APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, April 12, 2012

aku suka ini , kau suka apa ?

ASSALAMUALAIKUM

yoy *tibatiba , apa khabar semua pun adoi der ? today aku selesema sikit . okay maybe effect semalam aku makan ice cream tak ingat dunia , main makan sukahati aku sahaja . memang gedik kadang kadang antibody aku ni , haha but semua ini ada hikmah lah . setiap penyakit tu dicipta supaya suruh kita beringat , ye tak ? *muka yakin macam Jaafar Onn . so semalam dah cerita pasal adik aku dengan Hantu Maya Karin ye tak ? so now aku nak cerita pasal aku suka ini , kau suka apa ? ada rasa macam nak tumbuk and lempang laju laju tak aku ? mendalam kan maksud dia , rasa macam nak panggil Aaron Aziz suruh terangkan ? takpe kembar dia ada kat sini . so today aku nak cerita pasal apa yang aku suka , apa yang aku sayang . that's mean more to barang barang yang aku suka and sayanglah , like warna , number and so on . siapa tak faham aku geletek dua dua kaki dia laju laju . ok faham dah ? bagus . so ape lagi scroll le ke bawah . kalau hari tu dah suruh Aaron Aziz scroll , ni nak suruh siapa ? Rosnah Mat Aris ? *sambil panggil kuat kuat nama Rosnah . okay siapa nak dengar and baca cerita ni angkat tangan tinggi tinggi ? *booooo kena baling kasut dengan reader . sedih , tapi apa kisah jom baca , nak baca sambil lelap mata ke , sambil berak ke , sambil makan tembikai ke mari mari .

APA YANG AKU SUKA ?

#WARNA MERAH
okay ini memang tak dinafikan kau tahu , aku memang suka sangat warna ni . aku pun tak tahu kenapa . actually dulu aku macam what the ziana zain aku nak pakai warna merah , but one day tu aku jalan jalan and mata aku tertumpu kat ada red shirt ni . aku patah balik , aku masuk boutique tu , aku straight cakap kat orang kedai yang cantik lagi melecun tu yang aku nak saiz , terus beli . kau tahu aku macam dah kena pukau dengan baju tu , and start from that aku dah suka warna merah . ape dia ? korang kata aku gedik suka warna merah ? *aku ambil tembikai kelapa baling ramai ramai . warna tu cool apa , mama selalu cakap :

MERAH ITU SEKSI *dengan megah bangganya bercakap

kan nampak kan aku seksi ? ambik kau kejap lagi semua dah siap dengan kasut semua pakat nak baling aku .  for those yang tak suka warna merah tu , you should try and rasa keseksian and kemachoan bila guna warna tu . kerana dirimu begitu berharga buat kata OLAY *produk gadis gadis . and yes , mostly baju aku banyak warna merah , baju jelah sebab barang barang lain tu aku more like to silver or gold , macam jam tangan kan . yes , warna sangat esklusif . tambahan pula , baju merah ni jarang kita nampak , yang banyak hitam putih hitam putih and yes itu boring , macam warna ikan bawal dah . eh itu ke warna ikan bawal ? *sambil angkat kening macam ziana zain .




#NUMBER 27
okay ini memang tak dapat dinafikan , aku macam yeay yeay yeay , kau ada number 27 ? aku macam dah gila dengan number ni kau tahu . aku pun tak tahu kenapa . nampak macam cool . ada rasa nak lempang orang tak ? but dia macam omel omel je bila aku nampak number ni . and kalau ada orang cakap dia juga suka number 27 kau tahu aku cakap apa ?

WOI , NI NUMBER AKU LAH , KAU AMBIL NUMBER LAIN , TUMBUK KANG *buat muka serious padahal nak ketawa

tapi nak buat macam mana aizat , kau ingat kau punya sorang number 27 ni , nak kena pijak oleh orang ramai . entah entah En Haris Ombak Rindu pun suka number 27 . okay siapa yang suka number 27 ni geng aku . nanti kita ramai ramai buat dinner . Malam Gemilang 27 . makanan masing masing kena bawa sendiri ok ? siapa yang tak bawa kena lempang and duduk kat luar je sorak sorak *nada cakap serious ni




#SHAWL
okay ini bukan aku typo nak tulis syawal ke apa ke , lambat lagi nak raya kau tahu . tapi aku suka shawl yes memang aku suka *bershuffle macam datin maimon . actually aku suka tengok orang pakai shawl . tak kisahlah sekarang ni dah kembali ke zaman ikan bawal , eh maksud aku tudung bawal . but aku still akan terus support shawl . haha mengalahkan aku yang pakai kan . but sebab aku suka juga aku selalu paksa duplicate Yuna aku pakai even dia cakap dia nak pakai bawal . kadang kadang jelah aku paksa hoi hew hew hew *ketawa trend sekarang . ini semua sebab Yuna betul . even Yuna sudah berserban , eh maksud aku benda yang menutupi kepala atau rambut dia sekarang tu , tapi aku tetap suka bila tengok Yuna pakai shawl . then aku dengan adik Shyrra aku kalau tengok mesti akan cakap :

ATOTOTOOOO OMEL OMEL OMEL MACAM BARBIE *sambil buat muka comel

even nanti entah entah masa zaman anak aku orang dah pakai tudung jenis apa pun aku tak tahu , tapi nanti aku akan suruh anak aku pakai shawl macam Yuna tak pun Hana Tajima , baru cool , lilit sana sini . then bila nak buka mengambil masa setengah jam untuk membukanya . Harun Salim Bachik pun pakai shawl you know ! tapi serious cool je tengok orang pakai shawl . eh kejap , ini masuk dalam kategori apa yang aku suka ke ? *buat muka keliru macam Norlia Ghani pulak .



