kenapa perlu DIAM ? diam perlu bila kita perlu untuk DIAM. DIAM bermaksud tidak bercakap . banyak sebab yang boleh membuatkan seseorang DIAM, DIAM, DIAM.. hmmm.. kenapa perlu DIAM ?
BILA ORANG TENGAH SOLAT
semestinya bila orang sedang solat kita mesti DIAM. jangan buat bising. hai, takkanlah ada org yg sanggup buat bising kan time orang lain nak solat. tak pasal-pasal korang dapat dosa secara percuma. fikirlah perasaan orang lain juga ye.
BILA DALAM LIBRARY
cubalah membuat bising di dalam library. pasti akan melalui red carpet ke jalan keluar. library spt yg kita tahu tempat untuk mencari rujukan dan belajar. sesuai dengan peraturannya supaya DIAM bila di dalam library. if kat sekolah aku dulu, tak boleh bercakap langsung. amat dahsyat kan. so hormatilah juga hak orang lain untuk belajar.
BILA TIADA TOPIK NAK CAKAP
lebih baik DIAM jika tiada topik nak cakap. jika tak, hanya merepek benda yang tak sepatutnya. fikirlah apa yang mahu cakap atau lebih baik DIAM je. takdelah membazirkan air liur korang untuk bercakap kan. so korang pun akan dianggap sopan kerana hanya berDIAM je.
BILA MAKAN
buruknya korang bila time makan korang bercakap. mulot penuh, bercakap. amat hodoh. cubalah habiskan makanan dalam mulut baru bercakap. spt yg kita belajar dari kecil, jangan bercakap bila makan. bagus dengan amalan tersebut. korang ingat bila bercakap time makan, kawan korang suka, diaorang mesti sangat takut if makanan korang tersembur kat diaorang. watch out !
BILA KENA MARAH
lebih baiklah korang DIAM dan tunduk je bila kena marah especially ngn mama korang. if tak, hadaplah berjam-jam dia marah. hehe . jangan cuba nak melawan pulak. derhaka beb. hehe. dengar je apa yang diorang cakap. ada baiknya. dia tegur apa yang salah. diorang dulu yang makan garam dari korang. so, keep it up yaa !
BILA JAWAB EXAM
hampanya bila korang diiringi oleh pengawas peperiksaan keluar dari dewan peperiksaan apabila kantoi korang bercakap dalam dewan peperiksaan. cubalah DIAM bila jawab exam. kan senang. tak payah nak malukan diri korang kena halau keluar. jawab je . tembak je apa jawapan yang tak tahu. hehe
BILA DI HOSPITAL
cubalah DIAM bila melawat orang sakit di hospital. ini terjerit2 macam kak PONTI. kang bukan pesakit bertambah sembuh, tapi bertambah sakit plak. dah lah sakit, stress pulak. hormatilah mereka yang sakit di hospital. mereka ada perasaan jugak. ingat korang je ke.
BILA CIKGU MENGAJAR
"berdiri atas kerusi" ayat yang paling malu buat korang bila cikgu suruh korang buat macam tu bila kantoi yang korng bercakap waktu dia tengah mengajar. nak-nak bila awek cantik pulak lalu depan kelas. hambik kau ! cubalah fokus time dia ajar. takdalah korang terkial-kial bila time exam nak ulangkaji balik apa yang korang belajar. just perlu refresh je. mudah kann ??
BILA MULUT KITA PENUH ULSER
korang tahu tak apa itu ulser ? ulser tu kalau bahasa pasar orang panggil mata ikan. jangan tanya kenapa ia dipanggil mata ikan ye. hehe . fuhh ! sakit sungguh bila kene ulser. kadang-kadang sampai boleh spoil mood kita nak makan. lebih baik lah berDIAM diri bila kene ulser. takdelah mulut korang sakit dengan ulser tu kann ??
BILA ORANG SURUH KITA DIAM
lebih baik DIAM bila someone dah suruh kita DIAM. jika tak, satu logo body glove akan melekat kat pipi korang. sakit gila. mesti korang tak nak jadi macam tu kan ? jadi hormatilah orang lain bila dia memerlukan ketenangan dengan berDIAM diri.
sesuatu masalah kadang-kadang boleh juga diselesaikan andai kita berDIAM diri tetapi sesuatu masalah juga akan menjadi besar jika kita berDIAM diri.
No comments:
Post a Comment