APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, May 22, 2011

INILAH CINTA

PART X (cont'd)



"....datang keinginan kepada Danni untuk berjalan-jalan di sekitar hospital. Danni menguatkan tubuhnya untuk mengatur langkah. Pelbagai keadaan pesakit dia dapat lihat sewaktu berjalan-jalan di sekitar wad itu. Sewaktu Danni melintasi di hadapan bilik doktor, dia terdengar sesuatu yang dibincangkan oleh doktor dan kedua ibu bapanya lalu berhenti melihat di cermin kecil yang berada di pintu. 

Maaf tuan, puan. Barah Otak anak tuan dan puan benar-benar sudah sampai ke tahap yang paling tinggi. Kami dah tak boleh nak buat apa-apa lagi dah. Semua ubat yang diberi dah tak memberi kesan apa-apa. Walaupun dengan melakukan pembedahan. Jangka hayat untuk anak puan pun hanya tingga lebih kurang  sebulan sahaja lagi. Maaf tuan, puan. Pihak kami dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Redha sahajalah dengan ketentuannya. Tetapi kami akan berusaha lagi untuk merawat penyakit ini”, kata doktor kepada Datin Hasnidah dan Datuk Kamal. 

Tidak dapat digambarkan perasaan Danni pada waktu itu. Tanpa disedari airmatanya mengalir deras lalu tersandar di dinding belakangnya. Fikiran Danni bercelaru. Jiwanya kosong. Bagai disentap-sentap dan dihiris-hiris jantungnya itu. Datin Hasnidah dan Datuk Kamal keluar daripada bilik doktor dan agak terkejut apabila melihat Danni berada di hadapan pintu bilik tersebut. Datuk memeluk Danni.

Sabar Dani. Dani harus kuat. Jangan putus asa. Dani anak papa yang paling tabah dan kuat berusaha. You must be strong dude. Mama dan papa akan sentiasa sokong Danni”, kata Datuk Kamal cuba menenangkan Danni. 

Danni memeluk Datuk Kamal seerat yang dia mahu agar kesedihan ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan sambil diperhatikan oleh Datin Hasnidah dengan linangan airmatanya yang laju mengalir.

*                      *                      *

Setiap hari Danni menghitung hari menunggu saat malaikat menjemputnya pulang kepada Sang Pencipta. Masa Danni hanya dihabiskan di tikar sejadah. Memohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. Danni redha dengan ketentuanNya dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya. Danni tahu setiap yang hidup, pasti akan mati. Setiap hari Datin Hasnidah akan berlinangan air mata melihat keadaan Danni yang semakin teruk. Sehinggakan Danni pun tidak sanggup untuk melihat keadaan dirinya di cermin. Malu untuk keluar dari rumah kerana tidak mahu jiran tahu akan keadaan dirinya. Di saat Danni memerlukan seseorang untuk mendampinginya, Allah mengurniakan Farra yang sentiasa menjaga Danni, menurut segala kemahuan Danni walaupun fikiran Danni hanya terfikirkan Dania. Setiap hari Farra akan cuba menceriakan Danni tapi setiap kali itulah Danni akan melukai hatinya. Memarahi dia kerana Danni merasa kekurangan dengan keadaan diri Danni sendiri. Namun, Farra sabar melayan kerenahnya. Pagi-pagi lagi dia akan sampai menyuapkan sarapan dan sebelum tidur akan menemani sehingga Danni tidur. Setiap malam juga Danni akan duduk di balkoni memegang gitar dan memaksa jarinya memetik gitar untuk mendendangkan lagu yang menjadi kegemaran Dania setiap malam sebelum tidur. Walaupun kelibat Dania tiada di balkoni, tetapi Danni sentiasa menunggu kepulangannya. 

"Dania, aku merinduimu Dania. Sangat-sangat merinduimu. Andai waktu dapat diputar semula, akan aku ungkapkan perasaan cinta aku kepada kau Dania. Tapi aku bodoh. Bodoh sangat. Aku takut untuk melafazkan cinta kerana takut cintaku ditolak. Aku rasa lebih baik aku pendamkan saja perasaan aku ni. Maafkan aku Dania sebab terpaksa merahsiakan penyakit aku ini dari pengetahuan kau. Maafkan aku juga Farra kerana tidak dapat mencintai kau sebagaimana aku mencintai Dania", bisik Danni sambil memegang gitar dengan linangan airmatanya.

*                      *                      *

Esok menjelang hari lahir Danni namun..."


bersambung....