APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, August 30, 2012

hari hari hari raya !

ASSALAMUALAIKUM




PERHATIAN ! GAMBAR DI ATAS HANYA UNTUK TATAPAN SAHAJA , BUKAN GAMBAR PERNIKAHAN ANTARA AKU DAN DIA 

fulamak fulamak fulamak fuyoooo fuyoooo fuyooo adodoi ! okay sawan katak mengkuang dah sampai . agak lama serious agak lama aku tak make new entry . aku rasalah selama aku menceburkan diri dalam dunia blogging nilah kan , ni paling lama aku tak update blog . dah nak masuk 19 hari . and pastinya ada yang rindu aku ye tak ? okay rasanya kau dah boleh sumbat mulut aku dengan batang lemang supaya aku tak terus perasan . so before aku update entry baru ni tadi aku dah hantar blog ni pergi carwash pergi cuci sebab dah berhabuk sampai kakak sedara Ju-On pun dah mula merangkak masuk dalam ni . so apa yang aku nak cerita tu lepas dah lama aku berdiam ? macam kau tengok tajuk entry tu kan ? *tarik rambut kau suruh pergi tengok tajuk entry* so , harini jom cerita pasal raya . dan pastinya entry kali ni banyak gambar sebab kata raya . dalam camera aku dah ada 2000K++ gambar raya . aku sendiri pun tak tahu entah apekemenda aku hambik masa raya kan . apedehal , simpan buat tunjuk kat anak cucu cicit nanti kalau sempat nak beranak lah kan .

bila cakap pasal raya kan semua mesti happy nak raya sebab nak dapat duit raya . kalau raya ni kau perlu tadah tangan je . dia nak bagi tak bagi duit raya tu lain cerita , yang penting kau dah tadah tangan mintak duit raya . kalau yang takda tangan sebab main mercun tu pi tadah kaki , dengan kaki dia hentak muka kau tepat kena batang hidung hingga senak pangkal pusat . tahun ni macam biasa beraya di Melaka . sebab dengan cousin aku lagi beraya kat Melaka memang meriah sampai aku rasa macam nak jejoget poco poco dengan mereka . dan pastinya bila raya je mesti orang akan tanya "BANYAK DUIT RAYA KAU DAPAT ?" raya aku tahun ni Alhamdulillah orang kata makin tua makin berisi kan , so makin besar tua bangka gedabak ni makin banyak lak duit raya aku dapat . mampu beli rambut palsu seakan akan rambut Rosmah . mungkin sebab muka aku ala ala macam En Haris Ombak Rindu kan , so orang ingat aku Aaron Aziz , tapi........ kedudukan aku digugat oleh Miyyo Azman sebab dia dah pergi rampas jadi Aaron Aziz kekecik untuk iklan raya tahun ni . bila iklan tu keluar je aku hadap depan TV tengok muka sendiri (Aaron Aziz) sambil berkata 

"TAKPE , MIYYO MUNGKIN MASA DIA UMUR 17 TAHUN , AKU AARON AZIZ MASA UMUR 20 TAHUN" 

okay tetap takmoh kalah nak jadi Aaron Aziz kan . and and and and , baju raya aku tahun ni actually warna turquoise tapi bila aku ambil gambar tetibe dia jadi warna biru entah kejadah kenapa aku sendiri tak tahu . nak tengok gambar raya pertama aku ? *kena boooooooooooooo* okay sebabkan korang pergo boo aku , ada syarat nak tengok gambar raya aku . bagi aku tembikai nam biji siap dibelah beserta 7 dulang uban Justin Bieber baru aku bagi kau tengok ! mewahahahahahahah awwww awwww ouchhhh *gaya ketawa gedik alaf baru*




kenapa gambar kecik tu tak payah dipersoalkan sebab aku memang sengaja buat camni . konon bajet One Direction ah ni . kay takda kena mengena . kang kalau aku masuk satu satu muntah keluar nasi himpit sebiji disertai dodol setengah kilo tak larat korang nak tengok dah and mungkin memerlukan sehingga 34 jam untuk habiskan baca entry aku semata mata nak tengok gambar je kan . kau boleh tengok satu satu gambar kat atas dari kanan ke kiri . aku suruh kanan ke kiri , bukan kiri ke kanan . tak faham bahasa eh ? inilah kerja kitaorang kat atas tu bila jalan raya umah atok sedara aku . mana gambar tak banyak dalam camera kalau sekali ambil gambar je dah nak dekat 30 keping . kalau 30 kali ambil gambar ? kau kira sendiri . apa guna belajar math cikgu memekak kat depan kalau kau malas nak kira . raya tahun ni orang tak putus putus jugaklah datang rumah aku sampaikan takda masa dah aku nak gerak sana sini . kena layan budak budak kecik nak datang , bila datang semua muka bajet nak kumpul duit raya and tak nak makan kuih raya kan . aku dengan Shyyra pulak buli diorang . bila budak datang je mesti cakap :

