlelap . esok tu aku tanya Ifran ,

MALAM TADI KAU ADA RASA APA APA ?

Irfan cakap dia tak rasa apa apa , but dia just mimpi seram ada "someone dalam bilik kitaorang duduk bawah katil kitaorang" . aku terus terdiam and siap siap untuk jawab last paper . dalam hati aku cakap aku yang rasa benda tu wujud , tapi Irfan yang dapat mimpi benda tu memang ada malam tadi . aku lega sebab after last paper family aku terus ambil aku sebab nak balik . kalau kena tidur lagi satu malam aku pun tak tahu nak buat macam mana . aku dengan Irfan balik on that day . but yang aku pelik , dia nak minta tolong kami atau apa ?

aku tak cerita benda ni kat ayah pun sebab ayah akan marah sebab terlalu percaya . just cerita kat Ibu Norry jelah . and bila now orang cerita kat aku , aku just senyum . sebab aku sendiri pernah alami benda yang sama . but memang aku bersyukur sebab dia tak muncul . kalau muncul memang entah entah aku dah gila sekarang . pernah juga aku tanya kat Ustaz tempat aku masa aku balik cuti , dia just cakap , sometimes kita tak boleh leka and benda itulah yang akan muncul kalau kita terlalu leka . and now memang banyak cerita dah aku dengar dari budak budak kat campus sampai aku dah lali and malas nak fikir . nak pergi toilet 3 4 pagi , nak mandi masa tu pun aku dah tak kisah . sebab bagi aku , kalau kita tak kacau dia , dia tak kacau kita kan . then selalu juga aku cakap kat membe aku :

DIA AKAN MUNCUL KALAU KAU ASYIK SERU AND CERITA PASAL DIA , JANGAN CAKAP BESAR , DIA LAGI SUKA KALAU KAU SUKA AND PANGGIL DIA

and yes , until now aku percaya benda tu ada je kat mana mana , but hijab kita je sekat kita daripada nampak dia . tak semua akan dapat lihat . terpulang kat siapa yang terbuka hijab dia . sometimes dia tak jauh pun dari kita . just berhampiran je dengan kita . yang penting kita jangan leka and selalu ingat pada Allah dalam apa juga keadaan kita dan macam orang selalu cakap , JANGAN PERNAH TEGUR .


NOTE : kalau kita boleh and suka bercakap pasal dia , dia juga suka untuk muncul depan kita


Friday, April 20, 2012

surat buat bakal isteri

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan bakal isteri yang tersayang di masa hadapan *aku pun tak tahu siapa*,

actually awak , saya pun tak tahu and tak kenal siapa awak sebab saya pun tulis surat today kan , tak tahu pun bila jodoh saya dengan awak akan sampai , maybe masa umur saya 40 tahun ke , mana tahu kan . but awak tetap kena baca juga surat ini dengan teliti , jangan asyik nak tengok cerita Ombak Rindu terjerit jerit bila Aaron Aziz keluar , ni hah baca surat  dari duplicate Aaron Aziz *buat muka bajet handsome* . eh eh mesti awak tertanya tanya kan jantan mana yang suruh awak baca entry ni . how dare awak panggil saya jantan bukan lelaki . baling tembikai lapan biji kang , okay okay tak mahu gaduh gaduh , awak kan bakal jadi isteri saya kan kan , senyum sikit ? alololoooo macam Norlia Ghani dah tu muka senyum , manis sikit senyum tu . ni saya nak cakap ni *lipat lengan baju macam kiah jual ikan masin* , kalau awak nak kahwin dengan saya , mestilah awak perlu tahu kan apa yang saya suka and saya nak kan , kata nak jadi isteri mithali kan , kalau tak nak nanti jangan lupa tuntut fasakh , boleh saya buat surat buat bakal isteri Version 2 , ini Version pertama . okay saya pun malas nak cakap banyak , saya tahu awak pun dah muntah darah dah nak baca bebanyak kan , so kepada bakal isteri saya , silalah baca dengan teliti apa yang saya suka and tak .

#ORANG MAIN RAMBUT SAYA
dalam banyak banyak benda awak tahu saya paling tak suka benda ni . kalau its happen automatically saya akan turn on untuk marah , tak kira dia budak kecil ke apa . but takdelah sampai saya nak mengamuk tak tentu pasal kan . saya kan sayang kat awak nanti , kalau main main rambut manja tak apa *buat muka gatal tahap karma* . contohnya macam adik adik saudara saya ni bila saya duduk menghadap TV , nanti dia datang kat saya and cakap camni :

EHH RAMBUT ABANG EIJAT CANTIK *lepastu terus pegang

automatically saya terus tepis and then terus pandang dia . even adik adik saya sendiri kalau nak pegang or nak sentuh area area kepala saya memang dia cari pasal untuk saya marah dia . kerek gila kan saya ? mengalahkan rambut mahal . rasa macam diri ni tak berguna je . but bila fikir balik memanglah nak marah , nak setting setting rambut *broken tatabahasa* tetibe ada orang sesukahati nak pegang , nak setting rambut dahlah lama , nak rosakkan tu 3 saat pun tak sampai . rambut aset lelaki tahu ? apa ? awak ketawa apa saya cakap ? awak cakap saya Jaafar Onn ? okay bayangkan saya datang kat awak then tarik shawl awak macam filem hindustan selalu tarik sari tu , apa rasa ? macam rasa nak baling dengan tembikai then pijak pijak lelaju kan ? *cerita penuh gaya macam SM Salim* , so saya harap awak tahu , nanti jangan mengada bila awak tengah ikatkan tie saya masa saya nak kerja , awak serabutkan rambut saya , nanti saya tak nak balik rumah lunch sama sama , suap awak makan . so jangan buat ok ? kalau tak buat nanti setiap pagi nak pergi kerja saya kiss lembut dahi awak ok ?

