APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, December 14, 2011

tak semua jahat

ASSALAMUALAIKUM

berehat sebentar dari menulis blog . hehe , bunyi macam poyo je nak berehat bagai kan macam ade je org nak baca blog aku nih kan padahal follower pun tah bape kerat je , tapi apapun hargai wooo follower aku . even aku cerita tah apa apa merepak tahap bosan karma pun adelah jugak yang rajin follow story aku . bila dah buat entry mesti ada title entry kan . kenapa kali ni macam syahdu pulak cerita aku ni ? kenapa kenapa kenapa ? memang jugak sebab aku baru lepas tengok cerita juvana . serious dulu aku macam rasa entah apa apa cerita ni , tapi bila membe aku bukak kat laptop malam tadi aku macam pandang pandang tak je , tapi bila dah tengok , macam addict sebab nak tahu ending dia macam mana . and , bila baring terfikir . terbayang sana sini . terbayang sekeliling , tengok orang sana sini , dalam majalah , dalam internet , dalam akhbar , dalam berita , macam macam boleh dengar setiap hari kan ? macam mana boleh tengok . bunuh , rogol , buang bayi , dera and apa lagi . heh , aku kat sini bukanlah nak sibuk ambil tahu hal cerita org lain tapi sebab aku terasa ingin nak bercerita , aku bukaklah mulut , bukan nak menuduh , bukan nak menambah . tapi ... untuk sama sama berfikir , adakah semua orang jahat ni jahat ?




waktu kecil dulu bila dengar je orang masuk penjara , bila tengok je orang duduk rempit sana sini , semua cop mereka jahat . semua cakap takda masa depan . tapi kenapa masa depan mereka takda ? sebab takda orang nak bawa mereka sama sama mencari masa depan mereka . caci maki jadi makanan setiap hari sampai dah lali . kadang kadang timbul juga rasa dalam hati aku bila sendiri aku tengok orang orang macam ni , terdetik dalam hati aku "ibu ayah dia tak marah ke dia macam ni ? macam mana kalau dia balik rumah" . tak pernah pula aku terfikir sampai ke tahap dalam nak soal selidik masalah mereka sebab aku sendiri pun belum tentu lagi hala tuju yang aku pilih masa hadapan . naik peringkat sekolah menengah , makin ramai orang boleh aku lihat . peluk sana sini sesukahati . kadang kdang cium depan public , mana maruah ? mana , sebab biar kita miskin tapi maruah kita kaya , tinggi . tapi , kenapa mereka macam tu ? kenapa ?

kadang kadang terbuka mata , bukan salah mereka sebab pengaruh dari orang sekeliling main peranan , pengaruh ibu bapa . tapi tak boleh nak salahkan ibu bapa kalau ibu bapa dah bnyak kali tegur still macam tu . kalau pakwe tegur baru nak berubah , macam tu ? kiranya pakwe kau lah beranakkan kau . yang paling rasa nak lempang bila ada budak datang minta sedekah tapi ada orang maki dia halau dia , aku rasa macam nak lempang , siku je orang yang halau dia tu . come on , aku tahu meminta minta ni dilarang , aku bukanlah nak bercakap bnyak sebab ilmu aku pun tak cukup lagi kat dada ni . tapi , bila nampak je orang macam ni , semua start bukak cerita kedai kopi dia dok kutuk budak ni . cuba faham dia , cuba tengok dia dari segi lain . kenapa dia macam tu ? sebab dia orang susah , nak dapat makanan untuk satu hari pun susah . kadang kadang ada yang sanggup meragut lepastu ramai ramai pukul sampai koma ? undang undang mana kau pakai ? negara ada undang undang . sebab tak semua mereka jahat , kadang kadang nak buat jahat ni fikir siang malam pagi petang  , 44 kali fikir , menggeletar tangan sebab takut , tapi sebab terpaksa . sangat terpaksa .

pernah juga membe aku tanya kat sorang budak sekolah aku ni dulu dulu , dia tanya family dia tak marah ke dia selalu bawa balik perempuan kat rumah , alasan dia senang , mak ayah dia selalu kerja shif malam . woww , senang je alasan dia . aku tak boleh bayangkan kalau tengah dia buat maksiat , dia kena serangan jantung ke apa ke , sempat lagi nak patah balik ? tak sempat bro . aku buat benda ni semua bukan aku nak cakap aku baik , bukan aku nak cakap aku ni tak buat jahat . semua manusia tak sempurna . cacat cela mesti ada , dalam nampak atau tak nampak je . aku tulis benda ni bukan daripada luahan yang kosong tapi kerana aku lihat perspektif lain tak semua orang jahat tu jahat . sebab kadang kadang mereka diapaksa atau terpaksa . sebabtu kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita . kita bukan siapa siapa nak judge orang , nak tuduh orang sebab dah jadi satu adat kalau pesalah mesti dicop penjahat , tak semua sebab kadang kadang kalau setiap hari menghadap cacian , makian , sanggup ? lets think it , assalamualaikum .


NOTE : tak semua orang jahat takda masa depan