"MAKAN DULU KUIH RAYA SORANG 5 KEPING , THEN HABISKAN AIR SEGELAS , BARU DAPAT DUIT RAYA"

lepastu sorang sorang gelojoh rebut rebut nak makan semata mata nak dapat duit raya , so childish *memang diorang budak budak pun* . and macam biasa kalau dah makin petang , budak budak yang datang rumah aku pun dah semakin masam baunya . so bila dah masam masam bau budak tu memang harapan aku nak layan . aku campak kat Shyyra suruh dia layan . rasa rasa kalau ada kayu besbol dah lama aku kena hentak dengan Shyrra berulang kali tanpa henti ataupun tanpa belas kasihan .


ni gambar raya pertama aku bersama family kecuali Aiman , dia pergi raya . katanya


aiman takda masa ni sebab dia tak suka ambil gambar , hobi dia tak suka ambil gambar


Aaron Aziz masa umur dia 20 tahun ni


ni bajet bajet macam putera raja nak meminang dia , konon 


kebiasaannya kalau raya raya ni , big family aku which is semua pakcik makcik cousin mazen aku akan buat kenduri masa raya ketiga . memang dah wajib lah bagi kami tetiap tahun buat kenduri ni . masa nilah aku dapat buli cousin cousin aku , ambil gambar sama sama sampai rosak camera sebab dia pun stress nak hadap muka aku je tiap masa . and lepas kenduri ni serious happening sebab tak sah kalau tak memekak dengan lawak spontan semua orang . sebab uncle uncle aku semua cool . gambar raya ketiga ni ada jugak , just raya kedua aku serious malas nak ambil gambar sebab masatu panas gila babeng badak air meneran yak yak keras dia punya berpeluh . so macam rimas gila nak ambil gambar kan . kalau ambil pun muka semua macam baru lepas mandi kolam akuatik takda guna juga kan . so bawah ni gambar raya ketiga . terselit pak arab kat gambar aku ni hah .


muka aku kenapa annoying macam mintak kaki saiz sebelas . ada ke ?


macam rombongan nak pergi haji kan ?


budak kecik ni dia takut sikit dengan aku , kau tengok muka teruja dia tengok aku . insecure ! :3


kerja aku dengan Ibu Norry kalau aku dah mengantuk tahap gajah perempuan , aku paksa dia ambil gambar


so close story about kenduri kendara , anak kau anak dara . pantun dua kerat . tu sebab gambar masa kat kenduri memang tak banyak . kerja aku nak tidur je masa tu . siapa je tak nak tidur kalau cuaca mendung bagai kan . dalam kepala otak aku dah fikir nak tidur je . then tetibe adik aku cakap "PERGI GOOGLE OPPA GANGNAM STYLE KAT YOUTUBE" , perasan gak apa kejadah Rosnah Mat Aris benda tu asyik trending tak habis habis kat twitter kan . so aku pun pergi search dengan penuh penghayatan and sanggup tunggu buffer kat youtube tu . gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! stylo video dia . mengucap panjang aku tengok . nasib takda sakit jantung kalau tak dah mati aku masa raya ketiga ketawa pecah perut sebab tengok video dia . serious orang tu buat aku rasa nak hulur Azwan Ali sebagai hadiah kat dia . patutlah banyak kali trending . rupanya mentang tu yang buat nama dia naik . masuk billboard lagi . kau ada ? setakat lagu Kak Melah Sesaat Kau Datang tu , better balik tanam sayur pergi jual . tapi lagu Kak Melah tu selalu gak aku dengar , okbai !


ni Jason Mraz aku jumpa dia then aku culik jap ambil gambar pastu campak tepi hutan


ni Khairul Fahmi Che Mat , juga aku culik kemudian aku tinggalkan di pam minyak berdekatan


cuba cari Aaron Aziz ?


kau cuba teka amenda yang dia dok korek tu ? macam lempeng aku tengok . padahal cake dah cair


dalam ni takda Aaron Aziz tapi ada En Haris Ombak Rindu , pakai baju warna merah !