#ICE CREAM AND MASAK
awak awak awak , dengar lahni , saya suka makan ice cream tau , tak kiralah apa jenis sekalipun asalkan nama dia ice cream saya redah je awak . and awak awak awak , saya nak setiap kali bila saya lepas kerja , awak tunggu saya kat depan rumah dengan ice cream . yelah , bukan demand lah awak . but kalau saya dah penat penat , tension dengan kerja kat office , saya nak tengok senyuman awak yang manis bersama ice cream . sejuk je mata memandang nak nak sejuk tekak and perut bila dapat ice cream kan . so setiap bulan kena call lori paddle pop suruh hantar ice cream kat banglo mewah kita *rumah tak nak kalah* , so tak payah awak susah susah nak pergi kedai belikan saya ice cream . nanti kita makan sama sama tau , awak suap saya , saya suap awak . time masak pun sama , kalau kita masing masing dah ada rumah , saya nak tolong awak masak , baru comel macam Aaron Aziz kan . so mesti awak gembira kan nak dapat kahwin dengan saya . apa dia ? kalau awak dalam pantang masa bersalin and mama awak jauh kat kampung ? tak apa awak , awak duduk rest , saya buat kerja rumah ok ? even macam apalah ni poyo je cakap macam ni tapi tak buat kan , but saya akan cuba selagi saya boleh ok awak ? saya akan buatkan bubur awak pagi pagi and kita makan sama sama , lunch awak nanti saya belikan kat kedai boleh tak ? sebab saya kan busy dengan kerja , saya takut saya tak sempat nak balik . and malam baru saya masakkan untuk awak , saya suapkan awak makan , tapi kalau awak tak suka saya buat macam ni tak apa , hari hari kita makan kedai okay ? tapi satu je saya nak , weekend memang wajib kita untuk masak sama sama and tengah hari kita makan ice cream sambil tengok murai.com ok awak ?

#SAYA CINTAKAN AWAK
awak , awak ohh awak , janganlah buat muka durian mandul bosan baca benda ni , kan awak akan jadi bakal isteri saya , so bacalah bebetul . kang saya kahwin dengan Shila Amzah kang baru tahu . even dia dah berusia sikit , tapi bak kata orang cinta tak mengenal usia , ewahh . dahtu bila tak buat muka bosan awak janganlah buat muka blurr awak dengan tajuk kecil kat atasni "SAYA CINTAKAN AWAK" . saya just nak cakap kat awak , setiap hari , setiap masa after bila kita jumpa , saya nak awak cakap SAYA CINTAKAN AWAK sentiasa kat saya . sebab kalau kita tak cakap nanti makin lama awak makin tak sayangkan saya . awak mesti pelik and rasa macam nak baling saya dengan kelapa kejadah apa saya nak suruh awak cakap kan , simple is I LOVE YOU right , tapi awak , awak akan lebih ikhlas cakap SAYA CINTAKAN AWAK daripada awak cakap I LOVE YOU . no matter what kalau sekarang ni awak cakap , apelah lelaki senget otak tak betul ni merepek kan , padahal tak tahu lagi dengan siapa dia akan kahwin kan , but saya pasti , kalau dah ditetapkan jodoh awak dengan saya , even awak pergi lari London nak pergi jumpa Edward Cullen ke , one day awak akan datang kat saya dengan tujuan untuk jatuh cinta pada saya , and masa tu saya akan cakap :

JADILAH YANG HALAL UNTUK SAYA AND AMBILLAH TEMPAT AWAK DALAM HATI SAYA

awak janganlah ketawa , memang sekarang saya gila tulis surat awal awal , kang bila dah kahwin awak pula yang tergila gilakan saya kan . macam mana semua orang tergila gilakan Rosnah Mat Aris *kenapa nama dia tetibe masuk dalam surat aku ?!*

#SENTIASA BERSAMA
awak , saya nak cakap sikit ni . saya tahulah kan , setiap pasangan tu mesti akan ada bergaduh . but awak dengar lahni , saya serious ni , even macam manapun kita gaduh , saya nak kita settle benda ni dengan cara baik ok , sebab saya tahu , even saya tak tahu siapa awak , one day saya akan terlalu cintakan awak , sebabtu saya nak sentiasa ada dengan awak . even awak nak marah saya , awak nak baling saya dengan tembikai , dengan batang mop , dengan TV plasma sekalipun , saya akan pergi kat awak and berdiri kat depan awak supaya awak tak melangkah pergi . masatu saya nak awak pandang mata saya dalam dalam , saya nak awak tahu yang saya terlalu cintakan awak masatu . saya tak nak awak pergi , kalau awak pergi , awak bawa senyuman saya sekali pergi . bila awak sedih saya tak nak awak sedih sorang sorang . saya nak selalu ada dengan awak , peluk awak and lekapkan kepala awak di dada saya and nak awak tahu , awak sentiasa ada dalam hati saya . saya nak jadi bahu yang boleh awak letak kepala awak saat awak perlukan seseorang saat awak sedih . saya nak awaklah yang akan menemani saya setiap malam lihat bulan , saya nak jadi bulan untuk awak , sebab even jauh macam manapun kita berjalan , bulan akan sentiasa akan ada bersama kita . awak ketawa apa yang saya cakap ni , but awak , ikhlas daripada hati saya apa yang saya cakap ni . awak janganlah ketawa , kang saya tak terima nikahnya kang baru awak tahu awak akan jadi andartu seumur hidup . takut tak takut tak ? *angkat kening macam Ziana Zain

dan awak bakal isteri saya ,

saya tahu one day nanti kita akan berjumpa . awak bawa cinta awak and saya bawa hati saya . tak kiralah kat mana mana awak akan jumpa saya and kita akan jatuh cinta , but saya nak awak tahu , saya nak mulakan hidup kita dengan :

