malas kemas bilik ? aku tahu simptom tu dah melanda satu dunia sejak dari azali lagi . ntah-ntah mase zaman batu lagi dah ada(ada ke bilik?). selalu orang cakap lelaki yg selalu malas kemas bilik kan ? if nak tahu lah kann, perempuan pun malas jugak nak kemas bilik. pakai punya cantik, bilik tak kemas ^^ . kat sini aku bagi 1000001 cara bagi korang yang malas kemas bilik. khas untuk umum.
- korang just perlu ambil mancis, petrol pastu simbah-simbah dalam bilik korang. agak-agak bila korang rasa dah cukup and sebati, mulakan langkah dengan berhati-hati nyalakan mancis dan campak dalam bilik korang. lepastu pastikan korang lari secepat yang mungkin tanpa toleh ke belakang. dalam setengah jam, korang akan dapat melihat hasilnya. bilik akan bersih tanpa perlu dicat lagi.
- call ramai-ramai orang especially orang yang korang tak kenal untuk ambil barang-barang dalam bilik korang. cakaplah yang korang cuba untuk mengemas bilik korang. lihat hasilnya, korang tak payah menggunakan tenaga pun untuk kemas bilik. tapi bilik akan menjadi bersih tanpa meninggalkan apa-apa pun kekotoran. bahagia kan ?
- if korang tinggal di apartment ataupun kondominium, campak je barang korang dari atas ke bawah. ini menggunakan sedikit tenaga lah juga. tapi hasilnya amatlah memberansangkan. sambil angkat barang untuk dilempar, sambil bersenam. mudah kan ? lakukannya 3 kali seminggu ya.
- jika cara-cara di atas susah, cuba korang buat cara ni pulak. bila bilik korang bersepah, pindah je rumah. sepah je, pindah rumah. cara ini lebih bagus lagi. korang akan mendapat lebih luas pengetahuan tentang struktur2 rumah dan akan dapat melihat pelbagai pemandangan kan. cara ini dapat memupuk semangat berjiran. lagi banyak pindah, lagi ramai jiran. puncanya, bilik yang bersepah. amat-amat tahniah lah !
- korang pergi ke kedai haiwan, pastu beli lah macam-macam haiwan terutamanya ular ngan tikus. pastu bila balik korang letak je dalam bilik yang bersepah tu. mesti korang bakal jadik datuk ngan moyang kat haiwan-haiwan tu. selamat menimang cucu !
- cuba korang call pekerja yang memandu jentolak untuk datang ke rumah korang. ask dia suruh kaut semua barang-barang yang bersepah kat bilik korang. cara ini lebih pantas dan effisyen. korang akan kagum dengan hasil kerja mereka. sungguh unik dan menghiburkan. dengan mudah dinding bilik korang berlubang kan ? selamat mencuba !
- if ada duit lebih sikit lah kan, korang beli tong gas dalam 3 tong then lepaskan gas dia. menggunakan cara yang sama di cara yang pertama, ambil mancis dan lepaskan dekat bilik yang dah dipenuhi dengan gas tu. tapi caraa nie lebih ekstreem ! korang kena lari sekuat yang mungkin . jangan toleh belakang, kiri atau kanan . pastikan jarak anda dengan rumah 10km supaya anda selamat. selepas terdengar letupan dan ramai orang menjerit, barulah anda kembali dan buat-buat terpinga-pinga ye. cuba cari bilik anda. ada ke tak ?
- if malas jgak kemas bilik, ada lagi cara. korang tidur je tak payah bangun-bangun. tunggulah sampai ada orang offerkan diri mereka untuk kemas bilik korang. selagi takda orang offer, jangan bangun. korang pasti akan mendapat kesegaran yang ternyata apabila bangun nanti.
- if malas jugak, baik korang sedekah je bilik korang kat pak cik yang takda tempat tinggal. korang ada bilik tapi tak nak jage. baik bagi dye je yang jaga. beruntung n siap pelok ciom korang lagi if dyorg dapat bilik korang . tros jadi anak angkat !
- cara terakhir, korang tak payah lah ada bilik if malas nak kemas . buat rumah tapi bentuk kotak je. dapur, hall, bilik air, bilik tidur sumbat je satu tempat. senang korang nak beroperasi kann. haaa ! good idea .
No comments:
Post a Comment