lepas hengko dah tengok gambar apa bagai kat atasni kan , mesti tanya kenapa tetibe ada Amat Jamaludin kan ? *sambil gadis gadis pisau cukur menjerit jerit memanggil nama amat* , actually dia datang ke Melaka untuk beraya kat rumah aku . aku ingat dia main main nak datang rupanya serious . so masa first day just pergi raya satu rumah je sebab tak tahu nak pergi mana and plus kawan kawan aku semuanya busy . so duduk rumah macam bawang merah cerita dahulu kala mendiamkan diri dalam rumah . kalah gadis sunti kau tahu punya taat aku duduk kat rumah . kalau tak aku makhluk yang tak reti nak lekat kat rumah even kena ikat kat mangkuk jamban sekalipun . then esoknya baru aku bawak Amat jalan jalan then pergi rumah Keba . then Keba lak boleh demam . ingat demam main main , sekali kau sampai panas gila , boleh masak roti telur kat dahi dia punya panas . tapi dia masih mampu untuk karaoke . hebatnya si dia yang bernama Akbar Azman *lagu beribu sesalan pun keluar* . ni ada juga aku selitkan gambar masa raya kelima . agak nak muntah darah + cacing kan asyik hadap gambar aku je ? dahlah entry kemain panjang . nak baca buku sejarah pun tak macam ni punya panjang kan ?

and macam biasa kalau raya raya ni tak sah kalau takda open house kan . macam aku , aku juga dijemput untuk ke open house kesana kemari kesitu kesini . bukan bukak rumah ye , tapi rumah terbuka . kalau kau bukak rumah tu entah mana kau nak duduk lepasni aku pun tak tahu . ewah cakap dapat invite tu mengalahkan Datuk A Samad Said kan aku punya kengkawan . actually dapat invite daripada kawan rapat aku je , yang tak rapat tu memang harapan dia nak ajak aku semua pandang aku atas bawah , apedehal , open house kat rumah sendiri tak habis makan . so kau nak tengok sesuatu tak ? kembar Shila Amzah . hahahahaha . bagi aku sama muka diorang dan telah dikaji di seluruh tempat , 9/10 mengatakan muka mereka ada mirip . siapa dia ? kawan aku punya kakak . Kak Eaty . muka bapak sama dengan Shila Amzah , nak tengok ? sediakan 7 dulang rambut Rosmah berserta gel rambut M Daud Kilau .


ni dia Kak Eaty yang cool ! aku rasa dah boleh turn on lagu patah seribu dah ni , pergi ambil radio cepat !


ni real Shila Amzah . kau tengok sama kan ? even cara senyum pun


muka aku lebih gelap daripada dia , Olay rahsianya


aku gigih pakai baju melayu kau tahu , aku dengan adah macam orang baru kahwin pakai baju warna sama , tapi yang atasni Jue . dia selamba je pakai shirt . aku baju melayu bagai


lepas open house rumah jue , esoknya open house kat kedai putra pulak . kerja aku raya ni tak habis habis dengan makan je makan makan makan sampai aku punya berat badan menurun . eh menurun ? *terjun bangunan* tapi masa ni jelah kau nak makan puas puas sampai tak larat dah nak bangun . kau ingat ni kelakar ke aizat ? bila aku dah balik campus akan rindu semua tu . actually gambar ada banyak masa kat kedai ni , tapi sebab aku sendiri dah muntah nak hadap gambar banyak banyak . boleh kena cirit birit asyik nak hadap gambar je kan , so aku masukkan certain , gambar siapa yang tak masuk tu mohon maaf dipinta sempena hari raya ni .


aku , putra and adah . mana Jue ? dia tolong ambilkan gambar . sorry jue...........


so ini jelah kisah raya aku yang tak menarik langsung kan bagi korang ? alaaaaaa tak menarik pun sampai kebawah dah korang baca ni hah . sekarang dah berapa hari raya pun aku lupa . sebab aku malas nak kira , yang aku tahu Final Exam aku dah semakin dekat . seram waaaa cakap sama lu . rasa dia macam kena cucuk dengan durian kat betis . so , dah nak merdeka kan , insyaAllah kalau takda apa apa halangan , aku akan berada dia TwtUpMerdeka jumaat ni bertolak from campus , kebetulan abang saudara aku ada wedding kat KL so lari sekejap dengan beg baju ke sana . kau ada bawak sekali beg baju . gigih kan aku ? apedehal , aku dah daftar dah pun . so insyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa kat sana , nak cari aku senang je , cari Aaron Aziz , tulah aku hahahaha . takpun cari orang yang pakai baju warna kegemaran aku . apa dia ? fikirlah sendiri . so belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya even ketupat lemang kalau ada lagi tu dah nak basi dah and mintak kena lempar kat muka , and juga Salam Kemerdekaan ! 1 Malaysia ! ewah .