AKU TERIMA NIKAHNYA

saya nak kita always happy , itulah apa yang semua orang nak . even sekarang saya pun tak tahu awak ada kat mana , tapi saya nak awak baca and ingat surat ni betul betul . supaya masa kita jumpa nanti , bila awak tanya saya pasal benda benda kat atasni , tahulah saya yang selama ni awak stalk hidup saya *muka berlagak macam Harun Salim Bachik* . and awak , saya akan cuba jadi suami yang terbaik untuk awak , papa yang terbaik untuk anak anak kita , Syalee and Leesya . eh eh tak , mana ada saya dah fikir nama anak kita , tu anak apek kat pasar masa saya teman mama saya pergi pasar saya ambil kejap . pinjam pinjam . and saya nak awak sentiasa ukir senyuman awak , sebab itulah juga yang akan buat saya tersenyum . saya harap macam mana cepat , macam mana lambat , kita akan berjumpa juga satu hari nanti and akan jatuh cinta . and awak bakal isteri saya , saya nak awak tahu juga , saya peminat Yuna , okbai .

bakal suamimu yang handsome,
Aizat Abd


Wednesday, April 18, 2012

aku ada cerita kelakar tau

ASSALAMUALAIKUM


go go go go *tetibe macam ni dah kenapa* , macam nak mintak kena lempang lelaju je kan . so apa khabar semua ? hope dalam keadaan sihat macam aku , comel je tengok *kena booo dengan readers sambil baling kasut* . first nak cakap thank you thank you thank you for feedback passed entry about Haykall . for those yang mendoakan , thank you again and I hope akan jumpa dia again one day nanti tak kiralah bila bila . cakap pasal entry tu , ni yang malas nak update cerita sedih ni , kerja korang dok nangis je , tembak kang . tengok aku cool je *muka macam Rosnah Mat Aris nak nangis* , macam aku selalu cakap , be strong , stay cool and keep smiling . boleh je kan . so today macam takde kerja nak buat aku update lah blog . kebetulan ada cerita nak buat so terciptalah tajuk kat atas tu . siapa pandang atas ceiling dia bendul . tu atas tajuk entry besar gedabak tu , AKU ADA CERITA KELAKAR TAU . mesti akan ada yang cakap apa ni aizat nak tahu nak tahu nak tahu *ala ala gedik gadis masa kini* , siapa buat macam tu aku baling tembikai lima nam biji kat muka dia . ok itu sakit . actually tajuk kat atas je gempak padahal nak cerita pasal kisah yang bagi aku kelakar je . ganas tak aku ? *sambil buat muka berlagak macam Harun Salim Bachik* , so dah get ready nak baca tu , scroll ke bawah . aku nak pergi masak kejap setengah jam .

30 MINIT KEMUDIAN.....

siapa yang tunggu 30 minit tu better korang lompat dari bangunan . what Mat Salleh said , don't be a "lurus" person . haha memang tatabahasa aku bombastik kan . so jom mulakan mendengar , yang tak nak dengar tu , bolehlah membaca . hew hew hew *ketawa trend sekarang*


#ANAK AYAM
okay kalau balik kampung memang kenakalan aku akan mula menjelma . sana sini aku nak buat kan . ada je benda yang aku nak buat . kalau kat rumah atuk and nenek ada ayam . sebab atuk suka bela ayam and burung tau . kecik kecik memang aku suka banyak tanya , kalau dah ada idea aku nak tanya atuk aku masa atuk aku bagi makan burung and ayam tu , aku akan tanya sampai atuk aku terdiam , contoh conversation macam ni :

AKU : ATUK , KENAPA ATUK SUKA BURUNG ?
ATUK : SEBAB BILA KORANG TAKDA BALIK KAMPUNG , ATUK TAK SUNYI *atuk samakan aku dengan burung -.-
AKU : KENAPA ATUK SUNYI ?
ATUK : SEBAB CUCU CUCU ATUK TAKDA KAT KAMPUNG
AKU : KALAU CUCU ATUK ADA KAT KAMPUNG ?
ATUK : ATUK TAK SUNYI , ATUK SENYUM JE
AKU : KALAU TAK ADA PULAK ?
ATUK : !@#$%^& *no idea atuk nak jawab dah

macam tulah selalu yang aku akan tanya atuk and orang lain masa kecil . aku rasa mesti orang rasa macam nak bom aku guna tembikai lepastu campak kat laut . kalau Rosnah Mat Aris layan aku pun dia bengang . so nak dijadikan cerita aku memang suka kacau anak ayam atuk tau . and masa tu satu family balik kampung . aku pun main main sorang sorang kat luar , then nampak IBU AYAM *bukan kat lorong haji taib* bersama anak anaknya , then aku nampak ada seekor anak dia tertinggal tengah makan . ibu dia tak perasan , then aku angkat kelapa , sebab aku saja nak kacau dia suruh lari pergi kat ibu dia . punya gigih aku angkat kelapa berat masa tu umur aku 5 tahun . then lepas dah angkat aku baling kat anak ayam tu . tiba tiba tepat kena anak ayam tu . aku pun lari lari comel pergi kat anak ayam tu . then tengok dia tak bergerak dah . dah lembik . then masa tu ayah aku tengah baca surat khabar kat serambi rumah nenek . aku pun panggil ayah aku , lebih kurang macam ni ayat aku :

AYAH AYAH AYAH , NI MIRUL DAH BAGI ANAK AYAM NI JADI LEMBIK , DIA MATI KE AYAH ? KELAPA TU BERAT EH AYAH ? BOLEH MAKAN TAK AYAM TU AYAH ?

then ayah aku terus tutup surat khabar yang dia baca tu , dia pergi tengok *muka serious gila* . then aku dengan terkedek kedek happy lah sebab ayah ikut sekali tengok dengan harapan ayah pun akan happy macam mana aku happy buat anak ayam tu macam tu *sejak kecil dah kejam* . then bila ayah tengok , ayah pandang aku , ayah cakap camni tau :

