APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, April 24, 2011

TANPA

LAST EPISODE (cont'd)



....Airmata Isya laju membasahi pipi. Menggigil kaki dan tangannya. Dia merasakan dunianya seakan dalam khayalan. Lelaki tersebut tersentak dengan panggilan Isya lalu menoleh kembali ke belakang. Dengan pantas Isya berlari lalu mendakap lelaki tersebut iaitu Eijat. 

Eijat, yang selama ini dirinduinya, dinantikannya.  Eijat tergamam dengan tindakan Isya. Dia tidak menyangka perempuan yang dinantikannya selama ini muncul di hadapannya tatkala dia sangat-sangat merinduinya. 

“I…Isya? A…Apa yang Isya buat kat sini?”, kata Eijat masih lagi dalam keadaan terkejut. 

“Isya rindukan Eijat.. sangat-sangat rindukan Eijat. Dah lama Isya mencari Eijat. Kenapa Eijat tinggalkan Isya? Kenapa Eijat?”, kata Isya diiringi tangisan dan masih memeluk erat Eijat. 

“Isya, Eijat lakukan semua ini sebab cinta Eijat kepada Isya. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Eijat sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan Isya. Cinta Eijat kepada Isya masih lagi utuh dan tidak pernah pudar. Eijat tak sanggup lihat Isya melupakan impian Isya. Bukan niat Eijat untuk meninggalkan Isya. Tapi, Eijat tak nak jadi batu penghalang, jadi beban kepada Isya untuk mengejar cita-cita Isya. Kegembiraan Isya adalah lebih bermakna bagi Eijat…” 

Kata-kata Eijat terhenti tatkala jari lembut Isya memegang lembut bibirnya. 

“Eijat, jika dulu Eijat tak pernah menganggap Isya sebagai beban hidup Eijat, sedikitpun Isya tak pernah menganggap Eijat sebagai beban kepada Isya. Malah, makin jauh Eijat dengan Isya, makin merintih hati Isya rindukan Eijat. Dah lama Isya mencari Eijat . Isya tidak pernah putus asa. Walaupun dalam surat terakhir dari Eijat mengatakan Eijat sudah pergi jauh meninggalkan Isya, namun detik hati Isya merasakan Eijat dekat dengan Isya. Dekat sangat-sangat. Setiap hari Isya berdoa supaya dipertemukan dengan Eijat jika Eijat masih hidup. Namun, setelah lama menanti, lelaki yang Isya rindu dan nanti selama ini ada di hadapan Isya. Selepas pembedahan, Isya mengambil keputusan untuk mencapai impian Isya yang mana juga menjadi impian Eijat untuk melihat Isya berjaya menjadi model yang disegani. Sekarang Isya sudah berjaya Eijat. Isya sudah berjaya. Mata Eijat menjadi pendorong kepada Isya untuk bekerja keras sehingga Isya berada pada kedudukan sekarang Eijat. Isya sangat-sangat rindukan kehidupan kita sebelum ini. Tempat inilah yang menjadi saksi perkenalan kita. Tempat ini jugalah yang menyimpan 1001 memori antara kita. Memori yang sangat-sangat indah buat Isya. Namun, selepas pemergian Eijat, Isya hanya dapat memandang sahaja tempat ini tanpa ada gurau senda Eijat, hilai tawa Eijat dan kasih sayang Eijat kepada Isya. Sekarang Isya bahagia, bahagia bertemu semula dengan orang yang Isya cari selama ini. Yang menjadi kekuatan kepada Isya selama ini. Membahagiakan Isya, memberi kasih sayang kepada Isya. Isya lebih sanggup buta dari kehilangan Eijat”, kata Isya kepada Eijat.  

 “Isya, Eijat pernah cakap dulu. Jika cinta Syah Jehan kepada Mumtaz sangat utuh, utuh lagi cinta Eijat kepada Isya. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Jika ditakdirkan, ingin sahaja Eijat memperisterikan Isya. Tapi…”, kata Eijat tidak menghabiskan percakapannya. 