NOTE : kita raya , raya jugak , tapi jangan sampai terlalu tamak , nanti rugikan diri sendiri je , serious . OPPA GANGNAM STYLE ! *tetibe*



Saturday, August 11, 2012

she's the princess !

ASSALAMUALAIKUM

*tengok cermin sambil senyum sorang sorang , capai lappy and duduk mencangkung taip blog* eh hai semua , ready dah nak baca surat khabar kali ni ? that's mean blog aku nilah . bukan aku suruh kau pergi hadap surat khabar metro baca . for today day day day *ala ala rap Ramli Sarip* , woi woi woi ! dah masuk sepuluh malam terakhir untuk Ramadhan , so banyakkan amal ibadah , and hope semua amal ibadah kita yang ikhlas tu akan diterima , amin . so untuk entry kali ni aizat nak story about the princess . bukan maksudnya aku nak ceritakan pasal princess barbie ke , cindarella ke , pasal cerita korea yang buat habis tisu rumah korang , tapi the princess in my family aumm aumm aww awww ohyeah *sawan katak kejap* . as you guys know , today is birthday satu satunya adik perempuan aizat *kau ingat ni kelakar ke aizat mengalahkan semua orang kenal adik kau* so kalau siapa yang tak tahu and tak pernah tengok tu , bawah ni ada gambar dia . kalau yang tak nak tengok tu kau terpaksa tengok jugak sebab kalau tak tengok dalam masa 2 minit anda akan ditimpa nasib malang , again that words so annoying kan kan ? tapi tu semua guna masa zaman myspace . kalau now ada orang guna lagi , sah dia demam chikungunya . lantaklah spelling penyakit tu error .




kalau hengko semua nak tahu , ni jelah satu satunya gambar dia yang ada dalam handphone aku sejak zaman azali lagi , gambar raya tahun lepas . ni nak masuk hari raya baru dah ni . kau ada ? lepas baca ni semua kata aku abang tak berguna right , what the ziana buat besar memori je nak simpan gambar dia buat apa , buat memori aku terus rosak . muhahahahaahahahahaha ! *ketawa kejam macam Rika Sumanto* actually gambar dia ada dalam aku punya harddisk , tapi sebabkan harddisk aku ada kat kawan aku , memang harapan aku nak dapat balik sebab diorang tengok Running Man ketawa macam orang tertelan cincin batu 24 juta ,  eh ? lantaklah yang penting aku dah buat pun entry kali ni . so Shyyra ni kalau aku nak ceritakan pasal dia , dah serupa macam aku copy paste copy paste entry yang lepas lepas . for guys yang ada baca entry lepas tu kenallah dia macam mana . just today dia special sikit sebab harini birthday dia . ewah kak ijah *nama yang aku selalu kacau dia kalau kat rumah , sebab ni nama jiran aku yang bising mulutnya* kita umur dah naik ! wohoooo . dia baru 16 tahun and siapa siapa yang nak ngorat tu , kena lepas ujian dulu . ujian dia seperti berikut :

UJIAN PERTAMA : AYAH
kalau ayah aku ni dia memang jaga sikit adik aku ni , bukan boleh lelaki sembarangan dia nak pilih . tapi ayah aku sporting , asalkan kau pandai bimbing adik aku , pandai jaga hati dia , pandai protect dia , memang tangan kau akan berada di tangan ayah aku untuk nikahkan kau dengan dia . SELAMAT MENCUBA ! *dah macam game angry bird dah pulak*

UJIAN KEDUA : ABANG AKU
abang aku is quiet strict sikit . dengan dia kau kena hati hati , kononnya macam nilah "kau nak adik aku , kau kena tahu apa tanggungjawab kau kat dia" , lebih kurang macam tulah kan . come on adik perempuan sorang kan . so mestilah nak jaga . nak buat nakal sini makan pijakan kaki dia . kalau nak rasa lah . sebab kitaorang pun belum pernah makan anggota badan dia lagi , kalau kau nak rasa tapak kaki dia saiz 9 tu kau gi cuba menggatal kat adik aku . sekali balik adik aku mengadu kat dia , sampai ke Somalia pun dia sanggup cari kau even dia kena korek duit tabung dia .