KENAPA BUNUH ANAK AYAM NI ? DIA TAK BERDOSA TAHU ? KENAPA BUAT DIA MACAM NI ? NANTI KAT AKHIRAT DIA AMBIL JOY *nama timangan aku dalam family* THEN DIA BUAT MACAM NI , NAK NAK ?

aku terus berubah muka . takut tu jangan cakaplah kan . aku bukan takut sebab ayah aku marah sebab muka dia tak marah pun , just serious . aku fikir and bayangkan macam mana nanti ayam tu hentak aku dengan kelapa besar bapak kat akhirat nanti . tu je dalam kepala aku . kecil kecil mana tahu apa apa kan . then aku pun mula lah nangis . ayah aku bersuara lagi :

SEKARANG ANGKAT ANAK AYAM NI , MANDIKAN DIA , KAPANKAN DIA , TANAMKAN DIA . AYAH TAK KIRA , KENA SIAPKAN HARI INI JUGA . PERGI SEKARANG

aku dengan penuh takut sebab rasa bersalah pergi angkat anak ayam tu . tapi atuk aku back up aku , dia cakap tak apa tak apa biar atuk buat . sebab atuk , nenek dengan ibu aku just senyum je tahu . then ayah aku tak bagi . aku rasa sebab ayah nak suruh aku jadi bertanggungjawab kan . then aku pun start lah kerja bilal aku menyemadikan anak ayam tu dalam sambil menangis nangis kau tahu . tapi ayah aku tak bagi kapankan pun . ayah aku suruh bersihkan dia and tanam dia elok elok . then lepas dah tanam tu . ibu terus pergi kat aku pujuk aku , siap pakej dengan nenek aku sekali datang pujuk . aku nangis nangis sampai tertidur . kau ada ? yang paling best nak mati aku siap letak nisan esoknya . then setiap hari aku pergi jengah kubur dia sampai aku balik rumah . kecil kecil apa tahu kan . memang buruk perangai aku masa kecil . nakal bukan main . *angkat kening macam Ziana Zain

#KOLAM
yang ini cerita masa zaman aku dah besar sikit , dalam sekolah rendah rasanya . macam biasalah aku kalau geng geng nakal masa kecil ni mesti dengan abang aku . then kat area area rumah aku ni ada satu tali air tau , kira macam tak dalam sangat . banyak kali dah ibu pesan jangan main kat situ nanti aku jatuh lemas . then aku dengan abang macam biasa , makin orang cakap makin nak buat kan . kau ade ? kadang kadang rasa macam diri ni tak berguna je . tak apa masa kecil kecil nakal . dah besar macam Aaron Aziz dah sekarang *ada rasa macam nak tembak orang tak ?* then suatu petang masa hujan tu , abang aku bersuara :

JOM PERGI KAT SANA NAK , BEST TENGOK AIR HUJAN THEN LAJU LAJU AIR TU JALAN

aku pun kalau apa orang ajak memang aku on je . then kitaorang pun pergi senyap senyap . Ibu tak tahu pun sebab masa tu kitaorang kat depan rumah  . then bila sampai aku pun jerit :

WAHHH ABANG AIR DIA DAH BANYAKLAH , BEST KAN KALAU TERJUN

then aku dengan abang aku pun cangkung jelah tengok air tu , then tengah tengok tengok tu tetibe aku macam tak stabil then aku jatuh ke bawah daripada atas tempat yang kitaorang cangkung tu . abang aku punya cuak kau tahu macam mana , macam dia nak kena kejar dengan Norlia Ghani tahu sebab aku terjatuh terus je ke tengah tali air tu , but then aku punya kaki still sampai lagi kat dasar dia . masatu yang aku ingat air paras dagu aku , aku pun cuak lah sebab makin lama dia macam tertolak aku ke tengah . aku cakap kat abang :

CEPATLAH ! AKU NAK LEMAS NI *padahal aku macam sesak sikit je nafas aku sebab pressure air kan

then abang aku pun selamba je jawab :

SABARLAHH , AKU TENGAH CARI TALI NI , KAU INGAT AKU TENGAH BERSALIN KE SEKARANG

aku rasa kalau dia terjun pun dengan kami kami sekali hanyut . arwah dulu baik orangya . yoyyyyy nauzubillah . then abang aku pun lempar tali kat aku . entah mana dia rembat tali pun aku tak tahu . then dia pun tarik aku . kau tahu aku masa tu rasa macam aku ni dalam movie sebab ada orang lemas then ada orang selamatkan . until aku dah sampai kat tepi , aku pun cakap kat abang :

AKU : MACAM MANA NI , DAH BASAH NANTI IBU TAHU *muka cuak gila nak meninggal*
ABANG : KITA CAKAP KITA KENA HUJAN TAU TAU

then sampai kat rumah , abang aku terus je masuk rumah pergi ambil baju aku supaya aku boleh salin , tanpa sempat dia nak datang , Ibu Norry dah datang dulu . and Aizat , bersiap sedialah menadah telinga . serious kena bebel macam M16 , then aku dengan abang boleh ketawa ketawa tahu , then aku cakap :

NANTI KITA PERGI LAGI TAU KAT SANA , BEST KAN , KAU MACAM POWER RANGERS TADI SELAMATKAN AKU

macam tak reti tahu apa itu penyesalan kan ? aku tak tahulah macam mana one day nanti kalau aku dapat anak nakal macam aku masa kecil , mesti aku pun pening nak jaga *muka serious ni bila bercakap*

#TOILET
ini cerita masa aku kat campus . masa ni aku terkejar kejar nak mandi sebab sibuk layan Twitter kan . then layan punya layan , aku lupa yang aku dah janji dengan kawan aku nak buat Final Project sama sama . then tiba tiba aku tengok jam dah nak sampai waktu yang kitaorang janji . tapi aku sempat boleh tweet lagi satu tweet tu . then macam biasa , kalau kat campus , after maghrib je mesti akan ada ramai orang , so takpe aku cakap aku ambil wudhu and solat dulu . then after solat aku masuk bilik air , lagilah ramai . then , aku masuk balik bilik dengan bertowel aku terus baring jap , then aku pun terlelap sebab letih and tak cukup tidur . tiba tiba bila roommate aku balik bilik , dia kejut aku :