EHHHHH ! BUKAN INI , TAPI SHAWL MACAM NI !



BENDA YANG AKU SAYANG ?

#COMICS
komik memang tak boleh dilepaskan dari fikiran aku . memang inilah benda yang paling aku sayang , benda yang paling aku suka kau tahu . kadang kadang aku boleh dok habiskan masa aku satu hari baca ulang ulang komik tu *even setiap hari baca komik sama . yang paling tak beragak , bila keluar mesti aku akan beli 2 3 komik . tak kisahlah apa apa yang penting nama dia komik . kejap ! ada yang tak tahu apa tu komik ke ? nak kena sumbat tembikai dalam mulut ke ? okay kalau tak tahu juga apa tu komik tengok benda ni :




ini aku baru masukkan certain sebab aku malas nak kemas balik . kadang kadang sampai Ibu Norry bising sebab dah takda space dalam almari and rak nak letak , kena beli baru . addicted kau tahu . well , dah minat kan , entah entah Lisa Surihani pun suka ye tak ? *sambil tersipu sipu malu . and kalau kena bebel bebel macam M16 dengan Ibu Norry , aku mesti akan cakap

YE YE YE , INI LAST INI LAST , ESOK BELI KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PULAK *sambil tunjuk gigi and peace

and Ibu Norry mesti tak akan jadi marah sebab dia akan ketawa . sebab aku and Aiman pun suka beli , Ayah Abd ? lagilah menggalakkan , kalau Aiman tak nak beli , dia bagi duit pergi paksa beli . sampai kadang kadang aku pun tak tahu nak beli komik apa sebab semua dah ada , yang tinggal and tak beli lagi adalah majalah mangga ? *siapa tak tahu majalah ni dia tidur keluar air liur basi

#BERRYHITAM dan APPLE
kedua dua ini makanan atau buah buahan kan . agak pelik kan bila aku cakap aku sayangkan mereka . actually memang semua bila nampak aku akan cakap :

AIZAT , TAK PENAT KE TANGAN TU ASYIK DUK TEKAN TEKAN JE BENDA TU ?

aku pun macam , aikk , ini tangan akulah , memang taklah nak penat , bukan guna tangan kau pun . daaaaa , hello *gaya ala ala perempuan gedik masa kini* ini i punya tangan so i tak pernah rasa penat okay . but kedua dua benda ini memang aku sayang . tapi kedua dua ini kadang kadang menyakitkan hati aku , sebab mereka ini tidak tahan kekuatannnya sebab selalu sangat cepat mati . eh eh , masih blurr ke dengan apa yang aku cakap ? *lempang sorang sorang . inilah maksud aku BerryHitam dengan Apple tu , peace




macam semua orang akan bising kan , battery dua dua ni akan cepat out . kadang kadang rasa macam nak letak dia jauh jauh then tembak dia laju laju . tapi nak buat macam mana , benda nilah yang selalu pukul 5 6 pagi aku sorok bawah bantal and tweet tweet pasal cinta , ouchh *rasa macam diri ni tak berguna je hari ini .

#TENNIS RACKET
benda ketiga yang aku sayang and cinta *background music : ombak rindu . benda ni Ayah Abd yang hadiahkan kat aku and yes aku jaga benda ni dengan baik *tapi selalu aku jatuhkan and buat pukul kumbang jahat . kadang kadang bila dia jatuh aku cepat cepat ambil and aku belai and tengok sekeliling racket tu ada cedera ke tak . ok cedera pun boleh . tatabahasa semakin broken . tapi kan , dengan benda ni jugalah aku gunakan nak buli adik aku , tapi takdelah kasar hoi , buli buli manja , omel omel je . haha . dan inilah benda tu :




dan benda ini jugalah yang banyak mendewasakan aku , eh silap silap *kena baling botol and kasut dengan reader . dah buruk dah pemegang dia , rajin juga aku main , but sekarang ni macam , alaaa nak main ke tak , macam malas kau tahu . sedangkan Maya Karin pun rajin pergi main tenis , aku pulak yang malas . but always weekend je habiskan masa dengan benda ni . kalau tak memang harapan aku nak main , baik aku layan laman sosial ye tak ? tapi kalau dah asyik hadap , sekali lagi kena bebel M16 dengan Ibu Norry *mohon dia tak baca , Amin . hew hew hew *ketawa trend sekarang , peace .

okay , selesai dah penceritaan aku pada hari ini . tiba tiba aku rasa lapar padahal aku dah makan banyak kali today . and kalau siapa yang ada sama character dia dengan aku , kita geng , nanti kita buat satu team yang dipanggil , TEAM BERJIMBA . faham kan apa tu berjimba ? kalau tak tahu juga aku suggest korang pergi kurung diri dalam bilik lama lama , kalau rasa macam dah nyawa nyawa ikan tu , keluar pergi selamatkan diri kat Ziana Zain , eh bukan , hospital . simple thing je berjimba tu , which is bersuka ria . and yang support setiap entry aku and blog ni , nak ada hadiah , sorang satu gula gula kapas *sambil berdiri atas stage agihkan gula kapas . and terima kasih sebab terus support AA (Aizat And - Aaron Aziz) , peace ! haha *sambil makan cornetto strawberry dengan Rosnah Mat Aris . malam ni malam jumaat , ada kum kum kat tingkap tu .



NOTE : lepasni nak ubah minat , nak minat orang buat mulut itik , ambil gambar kamera setinggi alam *opss !