UJIAN KETIGA : AKU
yeahhhhh sampai giliran aku ! *chicken dance* well macam kau kenal aku , aku ni jenis tak kisah sikit kan . kira macam gila gila kan . but then , nak jadi suami adik aku ? baca bawah ni : 

1 . make sure kau ada kerja tetap yang boleh tanggung family kau and juga Ibu Ayah kau sendiri . aku tak cakap mak ayah aku , tapi mak ayah korang . sebab Ibu Ayah aku , aku dengan abang uruskan .
2 . make sure dia yang yang terakhir untuk kau , melainkan kau dapat kebenaran dia untuk mencari yang kedua .
3 . jangan sakiti dia , cederakan dia , melukai dia kalau kau tak nak rasa apa itu "sakit"
4 . bimbing dia ke jalan yang betul , bukan kau lalaikan dia

SIMPLE , TAPI KAU SENDIRI KENA FIKIR !

okay tu je sebenanrnya ujian tu , ewah macam agensi cari jodoh pulak kan . so lepasni kalau adik aku tetibe tak laku aku tahu dah kenapa , semua ni sebab penangan blog aku , pengkaki takda okay , sebab aku menaip menggunakan tangan . and di kesempatan ni juga , aku nak ucapkan *macam nak umum ucapan hari raya kau* SELAMAT HARI LAHIR to my lovely little sweet sister NUR SHAHIRA BINTI ABDULLAH . kalau nak number IC dia tu kau pergi tanya dia sendiri . even setiap hari sebelum birthday dia , dia call aku mintak hadiah , tapi buat entry ni pun dah kira macam hadiah . takpun bila balik nanti aku belikan kau tembikai nam biji makan masa sahur , berbuka dan hari raya . for new age ni jangan nakal nakal , jangan mengada , jangan suka kikis duit aku , jangan suka korek hidung merata , kay korek hidung ni menipu . enjoy dengan hidup tapi enjoy enjoy tu jangan terlalu leka .

"HAVING A SIBLINGS IS LIKE HAVING A BEST FRIEND THAT YOU CAN'T GET RID , WHATEVER YOU DO , THEY''LL STILL BE THERE TO LAUGH , SAD AND HAPPY WITH YOU !"





Tuesday, August 7, 2012

bubur McD

ASSALAMUALAIKUM

dalam hidup ini kita tak boleh selalu tertekan , sebab kalau kita tertekan , kita akan kecewa . fulamak awal awal entry aku dah buat aku menyampah kat diri aku sendiri . puasa ke 18 , yeahh masa memang berlalu dengan pantas . bukan fikir nak raya orang cakap , tapi lagi beberapa hari je nak puasa . puasa ni best tau , tapi tak tahulah bagi korang yang tak reti nak puasa tapi hadap berapa hari lagi nak raya sambil sing hari tu gi korek hidung dendalam then lap kat orang . sekali aku lontar lembing kat muka kau nanti , masuk karingeri.com . first of all *ewah hakoooo speaking , kau hadee ?* aku nak ucapkan congrats kat Dato' Lee Chong Wei , that's mean Chong Wei laaa , bukan Datuk dia . sebab dia berjaya dapat silver for Olimpik . bukan senang kau nak dapat silver apatah lagi emas kan , so yang terloncat loncat nak ice cream Baskin Robbin tu , kau gi rendam je muka kau dalam air sebab malu hegeh hegeh hadap ice cream tu *aku tengah rendam muka aku lahni* . tapi esok kalau kau ketagih nau , boleh gi beratur pukul 8 malam kat sana . aku respect kat personaliti Chong Wei sebab dia tewas dengan bermaruah , bukan macam Lin Dan yang buat aku rasa nak baling dia daripada platform 10 meter yang orang lompat masa renang tu . kalau aku jadi Chong Wei dah aku sebat bontot Lin Dan guna raket before aku naik flight balik Malaysia . and Chong Wei , welcome back to Malaysia *give him Rosnah Mat Aris make up tebal*

so back to story yang aku rasa aku dah tersasar jauh daripada tajuk ni *sambil betulkan tudung hana tajima* . so macam biasa , make sure korang lekatkan mata kat screen lappy hengko supaya kau dapat baca satu satu apa yang aku tulis ni . as we know , Malaysia ni memang terkenal dengan makanan tradisional termasuklah bubur McD yang kaya dengan campuran semula jadinya . eh bubur mekdi makanan tradisional ke ? *then kena hentak guna meja batu oleh menteri kebudayaan* , okay dia bukan makanan tradisional . macam korang tak pernah makan bubur McD pulak kan . hanya dengan RM4.90 korang dah boleh menikmati bubur mekdi yang kaya dengan ramuan rahsianya sehingga korang boleh jadi addicted nak makan benda tu berkali kali sehingga sanggup kau gi beratur panjang semata mata nak makan benda tu . actually dari dulu aku memang suka makan bubur McD ni . orang cakap rasa dia biasa je , tapi bagi aku best . macam korang suka ratah belacan goreng ikan masin cicah dengan mayonis kan , macam tu jugak aku suka makan bubur McD . for those yang tak tahu apa tu , ni dia gambar bubur McD tu .