“Tapi apa Eijat, kekurangan Eijat? Eijat, Eijat jadi macam ini pun kerana Isya. Kerana cinta Eijat kepada Isya. Eijat, dari dulu lagi Isya menunggu Eijat. Menunggu Eijat menjadi kembali bersama Isya. Bukan kerana Isya terhutang budi kepada Eijat tapi kerana cinta, Eijat”, kata Isya mengalirkan airmata kegembiraan dan mendakap semula Eijat. 

Eijat selama ini dicari berada di hadapannya yang kini akan bersama dengannya. Kekurangan yang ada antara masing-masing tidak menjadi penghalang kepada mereka kerana keutuhan cinta antara mereka. 

“Terima kasih, Isya. Terima kasih…”, kata Eijat mengusap rambut lembut Isya yang berada dalam dakapannya. 

Matahari senja memancar indah deselangi angin sayup seakan merestui hubungan cinta mereka. Kini cinta yang telah lama hilang dan dicari kini bertemu kembali. Cinta kembali mekar dan tidak akan layu sehingga ke akhirnya.


TANPA cinta dan kepercayaan yang utuh, seseorang itu mudah mengaku kalah. TANPA semangat dan kekuatan, seseorang itu akan lemah. Jika seorang wanita telah dicipta melalui rusuk seorang lelaki, walau apa cabaran dan dugaan, mereka akan bersama juga kelak. TANPA mu, aku mati....

TAMAT

 

Resah, Yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi, Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Kini, Benar-benar ku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut, Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati..

TANPA

PART X (cont'd)


“Siapa awak? Kenapa awak tanya siapa saya?”, kata lelaki tersebut yang memakai kaca mata hitam. 

“Maaf sekali lagi encik, encik sudah duduk di kerusi saya?”. 

“Kerusi awak? Ini tempat umum, jadi tiada siapa punya kerusi pun di sini”. 

“Tapi encik, ini kerusi yang selalu saya duduk bersama dengan kekasih saya.. Encik tak layak duduk di atas kerusi ini…!”, kata Isya sedikit marah tanpa mengetahui yang lelaki itu sebenarnya buta. 

“Maaflah cik.. Selagi kekasih saya tidak sampai di sini, saya tidak akan berganjak dari kerusi ini”, kata lelaki buta tersebut. 

“Kekasih awak? Maksud awak?”, kata Isya sedikit mengerutkan dahinya. 

“Maaflah jika cerita saya ini tiada kaitan pun dengan Cik. Dulu, setiap petang saya akan selalu ke sini berjumpa dengan kekasih saya. Di sini jugalah tempat pertama kali kami berjumpa. Saya akan selalu menemani dia di sini. Memetik gitar untuknya. Mendendangkan lagu untuknya. Saya berasa sangat bahagia. Bagi saya itulah kenangan paling indah dalam hidup saya. Tapi, kekasih saya itu mempunyai impian. Impian untuk menjadi model yang berjaya untuk mengubah hidupnya. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia terpaksa melupakan impiannya. Dia disahkan buta sewaktu umurnya 15 tahun. Cinta saya kepada dia sangat utuh. Saya mengambil keputusan untuk mendermakan mata saya kepadanya supaya dia boleh melihat dan mencapai impiannya. Sekarang, dia telah menjadi model yang paling berjaya. Saya sentiasa mendengar perkembangannya. Saya sangat-sangat berbangga dengan dia. Namun, saya menyatakan kepada dia bahawa saya telah meninggal dunia. Saya tak nak menjadi beban kepada dia sewaktu dia ingin mengecapi cita-cita dia. Saya tidak mahu dia malu dengan keadaan diri saya. Namun, saya akan sentiasa menjadi mata dia untuk melihat sinar di hadapan menjalani liku-liku hidupnya dengan tabah. Setiap hari saya menunggu kehadirannya di sini. Mengenangkan kembali kisah kami. Maaflah cik sebab cik terpaksa mendengar kisah silam saya. Tapi cik, cinta saya kepada dia tidak pernah akan pudar walau sedikitpun meski dia akan menemui cinta barunya. Bagi saya dialah segala-galanya. Jika cik mempunyai cinta, hargailah cinta sebab ia boleh menjadi bahagia mahupun derita. Maaf cik, saya pergi dulu”, kata lelaki tersebut lalu mengambil tongkatnya untuk berlalu pergi.   

“Maafkan Isya…. Eijat.." 

bersambung.....