JAT JAT , KAU NAK MANDI PERGILAH MANDI , ORANG TAK BERAPA RAMAI DAH

bila aku bangun , aku tengok dah sampai waktu yang kitaorang janji , siap terlebih lima minit bagai , memang mati aku dengan aku nak mandi semua , takut tak sempat . aku pun terus capai bakul mandi and sarung je selipar roommate aku yang licin nak mati tu , then sampai kat bilik air :

PAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP !

kau tahu bunyi apa tu ? bunyi aku jatuh kat depan orang ramai dalam toilet sebab selipar tu licin . aku pandang sorang sorang , then ada yang senyum ada yang buat tak tahu . kau tahu tak perasaan aku masa tu macam mana ? aku rasa macam nak letak muka aku dalam mangkuk tandas . rasa macam tak berguna jatuh terlentang and yang aku bersyukur nasib baik towel aku tak tertanggal kau tahu , then aku terus angkat balik bakul mandi aku then terus lari keluar sebab towel aku dah basah . aku masuk bilik then aku ketawa pecah perut sambil cakap :

WEH MELL KAU PERGI BUANG SELIPAR KAU TU DALAM JAMBAN JEJAUH

sebab selipar dia aku jatuh kau tahu . then bila dah tukar towel , masuk toilet buat muka cool je tak pandang kiri kanan . aku rasa kan , kalau lepasni ada orang bertembung dengan aku then senyum senyum , aku tahu dah kenapa . so aku kena sediakan awal awal tembikai lapan biji nak baling kat siapa yang senyum *buat muka handsome macam Harun Salim Bachik* malu kau tahu , malu jatuh terbaring -.-

#LEMBU
ini pulak pengalaman menakutkan atau kelakar aku pun tak tahu . ini cerita aku dengan cousin aku . kalau time raya kan kat kampung ada lembu lembu berkeliaran kan . then aku dengan cousin aku ni kira macam dah dewasa lah kan . then kitaorang pun dok bercerita kat depan rumah atuk dengan nenek . cerita pasal zaman kecil kecil , zaman sekolah . then tiba tiba ada sorang cousin aku ni ajak aku pergi tempat yang selalu kitaorang pergi masa zaman kecil sebab kitaorang lebih senang panggil "BUKIT" sebab dia macam ada gunung ganang sikit kan padahal tak tinggi pun , then sampai kat satu lorong ni ada lembu tau , pandang macam nak gaduh je kau tahu , then cousin perempuan aku dah mula jerit jerit gedik . yang cousin lelaki aku dengan aku ni berlagak macho pergilah macam halau halau sikit . aku cakap :

WOI , JANGAN BALING BATU KAT DIA , NANTI DIA KEJAR MATI KITA

belum sempat aku habiskan ayat yang mati kita tu batu tu dah sampai and terkena kaki lembu tu . bukan batu bata kitaorang baling , tapi batu kecil kecil yang orang buat main batu seremban tu . then dengan tiba tiba lembu tu bergerak and start lari . kau tahu lari arah mana ? lari arah kitaorang yang bermaksud kitaorang pun kena lari juga *bermaksud lembu tu kejar* dengan terjerit jerit cousin aku lari kau tahu . yang kitaorang tunjuk macho ni pun sama lari meninggalkan mereka di belakang *diorang guna baju kurung* , punyalah muka cuak macam Norlia Ghani berlari 4x100m sukan olimpik , then lembu tu tetap kejar makin laju siap keluar bunyi moooooo dia sekali kau tahu . lagilah cousin aku yang gadis gadis tu menjerit macam nak nangis . then lari punya lari toleh belakang tengok lembu tu dah stop kejar tapi ada bunyi moooooo dia sekali . penat macam nak mati kau tahu lari tu dengan baju melayu and cousin aku dengan baju kurung lagi . then cousin lelaki aku siap gelak gelak kepenatan , kau tahu memang kelakar . batal niat nak pergi sana . gila punya lembu . then bila balik rumah nenek kitaorang gelak gelak je , yang cousin perempuan aku dah penat and dia cakap :

AKU HARAP LEMBU TU JADI MANGSA KORBAN MASA RAYA HAJI NANTI

hahaha , itu lawak ! memang cannot go punya lembu . tapi salah cousin lelaki aku juga , sukahati dia je nak baling reramai lembu tu dengan alasan nak halau dia . tengok sekarang dia yang halau kita . memang kalau aku kena baling batu pun aku marah siap kejar bawak kelapa and tembikai tak boleh lupa , wajib bawak hahaha !

ENDING BLOG
ini antara pengalaman yang paling aku ingat and buat aku senyum kau tahu bila aku boring boring . kadang kadang dalam class pun aku boleh senyum sorang sorang bila ingat benda ni . macam orang tak betul dah aku syok sendiri senyum sorang sorang . siap pesan lagi kat membe aku "kalau aku senyum tiba tiba , jangan takut tau" . seriously pengalaman macam nilah yang akan buat kita lagi happy . kadang kadang bila aku tengok lembu dah datang dekat dengan aku pun aku fobia , ehh tapi aku tak penakut okay , aku kan En Haris Ombak Rindu , Aaron Aziz *ada rasa nak muntah darah tak ?* , sometimes jelah . and paling best kalau benda ni kita cerita balik ramai ramai , serious seronok tak ingat dunia . nakal tu memang adatlah time kecil kan , macam korang tak pernah berak sepah sepah pulak kan , then cakap dekat mama korang "ehh mama ada donut jatuh" , ehh lepasni bila makan donut ingat benda tu je -.- siapa tak ada pengalaman lucu dia suka jejaka idaman gadis kat bawah ni :