kau jangan tertipu dengan jumlah ayam yang banyak macam dalam gambar tu . ayam dia dua tiga helai je dalam tu . dua tiga helai pun boleh sebenarnya . selalunya kalau nak balik rumah aku akan lalu depan McD , so that setiap kali lalu tu aku akan pergi drive thru semata mata nak hadap benda ni . tak kisahlah masa tu dia ada offer aku big mac dengan harga yang rendah ke , tapi dalam mata kepala hotak aku hanya ada bubur McD je . macam dipukau oleh kecantikan , keayuan dan kehalusan bubur McD tu , bukan mak cik cashier drive thru tu . then bila dah dapat kepuasan dia macam kau nak leloncat atas bangunan then jatuh ke bawah kemudian mati , jadi hantu , boleh curi bubur McD bebanyak makan sampai buncit . kau hengat ni kelakar ke aizat ? sebenarnya nak buat bubur ayam ni senang je , Ibu kau kat rumah tu pun kau boleh paksa nak buat . tapi larat ke kau nak habiskan sampai satu periuk bubur tu kan , so better kau pergi beli then makan sensorang dalam almari sebab takut adik kau mintak kau makan . memang aku ni abang tak berguna kan . but then kalau benda lain nak boleh , tapi pleaseeeeeeee ! *gaya minah gedik konon cakap kat perempuan gedik lain* tolong jangan ambil bubur McD aku . nak nak bila petang petang kan terfikir pasal bubur ni , on the spot perut aku terus vibrate tergoncang goncang sebab terliur .

so for those yang belum pernah rasa tu , sekarang jugak kau pergi beli bubur ni sebelum aku pijak sensorang then jatuhkan tembikai dalam nam biji kat atas perut kau . yang perempuan lak aku geletek tapak kaki dia lelaju . agak agak over tak aku ? kay lepasni ramailah yang pergi spam aku and report aku kat google . so itu jelah cerita aku pasal bubur McD . tak banyak pun ceritanya tapi supaya kau tahu nanti birthday aku nanti kau bagi aku sorang satu bubur McD . so kalau 10 orang bagi dah dapat 10 . kalau seratus pepandai kau darab sendiri . fuhh gerenti nanti yak yak keluar bubur balik . okay dibenarkan ikat aku kemudian campak dalam wash machine edisi ke 6 . and and and and hai copycaters , tak akan saya punya entry yang ni pun awak nak copy and jadikan cerita awak jugak ? bubur McD je pun kan , so better awak pergi cerita benda lain kay , pasal lemang hari raya ke , kurma Usop Tayob ada misai ke , pasal apa apa pun . and anda sungguh bijak sebab dah disable copy pun masih dapat copy sebijik sebijik . gigih betul menaip . and , puasa ke 18 dah melabuhkan tirai , get ready untuk puasa ke 19 and kita akan masuk ke fasa 20 dan keatas . insyaAllah kalau Allah masih memberikan kita peluang untuk meminjam nafas di muka bumi ini , ingat baca niat puasa dulu sebelum kau nak pergi tidur tu . YUNA FTW ! *agak tiba tiba jugaklah*


NOTE : lepasni kena pasang bom jangka kat blog , bila orang right klik lappy terus meletop , wahh ! sekali aku yang kena

Friday, August 3, 2012

funny question

ASSALAMUALAIKUM

ni awal awal ni nak membangga diri kejap . harini aku bangun awal even aku takda class . okay sekarang boleh hempuk aku guna meja ikea . so how today ? become more better for the 14th of Ramadhan ? kalau ada yang ngade ngade cakap lapar lapar lapar tu sini aku campak tepat kat muka engko tembikai nam biji . dari kecil dah puasa tak reti nak diam asyik lapar lapar je . eh over aku nak memarah . so kau hadap tajuk entry pun macam defuk aizat ni punya cerita . eh maafkan aku mencarut . aku ulang balik ayat tadi . so kau hadap tajuk entry pun macam babisss aizat ni punya cerita . eh aku mencarut lagi eh ? ok aku ulang balik ayat tadi . so kau hadap tajuk entry pun macam apa jamban aizat ni punya cerita kali ni , merepek lagi what ? memang sekarang sampai sini kau baca pun dah panas je hati kau rasa nak buat pembunuhan kejam ke atas seorang lelaki kan ? tapi kali ni aku nak hadapkan korang dengan cerita aku yang hebat ! boooooooooooo . its more about funny question bagi akulah . tak tahulah bagi korang sebab benda ni happen kat aku , reti ? some question yang orang tanya aku via twitter , facebook mahupun yahoo massenger . entah zaman moyang aku je guna yahoo messenger tu . so apa soalan dia ? hadap ni hah ! *sambil capai kepala kau tolak depan screen lappy*


#01 AIZAT ABD , KAU NI SIAPA SEBENARNYA EH ?
see , kau baca soalan dia pun dah tersenyum . aku yang baca ni ? nasib tak bersalin je , just berak sikit sikit bila baca soalan ni . masalahnya aku bukan siapa siapa pun . aku macam kau jugak , manusia biasa yang ada mata , hidung , kepala , kaki badan and yang membezakan antara aku dengan kau adalah ehem ehem kau dengan ehem ehem aku . tak caya gi check sendiri . kalau kau degil jugak pergilah tanya mana mana mak cik jual basikal kat tepi jalan tu , dia pun akan cakap "dia tu siapa ? anak tiri Mahatma Gandhi ke ?" . Aizat Abd is Aizat Abd , nothing special on him , not have any attraction pun . orang pandang pun macam ohhh dia ni macam En Haris Ombak Rindu , ehem . so that's question bagi aku funnylah sebab tak perlu tanya pun siapa aku . tu baik kau pergi tanya siapa Azwan Ali tu , gerenti kau dapat cili boh percuma daripada dia buat kau masak masa berbuka , pedas punya . bila makan terkejut mak ! awwww *bunuh diri sendiri telan kurma Usop Tayob 7 kotak serta merta*

#02 KENAPA MINAT YUNA SANGAT ? KAT TEMPAT SAYA TAKDA ORANG MINAT PUN
*bila baca soalan ni terus aku turn on lagu Yuna kuat kuat* bagi akulah tak salah pun aku nak minat someone tu . lantaklah dia nak minat aku balik ke tak kan . lumrah manusia akan ada minatnya kat sesuatu kan . yang aku paling cannot go and gelak guling guling sampai masuk jamban bilik aku is ayat dia "KAT TEMPAT SAYA TAKDA ORANG MINAT PUN" . bukan nak cakap apa right but kita duduk kat Malaysia . Malaysia ni bukan kecil macam satu dua tapak kaki gorilla kan . kalau kat tempat dia takda orang minat Yuna , tempat lain melambak lambak . ni hah kat tempat aku ni hah siap ada orang gantung poster Yuna kat rumah dia lagi . lagi fans mati gila bapak Yuna kau tahu . tak pelik pun sebenarnya . setiap orang ada citarasa sendiri . tak kan kalau kau tak minat , aku macam dah kena pukau pulak nak kena ikut tak minat dia kan . kalau boleh aku nak suruh Yuna tu pindah duduk sebelah rumah aku pastu setiap hari aku paksa dia suruh nyanyi , kalau tak nyanyi aku rotan dia guna pembaris besi laju laju sampai dia nangis . so jom minat Yuna . Yuna FTW !!! yeahhhaaaaaaaaaaaa !!!! <----------- menunjukkan betapa minatnya kat Yuna