NOTE : dah tua nanti aku dengan cousin nak cuba baling lembu and lari , tengok siapa mati dulu


Monday, April 16, 2012

smile even in pain haykall

ASSALAMUALAIKUM

first time aku nampak kau time kita keluar , kau , aku , Arriq , Danny and Ayed . aku mula mula macam ehem . ohh budak baru ke ? sebab first time arriq bawa kau lepak sama dengan kitaorang masa tu kitaorang janji nak pergi tournament bowling sama sama . sebab selama ni just aku berempat je dengan diorang . kali ni kita berlima . aku tengok kau macam pendiam so aku pun diam sajalah sebab aku memang jenis macam ni , tunggu orang yang bercakap dengan aku sendiri , bukan sebab aku sombong or apa but sebab aku takut aku yang terhegeh hegeh kat orang tu . but kau selalu senyum even dengan orang yang kau baru kenal . kau hulur tangan kat aku :

MOHD AIREYLL HAYKALL , BUDAK BARU KAT SINI , MEANS BARU PINDAH KAT SINI

even kau nampak pendiam , but kau peramah . at first aku macam takut takut juga nak tegur kau sebab aku ingat kau sombong based on muka and gaya kau . but kau ubah pandangan aku kat kau . and sejak first day kau join kami , so bertambah lagi geng berjimba aku menjadi lima orang . yes kitaorang senang dengan perangai kau . makin lama kau makin rapat dengan aku sebab kau kata aku banyak cakap even sebenarnya akulah yang pendiam . masa first time kau ajak aku pergi rumah kau sebab ada kenduri kau pindah rumah baru , baru aku tahu yang kau adalah kacukan Jerman and kau sendiri lahir kat Jerman and masa umur 4 tahun kau back to Malaysia sebab ayah kau orang Malaysia . yes memang aku admit muka kau memang dah menampakkan kacukan Germany kau . and hari itu jugalah aku tahu yang kau anak tunggal sebab kau jenis yang tak suka bercerita tentang diri kau sebab kau senang mendengar cerita orang lain . 

makin lama kau menjadi kawan baik aku , lebih rapat daripada Arriq , Danny and Ayed sampaikan orang cakap aku abang kau sebab orang kata aku lebih berdikari sikit daripada kau , kau lebih selalu minta pendapat aku sebelum make a something . even muka aku nampak lebih babyface dari kau haha . selalu aku cakap macam tu but kau terus je senyum and kau cakap aku memang takda babyface tapi aku ada rambut blonde . and benda tu selalu buat aku dengan kau ketawa terbahak bahak , entah kenapa aku tak pernah nampak kau masam , nampak kau sedih . orang selalu cakap bila jumpa kau dengan aku :

KAT MANA AKU NAMPAK EIJAT KAT SITU JUGALAH AKU NAMPAK HAYKALL

aku faham maybe sebab kau takda abang , kau selalu lepak rumah aku . aku tak pernah kisahpun sebab aku pun okay je berkawan dengan kau . makan sama sama , and Mummy kau juga selalu ajak aku tidur rumah kau . pernah one day masa kita buat kerja kat Starbuck dengan Ayed kau tiba tiba bersuara , kau cakap :

EIJAT , KAU PERNAH RASA HAPPY TAK ?

aku dengan Ayed just ketawa je , aku cakap kenapa kau tiba tiba cakap macam ni ? yang Ayed pulak tak henti henti ketawa sebab dia kata soalan kau macam nak minta lempang guna kaki . but bila aku pandang muka kau , kau serious . then aku macam tak sampai hati pula nak jawab . aku pandang Ayed , then Ayed stop ketawa . then kau pandang Ayed , kau tanya dia , pula . then aku start buka mulut . aku cakap kat kau :

SEMUA ORANG AKAN RASA HAPPY , EVEN DIA BUAT ORANG KETAWA PUN DIA DAH BOLEH HAPPY , KADANG KADANG KITA SENDIRI TERSENYUM PUN KITA DAH BOLEH HAPPY , KAU KENA INGAT HAYKALL EVEN KAU SAKIT PUN BUT KAU BOLEH BUAT ORANG HAPPY PUN KAU AKAN RASA SIKIT HAPPY

kau tanya pula kat Ayed , Ayed just diam je then dia jawab "aku happy dengan diri aku" , then kau buka mulut , kau cakap :

AKU JUST NAK HAPPY , AKU TAK PERLUKAN SEMUA KEMEWAHAN

then kau sambung buat kerja ubah topik lain , even kau dah ubah topik but aku macam ada rasa something yang kau cuba sorokkan . one day kau bagitahu aku yang kau dah together dengan Nisa , aku macam pelik sebab macam mana dia boleh jatuh cinta dengan Nisa padahal mereka rapat . then dia pun cerita , aku rasa macam nak ketawa pun ada . and sejak daripada tu aku nampak kau sangat happy dengan Nisa . dalam hati aku just cakap :

KAU DAH DAPAT PUN HAPPY TU BROTHAA

one day masa aku lepak dengan Arriq , Ayed and Danny , Ayed tanya Arriq kenapa kau pernah cakap kau nak happy . masa tu ada aku ajak kau join but kau cakap yang kau kena pergi teman Mummy and Daddy kau dinner . ok tak apa kami keluar berempat . masa Ayed tanya , Arriq just senyum je , Arriq cakap yang kau sebenarnya sunyi . Daddy kau Private Engineer , selalu ada project sana , project sini , bila weekend pun Ahad sahaja kau boleh jumpa Daddy kau itupun kalau Daddy kau tak ada project . Mummy kau pula always busy dengan work and kadang kadang sampai pukul 9 10 malam baru balik rumah . even kau tak pernah cakap sunyi tapi Arriq boleh nampak yang kau sunyi . Arriq cakap kau rapat dengan Mak Cik Maznah , orang gaji kau sebab setiap hari dia yang rajin layan kau , Arriq cakap juga Mak Cik Maznah selalu dengar kau cakap kat dia yang kau just nak happy , bukan kemewahan . and sejak hari itulah aku tahu kenapa kau cuba paksa tersenyum even kau sendiri tak dapat kebahagiaan dalam hati kau . and sejak daripada hari itu jugalah aku tahu macam mana kau belajar tersenyum dalam kesakitan . even kau dah ada Nisa , tapi kau still rapat dengan aku , even kau nak buat apa sekalipun mesti kau akan tanya aku dulu , hinggalah kita dah nak SPM . one day before paper last tu , kau cakap kat aku :

EIJAT MASA AMBIL RESULT NANTI PERGI SAMA DENGAN AKU , NANTI DAH SUSAH NAK JUMPA

then aku pun ok jelah , sebab aku ketawa masa tu , aku cakap last paper pun tak jawab lagi kau dah fikir ambil result . sebab dia ni kira best student jugalah . and after paper , aku dah jarang dah jumpa kau . kalau jumpa pun masa kita lepak berlima . but kalau nak tunggu kau datang lepak rumah aku tu memang harapanlah kan . pernah gak aku jumpa Nisa masa aku dengan adik aku pergi beli baju , but Nisa kata dia selalu contact kau but korang jarang keluar sama . sebab kau busy dengan English classes . mula mula aku macam ok , but bila balik aku fikir balik , English kau is the better among people in school sebab Mummy kau sendiri dah ajar kau speaking sejak kecil but then kau ambil English classes ? aku diam jelah sebab aku malas nak fikir buruk . lama juga aku tak jumpa kau , Arriq , Ayed and Danny sebab sometimes aku pergi Shah Alam semua kan . then one day before result , kau text aku :

EIJAT , ESOK KAU TUNGGU AKU KAT GATE SEKOLAH , AFTER AMBIL RESULT , AKU DAH CAKAP DEKAT ARRIQ, AYED DENGAN DANNY

then after ambil result lama juga kitaorang tunggu kau , lambat juga , then aku pun lepaklah dekat kedai cendol yang selalu kau suka makan tu , even kau ni memilih makanan nak mati , but cendol kau suka . sometimes kau ni kelakar . then lewat juga kau sampai , aku tengok kau dengan Mummy kau , Mummy kau keluar sekali , and tahniah Haykall kau dapat 9A+ and satu lagi B + . aku dah agak itulah yang kau akan dapat , kau kan best student . after kita borak borak , Mummy kau ajak balik sebab dah lebih satu jam setengah . tapi muka kau dari tadi aku tengok gelisah je pandang kiri kanan . then masa Mummy kau dah masuk kereta , kau cakap yang kitaorang kena datang juga rumah kau after balik . then bila lepas tu kitaorang straight jelah pergi rumah kau sebab aku drive kereta . sampai kat rumah kau Arriq tiba tiba cakap :

KALL , KAU NAK PINDAH KE ? KENAPA RUMAH KAU KOSONG ?

kau senyum and kau cakap ya , kau nak pindah . Ayed semua terkejut but aku blur blur masa tu sebab aku ingat kau main main . then aku cakap , kau nak pindah mana ? rumah lain ? then kau tumbuk perlahan perut aku . tak sakit pun sebab macam gurau gurau kan . then kau cakap :

AKU BACK TO JERMAN , DADDY AKU DIA NAK CARI LIFE KAT SANA

then masa tu aku macam ohh kenapa kau tak cakap awal awal ? then sekarang baru nak bagitahu . kira macam terkejut badak jugalah but acting like cool . Arriq macam nak marah kau , but aku cakap kau mesti ada sebab buat macam ni . but bila aku fikir balik , at least kalau kau tak nak cakap kat diorang , kau boleh cakap kat aku kan . selalu boleh je kau cakap . aku tanya Arriq kau kecil hati ke ? then Arriq cakap tak but rasa macam hampa sebab kau buat macam ni . Ayed dengan Danny pun . entah kenapa aku macam faham kenapa kau buat macam ni , aku try cool down . aku cakap nak marah macam manapun dia dah nak pergi pun dah today , tak kan nanti dah susah nak jumpa kau still nak marah , ni mana tahu last kita jumpa dia ke , then diorang start faham . but now masa tulis ni bersamaan dengan 15 April 2012 , aku terfikir , kenapa orang suka pergi jauh jauh tinggalkan aku ? back to story , Mummy kau panggil suruh masukkan beg dalam kereta , Daddy kau pun ada , kitaorang just tolong je . but muka kau still nampak gelisah , sana sini kau pandang . kitaorang tak syak apa apa pun . then masa Mummy kau cakap nak bertolak tu kau bagi alasan yang kau tak puas lagi lepak sama , then Mummy kau cakap jangan lama lama nanti nak kejar flight . then sampai masa dah kau nak bertolak , muka kau memang sedih aku tengok . kitaorang ingat lagi semua benda yang kau cakap kat kami :

#ARRIQ : kau jaga diri , even nanti kita tak jumpa dah sebab aku kat Jerman , but thank you kau kenalkan aku dengan kawan kawan kau yang mana dah jadi kawan kawan aku , aku sayang kau arriq , even ayat aku macam gay tapi inilah apa yang aku nak cakap , orang kata kekasih boleh cari , sahabat susah nak cari - then kau peluk Arriq

#AYED : ayed , aku tahu dalam kita berlima ni kau paling nakal , thank you jadi kawan aku , selalu buat aku ketawa dengan lawak kau . kau jaga diri , jangan nangis ok *tak menangis pun* , aku pun sayang kau ayed , bila dah kahwin nanti jangan lupa ajak aku , aku dah tempah nak jadi pengapit kau . and aku akan ingat cakap kau "aku happy jadi diri aku sendiri" - tumbuk perlahan perut ayed and peluk