#03 KENAPA KAU SOMBONG AND BERLAGAK BANGGA DIRI KAU DAH BERADA DI ATAS ?
bila baca soalan ni , aku terasa lah jugak kan *turn on lagu disko Ramlah Ram* actually dari mana and kenapa dia cakap aku macam ni aku sendiri pun tak tahu . cakap aku bangga dengan apa yang aku ada , berada di atas apa semua . bila aku baca terus aku asah pisau laju laju . eh bukan nak gi bunuh orang , cuma mama mintak tolong asah dia nak potong ayam . aku sendiri pun tak pernah anggap and tak pernah nak suruh orang cakap aku macam tu . kalau aku buat memang aku sendiri akan rasa diri aku tak berguna . come on , maybe sometimes orang tu cakap sebab aku tak balas mention dia ke apa ke . maybe lah . tapi agak agaklah sikit kan . simbah dengan bubur mekdi ayam panas ni kang baru tahu . aku bukan 24/7 menghadap twitter , menghadap interaction . pukul 12 malam something aku dah stop semua tu even ada orang mention kan . especially aku more focus to twitter lah kan . then sometimes ada kerja nak buat . orang sometimes mention "hai aizat sihat ?" so kalau sempat I'll reply "hai hai sihat" then dia balas balik "buat apa ni ?" then tak dapat nak balas sebab tak boleh nak make a long conversation sebab ada kerja , kat class , nak drive and etc . jangan assume orang kalau kita sendiri tak tahu apa yang dia buat ke , apa yang dia nak cakap ke kan . kita punya hidup dengan orang berbeza , even aizat sendiri pun tak layak nak cakap diri ada kat atas , come on . aizat ni budak hingusan je pun hoi hoi hoi ! *tetibe naik semangat 1 Malaysia* so sorry kalau ada yang terasa . just meluahkan isi hati di lubuk sanubari yang begitu mendalam sehingga..... *kemudian Aizat telah diterajang oleh beberapa orang mak cik kantin*

#04 PUASA HARINI ?
okay ni soalan bulan puasa . bagi aku soalan ni kelakar even bila kau baca kau nampak macam simple badak kan . tapi soalan dia macam mintak aku hentak guna pintu freezer rumah aku je . kau tengok nama aku nama lelaki kan ? kau tengok nama aku pun nama Islam kan ? so takda alasan aku tak nak puasa melainkan aku period . OMG ! period kau . so perlu ke aku nak tunjuk IC aku ? surat beranak aku ? mahupun kita perlu je Jabatan Agama Islam ? semua tu tak perlu nak ditanya pun sebenarnya . tapi bagi aku benda tu semua gurauan kan . bila cakap pasal tak puasa ni . ewah ni yang nak melencong cerita lain ni . haritu aku pergilah singgah kat satu R&R ni masa awal awal puasa ni kan . then aku masuk masuk je aku tengok ada orang tengah makan dalam jamban . dalam hati aku what the Dato Ramli Sarip dia tak puasa , but then lagi memeranjatkan aku sambil berkata dalam hati jugak what the Dato A Samad Said ! dia selera makan dalam jamban yang kotor ni semata mata tak nak puasa . bau jamban tu pun dah cukup nak buat beruang kutub keguguran anak sulungnya sebab busuk . puasa je pun , tahan diri daripada makan minum and nafsu . benda simple je kan , tak mati pun kalau just setengah hari tak dapat makan . bukannya kau kena kentut setiap saat . benda tu susah . so korang korang , esok puasa tak ? *blah awal awal supaya tak kena pijak dengan orang ramai*


so so so and so , inilah antara soalan soalan yang funny bagi aku yang mana aku ambil 4 je daripada banyak banyak soalan yang merepek . kalau nak cerita semua , sampai Ramadhan terakhir pun cerita aku tak habis habis lagi . benda yang dia boleh fikir sendiri pun nak tanya ye tak . kenkadang layankan aje , kang cakap aku itu ini tak ke aku jugak yang penat penat nak gi tolak dia dari tingkat 16 kasi mati . so esok dah puasa ke 15 , sekejap je kita dah setengah bulan berpuasa and korang aku tahu ada yang dah masuk mood raya . cehhh bila puasa je fikir nak raya , actually puasa ni lagi best tau sebenarnya . bukan aku suruh kau pi makan sampai kau sendiri tak tak larat nak mengunyah tapi kau akan rasa suasana dia . moment yang kau memang tak akan dapatlah senang cerita . and yes malam Lailatul Qadr . actually aku memang nak sangat terpilih antara orang yang dapat melihat malam Lailatul Qadr tu tapi yes , orang yang betul betul beriman je InsyaAllah akan dapat tengok . so kalau aku nak tengok kenalah improve diri sendiri . ni asyik hadap Twitter je memanjang sampai tak ingat dunia memang korang boleh bagi aku tendangan percuma di muka mahupun dia punggung saya , maaf zahir dan batin ! *turn on lagu AQOEH CHAIANK QMOEH CELAMANYAH di tiubawak.com*


kemain duckface dia sampai boleh mencecah ke hidung , rasa najis hidung sendiri


NOTE : hidup ni kau kena gak pandai bergurau , bukan terlalu ambil serious kat semua benda , barulah hidup kau akan lebih happy dengan senyuman