#DANNY : eh eh abang handsome , chill bro , sorry aku tak bagitahu semua pasal ni sebab aku ada sebab aku sendiri kenapa . then kau Danny , even kau selalu perasan comel , aku admit kau memang comel haha , and Danny , friendship never end ok , aku sayang kawan kawan aku semua , kau senyum selalu , kata nak handsome kan - peluk Danny

#AKU : eijat , seriously aku memang sedih nak tinggalkan friendship ni sebab kaulah yang paling rapat dengan aku , kaulah yang selalu dengar apa yang aku cerita . lepasni kau jangan rindu cerita aku tau . aku dah anggap kau abang yang terbaik bagi aku , kau selalu ada dengan aku , but sorry bro aku tak bagitahu kau semua ni . ingat aku sayang kawan kawan aku semua , jaga diri bro , aku akan ingat cakap kau , senyum even kita terluka - peluk kuat aku

then aku nampak mata dia macam berkaca tapi dia tahan . Mummy dia dah lap airmata , yes Mummy and Daddy dia sangat baik , cuma sibuk dengan kerja buat mereka selalu takda masa dengan Haykall . masa kereta dia bertolak , kami just lambai , Haykall senyum and cakap :

YOU GUYS ARE THE BEST EVER , GOODLUCK ! SEE AGAIN ASSALAMUALAIKUM

and start from that , tinggallah kami berempat . selalu juga kitaorang YM kau but makin lama masing masing busy dengan commitment masing masing sebab masa tu semua nak apply sambung belajar , then makin lama makin lost contact . pernah sekali aku YM kau banyak kali tapi kau tak balas dah . aku pun tak tahu kenapa and aku just fikir positif , even lama dah tak contact , aku masih ingat lagi siapa kau , Mohd Aireyll Haykall yang pernah jadi kawan aku dulu . one day , aku terima email daripada someone masa aku tengah final exam , aku buka and keluar nama Hanisa Adam . aku pelik sebab dah lama aku tak contact Nisa and aku hampir lupa tentang dia , yang aku ingat kau together dengan dia . seriously tak terlintas nak tanya kau pasal dia before kau pindah . then aku buka email tu and aku baca . Haykall , kau buat aku terkejut Haykall . for those yang nak baca , klik entry bawah ni :


lepas je baca email Nisa , aku terkejut Haykall and aku fikir balik , sebab ini jugalah kau selalu tak balas email kitaorang . masa aku dapat email tu aku memang tak sangka and aku berdoa yang kau akan kembali macam dulu balik Haykall . setiap yang berlaku tu mesti akan ada kebahagiaan buat kita ! macam aku cakap smile even pain , aku tak tahu yang now kau masih ingatkan aku , Arriq , Ayed and Danny ke tak , but kami akan always ingat kau , support kau even kau jauh dah sekarang . memang kami tak sangka this happen kat kau . but Haykall , jauh macam manapun kau , lama macam manapun kita tak jumpa , aku masih ingat semua ni .

15 APRIL 2012

today kan ? and today is your birthday Haykall . even aku tak tahulah yang kau baca or tak entry ni , aku , Arriq , Ayed and Danny nak wish Happy Birthday untuk kau Haykall . even kau tak ingat lagi ke kat kami kan Kall , kitaorang tetap nak wish juga sebab bagi kamilah kaulah sahabat , kaulah adik beradik kami . aku harap umur baru ni make kau lebih kuat , a hero never give up even he is fall for many time Haykall . aku tahu even kau tak rasa kesakitan yang kau alami sebab kau tak ingat apa apa , tapi bagi kami kau terseksa , ingat Kall :

SMILE EVEN IN PAIN , WHEN LIFE GIVE YOU HUNDRED REASON TO CRY , SHOW LIFE THAT YOU HAVE THOUSAND REASON TO SMILE

macam manapun lemahnya seseorang tu , pasti akan ada waktu untuk dia bangun and terus berusaha , even kau dah jauh Kall , kami tetap rasa kau ada dekat dengan kami . tak pernah hilang dalam ingatan kami . 

KAWAN TU MACAM GULA GULA GETAH , EVEN RASA MANIS DIA DAH HILANG , DIA TAK AKAN LARUT DALAM MULUT KITA , EVEN KITA TAHU DIA AKAN KELUAR DARI MULUT KITA NANTI

memang susah nak bagi kau hadiah Kall sebab kau dah jauh , but kau anggaplah memori kita semua tu as hadiah birthday kau dari kami , even Arriq tak bagi aku masuk gambar kita keluar , gambar kau sebab Arriq cakap itu privacy kau , but aku nak kau tahu , setiap gambar ada memori yang kita semua pernah kenal dulu . even sekarang just boleh tersenyum je bila ingat . and Haykall , aku harap makin hari kau makin kuat . aku happy dengan life aku sekarang , setiasa positif dalam hidup and sentiasa tersenyum even ada orang nak jatuhkan aku . Arriq pun sama , dia cakap dia harap kau akan back one day untuk senyum kembali ketawa dengan kitaorang . kalau ada jodoh kau dengan Nisa , kami doakan yang kau akan back to her one day Kall , dia always tunggu kau buat dia kembali tersenyum . Ayed masih dengan gila gila dia Kall and dia cakap dia tunggu kau untuk jadi pengapit dia one day nanti , and Danny , masih perasan diri dia handsome macam dulu . Kall , even kami tak nampak kau macam mana sekarang , but just satu je kami nak cakap : 

FRIENDSHIP ISN'T ABOUT BEING INSEPARABLE , IT'S ABOUT BEING SEPARATED AND NOTHING CHANGES , MEMORIES




and Mohd Aireyll Haykal , jaga diri , hiasi peribadi , HAPPY BIRTHDAY brothaa , peace !

cc : Afiq Dzarriq , Zahed Ashraf , Iman Danial and Hanisa Adam


NOTE : hanya kawan sejati yang tahu macam mana kesakitan kawan baik mereka